"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)

tahun 2008 mencatatkan pelbagai sejarah baik untuk malaysia mahupun negara-negara lain...oleh itu disini aku sertakan sedikit sebanyak kenangan 2008


2/1/2008:
Dato Sri Dr Chua Soi Lek meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan dan Naib Presiden MCA sbb terkantoi video dia beromen dengan kawan dia. aku dengar dari kawan-kawan yang pernah tgk video tu..org tua ni boleh tahan power dia, siap terjerit2 amoi tu..tak tahu lah sama ada sakit atau sedap hahaha. apepun inilah rupa pemimpin kita yang kita sanjungkan..tapi sehari selepas pengakuan dia, sungguh melucukan ada dibelakang org tua ini, aku tgk kat tv tu ada sorg mamat melayu ni pakai sokok tanda sokongan kepada Chua Soi Lek, malah seakan kagum dengan kehebatan Chua Soi Lek melakukan aksi panas tu..pelik aku, dia ni Islam ke ape.. itulah keadaan apabila manusia yang jahil menjadi penguasa dunia. Apapun BN masih menerima Chua Soi Lek sebagai pemimpin mereka apabila menang dalam pemilihan jawatan tertinggi parti MCA. Tiba-tiba aku terdetik maybe satu hari nanti Malaysia juga akan menerima porn star sebagai pemimpin negara. Takpelah MALAYSIAKU BOLEH go go go go~~~~~



9/1/2008
Al fatihah buat adik nurin yang telah kembali kerahmatullah. Pembunuhan adik nurin sememangnya mengegarkan negara. Pembunuh jenis apalah aku nak ketegorikan sanggup bunuh adik nurin ni. Mesti raja iblis pun tengok terkejut dengan pembunuh adik nurin, kerana tindakan dia mampu mengugat kedudukan raja iblis sebagai seorang raja..tak pasal2 raja iblis hilang title raja. Sampai sekarang si pembunuh adik nurin masih bebas, hebat atau tidak si pembunuh ni pun FBI pun tak leh nak kesan. Aku dapat bayangkan yang si pembunuh tu skrg tak sabar2 nak tengok bunga api kat dataran meredeka malam ni....takpelah MALAYSIAKU AMAN huhuhuhuhu..



16/1/2008:
Lepas penemuan mayat adik nurin dekat pintu kedai di KL, tiba2 negara di gemparkan lagi dengan kehilangan budak perempuan yang bernama Sharlini yang berumur 8 tahun. Sampai sekarang adik Sharlini tak dijumpai. Apepun selepas kejadian ini, mak bapak dah mula ambil berat pasal keselamatan anak dia. Aku ingat lagi semasa aku gi sunway pyramid ada seorang mak ikat anak dia guna tali supaya anak dia tak terlepas. Tapi ada yang agak mencuit hati aku, apabila adik adi putra yang pakar matematik ini tiba-tiba telah menjadi bomoh, apabila meramalkan adik Sharlini akan balik berdasarkan ramalan dia melalui formula matematik..mmg betul2 hebat adik aku ni..Tahniah!!!



8/3/2008
Kekalahan BN mengejutakan politik negara sehingga parti kompenan dalam BN iaitu MCA,MIC dan gerakan hilang banyak kerusi dan seolah-olah menjadi parti yang tidak relevan lagi. Namun sebagai ahli politik BN akan mengatakan mereka masih menang kerana masih mampu memerintah negara. Namun dalam prespektif sejarah inilah kekalahan BN paling buruk sejak Malaysia merdeka dari British, bukan sekadar hilang 2/3 di Parlimen tetapi Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang jatuh ke tangan pembangkang. Kelantan dah komfem PAS pegang..biasalah negeri dipimpin ulamak mesti ada berkat. Mujurlah ada Serawak dan Sabah boleh memberi kelebihan BN memerintah negara, kalau nak ikutkan kerusi mereka di Semenanjung komfem pakatan rakyat dh pegang Parliman. Walaubagaimanpun kemenangan ini sekurang-kurang telah membawa tranformasi politik yang dahulunya bersifat hegemoni kepada prulalist......tapi kalau DSAI jadi PM alahai aku rasa mcm keluar mulut singa lepas tu masuk mulut buaya...dua dua sama busuk sbb tak gosok gigi.




5/11/2008
Seperti biasa di dalam pemilihan presiden di Amerika Syarikat perlembagaan telah menetapkan setiap 4 tahun sekali akan diadakan pilihanraya presiden, dimana tarikah pilihanraya ditentukan berdasarkan hari, iaitu pada hari selasa minggu pertama dalam bulam november. Oleh kerana amerika syarikat mengamalkan sistem dwi parti iaitu hanya terdapat parti republikan (konservatif) dan demokratik (liberialsm) maka tak adalah tiba2 akan muncul calon bebas seperti berlaku di Kuala Terengganu apabila seorang nenek tua nama dia Maimon bertanding merebut kerusi Parliman. Namun apa yang penting sekali pilihanraya ini telah membawa kemenangan besar kepada Obama dari Demokrat. Obama yang berketurunan Amerika-Afrika mendapat kepercayaan oleh rakyat Amerika mentabir negara. Bagi aku kehebatan obama sama seperti Jf Kenedy sewaktu menjadi presiden termuda di Amerika Syarikat, tetapi adakah perjalanan hidup Obama sama seperti Jf Kenedy yang mati dibunuh. Percaya atau tidak selepas Obama diumumkan sebagai presiden Amerika Syarikat bisnes penjualan senjata terus meningkat tak pasal-pasal.....huh..apepun aku nak curi kata nabil... lu pikir arrrrrrrrrrrrrrrrr sendiri....huhuhuhu

p/s: semasa aku darjah 5, cikgu pernah tanya kat aku apakah cita-cita aku. aku jawab nak jd presiden Amerika Syarikat. Tak pasal-pasal cikgu aku kata aku ni gila.....


6/12/2008
Tanah runtuh di bukit antarabangsa mcm biasa aku katakan salah satu berita yang hangat..sehingga tak pasal-pasal masalah politik pun dicampur aduk. UMNO bertindak segera dengan mendidirkan pondok untuk memudahkan urusan orang ramai disitu. Aku tidak tahu apakah fungsi sebenar pondok tersebut, nak kata pondok panas mcm masa pilihanraya maybe adalah fungsinya..tak kisahlah apakah fungsi sebenar pondok tersebut yang penting semua rakyat malaysia terlalu prihatin.

Cuma yang persoalanya adakah orang yang kita tolong itu prihatin, al maklumlah orang yang ditolong ni asetnya berjuta-juta dan bergelar dato datin so nak tolong pun ada protokolnya. (kononnya mcm anak raja dari kayangan). Baru-baru ini, ATM meluahkan rasa kecewa dengan sikap penduduk kat situ kerana menuduh tentera-tentera yang penat lelah membantu dituduh mencuri barang-barang si kaya raya ini. Inilah masalahnya kalau menolong orang kaya, nak tolong mereka yang berlagak semacam komfem dah jadi ahli syurga mmg banyak masalah. Dah lah kena bencana alam pun masih nak berlagak. Teringat aku satu kisah kaum ad yang suka tinggal atas bukit,kaum ad ni kaya raya dan bijak tetapi sombung dan angkuh akhirnya mereka diturunkan bencana dr Allah.... tak lah aku kata penduduk di situ mcm kaum ad tapi ciri-ciri tu dh nampak persamaan. Pesanan aku buat rakyat Malaysia, lain kali tak yah tolong orang mcm ni......
p/s: aku percaya hanya segelintir jek penduduk kat situ yang perangai mcm kaum ad, yang lain baik-baik...mcm biasalah kalau yang buruk tu orang nampak yang baik orang tak nampak..so dlm kes ni aku nampak yang buruk jek .apepun takziah



21/12/2008
Terkejut beruk Bush bila melihat keberanian seorang anak muda membaling kasut semasa persidangan media di Iraq. Mujur bush pandai mengelak, kalau dia tidak pandai elak sia-sia sajalah bush menjadi komander tentera tertinggi Amerika Syarikat. Tiba-tiba aku terfikir kalau si muntadar al zaidi itu membaling bom, maka sudah tentu bush akan dikenang sebagai wira dunia yang mati berjuang...tak perlu aku nak ulas panjang pasal bab baling kasut ni tapi aku teringat dulu masa aku kecil-kecil aku suka sangat main baling kasut lepas sekolah arab (kafa) siap gado-goda ngan member sekampung huhuhu.manisnya kenangan time budak2

0 comments:

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers