"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)

1. Dalam beb melaksanakan hukum Allah seperti hukum hudud adalah satu ibadah yang wajid. Kebanyakan pemikiran rakyat di Malaysia ini menganggap solat, zakat, pergi haji dan berpuasa itu adalah ibadah, Pemikiran seperti ini, telah dibentuk dan akhirnya menjadi hegomoni yang karat dalam pemikiran rakyat yang tua mahupun muda. Hudud dinilai sekadar pilihan yang bukan terbaik malah diletakkan hukum yang tidak mendapat pilihan hati rakyat.

2. Ada yang tak sedar atau saja mmg tak mahu tahu yang hudud itu sama dengan solat, sama dengan zakat, sama dengan pergi haji dan sebagainya. Perjuangan menegakan hukum hudud adalah wajib, maka sesiapa yang menentang atau berkecuali mahupun tak nak ambil tahu mmg hukumnya berdosa. Bila berdosa masukan lah api neraka. Neraka mana? itu hak allah untuk tentukan neraka mana, tapi dengan ilmu yang ada tak seberapa nie.... aku rasa golongan ini sebelik dengan firaun, namrud dan qorun. Yelah merekakan tolak hukum tuhan. Jadi apa bezanya mereka? Namrud percayakan Allah tapi dia tetap tolak hukum Allah.....tak ke sama sekaki tu.

3. Disini bukanlah aku nak menceritakan golongan yang menolak hukum Allah. Cukup cari di internet apa hukumnya golongan yang tolak hudud pasti sudah tahu. Dan kita punya otak utk nilai siapa yang layak masuk api neraka kerana tolok hukum Allah ini.

4. Tapi apa yang nak dibincangkan bagaimana hukum hudud itu mahu dilaksanakan. Hudud ini umpama solat. Ketika kita solat kita perlu ada ilmu untuk solat, kalau kita hanya ikut-ikut saja org solat. Orang tunduk kita tunduk, orang sujud kita sujud maka sama juga seperti tidak solat. Kalau ikut dalam kitab feqah yang aku baca masa sekolah Maahad dulu, orang itu berdosa besar dan menderhaki Allah. Ha tgk, niat nak solat tapi tak pasal dapat dosa sbb ikut taklid tanpa ada ilmu. Begitu juga hudud jangan buat tanpa ada ilmu. Pastikan sebelum melaksanakan hudud itu pastikan golongan atau individu yang terlibat ada ilmu supaya hudud itu tidak dilihat kejam...

5. Di sini aku letakkan beberapa ganbar yang mengambarkan hukum hudud di laksanakan di Somalia. Info dalam pic ini,

  • Nama pesalah: Mohamed Abukar Ibrahim
  • Kesalahan: Berzina
  • Hukuman: Rejam sampai mati
  • Tempat hukuman: Afgoye 32 kilomiter dari Mogadhisu, Somalia
  • Tarikh hukuman: 13 Disember 2009
-


6. Bila lihat gamabr ini, mmg terperanjat. Dato-dato mahupun tan sri2 yang gatal pun tak lagi mahu berzina kalau ini berlaku didepan mata mereka. Namun ada segelintir pihak mahupun yang islam hukuman ini melampau dan zalim. Lihat saja di Kosma (15/12/2009) yang menyatakan golongan yang melakasanakan hukuman ini adalah golongan militan islam. Walaupun didalam Kosmo tidak menceritakan secara terang-tearangan namun Sscara logiknya apabila kosmo cuba mengaitkan hudud ini dengan golongan militan maka hukum ini dianggap undang-undang pengganas. Maka secara ringkasnya hukum Hudud ini adalah hukum Pengganas itulah maksud tersiratnya. Persoalannya bagi aku pula adakah golongan yang melaksanakan hukuman ini benar-benar mempunyai kepakaran dan ilmu dalam melaksanakan hukuman rejam?

Dalam al-quran dan hadis dah menjelaskan hukum kepada penzina. Malah darah orang yang berzina yang sudah berkahwin antara 3 golongan yang halal dibunuh. Tapi persoalanya bagaimana untuk melaksanakan hukum itu secara hikmah dan tidak timbul skaptikal terhadap islam dan hudud.

7. Aku pernah terangankan kepada kawan aku hukum orang bezina yang belum kahwwin 100 kali sebatan. Tapi sebatannya jauh lebih baik dari sebatan yang ada dalam undang-undang sivil. Hanya sekadar menggunakan kekuatan sederhana malah yang tukang rotan tidak boleh mengangkat ketiak sewatu merotan. Lalu kawan aku bertanya " Kalo mcm tu mana sakit, makin banyakla yang berzina". So kena faham konsep hukuman dalam islam bukan untuk menyakitkan orang tetapi untuk memberi pengajaran kepada yang kene rotan dan kepada yang tengok orang kene rotan (rakyat). Sewaktu rotan perlu dilihat oleh semua orang dan muka pesalah harus ditunjukan dan aurat wajib ditutup. Jadi bila dah kene rotan depan orang ramai, budak kecik tengok, kawan-kawan tengok, mak bapak tengok, sedara mara tengok....tak malu ke? Bukanlah untuk memalukan tapi untuk menginsafkan supaya lain kali malu dengan Allah. Pendik kata konsep hukuman dalam islam adalah untuk pengajaran dan pendidikan moral.

8. Balik pada persoalan asal, cukup mampu dan berilmukah kita melaksanakan hukum hudud. Sebagai seorang yang beriman dan takutkan Allah hudud perlu disegerakan tapi jangan terburu-buru perlu memahami dengan betul bagaimana untuk melaksanakan.

9. Aku percaya malaysia lama lagi akan melaksanakan hudud sbb UMNO mmg anti hudud tapi apa salahnya kita belajar bagaimana hudud itu perlu dilaksanakan dengan bijaksana dan penuh khusyuk.

10. Aku takut melihat satu hari nanti ramai yang terburu-buru mahu hukum Allah ditegakan tapi dikukan secara semberonoh. Akhirnya imej Islam akan bertambah buruk dari kaca mata orang yang bukan islam apalagi dari golongan yang anti HUDUD seperti UMNO.




0 comments:

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers