"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)

1. Setiap kali habis muktamar PAS pasti ada beberapa isu sensasi yang dimainkan oleh pihak media massa. Kalau dulu isu kumpulan erdogan sekarang pula isu kerajaan perpaduaan. Bukan sekadar orang-orang DAP dan PKR kecut perut dengan kenyataan Presiden Pas Tok Guru Hadi Awang tapi jugak org kuat2 dalam Pas tu sendiri. Orang yang lebih menonjol menentang adalah Tok Guru Nik Aziz. Isu ini dh mcm mengambarkan perbalahan didalam PAS tapi itu apa yang diceritakan oleh media massa yang pro kepada UMNO....(maybe ada agenda nak laga2kan org dlm pas n dlm pakatan rakyat) cuba try tengok Harakah Daily dan seangkatan denganya sikit pun tak sentuh, tak tahulah sama ada diaorg malas nak mainkan isu ini atau diaorg sendiri lembap nak update berita2 terkini....



2. Hari tu aku jumpa Pak Cik aku, dia ni org kuat PAS sejak PAS ditubuhkan lagi. Dia cakap ngan aku dia menyampah tengok muka Hadi Awang ni, lebih suka tengok muka Mahatir. Huh hebat sekali kenyampahan dia terhadap Tok Guru Hadi Awang pasal isu kerajaan perpaduaan ini. Tanpa aku menyoal kitab apakah yang dia menjadi rujukan dalam menerima informasi politik Malaysia ini.. dia menyebut utusan melayu dan berita harian... so tak mustahil lah dia pun boleh goyah......

3. Sebenarnya pemikiran rakyat malaysia tidak sampai setahap tahap pemikiran rakyat negara-negara maju dan kayaya khsusunya dieropah. Baik yang dh lama berpolitik mahupun yang baru berjinak-jinak dengan politik. Pemikiran rakyat malaysia banyak dibayangi oleh kepentingan peribadi, ideologi dan juga sejarah. Maka dengan ketiga-tiga angkubah ini menyebabkan apabila sesuatu benda baru yang muncul dalam kontek politik malaysia mesti akan menerima kesan negatif dulu. Aku masih ingat lagi semasa kerajaan Malaysia nak buat lebuh raya Plus, org2 politik yang tak sealiran dengan kerajaan fuh bukan main semangat mengkritik projek lebuh raya tu. Ada yang kata akan projek membazir, jalan raya utk org kaya (sbb time ramai pakai basikal), menghapuskan pekan-pekan baru dan lama di jalan2 biasa. Waktu itu mereka melihat keperluaan rakyat pada masa itu saja mereka tidak melihat kepentingan 10, 20 atau 50 tahun akan datang. Now lebuh raya dh jadi satu kepentingan asas dalam mengerakan ekonomi negara. Semua org dah pakai lebuh raya.... so tak mustahil idea kerajaan perpaduaan ini jugak menerima kritikan sbb ianya sangat baru di Malaysia. (Aku tak dpt bayangkan betapa malunya mereka yg dulu kritik2 projek lebuh raya ni....itu pun kalau diaorg hidup lagi, kalau tak dok malu dlm kubur jek ar).

4. Actly kalau dlm kontek antarabangsa kerajaan perpaduaan ni dh lama pun di praktikkan di negara-negara maju dan tak menjadi satu isu pun, malahan kerajaan perpaduaan ini dialu-alukan oleh rakyat-rakyat dengara maju dan kaya. German, Swedan, Poland dan banyak lagi sejak dulu lagi (After World War 2) memperaktikan sistem kerajaan perpaduaan. Malahan antara faktor mengapakah Israel begitu pesat membangun, dan kaya walhal isreal adalah negara yang baru ditubuhkan adalah disebabkan sistem pemerintahannya berterasan kerajaan perpaduaan. Jepun juga turut mengamalkan kerajaan perpaduaan sejak kalah dalam perang dunia ke2. Malahan negara jiran kita indonesia turut mempratikan kerajaan perpaduaan, ternyata kerjaan perpaduan yang diamalkan di Indonesia telah mengurangkan indeks rasuah yang satu ketika dulu terkenal negara perasuah di Dunia. Negara-negara lain dah membuktikan kerajaan perpaduaan mampu memberikan anjakan paradigma sesebuah negara, cuma di Malaysia yang aku telah katakan lagi ianya sesuatu yang baru dan was was utk di terima...........

5. Kerajaan perpaduaan sebenarnya boleh dikenali juga dengan kerajaan campuran. Walaupun ada dikalangan ahli akademik dan ahli politik membezakan maksud antara kerajaan perpaduaan dan kerajaan campuran tetapi fungsi dan peranannya tetap sama. So tak salah kalo aku nak samakan maksud kerajaan campuran dan kerajaan perpaduaan. Sebenarnya terdapat banyak kebaikan yang wujud dlm kerjaan perpaduaan, iaitu kerajaan dianggotai oleg golongan-golongan yang benar-benar berkelayakan dan berilmu dari kalangan parti pemerintah dan parti kerajaan. Dengan kata lain, ahli-ahli politik yang tak berguna dan tak berjiwa rayat serta bangang otaknya tidak akan menjawat jawatan dlm kabinat, jawatan dlm kabinet akan dianggotai oleh orang2 yang benar2 kudus dan profesional dlm bidangnya. Tidak lagi timbul persoalan menteri tak buat kerja, menteri bodo dan banyak lagi. Dan yang paling penting tak akan wujud lagi dasar yang membuta tuli seperti Dasar PPSMI yang membunuh nilai bahasa dan budaya bangsa.......

6. Namun persoalanya bersediakan kerajaan perpaduaan yang dilontarkan oleh Tok Guru Hadi Awang diterima sekelian umat Malaysia. Tok Guru Nik Aziz awal2 lagi dah tolak dan mengatakan mengarut. Kapal Singh pula nak tambah popularitinya panggil media dan mengeluarkan kenyataan mengkritik Tok Guru dan PAS. Bagi aku, tak salah untuk mengeluarkan apa yang terbuku dihati tapi jangan cepat melatah dengan sesuatu yang baru timbul. Bagi aku, Tok Guru Hj Hadi antara pemimpin PAS yang fundamentalism namun ada berpegang kepada leberialisasi dlm berpolitik. Tengok saja kalau ada demontarsi atau sebagainya Tok Guru Hj Hadi Awang pasti turun dan mengalakan Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz pula mungkin faktor kesihatan tidak mengizikan dia nak turun utk setiap kali demontarsi. Tetapi sedikit sebanyak aku boleh faham cara pemikiran kedua-dua Tok Guru ni.

7. Bagi aku Tok Guru Nik Aziz seorg yang kuat mengekalkan status qua dlm PAS dan cara pemikiranya banyak dibayangi oleh faktor sejarah. Manakala Tok Guru Hadi Awang seorang yang idealis dan rasionalis. Nak melakukan perubahan dalam PAS dan politik Malaysia itu sendiri. Tapi pesanan aku sebagai hamba rakyat yang kurang ilmunya kepada Tok Guru Hadi Awang, pemikiran rakyat Malaysia belum sampai tahap pemikiran rakyat dinegara-negara maju. Tok Guru perlu kuat dan mengambil tindakan berhikmah, jangan terlalu tergesa-gesa dan membuta tuli. Nabi Muhammad S.A.W pun berdakwah secara berperingkat-peringkat. Nabi mengharamkan arak pun tidak mendadak tetapi berperingkat-peringkat. So tok guru kene sabar k...........

8. Yang terakhir sekali. persoalanya kalau PAS dan benar2 bersedia mendirikan kerajaan perpaduaan, UMNO pula bagaimana............... UMNO ada sejarah menikam PAS dari belakang satu kita dahulu.. UMNO nak ulang kembali sejarah lampau. Bagi aku cabaran yang paling besar untuk Tok Guru Hadi Awang bukan untuk menyakinkan penyokong PAS dan Pakatan Rakayt tetapi untuk bekerjasama dengan UMNO yang aku gambarkan bagai Harimau yang kelaparan.......dan PAS jangan jadi Ayam Jantan yang tiba2 nak terbang dlm sangkar Harimau.. tak pasal2 nati PAS berkubur dlm politik Malaysia.

0 comments:

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers