"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)

1. Sejak Palestin khususnya Gaza di bom oleh tentera Yahudi pada 21 Disember 2008 maka rakyat Malaysia bangunan dari tidur untuk membantu rakyat Palestin. Setiap kali berita mesti tajuk utamanya pasal Palestin tak kira tv atau surat kabar apapun semuanya menunjukan kekejaman Isreal. Macam biasa akan aku katakan bahawa rakyat Malaysia sungguh perihatin. Padahal isu Palestin ini telah bermula sejak 60 tahun yang lalu...atau bahasa jiwangnya "luka lama yang masih berdarah".Ratusan ribu rakyat Palestin terkorban angkara Israel dan sekutunya...mungkin Malaysia baru terbuka matanya, tak tahulah salah siapa......lena sungguh rakyatku tidur!!!

2. Isu Palestin, bukan lagi isu yang dicakap-cakap oleh ahli politik atau ahli akademik. Budak yang baru sekolah pun dah mula pandai cakap isu Palestin. Cuma yang bezanya antara budak dengan orang dewasa, budak-budak sukar menganalisis manakala orang dewasa mampu menganalisis isu di Palestin. Tapi ada juga orang dewasa yang masih berfikiran kebudak-budakan kerana mereka tak mampu atau lembap kepala otaknya untuk menganlisis isu Palestin. Baik orang politik, orang akademik mahupun orang bisnes. Kerana apa? Kerana mereka tak mahu menerima kebenaran yang nyata..cintakan dengan kebatilan mereka.... itulah skaptikal duniaku~~~

3. Bagi aku isu Palestin ini akan menjadi basi kembali lambat laun di Malaysia, kerana sifat pemikiran rakyat Malaysia sememangnya telah dibentuk sebegini. Lihat saja isu yang berlaku di Iraq dan Afghan, mula2 bukan main hebat rakyat Malaysiaku memboikot Amerika dan mendemontrasi. Akhirnya lama-kelamaan semangat itu hilang entah kemana, padahal hingga kini bumi Iraq dan Afgan masih dihujani bom. Begitu juga isu Palestin ini, mungkin hari ini, mungkin minggu ini dan mungkin bulan ini kita semangat tapi persoalanya sejauh manakah semangat itu akan kekal. Mungkin isu Pilihanraya Kuala Terengganu nanti akan menutup Isu Palestin..tapi mujur lah isu perkahwinan mawi dan ikin tak sehangat isu Palestin.. alhamdulilah~~~

4. Terus terang aku cakap siapa yang mengatakan orang yang bersemangat ini ekstrim (di pandang negatif) maknanya orang itulah yang paling bodoh dan hodoh otaknya.....

0 comments:

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers