"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)


(gambar hiasan jek.....tak pasti siapa dlm pic nie.. maybe pic diaorg habis bersenam kot, yah senaman itu satu ibadah)

1. Terdetik hati, entah kenapa entah mengapa untuk aku berbicara tentang media di tanah air aku. Baik media itu bermediumkan elektronik mahupun kertas. Rakyat kita pula menggilakan media sampai ada yang anggap media itu wahyu semua apa yang disampaikan umpama kalam tuhan yang perlu dipatuh tanpa persoalan. Lebih-lebih lagi bila media itu sudah lama bertapak dihati sanubari sang sang rakyat yang jumud.... mungkin al quran itu dalam bahasa arab sukar untuk difahami dan dibaca, baik baca atau tonton saja media-media.... lagi jelas, lagi senang..

2. Namun sejak hampir sedekad aku perlihatkan media ini tak ubah seperti dajjal yang menghayutkan pemikiran manusia, kalau yang pandai boleh terhanyut apa lagi yang bodoh. Cuma binatang saja yang tak terhanyut dengan media-media bodoh itu. Rakyat dihidangkan dengan hiburan sehingga rancangan hiburan diletakkan diwaktu2 solat...alamatnya ada yang tak solat lebih2 lagi mmg kaki ponteng solat....... aku tak sembah tuhan pun aku tetap hidup... maybe itulah ungkapan mereka yang sumbung dgn tuhan. Tertanya2 aku juga, konsert2 yang diadakan dlm waktu magrib dan isak, kapan penghuni2 dunia itu solat... aku lihat pandang2 tak pernah kosong..terjoget2 tetek dan bontot org yang menari dan org yang menyanyi...maybe itulah senaman anak-anak muda seperti aku sekarang ini... aku patut turut serta huhuhuhu....

3. Mula2 akedemik fantasi, lepas tu Malaysia idol, lepas tu One In Millon... lepas tu beranak2 lagi sampailah sekarang muncul lah rancangan baru Anak Wayang di Astro. Impiannya hanya satu mengasah bakat2 belia2 muda di Malaysia yang terpandam untuk menjadi ahli kelab neraka atau menjadi ahli jawatan kuasa tertinggi neraka.... mahupun ahli syurga. Para penontot pula ada yang sedih dan ada juga yang menangis sampai tak boleh tidur berminggu2 kerana idolo mereka terkeluar dari pentas neraka.....entah apa yang difikirkan oleh mereka.. Tuhan memberi takdir untuk selamatkan mereka dari noda dosa tetapi ada pula mereka yang banggap dgn agama mengeluh dan marah2 kerana takdir tuhan itu...


(gambar hiasan...ini maybe sambutkan maulidul rasul peringkat kampung kot)

4. Semua orang tahu, realiti TV yang ada di Malaysia ini adalah diciplak dari luar negara.. sukar untuk mencari rancangan yang benar2 100% buatan Malaysia.. aku pun sukar untuk senarai apakah rancangan 100% buatan Malaysia..... bagi aku tidak kisahlah Malaysia ini negara kuat menciplak idea orang atau tidak.. China dan Thailand antara negara yang paling kuat ciplak-ciplak idea dan barangan org terus maju ekonominya so idea ciplak2 ini bagi aku mmg bagus.. Namun kenapa hiburan yang membabikan rakyat aku ini sentiasa diciplak.. padahal banyak lagi boleh diambil di luar negara...

5.Biar aku yang daif ilmu ini memberi candangan yang lebih bermaruah supaya bangsa aku tak menjadi bangsa yang bangsat segala-galanya... dan jangan salahkan bangsa lain kalau mereka lebih berjaya dan kita banga meLAYU terus membangsat.....

6. Di Qatar terdapat satu rancangan rialiti TV yang berasaskan ilmu pengetahuan Star of Science? Huh pelik? di Qatar mahupun dunia lain tidak lah pelik..cuma di Malaysia ianya pelik kerana rakyat-rakyatnya semuanya pelik belaka, baik pemimpin mahupun hamba rakyatnya. Star of Science ada satu rancangan yang dianjurkan oleh
Qatar Foundation for Education, Science and Community Development. Dimana dalam program ini mengumpulkan segala belia2 yang cerdik pandai dalam pelbagai bidang berasaskan teknologi dan sains untuk menunjukan bakat bagi menghasilkan satu teknologi yang baru untuk dimenafaatkan oleh dunia.... hebatnya rancangan ini disiarkan di 15 buah negara arab yang bertutur bahasa arab. Hebat bukan.. bukan sahaja belia kita makin pandai malah kepandaiannya mampu memberi kebaikan kepada masa depan dunia.... lebih lanjut masuk web ini:-

http://www.thepeninsulaqatar.com/Display_news.asp?section=Local_News&subsection=Qatar+News&month=June2009&file=Local_News200906222051.xml

7, Bermaruhkan bukan? kenapa masih mahu melahirkan rakyat seperti beruk di atas pentas... tidak malukah malaysia asik mengeluarkan penghibur namun tidak mampu berkualiti... alangkah bermaruhnya malaysia manjadi negara pembekal belia yang cerdik pandai... di mana wawasan 2020....lagi sedekad kita mahu kecapi negara maju.. kalau macam inilah.. Malaysia tetapi Malaysia yang kenal skrg...

8. Jadi media ini apa, Dajjal? Media malaysia perlu bermaruah jangan memperbabikan rakyat Malaysia...............


9. Pesanan aku:- Pada yang tua tunjuk lah jalan yang benar bagi anak2 muda mu.. mereka muda dan mereka belia, ada diantara mereka tidak tahu apa itu dosa dan apa iu pahala, Apa itu neraka dan Apa itu syurga. Jangan lah kau sesatkan lagi mereka.....lumrah jiwa muda ada kala mau menjadi jebat, ada kala mau menjadi tuah dan ada kala mau menjadi luncai.. Maka kamu-kamu yang tua hentikan kebodohan yang ada................

0 comments:

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers