"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)

Dah berkitab politik, dah berkitab sejarah aku mentelalah tapi tak pernah aku terbaca dalam sejarah dunia moden mahupun sejarah manusia tamadun manusia parti politik bersama-sama badan bebas pilihanraya bekerjasama dalam mencapai satu misi yang aku semua org fikir ini kerja gila?

Aku tak pelik melihat politik malaysia tapi aku pelik ada lagi rakyat yang bodoh kerana mudah diperbodohkan berkali kali walaupun sejuta kali. Tercatat satu sejarah Malaysia apabila SPR bekerjasma dengan UMNO untuk merayu jangan mengosongkan dan mengekalkan kemenangan BN di Dun Kota Siputeh...Aku boleh terima kalau UMNO yang merayu dekat Mahkamah persekutuan tapi apa kene mengena SPR nak join sekali.

Ouh SPR ko ni kalau nak berpolitik sila lah bijak sikit boleh tak.. ini bodah sangat apa hal? Aku faham kenapa wujudnya pengundi hantu, kenapa wujudnya nama-nama yang bertindih-tindih dan aku faham kenapa ada orang tiba2 kene tukar tempat mengundi. Tapi kenapa bodoh sangat yang korang sama2 ngan UMNO gi merayu jangan kasi UMNO kalah...adeh. Mmg lembu!!!

SPR kalau nak berpolitik, dan kalau nak UMNO menang silalah bijak sikit pun jadilah.. jangan lah jahil melulu.....apapun walaupun SPR ni mcm lembu ada juga yang buta menilainya,.... tapi buta itu akan wujud apabila hati mereka dah gelap gelita...kesiannnnnnnnnnnnnnnnnn....

apapun tahniah SPR kerana berani walaupun berani tak kene tempat tq tq tq tq tq

1. Dulu masa aku kecil duduk sek rendah aku ni ketegori budak-budak lemah pemikiran tapi tak lah bodoh cuma tak dpt follow apa yang cikgu ajar. Jadi darjah 2 sampai darjah 5 aku masuk kelas Merah. Masuk Darjah Enam aku masuk kelas biru, kelas budak pandai. Tapi dalam kelas tu akulah yang paling bodoh, Periksa akhir pun dah no 31 dari 31 penghuni kelas tu. Mujur lepas darjah enam terus masuk sek men. Kalau tak tentu aku masuk balik kelas bodoh.....

2. Tapi itu cerita 18 tahun dulu, zaman-zaman gajah putih bermaharajalela di bumi Perak. Now umur aku dah 26 tahun, bila terjumpa kawan-kawan lama....semua ungkit kisah lama, kisah duka, kisah gembira dan mcm2 lagi. Adakalanya ungkit2 salah silap lama dulu. Oh ada yang masih berdendam..bahaya bahaya....

3. Dari kecil hingga besar satu yang tak pernah aku lari dari dlm hidup aku. Iaitu aku berfikiran futuristic, aku memikiran apa yang ada pada masa hadapan. Pernah sekali masa aku di sekolah rendah aku bukan sekadar bawa buku atau bekalan makanan tapi aku bawa robot-robot aku ke dalam kelas. Ada yang cikgu aku rampas ada juga yang kene curi dari kawan kelas aku. Bila ada yang tanya "wahai khir napa ko ni minat robot" jawapan aku "aku serog futuristic" sbb masa depan akan wujudnya robot2 mcm aku pikirkan... kalau nak tahu perkata pertama bahasa org putih yang aku hafal adalah futuristic. Terel kan aku? tapi sampai skrg bahasa english aku terabur......................

4. Bila dah meningkat dewasa skrg ni, aku tetap mengemari robot..aku berangan yang dunia pada masa akan datang akan dibayangi dengan teknologi perobotan. huhuhu hebat angan2 aku....

5. Sebenarnya tak ada apa masej yang aku nak sampaikan dalam ruang ni kat semua pembaca. Cuma aku nak asah balik pemikiran aku agar menjadi seorang yang lebih futuristic..... tq tq tq

1. Hai sayang, hai kawan, hai lawan dan hai semuanya. Sihat? Dah berapa purnama aku tak update blog aku. Banyak sebab kenapa aku tak lagi update blog aku. Alasan yang mudah untuk aku beri "tak ada masa" actly banyak alasan yang maybe korang sendiri tak kan faham....

2. Nak mula bercakap politik, sosial, ekonomi mahupun cintai sejati? takpelah kali ni aku nak cakap pasal muzik. Semasa aku bawa balik anak mak angkat aku dari KL menuju Shah Alam tiba2 aku terdengar satu lagu agak sedap dari HOT FM, aku tanya kat anak mak angkat aku? Lagu siapakah ini? Lagu ni dari Indonesia, yang penyanyi asalnya mati bunuh diri sbb kekasihnya mati kemalangan. Sbb dia sedih sangat so sblm dia mati bunuh diri dia nyanyi lagu ni......

3. Wahh sampai mcm tu sekali. Dalam hati aku terus kata "ni mesti bukan islam" hebat betul cinta sampai boleh membunuh kepada pencinta dan kepada yang menyinta. Hebat hebat.....

4. Apapun hidup ni banyak drama dan drama itu adalah darah dalam kehidupan. Baik orang politik, orang busines, orang seni, orang elit, orang bandar, orang kampung, orang asli atau orang utan Drama adalah udara yang tak akan bolah dipisahkan dalam kehidupan.

5. Aku dah mual dah muak tapi masih mampu melihat manusia-manusia yang buat drama, lebih-lebih lagi drama BUSINES LAE, MAS, MOH, PETRONAS, HOLOGRAM n mcm2 lagi...DRAMA YANG TAK MAIN TIKAT2 WAYANG, TAPI DRAMA YANG PAKAI CEK BANK ISLAM, AL RAJHI DAN BAIK LAGI CEK CEK YANG CEKIK LEHER ORG!!!

6. Inilah Drama skaptikal dunia ku!!!!

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers