"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)

Seronok kalau aku dapat jumpa ayg. nak jek aku nayanyi lagu kekasih gelapku kepada ayg aku. tapi masalahnya suara aku pun bukan sedap pon.




Khas buat ayg...ruang blog ni jek mampu aku hadiahkan sempenan tahun baru ni...insyallah tahun2 akan datang aku leh belikan hadiah yang best2 utk hg..sbb aku syg sgt kat hg.love u

tahun 2008 mencatatkan pelbagai sejarah baik untuk malaysia mahupun negara-negara lain...oleh itu disini aku sertakan sedikit sebanyak kenangan 2008


2/1/2008:
Dato Sri Dr Chua Soi Lek meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan dan Naib Presiden MCA sbb terkantoi video dia beromen dengan kawan dia. aku dengar dari kawan-kawan yang pernah tgk video tu..org tua ni boleh tahan power dia, siap terjerit2 amoi tu..tak tahu lah sama ada sakit atau sedap hahaha. apepun inilah rupa pemimpin kita yang kita sanjungkan..tapi sehari selepas pengakuan dia, sungguh melucukan ada dibelakang org tua ini, aku tgk kat tv tu ada sorg mamat melayu ni pakai sokok tanda sokongan kepada Chua Soi Lek, malah seakan kagum dengan kehebatan Chua Soi Lek melakukan aksi panas tu..pelik aku, dia ni Islam ke ape.. itulah keadaan apabila manusia yang jahil menjadi penguasa dunia. Apapun BN masih menerima Chua Soi Lek sebagai pemimpin mereka apabila menang dalam pemilihan jawatan tertinggi parti MCA. Tiba-tiba aku terdetik maybe satu hari nanti Malaysia juga akan menerima porn star sebagai pemimpin negara. Takpelah MALAYSIAKU BOLEH go go go go~~~~~



9/1/2008
Al fatihah buat adik nurin yang telah kembali kerahmatullah. Pembunuhan adik nurin sememangnya mengegarkan negara. Pembunuh jenis apalah aku nak ketegorikan sanggup bunuh adik nurin ni. Mesti raja iblis pun tengok terkejut dengan pembunuh adik nurin, kerana tindakan dia mampu mengugat kedudukan raja iblis sebagai seorang raja..tak pasal2 raja iblis hilang title raja. Sampai sekarang si pembunuh adik nurin masih bebas, hebat atau tidak si pembunuh ni pun FBI pun tak leh nak kesan. Aku dapat bayangkan yang si pembunuh tu skrg tak sabar2 nak tengok bunga api kat dataran meredeka malam ni....takpelah MALAYSIAKU AMAN huhuhuhuhu..



16/1/2008:
Lepas penemuan mayat adik nurin dekat pintu kedai di KL, tiba2 negara di gemparkan lagi dengan kehilangan budak perempuan yang bernama Sharlini yang berumur 8 tahun. Sampai sekarang adik Sharlini tak dijumpai. Apepun selepas kejadian ini, mak bapak dah mula ambil berat pasal keselamatan anak dia. Aku ingat lagi semasa aku gi sunway pyramid ada seorang mak ikat anak dia guna tali supaya anak dia tak terlepas. Tapi ada yang agak mencuit hati aku, apabila adik adi putra yang pakar matematik ini tiba-tiba telah menjadi bomoh, apabila meramalkan adik Sharlini akan balik berdasarkan ramalan dia melalui formula matematik..mmg betul2 hebat adik aku ni..Tahniah!!!



8/3/2008
Kekalahan BN mengejutakan politik negara sehingga parti kompenan dalam BN iaitu MCA,MIC dan gerakan hilang banyak kerusi dan seolah-olah menjadi parti yang tidak relevan lagi. Namun sebagai ahli politik BN akan mengatakan mereka masih menang kerana masih mampu memerintah negara. Namun dalam prespektif sejarah inilah kekalahan BN paling buruk sejak Malaysia merdeka dari British, bukan sekadar hilang 2/3 di Parlimen tetapi Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang jatuh ke tangan pembangkang. Kelantan dah komfem PAS pegang..biasalah negeri dipimpin ulamak mesti ada berkat. Mujurlah ada Serawak dan Sabah boleh memberi kelebihan BN memerintah negara, kalau nak ikutkan kerusi mereka di Semenanjung komfem pakatan rakyat dh pegang Parliman. Walaubagaimanpun kemenangan ini sekurang-kurang telah membawa tranformasi politik yang dahulunya bersifat hegemoni kepada prulalist......tapi kalau DSAI jadi PM alahai aku rasa mcm keluar mulut singa lepas tu masuk mulut buaya...dua dua sama busuk sbb tak gosok gigi.




5/11/2008
Seperti biasa di dalam pemilihan presiden di Amerika Syarikat perlembagaan telah menetapkan setiap 4 tahun sekali akan diadakan pilihanraya presiden, dimana tarikah pilihanraya ditentukan berdasarkan hari, iaitu pada hari selasa minggu pertama dalam bulam november. Oleh kerana amerika syarikat mengamalkan sistem dwi parti iaitu hanya terdapat parti republikan (konservatif) dan demokratik (liberialsm) maka tak adalah tiba2 akan muncul calon bebas seperti berlaku di Kuala Terengganu apabila seorang nenek tua nama dia Maimon bertanding merebut kerusi Parliman. Namun apa yang penting sekali pilihanraya ini telah membawa kemenangan besar kepada Obama dari Demokrat. Obama yang berketurunan Amerika-Afrika mendapat kepercayaan oleh rakyat Amerika mentabir negara. Bagi aku kehebatan obama sama seperti Jf Kenedy sewaktu menjadi presiden termuda di Amerika Syarikat, tetapi adakah perjalanan hidup Obama sama seperti Jf Kenedy yang mati dibunuh. Percaya atau tidak selepas Obama diumumkan sebagai presiden Amerika Syarikat bisnes penjualan senjata terus meningkat tak pasal-pasal.....huh..apepun aku nak curi kata nabil... lu pikir arrrrrrrrrrrrrrrrr sendiri....huhuhuhu

p/s: semasa aku darjah 5, cikgu pernah tanya kat aku apakah cita-cita aku. aku jawab nak jd presiden Amerika Syarikat. Tak pasal-pasal cikgu aku kata aku ni gila.....


6/12/2008
Tanah runtuh di bukit antarabangsa mcm biasa aku katakan salah satu berita yang hangat..sehingga tak pasal-pasal masalah politik pun dicampur aduk. UMNO bertindak segera dengan mendidirkan pondok untuk memudahkan urusan orang ramai disitu. Aku tidak tahu apakah fungsi sebenar pondok tersebut, nak kata pondok panas mcm masa pilihanraya maybe adalah fungsinya..tak kisahlah apakah fungsi sebenar pondok tersebut yang penting semua rakyat malaysia terlalu prihatin.

Cuma yang persoalanya adakah orang yang kita tolong itu prihatin, al maklumlah orang yang ditolong ni asetnya berjuta-juta dan bergelar dato datin so nak tolong pun ada protokolnya. (kononnya mcm anak raja dari kayangan). Baru-baru ini, ATM meluahkan rasa kecewa dengan sikap penduduk kat situ kerana menuduh tentera-tentera yang penat lelah membantu dituduh mencuri barang-barang si kaya raya ini. Inilah masalahnya kalau menolong orang kaya, nak tolong mereka yang berlagak semacam komfem dah jadi ahli syurga mmg banyak masalah. Dah lah kena bencana alam pun masih nak berlagak. Teringat aku satu kisah kaum ad yang suka tinggal atas bukit,kaum ad ni kaya raya dan bijak tetapi sombung dan angkuh akhirnya mereka diturunkan bencana dr Allah.... tak lah aku kata penduduk di situ mcm kaum ad tapi ciri-ciri tu dh nampak persamaan. Pesanan aku buat rakyat Malaysia, lain kali tak yah tolong orang mcm ni......
p/s: aku percaya hanya segelintir jek penduduk kat situ yang perangai mcm kaum ad, yang lain baik-baik...mcm biasalah kalau yang buruk tu orang nampak yang baik orang tak nampak..so dlm kes ni aku nampak yang buruk jek .apepun takziah



21/12/2008
Terkejut beruk Bush bila melihat keberanian seorang anak muda membaling kasut semasa persidangan media di Iraq. Mujur bush pandai mengelak, kalau dia tidak pandai elak sia-sia sajalah bush menjadi komander tentera tertinggi Amerika Syarikat. Tiba-tiba aku terfikir kalau si muntadar al zaidi itu membaling bom, maka sudah tentu bush akan dikenang sebagai wira dunia yang mati berjuang...tak perlu aku nak ulas panjang pasal bab baling kasut ni tapi aku teringat dulu masa aku kecil-kecil aku suka sangat main baling kasut lepas sekolah arab (kafa) siap gado-goda ngan member sekampung huhuhu.manisnya kenangan time budak2

  1. Balingan yang kurang tepat sebanyak dua kali kepada muka bush oleh seorang anak muda yang berjiwa berani iaitu muntadar sekurang-kurang telah mencatatkan sejarah dunia, sekurang-kurangnya masuk buku teks sejarah sekolah rendah kat sekolah di Amerika Syarikat. Sejak Amerika Syarikat merdeka dari British 4 Julai 1776, tidak terdapat seorang Presiden Amerika Syarikat pun dibaling kasut dihadapan orang ramai, paling hebat pun dibaling peluru guna senapang sampai mati seperti Abraham Lincom dan Jf Kenndey. Namun apa yang bezanya kedua-dua tokoh ini mati dan dianggap wira dunia, tetapi bush masih hidup namun dianggap manusia paling bodoh di dunia...kebodohan bush dalam mentadbir negara sekurang-kurangnya memberi faktor utama kepada kekalahan besar parti republikan ke atas parti demokratik sehingga membawa barack obama sebagai presiden amerika syarikat kulit hitam yang pertama. Bagi aku yang sungguh mengkagumkan bilangan masyarakat kulit putih seramai 74% berbanding masyarakat kulit hitam 12% gagal mempertahankan domenasi hegemoni masyarakat kulit putih sebagai presiden...
  2. Balingan itu bukan sekadar memberi signal bahawa betapa bencinya anak-anak muda di Iraq dan diseluruh dunia terhadap Bush tetapi memberi satu makanisme untuk anak muda yang merasakan dirinya dizalimi oleh pemerintah. Semasa muntadar membaling kasut bom atomnya kepada bush, beliau sempat mengatakan ini adalah tanda perpisahan kepada kamu anjing (bush). tiba2 aku terfikir......adakah kemungkinan akan berlakunya keadaan serupa ketika pak lah yang kacak dan tampan itu berucap salam perpisahan kepada rakyat malaysia... andai kata wujudnya satu lagi muntadar malaysia. Mungkin akan wujud satu formula keselamatan dimana semua wartawan dilarang memakai kasut ketika bertemu ramah dengan PM....
p/s: aku dengar sekarang ni bisnes yang paling berkembang pesat kat timur tengah n amerika syarikat adalah bisnes kasut, sbb diaorg beli kasut bukan utk pakai tapi untuk main baling2...

  1. Terfikir aku kenapa artis malaysia tidak dilihat hebat seperti artis - artis di Indonesia sehingga artis malaysia seoleh-oleh tak mampu berdiri dibuminya sendiri sebab masuknya artis Indonesia. Maka muncul lah formula 10:1 iaitu 10 lagu malaysia 1 lagu indonesia....yang perlu dimainkan oleh setiap stesen radio..... kalau aku pandang dari sudut lain aku boleh umpamakan 1 lagu indonesia kualitinya sama dengan 10 lagu melayu..alahai kesianya artis-artisku..salah siapa? salah artis malaysia or salah peminat... bagi aku peminat akan mendengar muzik mana yang terbaik untuk didengar....
  2. Teringat aku semasa satu rancangan kat TV9 menceritakan tentang pengembaraan kumpulan nasyid tanah air ke luar negara iaitu Raihan. Percaya atau tidak, hebatnya kumpulan Rahian ini mempunyai peminat bukan sahaja di Indonesia, Singapore dan Brunai tetapi di Afrika Selatan, Rusian, Australia, UK, France dan negara-negara timur tengah... bangga aku bila melihat seorg budak dari afrika selatan menyanyikan lagu raihan (iman adalah mutiara) dalam bahasa melayu....dan paling aku kagum semasa lawatan raihan ke satu penjara (aku tak ingat kat mana) penghuni penjara yang beragama islam kat dlm tu menyanyaikan lagi raihan.....puji-pujian...wahhh kagum.....sekurangnya sambil berdakwah dan berhibur raihan mempromosikan bahasa melayu......tapi sayangnya raihan dibumi sendiri malaysia pun tak mampu berdiri..hanya yang mampu berdiri adalah artis yang ada title diva n dato.......tak pun kawin ngan dato....
  3. Kenapa tiada artis malaysia seperti kumpulan ungu dan dewa...walaupun mereka ini adalah kumpulan rock tetapi mereka menghasilkan album yang berbentuk dakwahl..tak payah lah pandang perangai org yang menyanyi tu tp sekurang2nya mereka lakukan tetapi arits malaysia kalau stok kump jiwang sampai kump tu mati pun still lagu jiwang...kesian takut dengan perubahan...bukan suruh tukar kerajaan tetapi tukar bentu muzik
  4. apepun aku baru dengar satu lagu baru.,.maybe lagu ini dah lama..aku kot yang baru dengar.. lagu ni bagus n kelakar...carilah kat youtube project pop...semoga terhibur

Terkejut aku bila tgk berita sekumpulan NGO menghantar memorandum menghapuskan babi kat Presiden PAS semasa pakatan rakyat membuat himpunan menentang ISA di bangi semalam. Perkara yang aku muskil lagi kedatangan NGO ini memakai baju dibelakangnya memansuhkan Babi tetapi dihadapanya mempertahankan ISA. Kelakar bercampur kesian bila aku tengok mereka ini umpama memakai baju yang memberi tahu kepada masyarakat mereka ini bodoh tak bertempat...teringat aku dengan perpatah bahasa melayu..bila masuk sangkar harimau kita mengaum dan bila kita masuk kandang kambing kita mengembak..secara ringkasnya boleh aku katakan kedatangan NGO tu bukanlah bermotifkan utama pasal babi..babi itu menjadi kosmetik......kesian babi tu kan jadi alat oleh insan yang tidak prihatin ;)


Aku terfikir kenapa NGO2 ini bersusah payah nak tentang babi....sedangkan babi itu ada haknya......aku rasa kalau tuhan berikan babi itu boleh bercakap tentu dia akan cakap "hai manusia, babi yang kau hina ini adalah ciptaan allah, daripada kamu semua musnahkan aku, baik ko musnahkan arak dan clubing yang sedang menghancurkan anak2 ko....sedarlah diri sikit cukup tak sembahyang 5 waktu," kata ketua babi kepada ketua2 yang ada kat situ ler huhuhuhu

Mungkin mereka ni buta ada perkara lebih besar daripada itu perlu diperjuangkan....Arak yang menjadi ibu segala kejahatan langsung tak dipeduli, clubing yang tumbuh mcm cendawan tak dihiraukan...hemm isu babi isu melayu itulah yang diperjuangkan...tapi sayangnya bukan hudud mereka perjuangkan...

bagi aku hanya manusia yang mampu berfikir sahaja tahu apakah niat sebenar NGO2 ini...

p/s: sememangnya babi sekarang ni dh jadi bahan kosmetik..leh buat bedak, buat gincu..kulit dia pulak leh buat beg, buat baju....apepun bisnes babi sgt menguntungkan....



caya tak caya...ayang yang tercinta aku dh lakukan yg terbaik......penghijrahan yg diluar jangkaan aku...bangga bangga......opssss terkeluar dr motif blog aku huhuhuhuhuhuh...(iklan jap yek)

p/s: ayg aku sangat sangat cantik..ayg korang pulak?



1. Jangan tinggal sembahyang
2. Selalu membaca al-quran
3. Hormati ibubapa dan guru
4. Jangan bergaul dengan golongan yang tidak berahlak
5. Sentiasa mengamalkan ahlak mulia

-TG. Hj Sulammudin-





pemergian ayahanda tercinta suatu diluar jangkaan aku,
masih segar dlm ingatan aku kau menitiskan air matamu tanda rindumu padaku
kini air mata aku pula menitiskan tanda ke rinduanku padamu...
tak tertahan hati mengenangkanmu



teringat lagi, suara syahdumu membaca ayat suci tanda bangunmu diwaktu malam
teringat lagi, suara syahdumu membaca ayat suci menjadi imam kepada anak2 muridmu
teringat lagi, kuliah subuhmu yang mengajak manusia cintakan allah dan takutkan allah
teringat lagi, kuliah magribmu yang mengajak manusia kembali kepada allah
teringat lagi, senyum tawamu dalam mengajar anak-anak muridmu mengenal allah
teringat lagi, kau lupakan sakitmu demi mengajar anak-anak muridmu agar dicintai allah
dan aku teringat lagi pelukan terakhirmu pada diriku....

al-fatihah


- Blog ini...dibuat khas sempena kebangkitan itifadh di bumi Palestin yang tercinta
- aku tak tahu mcm mana cara utk aku nak sumbang..duit takde, pistol pun takde..
doa jek aku ada....aku ada iman aku mesti bersama2 rakyat Palestin..korang ada iman tak, napa
takut nak join? ada baiknya soalan ni aku tanya kat pemimpin dunia islam arab saudi ke, mesir ke, kuwit ke, jordan ke...ada iman tak? kesian diaorg..
- blog ini utk aku berbicara dgn bebas ttg aku, ttg kau, ttg dia, ttg kamu n ttg segala-galanya..

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers