1. Semalam genaplah 40 tahun peristiwa berdarah di Malayisa iaitu Peristiwa 13 Mei 1969. Ahli politik, ahli akademik dan tak kira pun ahli apa pun, bila bercakap mengenai perpaduan, tentang dasar ekonomi baru dan sebagainya maka secara lazimnya akan mengaitkan peristiwa ini untuk mengukuhkan hujah2nya.
2. Generasi muda pasca 13 Mei seperti aku yang hidup selepas puluhan tahun dari peristiwa itu turut dibayangkan dengan kedahsyatan peristiwa tersebut. Dari sekolah di didik supaya peristiwa tersebut jangan berulang lagi. Sama-samalah menjaga keharmonian dan perpaduan di dalam negara. Sang penguasa yang ingin terus mengekalkan kerusi panasnya di singhasana juga turut menakut2kan rakyat dengan peristiwa tersebut, agar rakyat bersatu padu dan kekal harmoni demi menja periuk nasi perut mereka.
3. Bagi aku yg suka lari dari adat dan tradisi bangsa aku sendiri, kerelevanan mengingati peristiwa 13 Mei ini adalah satu makanisma hegemoni pemerintah secara halus dalam minda masyarakat. Usah dicanang-canang lagi peristiwa ini buat generasi muda seperti aku kira isu ini sudah muak n tepu telinga aku mendengarnya. Bukan aku tak mahu ambil pengajaran. Tapi dengan sentiasa mengati isu inilah bangsa aku sentiasa menjadi haprak dan dungu dipermain-main oleh mereka di atas sana.
Gambar seperti inilah yang sentiasa dicanang-canang oleh mereka yang taksub dengan bangsa sendiri agar berasa was-was dengan bangsa lain sehingga ke hari ini
4. Biar aku dan generasi aku yang tentukan "Malaysia Kita"

0 comments:
Post a Comment