"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)


1. Bukan senang untuk dapatkan peluang untuk berlumba. Peluang pertama telah lama aku kalah, bukan kalah atas sebab aku gagal berusaha tapi aku kalah kerana tiada peluang ataupun diberi peluang untuk menang. Adat berlumba yang menang pasti berbangga yang kalah pasti kecewa. Tapi aku dalam berlumba kalah sudah pasti tapi menang belum tentu lagi. Belum tentu yang menang itu layak dipuja bagaikan wira sedangkan yang kalah telah lama berusaha cuma masih belum sempurna untuk menang. Adakalanya yang kalah itu adalah juara dan yang kalah itu jugalah wira... tiada cenderhati atau hadiah apa lagi anugerah.... yang kalah hanya puas menjadi ahli dalam berlumba..

2. Lumba kali ini baru saja bermula, lumba yang dahulu aku kalah, bertahun-tahun aku berlumba untuk mendapatkan sebuah cita-cita tapi aku tetap kalah walaupun sejuta usaha aku sediakan untuk memilikinya. Aku tidak pernah terkejut rupa-rupanya ada perlumbaan kedua. Kerana aku yakin destinasi akhir perlumbaan ini adalah aku juaranya. Walaupun beribu kali terpaksa berlumba namun destinasinya tetap aku..... ermmm aku rasa jek~~~

3. Lumba kali ni mengkin begitu ramai yang pesaingnya atau mungkin 3 , 4 kerat pesaingnya. Kan bagus kalau perlumbaan kali ini bagaikan arnab dan kura-kura ada dua saja watak yang berlumba dan semua tahu yang kura-kura yang juaranya. Dan aku adalah kura-kura itu...

4. Nak dibandingkan aku dengan mereka-mereka itu, aku ini adalah anak muda yang jual laksa dan nasi lemak yang tahu berkarya di blog dengan cerita-cerita aku sendiri. Mereka? usah dibandingkan dengan aku...mereka berjaya cerah masa depannya. Aku anak muda yang kerja sendiri kesana kesini hanya menjual laksa dan nasi lemak untuk mencari sesuap rezeki namun punya cita dan impian untuk memilikinya juga....

5. Bila ditanya tentang persiapan.... aku telah lama bersiap untuk berlumba dari fizikal aku mampu, mental aku mampu, batin pun juah lebih mampu tapi dari segi meterial mmg serba kekurangan. Nak beli kasut utk berlumba pun tak mampu.... hanya berlumba dengan selipar pemberian mak aku... lagipun apalah sangat dengan kasut tu, pakai selipar aku ni pun aku boleh menang sbb perlumbaan ini diukur dari keikhlasan, kepercayaan dan kejujuran.


6. Sekiranya perlumbaan ini aku kalah juga, tidak apa biar bertahun aku berlumba dengan kekalahan tapi aku berjaya membuktikan yang aku benar-benar mengharapkan cita-cita. Biar dia tidak pandang,biar dia tidak heran, biar dia tidak hirau tapi akhirya dia pasti tahu akulah jawapan yang dicari. Teringat aku dengan kata2 faiz mlm tadi " kalau dh nama permata ditutup dengan lumpur pun tersorok dalam laut dlm pun pasti dicari juga.....".

7. ....1 2 3 aku lumba lagi.................................................

1 comments:

hmmm.... banyak maksud tersirat?????

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers