1. Kejap lagi masuk lah waktu asar.... makin lama aku menunggu aku rasa makin lama pulak waktu asar tu nak masuk. Aku plan kononya lah nak gi sembanhyang jemaah surau depan rumah aku nie. Al maklumlah nama jek surau depan rumah, tak sampai pun beberapa kangkang kera dari rumah aku tp pergi ke surau alahai boleh kira dgn jari tangan berapa kali jek aku gi.......
2. Bila kat kampung kehidupan aku mmg jauh gila beza, aku rasa kalau korang tgk kehidupan aku di kampung silap hari bulan korang pun gila sbb tak percaya itu diri aku di kampung wakakaka. Tak adalah maksud aku di sini aku buat benda tak elok dan di kampung aku jadi ustaz. Apa yang aku nak cakap di kampung setiap kali sembahyang waktu termasuk ar solat subuh aku akan pergi berjemaah tapi kat sini alahai hanya jemaah dgn jin kat umah aku jek.
3. Aruwah bapak aku paling pantang kalau dia dengar aku tak pergi sembahyang kat masjid. Aruwah bapak aku ni didik aku mmg lah tegas....penuh didikan agama tapi dia ni lembut orang. Oleh kerana aruwah bapak aku ni kadang-kadang tak ada di Majid kampung aku sbb dia jadi imam kat masjid lain, cara dia nak tau aku pergi masjid ke idak. dia akan tanya siapa imam sembahyang tadi n surah ape imam tu baca..wakakaka.. Maka nak tak nak aku kene ar gi solat kat masjid demi menjawab soalan-soalan dia tu...ala ni cerita time aku kecil mmg buat sbb tak iklas tapi dh beso dh jadi tanggungjwab utk aku gi masjid kampung aku la..
4. Sekadar solat jemaah tiap2 hari kat masjid ni..time kecil adalah pekara biasa bagi aku. Tapi yang paling hebat nya dulu kecil aku sembahyang selalu pakai serban...mengalahkan semua adik beradik aku. Time mula-mula aku belajar pakai serban tu aku tak tau apa kelebihanya cuma apa yang nampak pakai serban ni nampak ensem tu. lama-lama aku tau la kelebihan orang memaikan serban nie..... tapi skrg adeh .aku rasa tahun lepas mmg aku tak pernah pakai serban langsung. last aku pakai aku pun tak ingat entah bila.....ohye ade ade..last week aku pakai serban time domontrasi konon2nye nak nampak mcm pejuang Hamas.....
5. Apepun apa yang aku cerita ni adalah kisah aku time aku kecil dan time aku sekarang......apepun hidup dibandar ini banyak godaannya, semua ada cuma kuat atau tak kuat je iman kita...bagi aku hidup ini biarlah berprinsip, kalau kita dh jauh dr Allah cepat2 kita kembali pada Allah.......Aku teringai kata2 khalifah Umar "Tak akan kamu berasa gundah walaupun sekali, sekiranya kamu tahu apa yang dicari" sebenarnya aku tau kata2 ni bila aku baca buku "kartini". yelah sampai skrg aku tak tau apa yang aku cari tu sbb hati aku asik tak diam jek...mybe jawatan presiden amerika yang cari..wink~~~~~
6.dh arr aku rasa cukup takat ni kot.. aku pun baru sedar, rupa2nya dh habis jemaah sembahyang asar kat depan rumah aku nie..ceh baru tadi semangat nak solat jemaah.....
6. Ok la semekommmmmmmm!!!
Inilah Aku
Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa
Renungan untuk aku
يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير
Posted by
WaLi KhAIR SuLaM
1 comments:
Ooo... dulu2 xikhlas ek g masjid... heheheh!!!
Post a Comment