"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)

1. Pelik aku bila terdapat orang islam pemikiranya sama seperti pemikiran orang Israel malahan yang lagi menyedihkan dia adalah bangsa aku sendiri. Bagi aku tak salah untuk kita berfikir malah dalam Islam juga mengalakan umatnya berfikir..sekurang-kurangnya kita tidak berfikiran jumud atau jadi manusia seperti katak dibawah tempurung. Sentiasa berfikiran rasional dimana kelogikan itu menjadi asas utama...bagi aku dalam soal politik atau perkara-perkara yang berkaitan dengan keduniaan tidak salah kita menggunakan pemikiran rasional untuk menailai sesuatu keadaan, namun dalam soal agama adalah salah sama sekali, sekiranya al-quran dan hadis tidak dibawa sekali.

2. Al-kisah terdapat beberapa kawan-kawan aku yang bentuk pemikiranya aku pun tak tau nak ketegorikan jenis apa, sama ada seorang berfikiran nasionalime atau fundamentalism. Tapi yang pasti dia sentiasa berfikir rasional dan logik hingga kadang-kadang tanpa dia sedar pemikiranya telah membelakangkan al-quran dan hadis.

3. Kisahnya bermula wujudnya persoalan, tindakan Hamas yang sanggup mempertahankan Gaza sehingga mengorbankan lebih 1000 penduduk Palestin dan sebahagian besarnya kanak-kanak, wanita dan orang tua. Dia mempersalahkan Hamas kerana mempertahankan Gaza, bagi dirinya Hamas harus keluar dari Gaza dan jangan mencari pasal dengan Israel. Bagi dirinya lagi kemusnahan dan kematian penduduk di Gaza adalah tanggungjawab Hamas kerana sifat ego Hamas yang tidak mempedulikan nasib orang lain.

4. Stament ini, sama yang dikeluarkan oleh golongan-golongan yang pro yahudi dan Israel seperti Amerika Syarikat, Mesir dan PLO/Fatah yang mendakwa Hamas ego sehingga memprovokasi Israel untuk menindas rakyat Gaza. Sehingga tindakan kejam Israel sejak 6 dekat dulu tidak pernah disentuh. Tak sangka terdapai kawan-kawan aku masih berfikiran seperti ini, bagi aku senang sahaja ... apa yang aku boleh katakan "Kau pengecut, Kau Bacul!!!"

5. Mungkin dia lupa dengan sejarah dato maharajalela, Tok Janggut, Leftenan Adnan yang sanggup bermati-matian malahan mengajak orang melayu bangun menentang penjajah. Walaupun mereka tahu yang meraka ini pasti kalah dan syahid kerana bersenjatakan keris dan tombak untuk berhadapan dengan musuh yang bersenjatakan peluru hidup dan meriam gajah.

6. Mungkin dia lupa perjuang nabi dan sahabat sehingga ramai yang sahabat syahid, demi mempertahankan Islam. Dan aku pasti yang dia tidak tahu kemulian Palestin untuk umat Islam. (Peristiwa Israq dan Mikraj) Aku pun tidak pasti sama ada dia tahu dalam al-quran ada menyatakan seruan jihad dan mempertahankan tanah air itu juga adalah jihad. mungkin dia selesa menjadi golongan munafik yang lari dari medan peperangan seperti bapa munafik iaitu Abdullah Bin Ubair yang lari dalam peperangan badar bersama dengan 300 pengikutnya kerana takutkan mati dan cintakan dunia.

7. Aku ada satu cerita untuk kawan-kawan aku yang masih tidak faham perjuangan Hamas., mungkin dia tidak tinggal di sana dan masih dibayangi pemikiran mewah dan kapitalis di sini.....so bayangkan lah cerita dibawah:-


"Semasa anda kecil, datang sekumpulan perompak telah membunuh ibu bapa anda, malah adik perumpuan anda dirogal dan di bunuh. Anda dihalau dari rumah itu dan perompak mengambil rumah anda dan menyatakan rumah anda adalah kepunyaan dia. Ketua Kampung disitu telah memberi hak kepada perompak untuk mendiami rumah anda, malah orang-orang kampung turut mengiktiraf kediaman rumah anda adalah menjadi hak perompak. Setalah 60 tahun anda dihalau dirumah anda kembali dan menuntut hak anda ke atas rumah anda. Anak-anak perompak bersetuju menerima anda untuk tinggal dirumah anda namun anda diletakan di dalam kamar yang kecil dan serba kekurangan, malahan setiap pergerakan anda sentiasa diawasi. Anda juga dikehendaki menjadi hamba sepanjang hayat...malahan isteri dan anak-anak anda didera dan dirogal...."


petunjuk:-

1. Anda: Rakyat Palestin
2. Perompak/anak-anak perompak: Zionis/Israel/Yahudi
3. Rumah Anda: Palestin termasuk wilayah Israel sekarang
4. Bilik kecil: Gaza dan Tebing Barat
5. Ketua Kampung: PBB
6. Orang Kampung: Masyarakat dan negara-negara sedunia
7. 60 Tahun: Peristiwa Nakbah

8. Ustaz aku dulu pesan, kalau kita nak berlawan cakap dengan orang ini, perlukan menggunakan al-quran dan hadis. So aku bagi lah sikit untuk merkea yang tidak memahami perjuangan rakyat Palestin dan Hamas, mudah-mudahan kau menjadi orang yang beriman:-


surah al-Haji ayat 39-40:

Yang Bermaksud: " Diizinkan berperang bagi orang yang diperangi, sebab mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka. Iaitu mereka yang diusir dari kampung dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, mereka diusir semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan kami ialah Allah. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja, dan tempat-tempat sembahyang kaum Yahudi, dan juga masjid-masjid yang disebut banyak nama Allah padanya; dan bahawa Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa."

- bagi mereka yang terkorban, walaupun orang tua, wanita dan kanak-kanak ditanah air sendiri kerana mereka telah mempertahankan tanah air mereka iaitu palestin. Ini janji Allah:-

Ali-Imran ayat 169:

Yang Bermaksud: ” Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki."


-moga allah memberi kemenangan kepada pejuang-pejuang Islam di Palestin dan seluruh dunia..amin

p/s: so kawan aku yang bernama tut tut tut tu......jaga jagalah dalam berfikir...jangan berfikir seperti orentalis barat yang tidak menilai dan menerima al-quran dan hadis....moga allah mengampun aku dan kita semua..amin

0 comments:

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers