Inilah Aku
Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa
Renungan untuk aku
يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير
Sempena hijarh ini, maka bermacam kisah-kisah yang kadang kala boleh dijadikan sejarah Malaysia sepanjang bulan hijarah ini. Untuk lebih menarik, aku ketegorikan mengikut tajuk..:-
1. Politik
18/12/2009 adalah tarikah bersejarah dimana buat politik Malaysia dimana wujudnya konvensyen khas pertama Parti Pembangkang terbesar di Malaysia iaitu PAS, PKR dan DAP. Dari sudut politiknya konvensyen ini adalah satu titik permulaan untuk mengwujudkan sebuah pasti yang tunggal dibawah satu bendera yang menyamai Barisan Nasional. Kapal Singah dulunya tidak boleh lihat muka nik aziz tetapi hari ini bukan sekadar boleh duduk bersebelahan dengan nik aziz tetapi juga bersebelahan dengan hadi awang. Tok Guru kata dihati Kapal Singah ada bulan. Bagi aku tak kisahlah bulan itu bulan mengambang atau anak bulan tapi selagi mana bulan itu dibawa bersama-sama empunya diri maka akhirnya empunya diri faham apa makna islam. Inilah hadiah Maal Hijrah buat penyokongan Pakatan Rakyat, namun inilah ujian juga buat penyokong pakatan rakyat kerana berpetik daripada kata-kata Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mengekalkan kemenangan adalah lebih sukar dari mendapatkan kemenangan. Maka jangan ada muka poyo dan berlagak sombong bila dah berkuasa.
Politik Malaysia tidak sama dengan politik di Indonesia, Thailand, Jepun mahupun Perancis. Kuasa politik terletak kepada mereka yang pandai bermuafakat. Di Indonesia, Thailand mahupun Jepun mereka tidak memerlukan sokongan atau pemuafakatan dengan golongan yang berlainan bangsa, agama mahupun budaya untuk mencapai kuasa politik. Tetapi di Malaysia PAS tidak akan mencapai kemenangan sekiranya buat kerja sorang-sorang begitu juga DAP dan PKR. Kuasa ditentukan dengan pemuafakatan. Pemufakatan ini juga yang telah membawa kepada Hegemoni UMNO/BN yang melampaui akidah dan iman dalam pemikiran rakyat Malaysia.
2. Sukan
Buat pertama kalinya dalam tempoh 20 tahun Malaysia baru merasa kemenagan bola sepak selepas mengalahkan vietnam dalam sukat sea di Loas. Aku pun tumpang bangga sekali dan berjuta rakyat Malaysia menonton tanpa mengalihkan punggung dan mengklipkan mata takut terlepas setiap babak atau aksi bola sepak. Di sebabkan start bola sepak tu waktu hampir masuk magrib dan berakhir hampir masuk waktu isaq maka waktu itu ramailah rakyat Malaysia tak kira laki dan perempaun menyambut kemenangan Malaysia dengan tidak solat dan mencabar kekuasaan tuhan. Ramai yang berpesta tepi jalan atau di kedai mamak meraikan kejayaan ini...soal tuhan tolak ketepi...walaupun tak habis mengucapkan alhamdulilah tetapi solat tak payah..... Waktu itu entah berapa juta yang tak solaty magrib...tapi aku rasa kalau hari hari lain pun tak ada bezanya bagi mereka yang takut dengan tuhan tahu dosa dan pahala mereka tetap akan sembahyang tapi bagi mereka yang suka jadi ejen-ejen syaitan dah biasa tak solat cuma hari tu ejen-ejen keluar dikhalayak ramai maka nampak ramailah yang tak solat.... apapun Malaysia menyambut kemenangan penuh dengan rasa kekufuran....huhuhuhu
3. Agama
Pertama kalinya aku dapat melihat wajah Yusuf Qordawi. Sebelum ini aku tgk kat gambar dan kat tv jek... kali ni aku tgk live.. walaupun aku hanya dapat tgk songkok merah jek tetapi hati aku cukup puas hati. Terharu rasanya bila tgk ulamak di sambut bagaikan artis Hollywood, ramai yang mahu mengkap gambarnya apa lagi dapat bersalam yer maybe inilah kali pertama dan kali terakhir utk lihat wajah Yusuf Qordawi. Aku datang pun sebenarnya bukan nak dgr ceramahnya cuma sekadar utk ambil keberkatan dan mahu menatap wajahnya. Kebetulan ceramahnya dalam bahasa arab yang sememangnya aku tak faham, mujur ada Tok Guru Abdul Ghani Samsudin yang terjemahkan dalam bahasa melayu. Esoknya aku jumpa kawan aku, aku cerita ttg Yusuf Qordawi, eh dia tak kenal siapa tu Yusuf Qordawi..kemudian aku jumpa seorg Pak Cik aku cerita ttg Yusuf Qordawi.... dia pun tak kenal siapa Yusuf Qordawi. Alahai kesiannya mereka-mereka ini. Najib jek yang ko kenal yek... bagi aku siapa yang tidak kenal Yusuf Qordawi seolah-olah dia tidak tahu perjuangan utk islam siapakah pejuang siapakah yang penentang.
4. Hiburan
Hebat bercakap di Parliman, kalau bercakap menjerit jerit memekik melolong umpama hero tamil nadhu kat sri lanka. Maybe kehebatanya juga terbukti dapat kahwin lagi satu dengan artis yang seksi meksi lagi. Tak perlulah aku kata siapa pasti semua tahu, isteri mudanya pastinya yang menonjolkan peha dan lurah buah dadanya, kalau nak dipadangkan umur dan wajah memang tak sesuai tapi kalau nak dipadangkan dengan tingkah laku dan ahlak mmg padang. Seperti dalam surah An Nur ayat 26 bermaksud wanita yang tidak baik itu untuk lelaki tidak baik dan begitu juga sebaliknya. Kalau nak bagi ayat al quran yang lebih menusuk kalbu pun ada Ayat 3 surah an nur bermaksud:-
“LELAKI yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina ataupun perempuan musyrik, dan perempuan yang berzina tidak mengahwini melainkan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan ke atas orang-orang yang beriman.”
Bagi aku UMNO mmg tak baik memang sgt sesuai kahwin dengan arits sbb sama-sama ketegori yang suka dengan fasik2 nie.... aku tak nak doakan diaorg ni bahagia atau tidak tetapi aku harap jangan jadi pasangan contoh sudah la... mmg nak muntah huhuhuhuh
2. Dalam jam 9.00 malam aku baru dapat jumpa anas, dia nampak kurus dari dulu. Aku lepak dengan anas diwarung tepi jalan sekitar seksen 6. Maka banyaklah cerita yang aku ngan anas share sama-sama. Dari soal kerja, keluarga hinggalah bab-bab yang jiwang-jiwang. Apa yang aku nak cerita ni certia cinta anas yang aku rasa menarik untuk aku kongsi. Peringatan untuk aku dan peringatan buat yang baca blog aku.
3. Bila aku bertanya soal cinta, anas agak malas nak cerita. Tapi aku tahu anas mmg banyak pengalaman dalam soal cinta. Maksud aku bukanlah anas ini pakar bercinta tapi dia ada pengalaman bagaimana dia setia dengan perempuan yang hampir menjadi separuh hidup dia. Suku tu pasti!!!. Bila aku bertanya perkembangan soal cinta dia, dia gelengkan kepala...simple saja kata dia. Hidup ini tak mudah!!!.
4. Anas bercerita bagaimana dia nak dptkan seorg perempuan iaitu first love dia. Hampir 10 tahun anas nak dapatkan dia tapi tak berjaya? Pernah sekali anas berjaya memiliki dia selepas hampir 3 tahun untuk dapatkan dia tapi sekejap saja, katanya perempuan tu sebenarnya masih ingatkan laki lain, menurut anas lagi, lelaki tu sebenarnya kekasih dia yang agak berusia juga, pada awalnya lelaki tu kata nak kahwin dengan dia tiba2 lelaki tu cari gf lain pulak. Akhirnya meranalah si dia......akhirnya anas dapat balik walaupun sekejap. Sebenarnya Anas pun tidak tahu apa sbbnya tapi apa yang anas tahu dia pernah telefon kawan ehem dia tu dia kata ehem dia ni sebenarnya tidak pernah pun ada hati dengan anas, dia terima anas sebab mak dia suka dengan anas., tapi waktu tu anas masih percaya atau tidak. Bila aku tanya mcm mana anas dapatkan no tel lekaki tu "Anas kata no tel tu sebelum ni no telefon yang maki hamun anas tiap-tiap hari sewaktu anas belajar. Aku pun baru ingat, anas pernah tunjukan msg tu kat aku... Siap ajak gado bertumbuk lagi.. ala maklumlah org tu ada seni pertahankan diri. So bila dh lama tak msg dan anas pun tukar no tel anas try call balik no tel tu.. dan tanya siapa org tu. Baru dia tau yang org tu adalah kawan baik pada ehem dia....Untuk sedapkan hati Anas kata dengan simple kata "bukan salah perempuan tu, salah aku....banyak sbb punca dari aku". Bila aku tanya apa salah ko? anas jawab perempuan ni adalah pengalaman pertama dia bercinta so dia banyak tak tahu nak handle masalah dalam bercinta. Kadang-kadang anas terlepas cakap, yang boleh bawa salah faham. Bila dah salah faham makin buruk jadinya. Ditambah lagi dengan penglibatan orang ketiga yang melaga-lagakan dia ngan perempuan tu so akhirnya putus mcm tu saja.
5. Bertahun-tahun putus, akhirnya dengan kuasa tuhan anas berjumpa dia.. Anas ingat kalau anas setia lagi dan tunggu dia, dia akan tunggu anas juga. Rupa-rupanya anas yang single dan dia pulak dh lama berkapel. Untuk elak dari malu nak tutup yang sebenarnya anas masih sayangkan dan tunggukan dia. Anas berpura-pura berlagak ada kapel. Bila aku tanya apa motif sebenar...anas kata " aku tak nak dia nampak yang aku masih sayangkan dia" huhuhuuhu.....
6. Walaupun dah bertahun berpisah, hubungan anas dan dia dh mula baik, nampak mcm tak ada dendam atau marah2 lagi. Anas kata " sbb silap dulu dia lebih matang?" so itulah hikmahnya agaknya. Satu hari anas berjaya ajak si dia nie keluar makan sama2 sbb anas mmg dh lama sangat nak ajak, anas cuba cerita dan ungkit kisah-kisah lama...niat anas time tu katanya dia nak kepastian kenapa terputus dengan tiba-tiba. Dan adakah betul semua dakwaan yang dia dapat dulu. So bila anas tanya ingat tak sewaktu bercinta dulu...tiba-tiba perempaun tu kata "pernah ker kita bercinta?" Terkejut anas dengan jawapan dia tu? Maybe kata-kata dia tu menjawab persoalan yang perempuan tu sayangkan anas kerana ibunya yang sukakan anas waktu tu. Anas kata waktu tu hanya tuhan saja tahu....walaupun dah bertahun benda tu berlalu dan sekarang baru tahu jawapanya mcm baru berlaku saja.
7. So now apa yang ko buat? tanya aku. Anas kata sejak dia jumpa balik xgf dia walaupun xgf dia tak pernah anggap yang dia pernah berkapel dengan anas. Anas cuba anggapkan xgf dia sebagai adik. Maybe itu yang dia nak...kata anas. Anas bersungguh-sungguh ambil berat tentang dia, sampai anas tak ambil peduli tentang diri dia. Bila aku tanya kenapa. Anas kata aku nak qodo' perkara yang patut aku buat untuk dia tapi tak terbuat sepanjang tempoh kehilangan dia. So bila dah jumpa anas buatlah bersungguh. Setiap kali kalau perempaun tu perlukan pertolongan Tak pernah kata idak untuk dia.....bagi anas dia masih lagi cinta terakhir anas.
8. Anas kata, walaupun dia sangat sygkan dia tapi anas kene tutup perasaan anas kat dia, anas kata selalu jek anas nampak pic bf dia kat hp dia. Anas kata setiap kali dia nampak pic bf dia anas tiba2 tak de mood. Apapun cover tetap cover.....Apapun anas akui dia tak boleh marah pd Bf perempuan tu....sbb dia tahu lelaki tu sangat baik dan jauh baik dari anas sendiri. Dan anas pernah cakap...lelaki tu jauh lebih hebat dr anas walaupun anas lebih tua dari dia.
9. Tapi sejak kebelakangan ini, anas kata dia dh jarangan call perempaun tu. Bila aku tanya kenapa. Anas jawab dia mula mcm tak berapa selesa bila anas call dia. Malah kalau nak berjumpa dengan dia perlu ada urusan tertentu saja. Kalau tak ada urusan tak perlu jumpa. Kadang-kadang bila anas call kene rijek n msg pun tak balas-balas. So anas faham apa makna semua tu.
10. Aku cakap kat anas, Aku yakin anas perempuan tu tak suka ko ambil berat tentang dia lagi.....dan ko kene tahu yang dia dh ada bf. Bf dia yg patut ambil berat ttg dia, Watpe ko ambil berat pasal dia. ko selalu tanya kabar dia? dia tak pernah tanya kabar ko, sihat ke ko? Kalau call or msg semua sbb urusan tertentu..... yang tak ada kene mengena ttg ko. Tiba-tiba anas keluar ayat yg tak boleh blah " sekurang-kurangnya kalau dia call aku, aku boleh dengar suara dia silap haribulan aku boleh jumpa dia dan dia tahu yang aku mmg selalu ada untuk dia". Dari situ aku mmg dapat bayangkan betapa besarnya sayang anas kat dia......10 tahun anas pendam dan simpan sayang dia kat org perempuan tu. Memang bukan mudah untuk anas tak lagi sayangkan dia.
11. Aku kata kat anas baik anas lepaskan dia pergi, sbb dia tak tahu apa yang anas rasa selama nie. Anas menangis kerana dia, dan dia pula menangis kerana orang lain. Dah nak masuk 10 tahun anas mengharapkan dia, tunggu dia........ kalau ko sayangkan dia biarkahlah dia pergi. Ko nak tgk dia bahagiakan.....kalau ko nak tgk dia bahagia jangan dekati dia lagi..sbb dia sekarang bahagia dengan orang lain. Ko kene korban diri ko untuk kebahagian org lain.. Dia tak rasa yang ko boleh bahagiakan dia, jadi kalau ko dapatkan dia..dia tak bahagia... ko seksa dia. Kalau ko terus buat mcm ni...kolah orang yang paling jahat tapi kalau ko lepaskan dia pergi dan ko korbankan kepentingan ko semata-mata kerana dia..kolah hero dalam cerita ini. Hero tak semestinya terkenal hari ni tapi hero akan kenal satu hari nanti. Biarlah ko jadi permata bersadurkan lumpur....... Anas dia selesa tanpa kau lagi.
12. Anas hanya anguk kan kepala dan senyap tanpa cakap sepatah pun, tangannya pula tengah tekan-tekan hp buruk dia tu. Aku tanya apa yang ko buat? anas jawab " aku buang no tel dia" Wahhh anas sekarang sudah jadi hero.....apapun sebagai kawan baik anas "sebenarnya orang perempuan tu sgt beruntung kerana anas sanggup tunggu dia hingga 10 tahun dan tak tahu sampai bila anas mampu tunggu perempuan tu.
13. Soal hati mmg susah nak cerita......dalam cerita ni bukan salah anas dan jauh sekali salah perempuan tu. Tapi ini ujian untuk anas gadaikan dan korbankan cinta dia...maybe tuhan ciptakan perempaun tu untuk uji sama ada anas setia atau tidak. Untung jadi aku.. Siapa nak kan aku yang jual nasi lemak dan laksa tepi jalan. Ada yang pandang sebelah mata dan ada pula yang jijik dengan aku. Aku hidup kais pagi makan pagi....mmg tak ada apa2. Orang tak ambil peduli kat aku pun takpe....
ps: sori lah cerita ni aku ulas lintang pukang..aku tak tau nak wat cerita sedih, tapi aku harap cerita ni menarik utk di baca....apapun akhirnya aku berjaya jadi pakar motivasi cinta huhuuhu
2. Ada yang tak sedar atau saja mmg tak mahu tahu yang hudud itu sama dengan solat, sama dengan zakat, sama dengan pergi haji dan sebagainya. Perjuangan menegakan hukum hudud adalah wajib, maka sesiapa yang menentang atau berkecuali mahupun tak nak ambil tahu mmg hukumnya berdosa. Bila berdosa masukan lah api neraka. Neraka mana? itu hak allah untuk tentukan neraka mana, tapi dengan ilmu yang ada tak seberapa nie.... aku rasa golongan ini sebelik dengan firaun, namrud dan qorun. Yelah merekakan tolak hukum tuhan. Jadi apa bezanya mereka? Namrud percayakan Allah tapi dia tetap tolak hukum Allah.....tak ke sama sekaki tu.
3. Disini bukanlah aku nak menceritakan golongan yang menolak hukum Allah. Cukup cari di internet apa hukumnya golongan yang tolak hudud pasti sudah tahu. Dan kita punya otak utk nilai siapa yang layak masuk api neraka kerana tolok hukum Allah ini.
4. Tapi apa yang nak dibincangkan bagaimana hukum hudud itu mahu dilaksanakan. Hudud ini umpama solat. Ketika kita solat kita perlu ada ilmu untuk solat, kalau kita hanya ikut-ikut saja org solat. Orang tunduk kita tunduk, orang sujud kita sujud maka sama juga seperti tidak solat. Kalau ikut dalam kitab feqah yang aku baca masa sekolah Maahad dulu, orang itu berdosa besar dan menderhaki Allah. Ha tgk, niat nak solat tapi tak pasal dapat dosa sbb ikut taklid tanpa ada ilmu. Begitu juga hudud jangan buat tanpa ada ilmu. Pastikan sebelum melaksanakan hudud itu pastikan golongan atau individu yang terlibat ada ilmu supaya hudud itu tidak dilihat kejam...
5. Di sini aku letakkan beberapa ganbar yang mengambarkan hukum hudud di laksanakan di Somalia. Info dalam pic ini,
- Nama pesalah: Mohamed Abukar Ibrahim
- Kesalahan: Berzina
- Hukuman: Rejam sampai mati
- Tempat hukuman: Afgoye 32 kilomiter dari Mogadhisu, Somalia
- Tarikh hukuman: 13 Disember 2009
6. Bila lihat gamabr ini, mmg terperanjat. Dato-dato mahupun tan sri2 yang gatal pun tak lagi mahu berzina kalau ini berlaku didepan mata mereka. Namun ada segelintir pihak mahupun yang islam hukuman ini melampau dan zalim. Lihat saja di Kosma (15/12/2009) yang menyatakan golongan yang melakasanakan hukuman ini adalah golongan militan islam. Walaupun didalam Kosmo tidak menceritakan secara terang-tearangan namun Sscara logiknya apabila kosmo cuba mengaitkan hudud ini dengan golongan militan maka hukum ini dianggap undang-undang pengganas. Maka secara ringkasnya hukum Hudud ini adalah hukum Pengganas itulah maksud tersiratnya. Persoalannya bagi aku pula adakah golongan yang melaksanakan hukuman ini benar-benar mempunyai kepakaran dan ilmu dalam melaksanakan hukuman rejam?
Dalam al-quran dan hadis dah menjelaskan hukum kepada penzina. Malah darah orang yang berzina yang sudah berkahwin antara 3 golongan yang halal dibunuh. Tapi persoalanya bagaimana untuk melaksanakan hukum itu secara hikmah dan tidak timbul skaptikal terhadap islam dan hudud.
7. Aku pernah terangankan kepada kawan aku hukum orang bezina yang belum kahwwin 100 kali sebatan. Tapi sebatannya jauh lebih baik dari sebatan yang ada dalam undang-undang sivil. Hanya sekadar menggunakan kekuatan sederhana malah yang tukang rotan tidak boleh mengangkat ketiak sewatu merotan. Lalu kawan aku bertanya " Kalo mcm tu mana sakit, makin banyakla yang berzina". So kena faham konsep hukuman dalam islam bukan untuk menyakitkan orang tetapi untuk memberi pengajaran kepada yang kene rotan dan kepada yang tengok orang kene rotan (rakyat). Sewaktu rotan perlu dilihat oleh semua orang dan muka pesalah harus ditunjukan dan aurat wajib ditutup. Jadi bila dah kene rotan depan orang ramai, budak kecik tengok, kawan-kawan tengok, mak bapak tengok, sedara mara tengok....tak malu ke? Bukanlah untuk memalukan tapi untuk menginsafkan supaya lain kali malu dengan Allah. Pendik kata konsep hukuman dalam islam adalah untuk pengajaran dan pendidikan moral.
8. Balik pada persoalan asal, cukup mampu dan berilmukah kita melaksanakan hukum hudud. Sebagai seorang yang beriman dan takutkan Allah hudud perlu disegerakan tapi jangan terburu-buru perlu memahami dengan betul bagaimana untuk melaksanakan.
9. Aku percaya malaysia lama lagi akan melaksanakan hudud sbb UMNO mmg anti hudud tapi apa salahnya kita belajar bagaimana hudud itu perlu dilaksanakan dengan bijaksana dan penuh khusyuk.
10. Aku takut melihat satu hari nanti ramai yang terburu-buru mahu hukum Allah ditegakan tapi dikukan secara semberonoh. Akhirnya imej Islam akan bertambah buruk dari kaca mata orang yang bukan islam apalagi dari golongan yang anti HUDUD seperti UMNO.
2. Al kisah bila aku tgk dlm utusan mesia, wahh lantang dan bersungguh pula si aznil ni mengkrtik Tok Guru, membayangkan Tok Guru terpesong dari ajaran Islam yang sebenar. Seolah-olah sungguh kudus lagi maksum hati si aznil nie. Boleh dikatakan Hadith bukhari dan muslim dia hafal siap dengan perawnya sekali...
3. Aku tengok respon dari pemimpin tertinggi PAS, satu pun tak ada yang respon termasuk Tok Guru. Kesian kata-kata aznil tiada yang peduli. Jadi untuk menyedapkan hati biar aku yang respon. Tak payah tok guru atau ustaz-ustaz yang respon dengan kata-kata aznil nie.. aku rasa aku pun tak layak untuk memberi respon kebangangan dia nie. Yang layak adalah budak kecik sekolah PASTI yang sudah tahu mana dosa dan pahala n bagi ceramah dgn org tua nie. Harap-harap adalah budak kecik yang boleh bagi ceramah agama masuk Tom Tom Tom Bak supaya insaf mak bapak budak yang hantar anak2 mereka menari macam baruk termasuk aznil.
4. Oh abg aznil.... aku yang kurang ilmu ni pun kadang kala tak sebulu dengan Harun Sani pun tak la kritik dia mcm tu. Ko yang baru balik mekah tiba2 terus melompat jadi ustaz berjambul kuning mengkritik tok guru tanpa muka malu...
5. Tapelah semua org tahu aznil tu sapa.... cuma kesian tgk aznil..... takpela aznil ada masa untuk bertaubat... harap umur panjang jangan mati dulu sebelum terlambat. Ohye kalau dah mati, jangan cari tok guru untuk solat n bacakan talkin... cari tok batin jek untuk baca talkin.
ps: aku taruk pic aznil pegang al quran adalah pic sesuai untuk dia. Kalau aku bagi pic dia terloncat2 berjambul kuning..tak sesuaila pulak..... sbb diakan dh jadi USTAZ HJ AZNIL!!!
2. Bapak aku ajarkan aku, jangan buat dosa, takut allah dan banyakan pahala. Buatlah apa yang allah suka dan nabi suka. Buatlah yang difikirkan baik utk keluarga dan agama. Jaga tingkah laku dan jaga maruah diri dan keluarga. Berkawanlah seribu atau sejuta atau semua yang ada dibumi tapi ada batasnya. Dan setiap hembusan nafas dijadikan baja utk menyuburkan iman dan taqwa dalam jiwa. Takutlah Allah sebelum mati yang pasti.
3. Yang pastikan aku tetap begini, setahun lebih pemergian bapak aku,sukar untuk aku pastikan yang aku dh sampai atau tidak ke matlamat yang dia mahu. Solat jemaah tiap-tiap waktu yang bapak aku tekankan pada aku dh jarang aku amalkan. Mungkin alasannya sibuk dunia ditambah sifat malas yang makin meluap-luap dalam diri.
4. Setiap kali keputusan yang diambil, pastinya keputusan yang paling bodoh dan memalukan maruah diri mahupun keluarga. Sesat di jalan yang terang, tak nampak pandangan lain melainkan pandangan nafsu dan akal. Apa yang dilihat cantik mahupun indah dijadikan buruan tanpa noktah. Tapi baru sekarang, aku tahu dimana noktah yang itu bermula. Maaf aku banyak kali buat silap kerana ikutkan hati dan perasaan.
5. Hidup diteruskan sampai mati. Selagi mana tak mati selagi itulah aku teruskan. Bila dah mati aku tetap teruskan namun berlainan matlamat dan keadaanya. Bila bercakap pasal mati, pastinya aku ngeri. Dah ramai kawan-kawan aku dah pergi tak kembali. Mmg mati tu berlegar-legar disekeliling aku tu sbb aku takut mati. Tapi bila aku pergi keluar, ramai yang tak takut mati.... dan menganggap tuhan sentiasa menyebelahi dia walaupun membuat dosa. Bila ditanya kenapa sukakan dosa. "Hidup hanya sekali dan tuhan yang tahu isi hati mereka". Wahhh hebat mereka umpama nabi yang maksum dari segala dosa. Tahniah.... kerana jadi hamba gila.
6. Bila berakhir hidup. maka ditinggalakan segala sayang, segala cinta, segala harapan dan segala kekuatan. Tinggalah sorang-sorang menantikan doa dari manusia harapan.
7. Kawan-kawan takutlah mati. cegahlah diri.
2. Kata-kata keramat dari pemimpin tertinggi mahupun pemimpin kurang tinggi dijadikan sabda-sabda yang perlu dikitabkan dan di imankan. Umpamanya 1 Malaysia, di dada akhabr, dikaca tv dicorong radio, di papan-papan ikan semuanya melambangkan 1 Malaysia. Maka hegemoni 1 Malaysia menjadi satu keimanan tak kira kecil besar, tak kira tua muda dan tak kira apa agama 1 Malaysia perlu di imani dengan penuh jiwa raga.
3. Pemimpin dilihat maksum walaupun terang terang menyokong kemungkaran. Isteri-isteri para menteri umpama isteri para nabi dahulu kala. Terdedah aurat tapi lagak komfem masuk syurga. Hebat bukan. Bukan sekadar itu, kadang kala berkata umpama ustazah, menyarankan rakyat jelata takutkan tuhan buatlah amalan kebaikan. Tapi bila bercakap jambul 6 inci terkeluar kehadapan. Makcik-makcik dikampung yang sentiasa bertahajud setaip malam dan megaji al quran pun ada yang yakin inilah ustazah mereka. Hebat bukan?
4. Kadang kala teringin juga aku berjiwa seperti mereka. Memperlekehkan ulamak mmg tak takut dengan neraka, sekadar Rabul Alamin pun mereka boleh mengidak kan larangan dan suruhannya. Hebat bukan.? tapi aku hanya terfikir bagaimana kalau aku UMNO adakah hati aku pun jadi UMNO....
5. Andai kata UMNO menjadi agama? Siapa Tuhannya? Siapa Nabinya? Apa Kitabnya? Mana Imananya? dan Siapa pengikutnya? Dari banyak soalan ini hanya satu saja yang aku boleh jawab iaitu siapa pengikutnya....tidak lain tidak bukan hanya orang Melayu saja. Dan Pastinya namanya Hadhari............
6. PAS, DAP dan Keadilan perlu belajar dari apa yang UMNO lakukan. Bagaimana Hegemoni UMNO menjadi karat dalam hati dan pemikiran rakyat Malaysia. Bayi yang baru lahirpun bisa menjadi UMNO. Kalau benar dikatakan UMNO itu buruk tapi hakikatnya UMNO hebat dalam mencipta kepercayaan orang Melayu. PAS perlu duduk kembali ke sekolah lihat bagaimana UMNO menjadi Raja Yang Kebal dari Segala Dosa.
Satu hari di Istana, datanglah dua orang musafir..
Si Musafir: Assalamualaikum. Boleh saya tumpang tidur di sini?
Pengawal Istana: Tak boleh. Ini istana raja ni bukan tempat tumpang tidur.
Musafir: Saya ni musafir..saya nak tidur sekejappp saja.
Pengawal Istana: Saya kata tak boleh. Ini istana raja.
Musafir: Kalau begitu, boleh saya jumpa raja tuan istana ni?
Pengawal Istana: Boleh. Tunggu sebentar.
.................
Musafir: Saya nak tidur malam ni disini sekejap boleh?
Raja: Tak boleh..ini beta punya rumah.
Musafir: Ye laa..nak tidur sekejap pun tak boleh? Saya ni musafir
Raja: tak boleh. tak boleh.
Musafir: Istana ni tuanku punya ke?
Raja: Ya, beta punya.
Musafir: Sebelum tuanku, siapa punya istana ni?
Raja: Ayahanda beta punya.
Musafir: Dulu?
Raja: Datuk beta punya
Musafir: Dulu lagi?
Raja: Moyang beta punya
Musafir: Dulu lagi?
Raja: bapa moyang beta punya
Musafir: Nanti tuanku mati, siapa punya istana ni?
Raja: Anak saya punya.
Musafir: Habis tu..siapa punya rumah ni tuanku?
Raja: ???
(Barulah perasan sang Raja)
Akhirnya harta itu tiada siapa yang PUNYA. PUNYA itu hanya sementara. (=
Dari anak sedara aku dari kuliah ustaz ismail kamus......sekian
2. Mungkin belum sedar mungkin sudah tertutup pintu hatinya untuk berjiwa seirama dengan irama nadi empunya cerita. Entah apa lagi kurang entah apa lagi yang dicari sehingga ada yang tak kena lagi. Semut yang kecil dah lama mati, nyamuk pun sudah lama pergi, lalat dah lama tak nampak-nampak lagi tapi masih ada yag samar-samar dihati menyebabkan melodi cinta tidak bergema.
3. Alasan dicipta untuk dijadikan jawapan. Biar nampak berjiwa dihadapan empunya cerita. Mungkin berjiwa atau mungkin tak terasa, asalkan ada yang percaya dah rasa dia berjiwa. Hakikatnya manusia tak pernah tahu apa makna berjiwa. Kalau tidak kenapa ada yang jahil menjadi pemimpin dan kenapa yang adil dianggap bagaikan Ching Peng. Dan kenapa Cinta setia sejati tidak dipeduli....... mana perginya jiwa kalau inilah definasinya.
4. Berjiwa namanya kalau disitu ada adilnya, disitu ada amannya dan disitu ada hak haknya. Tapi jiwa apa namanya kalau semua itu disangkar dalam penjara sang haloba. Tamak, dengki, Zalim sebagai ganti nilai-nilai jiwa.... namun ada yang buta tak tahu melihatnya. Sang Haloba pasti terbahak bahak dan terus berkuasa, mengeling kepala melihat rakyatnya tidak berjiwa. Tak kira muda, tua, kecil, besar, laki mahupun perempuan tidak lagi berjiwa....
3. Kadang kala aku rasa hidup aku lain dari mereka semua, hidup cukup sederhana. Walaupun adakalanya aku gagal tapi aku tak menyesal kerana aku sudah biasa gagal dalam percubaan. Dengan kegagal akan aku bawa juah kembara....untuk mencari sempurnanya hidup aku.
4. Walaupun poket sentiasa kering, yang ada hanya syiling-syiling tidak sampai pun seringit. Tidak mengapa asalkan pekerja-pekerja aku tidak kering bekerja dengan aku. Bagi aku pekerja aku adalah permata aku....susah nak cari mereka yang amanah dan berdedikasi. Aku pun kadang kala sanggup ikat perut asalkan pekerja aku ada gajinya. Cukup makannya, Cukup gembiranya dan cukup apa yang belum cukup. Bukankah itu juga nama sempurna?
5. Sempurna apa lagi yang belum sempurna.. ouh ya ya.... takut aku padaNya....dan sayang aku padaNya...
2. Lumba kali ini baru saja bermula, lumba yang dahulu aku kalah, bertahun-tahun aku berlumba untuk mendapatkan sebuah cita-cita tapi aku tetap kalah walaupun sejuta usaha aku sediakan untuk memilikinya. Aku tidak pernah terkejut rupa-rupanya ada perlumbaan kedua. Kerana aku yakin destinasi akhir perlumbaan ini adalah aku juaranya. Walaupun beribu kali terpaksa berlumba namun destinasinya tetap aku..... ermmm aku rasa jek~~~
3. Lumba kali ni mengkin begitu ramai yang pesaingnya atau mungkin 3 , 4 kerat pesaingnya. Kan bagus kalau perlumbaan kali ini bagaikan arnab dan kura-kura ada dua saja watak yang berlumba dan semua tahu yang kura-kura yang juaranya. Dan aku adalah kura-kura itu...
4. Nak dibandingkan aku dengan mereka-mereka itu, aku ini adalah anak muda yang jual laksa dan nasi lemak yang tahu berkarya di blog dengan cerita-cerita aku sendiri. Mereka? usah dibandingkan dengan aku...mereka berjaya cerah masa depannya. Aku anak muda yang kerja sendiri kesana kesini hanya menjual laksa dan nasi lemak untuk mencari sesuap rezeki namun punya cita dan impian untuk memilikinya juga....
5. Bila ditanya tentang persiapan.... aku telah lama bersiap untuk berlumba dari fizikal aku mampu, mental aku mampu, batin pun juah lebih mampu tapi dari segi meterial mmg serba kekurangan. Nak beli kasut utk berlumba pun tak mampu.... hanya berlumba dengan selipar pemberian mak aku... lagipun apalah sangat dengan kasut tu, pakai selipar aku ni pun aku boleh menang sbb perlumbaan ini diukur dari keikhlasan, kepercayaan dan kejujuran.
6. Sekiranya perlumbaan ini aku kalah juga, tidak apa biar bertahun aku berlumba dengan kekalahan tapi aku berjaya membuktikan yang aku benar-benar mengharapkan cita-cita. Biar dia tidak pandang,biar dia tidak heran, biar dia tidak hirau tapi akhirya dia pasti tahu akulah jawapan yang dicari. Teringat aku dengan kata2 faiz mlm tadi " kalau dh nama permata ditutup dengan lumpur pun tersorok dalam laut dlm pun pasti dicari juga.....".
7. ....1 2 3 aku lumba lagi.................................................
Dah berkitab politik, dah berkitab sejarah aku mentelalah tapi tak pernah aku terbaca dalam sejarah dunia moden mahupun sejarah manusia tamadun manusia parti politik bersama-sama badan bebas pilihanraya bekerjasama dalam mencapai satu misi yang aku semua org fikir ini kerja gila?
Aku tak pelik melihat politik malaysia tapi aku pelik ada lagi rakyat yang bodoh kerana mudah diperbodohkan berkali kali walaupun sejuta kali. Tercatat satu sejarah Malaysia apabila SPR bekerjasma dengan UMNO untuk merayu jangan mengosongkan dan mengekalkan kemenangan BN di Dun Kota Siputeh...Aku boleh terima kalau UMNO yang merayu dekat Mahkamah persekutuan tapi apa kene mengena SPR nak join sekali.
Ouh SPR ko ni kalau nak berpolitik sila lah bijak sikit boleh tak.. ini bodah sangat apa hal? Aku faham kenapa wujudnya pengundi hantu, kenapa wujudnya nama-nama yang bertindih-tindih dan aku faham kenapa ada orang tiba2 kene tukar tempat mengundi. Tapi kenapa bodoh sangat yang korang sama2 ngan UMNO gi merayu jangan kasi UMNO kalah...adeh. Mmg lembu!!!
SPR kalau nak berpolitik, dan kalau nak UMNO menang silalah bijak sikit pun jadilah.. jangan lah jahil melulu.....apapun walaupun SPR ni mcm lembu ada juga yang buta menilainya,.... tapi buta itu akan wujud apabila hati mereka dah gelap gelita...kesiannnnnnnnnnnnnnnnnn....
apapun tahniah SPR kerana berani walaupun berani tak kene tempat tq tq tq tq tq
4. Bila dah meningkat dewasa skrg ni, aku tetap mengemari robot..aku berangan yang dunia pada masa akan datang akan dibayangi dengan teknologi perobotan. huhuhu hebat angan2 aku....
5. Sebenarnya tak ada apa masej yang aku nak sampaikan dalam ruang ni kat semua pembaca. Cuma aku nak asah balik pemikiran aku agar menjadi seorang yang lebih futuristic..... tq tq tq
5. Kesimpulanya .. tak yahlah nak bohong kat tv wei.. mcm bohong tu dapat pahala jek.. UMNO UMNO.... kuat bohong, anak bini pun kat rumah kuat bohong!!!
2. Rindu dan sayang aku tetapi sama seperti dulu, walaupun perkara yang aku rindu aku biarkan hanyut dalam khayalan dunia mereka. Hidup ini perlu teruskan, baki umur dan usia perlu aku isikan dengan perkara-perkara yang menfaat utk aku. Kadang kala aku terjauh hanyut dengan suara-suara dunia, aku cuba menarik kembali tapi aku tak kuat utk menjauhkan diri.
3. Kembali aku lagi kali ni, aku mampu bercirta, berkarya dan sebagainya......
2. Dari 185 artikal yang aku buat dari bulan 12 tahun lepas hinggalah ke hari ni, hampir 90% aku ask dok kutuk - kutuk orang, ada jek yang tak kena dari mata kasar aku. Itu tak betul lah ini tak betul lah. Hakikatnya mmg apa yang diaorang buat itu semua tak betul, tapi adakah aku ini seorang yang betul orangnya. Sometimes aku dok kutuk-kutuk orang tu walhal aku pun sama dengan diaorg jugak. Fuh Munafik gila!!!!
3. Sekarang nie, dah separuh ramadhan habis, tinggal lagi sikit utk aku rebut berkat yang ada......tak nak tunjuk poyo atau tunjuk alim. Ramadhan kali ni mmg teruk sekali bagi aku...
So inilah pemimpin bila dapat microfon.. mcm mcm hal lah!!!
2. Artis kedua, artis internasional sikit iaitu Hajjah Krisdayanti. Balik mekah pun tetap sama dengan alasan biarlah menjadi diri sendiri dan tidak berpura-pura huhuhuhu alasan mmg tak boleh belah!!!. Terkenal dengan lagu "Cobalah Untuk Setia", menyanyi sana sini untuk orang setia pada yang satu tengok-tengok dia pulak yang kayu tiga dengan suami. Ceritanya bila anak perempuaannya memberi tahu Anang (Suami) tentang tingkah laku ibunya yang dah berubah dan mempunyai hubungan sulit dengan laki lain. Mana tak hancur hati suami bila tahu isteri dia main kayu tiga. Biasa kita dengar suami main kayu tiga, tapi sekarang isteri main kayu tiga, Bagi aku bagus juga anang melarang anak-anaknya berjumpa dengan ibunya sebab perangai ibunya mcm bangang. Tak pasal-pasal virus bangang tu terkena anak-anak dia. Ohye Siti Nurhaliza adalah kawan baik dan rapat dengan Krisdayanti. Dato k kene hati-hati...manalah tau kot virus bangang tu dah masuk ke Malaysia terkene dekat isteri, bahaya tu wei!!! Krisdayanti dilaporkan berpacaran dengan bisnesman dari Papua New Guinea. Tak ke muka orang kat sana mcm negro? hemmm mesti barang baik tu yang krisdayanti tak leh lupakan tu hehehehehe... Ni yang aku takut dapat isteri cantik2, kita setia dia pula mengkangkang dengan orang lain. Wahai kaum laki, kita ditindas. Ayuh BANGUN!!!!
3. Apapun dua-dua orang ni walaupun berlainan cerita, satu kes si suami gatal dengan pompuan lain, satu kes isteri pula gatal dengan laki lain. Tapi pengakhiranya adalah sama iaitu masing masing dapat title JANDA!!!
Berlagak jangan sampai kita takbur, jangan sampai kita sombong, jangan sampai kita kufur, jangan sampai kita zalim dan jangan sampai kita bakhil. Kawal lah sifat berlagak itu dengan sebaiknya. Macam aku kata tadi, berlagak itu umpama senjata, yang digunakan untuk membunuh musuh tapi dalam masa yang sama kalau di salah guna, boleh membunuh kita sendiri.
Aku berlagak pada manusia-manusia yang tertentu, kadang kala aku berlagak bukan sekadar untuk musuh aku tetapi untuk mereka yang rapat dengan aku tak kira siapa pun, selagi mana orang itu pernah memencilkan aku, mengidakan aku dan sebagainya pasti aku balas dengan lagak aku. Tapi mereka yang selalu menyokong aku, menjadikan harapan kepada aku pasti aku menjadi diri aku malah orang - orang ini tak akan aku lupakan sampai akhir hayat aku. Bagi aku, aku terlalu kecil di sisi mereka kerana tanpa kekuatan dan harapan yang diberikan oleh mereka mungkin aku gagal mencari pedoman dalam hidup sendiri.
3. Baru-baru ni, aku beli gitar...Tah mimpi ape tah aku beli gitar di bulan pose. Main gitar tak pernah apa lagi terel memetik gitar. Aku pernah tanya kat Faiz, aku nak belajar main gitar lah. Faiz dengan selambanya..menuduh jari jemari aku yang lembut ni dh keras untuk memetik gitar sbb faktor usia aku sudah mencecah 26 tahun. Tak apa lah tak leh main gitar pun takpe janji aku dah ada gitar sendiri untuk aku puaskan hati aku.
4. Jiwa muda mmg gila-gila, seronok aku melayan jiwa muda aku. Pernah satu hari aku membawa gitar aku di malam-malam puasa ini keluar. Orang lain yang kuat imannnya sibuk tadarus al quran, aku pula pergi ke rumah alex, minta dia ajarkan aku main gitar. Rumah Alex dekat damansara area2 tropica club. Alex tanya kat aku "Kaer u tak pergi masjid?" .. eh Alex ni tahu tahu pula bulan pose org islam terwaikh. Aku cakap kat Alex " dah pukul 11 mana ada orang solat terawikh lagi, yang bunyi-bunyi dalam masjid tu time2 ni orang baca al quran tadarus....nanti ko masuk islam aku ajak ko sekali k." Alex gelak sbb dari dulu aku kata dia nak masuk islam... Yer lah Alex walaupun Cina, tapi dia tak minum arak dan masih teruna mcm aku wakakakaka.... Tapi Alex mmg hensem cuma dia pandai bawa diri dia. Mujur dah ade awek, kalau tak boleh aku jadi agen promot Alex kat korang. Komfem tak akan menghampakan.....
5. Alex tanya aku nak main gitar utk apa? " Aku jawab just suka-suka, biar aku nampak lebih berjiwa muda biar nampak rock dan sekurang-kurangnya boleh aku tujukan dan nyanyikan lagu aku buat Y**A kat telefon nanti atau time face to face hahahaha..... fuh yoo romentik gila aku. Maka sejak hari tu Alex menjadi sifu kung fu gitar untuk aku, maka sejak dari tu aku leh arr sikit petik gitar..kalau dulu aku petik gitar tak ada bunyi hari ni aku petik gitar dah berbunyi. Tajuk lagu tema aku, "Sempurna"................ 123
Kau begitu sempurna,
Di mataku kau begitu indah,
Kau membuat diriku
Akan selalu memujamu
Di setiap langkahku
Ku akan selalu memikirkan dirimu
Tak bisaku Bayangkan
Hidupku tanpa Cintamu...............
ok cukup cukup.....
6. Wekand ni, aku sekali lagi jumpa dengan Alex, aku ajak dia berbuka puasa..tapi aku cabar dia nak berbuka dengan aku kene puasa hari tu, tak leh makan, tak leh minum, tak leh korek hidung dan tak leh nak korek2 segala lubang yang ada kat dlm badan. Alex sahut cabaran aku. walaupun dia rasa pelik kenapa tak boleh korek hidung........ aku membiarkan Alex dalam keadaan blur sbb aku pun tak tau jawapanya kenapa korek hidung tu batal pose..Baik aku diam kan... So nati aku nak tengok Alex mcm mana rupa dia berpuasa....Aku rasakan dengan adanya gitar hubungan aku ngan Alex semakin rapat. Maka gitar bukan sekadar melambangkan jiwa seni rock dan sebagainya, tapi gitar juga pengikat hubungan antara benua yang berbeza agama, budaya, bahasa dan bangsa.
ps: Alex sorg non islam beragama kritian dan berkuturunan Cina. Aku belajar gitar dengan Alex sbb dia ada studio sendiri. Kat situ semua ada, aku leh rakam suara aku suka suka hati sampailah Alex sakit hati.... sbb aku guna barang free wakakaka
2. Aku diajar, bagaimana kita nak menhadapi kemungkinan. Bersedialah dari sudut rohani mahupu jasmani. Masa di sekolah men, aku dicampakan oleh aruwah ayah aku di sekolah agama milik ayah aku sendiri. Aku di ajar kenal tuhan, kenal nabi, kenal al quran dan banyak lagi supaya aku ada ilmu didada berdepan dengan segala kemungkinan.
3. Pengalaman adalah ilmu yang paling besar utk aku berdepan dengan segala kemungkinan. Banyak perkara yang tak terduga terjadi pada diri aku berlaku tapi dengan adanya pengalaman maka aku akan sentiasa matang untuk menyelesaikan kemungkinan-kemungkinan semua tu.
4. Harap-harap, kemungkinan itu menyebelahi aku lagi.
- Dia nak sound aku pasal aku terbawa "kehadiran kelas" selama 2 minggu ke?
- Sbb aku banyak ponteng kelas?
- Sbb dalam kelas aku salu buat main-main?
- Sbb asgmat aku mmg berlambak tak siap
3. Masuk di bilik dia, aku buatlah muka sekupang..kene ready awal awal supaya aku aku dapatkah belas ehsan dari prof saleha. Tiba-tiba dengan tegas dan cekap Prof Saleha tunjukkan kat aku satu paper putih berlambangkan UKM, tanpa membaca apa isi kandungannya aku fikir ha aku kene kick dari UKM atas kesalahan-kesalahan aku ke? ouhhhhhhhhh tidak tidak tidak... sayu sedih muka aku waktu itu. Terkenangkan pesanan aruwah ayah aku supaya habiskan master dari teruskan hingga mendapat doktor dengan cara apa sekali pun...kecewa kecewa...
4. Eh baru aku perasan, eh ni bukan surat kick dari UKM, aku dapat jadi lecture jemputa la? biar betik.... bila masa aku pohon dan bila masa aku berkelayakan jadi lecture jemputan. Ouh tak layak tak layak...... siapalah aku ini, yang ilmunya kurang dan lagi banyak main. Belum campur malas lagi tu yang berlambak-berlambak...
5. Prof Saliha suruh baca pelan-pelan, sbb aku mmg jenis kelam kabut sikit. Dalam surat itu tertulis seperti berikut:-
- Tajuk krusus:- Politik Malaysia (tahun tiga)
- Tempat: Dewan 3B301 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM
- Tarikh: 22.9.2009
- Masa:- 2.00 ptg hingga 5.00 ptg
6. Dah le kene ajar krusus tahun tiga, bukan senang tu. subjek paling boring lak tu. Politik Malaysia...aku tanya kat prof kenapa UKM pilih aku sedang ramai lagi yang layak daripada aku. Prof Saliha pun jawab, dia pun pelik kenapa UKM pilih aku tapi dia ada bagi alasan kenapa aku dipilih.. tak yah aku tulis sbb kenapa aku pilih. Apa pun alhamdulilah, tak sangka aku di pilih menjadi penceramah jemputan untuk subjek Politik Malaysia. Boleh aku sharekan ilmu yg sedikit ini dengan junior-junior aku di UKM. Thanks UKM atas kepercayaan kat aku...walaupun aku rasa macam kelakar jek.
7. Apalah yang aku nak merepek nati yek?
Kenapa perlu lompat,
Dah tak cukup tempat atau gila pangkat,
Aku dan sekelian rakyat dah naik meluat
Tengok pemimpin macam palat.
Kenapa perlu lompat
Rakyat dah aman hidup pun tak merempat
Tapi ada pemimpin berlagak hebat di mata rakyat
Konon melompat nak selamatkan masyarakat.
porgihhhhhhhhhhhhhh dahhh.....
Kenapa perlu lompat
Dah lah lompat masuk ke salah tempat
Tempat busuk banyak lalat
Inilah pemimpin main lompat-lompat
Ingat pilihanraya next time korang dapat tempat?
Muka korang, rakyat dah mengumpat-ngumpat
Carilah penyokong kalau masih sempat
Kalau tak sempat, memang kamulah yang akan hidup merempat
ps: tah hape hape entah...ada org politik mcm katak. suka main lompat2
khair sulam
3.9.2009
Shah Alam
3. Last-last penat aku berdiri, dan maybe penant juga dia berdiri, lalu dia kata "baik aku pergi kedai sebelah komfem owner n pekerjanya Melayu". Aku tanya, macam mana pakcik tu tahu kedai tu, kedai tu Melayu. Jawapan dia kata "Aku taulah sbb nama kedai tu nama Melayu...."Pak L**G Kopitiam". Aku pun jawab "ouh" dan aku tambah terima kasih dan datang lagi.
4. Dalam hati aku, kesian tengok pakcik tu, beria-ria nak makan kedai melayu, masakan di masak orang Melayu last-last pergi orang cina yang masaknya cina. HAHAHAHAHAHA...hanya terpengaruh dengan nama kedai saja dah kene tipu....dah lah semua pekerja myammar, entah mana nampak muka melayu pun aku tak tau.. Tak pelah pakcik, pakcik dh kene tipu dengan cina lagi...tengok nama terus hilang jati diri. Mudah kene tipu....
5. Ini salah satu cerita melayu kene tipu dengan org cina. walhal banyak lagi. Orang Melayu ni, kalau bercakap "marilah sokong bisnes orang melayu" tengok-tengok kalau membeli barang bukan dengan orang Melayu. Yang untungnya bangsa lain. Kesian melayu sejak zaman belum merdeka sampai la nie, asik kene tipu jek.....................kene tipu kat bumi sendiri pulak tu.
Menganalimu bukan sukar,
Tetapi mencintaimu memang berdetar-detar,
Bagi diriku kau memang yang aku sayang benar,
Walaupun dirimu ketika itu masih samar - samar.
Bila aku wujudkan sayang, kau sambut penuh harapan,
Menyebakan aku menjadi manusia perasan,
Rupa-rupanya kau sambut tapi kau tak pegang,
Kerana ditanganmu menggenggam seseorang.
Kenapa kau beria munculkan perbezaan,
Sedangkan aku wujudkan persamaan,
Menglahirkan sesalan mencipta alasan,
Sedangkan selama ini, kau yang menjadi harapan.
Kau yang mencipta soalan
Dan kau juga memberi jawapan
Menjadikan aku dan kau ada perbezaan
Sudah berkali-kali aku nafikan
Tapi kau tetap tidak faham
Atau mungkin aku yang kurang didikan.
Bila adanya perbezaan kau harap kau senang,
Sedangkan kau lupa kau mungkin akan ditendang-tendang,
Tapi tak apa aku boleh hidup seorang,
Lagi tenang jika kau tak lagi pulang.
khair sulam
3.1.2009
Shah Alam
Tolak al quran tolak hadis lawan ulamak, lulus judi, lulus clubing, lulus arak dan banyak lagi,
Tiba-tiba keluar fatwa One Malaysia menepati piagam madianah, Huh mana pergi Islam hadhari?,
Cari tukang sebat pun tak jumpa lagi,
Pandai pula nak menyamakan One Malaysia dengan piagam nabi.
Adoi.......
Aku rasa belum habis kitab dan mengaji,
Isteri tak tutup aurat, si suami belajak mcm ulamak mengalahkan nabi,
Baru je semalam korang tipu rakyat minyak dah naik lagi,
Hari ni pulak tipu One Malaysia ikut nabi
Tak pasal-pasal rakyat kene kencing lagi...
Yahudi tengok, inilah kawan diaorg cari,
Bukan nak kawan sebab sekepala dengan yahudi,
Tapi Yahudi pelik mcm mana UMNO boleh tipu rakyat suka suka hati,
Wah inilah sifu utk orang Yahudi.
wahh kencing lagi~~~ kencing lagi ~~~kencing lagi~~~
please please~~~~~~ tolong ajar lagi
Huhuhuhuhu......
Dia kata aku rindu kat dia,
Bila aku tersebut nama dia,
Dia kata aku gila bayang pada dia,
Bila aku diam,
Dia pula sebut-sebut nama dia.
Itulah masalah yang aku tengah alamai, berhadapan dengan manusia-manusia seperti ini. Baik tua atau muda tapi otak tak pernah nak cuci. asik fikir yang bukan-bukan buat aku sakit hati.... belagak pandai tapi tak pernah mengaji, sebab banyak sangat hasat dengki. Tu sbb hati dah mati.....
Masalah-masalah dan menyampah. Tapi itu belum sampai tahap bengang. Tahap bengang bila dah mengada-ngada fikir yang bukan-bukan. Tapi kerana sayang aku diam, tapi diam bukan bermakna aku kalah atau dayus. Tapi diam itu protes paling aman dan paling berkesan. Mujur ada blog bolahlah aku luahkan...biar tak sakit otak, hati dan perasaan..makan layannnnnnnnnnnnnnnnnnnn
Orang kata, orang india tu keling,
Nampak je hitam, itu di lebel keling,
Tapi orang india kata kami bukan keling,
Jadi siapa yang keling,
Semua orang geling-geling.
Orang keling,
Orang yang buat kita kepala jadi pusing,
Dia nak orang semua disekeliling,
Di puji dipuja jangan sekali tak jeling,
Inilah pemimpin buat rakyat pening.
Pemimpin keling cakap tak serupa bikin,
Macam Sin Chan cakap guling-guling mcm tenggiling,
Kelentong rakyat, kelentong raja di jadikan pemimpin,
Patut dah lama kene guling.
Tapi rakyat pun perangai mcm keling,
Sentiasa pening-pening mcm kambing,
Last-last pemimpin keling terus jadi pemimpin,
Aku pun mengiling-giling,
Hanya mampu membloging.
"Minyak terang terang naik, tapi masih nak kelentong lagi kata minya tak naik...aku ke hal mereka mereka nie...."
HAHAHAHAHAHAHHAHAHA.......................................HAHAHAHAHHA......................HAHAHAHHAA,
KHA KHA KHA KHA KHA..................... KHA KHA KHKA KHA........
Hadiah itu untuk rakyat-rakyat yang kaya, yang miskin mahupun yang hina dina... Hadiah ini semuanya kena. Untuk Rakyat Malaysia mahupun untuk rakyat asing yang duduk di dalam Malaysia... HAHAHAHAHAH HAHAHAHA HAHA~~~~~~
Hadiah ini boleh di dapatkan di stesen Minyak berdekatan, tak kira shell, Petronas mahupun BHP, selagi mana nama dia stesen Minyak di situlah hadiahnya ada,.......................Hadiahnya pun telah diagih-agihkan pada jam 12.00 tengah malam tadi. Tapi sayang ramai yang tak ambil pot dan peduli..Sebab hadiah itu menyakitkan hati..........nak tau hadiah apa....
HARGA MINYAK NAIK LAGI .............. hahahahha korang kene kelentong dengan kerajaan BN lagi hahahhahaha... sokong lagi....sokong lagi..............
Mari baca cerita merdeka dari blog abg aku pula. Merdeka dia dan merdeka aku sama tak serupa:----
Cerita Merdeka dulu dulu
1. Sewaktu aku kecil yang kuingat merdeka adalah hari tak sekolah. Cuti. Boleh tengok tv. Ada siaran langsung perarakan di KL. Seronok tengok askar berbaris bawa senapang. Rasa nak jadi solja (soldier) time tu. Tapi nak jadi V. Morrow. askar Amerika!
2. Sewaktu assembly kat sekolah. Cikgu laungkan merdeka, aku dan kawan-kawan sama, 'merdeka! merdeka! merdeka!' kerana lepas itu kami cuti sekolah.
3. Seumur hidup aku tak pernah pergi ke perbarisan merdeka. Tak patut betul! Tetapi aku selalu berbaris panjang nak beli borang Universiti di Pejabat Pos Teluk Intan dulu. Semangat nak masuk universiti. Dah masuk, tak bersemangat pula! Memang belum merdeka.
4. Agak rasa dah bijak sikit, mula gatal tangan nak tulis. Mula tulis artikel kat Harakah. Tajuknya, `Harga Sebuah Kemerdekaan', itulah yang menjadikan Zul Sulong kenal sikit kat muka aku. Lepas tu rajinlah menulis di Harakah hinggalah aku tulis artikel yang bertajuk, `Tiada Lagi Derhaka, Berakhirkah Daulat', habis kena soal siasat oleh Polis Kota Bharu hampir 5 jam. Kesian Dato Hishamuddin Yahya tak pasal-pasal dia kena jawab dengan polis tu. Lepas tu, aku macam takut-takut je nak tulis. Ciss macam mana nak merdeka?
5. Masuk lokap, malam-malam yang panjang terus mengharapkan belas ihsan untuk dibebaskan. Merdeka?
6. Sekarang. Aku sedang berfikir-fikir untuk memperjuangkan kemerdekaan diri sendiri. Yang dijajah oleh rasa takut dan bimbang. Rasa bergantung harap pada makhluk. Tiada senapang yang boleh kuhalakan, tiada pedang yang boleh kuhunuskan. Yang ada adalah sejarah lalu yang mengajar.
www.muhaiminsulam.blogspot.com