"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)


(Wahai Allah........... I Love U so Much... )

1. Aku berdiri atas nama sejarah dan pengalaman hidup aku, pepatah melayu cakap "aku lebih dulu makan garam dari kau". Maksudnya lagi lama orang tu hidup makan lebih berpengalamanlah dia dalam hal hal dunia. Tapi tak semestinya orang muda seperti aku tidak cukup pengalaman atau lebih hebat dari yang tua.... aku yang muda kadang kala mampu lebih hebat dari mereka. Kerana setiap pengalaman mematangkan pemikiran aku...

2. Seronok bila merenung kisah-kisah silam aku, namun tidak semua perlu aku teruskan dan ingat kerana kalau lama-lama ingat pon bisa jadi barah yang menyakitkan otak dan hati aku. Boleh bawa mati kalau tak pandai handle tau...

3. Tapi masalanya kenapa aku sukar utk melupakan kenangan-kenagan yang pernah menjadi angan-angan aku. Bukan aku tak cuba.. sudah berkali aku membuka buku baru dalam hidup aku, tapi masih belum cukup duit untuk membuka buku baru dalam hidup aku.

4. Tak payah berlapik, sebenarnya baru aku sedar siapa yang menghantui diri aku. Aku ingat sudah sekian lama tak bersua dan cuba membuka ruang pada orang lain fikiran aku dan hati aku boleh lupakan. Tiba-tiba kenapa aku rasa menyampah, marah, meluat, cemburu....bla bla..bla.. Rupanya-rupanya baru aku tau yang dia masih ada lagi dihati aku...... masih hidup dan masih bernyawa dalam pemikiran aku. Pendik kata baru tau yang aku SAYANG dan CINTA kan dia lagi....

5. Tapi tak apa lah..........biar aku terus begini sbb bukan takdir untuk dia memahami dan menjadi seperti aku yang sepenuh hati memikirkan dia.. kerana dia tidak akan pernah memahami walaupun bibirnya yakin menuturkan bahawa dia seorang yang memahami............. " kau tak akan pernah faham selagi kau begini"

6. Dia siapa......? dialah dialah dialah...dialah org nya.....

1 comments:

Wahai anakku...setiap insan ada takdirnya.Terima lah takdir yg tercipta seadanya.Mungkin itu terbaik untukmu walaupun ianya amat menyakitkan.Percayalah...dikau tetap disayangi meski pun tidak ditakdirkan bersama yg engkau cintai.Dikau pasti dapat melihat dan merasainya...meski pernah terjadi sesuatu yg amat memeritkan suatu waktu dulu.Kita saling memaafkan dan menerima.Bukan kah itu hikmah terbesar utk kita?
Pesan ku anak...jaga lah hati insan2 yang kau cintai.Jgn lukakan hatinya dgn ungkapan2 merindui masa yg pernah dikau angankan.Itu pasti merobek hati dan perasaannya.Buka seluruh ruang dihatimu hanya utknya.Yg berlaku simpan erat dihatimu..kerana rindu mu utknya terlarang sudah..kerana antara kalian ada halangan ditengah2nya.Tp itu tidak bermakna kita tidak saling menyanyangi.Dikau tetap ada dan mekar dihati kami anakku.Percaya lah.
Pesanan dari MAMAmu.

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers