"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)





1. Ahamadinijab terus mengekalkan kerusi manusia utama di Iran sebagai Presidan. Kemenangan 62.63% jauh meninggalkan pencabar dia iaitu Mir Hossein Mousavi yang sekadar mendapat undian 33.75% terlalu jauh tinggal kebelakang. Peratus ini tak salah kalau ada dikalangan penduduk Iran mengatakan pilihanraya kali ini menipu kerana kadang kala-kala peratusan ini diluar logik pun ada.
2. Teringat aku semasa pilihanraya 2004 di Tanah Air aku sendiri. UMNO mendapat peratus undi yang diluar jangkaan, malah peratusan yang keluar mengundi pun meningkat. Kalau sebelum ini peratusan yang keluar mengundi sekitar 80% tetapi buat kali pertama dalam sejarah pilihanraya Malaysia peratusan keluar mengundi ada yang hampir 100% walhal nama org yang mati belum sempat dipadam......
3. Pernah sekali aku bersembang dgn org Iran semasa aku menuntut ilmu di UKM, org Iran ini tinggal disebelah bilik aku, dan selalu pinjam dvd aku... maka dengan DVD itulah hubungan aku dgn org Iran ini jadi baik.... Satu hari, dia ajak aku ke bilik dia, dia ada buat makan2....maka aku pergilah sbb bilik dia sebelah bilik aku, tak pergi melampau lah pulak. Rupa2nya aku sorg saja org melayu yang lain2nya hidung mancung badan berbulu.. sambil makan sambil aku sembang.Oleh kerana aku ini diajarkan dlm ilmu sains politik, maka perbualan aku tidak lari dengan bercakap politik. Aku bercakap dengan kawan aku.. apa pandangan dia ttg Ahamadinijib.... Belum pon habis soalan aku, dia terus memberikan jawapan yang aku sendiri terkejut. Jawapan dia adalah "Ahamadinijab, Mother Fucker....." beberapa kali dia menyebut Mother Fucker, bukan dia sorg saja disitu.. hampir yang hadir disitu cukup anti dengan Ahamadinijab... aku tanya mengapa? Jawapannya hanya org Iran saja yang tahu..... adehhh.. Apepun mujur aku tak memuji si Ahmadijijab tu kalau tau aku kompen kene campak ke luar...

4. Bagi aku dan rata-rata umat islam yang penganutnya melebihi satu bilion aku percaya hampir kesemua mengharapkan kemenangan Ahmadijiab sebagai Presiden negara nukler itu. Tak ada sorg pun pemimpin islam yang lantang seperti dia malahan berkali-kali dia melaungkan diseluruh dunia bahawa negara Israel akan terhapus di peta dunia satu hari nanti. Nak mengharapkan pemimpin islam cakap mcm tu jauh sekali.. kalau cakap pun ada yang tak berani apa pula nak ambil tindakan terhadap Israel... termasuk Malaysia.

5. Dasar Ahmadijiab dengan Amerika Syarikat agak agresif kerana Amerika Syarikat adalah sekutu kuat Israel manakala Mir Hossein Mousavi adalah cenderung kepada rundingan dengan Amerika Syarikat. Walaupun sekiranya Mir Hosseim Mausavi ditakdirkan menang sebagai Presiden, dasar luar Iran tetap tidak berubah kerana dasar luar adalah dibawah bidang kuasa pemimpin agung tertinggi Iran iaitu Ayatulollah Ali Khoimeni. Namun sekurang-kurangnya pilihanraya kali ini, Amerika sudah kenal siapa yang boleh dijadikan boneka dan sahabat baik di Iran satu hari nanti.........













6. Keperibadian Ahmadinjiab adalah sukar dicari dikalangan pemimpin negara islam.....aku tak tahu gambar yang aku tunjukan ni adalah propoganda pro Ahmadijiab tapi gambar ini sudah lama di tayangkan di internet sejak dia mula2 dilantik sbg presiden Iran...


7. Kesimpulanya, hanya org Iran saja yang tahu mengapa ada dikalangan mereka membenci Ahamdinijab, seperti sirah para sahabat.... mengapakah golongan yang menyokong muawiyah (sahabat nabi & org yg dipercayai oleh nabi utk menulis al-quran) dan Aishah R.A (isteri nabi) memerangi Saidina Ali (9 manusia yang dijanjikan syurga oleh Nabi & kanak2 pertama memeluk islam). Perbalahan ini mencetuskan perang besar yang pertama diantara umat islam sesama sendiri iaitu Perang Jamal......................... peperangan ini tercetus kerana umat islam ketika itu dilanda Fitnah sesama sendiri..... maka tak heran kalau sejarah ini berulang kembali kerana Fitnah itu sentiasa ada dikalangan umat islam....

0 comments:

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers