"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)

1. Bila berdiri di hadapan 1000 pintu namun hanya satu pintu saja yang harus dipilih, maka timbullah persoalan bagaimana mahu memilihnya. Tanya orang yang berilmu pasti ada jawapanya. Tapi hati kadang kala tidak mahu menerima hakikat sebenarnya. Kerana apa? kerana kita rasa kita lebih berilmu dan kita yang lebih berjiwa....ouh berjiwa rupanya....

2. Mungkin belum sedar mungkin sudah tertutup pintu hatinya untuk berjiwa seirama dengan irama nadi empunya cerita. Entah apa lagi kurang entah apa lagi yang dicari sehingga ada yang tak kena lagi. Semut yang kecil dah lama mati, nyamuk pun sudah lama pergi, lalat dah lama tak nampak-nampak lagi tapi masih ada yag samar-samar dihati menyebabkan melodi cinta tidak bergema.

3. Alasan dicipta untuk dijadikan jawapan. Biar nampak berjiwa dihadapan empunya cerita. Mungkin berjiwa atau mungkin tak terasa, asalkan ada yang percaya dah rasa dia berjiwa. Hakikatnya manusia tak pernah tahu apa makna berjiwa. Kalau tidak kenapa ada yang jahil menjadi pemimpin dan kenapa yang adil dianggap bagaikan Ching Peng. Dan kenapa Cinta setia sejati tidak dipeduli....... mana perginya jiwa kalau inilah definasinya.

4. Berjiwa namanya kalau disitu ada adilnya, disitu ada amannya dan disitu ada hak haknya. Tapi jiwa apa namanya kalau semua itu disangkar dalam penjara sang haloba. Tamak, dengki, Zalim sebagai ganti nilai-nilai jiwa.... namun ada yang buta tak tahu melihatnya. Sang Haloba pasti terbahak bahak dan terus berkuasa, mengeling kepala melihat rakyatnya tidak berjiwa. Tak kira muda, tua, kecil, besar, laki mahupun perempuan tidak lagi berjiwa....


2 comments:

saudara anak jawa warganegara malaysia ke atau anak jawa warganegara indonesia. saya tahu apa saya biat untuk agama, bangsa dan negara. kalkau saudara sayangkan bangsa beragama islam dan bangsa maka sokongkan BN YANG TELAH 53 TAHUN BERJASA.

tak faham byk sgt isi tersirat.tapi bagus olahan ayat tu

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers