"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)

1. Tak sangka aku dpt demam pertama dalam tahun nie....boleh tahan gak demam aku.. bukan setakat sakit2 badan n lemah badan...mulut, gigi, mata n telinga pun aku sakit..hemm dekat 1 minggu badan aku mengigil. Doktor kata aku kurang rest n stress..yeke? ha betul agaknye tu sejak dua menjak ni aku stress..banyak benda yg aku pikir n kenangkan...... Tapi yang penting sakit ni penghapus dosa-dosa kecil. Lagi banyak dosa lagi kuat lah sakit aku huhuhuhuhu.....

2. Time sakit ni terharu aku, bila tgk mak aku bersusah payah care pasal aku...malam2 tgk aku. selimutkan aku.siap tido sebelah aku lagi..alahai anak kesayang tul aku. Bagi aku mak aku adalah wanita yang terbaik dalam dunia dan dialah antara tiket utk aku masuk ke syurga.....aku rasa kalau nak kumpulan wang yg mak aku bagi kat aku sejak aku kecil sampai lah aku beso.....hem aku rasa dh boleh buat 5 bijik klcc. Mak aku bukan kaya...just peniaga kecil2 lan.....tapi alhamdulilah dgn rezeki tu lah mak aku dpt anak mcm aku yg kacak lagi baik wakakakakaka.........

3. Time deman ni...aku tak de lah call sape2 sbb aku dh tak larat, kepala aku pun mcm dah kene seman..nak sembahyang pun terpaksa duduk (ambik kesempatan)...tapi bila kwn2 aku call n msg aku sbb aku dh seminggu tak call dia org...semua tanya kabar aku... so aku cakap lah aku demam... wahh tak sangka dekat seminggu aku demam ni....aku dpt lebih 50 msg (bagi aku 50 msg tu dah kira byk bagi aku)..... terharu2...ada yg dari kl nak dtg tgk aku.. tapi aku kata tak usah beria2... aku bukan nye nazak nak mati..

4. sebenarnya skrg ni aku bukan lah sembung sgt, cuma aku terpaksa kuatkan diri aku balik ke s.alam sbb byk kerja aku tertunggak. Aku balik naik bas dari teluk intan...kereta aku abg aku pakai dia kata dia nak tunggu aku kat pudu. so plan awalnya sampai jek pudu nati aku terus ambik kereta balik ke s.alam... Dalam bas tu aku duduk sebelah apek tua, sepanjang perjalanan tu aku tak leh nak tido sbb apek tua tu tido menyendel kat badan aku...eee geram aku.nak aku ketuk kepala dia ...dia ni org tua..mmg aku maki dlm hati jek.....

5. Tiba2 abg aku msg aku, dia tak jadi ambik aku kat pudu..dia suruh ambik kater aku kat umah dia kat wangsamaju...............perghhhhhhhhhhh ni mmg nak kene abg aku nie. Ko tau tak yg aku ni demam!!!!.. maka dgn paksa rela aku gi lah umah abg kat ngan lrt n teksi....tp mujur abg aku bagi rm50, dia kata ni duit utk tambah teksi n lrt yg aku naik tadi...eh aku kata ..banyak nie..aku tadi naik tak sampai pun rm10. tapi aku kata ambik la....wahhh bagus gak abg aku ambik hati aku....................bila aku masuk kereta aku, baru aku tau kenapa abg aku bagi rm50....rupa2nya minyak kereta aku dh kering gila dia pakai..patut ar dia bagi aku rm50...ceh...takpelah ...aku tetap sygko....kitakan adik beradik...

6. Disebabkan demam yang panjang ni ...maka esok aku banyak gila kerja nak setelkan. Pagi2 aku kene gi bank islam, lepas tu gi MBSA, kemudian gi Kelana Jaya...abis kat situ aku ke PWTC...lepas tu gi Damansara ..dan pukul 4 aku kene gi ukm,,ade kelas master...kali ni aku kene wajib dtg sbb 4 kali berturut aku xdtg kelas...rindu aku ngan lecture aku....

Calon pertama: CHEF WAN
"Tolonglah! ia sebuah kelab tarian dan sudah tentu niat saya pergi ke
sana untuk menari. Bagi saya itu tidak salah kerana niat saya untuk
berhibur sambil bersenam. Bukankah menari satu daripada riadah
seperti aerobik?",

Calon kedua: MISHA OMAR
"Misha rasa gembira menyambut kemerdekaan negara kali ini kerana kali
ini, dapat berduet ngan abang jamal".

Calon ketiga: SYANIE
"Syanie...apakah niat anda apabila anda berjaya mengurangkan berat badan"...
Jawapan dari Syanie.."Niat saya yg pertama..ingin memakai bikini di tepi pantai.....".

Calon keempat: AHLI KUMPULAN X FACTOR (tak tau sapa)
"Saya gembira menyambut hari kemerdekaan kita bila negara kita
berjaya mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos, 1956," jawab salah
seorang ahli kump X-Factor apabila ditemubual dalam satu rancangan
khas mengenai kemerdekaan tahun lalu dalam siri "Bersama Norman" yang
disiarkan di TV1.

Calon kelima: FIZA
"Fiza pakai seksi sebab bersyukur dengan penberian tuhan"

Calon ke enam: anita sarawak
"Petua kecantikan saya baca selawat setiap kali basuh muka"

Calon ke tujuh: IFA RAZIAH
"Tak ade lah.. amik air sembayang je" - menjawap soalan kenapa muka nampak berseri-seri

Calon ke lapan: JESLINA
saya pakai baju seksi2 kerana malaysia ni panas...hehehehe!

Calon ke sembilan: ARTIS2 BARU
"saya masuk dunia seni bukan carik glamor"

Calon ke sepuluh: INA NAIM
"saya buat buku ni untuk menjelaskan segala fitnah yang melanda saya"
"cinta ptama bang...susah nak lupa".... dan "Jaga mak, jaga mak, jaga mak....."

huwek

huwek

nak muntah aku


ps: aku ambik dr jiwang

Mutakhir 20/2/2009

Menderhaka dosa besar: Mufti WP



KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata sebarang perbuatan tunjuk perasaan bertujuan mencabar pemerintah adalah haram seperti dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah Sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari Kiamat."

Beliau berkata dengan demikian berhubung kenyataan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria baru-baru ini mengenai kewajipan rakyat mentaati titah sultan.

Harussani membuat kenyataan itu berikutan tindakan penyokong parti pembangkang yang biadab, mencela dan menderhaka Sultan Perak Sultan Azlan Shah ketika berdemonstrasi di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar sebelum itu. - Bernama


-respon aku-


1. aku sedih bila ini terjadi, nak bandingkan ilmu aku dengan ilmu mereka mmg jauh. ... tapi aku sedih bila mereka yang sepatutnya menegak yang mak aruf dan mencegah yang mungkar telah dibeli imannya....................undang-undang kanun melaka yang dh 600 tidak tahun di gunakan , tiba2 muncul lagi digunakan untuk mengukur berdosa ada tidak, bersalah atau tidak yang menderhaka sultan. Sunguh feudal mereka-mereka ini.

2. Aku tak boleh salahkan, kenapa generasi aku makin sesat kerana mereka yang diatas sana telah mensesatkan dan tidak lagi mempercayai ulama....

3. Pesanan aku, lain kali bacalah al-quran dan faham akan maknya dulu.....MANA PEMERINTAH YANG PERLU DIIKUTI DAN MANA PEMIMPIN YANG PERLU DISANGAHI jangan membabi buta dlm mengeluarkan fatwa... Kalau kamu nak sesat pergi sesat sorang2 jangan ajak seluruh rakyat Malaysia sesat bersama kamu. Kesianlah kepada mereka yang tidak tahu apa-apa...dengan kata lain, nak masuk neraka, masuk sorang2 jangan nak ajak kitaorg pulak..banyak cantik!!!!

4. Akhir kalam:- Pakcik pakcik, anak nak bagi tau...berdosa tau menipu atas nama Allah dan Rasullulah. Dilaknat dunia akhirat...pakcik pakcik semua tak takut ke..masuk nereka... saya takut tu sbb saya bagi tau pakcik ..saya tak nak bersubahat dgn pakcik-pakcik semua nie....

1. Aku sebenarnya malas nak pikir pasal politik atau pun pasal tanah air aku sekarang nie. Sekarang ni aku mmg tak ada mood nak beri komen atau apa2 pendapat tentang semua tu. Letih, sakit, sedih, kecewa dan banyak lagi perasaan negatif semua lekat dikat hati dan kepala otak aku sekarang nie.

2. Tapi disebabkan rasa tanggungjawab dan semamngnya aku ni suka memberi respon dengan apa yang berlaku jadi aku cuba lawan perasaan aku tu. Masa kecil2 dulu aku teringat lagi, ada orang tua pernah pesan dekat aku. Kalau kita sentiasa kecewa dan sedih maka syaitan mudah lekat dihati kita. Dalam hadis Nabi S.A.W "Kurang iman seseorang itu selagi ianya tidak diuji". So aku kene cuba buat2 cool walaupun hati aku dh mmg beku.

3. Ali dan bising, budak2 lain pun dh bising..asal aku cakap kisah cinta2 ni..meh aku bagi jawapannye. Ini blog aku. aku punye suka la....!!! tapi tak kisahlah ada benda ilmiah aku nak kongsi bersama iaitu respon aku mengenai isu-isu yang berlaku di tanah air ku. Aku tinggalkan sekejap soal sayang aku kat dia nie...

4. Kisah skandal gambar bogel exco selangor yang masih belum kahiwn. Di katakan bekas kekasihnya (tak sangka melayu rupanya xbf dia) menangkap gambar separuh bogel dia semasa dia nyenyak tidur. Bagi aku kisah ini sama jek cerita kisah skandal video sex Chai Soi Lek dengan kawan dia di hotel. Kedua-duanya adalah melibatkan moral.....

5. Walaupun Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar, bersungguh-sungguh membezakan isu Eli dan Soi Lek dengan alasan Eli melibatkan privace manakala Soi Lek melibatkan moral sex. Bagi aku PAS jangan mengadaikan prinsip demi menjaga kepentingan politik. PAS seharusnya lebih faham bahawa isu ini melibatkan moral. Persoalanya, bagaimana pic bogel itu boleh ditangkap bekas kekasihnya? Bagaimana bekas kekasih Eli boleh berada didalam rumah didalam keadaan Eli begitu SEXY? Dan tak kisah ke Eli berbogel di dalam rumah sedangkan dia tahu didalam rumahnya itu ada teman lakinya? Tak perlu memberi alasan yang panjang, semua orang boleh menduga sejauhmanakah hubunagn mereka. Budak sek rendah pun boleh tau...so PAS jangan buat macam rakyat Malaysia ini bodoh sgt. Jangan meniru gaya UMNO yang selama ini telah memperbodohkan rakyat Malaysia.

6. Mungkin bagi agama Eli ini tinggal berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang belum berkahwin tak salah. Tapi dari sudut moral Eli telah memberi signal atau contoh sebagai pemimpin malahan di negara Islam bahawa dia sendiri juga tidak kisah sekiranya anak-anak muda dan generasi akan datang tinggal bersekedudukan. Secara ringkasnya bila dah berdua-duan komfem akan berzina. Bahaya remaja Islam turut mengikut jejak langkah ini. Kerajaan telah bersusah payah membenteras pembuangan bayi dan hamil diluar nikah...tapi pemimpian-peminpin di dalam kerajaan pula membuat perangai yang sama... Seharusnya mereka ini bila bercakap tengok cermin dahulu.

7. Tindakan seorang pemimpin yang bertudung labung dibelakang Eli kerana menunjukan sokongan kepada Eli ada sesuatu yang jijik dan menghinakan mereka yang bertudung labuh. Dulu semasa Soi Lek membuat pengakuan dibelakangnya terdapat 3 orang melayu bersongkok. Maka PAS dengan lantas mengutuk mereka, malahan pengikut-pengikut PAS juga turut menyumpah mereka. Tapi apa jadi dengan kes Eli ini...mana hilangnya semangat itu. Sbb satu bendera maka prinsip pun digadaikan.

7. PAS perlu sedar bahawa mereka bukan membuat pakatan dengan golongan yang mempunyai fikrah yang sama. PAS didalam menunbangkan kerajaan munafik, PAS telah bekerjasama dengan golongan yang Fasik dan Kafir. Secara ringkasnya PAS perlu berhati-hati bila memberi sokongan agar PAS tidak mengadaikan prinsip perjuangan amal makruf wa nahi mungkar " menegak yang kebaikan dan mencegah kemungkaran". Sekali lagi Pakatan Rakyat jangan membezakan soal mangsa pengannayaan atau sebagainya kerana ini adalah soal moral. Rakyat perlukan pemimpin yang bersih bukan sekadar berwawasan. Pemimpin perlu mempunyai aspirasi rakyat bukan bertopengkan manusia tapi berhati lain.

8. Aku juga tak nafikan bahawa mungkin ini adalah salah satu tektik Najip, kerana sejak kebelakangan ini Najip dilihat begitu hebat dalam mencatur suasana politik Malaysia. Tapi PAS sesekali perlu cermin diri sendiri dulu, mana datang kelemahan itu. Tidak adik lahj kalau asik menuding jari terhadap UMNO. Asik tuduh-tuduh UMNO akhirnya yang untungnya UMNO sendiri bukannya PAS. Maka sudah tibanya PAS muhasaba diri kembali...malahan bagi aku, PKR tidak layak memimpin pakatan rakyat kerana mereka terdiri dari golongan-golongan yang Fasik. PAS jangan terperangkap dengan keadaan. Jangan aku umpamakan PAS "beruk dan badut" ..insyalalh kita ada masa untuk memperbaiki kesilapan yang ada....ingat mempertahankan kemenangan adalah lebih sukar dari memperolehi kemenagan.

9. Akhir kata...aku sayang Kamu dan Malaysia

INSYALLAH APA YANG AKU NAMPAK DAN AKU RASAKAN AKU RASA AKU LEH SABAR DAN AKU FAHAM, HIDUP INI MMG KADANG-KADANG SAKIT DAN KADANG-KADANG MEMBUAT KITA LEBIH SEMANGAT.

ALHAMDULILAH AKU DH BERIKAN MASA YANG SINGKAT UNTUK BUKTIKAN YANG TERBAIK SETAKAT MANA YANG AKU MAMPU LAKUKAN. AKU TAK LEH NAK UBAH TAKDIR. LEPAS NI HIDUP MESTI TERUSKAN SAKIT KE TAK SAKIT KE KENE SABAR DAN TABAH.

SENTIASA GEMBIRA WALAUPUN DLM KEADAAN SAKIT.

1. Alhamdulilah tahun lepas, hanya sekali saja aku tertinggal solat jumaat...tak silap aku, sbb aku sakit perut rasanya. Alhamdulilah jugak, sbb hari ini aku sempat solat jumaat lagi, aku ingat aku tak sempat sampai sbb badan aku satu malamn tak rest sbb drive dari teluk intan ke KL...kemudian pada malamnya balik ke ipoh dan pagi2nya balik ke kl balik.. Pergh perjalanan aku mmg cukup letih sbb sebutir nasi pun belum lagi aku telan dari pagi semalam tapi aku bangga sbb perjalanan aku ke ipoh itu ada sebahagian kecil tanggungjawab yang perlu aku lakukan utk seseorg.....kalau nak dikira apalah sgt tapi sekurang2nya aku dh membuktikan aku "care" pasal dia...
2. Sampai jek kat KL, mmg dh masuk waktu..so aku terus jek lah ke masjid utk solat jumaat. Dengan perut yang lapo dan mata yang tercabut sbb kurang tido aku harap pak imam akan membaca khutbah yang boleh memberi semangat untuk aku dengar. Tapi sayangnya khutbah pak imam kali ni sangat-sangat diluar jangkaan aku. Bila pak imam memberi tahu apakah tajuk khutabah dia rasa nak tergelak pun ada..tapi melampau lak pulak kalau aku gelak di tgh2 jemaah tu, cuma yang aku mampu sekadar mengelingkan kepala saja... Tajuk khutbah solat jumaat itu adalah "kempen buah-buahan tempatan" alahai ingat ini ceramah pejabat kesihatan ke?
3. Tak perlu aku ulas panjang-panjang pasal khutabah tu....cuma aku nak katakan pada pak iman pak iman seluruh malaysia dan seluruh dunia kot2 ada yg faham bahasa melayu. Sedarlah bahawa isu akidah dan iman adalah jauh lebih utama berbanding isu buah-buahan tempatan.
4. Habis solat jek..aku terus ke PWTC utk meeting yang memenatkan lagi otak gua..lepas meting ni aku nak balik ke teluk intan.....

1. Wah lari topik aku skrg nie....dr politik terus bab cintan2 hehehehehe.. ini kalau nik aziz baca blog aku dr awal mau demam dia hehehehe..entahlah.. saja nak tukar angin.. yelah dh ar si amera tu msg2 aku tak habis2 cerita politik, habis aku nak cerita ape...dh aku belajr politik.. tak akan aku nak cerita masak -masak pulak (eh tiba2 teringat masakan dia, dulu dia janji nak buat kek utk aku). Ok la amera, kekandak mu ini telah tukar topiknya... tapi sementara waktu jek hehehhe...bagi aku politik adalah sebahagian dari hidup aku, dengan politik juga aku insyallah akan tertubuhnya daulah islamiah. eh ape hal aku nie..tiba2 semangat pulak...sori2 telah membawa anda ke tajuk yang lain...

2. sebenarnya aku masih tak leh nak tido...haih nyesal aku tinggal hp dlm rumah tu.dh ar aku lupa letak....entah2 ada org msg ke call ke aku tak tau...haih ape punya bisnesman tul aku nie...hemm.. ok la kali ni aku nak cerita pasal kalau aku ditakdirkan kawin tahun ni...anggap jek aku dh ada calon k...hemm apa yg aku nak kene buat.....ha mari sama2 kita fikirkan...huhuhuhu

3. Pagi2 semalam lepas subuh biasanya aku terus tido balik. Tapi kali aku lain sikit....siap sembahyang jemaah saf depan pulak tu mujur tak jadi imam....n balik2 aku ambik mesin kira2, pen dan kertas. Jangan terkejut entah maikat mana masuk dalam badan aku, solat subuh tu aku siap pakai jubah putih wahhh sungguh suci murni jiwa aku padahal tak mandi lagi hehehehehe. Mak aku mcm biasa tentulah kompius dengan perangai aku ..tiba2 pelik salunya mmg terkangkang kat bilik time2 nie...kali ni pelik. Maybe mak aku sejuk hatinya tgk keadaan aku mcm tu......

4. Ha apa aku nak buat dgn pen, kertas dan mesin kira2 tu....ha jangan korang kata aku nak buat kapal terbang ketas sudah...sebenarnya aku nak buat plan masa depan aku...sekiramya aku ditakdirkan kawin dlm masa setahun..apa perlu aku buat.wah tiba2 aku jadi mcm ahli ekonomi huhuhuhu.....

5. Aku terpaksa memikirkan benda2 mcm ni sbb pada malam semalamnya..aku dapat tahu aku kene berusaha dan perlu plan kawin dlm masa setahun. Terus terang aku katakan aku plan kawin 5 tahun lagi,.....haih sbb aku rasa aku tak matang lagi.. tapi di sbbkan faktor tertentu maka aku terpaksa membatalkan dahulu plan aku.....

6. Kalau dulu aku plan b4 kawin aku nak beli rumah banglo depan rumah makcik aku kat bangi tu..rumah tu best tak lah beso tapi lamannya beso...boleh buat swiming pool..ape lagi yek ha..leh buat tempt leanding halikopter...kot2 nati aku dah kaya aku nak beli...so ni kira rancangan awal ar... Selain rumah, aku plan nak besarkan rumah pusaka aruwah ayah aku...nak tahu kat bahagian mana aku nak besarkan jeng jeng jeng.............aku nak besarkan kat ruang bilik pengantin jek.....lagipun bilik yg ada kecik dan kemudian aku nak buat tandas dlm bilik pengantin..baru senang tak de lah aku nak berebut2 tandas kat umah aku n privace...hehehehe... Plan yang ketiga pulak dh tentu aku nak beli kereta idaman aku, nak tahu apa kereta idaman aku...Ferrari dan Hummer. Perghhh nafsu gajah afrika selatan betul aku nie....... dan last sekali aku plan sebelum kawin aku nak bawa mak aku gi umrah..ade duit lebih aku belanja kakak aku....n tgk sekali abg aku kat uk.....murni sungguh niat aku ni.alhamduliah.amin................

7. Masa kwin tu aku tak kisah ar nak konsep apa, konsep padang pasir ke, padang bola ke, padang golf ke....lantak lah janji aku ada majlis kawin...tp yg aku nak...aku nak panggil kump idam aku..nak tau kumpulan apa.................... kumpulan UNGU...kekasih gelap ku huhuhuhu..tapi oleh kerana aku ni anak tuan guru, maka aku suruh kumpulan UNGU nayanyi lagu nasyid jek...tak apa lah nasyid pun nasyid lah janji UNGU dtg.... akhir sekali tmpt honey moon. Dah tentu aku nak gi spain n turki...sbb apa, entahlah aku pun tak sure tp aku mmg teringin nak gi tmpt tu.....

8. Tapi itu rancangan kalau aku kawin 5 tahun akn dtg, tapi kalau setahun dari sekarang apa aku kene buat n plan.........................haih kene kerja lebih kuat nampaknya..kalau sehari tu ada 24 jam, aku akan kerja 26 jam sehari....takpela bagi aku, kahwin biarlah sekali sampai mati.....so kene lah buat paling bermakna...membazir? ye la kot tapi tak lah sgt sbb aku sedakah makan gak sapa yg dtg huhuhuhuhuhu

1. Kali ni biarlah aku lari dari topik yang sebelum-sebelum ni, asik sembang politik tak best gak...betul tak? nak cerita apa yek? hemm aku ada benda nak cerita tapi tak tau nak start dr mana...tapi aku nak bagi tau malam nie aku rasa aku mcm orang yang bodo dan bangang....kalau korang nak tambah pun boleh...aku rasa diri aku mmg betul2 bodo...kalau kepala aku ni leh cabut nak jek aku sepak2....fuhhh gila imiginasi aku....

2. Elok jek aku rasa diri aku ni mcm org bodo lagi bangang mcm rasa kene hina jek..... maka bermula episod bodo aku pada malam nie..selepas aku bergayut dan menganggu diner seseorg aku letak telefon dan termenung sebentar. Kebetulan depan tel rumah aku ni ada cermin maka aku menatap cermin ..dan melihat wajah aku yang kadang2 aku rasa ensem, kadang aku rasa comel dan selalunya aku rasa diri aku ni mmg bodoh.......kenapalah aku xfaham2, kenapa dia wat mcm tu!!!...Eh, ade jerawat baru tumbuh kat muka aku..iss tambah bengang aku!! Tiba2 aku terdengar suara "Dik makan dik!!" rupa2nya mak aku panggil aku., dik tu nama manja aku kat kat rumah, walaupun pun aku dh umur 26 tapi keluarga aku tetap panggil dik, tapi yang lagi malang satu kampung sg lampam panggil aku "adik khir" sampai skrg..tension aku..... lagi tension budak2 kecik panggil aku adik gak...eee mmg bapak diaorg tak ajar pendidikan sivil kat rumah2....hemm takpelah aku wat dono jek..siap ari bulan mmg kene sekeh kepala budak2 nie.... ok balik pada cerita aku mlm nie....

3. Entahlah tiba2 aku tak de mood nak makan padahal akak aku beli sate punyalah banyak,..kalau kat KL aku dh melantak tapi skrg disebbkan sedih hati punya pasal aku terus kenyang...dalam hati aku pun berkata "patutlah orang sakit2 ni tak makan sbb dia sedih pikir pasal sakit dia terus jadi kenyang" boleh jadi petua untuk kurus badan nie..so sakitlah selalu huhuhuh...eh hepi pulak aku... aku tgh sedih skrg ni....kene wat rasa sedih balik wahh wahh wahh sedih sedih...ok dh sedih.

4. Aku cakap kat mak aku, "mak bila komp ni abg azhar nak betulkan, aku nak main tenet" mak aku kata lagi 2-3 ari abg azhar akan betulkan....badigol betul abg azhar...aku rasa dh 2 minggu aku cakap suruh betulkan...hemm takpelah.. so aku sedap kan hati aku... mybe abg azhar sibuk, almaklumlah pangantin baru sebulan..mesti byk hal. So jalan penyelesaiannya aku pinjam laptop akak aku, so aku pergi ar rumah dia kira2 setengah jam dari rumah aku...aku pinjam sekali broadbane celcom. Tapi sebelum tu Aku cakap kat mak aku, "Mak aku nak gi khemah malam ni" entah idea mana dtg aku terus cakap mcm tu..mak aku kata, "Apa kene dgn ko nie, malam2 nak khemah..nak khemah ngan sapa.." aku cakap kat mak aku, aku nak khemah sambil kiamulai kononya ar...padahal tahun lepas langsung tak bangung kiamulai.bangun nak kecing ada arr.... mak aku tak bagi tapi aku nak jugak sbb malam tu aku sedih dan rasa bengang sangat sangat...dh ar baru balik ipoh..... last2 aku berjaya yeyeyeyeye...eh suka pulak aku.. kembali pada emosi sedih..

5. Aku tak bawak hp, aku tgk hp pun rasa nak pijak2..tapi tak jadi sbb hp tu byk kenangan..so aku tinggal jek..(eh mana aku letak yek?).. aku start kereta dan terus pergi rumah akak aku sambil bawa peralatan perkhemahan.....sampai rumah akak aku..aku ketuk pintu, aku ckp "sowi kaco tido korang, aku dtg nak ada hajat..nak pinjam pc n broadbane celcom ko boleh tak? tak boleh pun kene boleh gak!!!....."tanpa byk soal kakak aku bagi dengan muka yg blur.....terus aku blah dr rumah akak aku.....sambil tu aku pikir kat mana aku nak khemah nie...ngan sapa aku nak khemah.. ha baru aku ingat kwn2 kampung aku...

6. Rumah pertama aku pergi rumah anjang, kat chenderong balai. "Semekom....semekom..." salam aku pada anjang...n anjang pun keluar.."wahh rindu aku kat ko anjang"..sambil cakap sambil peluk...dipendik kan cerita "aku ajak anjang temankan aku gi khemah malam ni kat sg perak" anjang jawab..."tak leh ar khir, napa tak ckp2 awal2 esok aku nak gi kait sawit"..so aku blah...aku pikir sapa lagi kawan aku yg ada yek..aku ramai kawan tapi kawan yg betul2 kawan sikit jek... Tiba2 aku terfikir jamal..terus aku pergi rumah jamal, 30 minit sampai rumah jamal kat teluk intan... Malangnya Jamal pun tak dapat nak join plan aku....aku dh lah tgh sedih nie..haih kwn2 aku pulak busy.,.yelah aku pun satu buat plan mengejut..so pengajarannya dr apa yg berlaku janganlah buat plan last2 minit tapi kalau study last2 minit kompen berjaya malah cemerlang lagi..... tapi kalau buat kerja last2 minit mmg hampeh...ingat tu~~~ (gaya upin dan ipin)
7. Akhirnya aku batalkan saja niat aku nak berkhemah kat sg perak....nak gi sorg2 aku ni penakut...maka aku pulang, sambil bawa kereta sambil aku kenangankan diri aku..mcm2 aku fikir yang pastinya sayang aku asik menambah....kalau dulu satu tapi skrg dh berjuta2 tan sayang yang aku tanggung. huh sayang, apa yang aku merepek nie.. sori2. Tapi aku betul2 sedih dan mengelamun sambil membawa kereta dengan keadaan tawaduk dan berhati2. Tapi betul gak kempen keselamatan jalan raya "ingatlah org tersayang semasa memandu" maka sepanjang perjalanan tak ada muka lain yang aku nampak....hanyalah muka org yg aku syg dia dia dia dia dan dia....muka aku pun aku kata muka dia....
8. Tiba2 aku haus, aku singgah kedai kak timah gemuk...alahai ramai pulak budak2 kampung lepak situ. Turun dari kereta semua terkejut tgk aku n sambut aku bagaikan Presiden Amerika yang dtg...yelah aku dh lah lama tak balik kg,Sebenarnya diaorg ni semua suka kat aruwah ayah aku...maka aku ni dpt lah tempias sikit...Lepak situ, banyak pulak tanya soalan org kampung nie..letih aku jawab, tak habis jawab soalan tadi, soalan lain pulak dtg.....bengang aku!!! diaorg tak tau ke yg aku ni tgh sedih, tengah bengang, tengah rindu, tengah sayang, tengah mengharap, tengah cintakan seseorg, tengah rasa bodo, tengah rasa hina, tengah rasa sayang, tengah rasa cinta yang sgt2..(eh ulang ayat pulak..),....tangah rasa panas, tengah rasa haus dan banyak tengah lah..dh lah aku kat tengah2 depa semua ni panas tau tak....tak kene kipas aku..suh suh suh jauh jauh!!!!..
9. Tapi tu dalam hati jek..dr luar aku sekadar senyum kambing yg mcm nak kene sembelih..... entah malaikat mana yang hasut aku...tiba2 punyalah baik aku..belanja satu warung tu...perghh aku mmg tak sedar apa yg aku buat, mybe sbb aku dh geram dan sedih........... malam tu jek zakat aku kat diaorg sebanyak RM 200...bodo betul budak2 ni ... tau jek aku belanja terus minta benda yang mahal2.....adeh2..dh lah tak baik ungkit....hilang pahala..........
10. Start kereta utk pulang rumah aku.....sampai rumah, haih segan pulak dgn mak aku yelah tadi beria2 nak khemah kat luar...dh lah jam dekat pukul 1, lampu rumah aku pun dh gelap...kesian nak gerak kan mak aku..... so nampaknya matlamat nak berkhemah tercapai...aku pasang khemah depan rumah aku.... tak jadi khemah kat sg perak pun takpelah janji aku khemah........sambil membawa hati yang sedih dan rindukan seseorg aku pun rest dan mengenangkan nasib aku......sebelum aku tido aku baca doa, bukan doa tido tapi doa lain, ini doa org dalam keadaan sedih sbb rindu kat seseorg "Ya Allah kalau dia diciptakan untuk aku, kau tetapkanlah sayang aku dan tabahkan hati. Kau bukalah hati dia untuk aku. Tapi kalau dia bukan tercipta untuk aku kau lupakan dia dalam ingatan aku....bla bla bla". Panjang doa aku sebenarnya....tapi dalam doa tu aku berulang kali menyebut "ya allah kau selamatkanlah dan peliharalah dia dan jauhkanlah sifat dukacita." Sbb apa aku sebut benda tu berulang2 kali, sbbnya kalau ikutkan hati aku, aku nak jaga dia selalu, kalau dia ada depan mata aku,aku akan salu care pasal dia n buat dia hepi selalu tp masalanya aku jauh..so aku harap pada Allah saja yang menjaga keselamatan dia..nak harap kat orang lain, mmg aku tak percaya langsung, .....apepun aku sgt risaukan dia sbb aku sgt sygkan dia.....sampai aku kdg2 lupa pasal diri aku sendiri. Habis doa tu, aku pun mula nak lelap.. Tapi dh dekat sejam aku tak lelap....sbb aku mmg asik fikirkan kan dia.............Ya Allah kenapalah aku jadi mcm nie...aku betul2 sygkan dia.....apalah dosa aku smpi susah sgt aku nak dptkan dia. kadang2 antara diri aku dan diri dia aku pun konfius mana aku lebih syg..............kalau ko tanya skrg ni jawapan aku..aku lebih sayangkan diri dia.... haih.,,rasa nak pergi Palestin jek...nak gi tembak yahudi bodo semua tu..puas hati aku....kalau mati, mati syahid (insyallah).. bila mati tak lah aku pikir pasal dia...cuma aku pikir apa yang aku nak jawab kat malaikat mukar dan nakir...salah jawab kene tibai...betul jawab alahai..bahagia aku.....................
11. Sbb aku tak leh tido..aku duduk dan tgk persekitaran aku...."Ha ada laptop pun!!" aku tekan butang on...lepas tu terus buka blog aku...dan akhirnya aku taip lah blog ni...untuk luahkan apa yang rasa..................................yeke? eh tak tak...tak de siapa pun tahu apa yang aku rasa. hanya aku dan Allah jek yg tau aku rasa..... Aku kadang2 rasa apa yang aku buat mcm memaksa dia, tak baik aku ni!!! (sambil ketuk kepala)... aku tak tau mana yang terbaik untuk diri aku dan diri dia tapi aku semamgnya akan terus setia syg dga dia.....wahh jiwang siut(dlm hati)..lantak la!!! (tiba2 aku menjerit).......................... haih rasa mcm nak nyanyi lah pulak..hemmmmmmm. Ha ada lagu best.. lagu ni betul2 kene dgn dia so sila nyanyi beramai2 mengikut irama dan melodi yg dibenarkan k.... 1 2 3........
"Kau begitu sempurna, dimata ku kau begitu indah, kau membuat diriku akan selalu memujamu, disetiap langkahku, ku kan selalu memikirkan dirimu tak bisa ku bayangkan hidupku tanpa cintamu, janganlah kau tinggalkan diriku, tak akan mampu menghadapi semua, hanya bersamamu ku akan bisa, kau adalah darahku, kau adalah jantungku, kau adalah hidup, lengkapi diriku. oh sayangku kau begitu sempurna................sempurna..owh ouwh."
Mmg tepat sekali...aku pernah nyanyikan untuk dia, suara aku yang tak sedap ni dia bagi bintang 4.8.9 bintang..... hemm aku pun tak faham..apa jenis bintang tu... tapi bagi aku dia tetap sempurna..cewah!!!
12. Korang tau apa yg aku rasa skrg? hemm...............baik aku terus terang....sebenarnya aku rasa dh nak ngantok dh...............................aku harap malam ni aku mimpi yang indah2....akhir kalam...ayg kalau ko baca blog aku nie..aku nak ckp kat ko..ayg aku cintakan ko, jom kita kawin....(akulah orang yang paling beruntung kat dunia nie...eh tak tak silap2...yang betulnye aku lah orang yang paling beruntung seluruh carkawala dan alam semesta...itu pun kalau aku dpt ko)

1. Blog aku ini barulah berusia tak sampai pun 2 bulan..alhamdulilah dah hampir 1000 pengungjung yang lihat n baca blog aku...

2. So siapa2 baca blog aku ini..aku nak minta maaf ..ruangan komen aku tu korang tak leh komen..aku tak tau sbb apa...kalau ape2 nak tanya or komen boleh jek letak kat shout out kat tepi tu....

3. Apepun blog ini adalah sekadar idea bebas aku...apa yang aku rasa akan aku luahkan...korang nak kata apepun katalah..sbb ini blog aku!!!!

4. Tq

1. Selagi nama manusia, selagi itulah kita mempunyai akal dan pemikiran yang berbeza selagi mana kita waras dan mumayiz (matang) untuk berfikir. Aku, kamu, dia dan semuanya bebas untuk menentukan pemikiran terpulanglah sama ada pemikiran itu dipengaruhi atau pemikiran itu bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau individu.

2. Lahir saja ke bumi, seseorang itu umpama sehelai kain putih..maka ibu bapalah yang menentukan dan mencorakan kain itu. Kalau cantik maka cantik lah..kalau hodoh maka hodoh lah. Dan satu eleman lagi adalah persekitaran yang mempengaruhi. Maka disebabkan ini manusia walaupun jisim dan fizikalnya sama tetapi rohaninya tetap berbeza.

3. Bagi aku yang dari awal menuntut ilmu politik, bukan sekadar belajar malah membuat kajian baik di Malaysia atau pun diluar Malaysia. Bukan nak mendabik baba atau nak menunjuk aku ini hebat ilmu, kalau aku dh pandai dh tentu aku tak sambung belajar aku lagi...sekarang aku sambung study aku atas rasa minat, tanggungjawab dan wasiat aruwah ayah aku...alhamdulilah sofar aku mampu lagi belajar walaupun sibuk dengan kerja. Apa yang penting aku nak bagi tahu semakin aku belajar, semakin itulah aku rasa aku ini masih banyak benda yang aku tak tahu.Ilmu Allah ini sangat luas sampai kiamat pun belum pasti manusia dapat belajarnya.

4. Sains poilitik, tak akan lari dari perlembagaan dan segala undang2 baik berkaitan politik atau pun ekonomi. Aku perlu belajar dan faham segala undang2 tersebut...selain itu aku turut belajar teori dan konsep asas dalam politik. Persoalan mengapa, bagaimanakah, apakah, siapakah dan sebagainya perlu dijawab dengan secara ilmiah dan profesional...

5. Bila aku berhujah dan berbicara dengan mereka yang faham akan makna ilmu sains politik, aku lebih selasa kerana masing-masing menerima kekurangan dan idea yang ada. Malah masing2 cuba memperbaiki dan mencari lagi ilmu yang ada sebanyak yang mungkin supaya tidak digelar manusia yang jahil.

6. Namun lain bezanya, kalau aku berbicara bagi mereka yang tidak arif tentang makna sains politik. Aku yang belajar sana sini membawa buku perlembagaan yang kecil itu dan buku-buku lain dikatakan aku ini seorg yang tak pandai politik. Malah ada juga yang menuduh aku ini tidak baca undang dan bercakap berasaskan emosi. Mereka menggambarkan bahawa mereka tahu segala-galanya....tahu yang mana benar tahu yang mana salah. Tidak mengapalah itu hak mereka tapi yang aku khuatirnya mereka belajar politik dari planet mana?Bagi aku mereka mendapat ilmu dan maklumat bukan dari buku atau kajian ilmiah yang mereka lakukan sendiri tapi ilmu mereka disalurkan oleh media-media yang sememangnya bersifat berat sebelah. Inilah hakikat rakyat Malaysia apa yang dikeluarkan dari media umpama wahyu turun dari langit.

7. Bagi mereka yang menuduh aku tak tahu baca buku, tak faham baca perlembagaan dan sebagainya tidak mengapalah...kerana aku tahu mereka bukan dalam golongan aku. Tapi kadang-kadang aku juga menguji mereka, kot-kot memang benar yang mereka ini pun membaca dan faham perlembagaan. Aku tanya "Dalam perlembagaan Islam sebagai agama apa? maka ada yang jawab Islam agama rasmi, Islam agama bagi Malaysia dan mcm2 lagi....dalam hati aku nak tergelak pun ada...nampak sgt mereka ini umpama tin kosong...kalau diketuk kuat bunyinya tapi dalamnya tak ada apa2...............untuk pengatahuan dalam perlembagaan mencatatkan Islam adalah agama bagi Persekutuan...... boleh dipertikaikan dan dihujah sama Islam itu agama rasmi atau tidak....

8. Bagi mereka yang baru belajar nak faham politik, jangan belajar sendiri...carilah guru yang benar2 boleh mendidik. Aku tak pasti sama ada hadis nabi atau apa, kalau kita belajar sendiri tanpa ada guru maka kita akan belajar dengan syaitan....(tapi aku rasa hadis)

9. Ingat dalam hidup ini ada 2 saja jalan. Iaitu jalan yang benar dan jalan yang salah. Dan begitu juga di akhirat hanya ada 2 saja penentu kita syurga atau nereka...tak ada pilihan ketiga atau sebagainya...pandai2lah kita membuat pilihan...mudah2an kita semua ditunjukan pd jalan yang benar.amin...

1. Ini cerita yang baru untuk aku kongsi bersama.... kali ini aku sembang2 dengan kawan2 aku di Plaza Shah Alam. Sambil sembang sambil minum tanpa makan pon. Kawan-kawan aku kali ini bukan melayu saja tapi ada cina dan india. Harmoni sungguh masyarakat di Malaysia..aku bangga menjadi rakyat Malaysia.

2. Sejak aku perkenalkan blog aku, rajin pulak kawan-kawan aku tanya soal politik pada aku, ada kalanya soalan yang diaorg bagi tu cuba provokasi aku sbb kawan-kawan aku tahu mcm mana fikrah aku sebenarnya.... Disbbkan aku ini mmg suka bercakap, maka inilah peluang aku untuk memberi hujah dan kebenaran agar kawan2 aku tahu yang mana hitam dan yang mana putih. Bercakap benar adalah kewajipan lebih2 lagi bercakap benar untuk kebaikan semua orang adalah dakwah...

3. Bila soalan itu baru satu rangkap, maka aku akn jawab 100 rangkap. Kalau soalan itu panjangnya 100 rangkap aku akan jawab 1000 rangkap dan kalau soalan itu panjangan 1000 rangkap maka aku akan jawab beribu-ribu rangkap. Tapi bukan aku sorang saja yang bercakap teman-teman aku lain turut memberi pendapatnya tentang politik di Malaysia. Akhirnya terkejut aku bila teman aku cina telah membuat kesimpulan dari apa perbincangan tadi. Apa yang dia dapat simpulkan bahawa Politik di Malaysia lain sangat beza dengan politik negara lain. Tanya aku kenapa?. jawabnya "Di Malaysia budaya telah membataskan agama, sekiranya perkara itu dianggap satu kesalahan dan bertentangan dengan budaya tetapi ianya dihalalkan dalam agama. Maka perkara itu tetap dianggap satu kesalahan." Itu Cina yang bukan Islam agamanya, jauh sekali membaca al-quran dan kenal Allah dan Rasul tetapi boleh terfikir hakikat sebenarnya. Tapi kenapalah orang Islam yang siang malam sembahyang dan baca al-quran tapi masih tak terbuka pintu hatinya untuk berfikir seperti itu.

4. Sebelum balik. Jawab aku pada teman aku. "Betul lah tu..itulah hakikat politik Malaysia, budaya adalah kitab segala-galanya".

1. Perlunya kita muhasabah diri kita untuk tahu siapa kita. mana kelemahan kita dan dimana kekuatan kita. Tanpa muhasabah diri kita akan terjerat dengan diri kita maka sifat dengki, tamak, sombong dan sebagainya akan mudah lekat dalam hati kita tanpa perlu diundang dan sedar.

2. Begitu juga bila aku berkata dan memberi pandangan, aku cuba memberi yang mana aku fikirkan itu benar aku pertahankan manakala yang tidak benar perlu dihancurkan. Supaya yang batil itu tidak menjadi bara dalam rakyat-rakyat aku. Aku sayangkan rakyat aku, maka aku perlu buang bara-bara ini yang selama ini rakyat menanggap bara itu adalah batu permata yang bersinar dan berkilauan cahayanya.

3. Apabila kita berkata, kita sukar untuk melihat dan menerima kelemahan diri kita, malah kelemahan diri kita bukan sekadar kita tidak mengakui malah kelemahan itu cuba dicampakan dan dipersalahkan pada orang lain. Ada yang cuba berlagak dia itulah benar dia itulah hero tapi pada hakikatnya dia sudah jauh dari kebenaran. Jangan diulang kesilapan Tuah membunuh Jebat, setelah mayat Jebat dibuang dan dilumat barulah Tuah terfikir untuk muhasabah dirinya adakah benar atau tidak tindakanya. Namun kerana Hegemoni pemerintah terlalu kuat dalam pemikiran Tuah, akhirnya Tuah tetap terus dalam keadaan kebatilan kerana sukar untuk menerima kesalahan dan kelemahannya. Maka Jebat terus dikeji Tuah terus dipuji.

4. Setiap kali aku berfikir dan setiap kali itu aku juga cuba muhasabah diri aku.....siapa aku yang sebenarnya dan siapa sebenarnya mereka yang disekeliling aku....supaya aku tak terperangkap dengan diri aku sendiri.

1. Belum pun reda isu tumbangnya kerajaan rakyat di Perak, dengan kuasa tuhan Perak sekali lagi diuji. Kali ini Allah menjemput Roslan Shaharum untuk mengadapNya. Kehilangan beliau sesuatu yang pahit untuk ditelan oleh Pas. Bagi UMNO/BN ialah masanya untuk mereka membuktikan keupayaan mereka setelah tewas 2 kali sebelum ini. Orang Pas menanggap ini ujian dari Allah kerana orang yang beriman sememangnya diuji. Bagi orang UMNO mungkin beranggapan kematian Roslan Shaharum ialah tulah dari Raja kerana Pas derhaka kepada baginda...dengan kata lain perjuang Pas tidak diredhoi oleh Allah......ini bukan aku kata lah tapi segelintir orag UMNO mmg berkata begitu....

2. Secara jujurnya bila aku dengar terdapat orang UMNO pandai pula menyebut inilah Allah nak tunjuk yang Pas ni tak betul. Rasa geli hati pula.....mana tak geli hati aku, dah lah Hukum Allah mereka tak buat padahal itunya satu kewajipan setiap umat Islam tiba-tiba pulak nak mengambarkan bahawa Tuhan sentiasa meredhoi perjuangan mereka. Aku bukan ulama atau orang alim yang mampu menentukan perjuang yang mana satukah yang benar-benar mengikut kehendak dan prinsip Islam. Tapi kalau dah terang-terang menentang hukum Allah tanpa rasa segan dan bersalah pastinya aku sendiri boleh bagi jawapan yang mereka itu bukan berjuang atas prinsip "Amal Makruf wa Nahi Mungkar". Tepuk dada jangan tanya selera tapi tanya iman.....

3. Kali ini UMNO dan PAS perlu menang....UMNO perlu menang kerana nak membuktikan bahawa sultan itu pintar dan rakyat Perak terima perubahan anarki ini. Manakala bagi Pas sebaliknya...Pas perlu membuktikan bahawa rakyat marah dan tidak boleh terima dengan perubahan Anarki ini. Bagi yang bakal kalah bukan sekadar tewas di Bukit Gantang tapi akan tewas seluruh Perak.

4. Bumi Perak juga akan menjadi terus perkampungan wartawan. Semasa aku solat Jumaat di sebuah masjid di PJ, adalah seorg pakcik tua berjubah , berserban dan bertongkat duduk rapat dan mesra sembang dengan aku selepas selesai solat Jumaat itu. Dari awal hingga habis bersembang dia gelarkan aku orang muda, haih rasa mcm pelik pulak. Dia pesan kat aku "Orang muda jangan kamu percaya dengan berita-berita dari mereka, sbb mereka itu ibarat najis,". Aku tanya lagi kenapa nak diumpamakan najis, tak ada benda yang lagi best ke? Jawapan dia, " Kalau kita makan nasi bukan nasi yang keluar tapi bahan yang kotor dan jijik yang keluar." Maknanya kalau wartawan tu dapat berita mereka akan memproses dan pandai memanipulisi berita sehingga apa yang disampaikan kepada rakyat tidak seperti yang sebenarnya. Maka maklumat yang mereka sampaikan itu amat jijik dan kotor seperti najis. Maka rakyat yang percayakan berita-berita dari mereka umpama makan najis mereka. Mungkin lagi sedap najis itu lagi banyak rakyat akan makan dan percayakan kepada wartawan2 itu.

5. Pesanan aku buat rakyat2 semua kalau kamu semua berada ragu-rugu dan was was kembalilah kepada al-quran dan al-sunnah. Cari mana-mana pihak yang lebih membawa kita lebih dekat dengan Allah. Lupakan dulu kepentingan bangsa, ketepikan dulu kepentingan diri tapi utamakan kepentingan ISLAM. Insyallah kamu akan dapat jawapanya bukan sekadar menjamin diri kamu tapi bangsa dan negara juga turut terjamin sekiranya kita kembali pada ISLAM.

1. 2 hari lepas aku lepak dengan kawan-kawan aku, jangan terkejut terus terang aku katakan kali ini aku lepak dengan golongan orang yang tidak normal maksud aku ada yang gay ada yang lesbian dan ada yang pondan. Aku selamba jek lepak dengan diaorg..dulu masa awal aku kenal diaorg aku agak rasa pelik tetapi lama2 bila aku dh faham diaorg nie...aku dh biasa..

2. Bagi aku. adalah tidak adil untuk aku sisihkan golongan-golongan ini..mereka tetap manusia. Kalau aku sisihkan mereka siapa lagi yang nak didik dan ajar mereka ke jalan yang benar. Saidina Umar yang pernah tanam hidup-hidup anak perempuanya ketika dia belum masuk Islam, tetapi Nabi Muhammad tetapi menerima dia malah menjadi khalifah umat Islam yang kedua. Begitu juga Wahsyi yang membunuh Saidina Hamzah yang merupakan bapa saudara Nabi yang digelar Singa Allah dan Penghulu Syuhada. Tetapi diterima oleh baginda dan memaafkan kesalahanya. Jadi jangan rasa pelik kalau ada nampak dengan golongan ini, niat aku hanya satu....kembalikan mereka kejalan yang benar. Alhamdulilah ada dikalangan mereka yang sudah mula sedar dan mula hendak ubah gaya hidupnya...

3. Semasa bersembang2 tu aku banyak mendengar dan melihat telatah mereka. Sbb aku nak faham dan kaji bagaimana dunia mereka. Apa yang pasti mereka kalau dalam bab berkawan mmg setia dan akrab.

4. Dari sembang2 pasal diri sendiri dan mcm2 tiba-tiba topik perbincangan beralih kepada soal politik. Aku ingat diaorg ni tak nak terlibat langsung untuk memikirkan soal politik.Semuanya sangat marahkan BN dan turut marahkan sultan. Ada yang lojik dan ada jugak yang tak lojik hujah-hujah mereka...aku diam dan dengar saja apa yang diaorg cakap...mmg kelakar pun ada tgk gaya diaorg bercakap.....

5. Tapi aku tertarik dengan hujah seorg bapuk ni "Macam mana kita nak percaya ngan diorg ni beb, undang-undang pun diaorg langgar, lepas tu ada hati nak didik kita. Dah lah undang2 tuhan diaorg langgar, undang-undang yg diaorg buat pun dioarg langgar bla bla bla...".

6. Kalau korang ada tempat aku, apa yang patut korang cakap kat diaorg nie...aku sampai habis dok mendengar celoteh diaorg nie......

1. Dari budak-budak yang baru belajar tahu apa tu dunia sampailah pak cik mak cik yang nyawanya hanya tingga beberapa hari saja akan bercakap dan berkata politik Perak. Apa yang pasti politik Perak menutup isu Palestin yang telah 60 tahun bermandikan darah syuhada.

2. Kawan-kawan aku tanya, kat aku "wei bro lu tak takut ke kene ISA!!" jawab aku mudah..ISA yang takut aku..kalau diaorg tangkap, dialah yang takut aku." Sama ada jawab soalan dia atau tidak, prinsip aku biarlah kita berpijak dibumi yang nyata. Jangan adat dan budaya menguasi pemikiran kita. Bukan adat dan budaya yang nak dibawa di hadapan Allah kelak tapi amalan dosa dan pahala kita....maka ISLAM itu adalah segalanya.... Bagi mereka yang makan minum dengan adat dan budaya pastinya marah. Tapi bagi mereka yang membesar dengan ISLAM pastinya mampu tersenyum melihat blog aku.....

3. Antara Najip dan Anuwar Ibrahim, siapa yang lebih pintar? Tentu jawapan aku Najip!!! Dulu aku kira Anwar yang lebih pintar, bukan aku saja malah pemimpin atasan juga sangat kagum dengan Anwar tapi sekarang baru aku sedar Anwar itu kalah dengan Najip. Apabila sanjata makan tuan sendiri. (Idea lompat parti).

4. Balik kepada sejarah melayu...menurut buku sejarah melayu Salatus Salatin (Edisi Pelajar). Terbitan DBP. MS72-B77.Penyenggaraan : A.Samad Ahmad. Selepas Asar datanglah berlabuh sebuah kapal dari Jeddah yang diketuai oleh Syed Abdul Aziz. Beliau dan awak awaknya pun turun ke darat lalu mereka semua solat di tepi pantai melaka itu. Orang-orang Melaka yang melihat "kenapa orang itu tonggang-tonggik." ketika itu rakyat Melaka jahil kerana belum kedatangan Islam. Lalu dikabarkan pekara itu kepada Raja Kecil Besar di Istana. Maka Raja Kecil Besar pergi ke pantai dengan mengundangkan gajah untuk menyaksikan peristiwa itu. Di lihat akan baginda peristiwa itu dengan penuh rasa kagum maka diambil peluang oleh Syed Abdul Aziz untuk membawa baginda memeluk Islam. Akhinya apabila baginda memeluk Islam maka seluruh rakyat melaka yang pada awalnya ada yang tergelak, ada yang pelik dan sebagainya melihat Syed Abdul Aziz solat turut mengikuti Raja Kecil Besar tanpa banyak menyoal. Kerana pemikiran orang Melayu ketika itu adalah baginda terlalu maksum kalau tak tak adalah gelaran YANG MAHA MULIA (Maha itu sebenarnya utk Allah bukan untuk hambanya) sampai sekarang..... begitulah cerdiknya Syed Abdul Aziz dalam usahanya menyebarkan Islam di Melaka. Ambil saja sultan maka seluruh rakyat melaka akan turut di pegangan. Akhirnya Raja Kecil Besar itu ditukar nama kepada Sultan Muhammad Syah. Syukur Alhamdulilah..

5. Sejarah turut menceritakan bagaimana cerdiknya kuasa-kuasa imprialisme menjajah dan terus menguasai Tanah air kita, baik Portugis, Belanda, British mahupun Jepun mereka tetap mengunakan cara yang sama seperti Syed Abdul Aziz. Mereka tahu orang melayu ini taat sungguh dengan sultan mereka. Jangan dikutuk jangan dijentik...dendam berdarah akibatnya kepada mereka yang berani menghina raja-raja Melayu. Bagi orang Melayu raja-raja itu adalah nyawa mereka yang harus dipertahankan. Mcm perpatah melayu "Biar mati anak, jangan mati adat". Padahal mereka tahu anak itu adalah jaminan kita di akhirat bukan adat...ttp kalau hati mereka dh tebal dengan adat...hitam itu tetap dikatakan putih.

6. Bila tahu perangai dan sifat orang Melayu ini maka senang arr bagi penjajah mengula-gula rakyat dan raja. Institusi raja terus dipertahankan dan terus menjadi ketua negara. Tapi kuasa politik dan ekonomi terletak ditangan Residen Biritish..Namun yang bangun menentang bukan raja dan terlalu sedikit aristokrat yang bangun menentang. Yang bangun menentang adalah rakyat biasa.Tok Janggut yang dihukum mati oleh British walhal dia adalah ustaz yang mengajar di pondok dan imam di masjid, Si Puntum yang membunuh J.W.W Birch pada 2 November 1875 adalah seorg rakyat biasa, begitu juga dengan Pandak Induk yang mati ditangan penjajah. Hanya segelintir nama aristokrat yang mati ditangan penjajah Dato Sagor dan Dato Maharaja Lela (Pandak Lam) dikenang. Aristokrat yang lain lenyap dalam buaian penjajah.

7. Makin hari makin suram suara-suara yang menentang penjajah. British bijak mencatur politik di Tanah Melayu dengan hanya memegang Raja-raja Melayu maka umat2 melayu akan terus dibuai mimpi. Namun bagi mereka yang mempunyai kesedaran cuba bangun menentang walapun disambut hambar oleh golongan aristokrat.

8. 500 tahun Tanah Melayu dijajah dengan pemikiran orang Melayu turut dijajah, British ingat orang Melayu boleh diubah pendiriannya. British cuba menghapuskan secara total kuasa-kuasa raja Melayu melalui Malayan Union. Maka sekalian rakyat bangun menentang British walaupun pada awalnya Raja-raja Melayu telah bersetuju menandatangani atas tipu daya Sir Harold Mac Micheal dengan sogokan elaun dan kedudukan. Mujurlah adanya Dato Onn yang memimpin untuk menentang/menderhaka persetujuan di antara Raja-raja Melayu dengan British. Maka akhirnya tektik untuk mengubah kedudukan Raja-raja Melayu dimata orang Melayu gagal. 500 tahun British menjajah mereka berjaya merompak kekayaan Tanah Melayu tapi mereka gagal untuk mencabar kedudukan sultan kerana orang Melayu sangat sayang dan memuliakan sultanya. Kerakyatan secara Jus Soli dan lain-lain adalah akseseori untuk menambahkan lagi kemarahan orang Melayu.

9. Krisis politik di Perak ada kaitan dengan cerita aku diatas. Najip tidak perlu bersusah payah mencari formula untuk menengambalikan kepercayaan orang melayu kepadanya. Cukuplah sekadar Najip meniru cara Syed Abdul Aziz dan penjajah British untuk menawan hati orang Melayu dibawah. Najip sangat menjaga hubungannya dengan institusi-institusi raja, lain pula dengan Pakatan Rakyat sangat menekankan hubungan mereka dengan rakyat sehingga lupa menjaga hubungan yang lebih penting iaitu Raja. Maka apabila Hj Nizar tidak bersetuju dengan persetujuan Sultan dengan BN demi kepentingan dan keadilan rakyat bawahan maka Hj Nizar tidak mendapat hati dikalangan orang melayu dan aristkorat yang semangat mempunyai semangat nasionalisme. Walaupun aspirasi politik adalah keadilan untuk semua rakyat namun perlunya ada taktik yang berkesan untuk memastikan matlamat dicapai.

10. Teringat aku dengan kata seorg ahli Falsafah Perancis pada abad ke 15 iaitu Niccola Machiavcelli yang terkenal dengan buku "The Prince". Beliaulah orang yang pertama mengeluarkan kata-kata "matlamat menghalalkan cara" maka untuk menjadi pemimpin yang berkuasa soal keadilan, soal kemanusian, soal dosa dan pahal harus diketepikan. Yang penting terus berkuasa.....inilah terjadi di Perak apabila perlembagaan dan undang-undang sudah tiada nilainya...maka Perak menjadi anarki politik.

11. Pesanan aku terakhir jangan salahkan rakyat kalau mereka melanggar undang-undang negara, kerana pemimpin pun menjadikan undang-undang bagaikan sampah. Inilah hakikatnya untuk menjadi politikus....




1. Setiap kali aku lepak mana2 tempat setiap kali itulah kawan aku akan tanyakan aku "wei bro ape hal perak nie"...kalau soalan yang sama diulang sampai 50 kali ..adeh rasa letih pulak aku nak cakap benda yang sama... kadang2 aku fikir dh jadi mcm ahli politik atau ahli akademik aku ni dimata kawan2 aku.. mybe mereka tgk aku master dalam sains politik dan selalu membuat kajian mengenai politik malaysia dan antarabangsa maka aku lah dijadikan tempat untuk ditanya....Maka ilmu aku pun diuji...

2. Baik gay, baik pondan, baik pankid atau lesbian mahupun yang normal sifatnya teruja2 nak tahu apa yang berlaku sebenarnya di Perak... Jawab aku senang..."korang jgn percayakan tv, rajin2 lah tgk blog aku..siap promote blog aku lagi tu."

3. Dalam soal politik, prinsip aku bila bercakap soal politik akan akan jadi profesional tapi tak bermaksud bila aku sikap profesional aku perlu berikap neutral atau tak menyebelahi mana2 pihak. Bagi aku yang hitam tetap hitam yang putih tetap putih makna nya dengan kata lain yang salah tetap salah yang benar tetap benar. Tapi bagi mereka yang diajar yang hitam itu putih dan putih itu adalah hitam susah aku nak cakap dengan orang2 mcm ini. Allah masih tutup pintu hati mereka. So tak kisahlah bapak saudara Nabi Muhammad yang sanggup bergadai nyawa untuk keselamatan Nabi Muhammad namun hingga akhir hanyatnya bukan mati dalam keadaan Islam walaupun dia tau Islam itu ada benar.

4. Bagi aku pulak, aku bersyukur kerana aku telah didik tentang dosa dan pahala dan tentang kewajipan ketika sebagai hamba. Aruwah ayah aku masa hayatnya, selalu pesan "ingatkan dan takutkan Allah......." aku bangga dengan bapak aku. Alhamdulillah.

1. Apabila Perak dibentuk kerajaan yang berasaskan keputusan elit bukan lagi keputusan sebahagian rakyat bawaan maka rakyat-rakyat mula turun dijalan menjadi Jebat tapi bukan bersenjatakan keris Taming Sari hanya sekadar laungan Takbir, Sepanduk dan dirinya sendiri untuk menuntut pembelaan.

2. Namun sang penguasa mengunakan seluruh senjata yang ada menuduh Jebat-jebat ini penderhaka kepada Sultan. Dan pastinya derhaka kepada Sultan tidak akan diampunkan. Bagi mereka Sultan amat maksum sifatnya.

3. Dulu Nabi Muhamaad dan Nabi Musa juga dituduh penderhaka dan memecah belah perpaduan. Namun mereka mula di sisi yang Maha Kuasa. Al-Syahid Hasan Al-Banna, Al-Syahid Al Kutub dan Zanab Al-Jubili juga dituduh penderhaka..malah hukumanya mereka mati di tangan sang penguasa.... Apapun label yang diberi penderhaka, penjenayah, atau adalah sedikit bayaran yang perlu di bayar untuk mahar ke syurga

1. Kalau ada pihak yang membuat survey di Perak mengenai pemimpin yang paling dibenci dan sebaris dengan zions laknaktullah di Malaysia... maka kemungkinan besar jawapanya boleh di duga.. iaitu Sultan Perak dan bakal Dato Bendahara Negara si Najip. Rakyat yang awalnya sangat memuliakan Sultan, nama pun Melayu pastinya ada Sultan..namun kali ini...rakyat Melayu khususnya di Perak mula membenci dan melaknat Sultannya sendiri kerana ketidak adilan atas hasutan oleh bakal Dato Bendahara Negara dan konco-konconya...

2. Apabila rakyat yang asalnya setia dan sayang akan sultanya mula bertindak derhaka ke atas Sultanya demi sebuah keadilan. Maka mungkin akan berulang kembali sejarah SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG. Dulu sejarah ini berlaku di Melaka pada tahun 1699 tetapi kini sejarah ini mungkin akan berulang dinegeri warisan generasi baginda iaitu Perak. Tunggu saja Sultan Perak mangkat kemungkinan pastinya di julang oleh rakyat atas kezaliman dan ketidak adilanya..tapi ini satu ramalan tapi tak mustahil akan berlaku kembali di Perak.

3. Tapi aku percaya sultan perak bakal disanjung kembali satu hari nanti...... amin

1. Lagi 2 minit maka akan genap lah berakhirnya kepimpinan kerajaan rakyat dan akan digantikan dengan kerajaan golongan elit yang tinggi kelasnya. Rakyat hanya mampu mengalir air mata melihat pengkhianatan yang dilakukan oleh golongan kelas elit terhadapnya. Namun sebilangan kecil rakyat merasa selamat dengan perkahbaran berita pengkhianatan ini.....

2. Saudara-saudara seislamku dan saudara-saudara seperjuanganku..walaupun zahirnya kita jatuh namun hati dan perjuangan kita akan terus membakar dan subur. Andai kira tuhan mengizikan nafas kita berjuang setakat ini sahaja, maka lahirkanlah generasi yang berwibawa yang mampu membawa keadilan dan kesejahteraan rakyat..

3. Pakcik, Makcik, Abang, kakak dan adik,...ini adalah sebahagian kecil ujian yang Allah Taalah uji kita di dunia. Kita diuji sama ada kita sabar dan istiqomah dengan perjuangan kita. Jangan kita mengeluh jangan kita putus harapan...yakinlah dengan janji tuhan Islam akan pasti berjaya.

4. Bagimu wahai pengkhianat dan bagimu wahai manusia yang tidak pernah merasakan derita rakyat dibawah. Saat dan kala ini kamu mampu ketawa mampu senyum lebar dengan usahamu. Tapi kamu tak akan lari dari azab Allah diakhirat....nantikanlah jutaan rakyat Malaysia akan mendakawa kamu dihadapan tuhan kelak atas kezaliman dan pengkhianatan kamu terhadap kami.............Doa kami "Ya Allah kami berserah kepadamu segala kebaikan yang telah kau berikan dan kami berlindung darimu segala kemurkaanmu dan kejahatan yang mereka lakukan ke atas kami...Ya Allah kami bersumpah atas namamu, kami tidak redho dengan apa yang terjadi kepada kami atas perbuatan mereka.....maka kau adili lah mereka di Mahkamah mu.....Amin Ya Rabal Alamin..."

1. Perkahiwnan Hang Mahmud dan Dang Merdu Wati dikurniakan dengan seorang putera bernama Hang Tuah. Setelah dewasa Hang Tuah dan 4 saudaranya yang lain dilantik sebagai Laksamana Melaka antaranya ialah Hang Jebat. Hang Tuah sangat disayangi oleh sultan sehingga membuat para bangsawan rasa iri hati dengan Hang Tuah. Maka Tun Ali berpakat dengan Patih Karma Vijaya untuk menjerat Hang Tuah. Ahkirnya Hang Tuah difitnah oleh mereka berdua berzina dengan gundik raja iaitu Melor yang merupakan teman lama Hang Tuah semasa di Pahang ketika Hang Tuah melamar Tun Teja untuk permaisuri Sultan Melaka.

2. Dengan ada undang2 yang memberi kuasa mutlak kepada sultan Mansur Syah lalu diputuskan bahawa Hang Tuah dan Melor dihukum bunuh di sebuah hutan di Hulu Melaka. Dato Bendahara diarahkan oleh sultan melaksanakan hukuma itu. Pagi-pagi esoknya Dato bendahara telah membawa Hang Tuah dan Melor keluar Istana untuk dijatuhkan hukuman. Namun atas sifat kemanusiaan dan yakin yang mereka tidak bersalah maka Dato Bendahara membebaskan mereka tanpa pengatahuan siapa-siapa.

3. Hang Jebat dilantik sebagai pengganti Hang Tuah, lalu keris keramat Taming Sari diberikan kepadanya. Hang Jebat percaya yang Hang Tuah tidak bersalah dan berikrar untuk menuntut bela kerana menyangka Hang Tuah telah dibunuh demi mencari sebuah keadilan. Lalu Tunku Sultan dan para pembesar lari ke rumah bendahara kerana tiada siapa dapat menewaskan kekuatan Hang Jebat. Menyesal Tunku Sultan kerana tindakannya membunuh Hang Tuah. Kalau Hang Tuah ada pasti Hang Jebat dapat dikalahkan. Lalu Dato Bendahara menyatakan bahawa Hang Tuah masih hidup. Terkejut sultan mendengar khabar lalu mengarahkan Hang Tuah mengadap Sultan untuk menghapuskan si Jebat yang derhaka itu!!!

4. Kerana taat setia yang membuta tuli serta tidak berbelah bagi kepada sultan yang dianggap maksum seperti maksumnya nabi-nabi maka Hang Tuah sanggup membunuh saudaranya yang pernah membelanya demi keadilan iaitu Jebat. Tuah tidak peduli lagi kenapa dan mengapa Jebat menjadi derhaka apa yang dia tahu Jebat derhaka dengan sultan. Maka hukumnya mati........lalu dikatakan 7 hari 7 malam mereka bertempur akhirnya Jebat berjaya dibunuh oleh Tuah dan mayatnya dibuang di laut kerana mayatnya dianggap hina dan jijik dikalangan rakyat. Maka sehingga ke hari ini sejarah menggambarkan Jebat sebagai kaki perempuan, mabuk, gila kuasa dan sebagainya..agar generasi akan datang tahu bahawa Jebat itu jijik dan hina..walhal sejarah yang ditulis itu adalah sejarah yg ditulis oleh sang penguasa yang jijik sifatnya. Jebat terus dihina di sisi manusia tapi di sisi tuhan dia mulia.....

5. Dalam pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat telah cuba membela sahabatnya yang telah difitnah. Namun begitu, Hang Tuah telah membantu sultan yang sebelum itu menghukumnya tanpa sebarang alasan. Sedangkan Abu Bakar Siddiq R.A juga berkata kepada orang Muslim bahawa jika dia bersalah, rakyat boleh menjatuhkannya. Ternyata, kesilapan Hang Tuah yang tidak berfikir bahawa Allah S.W.T lebih berkuasa dari sultan dan memang tidak salah Hang Jebat cuba menegakkan kebenaran.

6. Entah mana pergi mayat Jebat tetapi semangat Jebat tiba2 muncul kembali selepas 600 tahun hilang dibumi Melaka, namun ianya bukan muncul di Melaka tetapi muncul di negeri warisan kesultanan Melayu Melaka iaitu Perak.

7. Haji Nizar dituduh penderhaka Sultan kerana enggan meletakan jawatan sebagai MB Perak, maka bangsawan-bangsawan Melayu terus mengutuk dan menuduh agar Hj Nizar dianggap manusia yang jijik dan rakus sifatnya......Hj Nizar terus mempertahankan kedudukanya bukan kerana sultan tetapi kerana amanah rakyat dan amanah Allah. Sultan tidak memberi ruang kepada rakyat untuk membuat keputusan maka Hj Nizar terus mempertahankan keadilan untuk rakyat selepas Hj Nizar dikhianati oleh saudara-saudaranya yang asalnya sama dalam perjuangannya......

8. Tidak mengapala andai kiranya Perak jatuh dan Hj Nizar turut jatuh...biarlah sejarah Jebat itu berulang di bumi Perak...walaupun selepas 600 tahun peristiwa pembunuhan Jebat itu baru rakyat tahu yang Jebat tidak bersalah dan ianya pejuang keadilan....insyallah satu hari nanti kebenaran seperti Jebat ini akan berulang lagi....di Perak... sabar, istiqomah dan tawakal itulah syarat dalam berjuang....

9. Seperti aku kata biar kita menjadi jebat yang derhaka agar kita tidak menjadi bodoh seperti Tuah.....pesananku buat kekandaku Hj Nizar kami semua tetap bersama-samamu dalam perjuang menegakan hukum Allah

1. Kalau zaman kepimpinan rejim Mahathir satu ketika dahulu adalah sukar untuk melihat campur tangan pihak istana dalam soal politik. Pihak istana dianggap sebagai simbol yang tiada fungsi melainkan fungi untuk mengecop dan mengesahkan sahaja.............

2. Sehingga diakhir zaman kepimpinan Pak Lah, pihak istana mula dilihat terlibat secara tidak langsung dalam mencorakan politik tanah air......bukan kerana keperihatinan Pak Lah terhadap pihak istana tetapi disbbkan kelemahan Pak Lah dalam mentadbir negara. Mungkin pada era pemerintahan Mahathir tiada alasan yang kukuh untuk menghalalkan pihak istana campur tangan dalam politik tanah air..kerana Mahatihr berjaya membawa kegemilangan Malaysia melului sikap ala diktatornya.

3. Krisis politik di Perak sekali lagi mencabar kebijaksanaan pihak Istana sekali lagi. Pihak istana yang dianggap sebagai lambang perpaduan dan nutral dipercayai mampu memberi keputusan yang adil dan saksama demi kepentingan rakyat Perak. Bagi PR dan BN mereka terima aja segala keputusan Tunku Sultan walaupun pahit untuk ditelan.

4. Namun itu skrg.....sekiranya keputusan itu tidak memihak salah satu antara mereka. Persoalanya adakah pihak yang tewas menerima sepenuh hati dengan keputusan Tunku Sultan. Hemm....inilah dunia politik banyak dilakonkan melalui bibir sahaja..tapi hati dan perbuatan belum tentu sama..

5. Bagi aku...adalah lebih baik Tunku Sultan memulangkan segala keputusan ditangan rakyat sahaja..kerana ini negeri Rakyat yang punyai dan kerajaan yang bakal di bentuk kerajaan yang akan membela rakyat. Jangan dibiarkan keputusan diputuskan dikalangan elit elit yang dahagakan kuasa dan buta wang serta nafsu. Yang merasakan sengsara dan derita adalah rakyat bukan mereka yang tinggal di mahligai-mahaligai kayangan....

6. Apa jua keputusan, harus lah diterima....andainya keputusan itu dianggap tidak adil tdak mengapa...usaha di tangiskan, Kerna diakhirnya keputusan itu akan jua di adili kembali di Mahkamah Agung iaitu di Padang Mashar...berbahagialah mereka yang teraninanya dan celakalah bagi mereka yang melakukan ketikdak adilan dan penipuan....

7. Bagi aku Tungku Sultan adalah seorg yang dianggap arif dalam soal keadilan, maka pastinya Tunku Sultan akan memahami makna keadilan rakyat...namun sultan tetap manusia juga...bukannya maksum umpana Nabiyallah dan Rasullulah.


- Mempertahankan kemenangan adalah lebih sukar daripada memperolehi kemenangan-

1. Cuba kita fikir... sekiranya BN memerintah Perak, terlepaskan ke dakwan rasuh 2 pemimpin PKR yang lampot parti dan menyokong BN.

2. Cuba kita fikir... apa yang dibuat oleh DSAI dan Lim Guan Eng untuk memulihkan imej parti mereka. Kerana orang-orang mereka ini jugak la yang menjahanamkan Pakatan Rakyat di Perak.

3. Cuba kita fikir... perlu ke DSAI dan Lim Guan Eng bertanggungjawab dengan tindakan orang2 diaorg.

4. Cuba kita fikir... percaya lagi ke rakyat dengan harapaan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan baru diperingkat pusat melalui projek 16 September...yang sebelum ini digembur2kan mcm wahyu yang turun dari langit.

5. Cuba kita fikir... apa akan jadi Malayia pada masa akan datang.....


-Selamatkan Malaysia-

1. bila aku berjumpa dengan mereka yang berbeza dengan cara hidup aku...lalu aku bertanya..kenapa ko jadi mcm ni... jawabnya mudah saja "aku tak nak jadi munafik dan hiprokit aku tak nak tipu dengan diri aku dan orang lain. biarlah orang kata apa tapi aku tak ganggu hidup orang lain." Pastinya jawapan ini membuatkan aku terdiam dan tak tahu nak jawab apa..mmg ada betulnya tapi alasan ini hanya sekadar melapas batuk ditangga. Bagi aku baik org politik, artis, ilmuan atau orang2 biasa sering kali menggunakan alasan ini untuk menghalalkan matlamat mereka.

2. Satu hari aku berjumpa dengan seorg kawan aku (lelaki), aku tanya "kenapa ko minum arak?" jawab slamba dia "aku stress dengan kerja, dgn awek bla bla bla." Gatal lagi aku bertanya "lepas minum apa ko rasa, lega, sedap? jawab dia "aku lega..boleh tahanlah.... aku tanya lagi "ko tak malu ke ko minum arak depan org? jawab kawan aku tu "huh...wat apa aku nak hiprokrit berlagak baik alim, biar orang tahu siapa aku dari orang yang berlagak alim gi sembahyang pakai kopiah tapi minum jugak!!"...... wahhh pandai diri dia nak lepaskan diri dia.....

3. Pada hari yang lain, aku kenal dengan kawan aku (perempuan).. aku tanya "kenapa dh tak pakai tudung..dulu pakai skrg tak pakai? ...jawapan dia mmg telah aku duga.... tak nak hiprokrit. Tambah dia lagi "ko tengok lah ade jek yang paki tudung tapi berzina gi minum n bla2.." dan ditambah lagi "ko tau ada yang pakai tudung labuh tapi suka buat fitnah berlajak alim tapi dalam jubah da sorok laki bla bla....." huh....alasan lagi....

4. Ada satu hari tu aku jumpa lagi kawan aku yang lain (girl)....dia terkejut bila aku kata aku masih teruna........dia jawab "wei beb, kadang kita kene buat kerja haram gak..baik utk kesihatan...tak leh simpan air lama2" wahh dahsyat gila dia ni......terkejut aku....tapi bila aku tanya dengan dia "ko pernah buat ke?" mesti ar pernah baik kesihatan beb!!! tegas dia tanpa rasa malu dan bersalah.....aku gatal tanya lagi "ko tak takut ke?" jawab dia "apa nak takut kubur lain-lain lantak la...sekurang2 aku tak ada dosa jadi manusia munafik...umur dia baru 21....haihh rosak anak cucu adam....

5. Bagi aku apa jua alasan yg diberikan ianya hanya sekadar utk menghalalkan. Bagi aku..bukan aku sorg saja pernah mengalamai pekara mcm ni..aku rasa org lain pun pernah dgr alasan seperti ini.........................................malas aku nak ulas masalah ini. tapi bagi aku cukup sekadar bagi tahu mereka berada dijalan yang salah untuk menuju ke syurga....selagi ada hayat berubahlah, cukuplah mencipta alasan....walau ada sejuta alasan yang dicipta azab allah tetapi tak berubah.......

1. bila tiba2 3 ahli PKR dan 1 DAP menjadi jaguh lompat katak bukan saja membuatkan yang sebelum ini tak glamor dah jadi glamor tetapi dengan kelompatan mereka itu menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat tumbang......hebat, Tahniah tapi tak mengkagumkan.

2. Itulah politik, tidak salah kalau rakyat kata politik ini salu penipuan, lihat saja keadaan sekrang... dulu kata lain skrg kata lain...alasanya bukan salah mereka tetapi salah orang lain menyebabkan mereka menjadi katak jadian. Inilah hakikat politik sukar untuk diramalkan esok lain hari ini lain....

3. Bila PKR dan DAP jadi katak maka yang menjadinya ikan dah tentunya BN, makan besar lah BN ari tu dapat 4 ekor katak walaupun tak gebu dan tak cukup daging sbb katak itu kata yang tak ada kualiti kerana ada kes rasuah tapi sedap jek..lebih2 lagi bagi Najip yang akan jadi raja ikan...ini dh macam buat kenduri kesyukuran utk meraikan Najip jadi PM ikan.

4. Maka Pas yang memimpin Perak terpaksa memikirkan masalah politik sehingga terpaksa melupakan masalah rakyat sebentar. Maka mcm2 cadangan telah dikeluarkan antaranya wujudkan kerajaan campuran cabungan UMNO dan Pas. Nampak menarik dari segi teorinya tapi pratikalnya belum tentu. Walaupun kerajaan campuran ini dianggap berjaya di negara-negara maju khususnya Eropah tetapi belum terdapat bukti membuktikan kerajaan campuran berjaya di negara membangun apa lagi di Malaysia yang seringkali memainkan sentimen perkauman untuk menutup isu kelas elit dalam malayarakat.

5. Musibah ini adalah ujian utk Pas untuk mencatur kebijaksaan serta memulihkan kembali harapan rakyat terhadap Pas. Pas terpaksa bertungkus lumus hasil porak peranda yang dibuat oleh pakatanya iaitu DAP dan PKR. Walaupun calon ini mengatakan mereka bebas tetapi itu sekadar nama tapi hati dan minda mereka tetap dikuasai BN.

6. Sekiranya Pas terus mentadbir Perak ini merupakan tanggungjawab dan amanah yang perlu diteruskan. Dan mesti selalu beringat dengan kawan dan lawan...ini baru ujian permulaan untuk Pas lebih bersedia ke arah mentabir negara. Sekiranya di takdir Pas tersungkur angkara BN dan mereka yang munafik.............terimalah dengan hati yang redha, hentikan tuduh menuduh...biarlah mereka dengan dunia mereka...kalau hitam tetap hitam...tapi kalau putih kita masih ada peluang untuk mewarnkannya lagi.

7. Bagi penyokong Pakatan Rakyat..berdoalah agar setiap keputusan memihak kepadamu dan bagi penyokong UMNO beringatlah janganlah alpa lagi dan sombong sekiranya diberi peluang kali kedua untuk mentadbir negeri. Bantulah pada rakyat yang betul-betul memerlukan bantuanmu.....

1. Bermula Adun Bota melompat ke Pakatan Rakyat maka bermulalah kranologi kejatuhan kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat kat Perak pimpinan Hj Nizar (nama yang aku salu pnggil sblm dia jadi MB). Sama ada Dun Perak dibubarkan atau beralihnya kuasa ke atas tangan BN hanya Sultan yang menentutkan dengan izin Allah. Tapi apa yang pasti fenomenan ni telah disambut dengan pelbagai riaksi dikalangan rakyat perak mahupun luar perak. Bagi mereka yg berjuang dalam pakatan rakyat maka bermulalah drama linangan air mata seperti tengn filem hindustan manakala bagi mereka yang berjuang dalam BN hanya mampu mengukir senyum kambing atau gelak besar. Dan tak kurang jugak ada yg buat tak kisah...

2. Aku bukan bomoh untuk meramalkan apa yang akan terus berlaku selepas ini, dan apakah muslihat disebalik ini. Aku baca blog2 yang entah siapa entah ada yang aku kenal ada yang aku tak kenal tp yang pasti semuanya bagaikan ahli nujum yang cuba meramalkan apa yang akan seterusnya berlaku tapi yang pasti ramalan mereka semua tersasar dari sasaran. Memang susah untuk meramalkan politik, ianya bukan mcm ilmu sains..ilmu politik ini berkaitan dengan sikap manusia, kalau ada 1 bilion manusia maka 1 bilion perbezaan sikap manusia yang harus dikaji.....

3. Persoalanya salah siapa? aku bukan hakim yang mempu menuding jari kepada sesiapa yang bersalah tapi aku adalah sedikit ilmu yang timba selama hidup aku ini. Dan aku mampu berfikir dimanakah silapnya sehingga keadaan politik di Perak jadi begini. Biarkanlah si luncai 4 ekor (Behrang, Bota, Jelapang dan Changkat Jering) itu terjun bersama labu labunya usah dipujuk usah dirayu nati makin besar kelapanya. Usaha nak bicara soal dosa pahala kepada mereka kerana mereka sendiri tahu untuk beri alasan kepada allah di padang mashar nanti.

4. Hanya wakil Pas tidak melompat parti, tak tahu sama ada tak ada pinangan dari BN untuk mereka melompat parti atau wakil2 Pas ini berpegang kepada prinsipnya. Di Kelantan pada pelihanraya lalu hanya beza satu kerusi jek antara BN dan Pas, namun Pas dibawa kepimpinan Tok Guru berjaya mempertahankan Kelantan sehingga menang besar dalam pilihanraya lepas walaupun ada pinangan dari BN untuk wakil Pas melompat katak.

5. Pakatan Rakyat tidak perlu menunding jari lagi kepada BN, pastinya kebanyakan rakyat tahu yang BN itu semamangnya sikapnya begitu..lebih2 lagi Najip yang berbibir merah jambu pandai bertutur 1001 bahasa keramat yang boleh memperdayakan rakya. Biarkan lah BN dengan gayanya........................

6. Pakatan Rakyat khususnya PKR dan DAP harus sedar kenapa perlu lantik pemimpin yang mudah dibeli yang langsung hilang jati diri. Aku faham sangat masalah untuk memilih calon dikalangan PKR, Pas dan DAP. Semuanya takut nak jadi calon..bagi mereka yang berkelayakan takut nati hilang punca rezeki, hilang projek, kene pulau dan sangat penakut. Maka yang tinggalnya mereka yang kurang cerdik ilmunya n teruk moralnya. Disbbkan tak ada siapa maka orang2 yang kurang ilmunya dilantik menjadi calon..tup tup menang lah pulak.....maka negeri perak dipimpin dikalangan orang yang tak cerdik ilmunya yang tak ada fikrah islamiahnya maka inilah hasilnya......

7. Bagi PKR dan DAP jangan buat keputusan seolah2 kalau tak ada rotan maka bayang-bayang rotan pun jadi...maka ini hasilnya..



Kes 1


Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi(gambar) dari Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis, merupakan pemuda pertama yang didapati bersalah kerana gagal menghadiri PLKN, pada 11 May 2005. Beliau didakwa dengan sengaja mengingkari notis bertarikh 9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah.

Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang merupakan seorang daripada empat beradik kepada seorang ibu tunggal, telah berhenti persekolahan selepas tamat pelajaran tingkatan dua SMK Syed Alwi di Kayang. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang bekerja mengambil upah membuat bendang secara harian untuk menanggung ibu dan dua adiknya, memilih untuk menjalani hukuman penjara. Abangnya pula (21 tahun) dilaporkan berada di Melaka bagi mencari pekerjaan, dan dua orang adiknya berusia 16 dan 15 tahun. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dilaporkan oleh akhbar The Star sebagai meminjam RM7 daripada ibunya untuk menghadiri kesnya di mahkamah.


Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad menjatuhkan hukuman penjara 14 hari atau RM600 ke atas Ahmad Harizal selepas dia gagal membayar denda berjumlah RM600. Ahmad Harizal yang kesempitan wang telah memilih untuk hukuman penjara 14 hari.





Kes 2

Pelakon Diana Danielle Danny Beeson (gambar), 17, tidak akan mendaftar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hari ini.Pelakon berkenaan membuat rayuan supaya diberi kelonggaran untuk menangguhkan penyertaannya dalam program itu yang sepatutnya bermula hari ini selama tiga bulan.


Penangguhan itu dibuat kononnya kerana Diana terikat dengan kontrak penggambaran sebuah filem berjudul Kecoh Betul. Menurut pengarah filem itu, Baldev Singh, syarikat produksi White Merpati Entertainment yang menerbitkan filem berkenaan telah berurusan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam mendapatkan kelonggaran bagi pihak Diana.
Permohonan itu dibuat minggu lepas setelah Diana terikat dengan perjanjian penggambaran filem arahannya dari 22 Disember sehingga 22 Januari depan.


Aku petik dari abg aku (Muhaimin Sulam) dia pulak petik dr Ust. Yussaine Yahya yang memetik dari Ust. Suhaimi Said.





"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers