"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)

1. aku dari s.alam ke kampung aku Teluk Intan sepatutnya mengambil masa dalam 2 jam sahaja...tapi kadang tak sampai sejam pun aku dh sampai Teluk Intan. Perjalanan hari ni makan masa lebih kurang dalam 4 jam.. Hari ini Highway mmg jem maklumlah cuti raya cina..tapi yang aku tgk ramai orang melayu yang balik kampung bukan orang cina. Begitulah masyarakat malaysia setiap kali cuti pasti balik kampung...tapi kesian yang tak ada kampung....tak tahu lah nak balik mana cuti nie...

2. Kali ni perjalanan balik kampung aku, aku tak sorang2 kawan kampung aku teman..rumah dia dekat ngan umah aku so sekali jalan jek la....mmg perjalanan tak membusankan sbb aku ngan kawan aku akan sentiasa menyanyi dan melalak mcm orang gila......sambil menyanyi sambil aku melihat di hadapan (utk keselamatan). mak aiiiiiiiiiiiiiiii banyak gila kereta mcm tak tau mana penghung dia.....kereta aku bergerak tak sampai 20 km sejam..kadang 0 km sejam (berhenti). aku cakap kat kawan aku, time2 mcm ni aku teringin nak tukar kereta aku jadi kereta kebal..boleh aku lanyak semua kereta2 kat sini. Tak pun kereta aku leh terbang terus sampai rumah....begitulah hebat dunia fantasia aku.....

3. Sambil menyanyi dan memandu mengikut rentak dan irama lagu..entah mcm mana entah dengan kuasa dan izin Allah mata aku telah dipesongkan kearah sebuah kereta warna merah proton savy yang ada dibelah kanan hadapan aku....ya allah terkejut hati aku bila aku lihat siapa yang bawa kereta tu. Maha Suci Allah kau telah pertemukan aku dengan manusia yang aku rindu ditengah-tengah puluhan ribuan kereta di lebuh raya ini. 8 Bulan aku tak jumpa dia..

4. Aku mcm tak caya itu adalah dia.....aku mula kejar kereta dia..tp kereta byk sbb jem tapi dpt potong dia berapa kali sbb line dia dgn line aku tak sama..dia line 2 aku line 3...dia sgt cantik sama mcm dulu..dia tak perasan aku.. aku suruh kawan aku ambil gamba kereta dia.. hasilnya dapat bontot kereta.....tak pelah bontot kereta pun jadilah......tapi aku sangat hepi sbb tak aku mimpi dapat lihat wajah dia.....dh lama aku tak jumpa dia....aku masih sayang ngan dia

5. Akhir kalam dialah wanita yang aku cinta sepenuh hayat aku........... ayg i love u winkkkkkkkkkkkkk

1. Aku bukanlah seorang pejuang bahasa yang gagah seperti Pendita Zaba dan A.Samad Said. Bahasa Melayu aku pun lintang pukang tapi aku masih bangga mengunakan bahasa aku sendiri. Aku pun tak tahu entah mengapa terdapat sesetangah orang melayu, muka pun melayu bila berjumpa dengan aku terus hilang melayunya...dia menggunakan 100% english dan aku pula menggunakan 100% Bahasa Melayu..lebih kurang mcm ayam cakap dengan itik.

2. Ada yang menanggap orang yang menggunakan english ini dalam kehidupan harianya lebih urban atau lebih moden berbanding orang yang macam ketegori aku yang mempergunakan 100% bahasa melayu dalam kehidupan seharian aku. Sememangnya aku ini tidak hebat berbahasa orang putih, cukuplah sekadar aku faham untuk menonton movie orang putih tanpa ada subtitle bahasa Melayu.

3. Pemikiran rakyat aku sememangnya telah dibentuk untuk memuji bangsa asing khususnya British. Nampak sahaja orang British maka orang melayu akan memanggil "Tuan" atau "Sir" padahal kita adalah tuan kepada tanah yang dijajah oleh mereka. Ahli politik nampak saja bibirnya bertutur 1001 perkataan keramat membenci dan menghina penjajah, padahal hatinya sangat sanjung kepada penjajah. Maka orang-orang politik seperti ini dianggap hero dan berjiwa bangsa dan agama tapi hatinya masih belum tentu.

4. Sudah lama malaysia merdeka, namun pemikiran rakyat-rakyatku masih tetap sama, malah apa yang dianggap dari barat itulah umpama barang turun dari Syurga. Ramai anak-anak mudah malahan orang tua yang umurnya tinggal beberapa hari saja merasa nikmat dan kagum apa yang datang dari Barat hingga bangsa-bangsa ku sangat cintakan dunia takutkan mati. Dulu mungkin alasannya imprialisma dan sekarang alasanya globalisasi menyebabkan rakyat-rakyatku terus menerima apa saja yang datang dari barat yang kadang-kadang dianggap umpama wahyu penyelamat alam.

5. Tadi cerita pemikiran rakyat, lain pula sang penguasa. Sang Penguasa kalau nak kekalkan kedudukannya dan terus berkuasa maka dia akan memperlihatkatkan yang dia itu mempunyai prinsip jati diri yang berdiri dengan kakinya sendiri tanpa sebarang bantuan orang lain. Sang Penguasa juga harus mempunyai darah dan semangat bangsa yang lebih dan sanggup berkorban demi bangsa dan negara. Agama? itu soal nomobar tiga atau empat. Pendik kata pemimpin melayu di ibaratkan "biar dirinya mati dan anaknya mati asalkan adat dan bangsa tidak mati, malah terus dipertahankan". Tidak keterlaluan kalau aku katakan ini semuanya lakonan oleh sang penguasa untuk menipu rakyatnya. Padahal jiwa mereka masih dijajah dan bertuankan pemikiran barat.

6. Lihat saja, apabila penggunaan Bahasa Inggeris dalam mengajar dan menjadikanya bahasa perantaraan dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Tindakan ini bukan sekadar bertentangan dengan Dasar Pendidikan Nasional dan Dasar Bahasa Kebangsaan tetapi juga mengadai maruah bahasa mereka sendiri. Bukan orang cina, bukan orang India jauh sekali bukan orang British yang mengadaikan bahasa melayu tetapi orang melayu yang jumud dan pemimpian melayu yang hilang darah melayunya. Entah mengapa mereka sanggup mengadaikan bahasa ibuandanya sendiri. Adalah lebih baik pergi ke kedai runcit cari topeng power rangers or gaban tutup muka melayu serta ciri-ciri kemelayuan kamu. Supaya orang lain tak kenal yang kamu itu melayu yang mengadaikan bahasa ibuanda kamu sendiri. Itu pun kalau kamu tahu apa itu malu...

7. Alasannya penggunaan bahasa Inggeris ini, untuk mempertingkatkan mutu bahasa english dan seterusnya dapat mengwujudkan golongan remaja yang dapat membangunakan ekonomi negara pada masa akan datang. Malahan alasan peningkatan keputusan Sains dan Matematik dalam peperiksaan UPSR dijadikan alasan untuk dasar ini tetap diteruskan walaupun mendapat bantahan dari golongan-golongan akademik dan perjuang melayu.

8. Walaupun aku skaptikal dengan sejarah yang aku belajar di sekolah tetapi aku tahu apa pentingnya sejarah bagi menyedarkan pemimpin yang sombong dan pelupa. Mungkin pemimpin aku ini lupa sejarah kemodenan German, Italy, Jepun, Taiwan dan Korea. Mereka maju dengan bahasa mereka sendiri, malah teknologi yang dicipta juga adalah dari bahasa mereka sendiri. Jepun menghantar pelajar-pelajarnya ke luar negara dan mereka peluang ke tanah air dengan mencipta teknologi mereka sendiri dan menjadikan bahasa mereka dasar dan perkembangan teknologi dan ekonomi. Ternyata mereka berjaya malah maju dengan sekelip mata. Malaysia menghabiskan jutaan ringgit utk menghantar pelajar kita ke luar negara namun hasilnya tidak seperti di Jepun, Taiwan dan Korea. Tidak tahu salah siapa...

9. Malaysia aku boleh umpamakan seperti Pakistan dan India, dimana dasar pendidikanya menggunakan bahasa inggeris sabagai bahasa perantaraanya. Sememangnya hasilnya India telah melahirkan jurutera persenjataan yang hebat dan doktor-doktor perubatan yang hebat. Namun yang berjaya hanya mereka yang berada di bandar itupun begitu sedikit bilangannya kalau nak dibandingkan dengan penduduk india yang beratus juta itu. Sebahagian besarnya penduduk di India tercicir dari pendidikan. Berjuta yang buta huruf hasil dasar pendidikannya.

10. Pemimpin telah mendidik rakyatnya berasa curiga dan tidak yakin dengan bahasanya mereka sendiri...Malah malu kalau bertutur berbahasa melayu....,Maka tidak salah satu hari nanti bangsa melayu dan bahasa melayu akan lenyap seperti bahasa sanskrit yang pernah menjadi nadi seluruh gugusan nusantara. Jangan satu hari nanti anak-anak kita salahkan kita kerana kita mereka hilang jati diri mereka.....

1. Pelik aku bila terdapat orang islam pemikiranya sama seperti pemikiran orang Israel malahan yang lagi menyedihkan dia adalah bangsa aku sendiri. Bagi aku tak salah untuk kita berfikir malah dalam Islam juga mengalakan umatnya berfikir..sekurang-kurangnya kita tidak berfikiran jumud atau jadi manusia seperti katak dibawah tempurung. Sentiasa berfikiran rasional dimana kelogikan itu menjadi asas utama...bagi aku dalam soal politik atau perkara-perkara yang berkaitan dengan keduniaan tidak salah kita menggunakan pemikiran rasional untuk menailai sesuatu keadaan, namun dalam soal agama adalah salah sama sekali, sekiranya al-quran dan hadis tidak dibawa sekali.

2. Al-kisah terdapat beberapa kawan-kawan aku yang bentuk pemikiranya aku pun tak tau nak ketegorikan jenis apa, sama ada seorang berfikiran nasionalime atau fundamentalism. Tapi yang pasti dia sentiasa berfikir rasional dan logik hingga kadang-kadang tanpa dia sedar pemikiranya telah membelakangkan al-quran dan hadis.

3. Kisahnya bermula wujudnya persoalan, tindakan Hamas yang sanggup mempertahankan Gaza sehingga mengorbankan lebih 1000 penduduk Palestin dan sebahagian besarnya kanak-kanak, wanita dan orang tua. Dia mempersalahkan Hamas kerana mempertahankan Gaza, bagi dirinya Hamas harus keluar dari Gaza dan jangan mencari pasal dengan Israel. Bagi dirinya lagi kemusnahan dan kematian penduduk di Gaza adalah tanggungjawab Hamas kerana sifat ego Hamas yang tidak mempedulikan nasib orang lain.

4. Stament ini, sama yang dikeluarkan oleh golongan-golongan yang pro yahudi dan Israel seperti Amerika Syarikat, Mesir dan PLO/Fatah yang mendakwa Hamas ego sehingga memprovokasi Israel untuk menindas rakyat Gaza. Sehingga tindakan kejam Israel sejak 6 dekat dulu tidak pernah disentuh. Tak sangka terdapai kawan-kawan aku masih berfikiran seperti ini, bagi aku senang sahaja ... apa yang aku boleh katakan "Kau pengecut, Kau Bacul!!!"

5. Mungkin dia lupa dengan sejarah dato maharajalela, Tok Janggut, Leftenan Adnan yang sanggup bermati-matian malahan mengajak orang melayu bangun menentang penjajah. Walaupun mereka tahu yang meraka ini pasti kalah dan syahid kerana bersenjatakan keris dan tombak untuk berhadapan dengan musuh yang bersenjatakan peluru hidup dan meriam gajah.

6. Mungkin dia lupa perjuang nabi dan sahabat sehingga ramai yang sahabat syahid, demi mempertahankan Islam. Dan aku pasti yang dia tidak tahu kemulian Palestin untuk umat Islam. (Peristiwa Israq dan Mikraj) Aku pun tidak pasti sama ada dia tahu dalam al-quran ada menyatakan seruan jihad dan mempertahankan tanah air itu juga adalah jihad. mungkin dia selesa menjadi golongan munafik yang lari dari medan peperangan seperti bapa munafik iaitu Abdullah Bin Ubair yang lari dalam peperangan badar bersama dengan 300 pengikutnya kerana takutkan mati dan cintakan dunia.

7. Aku ada satu cerita untuk kawan-kawan aku yang masih tidak faham perjuangan Hamas., mungkin dia tidak tinggal di sana dan masih dibayangi pemikiran mewah dan kapitalis di sini.....so bayangkan lah cerita dibawah:-


"Semasa anda kecil, datang sekumpulan perompak telah membunuh ibu bapa anda, malah adik perumpuan anda dirogal dan di bunuh. Anda dihalau dari rumah itu dan perompak mengambil rumah anda dan menyatakan rumah anda adalah kepunyaan dia. Ketua Kampung disitu telah memberi hak kepada perompak untuk mendiami rumah anda, malah orang-orang kampung turut mengiktiraf kediaman rumah anda adalah menjadi hak perompak. Setalah 60 tahun anda dihalau dirumah anda kembali dan menuntut hak anda ke atas rumah anda. Anak-anak perompak bersetuju menerima anda untuk tinggal dirumah anda namun anda diletakan di dalam kamar yang kecil dan serba kekurangan, malahan setiap pergerakan anda sentiasa diawasi. Anda juga dikehendaki menjadi hamba sepanjang hayat...malahan isteri dan anak-anak anda didera dan dirogal...."


petunjuk:-

1. Anda: Rakyat Palestin
2. Perompak/anak-anak perompak: Zionis/Israel/Yahudi
3. Rumah Anda: Palestin termasuk wilayah Israel sekarang
4. Bilik kecil: Gaza dan Tebing Barat
5. Ketua Kampung: PBB
6. Orang Kampung: Masyarakat dan negara-negara sedunia
7. 60 Tahun: Peristiwa Nakbah

8. Ustaz aku dulu pesan, kalau kita nak berlawan cakap dengan orang ini, perlukan menggunakan al-quran dan hadis. So aku bagi lah sikit untuk merkea yang tidak memahami perjuangan rakyat Palestin dan Hamas, mudah-mudahan kau menjadi orang yang beriman:-


surah al-Haji ayat 39-40:

Yang Bermaksud: " Diizinkan berperang bagi orang yang diperangi, sebab mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka. Iaitu mereka yang diusir dari kampung dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, mereka diusir semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan kami ialah Allah. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja, dan tempat-tempat sembahyang kaum Yahudi, dan juga masjid-masjid yang disebut banyak nama Allah padanya; dan bahawa Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa."

- bagi mereka yang terkorban, walaupun orang tua, wanita dan kanak-kanak ditanah air sendiri kerana mereka telah mempertahankan tanah air mereka iaitu palestin. Ini janji Allah:-

Ali-Imran ayat 169:

Yang Bermaksud: ” Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki."


-moga allah memberi kemenangan kepada pejuang-pejuang Islam di Palestin dan seluruh dunia..amin

p/s: so kawan aku yang bernama tut tut tut tu......jaga jagalah dalam berfikir...jangan berfikir seperti orentalis barat yang tidak menilai dan menerima al-quran dan hadis....moga allah mengampun aku dan kita semua..amin

1. Pendita-pendita yahudi telah mengeluarkan fatwa yang menghalalkan pembunuhan rakyat palestin..sebenarnya fatwa ini telah dikeluarkan pada 14 Jun 2007.....

2. Fatwa pertama yang aku anggap ekstrim (mmg ekstrim pun) ialah fatwa yang dikeluarkan oleh Mordechai Eliyahu (gambar diatas). Semasa tercetusnya serangan Israel keatas bumi Gaza, Eliyahu telah mengirim surat kepada perdana menteri Israel iaitu Ehud Olmert, mendesak agar Olmert terus mengebom dan membunuh penduduk Palestin kerana penduduk Palestin bersubahat atau tidak membuat apa-apa untuk menghalang Hamas dan melancarkan roket ke atas Israel. Pembunuhan ke atas orang awam termasuk orang kanak-kanak, wanita dan orang tua Palestin tidak menjadi satu kesalahan dari sesi agama Yahudi, malah ianya satu tanggungjawab kewajipan untuk penganut Yahudi.



3. Terdapat seorang lagi pendita Yahudi yang aku fikir sangat radikal malah aku boleh diketegorikan pengganas iaitu Sholomo Elyaho (kat atas tu gambar muka dia) menyebut: "Jika kita membunuh 100 daripada mereka tetapi mereka enggan menghentikan serangan roket, kita perlu membunuh 1,000; dan jika membunuh 1,000 pun mereka masih tidak berhenti, kita perlu membunuh 10,000 dan terus membunuh walaupun sudah mencecah sejuta orang tanpa mengira masa yang diambil untuk membunuh mereka.


4, Seorang pendita Yahudi lagi, yang mempunyai jawatan dan pengaruh besar di dalam Israel iaitu Dov Lior (gambar atas) adalah pengerusi Harbi wilayah Hebron mengeluarkan fatwa yang menyeru agar penduduk haram Israel memberi racun kepada penduduk-penduduk Palestin yang berjiran dengannya atau yang tinggal sebandar dengan mereka. Dov Lior menyeru agar telaga-telaga air penduduk Israel diracun dan meminta agar penduduk Yahudi tidak ragu-ragu melakukan tindakan mereka, kerana ia sejakar dengan kehendak agama. Bukan saha manusia di suruh racun malah haiwan ternakan penduduk Palestin juga disarankan untuk diracuni.

6. Banyak lagi fatwa-fatwa yang kejam malahan bertentangan dengan ajaran asal dalam kitab Taurat yang dibawa oleh Nabi Musa A.S telah diubah oleh orang Yahudi yang semamngnya telah dilaknat oleh Allah sejak dari dulu lagi.

7. Bayangkan orang Yahudi berani mengelurkan fatwa seperti ini malahan menerima sokongan dari kerajaan dan orang politik Israel. Namun andai ada ulama-ulama Islam yang mengeluarkan kenyataan yang sedikit tegas tetapi tidak lah sekejam orang Yahudi ini pastinya ulama itu akan dibenci malahan dihukum oleh orang Islam sendiri. Orang Yahudi atau orang kafir tidak perlu menghukum ulama-ulama Islam yang berfikiran Fundamentalism dan radikal kerana orang Islam sendiri juga yang akan menghukum ulama-ulama ini.

8. Lihat sahaj apa jadi dengan Al Syahid ImamHasan Al Banna (gambar atas) dan (Syahid Qutub gambar bawah) yang dibunuh oleh tangan orang Islam sendiri iaitu Jamal Abdul Nasser kerana mengeluarkan fatwa yang menyuru umat Islam bangun untuk membela Islam. Begitu juga dengan kekejaman pemimpian Islam ke atas Sri Kandi Islam Zainab Al-Jubaili yang dikurung bersama 2 ekor anjing yang lapar semata-mata kesalahanya menyeru orang Islam kembali kepada Allah....


9. Tidak perlu lihat jauh-jauh malah di Malaysia juga, siapa yang dicopkan ustaz atau berpendidikan sekolah pondok mesti wujud sikap prejudis dikalangan orang Islam sendiri terhadap mereka. Orang Yahudi dan orang kafir tidak perlu bersusah payah untuk menghukum ulama-ulama yang merupakan pewaris nabi dan rasul kerana mereka mereka ini akan menerima hukuman dari umat Islam sendiri. Ulama yang terlepas dan selamat adalah ulama yang sanggup mengadaikan agamanya demi memuskan nafsu perutnya.

10. Orang Yahudi begitu taat dan hormat kepada pendita mereka, tidak kira sekuat mana redikal pemikaran pendita Yahudi ini, namun seluruh bangsa Yahudi bersatu mempertahankan dan mengamakan suruhan pendita-pendita mereka. Jauh sekali nak dibandingkan umat Islam, jika munculnya ulama yang sejati dan berani maka ulama itulah sasaran sang penguasa yang rakus.

Bagi aku, Orang-orang yang beriman percayalah satu hari nanti Islam pasti akan bangkit dan orang-orang yang munafik dan fasik pasti akan menerima balasannya..................








1. Bagi aku..aku tidak percayakan sejarah yang aku belajar selama ini...bagi aku siapa2 sahaja mampu mengubah sejarah, lebih2 lagi sang penguasa yang mahu mengekalkan kedudukanya maka sejarah itu akan diubah..yang banyak memihat kepadanya. Bagi orang yang mempercayai sejarah, akan sama pemikiranya dan pemikiranya sentiasa boleh diduga malah fikrah dirinya boleh diagak.....

2. Persoalanya berapa ramai rakayat Malaysia mempercayai sejarah negaranya....kita di ajar sejarah tanpa mempersoalkan kebenaran sejarah itu. Malah subjek sejarah diperingkat sekolah hanyalah untuk dihafal semata-mata lulus atau nak cemerlang dalam peperiksaan. Kita tidak diajar untuk mengkaji kebenaran sejarah itu. Andaikan kata ada pandangan yang itu bertentangan dengan sejarah malah mengugatkan kedudukan sesuatu pihak maka silap hari bulan ISA hukumannya. Rakyat di didik untuk taat tanpa menyoal banyak pekara..hasilnya pemikiran rakyat-rakyatku adalah ditahap yang sama dan jawapannya sentiasa boleh diduga.

3. Bagi aku banyak, sejarah kini banyak melenyapkan pejuang-pejuang yang sanggup mati demi negara. Mereka yang berfikiran fundamentalism dan ekstrim dilenyapkan dari sejarah. Tetapi mereka yang cenderung membodek nama itu yang dijulang dalam sejarah. Bagi aku sejarah telah melenyapkan nama-nama pejuang yang berjuang dengan nyawa mereka tatapi pejuang yang hanya bermodalkan dakwat pen dan kertas..itulah yang diagung-agungkan. Itu pun hanya segelintir....................

4. Aku tak nak lihat sejarah Hang Jebat yang mempertahankan saudaranya Hang Tuah demi menuntut menuntut keadilan dianggap penderhaka. Walaupun pembunuhan Hang Jebat dah beratus tahun berlalu namun hingga kini Hang Tuah itulah dianggap hero dan mulia. Malah hingga kini Hang Jebat dianggap si perderhaka yang hina, dan si Tuah, manusia yang mulia...

1. Setaip kali aku ada mood nak menulis blog maka kat situlah pelbagai ujian utk aku membebaskan pemikiran aku akan terbantut. Malam ni housmate aku main PS2, apa tah game aku pun tak tau.. tapi yang aku setiap saat aku menjerit2 sehingga hantu pun merasa kagum..

2. Setakat ni, jiran aku tak da lah pulak bising sbb rumah aku menjerit2 tapi aku harap jiran aku faham bahawa rumah aku ni rumah bujang yang suka kan main PS2.

3. Dan aku pun satu, tak boleh nak tulis blog time2 yang aman damai.. kenapalah time2 ini yang aku pulih untuk berfikir.....

4. Bagi aku sifat manusia sememangnya boleh dibentuk kerana manusia yang waras sentiasa akan berfikir untuk kemajuan. Maka aku dapat rasakan satu hari nanti warga2 di rumah aku termasuk aku sentiasa mempunyai perubahan utk kemajuan dlm kematangan.

1. Tak kira siapa pun kecuali golongan yang bersikap tidak ambil tahu kenal siapa itu Obama. Obama itu juah dari Malaysia tapi orang-orang kampung tak kira kampung Felda, Kampung Baru, Kampung Nelayan atau ape jenis kampung tetap kenal siapa itu Obama, tak tau nama pun sekurang2nya mereka pernah dgr atau lihat muka obama. Itu lah kehebatan globalisasi, apabila minda mayarakat ku dibentuk oleh pelbagai aliran pemikiran maka mcm2 tanggapan terhadap Obama...

2. Israel tiba2 mengistharkan gencatan senjata walhal misi mereka utk menghapuskan Hamas belum selesai, semata-mata untuk tunggu dan lihat respon Obama. Begitu hebatnya Obama tidak perlu bersuara tetapi dgn isyarat mata sahaja Israel mula mengubah polisinya. Tapi itu kata orang, bukan kata aku.

3. Negara Arab khususnya sekutu rapat Amerika Syarikat, Mesir dan Arab Saudi, kononya mengharapkan wujudnya perubahan besar dalam polisi dasar luar Amerika Syarikat. Itulah pun stament yang basi digunakan oleh pemimpin Arab dalam setiap kali berubahnya Presiden Amerika namun pada hakikatnya mereka sentiasa mencium bontot Amerika Syarikart walaupun dasar itu masih tetap diteruskan.

4. Mcm mana Malaysia? takpelu aku bercerita panjang2 setiap kali Presiden Amerika berubah maka Malaysia sentiasa bertawakal kepada Amerika Syarikat dalam membentuk dunia. Pemimpin-pemimpin Malaysia hanya berani di dalam negara tapi di luar masih berjiwa pengecut.

5. Minggu lepas, keluar tajuk utama di dada akhbar mengatakan seolah-olah mengambarkan bahawa persidangan khas PBB untuk membincangkan isu gaza adalah hasil penat lelah dan prihatinan pemimpin Malaysia sahaja. Tanpa pemimpin Malaysia maka persidangan ini tidak akan terjadi....maka pemimpin pun dijulang bagaikan hero dunia demia semata-mata utk menaikan imejnya dan parti kebetulan time tu ada pilihanraya kecil di KT.

6. Begitulah licik politik pemimpin Malaysia sentiasa mengambil peluang dr apa yang ada, namun bagi rakyat yang masih taksud dgn pemikiranya tidak akan melihat seperti yang aku katakan...

7. Obama, Adalah Presiden Amerika Syarikat pertama lain warna kulitnya dan yang pertama mempunyai talian darah islam karana bapanya adalah islam. Maka aku pun tak pasti sama ada obama ini sudah murtad atau semamanya kristian. Bagi aku, selagimana kita bertawakal kepada manusia yang dianggap paling berkuasa di dunia, selagi itulah minda kita tak terbuka sampai bila2.........................jangan marah kalau aku katakan orang ini otaknya bodoh!!!

1. Petang rabu tu entah mcm mana entah punye lah cerdik pensyarah aku tiba2 dia cancel kan kelas dia tanpa memberi tahu terlebih dahulu. Sampai-sampai dia tulis "Kelas Batal", adeh... dh ar aku dtg awal sbb minggu lepas aku dtg lewat kene marah...dia tahu tak yg aku ni dr S.Alam dtg jauh2 semata nak belajar huhuhuhuhu.... Ini baru mukadimah dr cerita yg apa yg aku nak ckp..

2. Maka petang tu kira2 jam 5 ptg aku dok arr kat Foyer ukm, baru aku perasan yang ukm esok nak pilihanraya kampus. Patut ar banyak poster sana sini..teringat aku masa zaman aku dgree di ukm aku lah org paling aktif berkempen atas tiket Pro Mahasiswa walaupun aku memakain baju Aspirasi... Di pendikan cerita time2 lepak tu aku terjumpa budak2 junior aku yg Pro Mahasiswa ni aku tanya ada plan malam nie...sbb aku nak join.,.yelah semangat utk kalahkan aspirasi masih tetap membara..bagi aku mengalahkan aspirasi adalah satu tanggungjwb dan satu ibadah.

3.Bagi aku suasana pilihanraya UKM nampak hebat malam tu apabila pak guard2 UKM buat sekatan setiap penjuru jalan di dalam UKM. Jarang nampak Pak Guard buat kerja bersungguh seperti malam tu, Hampir sesak jalan nak masuk UKM apabila setiap kereta Pak Gurad tahan n tanya macam2. Aku pun tidak berkecuali tapi Pak Gurad tak byk tanya mybe sbb dia lihat aku bawa kereta beso n siap ada tulis VIP UKM tu sbb aku terlepas. Mujur ada pilihanraya kalau tak apa entah keje Pak Gurad UKM selain jadi Mat mat tiang...Tahniah!!!

4. Malam tu aku dpt msg, budak2 Pro Mahasiswa akan berkumpul di Masjid UKM, aku pun apa lagi gi lah join, semangat gila!!! Sampai kat situ rupa2nya masih ada junior2 kenal aku..alhamdulilah! mana idaknya muka aku ni antara muka wanted di UKM khususnya di Kolej Tun Hussein Onn... di sbbkan aku ni adalah senior2 diaorg entah mcm mana entah malam tu aku tiba2 di lantik secara koboi oleh junior aku utk ketui konvoi.. mybe sbb aku pakai kereta beso n kebetulan time tu satu2 nye kereta yg join. Pada awalnya sekitar 50 buah motor jek...


5. Tempat pertama menjadi sasaran konvoi kitaorg adalah kolej Ibu Zain yang banyak beruk2 tu...sampai jek kolej Ibu Zain, kebetulan calon Pro Mahasiswa dihalang oleh pihak pentadbiran kolej utk berkempen. Apa lagi budak2 yg Pro Mahasiswa yang kebetulan berada kat situ semua turun..konon2nya nak tunjuk kuat arr padahal just nak tunjuk jek..entah mcm mana entah...bilang motor pada asalnya bertambah sehingga dlm 300 motor..pihak kolej cuak... apa lagi diaorg tel Pak Guard arr... itu lah senjata diaorg pun..sikit2 panggil Pak Gurad..

6. Konvoi diteruskan ke , KDO, AMIN,KIY dan Zaba. Di Zaba kami berhenti...time tu aku tgk kat belakang....jalan raya dipenuhi oleh lampu motor yang ikut konvoi..aku rasa ada dekat 1 kilo panjang konvoi kitaorg tu..sepanjang jalan pak gurad ikut dr belakang...utk menjalankan tugasnya yg setahun sekali saja.

7. Sampai Kolej Burhan, kami di blok oleh pihak kolej dan Pak Guard......diaorg blok menggunakan sofa..alahai huduhnye perangai diaorg nie mcm tak ada benda lain nak halang konvoi kitaorg..aku dgr Kolej Burhan skrg menjadi kubu kuat Aspirasi di UKM....perjalan kita terus ke kolej Ungku Omar dan Kris Mas. Sampai je di Kris Mas aku tgk suasana Kris Mas dah tak mcm dulu, kalau dulu siap nak bergado tp skrg dh mcm tak ada apa2...akhir sekali kitaorg berhenti di dataran dewan gemilang. Konvoi tu kitaorg akhiri dengan bacaan doa. Kira-kira jam 11.00 malam konvoi tu habis.


8. Bila konvoi habis, maka aku pun balik ar ke rumah aku. Sampai pintu keluar UKM aku ditahan oleh Pak Guard..aku dh agak dh .....Seronok aku bila kene tahan dgn Pak Gurad sbb ni lah peluang aku berceramah dgn Pak Gurad2 kat UKM nie...ape lagi aku pun mula ar berdebat saja aku nak berdebat nak provok jek Pak Gurad tu marah kat aku. Dah dijangka Pak Gurad pun berdebat ngan aku, siap cakap biar geng2 aku diturunkan bala..hahaha nak aku gelak tgk muka Pak Guard ckp mcm tu. Aku tgk Pak Gurad ni tiba2 seronok pulak di berdebat ngan aku..aku nak blah dh ni..aku cakap sikit dia lawan byk. mcm2 ar dia cakap...kebetulan jenis aku pulak bila nak cakap nak menang pulak hahaha..maka sesi perdebatan pun berpanjangan....

9. Aku pikir mcm manalah aku nak kasi pak gurad ni diam, tiba2 aku teringat ustaz aku kata kalau kita nak berhujah gunalah ayat al-quran dan hadis. Tapi masalahnya aku pun tak hafal ayat al-quran dan hadis mana yang sesuai utk aku berhujah dgn Pak Guard ni..last2 baru aku teringat masa sek men dulu aku pernah masuk nasyid lagu Arab. Maka aku gunakan lirik lagu Arab tu ala ala konononya aku guna mcm ayat al-quran padahal maksud lirik lagu arab pun aku tak tahu...terdiam pak guard tu bila aku cakap lirik lagu arab tu gaya al-quran....

10. Baru aku sedar rupanya2 Pak Gurad ni cetak ilmunya. padahal lagu arab tu lagu kump Brothers...aku rasakan kalau aku baca doa makan ke doa nak tidur ke tak pun doa qunut diaorg akan ingat itu ayat al-quran.... kesian pak gurad ukm dh la bodo lepas tu berlagak sumbong....

1. Kejap lagi masuk lah waktu asar.... makin lama aku menunggu aku rasa makin lama pulak waktu asar tu nak masuk. Aku plan kononya lah nak gi sembanhyang jemaah surau depan rumah aku nie. Al maklumlah nama jek surau depan rumah, tak sampai pun beberapa kangkang kera dari rumah aku tp pergi ke surau alahai boleh kira dgn jari tangan berapa kali jek aku gi.......

2. Bila kat kampung kehidupan aku mmg jauh gila beza, aku rasa kalau korang tgk kehidupan aku di kampung silap hari bulan korang pun gila sbb tak percaya itu diri aku di kampung wakakaka. Tak adalah maksud aku di sini aku buat benda tak elok dan di kampung aku jadi ustaz. Apa yang aku nak cakap di kampung setiap kali sembahyang waktu termasuk ar solat subuh aku akan pergi berjemaah tapi kat sini alahai hanya jemaah dgn jin kat umah aku jek.

3. Aruwah bapak aku paling pantang kalau dia dengar aku tak pergi sembahyang kat masjid. Aruwah bapak aku ni didik aku mmg lah tegas....penuh didikan agama tapi dia ni lembut orang. Oleh kerana aruwah bapak aku ni kadang-kadang tak ada di Majid kampung aku sbb dia jadi imam kat masjid lain, cara dia nak tau aku pergi masjid ke idak. dia akan tanya siapa imam sembahyang tadi n surah ape imam tu baca..wakakaka.. Maka nak tak nak aku kene ar gi solat kat masjid demi menjawab soalan-soalan dia tu...ala ni cerita time aku kecil mmg buat sbb tak iklas tapi dh beso dh jadi tanggungjwab utk aku gi masjid kampung aku la..

4. Sekadar solat jemaah tiap2 hari kat masjid ni..time kecil adalah pekara biasa bagi aku. Tapi yang paling hebat nya dulu kecil aku sembahyang selalu pakai serban...mengalahkan semua adik beradik aku. Time mula-mula aku belajar pakai serban tu aku tak tau apa kelebihanya cuma apa yang nampak pakai serban ni nampak ensem tu. lama-lama aku tau la kelebihan orang memaikan serban nie..... tapi skrg adeh .aku rasa tahun lepas mmg aku tak pernah pakai serban langsung. last aku pakai aku pun tak ingat entah bila.....ohye ade ade..last week aku pakai serban time domontrasi konon2nye nak nampak mcm pejuang Hamas.....

5. Apepun apa yang aku cerita ni adalah kisah aku time aku kecil dan time aku sekarang......apepun hidup dibandar ini banyak godaannya, semua ada cuma kuat atau tak kuat je iman kita...bagi aku hidup ini biarlah berprinsip, kalau kita dh jauh dr Allah cepat2 kita kembali pada Allah.......Aku teringai kata2 khalifah Umar "Tak akan kamu berasa gundah walaupun sekali, sekiranya kamu tahu apa yang dicari" sebenarnya aku tau kata2 ni bila aku baca buku "kartini". yelah sampai skrg aku tak tau apa yang aku cari tu sbb hati aku asik tak diam jek...mybe jawatan presiden amerika yang cari..wink~~~~~

6.dh arr aku rasa cukup takat ni kot.. aku pun baru sedar, rupa2nya dh habis jemaah sembahyang asar kat depan rumah aku nie..ceh baru tadi semangat nak solat jemaah.....

6. Ok la semekommmmmmmm!!!


-Aku baru je baca blog abg aku...cerita baru dia ari ni adalah pasal nasib malang kereta nasional.cerita yang sgt menarik dan aku rasa lebih menarik dari isu perkahwinan ikin mawi atau gosip datuk k n siti.....merapu jek cerita diaorg ni!!!!

- Dulu kerajaan negeri Terengganu membelanjakan wang jutaan ringgit utk membeli kereta M.Banz n setiap satu harganya RM 1.3 juta. Maka langkah ini pun diikuti oleh kerajaan negeri Perak dan Selangor. Selongor belanja RM 1.3 juta untuk 10 buah kereta Camry...bersamaan dengan sebijik kereta M.Banz. Betul atau tidak nilai harga kereta tersebut aku tak tau tapi diaorg dalam kelompok yang sama...

- Apalah dosa sang proton sehingga sang penguasa pun tak yakin dengan proton. Tindakan yang dilakukan oleh menteri-menteri besar ini sedikit sebanyak telah melahirkan satu sikap prajudis terhadap kereta nasional sendiri. Dengan kata lain mereka ni telah membentuk satu set pemikiran rakyat bahawa barangan Malaysia tidak berkualiti.....akhirnya bangsa aku akan menjadi skaptikal yang jumud!!!

- Sejak aku dari kecil masyarakat Malaysia sangat memuji barangan luar malah barangan tempatan dianggap ketinggalan zaman malahan ada yang anggap jijik. Aku ingat lagi time aku kecik2 lagi.... nampak jek barang buruk atau barang tu org miskin guna mesti dah kene label barang local. Alasannya barangan luar lebih berkualiti berbanding barangan tempatan. Alasan ini juga masih digunakan oleh pemimpin-pemimpin untuk membuktikan bahawa kereta perdana V6 selalu sakit dan kos nak ubatnya terlalu mahal. Namun alasan yang paling menonjol digunakan oleh pemimpin-pemimpin ini adalah untuk menjimatkan wang rakyat. Maka secara tak langsung rakyat akan menerima dan terpengaruh kata-kata hikmah dan madah pujangga sang penguasa. Malah lebih malang lagi bagi rakyat yang tak mampu nak berfikir panjang hanya dikatakan oleh pemimpin itu sajalah yang benar lagi benar.

- Entah betul entah tidak Perdana V6 yang digunakan oleh sang penguasa sentiasa bermasalah. Tapi asasnya sejak tahun 1984 lagi kerajaan membelanjakan berbilion wang ringgit utk meningkatkan perusahaan automobil akhirnya tidak mendapat sokongan dari golongan penguasa. Dimanakah perginya jutaan ringgit wang rakyat utk memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar belajar dapat bidang automobil. Bodoh sangatkah belia negaraku sampai tidak mampu mempertahankan kegemilagan kereta nasional.

- Sehingga kini aku masih meragui adakah benar Perdana V6 ini sama seperti yang dikatakan..kerana aku juga pengguna Perdana V6..

- Kalau bukan kita, siapa lagi yang mahu menyokong satu-satunya kereta nasional kita, sediakah kita melihat terkuburnya kereta nasional ini. Rakyat hanya mengikut pemimpin, kalau pemimpin dah pandang buruk pada kereta nasional kita..maka 27 juta penduduk malaysia pun akan memandang buruk dengan kereta nasional kita. Benar kata abg aku...pemimpin hanya terlalu memikirkan kuantiti tapi tidak memikirkan kualiti. Dengan kata lain segelintir sang penguasa hanya memikirkan soal kuantiti wang dikeluarkan namun tidak mampu otaknya memikirkan kualiti negara pada masa akan datang.

- Ini baru bercakap tentang proton, belum tentang bahasa melayu yang lama kelamaan akan terhapus angkara sang penguasa yang rakus lagi bebal otaknya.

- Anda sayang Malaysia?

ps: artikal ini ilham dari artikal abg aku..

1. Sejak Palestin khususnya Gaza di bom oleh tentera Yahudi pada 21 Disember 2008 maka rakyat Malaysia bangunan dari tidur untuk membantu rakyat Palestin. Setiap kali berita mesti tajuk utamanya pasal Palestin tak kira tv atau surat kabar apapun semuanya menunjukan kekejaman Isreal. Macam biasa akan aku katakan bahawa rakyat Malaysia sungguh perihatin. Padahal isu Palestin ini telah bermula sejak 60 tahun yang lalu...atau bahasa jiwangnya "luka lama yang masih berdarah".Ratusan ribu rakyat Palestin terkorban angkara Israel dan sekutunya...mungkin Malaysia baru terbuka matanya, tak tahulah salah siapa......lena sungguh rakyatku tidur!!!

2. Isu Palestin, bukan lagi isu yang dicakap-cakap oleh ahli politik atau ahli akademik. Budak yang baru sekolah pun dah mula pandai cakap isu Palestin. Cuma yang bezanya antara budak dengan orang dewasa, budak-budak sukar menganalisis manakala orang dewasa mampu menganalisis isu di Palestin. Tapi ada juga orang dewasa yang masih berfikiran kebudak-budakan kerana mereka tak mampu atau lembap kepala otaknya untuk menganlisis isu Palestin. Baik orang politik, orang akademik mahupun orang bisnes. Kerana apa? Kerana mereka tak mahu menerima kebenaran yang nyata..cintakan dengan kebatilan mereka.... itulah skaptikal duniaku~~~

3. Bagi aku isu Palestin ini akan menjadi basi kembali lambat laun di Malaysia, kerana sifat pemikiran rakyat Malaysia sememangnya telah dibentuk sebegini. Lihat saja isu yang berlaku di Iraq dan Afghan, mula2 bukan main hebat rakyat Malaysiaku memboikot Amerika dan mendemontrasi. Akhirnya lama-kelamaan semangat itu hilang entah kemana, padahal hingga kini bumi Iraq dan Afgan masih dihujani bom. Begitu juga isu Palestin ini, mungkin hari ini, mungkin minggu ini dan mungkin bulan ini kita semangat tapi persoalanya sejauh manakah semangat itu akan kekal. Mungkin isu Pilihanraya Kuala Terengganu nanti akan menutup Isu Palestin..tapi mujur lah isu perkahwinan mawi dan ikin tak sehangat isu Palestin.. alhamdulilah~~~

4. Terus terang aku cakap siapa yang mengatakan orang yang bersemangat ini ekstrim (di pandang negatif) maknanya orang itulah yang paling bodoh dan hodoh otaknya.....


ini kisah di palestin, kisah bumi lahirnya para rasul n para nabi, kisah bumi yang pernah diselamatkan salahudin al ayubi dan kisah bumi yang diceritakan dlm al-quran yang akan berlaku perang kiamat diantara tentera muhammad dengan yakjud dan makjud....

kenapa islam sentiasa berperang dengan yahudi dan kristian.....senang jek jawapannya.. aku pernah terbaca satu surah di dalam al-quran, tapi aku tak ingat surah apa n ayat ke berapa. maksudnya lebih kurang mcm nie lah "orang yahudi dan nasrani tak akan redho agama kamu selagi mana kamu tak ikut arahan mereka" so tak menjadi satu yang pelik bila amerika dan israel membunuh rakyat palestin, sekiranya korang membaca dan memahami al-quran. itulah sifat yahudi n nasrani...

ok arr kat sini aku nak tunjukan gambar terbaru (tak pasti gamba lama atau baru tetapi ceritanya tetap sama) mangsa kezaliman israel dan amerika:-



apa yang korang rasa bila tgk pic nie ???, kesian, geram, marah..maybe itu saja..kerana itu sajalah skaptikal yang ada pada pemikiran rakyat malasysia. Bagi aku, sekiranya aku ada jalan utk pergi ke Palestin itulah yang aku lakukan utk membalas setiap titisan darah umat islam palestin. Marilah berdoa setiap titis darah umat islam di Palestin akan dibalas oleh pejuang-pejuang Islam....berjanji la pd diri kita untuk memboikot barangan2 amerika dan jaringan yahudi..nak tahu barangnya.. korang cari lah kat internet ni....byk information..

penutupnya kat sini ada sepotong suruh al-fill..mari kita baca sama2 untuk kemenagan islam di Palestin... Takbir!!!!


Ha mcm best pulak aku nak share ngan korang semua pasal miss world arab yang pakai tudung ni..meh meh meh sini..nengok nie...





cantikkan..inilah Wafa Yaqoop yang menjadi miss word arab tahun 2007...tapi time dpt hadiah pelik pulak aku tgk muka dia..maybe sbb terkejut menang kot tu yg pelik sikit muka dia nie huhuhuhu.....


Jangan terkejut dan inilah Miss Arab Saudi..tak sangka lak aku Arab Saudi pun join gak..


miss arab saudi mmg betul tak sesuai dengan bendara arab saudi tu...takpelah kita renung-renungkan dan selamat beramal huhuhuh

ps: perasan tak miss arab saudi mukanye sikit mcm laki kan hahahah kejam gila aku hahaha!!!

1. Sejak kebelakangan ini aku asik mempublishkan cerita-cerita pasal palestin... takpelah mcm biasa aku nak cakap pasal palestin cuma bukan lagi pasal perang tatapi pasal anak dara di Palestin.. ini pic yang aku dapat semasa aku dok baca artikal pasal Palestin. Aku rasa ianya agak menarik kalau tak menarik kompem aku tak taruk kat blog aku..yang penting ianya leh menjadi satu isu....

2. Elok aku belek2 terjumpa lah pulak satu web menceritakan mengenai miss arab world 2007 yang diadakan di kaherah.nak tgk miss2 arab tu..sila tgk kat bawah nie


3. Wahh...mmg dua dua cun tapi peliknya Iraq asik kene bom, ratu cantiknya lebih bomm berbanding Morocco....nak tahu siapa nama miss iraq ni nama dia Mayada Hussein n yang Morocco pulak Sarah Banani...mana yang cun? jawapanya mesti ar Sarah Banani hehehe. ok mari kita pic seterusnya pulak....

4. aku ada pic lebih..ok ni gambar dekat miss iraq tu..hemm leh tahan cun kan dh macam muka melayu pulak aku tgk...ok next!


5. Hahahah ni pic model Palestin dengan Model Kuwit...wahh mengancamkan model Palestin.. dikatakan nama model Palestin ini Marena Kattan..kalau aku jadi hakim utk pilih siapa antara 2 model ni kompem aku akan pilih Palestin ..sbb atas dasar kesian kat Palestin huhuhuhu..leh caya ke reson tu!!!..tapi model Palestin pun lagi bommm walaupun negaranya kene bom huhuhuhu....ok pic seterusnya pulak eh lupa pulak nak perkenalkan miss kuwit kang kecik pulak hati dia...ok nama dia Fatma Ghadban...ok next!!!


6. Dan pemenangnya adalah miss bahrain waffa yaqoop yang pakai tudung kuning...huhuhuuhu

ps: mcm aku katakan dari dulu tak perlulah kita bersikap skaptikal..kalau nak jadi model mesti buka tudung...or buka baju.. now terbukti tak yah buka apepun leh jadi miss world huhuhuhu

1. Sempena isu palestin yang sedang meluap2 ni blog aku dh mcm blog hamas huhuhu...sentiasa menceritakan pasal palestin..blog aku pun usia baru tak sampai sebulan dh dpt lebih 80 org yang tengak walaupun ada yang kene paksa tgk....huhuhuhu.....sempana isu palestin ini aku nak menceritkan betapa skaptikal dan hipokritnya bangsa aku ....


2. Pertama ada aku nak berceritanya betapa hipokritnya kerajaan aku dlm menunjukan rasa simpati terhadap Palestin. Percaya atau tidak semenjak Hamas menang dalam pilihanraya pada tahun 2006 secara sah sehingga sekarang negaraku dan tanah air aku yang tercinta masih tidak lagi mengiktiraf Hamas sebagai parti pemerintah yang sah. Masih mengiktiraf Fatah yang menjadi anak kesayangan Amerika dan pengkhianat bangsa palestin sebagai pemimpin rakyat Palestin. Pelik aku mcm mana kerajaan Malaysia boleh rasa simpati kepada pejuangan rakyat Palestin padahal mereka tidak mengiktiraf Hamas sebagai wakil rakyat Palestin. Dari sudut lain Malaysia masih mengikut jejak Amerika Syarikat dan Israel iaitu mengiktiraf Fatah sebagai wakil sah rakyat Palestin. Nampak sangat arr kerajaan aku ni cakap tak serupa bikin..lepas tu berangan nak jadi contoh dengan negara2 islam lain...ape punye lawak aku pun tak tau la...



3. Baru-baru ini TPM Malaysia najib yang berbibir seksi keluarkan stament ..hanya negara-negara kuasa besar sahaja mampu menangani isu palestin. Bagi orang yang bersifat skaptikal mcm Najib apatah lagi yang mmg mengangumi Najib akan bersahaja turut bersetuju dgn stemant tu. Bagi manusia yang mempunyai aliran pemikiran seperti aku alahai dayusnya ko wahai najib.memalukan bangsa aku dan agama aku sahaja....Stament yang dikeluarkan oleh najib nampak sgt bertawakalkan kepada manusia bukan kepada Allah..tak pelu aku nak berhujah mempertaikan stament tu..cukur aku menunjukan betapa skaptikal dan munafiknya pemimpin negaraku..inilah Hebatnya Malaysia!!!!

4. Tadi aku pergi lah ke rapat umum sempena menentang tindakan Israel dan menunjukan rasa sokongan terhadap Palestin. Aku rasa kalau akau kira-kira ade arr 10k yang datang..bangga aku bila aku melihat betapa prihatianya rakyat Malaysia. Walaupun aku mengharapkan bilangan yang hadir sepatutnya lebih daripada tu..so persoalanya apa yang skaptikal dan munafiknya? ada satu part khas utk nasyid....hemmm mmg bagi aku muzik ini tak ada salah kalau korang pandai menjaganya tapi dlm bab tadi aku melihat ada arr beberapa golongan tertentu bila mendengar nasyid mcm dengar lagu rock terhenjut2 mcm beruk..alahai malunya aku..ini lah skaptikal masyarakat aku,..dgr aje lagu .,.nak loncat2 mcm beruk...nak loncat tu boleh tapi kene arr tgk tmptnya...aku pun jenis rock gak tapi biar lah berpada....tapi apepun soalan yang penting adakah allah terima perhimpunan kita itu utk mambantu pejuang rakyat Palestin.


5. Semasa perhimpunan aku tu jugak, terfikir akn..kalau diorg ni dihantar betul2 kat tgh gaza...nak ke diaorg.... aku tak pasti cinta rakyat malaysia terhadap mati sama mcm rakyat palestin yang cintakan mati.....

6. Last sekali...skaptikalnya kawan2 aku bila melobikan kan aku extrim sbb selalu bercerita pasal palestin n bertindak terang-terangan utk memprotres Israel. Alasan yang dibagi nati ada orang tak suka ngan ko!!!...hemmm kesian aku melihat kawan2 aku yg bersifat skaptikal ni.. tak perlu aku berhujah nak patahkan stemant dia cukup aku katakan biarlah kita mulia dia sisi allah walaupun dipandang hina oleh manusia....

-so adakah anda skaptikal..............................jangan risau aku n korang2 jugak tak lari dr bersifat skaptikal inilah dunia ku...ko dan aku yang mencorakan dunia ini dgn sifat skaptikal kita semua....-

1. Semangat aku bila diberi tahu oleh kawan2 aku pasal demontarsi anti-usa n anti isreal depan kedutaan AS lepas solat jumaat. Aku mcm biasa bila demo nak buat esok mula aku fikir baju apa yang aku nak pakai..last2 baju n seluar jeans jugak yang aku pakai..cuma kali ni aku pakai serban ala-ala Hamas gitu...semangat Jihad!!!! tp apa ke bengongnye aku buat demo anti amerika tapi t-shirt yang aku pakai US Army...nak tak nak ari tu aku pakai baju terbalik..org kata apesal pakai baju terbalik..aku cakap ini feshion!!!! comel tak alasan aku.....



2. Aku ingat demontrasi bukan saja dibuat didepan kedutaan AS tetapi jugak depan kedutaan Mesir, Kg Baru, KLCC n mesjid negara..wahh bangga aku masyarakat Malaysia...walaupun aku tau demontrasi ini mempunyai maksud tersirit dikalangan-kalangan parti politik yg terlibat.(wahh sempat aku menganalisis). Macam kebiasaan setiap kali demo aku akan cari port yang akan menarik press tangkap gamba aku..aku bukan penakut mcm org lain, aku sangat suka kalau press tangkap gamba aku time2 demo ni..dulu nak jadi model tak dpt so jadi model utk demo pun kira ok ape...akhirnya tektik aku menjadi..wahh mcm2 org tangkap gamba aku dgn gaya aku..mcm artis wow!!!! keadaan itu menyebabkan aku sendiri pun lupa nak tangkap gamba aku...apepun demonatrasi dihadapan kedutaan AS ni membakar semangat aku utk terus membenci Israel dan sekutunya...



3. Pulang dari demontrasi itu, dalam hati aku..aku tak sabar2 nak buka laman web malaysiakini n laman2 berita online yang lain...yelah time tu aku konfiden muka aku akan kuar...dlm perjalan tu aku senyum jek....tapi bila sampai rumah sampai lah sekrang haram gamba aku satu pun takde..hemm baru aku sedar rupa2nya aku bukan seorg pejuang yang iklas ..aku mengaharpkan balasan dunia utk berjuang....itu baru sikit allah nak tunjuk kat aku..yang aku ini tak layak dikenali pejuang islam...

4. Kesimpulanya utk diri aku n kawan2 aku yang lain..kalau anda berjuang atas nama agama..pastikan yang kamu semua berjuang dgn iklas...

ps: aku sebenarnya adalah tangkap gamba sikit time demo kat kedutaan as tu guna hp aku..tapi aku tak leh nak uplod gamba tu kat blog aku..sbb card rider aku hilang..so nak tak nak utk menceriakan cerita aku ni aku curi arr gamba2 yang kat dlm ni dlm malaysia kini huhuhuhu

1. Malam jumaat lepas (lupa nak baca yasin) aku dan kawan-kawan aku gi ar lepak kat satu kedai area wangsamaju...kedai tu tak da namanya pulak tapi mmg glamar masakan char kew tow dia...padahal bukan sedap pon...!!!. Mcm pertemuan-pertemuan yang lain setiap kali berjumpa aku lah manusia yang akan paling berpetah bercakap, bergosip n mcm2 lagi.. kadang-kadang aku bernyanyi. mmg seiringan nama gelaran aku CNN dan YB mesti pandai bercakap.

2. Post kali ni bukan aku nak berceritakan pasal kuatnya aku bercakap...cuma yg aku nak bangkit betapa skaptikalnya pemikiran kawan-kawan aku untuk menilai dan memahami persekitarannya. aku tidak lah mengatakan apa yang aku hujah ini adalah terbaik tetapi kalau apa yang aku fikirkan itu betul maka aku perlu arr pertahankan

3. al-kisah mula cerita pasal demontrasi pasal anti-isral n anti amerika yang nak dibuat kat depan kedutaan amerika esok (jumaat). aku beria2 ajak kawan aku join....tapi sayangnya kawan aku tak nak join malah diaorg fikir demo ini bukan satu perkara yang baik utk halang israel....lebih kurang mcm ni lah soalan dia tanya kat aku "ko ingat dengan demontrasi tu leh israel takut..leh buat isreal dh tak bom palestin". hemmm terdiam aku...ditambah lagi dengan kenyataan tambahan yang perlu aku jawab "orang melayu ni dia suka buat benda yang sunat tapi benda yang wajid dia org tak buat". eeee bengang siot aku!!!

4. apepun baru aku tau betapa sekaptikalnya masyarakat malaysia dalam melihat keadaan sekeling dia...mungkin lebih seleasa mengekalkan status quo yang ada....tak perlu aku menjawab hujah2 tu sbb mmg dh ada jawapanya nya...cuma tinggal nak cari jek...tapi kalau aku jadi rakyat palestin maybe malam tu aku tembak kawan2 aku hahahahahahah kejam gila aku kan!!!!

5. Apepun bila aku berdepan dgn allah nanti....kemudian allah persoalkan keimana aku tentang mempertahankan agamanya...aku leh arr jawab sikit walaupun tak lancar...

  1. Apalah aku ni...pasal housemate pun nak cerita kat blog aku yg penuh wawasan ni.tapi takpelah juat aku nak kongsi pengalaman aku kat sapa2 yang nak baca walaupun setakat ni aku tgk blog aku baru 50 org yang view wah wah wah sedih tul..
  2. al-kisah bermula apabila aku menonton filem hantu sundal bolong kat Astro..wahh aku betul-betul semangat. yelah aku dgr kisah sundal bolong ni kisah betul tapi di filemkan..time aku gi jakarta setiap kali aku jumpa org kat situ aku tanya percaya atau tak sundal bolong itu wujud. tak silap aku hampir kesemua percaya wujudnya sundal bolong tu...betul atau tak sundal bolong ni wujud tapi kisah dia betul2 dh sebati dengan pemikiran masyarakat indonesia baik yang dok bandar n apa lagi yang dok kampung....eh mcm lari tajuk pulak...
  3. ok kembali ke pangkal jalan iaitu nak cerita pasal housmate aku ni ha...(gosip jek)...boleh dikatakan aku teruja betul tgk filim sundal bolong..utk menfeelingkan perasaan seram tu aku ambil arr batal kot2 aku nak tutup muka senang sikit ada bantal...tapi perasaan yang aku mula-mula harapkan utk menfeeling cerita ni mcm tak kesampaian...mana tak nye housemate aku ni dari start cerita tu mula sampai habis....asik gelak je...setiap aksi seram ke idak ke aksi gelak je.. dia ingat ini cerita lawak apek ke!!!! bengang aku ditambah lagi bila ada sorg housmate aku ni lak cerita ini mcm tak logik jek...haih nak je aku cakap dh nama cerita hantu mmg tak lojik..so pengarah filem tu nak kasi menarik jek... so kesimpulanya nye sampai habis cerita tu aku rasa mcm nak jek terajang jek ngan budak2 nie.....kaco stim betul arr!!!
  4. So pengajaran dalam cerita aku ni..korang kalau ada spesis terancam mcm housemate aku ni...tolong arr jangan kaco org lain tgk movie tak silap hari bulan org tu pulak jadi sundel bolong gigit korang...tension tension!!!!!!
ps: pelakon yang jadi hantu tu mmg cantik huhuhuhu

Pembunuhan terbaru.....elok kul 3.30 pagi aku buka utusan online...Israel bunuh lagi rakyat Palestin..kali ni dia letupkan sekolah...seramai 48 orang mati dan kebanyakan budak-budak sekolah.
Aku rasa dah dekat or lebih 500 rakyat Palestin dah syahid ...baru masuk minggu ketiga?

Maka mula arr pemimpin2 dunia khususnya arab desak agak buat gencatan senjata..terutamanya si Mesir arr Husni Mubarak yang tak berapa nak ensem tu... sayangnya dh beratus nyawa rakyat Palestin melayang baru nak sibuk2 nak buat gencatan senjata..berbaloi ke genjatan senjata dgn darah2 rakyat palestin ni..... teringat aku pepatah melayu hutang darah dibayar dgn darah..

Malu aku dgn Presiden Hugo Chavezdr Venuzuela..gi halau duta Israel si Shlomo Cohen sbb serang Palestin. Mesir, Jordan n Turki ada buat ke..adeh tak malu betul diorg ni dgn si Hugo tu dah ar Hugo ni Kritian, org latin pulak tu...tp ada otak tak macam otak org arab2 nie..

Malaysia ku yang tercinta apa buat....?hemm idea nak buat solat hajat pun diorg tak terfikir....manusia akhir zaman makin lama makin tak caya dgn tuhan.......tapi sedikit sebanyak isu Palestin ni akan dipergunakan alat utk memancing undi.....Malaysiaku Malaysiaku

al-fatihah buat saudara2 seislam ku

wajah Palestinku




Dari peta ni korang pun dah tau siapa jajah siapa kan kan kan.......ala kalau aku kasi pak lah tgk pon pak lah tau siapa jajah siapa...........tapi apekan daya pemimpin2 negara2 islam ni semua satu fesyen mcm aku gak..pandai jek cakap tapi tak buat pon ape2...aku rasa baik aku jadi Perdana Menteri Malaysia...walaupun aku still mcm Pak Lah or Najip pandai cakap tak tak pandai buat....sekurang-kurangnya aku sangat lah kacak nak banding kan diaorg tu..... Malaysiaku Boleh



Merekalah dadaku,
Mendengar rintitan,
Peristiwa Islam tak terbela,
Saudara teraninya rintahan mereka,
Tiada belas simpati,
Tiada siapa yang penduli
Jeritan mendayu
Semakin memilu
Kesangsian dalam pengharapan
Simpati Kegersangan
Punahlah harapan

Palestin lemas dalam kebuluran,
Pelestin diburu kegusaran,
Pelestin kini ditindas tanpa kasihan
Pelestin bagaikan detik yang paling kejam
Kini Pelestin lemas dalam perjudian,
Menanti saat tiba penentuan



Dimanakah maruah Islam
Umatnya bak tiada wibawa
Tak tercabar walau dihinakan sehinanya

Mereka itu saudara kita
Yang Menghembus nyawa kesyahidan
Mereka itu putera-puteri kita
Yang dibunuh semahunya





Sedang kita bagai tak ada apa
Tersenyum tertawa bagai merelakan
Tak Tecabar Walau dihinakan sehinanya



Menitislah air mataku
Dijendela kesyaduan
Menanti saatnya pembelaan

alahai apa nak jadi dgn bangsa n agama aku

1. bila aku tanya pasal palestin...semua org tak puas hati..dok kutuk Israel...termasuk arr pemimpin negara islam tak lepas jugat pemimpin2 mesia yang aku cintai..kalau israel bom n bunuh rakyat palestin...mesti akan cakap mesia mengutuk sekeras2nya serangan israel ke atas penduduk palestin. Keras manalah sangat cakap2 diaorg ni nak bandingkan dgn kerasnya bom bom yang jatuh kat palestin tu...power sangat ke kata-kata engkau sampai israel leh tunduk....n takut ngan engkau.....
2. Maybe itu lah senjata umat islam ...senjatanya dok kutuk2 israel... tapi aku tak pernah tgk kat mesia ni..pemimpinannya anjuran solat hajat utk selamatkan israel.... mungkin ada kalangan pemimpin ni hanya katam muqadam jek tapi terlupa nak baca al-quran tapi aku yakin makna al-quran pun dia org tak tau...tahukah engkau bahawa senjata umat islam adalah doa..... ..kenapa tak ada buat mcm tu..mybe ada pemimpin kite tak tahu niat solat hajat kot....so akan cadangan lepas ni buat arr krusus khas utk pemimpin atasan belajar solat...
3. Apepun rakyat mesia ni sgt prihatin...sediakan tabung utk mangsa2 kat palestin....ada yg buat boikot barangan israel....(oh baru aku tau rupa2nya kat mesia ni barangan israel pun ada..tak sangka dlm diam2 mesia tak iktiraf isreal tp barangan keluaran israel pun mesia ada jual..mesia ku hebat...mesia boleh). apepun aku ucapkan tahniah utk semua org yang terlibat dlm kempen tu...cuma jgn lupa apepun kita kene arr kembali pada allah..kita doa sama2 supaya Hamas berjaya mengalahkan Isreal..nak suruh gi Palestin aku rasa semua sanggup tapi kalau betul2 kene campak kat Palestin utk gi jihad....komfem ada yg cabut.....
4. so aku menyeru sekian saudara2 seislam ku,. dlm setiap solat korang doalah utk rakyatr palestin..jgn kedekut nak doa diri sendiri jek......


1. Semalam aku lepak arr makan kat oldtown (mahal gile makan kat situ). tiba2 kawan aku tanya kat aku pasal isu palestin.."kenapa tak negara2 islam satu dunia nie bersatu lawan israel yg bangsat tu....kan israel tu dh kat tengah2 negara islam..."
2. Hemmm aku rasa bukan dia je yg terfikir pasal tu.... ramai lagi yang akan fikir soalan yang sama....ok sambung balik cerita aku tadi.. actly kawan aku tanya soalan tu sbb dia tau aku ni mmg salu cakap pasal politik...
3. Bagi aku byk sbb kenapa negara2 islam ni tak bersatu lawan isreal..kalau nak ikut kisah sebenarnya negara arab pernah bersatu lawan israel siap 3 kali perang ngan israel n last2 negara arab gak yg istihar isreal...
4. Maka dgn semangat aku jawab ar bla bla bla dari sudut politik, ekonomi n islam kenapa negara2 islam tak bantu......semua terdiam n leh katakan agak kagum arr aku berceramah (ada tokoh jd presiden amerika) mujur tak ada mic kalau ada mic mau leh jadi ceramah umum siap ada FRU lagi..
5. Tiba2 aku terfikir..aku ni mybe pandai berkata2 salah kan org tu salahkan org ni....jahatnye org tu baiknya org ni..bodohnya org tu pandainya org ni... aku tuduh org lain tak bela palestin.. n mcm2 lagi tapi apa sumbang aku kat org palestin.. baru aku sedar yang ni mcm ludah kat muka sendiri...setiap kali aku sembahyang aku tak pernah teringat nak doa pasal palestin... mungkin aku pun kejam kat org palestin....
6. Apepun senjata yang paling terkuat umat islam adalah doa..jadi kalau satu dunia umat islam ni doa utk kehancuran Israel...mesti Palestin akan merdeka...TAKBIR!!!!

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers