"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)

1. Aku bukanlah seorang pejuang bahasa yang gagah seperti Pendita Zaba dan A.Samad Said. Bahasa Melayu aku pun lintang pukang tapi aku masih bangga mengunakan bahasa aku sendiri. Aku pun tak tahu entah mengapa terdapat sesetangah orang melayu, muka pun melayu bila berjumpa dengan aku terus hilang melayunya...dia menggunakan 100% english dan aku pula menggunakan 100% Bahasa Melayu..lebih kurang mcm ayam cakap dengan itik.

2. Ada yang menanggap orang yang menggunakan english ini dalam kehidupan harianya lebih urban atau lebih moden berbanding orang yang macam ketegori aku yang mempergunakan 100% bahasa melayu dalam kehidupan seharian aku. Sememangnya aku ini tidak hebat berbahasa orang putih, cukuplah sekadar aku faham untuk menonton movie orang putih tanpa ada subtitle bahasa Melayu.

3. Pemikiran rakyat aku sememangnya telah dibentuk untuk memuji bangsa asing khususnya British. Nampak sahaja orang British maka orang melayu akan memanggil "Tuan" atau "Sir" padahal kita adalah tuan kepada tanah yang dijajah oleh mereka. Ahli politik nampak saja bibirnya bertutur 1001 perkataan keramat membenci dan menghina penjajah, padahal hatinya sangat sanjung kepada penjajah. Maka orang-orang politik seperti ini dianggap hero dan berjiwa bangsa dan agama tapi hatinya masih belum tentu.

4. Sudah lama malaysia merdeka, namun pemikiran rakyat-rakyatku masih tetap sama, malah apa yang dianggap dari barat itulah umpama barang turun dari Syurga. Ramai anak-anak mudah malahan orang tua yang umurnya tinggal beberapa hari saja merasa nikmat dan kagum apa yang datang dari Barat hingga bangsa-bangsa ku sangat cintakan dunia takutkan mati. Dulu mungkin alasannya imprialisma dan sekarang alasanya globalisasi menyebabkan rakyat-rakyatku terus menerima apa saja yang datang dari barat yang kadang-kadang dianggap umpama wahyu penyelamat alam.

5. Tadi cerita pemikiran rakyat, lain pula sang penguasa. Sang Penguasa kalau nak kekalkan kedudukannya dan terus berkuasa maka dia akan memperlihatkatkan yang dia itu mempunyai prinsip jati diri yang berdiri dengan kakinya sendiri tanpa sebarang bantuan orang lain. Sang Penguasa juga harus mempunyai darah dan semangat bangsa yang lebih dan sanggup berkorban demi bangsa dan negara. Agama? itu soal nomobar tiga atau empat. Pendik kata pemimpin melayu di ibaratkan "biar dirinya mati dan anaknya mati asalkan adat dan bangsa tidak mati, malah terus dipertahankan". Tidak keterlaluan kalau aku katakan ini semuanya lakonan oleh sang penguasa untuk menipu rakyatnya. Padahal jiwa mereka masih dijajah dan bertuankan pemikiran barat.

6. Lihat saja, apabila penggunaan Bahasa Inggeris dalam mengajar dan menjadikanya bahasa perantaraan dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Tindakan ini bukan sekadar bertentangan dengan Dasar Pendidikan Nasional dan Dasar Bahasa Kebangsaan tetapi juga mengadai maruah bahasa mereka sendiri. Bukan orang cina, bukan orang India jauh sekali bukan orang British yang mengadaikan bahasa melayu tetapi orang melayu yang jumud dan pemimpian melayu yang hilang darah melayunya. Entah mengapa mereka sanggup mengadaikan bahasa ibuandanya sendiri. Adalah lebih baik pergi ke kedai runcit cari topeng power rangers or gaban tutup muka melayu serta ciri-ciri kemelayuan kamu. Supaya orang lain tak kenal yang kamu itu melayu yang mengadaikan bahasa ibuanda kamu sendiri. Itu pun kalau kamu tahu apa itu malu...

7. Alasannya penggunaan bahasa Inggeris ini, untuk mempertingkatkan mutu bahasa english dan seterusnya dapat mengwujudkan golongan remaja yang dapat membangunakan ekonomi negara pada masa akan datang. Malahan alasan peningkatan keputusan Sains dan Matematik dalam peperiksaan UPSR dijadikan alasan untuk dasar ini tetap diteruskan walaupun mendapat bantahan dari golongan-golongan akademik dan perjuang melayu.

8. Walaupun aku skaptikal dengan sejarah yang aku belajar di sekolah tetapi aku tahu apa pentingnya sejarah bagi menyedarkan pemimpin yang sombong dan pelupa. Mungkin pemimpin aku ini lupa sejarah kemodenan German, Italy, Jepun, Taiwan dan Korea. Mereka maju dengan bahasa mereka sendiri, malah teknologi yang dicipta juga adalah dari bahasa mereka sendiri. Jepun menghantar pelajar-pelajarnya ke luar negara dan mereka peluang ke tanah air dengan mencipta teknologi mereka sendiri dan menjadikan bahasa mereka dasar dan perkembangan teknologi dan ekonomi. Ternyata mereka berjaya malah maju dengan sekelip mata. Malaysia menghabiskan jutaan ringgit utk menghantar pelajar kita ke luar negara namun hasilnya tidak seperti di Jepun, Taiwan dan Korea. Tidak tahu salah siapa...

9. Malaysia aku boleh umpamakan seperti Pakistan dan India, dimana dasar pendidikanya menggunakan bahasa inggeris sabagai bahasa perantaraanya. Sememangnya hasilnya India telah melahirkan jurutera persenjataan yang hebat dan doktor-doktor perubatan yang hebat. Namun yang berjaya hanya mereka yang berada di bandar itupun begitu sedikit bilangannya kalau nak dibandingkan dengan penduduk india yang beratus juta itu. Sebahagian besarnya penduduk di India tercicir dari pendidikan. Berjuta yang buta huruf hasil dasar pendidikannya.

10. Pemimpin telah mendidik rakyatnya berasa curiga dan tidak yakin dengan bahasanya mereka sendiri...Malah malu kalau bertutur berbahasa melayu....,Maka tidak salah satu hari nanti bangsa melayu dan bahasa melayu akan lenyap seperti bahasa sanskrit yang pernah menjadi nadi seluruh gugusan nusantara. Jangan satu hari nanti anak-anak kita salahkan kita kerana kita mereka hilang jati diri mereka.....

0 comments:

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers