1. Dulu masa aku kecil duduk sek rendah aku ni ketegori budak-budak lemah pemikiran tapi tak lah bodoh cuma tak dpt follow apa yang cikgu ajar. Jadi darjah 2 sampai darjah 5 aku masuk kelas Merah. Masuk Darjah Enam aku masuk kelas biru, kelas budak pandai. Tapi dalam kelas tu akulah yang paling bodoh, Periksa akhir pun dah no 31 dari 31 penghuni kelas tu. Mujur lepas darjah enam terus masuk sek men. Kalau tak tentu aku masuk balik kelas bodoh.....
2. Tapi itu cerita 18 tahun dulu, zaman-zaman gajah putih bermaharajalela di bumi Perak. Now umur aku dah 26 tahun, bila terjumpa kawan-kawan lama....semua ungkit kisah lama, kisah duka, kisah gembira dan mcm2 lagi. Adakalanya ungkit2 salah silap lama dulu. Oh ada yang masih berdendam..bahaya bahaya....
3. Dari kecil hingga besar satu yang tak pernah aku lari dari dlm hidup aku. Iaitu aku berfikiran futuristic, aku memikiran apa yang ada pada masa hadapan. Pernah sekali masa aku di sekolah rendah aku bukan sekadar bawa buku atau bekalan makanan tapi aku bawa robot-robot aku ke dalam kelas. Ada yang cikgu aku rampas ada juga yang kene curi dari kawan kelas aku. Bila ada yang tanya "wahai khir napa ko ni minat robot" jawapan aku "aku serog futuristic" sbb masa depan akan wujudnya robot2 mcm aku pikirkan... kalau nak tahu perkata pertama bahasa org putih yang aku hafal adalah futuristic. Terel kan aku? tapi sampai skrg bahasa english aku terabur......................
4. Bila dah meningkat dewasa skrg ni, aku tetap mengemari robot..aku berangan yang dunia pada masa akan datang akan dibayangi dengan teknologi perobotan. huhuhu hebat angan2 aku....
5. Sebenarnya tak ada apa masej yang aku nak sampaikan dalam ruang ni kat semua pembaca. Cuma aku nak asah balik pemikiran aku agar menjadi seorang yang lebih futuristic..... tq tq tq
0 comments:
Post a Comment