Dakwa UMNO tolak Islam fitnah besar pembangkang - Mustapa
KUALA KRAI 4 Julai — Dakwaan pemimpin pembangkang bahawa Umno menolak Islam adalah fitnah besar dan amat tidak bertanggungjawab, kata Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Datuk Mustapa Mohamed.
Menyifatkan apa yang berlaku sesuatu yang amat mendukacitakan, Mustapa berkata beliau kesal dengan tindakan pemimpin pembangkang yang membawa ’cerita’ kononnya Umno menolak Islam, menyeleweng dan membawa ajaran sesat dalam lawatan rumah ke rumah dan ceramah agama di kawasan itu.
“Kita telah berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan Islam dalam kehidupan seharian. Apatah lagi dalam perbankan Islam, pendidikan Islam dan ekonomi Islam.
Kita mengakui ada sedikit sebanyak kelemahan, tetapi kelemahan ini sentiasa kita perbaiki. Kita harap rakyat tidak mudah terpedaya dengan dakyah dan fitnah seperti ini,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis khatam Al-Quran Parlimen Kuala Krai anjuran Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan di Dewan Utama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laloh, Manik Urai, di sini, hari ini.
Sebagai sebuah parti yang mendokong Islam, beliau berkata Umno bertanggungjawab menegakkan perkara yang benar dan menangkis segala fitnah yang dilemparkan terhadapnya.
“Kenapa ini boleh berlaku? Saya hairan juga, saya solat di masjid, kiri kanan saya daripada macam-macam fahaman politik. Kita bersama sembah Tuhan yang sama, dalam masjid yang sama, (tetapi) keluar saja masjid, macam-macam fitnah ditaburkan. Ini amat mendukacitakan,” katanya.
Mustapa turut membidas Penasihat Pilihan Raya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang mendakwa parti itu sengaja membuka ruang untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) menyerang pimpinan mereka terutama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana itu akan memberi kelebihan kepada PAS.
“Tengok muka dapat pahala? Ini kira ajaran sesat. Pahala itu bergantung pada amal maaruf, pahala itu kita buat kebaikan, kita sembahyang dan buat kebajikan ihsan, itu pahala. Tapi tengok gambar... tidak ada nas dalam Al-Quran atau Hadis, saya tidak tahulah, saya bukan ulama besar dalam Malaysia.
“Saya tidak baca mana-mana kitab yang kata, tengok gambar dapat pahala. Ini macam puja, kira tidak betullah pada pandangan atau ilmu yang ada pada saya.
Saya tidak pernah dengar tengok gambar tokoh dapat pahala.” Penamaan calon pilihan raya kecil Manik Urai akan diadakan pada 6 Julai dan jika ada pertandingan hari pengundian ditetapkan pada 14 Julai.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas akibat serangan jantung.
— BERNAMA
:- Minda aku:-2. UMNO mmg tidak menolak ISLAM tapi UMNO mahu membuat acuan sendiri ISLAM dalam perpektif mereka. Maka lahirlah ISLAM HADAHRI yang mana ISLAM diamalkan umpama Had Had Hari saja. UMNO mendidik dan mengajar rakyatnya cintakan Allah, malah sujud pada Allah namun UMNO tidak mengajar rakyatnya TAKUTKAN AZAB ALLAH, TAKUTKAN NERAKA.. malah UMNO menyuapkan rayat-rakyatnya dengan dosa-dosa khususnya belia-belia seusia aku.
3. UMNO tidak menolak Islam sebenarnya, sbb pemimpin mereka diajar oleh mak bapak mereka menerima Islam tanpa mempersoalkan apakah itu Islam sebenarnya. Oleh itu apabila mak bapak mereka mati maka mereka anggap mereka sudah cukup ilmu Islamnya. Bila ada golongan Islam yang mahu membetulkan ISLAM yang dibawa oleh UMNO.. UMNO menyatakan "ouh mereka menggunakan agama utk kepentingan mereka" Padahal mereka tidak sedar islam yang diamalkan mereka itu tidak betul.
3. UMNO tidak menolak ISLAM sebenarnya, seperti Kamal Artatub ... hingga hayatnya dia mengaku dia Islam, walaupun dia pernah ngaku dia bergembira bila rakyatnya meanggap dirinya tuhan. Jamal Abdul Nasir yang menyeksa dan membenuh jutaan ulama dan pejuang Islam di Mesir turut mati dalam Islam. Malahan Korun yang hidup sezaman nabi Musa pun masih mengakui kekuasaan tuhan dan kewujudan Allah. Tapi mereka tidak takut pada Allah S.W.T. Takut pada Allah itu adalah sebahagian dari iman. Hasilnya hingga sekarang sudah lama merdeka UMNO masih tidak lagi meletakan AL-QURAN DAN HADIS SEBAGAI PERLEMBAGAAN, UMNO MASIH MENGHALALKAN SEGALA-SEGALA YANG HARAM DISISI ISLAM.
4. Aku CABAR MANA-MANA KEPALA UMNO... BAGI HUJAH KENAPA UMNO MASIH GAGAL DALAM MENDAULATKAN AL-QURAN & HADIS SEBAGAI PERLEMBAGAAN UTAMA. .... tapi aku pasti kalau ada yang jawab, pasti jawapanya memperlihatkan mereka tak faham ISLAM kerana mereka tidak takutkan ALLAH.....
5. Dalam rukun iman:-
- Percaya kepada Allah
- Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
- Percaya kepada Malaikat-Malaikat
- Percaya kepada Kitab-Kitab ( agak-agaknya rukun ini umno ada tak, sbb diaorg tak faham2 islam lagi sendiri fikirlah yek)
- Percaya kepada Hari Akhirat
- Percaya kepada Qada' dan Qadar
7. Pesanan aku terakhir, PAS kalau nak kutuk UMNO perlulah jelas dan senang ayat utk difahami. Jangan banyak berkias-kias... SBB UMNO ni tak faham bahasa Melayu.. dan pulak tu bahasa Melayu mula diancama dan diperkecilan penggunaannya oleh UMNO.. maka PAS perlu kenal musuh supaya apa yang PAS cakap UMNO faham....
8. UMNO.. kamu ada masa utk perbaiki, jangan dah mati baru tahu takutkan ALLAH...
0 comments:
Post a Comment