"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)

1. Berkerja sebagai penjual nasi lemak dan laksa tidak kekok bagi aku. Pagi-pagi sudah cari ikan, cari sayur untuk buat kuah laksa memang sungguh penat tetapi aku bangga kerana aku masih lagi waras mencari rezeki yang halal dan kerja yang normal. Namun ianya masih lagi sempurna....

2. Cemburu jauh sekali kalau melihat kawan-kawan aku yang kerja di pejabat yang berhawa dingin, berpakaian kemeja, ber tali leher. Aku cukuplah dengan tali pinggang yang ada pemberian mak aku di kampung masih lagi tetap utuh melilit di pinggan aku. Bagi aku hidup aku sudah sempurna walaupun masih belum cukup sempurna untuk melayar angan-angan aku...

3. Kadang kala aku rasa hidup aku lain dari mereka semua, hidup cukup sederhana. Walaupun adakalanya aku gagal tapi aku tak menyesal kerana aku sudah biasa gagal dalam percubaan. Dengan kegagal akan aku bawa juah kembara....untuk mencari sempurnanya hidup aku.

4. Walaupun poket sentiasa kering, yang ada hanya syiling-syiling tidak sampai pun seringit. Tidak mengapa asalkan pekerja-pekerja aku tidak kering bekerja dengan aku. Bagi aku pekerja aku adalah permata aku....susah nak cari mereka yang amanah dan berdedikasi. Aku pun kadang kala sanggup ikat perut asalkan pekerja aku ada gajinya. Cukup makannya, Cukup gembiranya dan cukup apa yang belum cukup. Bukankah itu juga nama sempurna?

5. Sempurna apa lagi yang belum sempurna.. ouh ya ya.... takut aku padaNya....dan sayang aku padaNya...

0 comments:

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers