"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)


-Aku baru je baca blog abg aku...cerita baru dia ari ni adalah pasal nasib malang kereta nasional.cerita yang sgt menarik dan aku rasa lebih menarik dari isu perkahwinan ikin mawi atau gosip datuk k n siti.....merapu jek cerita diaorg ni!!!!

- Dulu kerajaan negeri Terengganu membelanjakan wang jutaan ringgit utk membeli kereta M.Banz n setiap satu harganya RM 1.3 juta. Maka langkah ini pun diikuti oleh kerajaan negeri Perak dan Selangor. Selongor belanja RM 1.3 juta untuk 10 buah kereta Camry...bersamaan dengan sebijik kereta M.Banz. Betul atau tidak nilai harga kereta tersebut aku tak tau tapi diaorg dalam kelompok yang sama...

- Apalah dosa sang proton sehingga sang penguasa pun tak yakin dengan proton. Tindakan yang dilakukan oleh menteri-menteri besar ini sedikit sebanyak telah melahirkan satu sikap prajudis terhadap kereta nasional sendiri. Dengan kata lain mereka ni telah membentuk satu set pemikiran rakyat bahawa barangan Malaysia tidak berkualiti.....akhirnya bangsa aku akan menjadi skaptikal yang jumud!!!

- Sejak aku dari kecil masyarakat Malaysia sangat memuji barangan luar malah barangan tempatan dianggap ketinggalan zaman malahan ada yang anggap jijik. Aku ingat lagi time aku kecik2 lagi.... nampak jek barang buruk atau barang tu org miskin guna mesti dah kene label barang local. Alasannya barangan luar lebih berkualiti berbanding barangan tempatan. Alasan ini juga masih digunakan oleh pemimpin-pemimpin untuk membuktikan bahawa kereta perdana V6 selalu sakit dan kos nak ubatnya terlalu mahal. Namun alasan yang paling menonjol digunakan oleh pemimpin-pemimpin ini adalah untuk menjimatkan wang rakyat. Maka secara tak langsung rakyat akan menerima dan terpengaruh kata-kata hikmah dan madah pujangga sang penguasa. Malah lebih malang lagi bagi rakyat yang tak mampu nak berfikir panjang hanya dikatakan oleh pemimpin itu sajalah yang benar lagi benar.

- Entah betul entah tidak Perdana V6 yang digunakan oleh sang penguasa sentiasa bermasalah. Tapi asasnya sejak tahun 1984 lagi kerajaan membelanjakan berbilion wang ringgit utk meningkatkan perusahaan automobil akhirnya tidak mendapat sokongan dari golongan penguasa. Dimanakah perginya jutaan ringgit wang rakyat utk memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar belajar dapat bidang automobil. Bodoh sangatkah belia negaraku sampai tidak mampu mempertahankan kegemilagan kereta nasional.

- Sehingga kini aku masih meragui adakah benar Perdana V6 ini sama seperti yang dikatakan..kerana aku juga pengguna Perdana V6..

- Kalau bukan kita, siapa lagi yang mahu menyokong satu-satunya kereta nasional kita, sediakah kita melihat terkuburnya kereta nasional ini. Rakyat hanya mengikut pemimpin, kalau pemimpin dah pandang buruk pada kereta nasional kita..maka 27 juta penduduk malaysia pun akan memandang buruk dengan kereta nasional kita. Benar kata abg aku...pemimpin hanya terlalu memikirkan kuantiti tapi tidak memikirkan kualiti. Dengan kata lain segelintir sang penguasa hanya memikirkan soal kuantiti wang dikeluarkan namun tidak mampu otaknya memikirkan kualiti negara pada masa akan datang.

- Ini baru bercakap tentang proton, belum tentang bahasa melayu yang lama kelamaan akan terhapus angkara sang penguasa yang rakus lagi bebal otaknya.

- Anda sayang Malaysia?

ps: artikal ini ilham dari artikal abg aku..

0 comments:

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers