1. Kadang kala pada waktu tidak sibuk di gerai buruk aku ditepi jalan, aku terfikir apa yang difikir oleh mereka yang setia jiwa raganya dengan UMNO. Kalau ditanya dengan mereka yang menganuti ajaran UMNO pasti rata-rata memberi jawapan yang cukup popular iaitu UMNO telah banyak berjasa pada negara dan rakyat. Maka ditambah lagi UMNOlah yang membawa negara kita kemerdekaan dan sebagainya. Kadang kala bila kita dengar orang UMNO berkata kenapa perlu menyokong dan memasuki ajaran mereka pastinya mereka seolah-olah mengambarkan UMNO bagaikan tuhan penyebab kemodenan, penyebab keamanam, penyebab kemerdekaan, penyebab kemajuaan dan banyak lagi penyebab. Maka nampaknya hilanglah kuasa tuhan digantikan dengan kuasa UMNO yang menjadi penyebab segala-galanya. Maka kita perlu berterima kasih dengan UMNO, tanpa UMNO tiada Malaysia dan tanpa UMNO tiadalah bangsa Melayu dan tanpa UMNO siapalah kita semuanya. Opss ini bukan aku kata, tapi mereka-mereka yang menganuti ajaran UMNO umpama al din dalam jiwanya. Begitu hebat bukan..hegemoni UMNO dalam pemikiran manusia terutama manusia yang bernama melayu.
2. Kata-kata keramat dari pemimpin tertinggi mahupun pemimpin kurang tinggi dijadikan sabda-sabda yang perlu dikitabkan dan di imankan. Umpamanya 1 Malaysia, di dada akhabr, dikaca tv dicorong radio, di papan-papan ikan semuanya melambangkan 1 Malaysia. Maka hegemoni 1 Malaysia menjadi satu keimanan tak kira kecil besar, tak kira tua muda dan tak kira apa agama 1 Malaysia perlu di imani dengan penuh jiwa raga.
3. Pemimpin dilihat maksum walaupun terang terang menyokong kemungkaran. Isteri-isteri para menteri umpama isteri para nabi dahulu kala. Terdedah aurat tapi lagak komfem masuk syurga. Hebat bukan. Bukan sekadar itu, kadang kala berkata umpama ustazah, menyarankan rakyat jelata takutkan tuhan buatlah amalan kebaikan. Tapi bila bercakap jambul 6 inci terkeluar kehadapan. Makcik-makcik dikampung yang sentiasa bertahajud setaip malam dan megaji al quran pun ada yang yakin inilah ustazah mereka. Hebat bukan?
4. Kadang kala teringin juga aku berjiwa seperti mereka. Memperlekehkan ulamak mmg tak takut dengan neraka, sekadar Rabul Alamin pun mereka boleh mengidak kan larangan dan suruhannya. Hebat bukan.? tapi aku hanya terfikir bagaimana kalau aku UMNO adakah hati aku pun jadi UMNO....
5. Andai kata UMNO menjadi agama? Siapa Tuhannya? Siapa Nabinya? Apa Kitabnya? Mana Imananya? dan Siapa pengikutnya? Dari banyak soalan ini hanya satu saja yang aku boleh jawab iaitu siapa pengikutnya....tidak lain tidak bukan hanya orang Melayu saja. Dan Pastinya namanya Hadhari............
6. PAS, DAP dan Keadilan perlu belajar dari apa yang UMNO lakukan. Bagaimana Hegemoni UMNO menjadi karat dalam hati dan pemikiran rakyat Malaysia. Bayi yang baru lahirpun bisa menjadi UMNO. Kalau benar dikatakan UMNO itu buruk tapi hakikatnya UMNO hebat dalam mencipta kepercayaan orang Melayu. PAS perlu duduk kembali ke sekolah lihat bagaimana UMNO menjadi Raja Yang Kebal dari Segala Dosa.

0 comments:
Post a Comment