"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)

1. Aku mencipta blog ini sememangnya mempunyai pelbagai tujuan dan maksud. Ada kalanya apa yang aku tulis diterima dan dipuji. Namun juga begitu ada juga yang mengkritik lembut atau pun keras agar aku lebih menjadi seorang yang manusia yang baik segala fungsi mental dan fizikalnya. Sejak aku mencipta blog sendiri atas nasihat anak sedara aku yang tercinta iaitu NAJIHAH dan NABILAH yang ada di benua orang, sedar atau tidak rupa-rupanya dah beribu yang melihatnya walaupun usianya hanya berbulan bulan sahaja...Ohya teringin aku bercerita mengenai anak sedara aku nie.. salunya aku bercerita ttg hal orang lain, kali ni teringin juga aku nak bercerita dgn orang yang menjadi bintang malam malam aku...


2. Anak sedara aku NABILAH bercita-cita mahu menjadi Doktor, maybe dia layak bercita seperti itu sbb di sekolahnya dia antara pelajar terbaik dan cemerlang hingga mengalahkan anak-anak si kaki impialisma di bumi aku satu masa dulu. Teringat masa kawan aku, cerita mengenai anak sedara aku ini, muka dia kelihatan mcm anak orang Arab..gelak hingga nak koma aku bila mendengarnya, maybe mukanya agak mcm Arab tapi aku kata ini Muka anak Jawa, Cucu Jawa...Apapaun anak saudara aku ini mmg banyak mulut orangnya..bila berchating mahupun bercakap poyo rasanya aku melihat dia, yelah dh lama duduk negara orang berkulit putih maka cakapnya pada awal-awal menjejek kaki ke tanah melayu ini umpama J.W.W Birch bercakap bahasa melayu...apapun aku sgt sayang kan NABILAH MUHAIMIN SULAM.

3. NAJIHAH adalah kakak kepada NABILAH, orangnya mmg sangat pandai berkata-kata, lihat saja pada blognya mmg seorang yang hebatberbicara. Ada ketokohan seperti Ayahandanya dan Aruwah Embahnya. Seorang yang hebat, berani dan tak terlepas juga dari poyo yang sangat songsang. Apa yang aku banggakan pada anak saudara aku ini, dia antara jutaan penduduk bumi yang berani melayu sang penguasa yang gila gilakan kuasa. Percaya atau tidak dia dengan beraninya menyaman Kerajaan Malaysia atas dasar cintakan dan sayangkan Bahasa Melayu. Walaupun dia diasuk dan dan dibesarkan dalam pendidikan Inggeris namun jiwanya tetap Melayu..opsss... dalam kurungan Jawa hehehehe.. Dialah yang berani menentang Dasar PPSMI waktu kecil lagi, dan dia jugalah yang lantang mengatakan PPSMI ini adalah dasar yang mematikan anak-anak masa depan. Namun ternyata apa yang anak saudara aku perjuangkan walaupun usianya ketika itu hanyalah 13 tahun, telah terbukti kebenaranya...yang PPSMI ini satu dasar yang GILAKAN ANAK MALAYSIA. Siapa pandai Kerajaan Malaysia atau NURNAJIHAH MUHAIMIN SULAM? Korang boleh rujuk kisah dia dimana2 dada akhabr yang berani menyaman kerajaan Malaysia satu masa dulu. Aku pernah bertanya pada NAJIHAH bangga tak kamu mendapat ayah seperti MUHAMAI SULAM, Jawapan dia bangga kerana ayah dia manusia yang perjuang islamkan yang berambut panjang. Dan alasan itu jugalah yang aku banggakan kepada abg aku DR MUHAIMIN SULAM ;)

4. Seronok juga rasanya bila kita memblog nie, apa yang aku rasa, apa yang aku fikir dan apa yang aku lihat pasti aku dapat luahkan di blog ini....pastinya memuaskan. Kalau tension, kalau sedih, kalau apa saja pun pasti di blog ini akan aku curahkan segala-galanya... Bagi yang mereka suka membaca blog haruslah berhati-hati didalam menilai dan memahami apa yang tersurat dan tersirat di dalam blog. Jangan ingat blog ini umpama wahyu tuhan yang terus dipercayai sudah la... Di zaman yang moden ini mcm2 fitnah yang ada maka berhati hatilah...


5. Apabila sudah sembuh dari segala sakit nie....rasa bersemangat untuk aku lakukan kerja-kerja dunia nie.. ohye tengah hari tadi aku pergi lunch di rumah keluarga angkat aku yang tersayang di bukit Jelutung. Sangat sedap masakan yang dimasak oleh MAMA dan FARAH walaupun aku terlewat sejam dari tempoh yang aku janjikan tapi mereka tetap setia menunggu aku untuk menghabiskan nasi lauk di rumah aku. Aku makan sekali dengan PAPA yang baru pulang dari gotong royong membersihkan kubur di KL. Bila melihat wajah PAPA jujur aku terasa yang aku sangat rindukan aruwah ayahanda aku, rasa mahu menangis betapa rindunya aku pada ayahanda aku. Hanya doa yang aku kirimkan............ walaupun sekarang aku tak ada ayah nama aku masih ada PAPA yang berikan nasihat aku untuk hidup dimuka bumi tuhan ini. Mungkin PAPA tidak boleh mengantikan tempak BAPAK tapi PAPA tetap mampu membimbing aku seperti anaknya yang lain. Sayangnya aku dengan keluarga angkat aku susah untuk aku luahkan, tetapi sesiapa yang melukakan hati ahli keluarga angkat aku walaupun secuit maka ia samalah meleburkan seluruh hati aku. Namun aku masih ada lagi keluraga aku di Kampung Sungai Lampam yang sangat sangat aku rindu dan cinta, KAK MADAH, KAK AMI, KAK WA, KAK AINI, ABG FAZIR, ABG HISHAM, ABG SHAARI, ABG MAN, JANATI, ATIKAH, IRFAH, IZAT, MUHAMAD, AZAH, NADIAH, NASRAH, NAQIAH dan semuanya-semuanya hanya cinta sejati yang aku berikan kepada mereka semua....

6. Esok PAPA janji nak datang ke kedai aku untuk luncah sama MAMA dan mungkin juga FARAH join sekali. Oleh kerana esok MAK aku yang tercinta akan datang juga ke kedai aku bersama-sama ABG MAN...aku sudah plan mahu sambut Birtday MAK aku dengan FARAH sekali di kedai aku, pastinya meriah. Sudah lama aku tak meraikan hari jadi orang... Hari jadi aku sendiri aku tidak pernah raikan apa tah lagi orang lain utk mengingati mahupun meraikan hari jadi aku.....mmg tak akan kenang. Maka biarlah kali ini aku membahagiakan mereka semua...alhamdulilah aku masih ada MAK yang sangat sangat aku cinta di dunia dan akhirat.


2 comments:

HEBAT ANAK BUAH KO YE KHAIR, KIRIM SALAM KAT ANAK ANAK BUAH KO...DIORG SKRG DUDUK MANA? BUNYI MACAM DUDUK KAT OVERSEA JEK?

ITULAH MANUSIA, MMG TAK BOLEH KITA KAWAL, ADA MATA, ADA MULUT, ADA OTAK MEREKA YANG KAWAL SENDIRI..KITA MAMPU BERSABAR...DAN KEPADA YANA, ITULAH LUMRAH ALAM JGN PELIK!

BAPAK KO DH TAK ADA KAN? MAK AKU PUN BARU TAK ADA...TAPI KO UNTUNG SBB KO ADA KELUARGA ANGKAT YANG AMBIL BERAT TTG KO KHAIR.AKU PULA ADA AYAH YANG AKU SENDIRI TAK TAHU KEMANA..HIDUP ATAU MATI.

TERUSKAN MEMBLOG KHAIR, SUPAYA AKU TAK BOSAN DALAM MENITI HIDUP YANG PENUH EMOSIONAL INI.

mulut org yb oi....kadang2 mulut org ni kita perlu samak...rilek la

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers