"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)

LEPAS JUMAAT NATI KITA TGK MANA PALING RAMAI PENGIKUT DEMONTRASINYA PAS ATAU UMNO.... UNTUK MENENTUKAN SIAPA YANG JUARANYA PASTINYA LIHAT SIAPA YANG LEBIH RAMAI. BUAT MASA INI PAS SENTIASA MENDAHULI DALAM BAB BERDEMONTRASI NI, UMNO BARU BERJINAK-JINAK UNTUK DEMONTRASI SBB PEMIMPIN MEREKA TIDAK DILAHIRKAN DALAM ZAMAN DEMONTRASI

APAPUN ISU YANG DIBAWA OLEH KEDUA-DUA PARTI ADALAH ISU BERKAITAN ISLAM SATU MENYENTUH ASPEK NASIONAL SATU LAGI MENYENTUH ASPEK ANTARABANSA,,,

DEMO KALI NI, AKU TAK DPT NAK JOIN SBB BYK HAL. TAPI KALAU ADA MASA AKU JOINNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN HEHEHEHEHE,...

PS: TAK SABAR NAK TGK SIAPA YANG PALING RAMAI

Kalau tiada adat bukan melayu, kalau tidak berbudi bukan juga melayu. Melayu digambarkan umpama bangsa yang penyangang, sopan santun, malah berahlak mulia. Itulah melayu. Tidak pernah kurang ajar malah berani untuk belajar. Adat dijulang walaupun nyawa tergadai sehingga lahir pepatah biar mati anak jangan mati adat. Adat adalah penyambung legitimasi sesebuah tamadun dan bangsa. Tanpa adat maka bangsa itu tidak terkenal.

Adat melayu banyak pantang larang, banyak mitos, banyak legendanya. Kalau menerap sambil angkat kaki nanti mak akan mati, kalau duduk atas bantak punggung akan bisul dan banyak lagi pantang larangnya. Sebenarnya adat ini adalah undang-undang pertama semua bangsa sewaktu kemunculan sesuatu bangsa. Adat menjadi garis panduan untuk menentukan yang mana betul mana yang tidak. Namun adat tidak mempunyai kitab untuk diwarisi kerana diturunkan adat itu ke satu generasi ke genarasi lain melalui lisan sehinggalah ke hari ini. Akibat diturun secara lisan maka adat berbeza mengikut tempat walaupun sebangsa melayu.

Namun pada hari ini, adat hanya dilihat ketika upacara perkahwinan atau raya selain dari itu adat tidak lagi di tonjolkan, kerana adat dilihat penghalang kemodenan dan begitu konservatif. Didalam kehidupan yang serba modan dan urban maka adat digantikan dengan buadaya antarabangsa yang merujuk kepada budaya barat. Kerana orang melayu mentafsirkan moden itu ada budaya barat mereka melihat proses kemodenan perlu diambil barat sebagai role model untuk menjadi sebuah negara yang moden dan maju. Sehingga ke hari ini barat menjadi kayu ukur untuk menentukan sebuah negara itu moden atau tidak, sekiranya Malaysia tidak membina bangunan yang melebihi tinggi dari negara barat maka selagi itulah Malaysia tidak moden seperti barat. Tapi sayangnya orang-orang barat tidak pula melihat orang-orang asia khususnya Malaysia yang kaya budi bahasa dan sopan santun dijadikan role model untuk diaplikasikan dalam sosial masyarakat mereka. Hanya kita terkial-kial mengikut segala rentak yang ada dibarat.

Apabila barat dijadikan rujukan dan kayu ukur, maka apa yang ada dibarat dan apa yang berlaku dibarat perlu terjadi di Malaysia. Dari sudut ekonomi, kapitalis dibawa masuk, kerana pemimpin negara percaya dengan kuasa kapitalis mampu membawa kepada kekayaan negara khususnya golonagan elit Melayu. Demokarsi juga diambil untuk menentukan siapakah yang layak mentadbir negara. Demokrasi bagaikan satu kewajipan yang perlu ada untuk mencapai negara maju. Malah dalam sudut sosial Liberialisasi dibawa masuk untuk menyamakan hak asasi manusia dan kebebasan individu. Atas nama KEBEBASAN HAK ASASI maka demokrasi, kapitalis dan Liberialisasi dibawa masuk tanpa tapisan ke Malaysia. Akhirnya adat sudah tidak lagi berperanan dalam menentukan yang mana buruk yang mana baik dalam konteks masyarakat Melayu. Apa yang ada dibarat dibawa bulat-bulat, ada diantaranya melalui kerajaan dan ada diantaranya melayu syarikat multinasioanl atau individu. Lama-kelamaan yang menentukan baik atau buruk adalah budaya atau barat. Contohnya mudah, kalau anak dara pergi ke pub dengan berpakai seksi terdedah sana sini dari sudut barat ianya satu liberalisasi untuk menuju ke masyarakat urbanisasi tetapi dari sudut adat yang koservatif ianya satu larangan besar. Anak dara yang duduk ditangga pada waktu senja sudah menjadi satu kesalahan apatah lagi, kalau berjoget malam2 di pub sambil bergesal dan mengoyangkan buah dada dan punggungnya. Maka pada hari ini tidak hairanlah kalau ada orang Melayu mengatakan "salahkan pergi ke clubing, salahkah bersosial, salahkan untuk kami bertemu kawan dll". Kerana budaya tidak lagi membentuk jati diri melayu lagi akibat tranformasi dari konservatif kepada urbanisasi.

Walaupun orang Melayu hidupnya tidak lagi beradat, tetapi pemikirannya masih dipengaruhi adat dan budaya. Semoden mana pun orang melayu ini maka pemikiran mereka tetap dipengaruhi oleh Adat. Sekiranya terdapat percanggahan antara agama dan adat, maka adat yang menetukan itu betul atau tidak, agama tidak berperanan menentutkan itu betul atau salah. Agama yang berperanan dalam soal solat, haji dan kahwin. Dari sudut cara hidup adat masih bertunjang. Selagi mana, pepatah biar mati anak jangan mati adat terbenam dipemikiran orang Melayu maka adatlah yang utama bukannya agama.

Oleh itu untuk melayu itu bukan islam tapi melayu itu adalah beradat. Melayu Beradat!!!

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga

Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni

Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

(Usman Awang)





1. Bila mahkmah tinggi putrajaya meluluskan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian dalam urusan rasmi mahupun keagamaan, maka banyak pihak yang bangun menentang. Yang duduk mula bangun, yang tidur mula terjaga bila terdengar nama Allah juga milik agama kristian. Kalau negara ini ada undang-undang rimba pastinya peristiwa 13 Mei tercetus mahupun peristiwa natrah tercetus. Antara mereka yang pertama bangun menentag pastinya UMNO dan proksi-proksi seperti Perkida dan Pesaka. Pas pula mengamalkan tindakan tunggu dan lihat agar berbeza dengan prinsip perjuangan PAS yang mendaulatkan Islam.

2. Persoalanya kenapa kejadian kali ini UMNO bertindak seakan PAS, seolah-olah mengambil tugas PAS sebagai gerakan Fundamentalism di Malaysia. Namun layakah UMNO yang sepatutya turun padang untuk atasi masalah keagaamaan ini. Di dalam UMNO mmg tiada satu ulama yang ada hanyalah golongan nasionalis dan kapitalis. Bagaimana jadinya golongan kapitalis dan nasionalis bersatu untuk menyelesaikan permasalahan keagamaan. Seperti seorang Makenik Kereta mengambil tugas doktor pakar bedah otak untuk merawat pesakit...

3. Bagi aku, tindakan UMNO lantang mengkritik tindakan Mahkamah Tinggi meluluskan nama Allah satu tindakan yang boleh aku tepuk tangan namun bukan untuk memuji cuma tepuk yang UMNO berani. Namun sedar atau tidak pengikut mazhad Islam Hadhari (UMNO) yang sebenarnya perjuangan menentang penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian adalah satu perjuangan yang sangat kecil dibandingkan kerosakan yang dilakukan oleh UMNO sendiri terhadap Islam. UMNO melihat semut di hujung sengai tetapi gajah didepan mata UMNO tidak nampak. Perjuangan UMNO untuk Islam tidak pernah konsistan. Kenapa aku kata begitu, disini sedikit sebanyak aku listkan berapa keroakan yang UMNO lakukan hingga merelakan dosa-dosa besar bermaharajela:-

  • UMNO sendiri yang membuat undang2 syariah memperuntukan untuk orang islam keluar dari islam
  • UMNO yang melarang dan menarik balik bantuan sekolah agam rakyat sehingga hampir 90% agama rakyat ditutup atas tindakan UMNO (Era Mahathir)
  • UMNO juga membina dan meluluskan kilang arak dan judi di Malaysia sedangkan arak itu adalah dosa besar.
  • UMNO memecat Mufti (Allahyarham Ishak Baharom) kerana tindakan JAIS menangkap peserta ratu cantik islam. Malah ratu cantik tersebut di bela oleh pihak kerajaan
  • UMNO menolak dan mahu menyaman kerajaan negeri kelantan apabila kerajaan tersebut mahu melaksanakan Hukum Hudud dan Qisas di Kelantan
  • Pemimpin UMNO/BN mempersendakan nabi dan al-quran secara terang-terangan untuk memperlekahkan sistem politik dan pentadbiran Islam.
  • UMNO yang menghapuskan tulis jawi didalam sistem pendidikan negara sehingga berjuta rakyat Malaysia buta jawi.
  • UMNO meletakan perlembagaan persekutuan melampuai Al-Quran sedangkan wajib bagi setiap umat Islam meletakan Al-Quran dan Hadis sebagai panduan utama.
  • Pemimpin UMNO mahupun pengikut UMNO tidak pernah tahu tentang aurat. Isteri-isteri menteri dedahkan aurat sedangkan aurat itu HARAM, dan Allah sudah peruntukan seksaan bagi mereka mendedahkan aurat. Dan lebih malang sekali UMNO membudayakan aurat dalam beragama.
4. Jangan dikira berapa banyak orang melayu mengamalkan seks bebas dan minum arak. Cukuplah kira berapa ramai orang melayu yang beragama islam menuntut murtad!!!. Isu ini lebih utama dari isu kalimah Allah.

5. UMNO seharusnya cermin diri dulu mengapakah ada segelintir pihak khususnya golongan kritian menuntut perkara yang dikira melampuai batas budaya dan sosial masyarakat malayu. Bagi aku golongan ini tidak akan berani memulakan tuntutan yang bukan-bukan sekiranya orang islam sendiri tidak memulakan. UMNO sendiri yang memberi imej buruk kepada Islam, malahan UMNO sendiri yang menyokong kepada gerakan Islam Liberial yang di tunjang oleh anak-anak pemimpin UMNO seperti SISTER IN ISLAM. Sebelum ini tuntutan-tuntutan SIS yang lempaui hukum syariah tidak pula dipersolakan. UMNO sendiri juga cuba bertindak mengharamkan nama Islam untuk mana-mana pertubuhan kenapa tiada pula golongan UMNO yang ada hari ini untuk menentang. Adakah waktu itu mereka jumud untu berfikir.

6. Isu kalimah Allah bukanlah menyamai isu yang dilakukan oleh UMNO. Isu kalimah Allah tidak melanggari hukum feqah malahan dalam al-quran menceritakan kebenaran untuk orang bukan islam iaitu kristian dan yahudi mengunakan kalimah Allah. Isu kalimah Allah bukanlah isu aqidah, walaupun dalam jangka masa panjang ia akan menjadi isu aqidah sekiranya tidak dibendung. Tetapi persoalan yang cukup besar bagi aku, kenapa UMNO begitu menentang hinggakan orang kanan Najip, Zahid Hamid turut bangun menentang walaupun dia sendiri tahu dia punyai penyokong kristian. Kenapa?

7. Bagi aku yang mmg hari-hari belajar ilmu sains politik di UKM pastinya aku ada jawapan yang relevan untuk UMNO. Terdapat beberapa sebab mengapakah UMNO bangun menentang penggunaan kalimah Allah walaupun mereka sendiri tahu di dalam Islam membenarkannya.

8. Penentangan UMNO bukan lah disebabkan untuk menjaga akidah umat islam, kalau untuk menjaga akidah umat islam pastinya mereka akan menerima islam sepenuhnya. Dan yang paling penting sebelum ini sejarah telah mencatatkan UMNO tidak ambil peduli tentang orang islam murtad di Malaysia. Penentangan UMNO sebenarnya adalah disebabkan mentaliti nasionalis atau kebangsaan. UMNO adalah parti orang melayu maka tidak jauh beza pembentukan minda orang UMNO kerana mereka meletakan nasional atau kebangsaan itu asas bagi perjuangan mereka. Apapula asas bagi pembentukan nasional atau kebangsaan? Sejarah adalah pembentukan kepada nasional, itu pentingnya sejarah yang dilihat pada masa kini satu ilmu yang tidak penting, malah golongan muda kini melihat ilmu sejarah bagaikan ilmu budak-budak tadika. Kembali kepada topik!!.

9. Asal usul sejarah tamadun melayu berbeza dengan sejarah tamadun arab. Ketika islam belum sampai ke tanah melayu. Orang Melayu beragama Hindu Buddha, maka tuhan-tuhan atau dewa ketika itu semuanya bernama seperti orang India. Namun apabila kedatangan Islam dengan pemelukan Islam oleh Parameswara maka seluruh orang Melayu khususnya di Melaka beragama Islam. Islam dibawa oleh saudagar Arab, maka kemasukan Islam maka istilah arab turut disebut dan menjadi budaya dalam masyarakat melayu seperti Assalammualaikum, dan wa'alaikumsalam. Ketika itu jugalah pertama kalinya nama ALLAH didengari oleh orang Melayu, maka ketika itu minda orang Melayu yang Allah ini adalah kata nama tuhan bagi orang Islam. Pada ketika itu orang-orang arab tidak menyebut bahawa di Tanah Arab sana orang kristian dan yahudi turut menyebut nama allah. Sehinggalah ke hari ini orang Melayu memahami bahawa Allah itu khusus untuk orang Islam maka apabila sesuatu yang baru atau melanggari status qou pasti akan ditentang. Oleh itu penentang UMNO dalam isu ini adalah disebakan perjuangan nasionali bukannya perjuangan agama. Kalau agama kenapa umno sendiri yang runtuhkan Agama.

10. Faktor kedua, adalah yang menuntut kalimah Allah itu adalah bangsa India. Orang Melayu sehingga ke hari ini begitu skeptikal terhad bangsa lain walaupun didalam politk dan ekonomi mereka dilihat bersatu, namun dibelakang masing-masing mempunyai pedang dan keris. Apabila orang bukan melayu menuntut sesuatu yang ada bagi orang melayu maka ianya satu signal mencabar kedaulatan orang Melayu. Maka atas nama agama UMNO cuba menyatukan orang2 melayu untuk menentang bukan kedaulatan islam tetapi kedaulatan melayu itu sendiri.

11. Faktor terakhir iainya inilah permainan politik. UMNO mahu menglihatkan imej UMNO bukan sekadar pasti melayu tetapi parti islam. UMNO harap dengan kes ini mereka dapat menuntup kisah terlampau mereka menelanjangkan Islam satu masa dahulu, kini dan selamanya. Namun ternyata mereka menentang bukan disebabkan islam tetapi disebabkan mentaliti mereka. Di samping itu kes ini juga umpama jerat yang dipasang oleh UMNO untuk PAS. Ada beberapa sbb iaitu:-

  • Kalau PAS menentang, maka Pas akan kehilangan penyokong bukan melayu dan bukan islam
  • Kalau PAS berdiam, maka UMNO akan mengelar PAS kuda tunggangan DAP
  • Kalau PAS menyokong, pastinya PAS akan digelar agen yahudi atau kristian..


Perlu diingat jangan menyamakan UMNO dengan PAS. UMNO ternyata menentang secara membabi buta tidak rujuk kepada al-quran dan sejarah kemunculan agama samawi tentang penggunaan kalimah Allah. PAS didokong oleh golongan ulama pastinya tahu bagaimana isu ini perlu diselsaikan, kerana isu ini bukanlah isu seperti penghinaan nabi muhammad satu ketika dahulu, isu ini adalah isu lama yang tidak melibatkan akidah. Dan tindakan yang terburu-terburu bukanya menyelesaikan masalah.

12. Akhirnya bagi pandangan aku, isu kalimah ALLAH yang perlu diselesaikan bukan ahli politik tetapi adalah golongan agamawan. Isu ini ada isu yang belum pernah di selesaikan di Malaysia. Walaubagaimanpun, Allah itu adalah milik orang Islam dan yang beriman. Adalah bahaya pada masa kini kalau istilah Allah itu di guna pakai oleh peganut agama lain. Bayangakan dengan keadaan sekarang pun berapa ramai yang murtad dan sesat. Apa lagi kalau dibenarkan penggunaan kalimah Allah ini. Dizaman ini anak-anak muda melihat urban atau cara hidup moden adalah seks bebas, arak, clubing dan sebagainya. Apabila istilah ini dibenarkan, maka untuk menjadi hidup lebih moden maka kristian adalah agama yang terbaik untuk menunjukan status seseorg. APAPUN AKU TENTANG ORANG KRISTIAN DI MALAYSIA MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH................BAHAYA SELAGI UMNO BERKUASA.

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers