"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)


aku tak la beberapa mengikuti perkembangan gadis melayu ni, tapi hari ni harian metro menceritakan kembali kehebatan gadis cantik dan dianggap seolah-olah luar dari biasa. Memang hebat gadis ni. nama pun seiring cantik dengan empunya diri HANIS ZALIKHA, khabarnya sudah mengalahkan dato' siti nurhaliza. Kalau dah mengalahkan Dato' Siti Nurhaliza pastinya hebat cuma dalam kehebatan dia.. siapakah akan dapat menawanya...huhuhuhu

Aku awal-awal lah cakap mmg aku tak mampu nak menawan mahluk tuhan ini. Yerlah harap muka kacak pun tak boleh yang penting berkemampuan dari segala segi. Aku ini yang menangis cinta pada wanita wanita biasa saja pun tidak pernah berjaya malah tewas awal-awal lagi apatah lagi wanita yang luar biasa ni...

Persoalan aku, dalam berjuta-juta blog di Malaysia ini mengapakah dia yang menjadi tumpuan dan pujaan. Jawapanya ialah kerana di WANITA.....

LIHAT...WANITA BISA MENWAN BUKAN SAHAJA MANUSIA TETAPI ALAM SEMESTA.. HEBAT WANITA BUKAN SAHAJA PADA DIRINYA TAPI PADA KUASA MISTIKNYA...... itulah wanita... dan salah satu wanita itu HANIS ZALIKHA..

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh 10 Muharram :

- Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
- Diterima taubat Nabi Adam a.s.
- Dicipta Adam a.s.
- Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
- Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
- Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
- Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
- Selamat Nabi Musa dan pengikutnya.
- Firaun lemas.
- Dilahirkan Nabi Isa a.s.
- Diangkat Nabi Isa ke langit.
- Diangkat Nabi Idris ke langit.
- Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
- Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
- Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
- Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas buta.
- Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
- Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
- Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.


Versi wanita

Perbualan 2 orang wanita yang tak pakai tudung di ofis.

Wanita 1: “Oh! you potong rambut ya? cute la!”

Wanita 2: “ye ker? I tak rasa cute la, mcm tak padan. Lagi pun lom ada artis yg potong rambut camni.”

Wanita 1: “Taklah! Potongan rambutmu perfect. I pun nak potong rambut camtu tp muka I ni agak lebar. I rasa Fasha Sandha pun ada fesyen rambut cam you tau..”

Wanita 2: “You serius? I rasa muka you cantik. You senang nak potong rambut macam model macam ni dan potongan rambut model tu kan lawa. I pun teringin potong seperti itu sebenarnya, tapi I takut nanti leher I nampak panjang..”

Wanita 1: “Tak juga model ! I teringin nak ada leher mcm model tau! Leher macam model pasti akan membuat orang tidak melihat bahu I yang buruk ni.”

Wanita 2: “You jgn bergurau! Ramai wanita yang nak bahu macam model . Semuanya sempurna. Maksud I, lihatlah lengan I, lihatlah betapa pendeknya lengan I. Jika I ada bahu mcm model , senang I nak cari baju yang sesuai”.

Dan perbualan berlarutan sampai sejam..

Versi Lelaki

Sumardi : “Joi, lu potong rambut ke semalam?”
Ajoi : “Yup!”


kredit dari isu hangat

belajarlah untuk redho dan merelakan sesuatu
makna redho sangat luas
disitulah gunanya akal supaya kita belajar makna redhokan sesuatu.
Mudah-mudah aku menjadi orang yang lebih bertaqwa kepada ALLAH SWT

sayang itu ada batasan
cinta juga ada sempadan
bila berbalas sayang kadang-kadang kita terlincir landasan
membuktikan cinta ini satu keajaiban

AKU TAK BERAPA NAK KENAL ARTIS NI, CUMA BARU-BARU TERSEBAR PASAL DIA MEMAKAI PAKAIAN SEXY..INI ULASAN HAMBA ALLAH INI SEMASA DITANYA OLEH WARTAWAN


"Sebenarnya saya tak rasa pun gaun itu seksi. Mungkin orang tidak pernah melihat saya berpakaian begitu, sebab itulah ramai yang terkejut sedangkan saya memakai gaun seperti itu mengikut kesesuaian majlis. Lagipun inilah kali pertama saya memakai gaun pendek di depan khalayak.

"Rasanya, gaun yang saya pakai itu tak seksi melampau. Takkan saya nak berimej yang sama saja, nanti orang bosan pula.

"Penampilan baru ini juga merupakan imej sempena dengan keluaran single lagu terbaru saya yang berjudul 'Tak Tahan'. Apapun, saya tak kisah dengan tanggapan orang kerana mereka mempunyai hak untuk memberikan pandangan dan saya terima itu," - mStar Online


DIMANAKAH LETAK IMAN DAN TAQWA SESEORG ISLAM BILA BERCAKAP YANG DIA SEBENARNYA ADALAH HAMBA ALLAH YANG HINA. BERCAKAP SEPERTI ORANG YANG BERIMANKAN INJIL DAN TAURAT TETEPI MENGAKU AL-QURAN SABAGAI IKUTAN..

SEDIH BILA ARTIS SOMBONG DAN BONGKOK DENGAN TUHAN. SUDAH LAH SESAT MALAH CUBA MENYESATKAN ORANG LAIN..

PESANAN AKU BUAT ARTIS KHUSUSNYA YANG DIATAS SANA. AWAK AKAN MATI JUA..... TAKUTLAH AZAB ALLAH


Sewaktu aku baca keratan akhbar ni, ucapan didalam hati aku ALHAMDULLIAH disaat kerajaan ghairah untuk menaikan harga minyak RON 97 tetapi pihak kerajaan cuba mengekalkan harga minyak RON 95. Ini janji pak menteri kepada rakyat bahawa harga minyak RON 95 (minyak rakyat) tidak akan dinaikan hinggala berakhirnya tahun ini.

Tiba-tiba tak sampai pun sebulan, JANJI itu sekadar JANJI, minyak RON 95 terus naik tanpa mampu dihenti!. Kalai ini bukan RON 95 naik, RON 97 naik, Diesal naik, Gas naik, dan Gula pun naik.

Menteri yang berjanji dulu terus buat-buat bodoh dan tak memohon maaf kepada rakyat selepas dia mungkir janji. tiada sebarang sbb mengapakah minyak naik lagi. Kalau dulu jawapannya dikatakan minyak naik atas sabar pasaran dunia dan kerajaan tak mampu mengawal harga tersebut. Kali ini alasannya adalah penyelaran subsidi kerajaan untuk menjimatkan pembelanjaan subsidi RM750 juta setahun, sedangkan menteri kewangan ke 2 pernah berkata tanpa subsidi kerajaan masih ada lebihan RM10 bilion setiap tahun.

KSU KPDNKK pula terpaksa menggantikan menteri untuk memberi jawapan kepada permasalahan ini. Jawapannya mmg sangat kelakar seperti budak UPSR buat karangan bertajuk RUMAH SAYA. Katanya kenaikan RON 95 adalah disebabkan untuk merapatkan jurang harga antara RON 95 dan RON 97. Kenapa nak rapatkan? sedangkan kualiti tetapi sama dan terang2 berbeza antara RON 97 dengan RON 95.

Pak menteri tak pernah bayar satu sen pun duit minyak, duit minyak mereka semua boleh claim dengan rakyat, rakyat yang bayar. Tapi mereka yang membuat keputusan!!!

Ouh Malaysia.

Orang kata, bila kita berkereta besar ramai yang akan datang, semua mahu cuba cuba kenal. Ada yang ingin berkawan ada juga yang ingin berkenalan dengan harapan mau jadi pasangan. Orang-orang diluar sana juga ada kata bila kereta besar pasti ramai anak dara atau anak yg pecah dara akan cuba menawan kerana dihati mereka sudah pun tertawan.

Tapi aku tidak seperti itu, yang datang bukan kawan tapi lawan. Aku tidak sehebat lelaki yang diluar sana. Berikan apa saja yang ada pasti ada yang mahu seakan sujud padanya. Ikut segala kemahuannya, ikut segala kehendaknya dan ikut segala citrasanya. Bagaikan tuhan amat patut dan taat setia seumpama tiada tuhan yang berkuasa melainkannya. Kerana wang dan harta menyamaratakan mereka dengan Tuhan yang Maha kuasa.

Pengalaman aku tidak seindah yang aku mahu ciptakan dulu, aku gagal berkawan dan gagal juga memburu cinta. Bagi aku keluarga adalah segalanya. selamat tinggal kawan dan selamat tinggal sayang. (Sayangku dihati ini masih mengharapkanmu)

sayangku,
ku letakan dirimu jauh lebih dari yang kau tahu
bagaimana mungkin utk aku undur setelah dirimu
sangat bermakna bagi ku,
kau tak akan tahu sedalam makna harapanku terhadapmu
kerana kau tak pernah tahu apa yang aku mahu
kerana kau tak peduli apa yang aku cari
kerana kau tak kisah apa yang ku kasih
kerana kau tak curiga apa yang aku cinta

sayangku,
telah ku persembahkan sedaya upayaku
telah aku buktikan kesungguhanku
hanya mohon menyintaimu
sepenuh hatiku

sayangku,
setiap derita utk memiliki mu,
bukan hanya dihati
bukan hanya dijasad
tapi deritanya sepanjang abad

Sayangku,
Mmg kau tak akan tahu,
Mmg kau tak ambil tahu
Apa yang aku impi
apa yang aku cari

sayangku
adakalanya ada yang cuba memperlekehmu
ada yang cuba menghina mu
ada juga cuba menyakitkan hatimu
tapi aku yang pertama kehadapan membelamu
maruhku juga tercabar bila kau disakiti
bila kau dikasari
adakalanya seluruh alam ingin ku cari
mereka2 yang busuk hati
agar meraka tahu yang kau manusia hebat

bila mempertahankanmu
ada yang mengejek2 kan ku
ada juga cuba menuduh2 aku
tiada apalah semua itu,
biarkan dihina semata2 ingin menjaga maruah mu
ingin menjaga kebahagian mu
ingin melindungimu
seganap jiwa ku.
bagi ku kau lah nyawaku..


Sayangku
Menyinatimu memang memenatkan
Memikiranmu membuatkan aku kadang jkala hilang kawarisan
Memang sakit tidak seperti kau tahu
Tapi kerana sakit itu lah derita
Kerana derita itulah bahagia
Maka aku pilih derita
Derita mencintaimu
Bukan sengsara bagiku
Tapi luar dari yang biasa.


TERIMA KASIH KAWAN

MENEMANI AKU DALAM PERJALANAN

GELAK DAN TAWAMU MENJADI RIANG

MEMBUATKAN AKU TAK JEMU BILA MEMANDANG

TERIMA KASIH KAWAN

MENJADIKAN AKU SEBAHAGIAN HIDUPMU

BUATKAN AKU RASA BERMAKNA DALAM HIDUPMU

MENYAKINKAN AKU KAU BUKAN LAWAN

TERIMA KASIH KAWAN

MENYEDARKAN AKU SIAPA AKU SEBAGAI INSAN

AKU BERKAWAN TANPA BANYAK PERSOALAN

TAPI KENAPA KAU KAWAN SELALU MENGAMBIL KESEMPATAN

KAWAN TERIMA KASIH

KAU MEMBUATKAN AKU JADI BEGINI

KERANA KAU AMBIL HAK AKU KAU MENGINGKARI JANJI

MENGAMBIL KESEMPATAN TIADA PEDULI

BUKAN UNTUK AKU MENGUNGKIT KEBAIKANKU,

APALAH SANGAT SUMBANGAN AKU KEPADAMU SEBAGAI KAWAN

YANG SENTIASA BERLAPANG DADA MEMBANTU TANPA MEMPERSOALKAN,

SEBAGAI TANDA IKHLAS DAN JUJUR PERSAHABATAN.


KAWAN

KAU GELAK KETAWA TANPA RASA BERDOSA DAN BERSALAH

KAU MENEKAN AKU DIKALA AKU SEPI DAN PAPA

DIMANA HATI N AKALMU SEBAGAI KAWAN

APABILA KAU JADIKAN AKU SEPERTI HAIWAN PERLIHARAAN

KAU TAK HARGAI TTG PERSAHABAT

APA YANG KAU FIKIR SEMUANYA TENTANG WANG

TIDAK TERFIKIRKAH REDHO KAN AKU, APA YANG KAU BUAT PADAKU

KAU MMG BUKAN KAWAN TAPI KAU ADALAH LAWAN

JANGAN SAMPAI AKU BENCI MELIHAT KAU SEPERTI SYATIAN

BARU AKU SEDAR,

2 TAHUN PERJALANAN DALAM HIDUP DI BUMI ORG

AKU BERSEORANGAN DAN INGIN MENCARI KAWAN

KERANA AKU TIADA SIAPA2 DISINI MELAINKAN DIRI AKU SEORG

DAN APABILA AKU KENAL KAWAN2 DI SHAH ALAM..

AKU MENJADI LUPA BAHAWA AKU BUKAN BERKENALAN DENGAN KAWAN

TAPI AKU BERKENALAN DENGAN MANUSIA SYAITAN

BAKAL MENGHANCURKAN DAN MEMUSNAHKAN APA YANG AKU ANGAN2KAN.

MEREKA MENEKAN, MEREKA MENGAMBIL KESEMPATAN, MEREKA KEPURA-PURAN

DAN MEREKA SEMUA MEMPERLEKEHKAN...

AKU SEDIH KERANA AKU MEMILIH KAU ORG SEBAGAI KAWAN

AKU BERKWAN DENGAN SEPENUH HATI

TAPI KAWAN BERKAWAN UNTUK MEMBAWA AKU MATI

TIADA KAWAN LAGI SELEPAS INI...

TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN

AKU UNDUR DIRI DALAM BERKAWAN.

AKU TAK NAK KAU MENJADI LAWAN

DAN AKU TAK NAK MEMBENCI KAU UMPAMA SYAITAN

BIARKAN AKU BERSEORANGAN

BIAR JASAB AKU MENJADI TEMAN

BIAR ALAM INI MENJADI HIDURAN

TERIMA KASIH KAWAN KAU JADIKAN AKU BEGINI

KAU AMBIL HAK AKU TANPA RASA SIMPATI

AKU TAK AKAN REDHO DENGAN APA YANG TERJADI

SELAMAT TINGGAL KAWAN KITA TAK AKAN SEPERTI DULU LAGI

DAN AKU HARAP KITA TAK AKAN JUMPA LAGI

PULANGKAN HAK POHON AKU SEKALI LAGI..


1. Cadangan PM utk memberi kerakyatan kepada wargaasing yang tinggal di Malaysia lebih dari 5 tahun apakah motifnya. Cukup terbelakah rakyat di negara sendiri hingga sanggup membela rakyat luar. Jangan jadi "Anak dirumah mati kelaparan, beruk dihutan kenyang di susukan".

2. Hari ini kita kita menyalahkan kenapa atuk moyang kita memberi kerakyatan kepada cina dan india. Hingga Melayu sekarang seakan merempat dibumi sendiri. Namun satu hari nanti anak cucu kita pula menyalahkan kita kenapa kita mudah memberi kerakyatan kepada orang burma, napel, indon, kemboja dan bangla hingga orang melayu kini sudah menjadi tiada jati diri malah menjadi hamba di tanah sendiri. Satu hari nanti bila orang kata mana satu Melayu. Semua angkat tangan.. Bangla ngaku melayu, napel ngaku melayu, burma nganku melayu orang pakistan pun ngaku melayu. Akhirnya melayu hilang dari segi rupa, bahasa dan budaya. Bila semua ini pasti hak melayu juga dirampas. Jadi hilangkan warisan melayu di Tanah Melayu. Yang ada mungkin Sultan-sultan melayu tapi berwajah Mat Saleh atau pun berwajah Bangla..(mana tau kan)

3. Ini idea datang dari UMNO, malah datang dari bibir Presiden UMNO. Bukan kah UMNO itu pembela Melayu. UMNO terdiri dari orang-orang yang bijak pandai, kalau tidak bijak bagaimana mereka hingga kini masih mampu mengekalkan kuasa. Mana mungkin UMNO menghalalkan hak melayu digadai dengan percuma tanpa bayaran mahupun imbuhan. Apa yang ada pada bangla, indon,napel dll.. apa hebat mereka???

4. Kalau aku kata mereka2 ini hebat, percayakah? Ya mereka mmg hebat hebat utk meneruskan legistimasi UMNO untuk terus berkuasa hingga ke hari kiamat.

5. UMNO sedar bahawa mereka mengalamai masalah untuk mendapatkan sokongan pengundi Muda. Yang ada skrg dalam UMNO ada warga2 pencen yang separuh abad usianya. Yang tak lama lagi meninggalkan UMNO dan dunia. Jadi kalau golongan separuh abad ini sudah tiada siapa lagi yang mau mengganti UMNO.. UMNO perlu berkuasa!!! itu kata org2 UMNO

6. UMNO menyebarkan dan menyedarkan kepada golongan muda betapa besarnya JASA UMNO kepada mereka. Itu la satu-satunya senjata yang ada utk menarik golongan muda cintakan kepada UMNO..Hiburan telah diberi, Pesta2 maksiat juga telah diberi. Parti-parti liar juga pun telah diberi.. apa orang MUDA ini mau lagi, masih tidak menyokong UMNO dan BN. Mengapa ?

7. Mmg tidak dinafikan jasa perjuangan UMNO utk Malaysia. Namun jasa-jasa tersebut hanya tinggal sejarah. Orang Muda-muda tidak lagi menoleh belakang segala jasa UMNO. Bagi mereka yang berjasa itu ada UMNO dahulu bukan UMNO sekarang. Namun bagi mereka yang terhutang budi dengan UMNO pasti tidak keruan utk meninggalakn UMNO walaupun sesaat.

8. Ini lah yang terjadi pada UMNO pada masa kini dan pada masa akan datang. Orang muda-muda kini sudah mula menentang UMNO tapi tak bermakna mereka menyokong PAS atau PKR. Mereka menentang mungkin mereka sudah mula rasa besar kepala atau ada alasan yang munasabah utk mereka menentang. Jadi bagi UMNO membuang masa utk membela orang muda yang tak kenang budi seperti mereka. Maka di sinilah mulanya peranan hebat warga2 bangla, nepal, myamar mencorakan landskap politik malaysia.

9. Secara teorinya, Apabila golongan-golongan ini diberi tarah hak penduduk tetap iaitu menjadi sebahagian rakyat di Malaysia. Maka mereka sudah tentunya berterima kasih dan terhutang budi dengan kerajaan UMNO. Kerana Malaysia ini adalah lubuk duit bagi meraka. dan apatah lagi diberikan taraf kerakyatan secara mudah tidak seperti mana sebelum ini. Maka pemikiran mereka akan mengatakan UMNO adalah satu-satu kerajaan yang berbudi bagi mereka.

10. Hegemoni pemikiran yang melekat diotak mereka yang UMNO telah berjaya akan diwarisi oleh anak-anak mereka yang secara automatik menjadi warganegara Malaysia. maka apabila anak-anak ini membesar dan ibubapa pula mengajar yang UMNO itu bagaikan agama.. maka sokongan UMNO akan kembali bertambah dan kuat. Secara tidak langsung undi UMNO juga terus bertambah...

11. Keadaan ini sama berlaku sewaktu mula2 TM merdeka. orang cina dan orang india berterima kasih kepada UMNO kerana memberi kerakyatan kepada mereka. Maka perasaan termakan budi itu akan berlaku sekurang2nya 2-3 geneari.. Maka UMNO akan bertahan dalam tempah 50-100 tahun lagi..

12. Pemberian kerakyatan pada warga asing adalah satu perlaburan yang lumayah buat UMNO.. walaupun perlaburan ini tidak serta merta mendatangkan hasil tapi cukup untuk menyatakan UMNO itu kuat..

13. Kesannya pada UMNO sendiri. UMNO bukan dilihat parti yang dianuti oleh orang melayu sahaja. malah pelbagai kaum pun akan turut menyokong UMNO.. selagi mana kulit seakan serupa akan diterima UMNO.. Baru-baru ini juga Presiden UMNO ckp, mamak itu melayu, arab pakitan itu melayu, cina itu pun melayu.. so UMNO bukan jadi UMNO seperti dulu lagi.. UMNO bukan Melayu.. tapi UMNO adalah parti yang merasakan mereka melayu,.. kalau orang korea meanggap dirinya melayu.. maka dia juga adalah UMNO...

14. Baru-baru ini persatuan india-india muslim juga turut menyokong UMNO...tak silap aku turut masuk ahli UMNO.. maka UMNO itu bukan lagi utk melayu.//


Kali ini CiLiK© nak imbas kembali peristiwa hitam suatu ketika dulu di mana penyokong-penyokong UMNGOK menyokong perjuangan UMNGOK dengan membabi buta. Bagaikan Kumpulan zombie-zombie bongok yang bongok lagi membongokkan kerana mendewa-dewakan pemimpin hebat mereka Dr Mahathir Mohammed. Zombie-zombie yang mengaku beragama Islam tetapi menyokong penghinaan terhadap Islam.

KOLEKSI KENYATAAN/UCAPAN YANG MENGHINA ISLAM, MENGELIRUKAN RAKYAT MENGENAI ISLAM DAN MENGHALANG PERKEMBANGAN ISLAM DI MALAYSIA


MENGHINA SUNNAH - BERJANGGUT

(Dr Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan 1997) “Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi? ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke? tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir.”

MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGHALALKAN RATU CANTIK

(Dr Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997) “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam.”

(Dr Mahathir Mohamad, 5 September 1997. Di PWTC, Perhimpunan Agung UMNO) “Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat.”

(Dr Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari, 23 (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas : “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa.”

Allah berfirman: Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka.”( An-Nuur:31)

Sesungguhnya termasuk ahli neraka, iaitu perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya (Muslim)

MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA'

(Dr Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997) “Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada. Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi, pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ulama' adalah waris nabi. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.”

(Dr Mahathir Mohamad, 8 Nov1991, Perhimpuan Agung UMNO di PWTC) “Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka.”

Allah berfirman: “Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya hanyalah ulama'. (Mafhum al-Quran, Surah al-Fathir : 28)

Rasullullah bersabda:

“Ulama' itu waris sekalian para Nabi”.

“Ulama' itu pelita-pelita bumi, pengganti-pengganti Nabi”.

“Ulama' itu para pemegang amanat Allah atas segenap makhlukNya”. (Muslim)

Lanjutan daripada gesaan Mahathir maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.


PENGHINAAN TERHADAP HUKUM HUDUD

"Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama".(Dr.Mahathir b.Mohamed, 2.5.1992)

"Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud". (Dr. Mahathir b.Mohamed, 1994)

"Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran Islam"
(Dato' Seri Mahathir Mohamad, 14.4.1994)

sumber milo suam


MALAYSIA DARUL JUDI


Bila duduk di Hulu, ada yang peka dan ada juga yang pekak,
Salah siapa? Jangan salahkan pada pemimpin atau mak bapak
Jangan salah isteri, suami atau anak-anak
Tapi salahkan diri kenapa bodoh lagi berlagak

Di tabur janji, wang dan benda
Rasuh dianggap hadiah
Bila pemimpin tiba2 bertukar menjadi pencacai bangsa
Rakyat yang tuli anggap inilah anugerah

Mereka yang bodoh bukan dibandar mahupun dikampung
Tapi bodoh di otaknya sendiri
Berlagak bagaikan tahu makna legitimasi, korupsi, globalisasi
Tapi bodohnya tetap terpancar bukan saja dihati sehingga mati
Tetapi terus terpancar sehingga ke generasi-generasi.

Bilakah bodoh itu mahu dihenti
Tunggu Bala tuhan, Dajal datang
Pun belum tentu pasti
Kerana bodoh itu sefat manusia sejak azali
Biarkan mereka terus bodoh, bodoh, bodoh hingga mati

Ku… tak pernah merasa
Gundah di hatiku, Ketika denganmu
Saat kau, Kau belai rambutku
Kau temani aku, Kau basuh lukaku

Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku mencintaimu
Walau kutahu ku tak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau ku tahu kau tak memilihku
Ku harap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

Sadarkah kini ku tak rela
Iman ku telah sirna
Mimpiku tak nyata

Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku


( aku tak kan dtg 5. mei ini)

LEPAS JUMAAT NATI KITA TGK MANA PALING RAMAI PENGIKUT DEMONTRASINYA PAS ATAU UMNO.... UNTUK MENENTUKAN SIAPA YANG JUARANYA PASTINYA LIHAT SIAPA YANG LEBIH RAMAI. BUAT MASA INI PAS SENTIASA MENDAHULI DALAM BAB BERDEMONTRASI NI, UMNO BARU BERJINAK-JINAK UNTUK DEMONTRASI SBB PEMIMPIN MEREKA TIDAK DILAHIRKAN DALAM ZAMAN DEMONTRASI

APAPUN ISU YANG DIBAWA OLEH KEDUA-DUA PARTI ADALAH ISU BERKAITAN ISLAM SATU MENYENTUH ASPEK NASIONAL SATU LAGI MENYENTUH ASPEK ANTARABANSA,,,

DEMO KALI NI, AKU TAK DPT NAK JOIN SBB BYK HAL. TAPI KALAU ADA MASA AKU JOINNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN HEHEHEHEHE,...

PS: TAK SABAR NAK TGK SIAPA YANG PALING RAMAI

Kalau tiada adat bukan melayu, kalau tidak berbudi bukan juga melayu. Melayu digambarkan umpama bangsa yang penyangang, sopan santun, malah berahlak mulia. Itulah melayu. Tidak pernah kurang ajar malah berani untuk belajar. Adat dijulang walaupun nyawa tergadai sehingga lahir pepatah biar mati anak jangan mati adat. Adat adalah penyambung legitimasi sesebuah tamadun dan bangsa. Tanpa adat maka bangsa itu tidak terkenal.

Adat melayu banyak pantang larang, banyak mitos, banyak legendanya. Kalau menerap sambil angkat kaki nanti mak akan mati, kalau duduk atas bantak punggung akan bisul dan banyak lagi pantang larangnya. Sebenarnya adat ini adalah undang-undang pertama semua bangsa sewaktu kemunculan sesuatu bangsa. Adat menjadi garis panduan untuk menentukan yang mana betul mana yang tidak. Namun adat tidak mempunyai kitab untuk diwarisi kerana diturunkan adat itu ke satu generasi ke genarasi lain melalui lisan sehinggalah ke hari ini. Akibat diturun secara lisan maka adat berbeza mengikut tempat walaupun sebangsa melayu.

Namun pada hari ini, adat hanya dilihat ketika upacara perkahwinan atau raya selain dari itu adat tidak lagi di tonjolkan, kerana adat dilihat penghalang kemodenan dan begitu konservatif. Didalam kehidupan yang serba modan dan urban maka adat digantikan dengan buadaya antarabangsa yang merujuk kepada budaya barat. Kerana orang melayu mentafsirkan moden itu ada budaya barat mereka melihat proses kemodenan perlu diambil barat sebagai role model untuk menjadi sebuah negara yang moden dan maju. Sehingga ke hari ini barat menjadi kayu ukur untuk menentukan sebuah negara itu moden atau tidak, sekiranya Malaysia tidak membina bangunan yang melebihi tinggi dari negara barat maka selagi itulah Malaysia tidak moden seperti barat. Tapi sayangnya orang-orang barat tidak pula melihat orang-orang asia khususnya Malaysia yang kaya budi bahasa dan sopan santun dijadikan role model untuk diaplikasikan dalam sosial masyarakat mereka. Hanya kita terkial-kial mengikut segala rentak yang ada dibarat.

Apabila barat dijadikan rujukan dan kayu ukur, maka apa yang ada dibarat dan apa yang berlaku dibarat perlu terjadi di Malaysia. Dari sudut ekonomi, kapitalis dibawa masuk, kerana pemimpin negara percaya dengan kuasa kapitalis mampu membawa kepada kekayaan negara khususnya golonagan elit Melayu. Demokarsi juga diambil untuk menentukan siapakah yang layak mentadbir negara. Demokrasi bagaikan satu kewajipan yang perlu ada untuk mencapai negara maju. Malah dalam sudut sosial Liberialisasi dibawa masuk untuk menyamakan hak asasi manusia dan kebebasan individu. Atas nama KEBEBASAN HAK ASASI maka demokrasi, kapitalis dan Liberialisasi dibawa masuk tanpa tapisan ke Malaysia. Akhirnya adat sudah tidak lagi berperanan dalam menentukan yang mana buruk yang mana baik dalam konteks masyarakat Melayu. Apa yang ada dibarat dibawa bulat-bulat, ada diantaranya melalui kerajaan dan ada diantaranya melayu syarikat multinasioanl atau individu. Lama-kelamaan yang menentukan baik atau buruk adalah budaya atau barat. Contohnya mudah, kalau anak dara pergi ke pub dengan berpakai seksi terdedah sana sini dari sudut barat ianya satu liberalisasi untuk menuju ke masyarakat urbanisasi tetapi dari sudut adat yang koservatif ianya satu larangan besar. Anak dara yang duduk ditangga pada waktu senja sudah menjadi satu kesalahan apatah lagi, kalau berjoget malam2 di pub sambil bergesal dan mengoyangkan buah dada dan punggungnya. Maka pada hari ini tidak hairanlah kalau ada orang Melayu mengatakan "salahkan pergi ke clubing, salahkah bersosial, salahkan untuk kami bertemu kawan dll". Kerana budaya tidak lagi membentuk jati diri melayu lagi akibat tranformasi dari konservatif kepada urbanisasi.

Walaupun orang Melayu hidupnya tidak lagi beradat, tetapi pemikirannya masih dipengaruhi adat dan budaya. Semoden mana pun orang melayu ini maka pemikiran mereka tetap dipengaruhi oleh Adat. Sekiranya terdapat percanggahan antara agama dan adat, maka adat yang menetukan itu betul atau tidak, agama tidak berperanan menentutkan itu betul atau salah. Agama yang berperanan dalam soal solat, haji dan kahwin. Dari sudut cara hidup adat masih bertunjang. Selagi mana, pepatah biar mati anak jangan mati adat terbenam dipemikiran orang Melayu maka adatlah yang utama bukannya agama.

Oleh itu untuk melayu itu bukan islam tapi melayu itu adalah beradat. Melayu Beradat!!!

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga

Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni

Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

(Usman Awang)





1. Bila mahkmah tinggi putrajaya meluluskan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian dalam urusan rasmi mahupun keagamaan, maka banyak pihak yang bangun menentang. Yang duduk mula bangun, yang tidur mula terjaga bila terdengar nama Allah juga milik agama kristian. Kalau negara ini ada undang-undang rimba pastinya peristiwa 13 Mei tercetus mahupun peristiwa natrah tercetus. Antara mereka yang pertama bangun menentag pastinya UMNO dan proksi-proksi seperti Perkida dan Pesaka. Pas pula mengamalkan tindakan tunggu dan lihat agar berbeza dengan prinsip perjuangan PAS yang mendaulatkan Islam.

2. Persoalanya kenapa kejadian kali ini UMNO bertindak seakan PAS, seolah-olah mengambil tugas PAS sebagai gerakan Fundamentalism di Malaysia. Namun layakah UMNO yang sepatutya turun padang untuk atasi masalah keagaamaan ini. Di dalam UMNO mmg tiada satu ulama yang ada hanyalah golongan nasionalis dan kapitalis. Bagaimana jadinya golongan kapitalis dan nasionalis bersatu untuk menyelesaikan permasalahan keagamaan. Seperti seorang Makenik Kereta mengambil tugas doktor pakar bedah otak untuk merawat pesakit...

3. Bagi aku, tindakan UMNO lantang mengkritik tindakan Mahkamah Tinggi meluluskan nama Allah satu tindakan yang boleh aku tepuk tangan namun bukan untuk memuji cuma tepuk yang UMNO berani. Namun sedar atau tidak pengikut mazhad Islam Hadhari (UMNO) yang sebenarnya perjuangan menentang penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian adalah satu perjuangan yang sangat kecil dibandingkan kerosakan yang dilakukan oleh UMNO sendiri terhadap Islam. UMNO melihat semut di hujung sengai tetapi gajah didepan mata UMNO tidak nampak. Perjuangan UMNO untuk Islam tidak pernah konsistan. Kenapa aku kata begitu, disini sedikit sebanyak aku listkan berapa keroakan yang UMNO lakukan hingga merelakan dosa-dosa besar bermaharajela:-

  • UMNO sendiri yang membuat undang2 syariah memperuntukan untuk orang islam keluar dari islam
  • UMNO yang melarang dan menarik balik bantuan sekolah agam rakyat sehingga hampir 90% agama rakyat ditutup atas tindakan UMNO (Era Mahathir)
  • UMNO juga membina dan meluluskan kilang arak dan judi di Malaysia sedangkan arak itu adalah dosa besar.
  • UMNO memecat Mufti (Allahyarham Ishak Baharom) kerana tindakan JAIS menangkap peserta ratu cantik islam. Malah ratu cantik tersebut di bela oleh pihak kerajaan
  • UMNO menolak dan mahu menyaman kerajaan negeri kelantan apabila kerajaan tersebut mahu melaksanakan Hukum Hudud dan Qisas di Kelantan
  • Pemimpin UMNO/BN mempersendakan nabi dan al-quran secara terang-terangan untuk memperlekahkan sistem politik dan pentadbiran Islam.
  • UMNO yang menghapuskan tulis jawi didalam sistem pendidikan negara sehingga berjuta rakyat Malaysia buta jawi.
  • UMNO meletakan perlembagaan persekutuan melampuai Al-Quran sedangkan wajib bagi setiap umat Islam meletakan Al-Quran dan Hadis sebagai panduan utama.
  • Pemimpin UMNO mahupun pengikut UMNO tidak pernah tahu tentang aurat. Isteri-isteri menteri dedahkan aurat sedangkan aurat itu HARAM, dan Allah sudah peruntukan seksaan bagi mereka mendedahkan aurat. Dan lebih malang sekali UMNO membudayakan aurat dalam beragama.
4. Jangan dikira berapa banyak orang melayu mengamalkan seks bebas dan minum arak. Cukuplah kira berapa ramai orang melayu yang beragama islam menuntut murtad!!!. Isu ini lebih utama dari isu kalimah Allah.

5. UMNO seharusnya cermin diri dulu mengapakah ada segelintir pihak khususnya golongan kritian menuntut perkara yang dikira melampuai batas budaya dan sosial masyarakat malayu. Bagi aku golongan ini tidak akan berani memulakan tuntutan yang bukan-bukan sekiranya orang islam sendiri tidak memulakan. UMNO sendiri yang memberi imej buruk kepada Islam, malahan UMNO sendiri yang menyokong kepada gerakan Islam Liberial yang di tunjang oleh anak-anak pemimpin UMNO seperti SISTER IN ISLAM. Sebelum ini tuntutan-tuntutan SIS yang lempaui hukum syariah tidak pula dipersolakan. UMNO sendiri juga cuba bertindak mengharamkan nama Islam untuk mana-mana pertubuhan kenapa tiada pula golongan UMNO yang ada hari ini untuk menentang. Adakah waktu itu mereka jumud untu berfikir.

6. Isu kalimah Allah bukanlah menyamai isu yang dilakukan oleh UMNO. Isu kalimah Allah tidak melanggari hukum feqah malahan dalam al-quran menceritakan kebenaran untuk orang bukan islam iaitu kristian dan yahudi mengunakan kalimah Allah. Isu kalimah Allah bukanlah isu aqidah, walaupun dalam jangka masa panjang ia akan menjadi isu aqidah sekiranya tidak dibendung. Tetapi persoalan yang cukup besar bagi aku, kenapa UMNO begitu menentang hinggakan orang kanan Najip, Zahid Hamid turut bangun menentang walaupun dia sendiri tahu dia punyai penyokong kristian. Kenapa?

7. Bagi aku yang mmg hari-hari belajar ilmu sains politik di UKM pastinya aku ada jawapan yang relevan untuk UMNO. Terdapat beberapa sebab mengapakah UMNO bangun menentang penggunaan kalimah Allah walaupun mereka sendiri tahu di dalam Islam membenarkannya.

8. Penentangan UMNO bukan lah disebabkan untuk menjaga akidah umat islam, kalau untuk menjaga akidah umat islam pastinya mereka akan menerima islam sepenuhnya. Dan yang paling penting sebelum ini sejarah telah mencatatkan UMNO tidak ambil peduli tentang orang islam murtad di Malaysia. Penentangan UMNO sebenarnya adalah disebabkan mentaliti nasionalis atau kebangsaan. UMNO adalah parti orang melayu maka tidak jauh beza pembentukan minda orang UMNO kerana mereka meletakan nasional atau kebangsaan itu asas bagi perjuangan mereka. Apapula asas bagi pembentukan nasional atau kebangsaan? Sejarah adalah pembentukan kepada nasional, itu pentingnya sejarah yang dilihat pada masa kini satu ilmu yang tidak penting, malah golongan muda kini melihat ilmu sejarah bagaikan ilmu budak-budak tadika. Kembali kepada topik!!.

9. Asal usul sejarah tamadun melayu berbeza dengan sejarah tamadun arab. Ketika islam belum sampai ke tanah melayu. Orang Melayu beragama Hindu Buddha, maka tuhan-tuhan atau dewa ketika itu semuanya bernama seperti orang India. Namun apabila kedatangan Islam dengan pemelukan Islam oleh Parameswara maka seluruh orang Melayu khususnya di Melaka beragama Islam. Islam dibawa oleh saudagar Arab, maka kemasukan Islam maka istilah arab turut disebut dan menjadi budaya dalam masyarakat melayu seperti Assalammualaikum, dan wa'alaikumsalam. Ketika itu jugalah pertama kalinya nama ALLAH didengari oleh orang Melayu, maka ketika itu minda orang Melayu yang Allah ini adalah kata nama tuhan bagi orang Islam. Pada ketika itu orang-orang arab tidak menyebut bahawa di Tanah Arab sana orang kristian dan yahudi turut menyebut nama allah. Sehinggalah ke hari ini orang Melayu memahami bahawa Allah itu khusus untuk orang Islam maka apabila sesuatu yang baru atau melanggari status qou pasti akan ditentang. Oleh itu penentang UMNO dalam isu ini adalah disebakan perjuangan nasionali bukannya perjuangan agama. Kalau agama kenapa umno sendiri yang runtuhkan Agama.

10. Faktor kedua, adalah yang menuntut kalimah Allah itu adalah bangsa India. Orang Melayu sehingga ke hari ini begitu skeptikal terhad bangsa lain walaupun didalam politk dan ekonomi mereka dilihat bersatu, namun dibelakang masing-masing mempunyai pedang dan keris. Apabila orang bukan melayu menuntut sesuatu yang ada bagi orang melayu maka ianya satu signal mencabar kedaulatan orang Melayu. Maka atas nama agama UMNO cuba menyatukan orang2 melayu untuk menentang bukan kedaulatan islam tetapi kedaulatan melayu itu sendiri.

11. Faktor terakhir iainya inilah permainan politik. UMNO mahu menglihatkan imej UMNO bukan sekadar pasti melayu tetapi parti islam. UMNO harap dengan kes ini mereka dapat menuntup kisah terlampau mereka menelanjangkan Islam satu masa dahulu, kini dan selamanya. Namun ternyata mereka menentang bukan disebabkan islam tetapi disebabkan mentaliti mereka. Di samping itu kes ini juga umpama jerat yang dipasang oleh UMNO untuk PAS. Ada beberapa sbb iaitu:-

  • Kalau PAS menentang, maka Pas akan kehilangan penyokong bukan melayu dan bukan islam
  • Kalau PAS berdiam, maka UMNO akan mengelar PAS kuda tunggangan DAP
  • Kalau PAS menyokong, pastinya PAS akan digelar agen yahudi atau kristian..


Perlu diingat jangan menyamakan UMNO dengan PAS. UMNO ternyata menentang secara membabi buta tidak rujuk kepada al-quran dan sejarah kemunculan agama samawi tentang penggunaan kalimah Allah. PAS didokong oleh golongan ulama pastinya tahu bagaimana isu ini perlu diselsaikan, kerana isu ini bukanlah isu seperti penghinaan nabi muhammad satu ketika dahulu, isu ini adalah isu lama yang tidak melibatkan akidah. Dan tindakan yang terburu-terburu bukanya menyelesaikan masalah.

12. Akhirnya bagi pandangan aku, isu kalimah ALLAH yang perlu diselesaikan bukan ahli politik tetapi adalah golongan agamawan. Isu ini ada isu yang belum pernah di selesaikan di Malaysia. Walaubagaimanpun, Allah itu adalah milik orang Islam dan yang beriman. Adalah bahaya pada masa kini kalau istilah Allah itu di guna pakai oleh peganut agama lain. Bayangakan dengan keadaan sekarang pun berapa ramai yang murtad dan sesat. Apa lagi kalau dibenarkan penggunaan kalimah Allah ini. Dizaman ini anak-anak muda melihat urban atau cara hidup moden adalah seks bebas, arak, clubing dan sebagainya. Apabila istilah ini dibenarkan, maka untuk menjadi hidup lebih moden maka kristian adalah agama yang terbaik untuk menunjukan status seseorg. APAPUN AKU TENTANG ORANG KRISTIAN DI MALAYSIA MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH................BAHAYA SELAGI UMNO BERKUASA.

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers