"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)

1. Dah berminggu aku tak update blog aku, bukan sbb aku sibuk atau malas tp internet rumah aku yang hampeh entah kenapa tiba2 moden rosak... aku dh beli moden baru tapi tak reti nak pasangkan balik..bab2 seting internet ni mmg aku jahil.......mujur la aku sempat juga merompak anak sedara aku punya laptop...so maka aku kembalikan menwarnakan warna2 gembira dan sedih dalam blog aku....

2. Banyak benda yang berlaku pasal aku mahupun pasal negara aku dalam jangka masa 2 minggu ketiadaan aku di dunia cyber ni.....
3. 15/7/2009:- Hari jadi aku beb!!!! aku pun hampir2 terlupa dengan hari jadi aku....mcm biasa dah dekat 10 tahun aku tak sambut birtday aku..........kumbang jadi org pertama yang call aku,... sayang gila aku kat kumbang, kemudian barulah kawan2 aku yang lain. Aku tak sangka masih ada org ingat birtday aku yang paling tak sangka apabila dpt panggilan phone time aku mamai2. Aku ingat siapalah tadi.......................... mcm biasa dengan tahun2 yang lain, cuma ada peningkatan sedekit tahun ni dimana aku dapat 1 hadiah n 1 kad...berbanding tahun2 yang lepas aku langsung tak dpt apa2....melainkan hadiah aku untuk diri aku sendiri.
4. 25/7/2009:- Hari sabtu yang lepas, aku terjumpa dengan seorg makcik, nak kata tua tak lah tua nak kata muda mmg langsung tak muda...makcik tu aku tgk mcm tunggu teksi tp dari tadi lebih kurang dekat 2 jam dia masih ada lagi kat ponduk bas tu. Aku dengan gaya smartnye serta sopan santun menegur makcik tu, kot2 ada benda yang aku boleh tlg....
- Dipendikan cerita, rupa2nya makcik tu tercicir bag tangan, maka duit n hp pun dia hilang...so dengan rasa prihatinya aku jemput dia naik kereta aku untuk aku bawa pulang. Dia kata rumah dia area KL... tapi tak berapa ingat nama jalan tu... tapi dia boleh tunjukan jalannya dari Shah Alam ke rumah dia... dlm perjalanan ke rumah dia tu, aku sembang2 ar ngan makcik ni.. wah rupa2nya makcik ni terel ckp org putih sampai aku sendiri pun just angguk2 je apa yang dia cakap kononya aku faham la walhal haram tak faham...hahahahaha....
- Time dah nak sampai rumah dia, aku mula rasa pelik ngan makcik ni apabila dia suruh aku ambil jalan ke bukit tunku, setahu aku bukit tunku ni kawasan orang2 kaya Malaysia, Arnandan Krishnan duduk kat kawasan tu. Aku tanya, makcik tinggal sini ke, dia jawab "haah...makcik kerja kat sini..". Ouh...akhirnya aku pun berhenti di satu rumah yang besar dan adalah berbijik2 kereta mewah....... akhirnya baru aku tahu bahawa makcik tu adalah seorg Puan Sri yang berlagak mcm org biasa. Tak perlu aku cerita kakayaan dia yang aku lihat cukuplah pengalaman aku menghantar makcik ni...Kalau aku kaya, belum tentu aku boleh jadi macam dia...maksudnya mahukah aku kalau wang sudah berkoyan2 di poket mahu memilih teksi................ pengalaman ni manyebabkan aku hampir lupa meeting aku kat pwtc dan nak ambil kawan aku kat lcct....
5. 28-29/7/2009:- I'll be there................................................................

0 comments:

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers