"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)


Kisahnya bermula apabila Hj Nizar jadi iman di masjid Simpang yang telah dimakmumkah oleh golongan elit nasionalisme UMNO. Marah dan geram tak terkata mereka semua kepada Haji Nizar. Maka kemarahan mereka diterjemahkan di dalam kitab-kitab suci pengikut UMNO/BN yang setia tuli.

Namun, ini adalah sekadar wahyu dari kitab-kitab suci UMNO, apakata Hj Nizar pula.... jadi aku lihat ke dalam blognya (http://kamparinn.blogspot.com/)

Maka ini cerita dan jawapanya:-

SAYA TELAH MENGIMAMKAN SOLAT MAGHRIB

Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derkaha!

Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.

UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.
Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.

119

1. Bersempena pilihanraya kecil khususnya di Parlimen Bukit Gantang pihak POLIS & KDN dibawah pempinan Hamid Albar yang tewas dalam pemilihan MT UMNO telah mengeluarkan arahan khususnya isu Altantuya tidak disebut semasa berkempen. Selain itu juga keputusan institusi raja khususnya rampasan kuasa di Perak tidak diungkit-ungkit...

2. Kalau isu institusi sultan tidak diungkit2 maybe aku boleh faham kenapa isu tersebut tak boleh dikecoh-kecoh... tapi kenapa kes altantuya tak boleh di kecoh2 walhal seentero dunia dah cakap-cakap pasal pembunuhan Altantuya. Kesian rakyat Malaysia.. sentiasa menjadi katak dibawah tempurung yang berkudis menunggu mati jek. Orang diluar lebih kenal Malaysia...rakyat Malaysia sendiri pula masih buta dengan dunia mereka sendiri.

3. Apepun marilah kita sama-sama menyokong peraturan ini termasuklah parti pembangkang. jangan asik nak membangkang jek. Pasangkan kain rentang disetiap penjuru bagi tahu semua rakyat siapa sebut nama Altantuya nati kene tangkap dengan POLIS.

ps: Bestnya duduk kat Malaysia ni.....sbb rakyat-rakyat aku akan semakin menjadi bodoh & bongok. Senanglah aku nak jadi Perdana Menteri nanti.. (Kata-kata aku kepada diri aku hehehehehe)


1. Yuna itulah nama yang dikenali, aku mula tahu dia dari youtube sejak awal tahun. Lagu yang dibawa mmg menarik dan aku rasa dia sudah mempunyai peminatnya yang tersendiri. Berimejkan bertudung namun membawa muzik pop rock semestinya membawa kepada kontrivosi. Ada yang mengkritik dan ada pula yang memberi sokongan.

2. Aku pula? sebenarnya berat nak kata tak sokong dan berat pula aku nak kata sokong. Aku kagum melihat adik yuna ini mampu memecahkan tradisi yang selalu mengaitkan wanita bertudung itu lebih bersifat sopan dan pemalu. Namun adik yuna ini lari dari konsep tersebut.....Tapi pesanan aku kepada mu wahai adiku... jangan kau malukan lagi mereka yang bertudung sudahlah..cukuplah gambar2 wanita bertudung melakukan adegan seks yang menjolok-jolok sama ada di tasik, di hotel, di taman di kereta dan sebagainya umpama beruk dapat romen dengan babun. Bawalah lagu yang mempunyai pengisian bukan semata-mata hiburan yang melalaikan. semoga berjaya...... aku bagi sokongan padu!!!

ps: cukuplah pic anak pontianak yang gilakan syurga dunia dan lupakan azab pedih neraka yang kekal untuk selamanya..... Doa aku utk kau agar tidak tergolong dgn golongan manusia gila dan sial itu....

- cari kat youtube: boneka - cela.. lirik n lagu dia bagus utk kita. btw aku mmg kagum dgn artis muda2 ni... tahniah beb... hebat hebat

1. Bila aku melihat pic ini, teringat aku sejarah Tentera Islam yang cuba menawan kota Palestin dibawah pimpinan Salehudin Alayubi. Tentera Islam dikatakan umpama Lautan Merah bilangan terlalu besar sehingga ada yang mengatakan 300 000 tentera Islam. Tentera-tentera ini berdiri teguh dikaki gunung hingga ke puncaknya untuk menawa kembali kota umat Islam. Mungkin gambaran itu dapat dilihat di Bukit Gantang, apabila puluhan manusia berhimpun mempertahankan sebuah kota utk dibina sebuah negara Islam. (Nak tgk lebih jelas clik pic tu)


2. Bukan nak menipu inilah gambaran yang hadir dari kaca mata aku sendiri, walaupun pic ni aku copy dari blog orang. Pelihanraya ini adalah pertumbangan antara dua ideaologi utama iaitu satu kumpulan yang bertunjangkan nasionalisme dan satu kumpulan lagi bertunjangkan fundamentalism Islam. Bagi golongan nasionalisme pilihanraya ini antara mati hidup sesuatu bangsa dan budaya. Manakala satu pihak lagi pelihanraya ini adalah sebahagian dari fardu ain (kewajipan) setiap umat Islam antara dosa dengan pahala dan antara hak dengan yang batil. Bagi mereka menang bukan matlamatnya tapi syurga itu adalah tujuanyanya.

3. Ingat kalah itu satu ujian dan menang itu juga satu ujian, tapi dalam mengekalkan kemenangan adalah lebih sukar daripada memperolehi kemenangan.

1. Seawal jam 4 pagi aku sudah bertolak ke Bukit Gantang, malam tu aku dapat msg dari kawan-kawan aku yang memberi maklumat jalan-jalan masuk ke Bukit Gantang telah di blok oleh TENTERA MERAH (FRU), hanya satu jalan saja yang boleh masuk ke Bukit Gantang iaitu ikut jalan dalam melalui Trong.







2. Sampai di Bukit Gantang, dalam pukul 6 pagi , disitu aku tengok kenderaan dah mula sesak tapi masih lagi terkawal. Sampai di bandar Taiping suasan dah semakin panas, ditambah panas apabila kehadiran polis yang besar khususnya dikawasan berkumpulnya PAS, tapi aku rasa logik pun polis kene ramai di kawasan orang PAS sbb bilangan mereka dah menyamai bilangan pengundi di Bukit Gantang.







3. Awal pagi itu, solat hajat di lakukan oleh penyokong PAS di Majid Taiping, disitu aku lihat sudah beribu berkumpul, baik melayu, cina atau pun inda. Habis solat hajat tu, kitaorg berarak ke tempat penamaan calon kira-kira 6 km dari masjid, sepanjang perarakan tu bermacam-macam ragam manusia aku dapat lihat...antaranya ada sekumpulan orang tua cina berdiri di tepi jalan melambai-lambai kepada penyokong PAS dengan memegang bendera PAS serta melaungkan "ISLAM PASTI MENANG" ramai yang bertepuk tangan tanda menghargai sokongan mereka. Aku pula sudah pastinya kagum melihat orang cina yang beragama buddha turut menyokong Islam. Selain itu ada sekumpulan pemuda India memakai baju T.Shirt yang di belakangnya tertulis " KAMI PENGANUT HINDU, KAMI BERSAMA ISLAM DAN TOK GURU". Aku tanya mana dapat t.shirt ni. mereka jawab mereka buat tempah sendiri. Hebat itulah yang mampu aku luahkan. Ada juga Puteri UMNO yang lalu di kawasan orang PAS di booo, dan ada yang tiba2 melelong dengan harga RM 1 satu free semua..... masam dan bengang muka Puteri-puteri tu, mujur ada polis yang mengekorinya kalau tak konfem dah kene lelong dengan orang PAS.







4. Bila aku sampai saja tempat percalonan, aku lihat penyokong PAS dah berkumpul malah bukit yang berhempiran telah di tawan oleh mereka,bukit yang asalnya dipenuh dengan rumpat tapi sekarang sudah dipenuh dengan manusia. Aku begitu gerun melihat keadaan apabila laungan ALLAH HUKABAR disambut dengan puluhan ribu manusia. Naik bula roma aku...apa yang aku leh gambarkan suasan di kawasan penamaan calon tu seperti di Padang Arafah ketika musin Haji.




5. Tak lama aku berdiri di puncak bukit tu, maka perarakan UMNO pun masuk ke padang Perbadanran Taiping, betul-betul berhadapan dengan penyokong PAS. Aku ingat ramai sangatlah yang berarak, rupa-rupanya hanya tak sampai suku padang saja penyokong mereka berarak, aku yang berada di puncak bukit dapat tengok dengan jelas betapa kecilnya bilangan mereka jika nak dibandingkan dengan penyokong PAS umpama lautan manusia.

6. Cuma apa yang dapat aku katakan... PAS mmg hebat dalam bab seperti ini, namun mereka lemah dalam bab mencari calon yang layak dalam pilihanraya..akhirnya calon-calon seperti beruk dan katak dipilih menjadi pemimpin mereka. Pemilihan Hj Nizar sekurang-kurang membuktikan PAS masih mempunyai calon yang berkelibar dan berkarisma.




7. Salah memilih pemimpin buruk padahnya.....................skrg aku dalam perjalanan pulang ke Shah Alam. Masa aku tinggalkan Bukit Gantang tadi aku tengok keadaan semakin aman tak sepanas hari semalam. Tentera-tentera Merah pun dah tak kelihatan disana-sini. Mungkin mereka penat. yelah mereka pun manusia juga...sepak telur mereka pasti senak jugak.

1. Hujan kat luar masih tak henti lagi, aku tengok semakin lebat. Guruh dan kilat tak henti-henti dari start hujan tadi, dah rupa macam Malaysia kene serang dengan Amerika Syarikat. Aku dah mati kutu nak gerak ke mana-mana pun dh tak boleh sbb kereta aku kat tmpt lain, yang ada kat umah aku adalah motor Yamaha milik Meor. Aku ni penakut sikit naik motor, al maklumlah dulu aku ni otai motor kat kampung aku tapi sekarang dh pancen sbb pernah terselit bawah kereta. Mujur tak sewel~~~~


2. Bila dah bantut n benak otak ini, maka berbloglah aku. Kalau ahli sufi dan ulamak masa-masa mcm ni lah mereka bermunajat tapi aku...setahun sekali nak bermunajat pun kadang2 tak ada. Teruk betul aku ni, kadang-kadang aku rasa aku ni mcm sombong dgn tuhan yang Maha Esa. Apepun takpelah dh niat aku kali ni nak berblog maka teruskan jek lah.. harap2 lepas ni ada semangat nak bermunajat.

3. So apa yang aku nak tulis dlm blog kali nie. Hem aku rasa aku nak merepek sekejap, selalunya asik isu serius jek....mari kita rilekkan otak sekejap. Kali ni aku nak bercerita ttg kwn2 aku yang berada dlm dunia aku, mereka ini adalah antara yang aku kenal, ada yang aku sayang, dan ada yang aku kagum... apepun mereka adalah teman-teman yang mewarnai warna-warna dunia aku:-

1. Siapa mamat nie? Inilah Alitosfera atau ali tapi nama sebenar adalah norizan. Dia seorg yang pemurah, selalu belanja aku dan member2 lain makan tapi walaupun aku baik dengan dia aku selalu gak bertekak dengan dia ni. Tapi bilik dia mmg best sbb bersih dan sejuk jek.. pandai Ali kemas bilik... Ali nak tumpang tido boleh? nak pinjam kompiter boleh? Ali pinjam hp? itulah ayat2 yang aku salu cakap kat ali........sbb apa sbb Ali baik tu. SAYANG ALI!!!



2. Ini kwn aku, dari Jakarta, aku panggil Arga, nama sebenar Damai Arga Kasih Liwanzinur. Arga ni menjadi kegilaan ramai cewek2 di Jakarta,. Keluarga dia adalah keluarga angkat aku. Kalau aku gi Jakarta aku salu lepak rumah dia. Boleh dikatakan dia ni anak orang kayalah selalu ajak aku jalan2 bukan dalam Indonesia tetapi luar Indonesia. Pernah diaorg ajak ke Hong Kong, Bangkok n Sydney, tapi time diaorg ajak tu mmg aku tak leh gi. Btw skrg dia dekat Taiwan study kat sana. So maybe kitaorg aku bercuti ke sana hujung tahun ni.


3. Nak kenalkan ke? huh korang baca lah blog dia..apepun dia mmg seorg adik yg baik tapi gedik lebih...ohye dia lah antara makenik aku betulkan blog ni.....huhuhu kandak sayang pada dindak hahahaha. Cukup2 lah makeup tu amira... meh mekup bulu kaki abg lak hehehehe


4. Anuar kwn baik aku, satu kelas dan pernah aku menjadi setinggan dalam bilik dia di UKM. Dia mmg antara org kuat UMNO, dulu mula2 masuk apa UMNO buat semua betul tp skrg ni dia boleh terima kelemahan UMNO. Macam itulah cara orang politik berfikir...bukan mengikut mcm lembu kene tarik. Banyak aku bangga dengan kelebihan yang ada pada Anuar ni. Dia manusia pertama yang mengubah pendirian aku, asal tak minat dengan bisnes akhirnya aku masuk ke dunia bisnes.

5. Ayu, atau nama sebanar Ayu Suhasni (Ye Kot). Rajin gak aku lepak ngan dia. Tapi yang paling best, dia selalu melayan angan-angan aku khususnya di IKEA dan HERVEY NORMAN. Ayu pun pakar dlm urusan pembelian rumah. So aku mmg nak beli rumah mmg kene rujuk dia jek. Ohye dia punya peminat mmg ramai gila, semua jeles ngan aku sbb Ayu baik ngan aku. Padan muka korang hahahaha!!


6. Nama sebenar Gusti Nur Hikmah tp aku panggil Mah jek. Hampir 3 tahun aku kenal Hikmah, dia seorg yg baik, ramah dan ada sifat malu-malu kat aku. Sejak aku kenal sampai sekarang Hikmah masih single. Bila aku tanya kenapa single lagi dia cakap "luka yang lama masih pedih". Padahal sudah bertahun dia putus ngan xbf dia. Aku rajin msg or chating dengan dia cuma sejak kebelakangan ini aku agak busy dan dia pun busy. Btw Hikmah adalah seorang model di Jakarta. Pic yang pakai baju putih tu salah satu pic hikmah dlm majalah. Ohye Hikmah seorg sgt cantik.....ramai jejaka indon yang menadah cinta si Hikmah ni...Insyallah akhir tahun ni Hikmah ke sini utk jalan2, so siapa2 nak jumpa Hikmah roger2 aku k. Biar korang sendiri tgk muka dia face to face.

7. Ha ini antara kwn baik aku di UKM nurul namanya, kita orang jadi rapat bila aku dibuang dari KTHO atas sbb politik (Bodoh siapa yg buang aku tu). Mana-mana pergi aku ajak Nurul sbb dia seorang yang baik dan peramah. Dia selalu teman aku gi shoping kat Mid Velly. Ayat power dia "Kenapa Mehhh" lama-lama aku dengar naik meluat jugak. Skrg aku dgr dia dah nak kahwin dengan budak classmate dia dulu di UKM. Apapun Nurul aku doakan ko bahagia k. Best gila kenangan aku dgn ko time kat UKM...wahh rindu betul suasana belajar.




8. Darwin atau nama sebenar dia Darwin Urbain Shah adalah kawan pertama aku sejak aku lahir kat dunia ni. Pendik kata dia kawan kampung aku la. Dia sekarang jadi doktor kat selayang ikut jejak langkah bapak dia juga. Aku dengan dia mcm adik beradik sbb bapak kitaorg mmg dh jadi satu family. Badan dia mmg gagah perkasa kagum aku tgk, yelah dulu kering kontang sekarang berketul2. Darwin pernah mempengaruhi aku supaya aku beli kereta sport, lama2 aku pun terikut ngn minat mamat sekor nie.


9. Ha ni Welly, nama penuh dia aku tak bape ingat tapi tak lah sepelik nama si Arga tu, dia kawan aku kat Jakarta. Pernah satu hati dia bawa aku pusing-pusing Jakarta tiba tayar motor pancit. Tak sangka aku bila betul kan tayar dia bawa kat kedai ikan. Aku ingat kedai ikan jual ikan jek rupa2nya jual tiub tayar sekali. Bagus-bagus... banyak kenangan kelakar aku dengan Welly. Ohye Welly ini ada kumpulan Band sendiri siap buat album lagi...cuma belum terkenal lagi. Apepun aku bangga dengan hasil kerja dia.



10. Sarah inilah kekandak aku yang terkial kial kat New York. Sangat menggilakan Bby Post atau Victoria bini Bakem. Banyak kenangan aku dan si Sarah ni semasa aku bekerja di Wisma Putra. Kadang-kadang aku main chating dengan dia walaupun dalam satu ofice, ada satu hari tu aku ingat aku berchating dia, siap aku kutuk orang sana orang sini. Tengok2 si Sarah lalu depan meja aku. So dengan siapa aku Chat tadi? Aduss rupa-rupanya aku chat dengan bos aku... adehh menjawab aku lepas tu. Sarah ni pun satu, bukan nak tutup YM!!!!. Ingat time keje jgn main-main lebih-lebih lagi nak buat ketupat sangat 2 dilarang.



11. Ini nuru, awek norm...aku baru jek rapat ngn si nurul nie. Tapi baru kenal pun nurul sangat care pasal aku. Kadang-kadang aku takut norm jeles pulak kat aku..... Ape lagi nak cerita pasal si nurul nie. Ha dia seorang yang kelakar, banyak cakap, lepas tu mmg seorang yang sangat ambil berat lebih2 lagi pasal Norm. Tapi jangan terkejut minah ni sebanarnya ganas terhadap Bf dia. Pernah sekali dia baling Helmat kat muka si Norm...Adeh.. dah mamat tu tinggal tulang kering jek.. mujur tak patah tulang pipi mamat tu. Apepun itulah rencam dunia percintaan.. betul tak nurul... syg syg Norm selalu k. huhuhuhu. Apapun Nurul seoranh kawan yang sangat baik.


12. Inilah Norm mangsa keadaan hehehehe. Norm aku kenal sejak first year kat ukm. Mula-mula aku ni tak leh berkenan dengan mamat ni sbb mcm batak sikit dok kl nie. Tapi lama2 aku mula suka dengan norm ni. Walaupun kalau bercakap norm ni tak berlapik tapi norm sangat menghargai kawan-kawan dia. Seingat aku belum pernah Norm kutuk-kututk dibelakang kawan dia. Lagi satu apa yang aku respek dia sangat berkerja kuat dan bersungguh2. Cuma satu jek masalah dia.......bila lah nak konvo. Aku dgr tahun ni, harap2 mcm tu la....


13. Inilah pasanga bahagia, tak silap aku dh 8 tahun bercinta tah bila nak putus tak bila nak kahwin. Berg dan alin... tapi aku nak cerita pasang berg jek, alin watpe hehehehe. Berg kwn baik aku. Dulu aku duduk satu rumah dengan dia. Banyak kenangan manis aku dengan Berg. Apa yang aku puji pasal berg dia seorg yang setia pada yang satu n mcm tu gak dlm berkawan berg seorg yang care tentang kawan-kawan dia. Cuma satu jek bab yang aku tension ngan dia ni.. tak elok aku cerita kat sini.. dia pun tahu. Betul tak berg. Aku nak taruk pic Naer, Fit, Chong n Naim takde pulak...

ps:- Berg aku taruk pic ko ngan alin ni supaya ko jgn pandang pompuan lain khususnya kat opis ko tu yek hehehehe.



14. Leen atau nama sebenar Norleen, aku pertama kali kenal dia semasa MMM di UKM time first year. Aku masa tu suka kaco dia sbb dia cantik. Setiap kali aku jumpa leen mesti aku sakat dia sampailah dia mula benci dengan muka aku tapi lama-lama aku jadi kawan baik dengan dia. Biasalah aku kan mesra alam. Sekarang Leen bakal menjadi pilot. Masuk Leen dan 3 orang kawan jadi pilot. Aku bangga dengan dia....insyallah ada masa kita akan jumpa k.



15. Inilah antara housemate aku, berdiri tu Meor yang duduk tu Faiq.. apa yang aku nak cerita dengan diaorg. Actly aku ngan mamat 2 ekor ni berkawan sejak first year di UKM. Sekarang Meor jadi engeniar Faiq pula pegawai bank.. dulu diaorg ni sibuk dengan persatuan sana sini. Sekrang sibuk dgn kerja plk... Cuma aku nak ckp rajin2 kemas rumah ye syg syg ku.. muah



16. Inilah Hana, dia antara kwn baik aku. Kalau aku busan aku mesti jumpa dia dan kalau dia busan mesti dia jumpa aku. Pendik kata aku tengok muka ko, ko tengok muka aku. Hana dah jadi lecture so maknya aku dah mula jarang jumpa Hana. Kalau dulu port lepak kitaorg kat oldtown skrg jarang-jarang ke oldtown tu lagi. Hana ni seorang yang lembut tapi dia sangat garang kat aku. Pelik betul aku... kalau orang lain .. alahai lembutnya gunakan "saya awak". Kalau ngan aku. "aku ko". Semalam aku baru kene marah ngan dia huhuhu sedih betul, baru tanya sikit dah kene marah mujur aku tak majuk. Tapi apapun Hana seorang kawan yang baik dan careing kat aku.


17. Inilah kawan aku time aku master yang paling baik nak careing. Tapi sekarang dia dh tak de. Dia dah balik ke Serawak. Aku mula kenal lin masa perut dia boyot 6 bulan. Len banyak tolong aku khususnya dalam bab nota kelas. Aku dah lah malas nak tulis nota dan buat asgmt sekarang bila Lin tak ada mmg susah. Apepun aku seronok kawan ngan dia.. sbb dia pun gila-gila mcm aku gak.


18. Ada satu pekara yang aku suka kat PJ ni. Dan sampai sekarang aku pegang ayat dia tu. Masa tu dia ajak aku buat blog, dia cakap "Tak kisahlah tak ramai yang tengok blog kita, sekurang-kurangnya blog tu utk kita baca dan luahkan apa yang kita rasa. Kalau kita dah mati blog tak akan mati tapi blog kita terus hidup dan generasi akan datang akan baca pemikaran kita". So sejak dari tu aku terus semangat buat blog. Sekarang di promot aku buat Facebook pulak. Hai aku rasa kalau dia keje bahagian sale mmg kaya compny tu.. pandai dia buat promote nie!!


19. Arianna Annabella de Cruz ini nama dia, aku panggil Bella. Orang Singapore menetap di Melaka sbb nenek dia orang Melaka. Bagi aku dia seorg yang baik kadang aku tgk nampak macam manja. Sekarang ni dia dah menetap kat Australia..hemm entah bila aku jumpa lagi Bella ni... apepun Bella bagi aku lebih baik dari orang melayu yang beragama Islam. Walaupun dia Kristian dia tak pernah menjerumuskan diri dia ke lembah kehinaan. Setahu aku dia tak pernah minum arak dan dia tak pernah sekali pun masuk ke clubing. Cuma kadang-kadang aku tgk dia ni sexy jugak.... hem takpelah.. sexy pun sexy lah hehehehehe. Bella antara kawan-kawan aku yang cantik dan tinggi tapi dia bukan seorang model sbb bapak dia tak kasi.


20. Aku tak tahu apa yang nak aku ckp pasal dia, mybe bukan masanya lagi. Tapi Yana adalah manusia yang paling banyak mempengaruhi hidup aku sejak aku mula kenal dia. Bagi aku dialah antara manusia yang mampu menguasai diri aku satu ketika dahulu. Tapi sekarang mungkin tidak lagi.


21. Last sekali aku nak cerita kawan lama aku di UKM, Napi....dia dok depan bilik aku. aku salu lepak n tido dalam bilik dia. Bagi aku dia kawan yang care tentang kawan-kawan dia yang lain. Cuma kalau bercakap mak aiii mmg nak menang jek, al maklumlah bekas pidato UKM.. mujur UKM kalau peringkat Malaysia mati aku nak berbahas ngan dia. Dia salu cakap " "pembangkangkan org yang paling bahaya dan tak boleh dipercayai". Entah bila dia bertukar bendara pun aku tak tahu, btw aku tetap suka berkawan dengan Napi..


ps: MANA YANG TAK ADA DLM PIC NI, JANGAN KECIL HATI SBB AKU TAK SEBUT.. INSYALLAH ADA MASA AKU AKAN CERITA PASAL ORANG LAIN PULA. CUMA APA YANG AKU TULIS ANTARA MANUSIA YANG PERNAH MENGUASAI PEMIKIRAN AKU. AKU DOAKAN SEMUA KAWAN-KAWAN AKU AKAN MENJADI KAWAN TERBAIK UNTUK AKU DAN UNTUK MALAYSIA TANAH AIRKU




IKLAN SEKEJAP

DOAKAN UNTUK KAWAN AKU NIE...



Aku baru dengar yang kawan aku ni Mad nak ambik exm ptd, so bukan main pulun dia baca buku. Tak silap aku dari tahun tahun lepas pun dia ambik exam yang sama gak. Btw aku minta semua pada pembaca2 blog ni sama-samalah doakan kejayaan utk si Mad ni.. tapi ingat Mad bila dh dapat ptd ko jangan rasuah.... Lagi-lagi bila aku jadi PM nanti memang aku sembelih sapa2 rasuha nie... huhuhuhu

Good Luck MAD.... SYG KO huhuhuhu

1. Kali ini, aku nak cerita pasal politik, aku tahu ada yang tak minat politik. Bagi aku minat atau tidak hakikatnya politik itulah yang telah membudayakan dan menjadikan diri kita. Politk ini umpama udara yang kita hirup, kita tak nampak dan kita tak rasa tapi dia memberikan kita terus utk hidup. Itulah Politik, tanpa politik negara akan hancur malah dunia pun turut musnah tiada satu peraturan yang mengawal tindakan manusia. Inilah dikatakan anarki. Walau bagaimanapun peraturan tak akan muncul tanpa adanya politik. Politik dibina sejak zaman kemunculan manusia lagi apabila manusia berebut-rebut mendapatkan sumber ekonomi, maka berlaku pembunuhan dan kehancuran. Oleh itu politik mula diwujudkan dengan melantik golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah. Wujudnya satu ketua untuk menyusun masyarakat dibawah satu sistem politik yang sempurna. Jadi bagi sesiapa yang tidak minat ttg politik anda adalah salah, boleh aku umpamakan golongan ini mudah ditipu dan mudah diperbodohkan. Orang yang bijak percaturan politik akan mempergunakan golongan ini untuk kepentingannya. Lebih-lebih lagi pemimpin yang gila kuasa mmg akan gunakan golongan ini sepuasnya2. Golongan ini pula cukuplah disuapkan dengan hiburan dan kekayaan dunia, pasti jadi buta dan tuli!!!!

2. Orang yang tidak minat politik perlu ambil pengajaran dari sejarah khsusnya sejarah Islam. Al-quran pun pernah menceritakan bagaimana orang-orang yang tidak ambil peduli tentang negara Allah lenyapkan dari muka bumi. Lihat saja kaum Samud dan Kaum Ad, tidak ambil peduli kemungkaran pemimpinannya malah pemimpin menyuapkan mereka dengan keseronokan dunia menjadikan mereka tuli dan buta. Maka Allah lenyapkan dari muka bumi. Mujur orang melayu ini adalah umat Nabi Muhamad S.AW. Kalau tak dah komfem melayu ini dah kene telan bumi..... "Tak akan Melayu Hilang Di Dunia" tak kan wujud lagi.

3. Sejarah Islam membuktikan bahawa faktor utama kebangkitan Islam adalah politik. Ini dapat dibuktikan dengan terbinanya Negara Islam Madinah yang pertama dan melantik Rasulullah sbgi pemimpin. 12 tahun 5 bulan 13 hari Nabi berdakwah di Mekkah hanya mendapat pengikut sekitar 100-150 orang itupun dari kalangan hamba dan orang miskin. Keadaan ini berbeza apabila nabi mula menjadi pemimpin dan berpolitik di Madinah selama 9 tahun 9 bulan 9 hari, agama Islam berkembang dipelusuk Arab sehingga orang Islam menghampiri bilangan satu juta ketika waktu itu. Jumhur ulama turut bersependapat mengatakan bukan sekadar berniaga ini sunnah tetapi politik juga adalah sunnah yang sangat dituntut. Oleh itu berhati-hati apabila berkata "aku benci politik, aku tak suka politik" kerana nabi juga adalah ahli politik....


4. Itu kisah mereka yang ditelan bumi, ada juga kaum yang diseksa dan dijadikan hamba beribu tahun lamanya kerana kaum itu tidak tahu tentang percaturan politik. Kaum yang aku maksudkan adalah Kaum Bani Israel iaitu Kaum Nabi Musa yang sekarang ini digelar bangsa Yahudi. Sejak zaman Nabi Ibrahim lagi kaum Bani Israel di jadikan hamba, walaupun bilangan mereka adalah ramai namun kerana tiada satu pun dari mereka yang minat untuk memimpin dan bodoh dalam percaturan politik maka mereka dijadikan hamba. Sehinggalah datangnya Musa A.S membebaskan Bani Israel dari kekejaman Firaun. Sepanjang Bani Israel dipimpin oleh Musa A.S Bani Israel mula muncul sebagai bangsa yang merdeka, namun setelah wafatnya Musa A.S. Bangsa Isreal mula menjadi bangsa yang bangsat dan dijadikan hamba kembali sehinggalah zaman perang dunia ke 2 apabila Hitler membunuh lebih 10 juta orang Yahudi di Eropah. Pembunuh ini barulah membuka minda orang Yahudi untuk belajar dan mendekati alam politik. Tidak sampai 100 tahun orang Yahudi belajar mengenai politik. Bangsa Yahudi akhir memegang dunia khususnya dari sudut ekonomi.

5. Orang Islam yang berkata "aku tidak minat politik" itulah kata-kata yang dinantikan oleh pemimpian khususnya orang Yahudi, kerana golongn ini yang boleh mereka kuasai. Yahudi mahu umat Islam kembali kepada sejarah mereka. Mereka tahu kalau orang Islam tidak mempedulikan politik dan membiarkan politik ini dipelajari dan kuasai orang lain, maka orang Islam akan terus jadi bangsat di dunia sendiri.

6. Apapun terpulang pada korang yang membaca dan menilai apa yang aku sampaikan. Korang ada otak untuk berfikr dan korang ada hati untuk berperasaan, maka gunalah sebaiknya.

ps: kot-kot ada yang mula minat politik... jangan semberonoh jek. belajar politik ada ilmunya.. so carilah ilmu itu sebelum berjuang. Orang yang berjuang tanpa belajar akan mati sia-sia jek.



1. Semalam aku berjumpa dengan kwn aku di UKM, dia mmg terkenal dengan pidatonya. Tak silap aku dia pernah wakil UIAM semasa belajar di sana. Dia mempertikaikan pendapat aku di blog aku. Dia kata, " Wei kaer, ko ni apa org buat, mesti ko nak bising, buat baik ke buat buruk ke ko bising. Ape masalah ko?". Aku kata, buka aku tidak setuju dengan kampen ini, aku setuju dan aku akan turut serta dalam kampen ini. (Ohye lama tu umah aku buat kenduri, mcm ne yek). Seperti sabda Nabi, lebih kurang begini bunyinya "kalau kamu tak mampu membuat semua sunnahku, jangan kamu tinggalkan semua sunnahnya, ambilah walaupun sedikit". So mungkin kampen ini yang mampu dilakukan setakat ini untuk mengatasi kepanasan global walaupun masalah asasnya masih tidak pernah diselesaikan atau disentuh. Dengan kata buat sekadar mana yang mampu jangan tak buat langsung sudahlah....


2. Cuma bagi aku, kenapa tidak menjalankan kampen yang menjadi asas kepada kepanasan global. Kampen tutup suis lampu ini boleh aku ibarat umpama nak korban seeokor lembu. Namun bukan leher lembu tu yang disembelih tetapi ekor lembu itu yang dipotongnya. So mcm mana lembut itu nak mati. Macam itulah aku ibaratkan kampen tutup lampu ini. Kadang-kadang aku merasakan kampen ini seolah-olah mencari publisiti murahan. Hanya menunjuk yang kita ini peka dengan alam sekitar walhal berak kencing pun tak basuh.....tgk je lah kat toilet awam, lepas kencing mmg blah mcm tu jek. Tangan tak basuh, batang konek pun tak basuh. Janganlah nak tuduh orang cina atau orang india tak basuh, orang melayu yang diajar cara bersuci dlm agama pun tak basuh.. bodoh ar!!!!! (ini kes laki, pompuan tak tau mcm ne)

3. Bagi aku bagi mereka yang pro kepada kampen ini perlu berhujah berdasarkan fakta dan hakikat sebenar. Berpijak dibumi nyata jangan kita masih lagi terawang-awang dibuai angan-angan yang haprak. Jangan kerana kampen ini melibatkan artis-artis yang kita sayang atau menjadi idola terus membuta tuli kita ikut mereka. Padahal mereka itu bukannya betul pun!!! Selalu aku ingat pada diri aku dan kawan-kawan aku rapat dengan aku, apabila kita membuat keputusan, jangan keputusan tersebut dipengaruhi oleh orang lain. Jangan biarkan diri kita dikuasi oleh minda orang lain.

4. Bagi mereka yang kontra atau skaptikal dengan kempan ini pula, telah menjelaskan mengapakah kampen ini tidak pratikal. Adakah dengan menutup siuz lampu memberi impak tentang kepanasan global sedangkan alat-alat elaktronik seperti penghawa dingin, televison, peti ais, pemanas air dan sebagainya tidak pula ditutup. Kebakaran hutan, pembuang asap oleh kilang dan kenderaan masih lagi banyak dan menjadi penyumbang terbesar kepada kepanasan global. Tidak cukup dengan itu, ada yang menambah kalau tutup suis lampu pencuri dan perompak pun akan bermaharaja lela selama sejam. Tidak kira apa pun alasan dan hujah yang diberi, namun janganlah kita menolak sebulat-bulatnya kampan ini. Perlu dinilai dari sedut kebaikannya. Sedangkan kekasih yang tidak sesempurna mana atau tidak sebaik mana kita boleh pilih dan sayang mengapa tidak kampen ini.

5. Kita ini manusia adalah perancangan namun perancangan yang terbaik dan teragung hanya dari ALLAH....

ps: tak sabar nak tgk jumlah rakyat MALAYSIA yang join....rakyat MALAYSIA ada 28 juta orang, kalau yang joinnya dibawah 2 juta ianya adalah satu yang memalukan untuk kita.

1. Sedih bila aku dengar seorang mayat wanita separuh bogel dijumpai tergantung di pokok durian dengan keadaan separuh bogel. Tak kira bangsa apa, agama apa aku sedih bila MALAYSIA YANG GEMILANG melahirkan rakyat yang GAMPANG bertuankan SYAITAN.


2. Sehari kalau tak keluar dalam surat khabar mahupun television pasal kes bunuh dan rogal tak akan sah. Dah nampak sangat MALAYSIAKU YANG GEMILANG menjadi lubuk manusia-manusia bernafsu syaitan. Kalau dahulu sama zaman dalam catatan sejarah Melayu pengembaraan Tun Perak di setiap pelusuk Tanah Melayu (MALAYSIA) di penuhi dengan harimau, gajah dan mahluk halus namun sekarang MALAYSIA sudah dipenuh dengan manusia yang perangai Syaitan. Syaitan pun rasa tergugat kesyaitanan mereka apabila melihat manusia lebih syaitan dari mereka kerana SYAITAN TIDAK MEMBUNUH SESAMA SYAITAN. Manusia yang membunuh manusia.....aku pun rasa, satu hari binatang pun takut dengan manusia kerana manusia akan merogol mereka.



3. Rogal dan bunuh.. teringat aku dengan kematian Canny Ong pada Jun 2003 apabila mayatanya dibakar dan letakan di dalam tong dan disumbatkan didalam longkang sebelum di rogal sepuas-puasnya. Ada juga terdapat kes yang tidak dpt diselesaikan seperti kes adik Nur in Jazimin..... entah salah siapa sampai sekarang penjenayahnya masih berjoget dan berpesta.. tapi siapa ingat kes NORITA, aku agak skeptikal dengan kes ini. Antara rogol atau sex, hemmm tak apelah dia pun dh jumpa ALLAH urusan dia dgn ALLAH.. Apapun kes dia sampai skrg belum selesai. Entah lah siapa yang bunuh dia....ini adalah cebisan kecil dari kes rogol bunuh di Malaysia. Hakikatnya kes rogol dan bunuh sangat berlambak.

4. Aku nak buktikan yang MALAYSIAKU GEMILANG tidak selamat buat-buat mereka yang tercipta dari tulang rusuk kiri lelaki....


RAPE CASES IN MALAYSIA/ KES ROGOL DI MALAYSIA

YEAR/ TAHUN 2000-2006 (By States/ Mengikut Negeri)



STATES/ NEGERI

2000

2001

2002

2003

2004

2005

2006

PERLIS

12

10

13

11

21

26

15

KEDAH

110

123

132

119

127

163

129

P/PINANG

61

75

73

70

89

71

83

PERAK

91

79

100

118

121

148

126

SELANGOR

216

269

253

280

289

368

25

K/LUMPUR

67

97

120

77

116

111

95

N/SEMBILAN

59

82

62

69

89

97

74

MELAKA

43

43

57

67

100

77

83

JOHOR

194

234

235

312

323

324

209

PAHANG

74

79

79

70

102

84

85

TERENGGANU

48

48

45

38

58

99

86

KELANTAN

52

74

70

66

82

90

98

SABAH

109

94

115

111

149

156

130

SARAWAK

81

79

77

71

94

117

92

TOTAL/ JUMLAH

1,217

1,386

1,431

1,479

1,760

1,931

2,431

Nota/ Note: 2006 sehingga Ogos 2006

Sumber/ Source: Perangkaan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat 2006, Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


5. Statisk ini menunjukan kes rogal setiap tahun meningkat, belum lagi kes yang tak dilaporkan.. yang kene rogal dengan bapak, yang kene rogol dengan abg banyak tidak dilaporkan kerana nak tutup malu keluarga. Selain itu juga, statisk ini sehingga tahun 2006 sekarang sudah 2009 so maknya kes akan terus meningkat. Berdasarkan statis ini juga bermula tahun 2005 berlaku peningkatan hampir sekali ganda. Sungguh dahsyat lelaki di MALAYSIAKU ini. Ini baru kes rogal belum kes yang dibunuh setelah dirogol. Kalau aku tunjuk kiraan nisbah setiap 10 wanita di MALAYSIAKU berapakah orang yang akan dirogol pasti tiada seorang perempuan yang sanggup tinggal di Malaysia. Cuma apa yang aku boleh bagi tahu, MALAYSIAKU antara negara yang mempunyai kadar nisbah tertinggi dan peratusan tertinggi kes rogol. Israel yang kita gelar dajjal dan iblis itu pun kadar kes rogalnya lebih rendah dari kita. MALAYSIAKU GEMILANG sebuah negara ISLAM malah tidak cukup itu lagi ditambah ISLAM HADHARI mengapakah teruk seperti ini.

6. Oleh itu salah siapa? adakah perempuan MALAYSIAKU terlalu sexy? tapi masalahnya yang kene rogol ada yang bertudung. Adakah lelaki MALAYSIAKU ini gila seks....maybe juga. Tapi apapun AL-QURAN telah menceritakan keruntuhan ahlakh sesuatu bangsa adalah bala dari ALLAH kepada bangsa dan negara tersebut. Bala yang datang bukan sekadar bentuk bencana alam atau penyakit tetapi juga penyakit hati iaitu keruntuhan ahlak dan moral seperti yang berlaku pada umat-umat terdahulu.

7. Persoalanya, kalau ini BALA dari ALLAH kenapa ALLAH turunkan kepada kita. Salah kita, salah bangsa kita, atau salah pemimpin kita...ingat semua.. AL-QURAN dah mencatatkan ALLAH menghapuskan sesuatu bangsa itu dari muka bumi dengan menurunkan bala pelbagai bentuk. Aku takut kata-kata Hang Tuah "TAK KAN MELAYU HILANG DUNIA" tak boleh lagi diguna pakai.

8. Renung2kan dan selamat beramal....


"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers