"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)

HAHAHAHAHAHAHHAHAHA.......................................HAHAHAHAHHA......................HAHAHAHHAA,
KHA KHA KHA KHA KHA..................... KHA KHA KHKA KHA........

Aku dengan senang hati nak mengumumkan Kerajaan One Malaysia kita, telah mengumumkan untuk memberikan hadiah bersempena menyambut MERDEKAnya Malaysia yang ke 52 Lebih-lebih lagi hadiah ini diberi pada bulab Ramadhan, mmg banyak pahala betul kerajaan Malaysia aku kali ini HAHAHAHAHAHAH...........................HAHAHAHAHHA.........


Hadiah itu untuk rakyat-rakyat yang kaya, yang miskin mahupun yang hina dina... Hadiah ini semuanya kena. Untuk Rakyat Malaysia mahupun untuk rakyat asing yang duduk di dalam Malaysia... HAHAHAHAHAH HAHAHAHA HAHA~~~~~~

Hadiah ini boleh di dapatkan di stesen Minyak berdekatan, tak kira shell, Petronas mahupun BHP, selagi mana nama dia stesen Minyak di situlah hadiahnya ada,.......................Hadiahnya pun telah diagih-agihkan pada jam 12.00 tengah malam tadi. Tapi sayang ramai yang tak ambil pot dan peduli..Sebab hadiah itu menyakitkan hati..........nak tau hadiah apa....



HARGA MINYAK NAIK LAGI .............. hahahahha korang kene kelentong dengan kerajaan BN lagi hahahhahaha... sokong lagi....sokong lagi..............



Mari baca cerita merdeka dari blog abg aku pula. Merdeka dia dan merdeka aku sama tak serupa:----



Cerita Merdeka dulu dulu


1. Sewaktu aku kecil yang kuingat merdeka adalah hari tak sekolah. Cuti. Boleh tengok tv. Ada siaran langsung perarakan di KL. Seronok tengok askar berbaris bawa senapang. Rasa nak jadi solja (soldier) time tu. Tapi nak jadi V. Morrow. askar Amerika!

2. Sewaktu assembly kat sekolah. Cikgu laungkan merdeka, aku dan kawan-kawan sama, 'merdeka! merdeka! merdeka!' kerana lepas itu kami cuti sekolah.

3. Seumur hidup aku tak pernah pergi ke perbarisan merdeka. Tak patut betul! Tetapi aku selalu berbaris panjang nak beli borang Universiti di Pejabat Pos Teluk Intan dulu. Semangat nak masuk universiti. Dah masuk, tak bersemangat pula! Memang belum merdeka.

4. Agak rasa dah bijak sikit, mula gatal tangan nak tulis. Mula tulis artikel kat Harakah. Tajuknya, `Harga Sebuah Kemerdekaan', itulah yang menjadikan Zul Sulong kenal sikit kat muka aku. Lepas tu rajinlah menulis di Harakah hinggalah aku tulis artikel yang bertajuk, `Tiada Lagi Derhaka, Berakhirkah Daulat', habis kena soal siasat oleh Polis Kota Bharu hampir 5 jam. Kesian Dato Hishamuddin Yahya tak pasal-pasal dia kena jawab dengan polis tu. Lepas tu, aku macam takut-takut je nak tulis. Ciss macam mana nak merdeka?

5. Masuk lokap, malam-malam yang panjang terus mengharapkan belas ihsan untuk dibebaskan. Merdeka?

6. Sekarang. Aku sedang berfikir-fikir untuk memperjuangkan kemerdekaan diri sendiri. Yang dijajah oleh rasa takut dan bimbang. Rasa bergantung harap pada makhluk. Tiada senapang yang boleh kuhalakan, tiada pedang yang boleh kuhunuskan. Yang ada adalah sejarah lalu yang mengajar.


www.muhaiminsulam.blogspot.com


1. Sudah dua tahun aku tidak pulang ke Jakarta, bukanlah aku ni warganegara Jakarta atau indonesia tetapi aku ada keluarga angkat yang tinggal disana. Sebentar tadi mami telefon aku dia cakap kat aku bila aku nak ke sana dan dia pesan kalau datang ke Jakarta bawa sekali mak aku. Di sebabkan aku busy, aku suruh dia datang sini sama dengan cindy. dah lama juga aku tak jumpa cindy maybe dia dh besar. Cuma masih manja atau tidak lagi......

2. Di Jakarta memang banyak mampi daripada rialiti berbanding kuala lumpur banyak rialiti daripada mampi. So pilihlah salah satu, anda mahu mimpi atau anda mahu rialiti.


1. Cinta seolah-olah dianggap sebagai tuhan yang mempengaruhi diri kita dan kebencian pula umpama syaitan yang menghasut diri kita. Itu ada persepsi cinta dan benci buat mereka kurang iman atau tak ada iman. Tapi bagi mereka yang yakin di dadanya ada iman cinta dan benci itu adalah umpama udara di hirup hari-hari kalau tak ada memang akan mati tapi ada alternatif kalau udara dh tak ada lagi, carilah tong oksigan yang ada dijual dimana-mana farmasi. Dengan kata lain cinta dan benci itu adalah pelengkap dan bukanlah keutamaan dan keperluaan antara hidup dan mati.

2. Berapa ramai orang mati kerana cinta dan benci. Dan berapa ramai lagi orang hidup kerana cinta dan benci. Aku pun hidup atas nama cinta dan benci, tak perlu aku cerita siapa aku cinta dan siapa pula aku benci. Tepuklah kepala, tanya diri sendiri, adakah engkau yang aku benci dan adakah engkau yang aku cintai. Bagi mereka yang faham, diaorang akan faham sendiri siapa empunya diri yang aku cinta dan siapa pula yang aku benci.

3. Aku tengok nanti siapa orang yang benci datang jumpa aku lagi, masa tu bukan jumpa atas nama dendam atau dengki. Tapi pertemuaan tu atas nama menagih simpati. Pergilah cari cinta yang kamu cari-cari. Di sini hanya ada aku seorang diri dan tiada cinta lagi............

"kena sound awal-awal kenapa dan mengapa aku cukup menyampah"


1. Baik kamu, aku dan orang lain. tak kira benua mana pun, tak kira bangsa apa pun dan agama mana pun. Alasan adalah jawapan kepada segala persoalan. Sama ada alasan yang dicipta itu bodoh atau sebaliknya bergantung sang pencipta alasan itu. Kalau yang mencipta alasan itu sorg yang bijak maka alasannya umpama sajak puri pujangga. Tapi kalau yang beri alasan itu otaknya sekecil otak burung unta maka alasan bodoh sajalah yang dicipta.

2. Siapakah golongan yang banyak mencipta alasan, sudah pastinya golongan yang mahu mengekalkan kuasa. Orang politik tak lari dari mencipta alasan. Baik alasan bodoh mahupun alasan bijak. Tapi ada diantara rakyat menganggap alasan itu umpama wahyu yang perlu percaya bulat-bulat tanpa asal usul periksa. Maka rakyat terus didodoikan dengan alasan-alasan yang bodoh lagi tuli dari sang penguasa yang buta mata dan buta hati.

3. Yang kekasih bercinta, alasan itu pun satu senjata kenapa cinta itu harus dikekalkan dan kenapa cinta itu harus dileraikan mahupun dihancurkan. Tanpa rasa simpati dan peduli, maka alasan pun di cipta untuk mencapai cita cita yang mungkin mementingkan diri sendiri. Tak kira perempuan atau laki, dan tak kira suami atau isteri semuanya mencipta alasan untuk kepentingan yang di mimpi-mimpi.

4. Tapi kira siapapun yang mencipta alasan, tapi alasan itulah jawapan bagi dunia melayu kini. Melayu terkenal dengan alasan yang buta tuli entah bila mata nak celik dengan fakta dan dunia rialiti. Malaysa merdeka sudah 52 kali, tapi rakyat masih buta hati. Tiba-tiba muncul one malaysia konon nak kan jadi rakyat yang terpuji. Silap haribulan rakyat Malaysia ni semua jadi macam hamba abdi.

1. Jujur aku cakap merdekanya Malaysia tidak memberi makna pun bagi aku, bukan melupakan mereka yang terkorban untuk mendapatkan kemerdekaan. Cuma terfikir merdeka apakah yang aku harap-harapkan untuk negara aku. Dari dulu sama saja tak berubah...rakyat terus menjadi bodoh tak pun buat perangai bodoh nampak sangat pandai lagi lembu...

2. Masih ramai lagi tenuk-tenuk bodoh yang membanjiri pusat-pusat hiburan dengan berpesta sex dan arak, Masih ramai lagi, babun babun yang merempit mencari mati di jalan raya. Ramai lagi, cipan cipan betina yang mengkangkang kakinya untuk di suapkan dengan batang terong gila. Ramai lagi ramai lagi ramai lagi ramai lagi...................entahlah ada yang aku kenal dan ramai lagi yang aku tak kenal buat perangai mcm anak-anak yahudi. Eloklah korang ni aku doakan cepat - cepat mati...tak yah tunggu esok, kalo boleh lepas aku ckp ni terus mati......biar tak banyak dosa korang kat dunia nie. Apalah nasib Malaysia aku nie..... generasi semua jadi Yahudi.

3. Merdeka jatuh di bulan ramadhan, lain orang lain caranya dan lainlah perangainya. Yang ingat selalu pada tuhan sujud sukur baik di masjid mahupun di rumah. Tapi bagi orang yang kebanykannya pulak. pesta, taman, konsert, jalan raya itulah kiblatnya untuk merdeka. Aku pula, duduk di rumah buat kerja, buat sedikit pahala kalau boleh jauhkan dari segala dosa.

4. Letak bendera kat rumah, kat kereta kononnya inilah semangat patriortik, kalau boleh satu kereta itu nak di benderakan. Tayar yang hitam juga kalau boleh mahu ditukarnya warna warna bendara. Tapi tak ada makna kalau kita sendiri dah jauh dari tuhan dan nabi..

5. Merdeka Malaysia dulu dan kini tak pernah berubah. Terfikir aku kalau ada pahala sambut malam merdeka ini seperti malam lailatul qodar. Dah tentu malam merdeka malam paling tak ada sambutan. Sbb rakyat-rakyat malaysia tak suka beragama walaupun dalam ic ada agama...pemimpin dan rakyat sama saja. Ada yang pandai, ada juga bodoh....tapi selalunya ramai yang bodoh diantara mereka ........

6. Dah lah tak ada mood aku malam nie. Malaysiaku Merdeka lah....Aku sayangkan Malaysiaku!!!!

Gila apakah Malaysia aku hari ni,
Bila kene serang Selsema Babi,
Bilangan yang mati meningkat berhari-hari,
Dulu dok beria-ria malaysia selamat dari semua ni,
Tulah lainkali cakap jangan bongkak diri,
Tak pasal-pasal kena negara sendiri.

Apa tak gilanya umat Islam kat Malaysia hari ni
Ada pemimpin islam tolak hukam dari ilahi
Ini semua kerja-kerja orang politik yang buta tuli
Tahu agama tapi tak pernah mengaji

Ini lagi cerita gila babi,
Cerita pasal Kartika Sari Dewi,
Kene sebat sebanyak 6 kali,
Tiba-tiba hukaman tak jadi,
Sebab ada pemimpin kata ini undang2 gila babi.

Gila apa Malayasia aku kini
Pemimpin beromen ngan pompuan sundal asik dipuji
Ada geng dari PKR dan DAP dok asik mengapi api
Apabila MCA buang Sowi Lek lagi
Apekah jadahnya org-org ni?

Nak aku kata perangai mcm babi tak sampai hati
Sebab babi mahluk tuhan ciptaan ilahi
Tapi kalau dah perangai macam anak-anak yahudi
Tolak agama, talok al quran, tolak hadis dan banyak lagi,
Inilah orang gila perintis yahudi.

Oh selamatkan Malaysiaku!!!!

eh bersajak sajak pulak aku kali nie~~~~

(Ilham selepas kene bamboo dari manusia tak reti agama)

khair sulam
29.08.2009
Shah Alam


Tak tidur lagi,
Lagi lagi aku belum tidur,
entah apa aku cari,
entah apa aku pikir,
hanya mencari sbb kenapa aku tak tidur lagi,

Kalau tidur nanti,
Biarlah mimpi-mimpi yang indah jadi rialiti
Dan bila aku bangun kembali,
Ada semangat, ada iman dan ada jati diri.

Tapi aku masih tak tidur lagi,
Baring ke kiri dan ke kanan masih tak menjadi,
Mungkin hari ini aku ada buat silap lagi,
Tu sbb tuhan tarik nikmati tidur aku lagi.

Masih tak tidur lagi,
Patutnya aku bermunajat dan sujud kat ilahi,
Yelah ramadhan datang setahun sekali,
Kalau pendik umur mmg tak jumpa lagi,
Tapi aku malas dah berkali-kali.

Kalau dah tidur kembali
Janganlah tidur sampai tak sedar diri
Tapi kalau aku tak bangun lagi
Mungkin itulah tanda aku berjumpa ilahi


Tiba-tiba, YB sahur!!!!!! (Suara meor memecah keheningan subuh)
Dah nak sahur dah.....Jom sahur!!!

Khair sulam
30.08.2009
SHAH ALAM



1. Aku ingat lagi semasa PRK Permatang Pasir yang lalu, bukan hebat si Muhyidin dok kutuk2 Pakatan Rakyat time berkempen. Sambil dengan angkuhnya yakin rakyat memilih BN kembali. Tengok-tengok puak BN kalah tersungkur, tak pasal-pasal rakyat Permatang Pasir di persalahkan kerana tidak mahu perubahan. Seolah-olah mengambarkan pemikiran rakyat di sana masih dalam keadaan jumud.

2. Tuhan tu adalah sebaik-baik perancang, UMNO dok kutuk-kutuk PR, tengok-tengok habis jer PRK di Permatang Pasir, parti kompenan BN sendiri juga yang bergolak. Bukan MCA, PPP, dan MIC. UMNO pun tidak terlepas dari masalah dalaman. Tengok saja apa terjadi di Terengganu. Geng geng UMNO tak sebulu dengan MB UMNO. Maybe MB UMNO tu berbulu kerinting dan diaorg pulak berbulu lurus. Batter MB UMNO kenelah buat teknik rebonding. Tak cukup duit juga, pakai sampo jek pun tak pe....

3. Akhirnya BN juga tak betul. Geng geng UMNO jangan terlalu berlagak n sombong, korang dh lah sombong dengan Tuhan, dengan Manusia pun korang bongkak. Hemm....elok la kahwan dengan lembu jek korang nie kalau dh tua tua masih tak faham lagi.


Sejak petang tadi, sehingga malam ini puluhan sms saya terima yang mengatakan Datuk Ismail Kamus telah menghembuskan nafas terakhir. Ada yang menerima bulat-bulat berita ini tanpa usul periksa dan memanjangkan kepada orang lain. Ada juga yang sangsi dan bertanya saya akan kebenaran berita ini.

Saya segera menghubungi Hj Najib, orang Bagan Datoh, antara yang paling rapat dengan Datuk Ismail Kamus, beliau secara tidak rasminya juga kadang-kadang menjadi pembantu Datuk Ismail Kamus.

Beliau ketawa besar menjawab pertanyaan saya, dia kata " apa ni yob, Datuk ada di Mekah, buat umrah, dia meninggalkan tanah air ke Mekah, bukan meninggal dunia, baru kejap tadi kawan di Mekah beritahu elok aje dia sihat, dia pun tahu heboh di Malaysia, ada juga kawan-kawan yang sedang umrah terima mesej yang sama".

Kita pun tak tahu angkara siapa ini, yang heboh di tv, Prof Dr. Ismail Salleh, Senator OKU yang diberitakan telah meninggal dunia, bukan Ismail Kamus. Semuga Dr. Ismail ditempatkan rohnya bersama dengan orang-orang yang saleh.

Satu ketika dulu, sewaktu Ust Fadhil Noor masih terlantar di hospital, berita Ust Fadhil meninggal dunia tersebar mendahulu hari kematian yang sebenar. Begitu juga Ust Hasan Shukri, ketika itu beliau Naib Presiden juga pernah tersebar dalam mesej yang beliau telah meninggal dunia, ketika itu saya berada di Kota Kinabalu, kawan-kawan kita pun terus sedekah fatihah dan buah majlis tahlil. Dr. Abdul Aziz Hanapi pun pernah tersebar berita kematiannya begitu meluas sampai ke Mesir. Sehingga sekarang Ustaz Hassan Shukri masih sihat begitu juga Dr. Abdul Aziz Hanapi.

Yang untung Celcom dan Marxis.

oleh ustaz misbah


Terus berlari
Bukan dikajar
tetapi mengejar
Mengejar hingga sampai ke destinasi
Kerana disitu ada mimpi yang aku cari

Bila Aku berlari
Aku tinggalkan semuanya
Buat apa aku simpan semuanya
Menambahkan beban di hati
Makin sakit di kaki
Makin sakit juga di hati

Akan terus berlari
Tanpa menoleh ke kanan atau ke kiri
Ada lopak, ada lubang atau duri
Aku tetap berlari tanpa henti
Harap-harap janganlah penat sampai mati


Bila sampai ke destinasi
Apa yang aku tinggalkan tak akan aku cari lagi
Biarlah ianya dicintai mahupun dicaci
Jauh sekali rasa ingin simpati berkali-kali
Cukuplah hanya sekali.

jom geng, kita lari lagi!!!!

(sajak ini adalah realiti hidup aku berdepan dengan manusia seperti aku)

khair sulam
27 Ogos 2008
Shah Alam

Meh baca sajak abg aku......!!!!

Jika ada peluang untuk kaya cepat, sebat!
Jika ada kedudukan dan boleh untungkan diri sendiri, sebat!
Jika berkawan rapat dengan pak menteri atau Exco, sebat!
Jika bermenantukan bangsawan atas kayangan, sebat!
Jika dapat tangkap budak ponteng kelas, sebat!
Sebat jangan tak sebat!

Jika bertong-tong minum arak...
please janganlah sebat!
pleasee....


* Sajak ini memang kena mengena dengan seseorang dan beberapa orang samada yang sudah mati atau masih lagi menyebat!

Muhamin Sulam
Swansea
27 Ogos 09


http://muhaiminsulam.blogspot.com/2009/08/sebat-jangan-tak-sebat.html

1. Kalau boleh dalam blog ni mcm2 itu aku lepaskan, banyak idea yang terbuku di kepala hotak aku untuk aku kongsi dengan orang lain tapi di sbbkan bila aku byk bercerita di sini maka nanti hilang pula privacy aku. Al maklumlah blog aku makin hari makin ramai yang tgk so blog aku kenelah lebih ilmiah dan tersusun ayatnya.

2. Anak sedara aku di UK dok asik menegur ayat-ayat dalam blog aku..sbb kadang2 melampau kasar aku guna. Tapi itulah aku, bila aku rasa geram sbb kebodohan yang mutlak maka kadang-kadang terjadi lazer pulak aku lebih lebih lagi di bulan pose yang penuh berkat.

3. Dulu masa aku mencipta blog ni, atas alasan untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin. Time tu Israel istihar perang dengan Hamas akhir tahun lepas. Tapi cerita pasal Palestin sedikit sengat apa byk terpesong dengan cerita-cerita yang merapu...tapi apa pun, apa yang aku cerita ini adalah warna warna hidup aku. Korang boleh tahu sejauh manakah fikrah aku sebagai seorang islam....


WANTED TUKANG SEBAT

SIAPA-SIAPA YANG BERBAKAT DALAM BAB MENYEBAB SILA DAFTAR DENGAN SEGERA


PERHATIAN

Nama Jawatan: Tukang Sebat Syariah
Tempat Kerja: Penjara Kajang
Sila Hubungi: Hishammuddin (terus call menteri jek)


: "jika kita boleh adakan (tukang sebat) dalam masa sehari, esok saya bersedia (untuk melaksanakannya hukuman sebat).

Baca kenyataan penuh Hishammuddin di sini: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=435599



1. Aku tak fahamlah kenapa minda dan pemikiran rakyat malaysia masih sukar memahami diantara yang hak dan yang batil. Kenapa kalau benda itu hitam masih dikatakan putih. Adakah buta warna atau buta hati mereka untuk menilai dan memahami apakah maknya yang tersirat.

2. Media arus perdana kenapa begitu jahil, seolah-olah mengajak seluruh umat islam yang beriman mahupun yang kurang imannya bersimpati dengan hukam ini. Kalau orang yang salah kamu nak bersimpati...kenapa tak bersimpati dengan mereka yang sedang menunggu hukman bunuh, hukuman sebat. Dengan kata lain, kalau kamu bersimpati dengan minah ni, tak ada bezanya kalau kamu bersimpati dengan pesalah - pesalah yang merogol, membunuh dan merompak.

3. Adakah dosa meminum arak ini kecil? walhal arak ini semua tahu adalah nadi kejahatan dan tiket VIP masuk neraka wel wel (neraka utk firaun dan mereka yang setaraf). Apa bezanya dosa pada Allah dan dosa pada manusia. Adakah Allah tiada hak untuk menghukum hambanya. Tak yah dok bersungguh menunjukan rasa simpati dan sokongan tak berbelah bagi. Jangan jadikan dia sabagai idola atau sumber inspirasi... ..

4. Dari korang bersimpati dengan manusia ni, baik korang jangan putuskan doa utk rakyat Palestin yang semuanya di hukman mati menggunakan bom oleh Israel. Berbaloikah kita bersimpati dengan mereka yang mencabar kekuasaan allah.

5. Lagi satu, wei budak2 yang muka tak malu minum arak ni tak pon yang dok taruk2 pegang arak ni... tayang kat frester, my space n facebook...... bangga yek jadi bara neraka.. fuyooooooooooooooooooo hebat!!! ...seronok aku tgk korang tangkap gamba ngan arak.. bertambahlah warganegara malaysia dan anak melayu yang menjadi ahli neraka yek... lagi satu nanti mati eloknya tempah terus tapak kubur kat tempat yahudi ke kritstian ke.. sbb org islam yang nabi ajar tak mcm tu,...mesti korang bangga kan kalau kubur korang ada salib. yelah sama bangga gambar2 korang minum arak dlm blog2 korang tu..............gi lah jahanam dengan korang!!!!

1. First sekali tension tol aku ngan kawan aku, kata nak jumpa jam 2 pagi sampai skrg tak call..mata aku dah mencanak nak keluar dari ruang organnya. Manalah kau~~~~ sementara aku menunggu mahluk yang aku panggil sahabat itu menalefon aku, baik aku menaip apa benda yang aku rasa patut utk aku taip di subuh yang hening ini.....

2. First sekali, tahnaih buat rakan2 di permatang pasir mempertahankan kemenangan parti Islam. Inilah keberkahatan ramadhan. Kemenagan PAS di bulan Ramadhan ni, teringat aku peperangan badar yang berlaku pada 17 ramadhan. walaupun berpuasa tapi tentera Islam dapat kalahkan tentera quraisy. Sama juga di Permatang Pasir, walaupun tidak lagi menggunakan pedang, panah atau kuda tapi peperangan terhad kebatilan tetapi di teruskan. Apepun beb, kemenangan itu satu tanggungjawab dan amanah. Mempertahankan kemenagan adalah lagi sukar daripada memperolehi kemenagan. So puak puak PAS ni jangan dok hepi sgt... dan UMNO perbetulkan mana yang patut di betulkan. Terlalu banyak utk aku cerita masalah UMNO ni, bukan yang memimpin UMNO budak2 kencing tak basuh, Tapi dah tua dan berpangkat Dato' Sri, Tan Sri dll lagi. Tapi sayangnya mereka tak pernah belajar dari apa yang mereka lakukan.

3. Terawikh kali ni, aku sorg2 jek....masih di masjid yang sama iaitu Masjid negeri. Cuma yang bezanya kali ni aku dapat solat diantara saf yang paling hadapan dan dekat ngan imam. Wahh semangat hari ni aku solat Terawikh. Mcm biasa mula2 solat saf sampai 26 tapi elok 8 rakkat tinggal 2 saf jek. Tak kisahlah berapa banyak pun rokaat janji solat Terawikh... nabi pun solat 8 rokaat jek, yang selebihnya nabi buat kat rumah. Cuma sahabat-sahabat jek yang buat 20 Rakat kat masjid. Tapi jangan lepas aku cakap ni, korang semua nak buat 8 rokaat, buatlah mana yang termampu kalau boleh buatlah sampai 20 rokaat. Islam itu agama yang mudah tapi jangan pandai-pandai kita nak permudahkan lagi. Sepak kang!!!!

4. Bila solat terawikh di masjid negeri terasa teringin nak solat terawikh di madinah n mekkah..dulu bapak aku pernah bawa aku ke sana wahh best sungguh. Insyallah kalau aku ada rezeki aku nak bawa mak aku tahun depan ke Mekkah kalau ada lebih dah tentu aku bawa sekali insan yang aku sayang ke mekkah...wahh comelnya kalau dia pakai telekung huhuhuhu


1. Isu Kartika Sari Dewi Shukarnor iaitu model separuh masa yang dihukum 6 kali sebatang atas kesalahan minum najis arak di khalayak ramai. Maka hukuman pertama kali dikena di Malaysia di sambut dengan pelbagai persepsi. Ada yang bangga seolah-olah JAIP mengembalikan kekuatan hukam syariah ada juga yang menjadi dajjal untuk menyaman mahkamah syariah di atas tindakan meroton yang dianggap keputusan melampau.

2. Nak tak nak kartika, pada zahirnya kartika redho dengan hukuman itu. Maka Media arus perdana seolah mengajak orang ramai turut bersimpati dengan hukuman ini ke atas kartika? Kadang-kala menjadikan kartika seorang yang dizalimi. Kenapa perlu begitu? mana yang penting hak allah atau hak manusia. Jahil sungguh mereka ini.......

3. Namun hukam itu jatuh pada bulan ramdhan, dengan alasan menghormati keberkhatan bulan ramadhan maka hukuman itu ditangguhkan atas nasihat peguam negara (kalau tak silap aku la). Maka melenting pula, Kartika dan bapanya seolah-olah ada memperlihatkan bibit bibit tidak redho dengan hukuman ini. Maka mereka berdua mengambil tindakan membuat 2 laporan kepada pihak polis. Dan aku pasti lepas nie, ada tindakan menyaman pula. Alasan Kartika, saya sudah persiapakan mental dan fizikal saya, kenapa mereka buat mcm ni kat saya". Mengambarkan seolah-olah hukman sedat tu ditambah dari 6 ke 60 sebatan. Maybe kartika tidak sedar...tidak cukup mental dan fizikal. tapi yang paling penting persediaan rohani kita kerana di situlah kita akan faham segala hikmah ujian yang allah beri kepada kita. Dan dengan persediaan rohani kita akan kembali bertaubat bersungguh.

4. Aku kira, Kartika masih belum tahu hikmah di sebalik hukuman ini. Baru diuji dengan perkara ini ambilah dengan hati yang lapang. Apalah sengat ujian yang kau hadapi sebagai hamba allah dibandingkan dosa dosa dan kesilapan yang kau lakukan. Ingatlah kita akhirnya akan berdepan dengan Allah membawa pahala dan dosa. Malulah kita kita bertemua Allah hanya dosa yang dibawa. Mungkin kamu atau sesiapa saja tak rasa, sbb iman kamu masih belum ada. So tak heranlah

5. Apapun, disebalik itu, aku ucapkan TAHNAIH kepada Kartika menerima hukman ini, dan benar-benar anak melayu. Maybe adanya sedikit darah Tun Fatimah yang mengalir diruang ruang jiwanya menyebabkan Kartika menjadi berani. Aku sebagai orang Islam yang beriman dan tahu dan di ajar ttg dosa dan pahala dan hukum. Maka aku sokong sepenuhnya hukuman ini di laksanakan. Jangan ada kasian kepada mereka yang menerima hukum, ini soal kemanusian tapi ini soal Akidah...kalau kamu merasa kesian dengan pesalah maka kamu menolak hukum ini. Ini hak allah....

6. Sila serbu di karaoke, dan pub dan sebagainya pasti ramai lagi anak melayu yang bangsat berfoya foya dengan arak. Hukum mereka dan didiklah mereka supaya takutkan allah dan sayangkan allah.

7. Penyampaian aku sememangnya agak keras, dan ada juga mereka yang memberi penyampaian agak lembut tapi asasnya tetap sama. Yang Haram itu Haram dan Yang Halal itu Halal. Tiada kompromi dalam soal itu!!!!

1. Alhamdulilah, hari ini aku dpt lepas lagi ujian puasa. Hari ini sangat panas sekali lain dari hari hari semalam tapi panas dibumi ini apalah sangat kalau nak di bandingkan panas api neraka. Tiada lain yang best melainkan solat terawikh jemaah dekat masjid negeri. Patutlah Meor suka sangat solat terawikh kat sini imamnya pantas dan suaranya sedap....

2. Jujur aku cakap, aku ni kalau ada imam baca surah panjang2 mula ar fikiran aku melayang..lebih2 lagi kalau surah tu aku tak hafal mmg hampeh jadinya...kadang-kadang aku tak ingat berapa roka'at aku solat. Inilah rindu-rindu aku di ramadhan suasana mmg best dan aku pasti menrindukan lagi ramadhan akan datang... Ada gak orang tanya aku, asal aku tak sabar2 tunggu ramadhan. Macam papa pernah tanya kat aku, kenapa tak sabar2 ramadhan, hari hari lain kan boleh puasa. Tapi time tu aku jawab bulan ramadhan aku boleh diet sikit. (time tu aku rasakan muka aku mcm dh tembam) Sebenarnya aku ada jawapan lain tapi aku tak lah bagi tau waktu tu nampak mcm poyo pulak aku nanti....dah lah aku ni ada ciri-ciri mamat poyo...so kalau tak control mmg lagi bertambah poyo aku nanti.

3. Jawapan aku, hanya dibulan ramadhan lah aku boleh didik hati aku kembali pada tuhan, aku bersemangat untuk baca al quran, bangun malam dll sbb aku nak dapatkan malam lailaitul qadar tu. Walaupun nampak tidak istiqomah sekurang-kurangnya aku tidak tertinggal untuk dapatkan keberkatan bulan ramadhan ni. Bulam ramadhan bukan bulan puasa sahaja tapi bulan ramadhan turunnya jutaan rahmat tuhan buat hamba-hamba..

4. Solat terawikh di masjid negeri sekurang-kurang aku bangga dengan umat islam aku di sini. mmg ramai sungguh walaupun lepas 8 roka'at bilanganya keluarnya berduyun-duyun tetapi aku tetap bangga. Kerana masih ada anak anak muda yang takutkan allah dan berlumba2 untuk dapatkan rahmat dari Allah. Bagi anak-anak muda yang masanya di habiskan dengan bermadu kasih di pesta pesta maksiat baik di karaoke, club, hotel dan mcm2 lagi..............mmg kamulah manusia palang hampeh dan jijik sekali..eh silap berkali kali..

5. Jom Ramadhan!!!



1. Sedih aku bila terbaca didada akhbar yang kumpulan pertama nasyid Malaysia Raihan akan dibubarkan kerana mengalami masalah penaja di Malaysia. Aku sebagai peminat Raihan hanya mampu bersimpati dan berberdoa tapi tak mampu untuk mempertahankan Raihan. Kalau aku punya wang yang berkoyan-koyan pasti aku bantu dakwah Raihan.

2. Isu Raihan ni, aku dah cerita dh lama dh...kenapa masyarakat dan dunia koperat di Malaysia seolah-olah tidak menyedadi kewujudan Raihan. Tetapi masyarakat di luar negara mmg kagum dengan kehebatan Raihan. Pernah aku melihat dokumenteri Raihan sepanjang jelajahnya di Eropah, Russia, dan Afrika. Bangga aku melihat penerimaan masyarakat disana dengan artis tempatan kita. Poster kehadiran Raihan umpama poster pasti-parti politik berkempen. Sebulan sebelum kedatang Raihan pasti lagu lagu raihan dimainkan di corong-corong radio dan sebagainya. Ada tempat di Afrika Selatan , banduan-banduan menjadi lagi Raihan sebagai lagu tema mereka. Begitulah hebatnya Raihan dikaca mata penduduk Islam yang tinggal di negara-negara kafir. Tapi penduduk Islam di Malaysia , yang kononnya sebuah negara Islam tidak berbangga dengan apa yang dilakukan Raihan walaupun usahanya merentasi sempedan. Lain lah mcm Siti, baru buat show kat London itupun sebahagian besarnya org melayu yang tinggal di sana menontotnya di sambut bagaikan wira negara dalam bidang Industri. Walhal satu album dia pun tak terjual di sana.

3. Aku, ingat lagi ada seorg kawan aku bernama Yusuf. aku kenal Yusuf semasa sama-sama menuntut di UKM. Yusuf orang Kanada yang masuk Islam pada usia 18 tahun (kalo tak silap aku). Satu hari aku masuk bilik dia, aku melihat album Raihan, yang peliknya tanda harga disitu bukan RM tapi dalam bentuk Euro. Aku tanya bila dan dimana Yusuf beli? Jawab dia..dia beli semasa dia di France time dia bercuti tahun lepas (2006). Wahh pastinya aku bangga album Raihan terjual di Perancis...Yusuf cerita dekat aku, semasa dia tinggal di Perancis nama Raihan begitu popular dan ramai yang boleh menyanyikan. Pada awalnya Yusuf tak tahu apa makna lagu Raihan tu (lagu dalam bahasa melayu) tapi bila dia tgk kamus maknyanya sungguh menakjubkan (itu kata yusuf kat aku la). Jadi apa yang aku dapat disini..usaha dakwah Raihan, bukan saja memperkenalkan artis malaysia di mata dunia dan usaha mendidik rohani tetapi memperkanal bahasa Melayu di Mata dunia. Aku suruh Yusuf nyanyi lagu Raihan, Yusuf bersungguh nyanyi lagu Raihan dalam bahasa Melayu walaupun sebutan Yusuf agak kelakar tapi aku bangga bila orang putih mampu menyanyi dalam bahasa melayu. Perkataan yang aku tak pernah lupakan dari Yusuf dia menyebut Insan tu adalah Ingsang......

4. Itulah nasib malang yang menimpa artis-artis nasyid tempatan. Diskriminasi lagu nasyid lebih-lebih lagi lagu nasyid yang berbentuk mendidik Rohani akan dipandang tanpa mata oleh rakyat Malaysia...


Merenungi kotaku ini
dimalam hari Ku terpersona
Diselubungi cahaya

Berdiri megah
Berasaskan Imam dan jua Ketaqwaan
Padamu tuhan
Satu kedaimaan
Satu ketengangan
Kebahagian, kehormanian

Dunia Baru Kita
Impian bersama
Cita-cita kita
Kini Jadi nyata hidup sejahtera

Dunia Baru Kita
Harmoni berpadu
Banguna dengan Ilmu
Dan mendapat restu dariNya yang satu

Dan kita bersama menjunjung perintahnya
Biarpun rintangan datang melanda
Kitakan sama-sama pertahankanya


Nabilah
&
Najihah

ye ye ye ye..aku dapat lagu baru.. SAMI YUSUF, Raja Pop lagu lagu islam.. aku mmg tak reti nak tukar lagu2 dlm blog aku ni nak tak nak aku kene minat pertolongan kecemasan anak anak sedara aku tersayang najihah n nabila...

Ari tu aku suruh Nabilah masukan lagu Sami Yusuf... So dia dh masukan.. Sayang u all.. muah muah muah..

Terangkan hati dengan lagu2 islam. didik lah hati dengan irama irama islam, dan hayati segala isi yang ada...


1. Kota sekuat mana pun pastinya akan runtuh akhirnya, walaupun memakan masa beratus tahun untuk ditakluk. Seperti Kota Konstantinapole yang menjadi ibu negara kepada kerajaan Bizantain yang bertahan ratusan tahun akhirnya tewas ditangan Khalifah Muhamad Al Fatih.. 800 tahun lamanya tentera islam menanti kejatuhan kota itu. Jatuhnya kota itu lambang kemegahan dan kemenagan ISLAM sebagai agama yang benar. Itu kota yang dibina dari batu dan konkrit, apa lagi kota hati aku yang dibina dari tanah yang dihunus pisau pasti tertimbus jua...akhirnya kota aku itu runtuh jua...runtuh yang membunuh penghuni-penghuninya. Tiada generasi lagi yang mampu menyambung kemegahan kota itu pada masa masa mendatang.

2. Awalnya kota itu aku sediakan dengan hulu balang negara yang gagah yang aku ambil dari pelusuk dunia, agar kota indah aku ini tidak ditawan dan gagah seperti Kota Nabi Allah Sulaiman. Aku hiasi lagi kota aku dengan segala kecantikan dan kemewahan, agar kota aku secantik Kota Kaca Puteri Balqis.. jauh sekali aku ingin melihat kota aku umpama istana firaun yang bermegah2 diatas darah manusia yang tak berdosa....Kota aku dibina atas dasar-dasar rialistik aku sendiri, cinta, sayang, iman, maruah, pahala, kejujuran, agama, dosa, syurga, neraka, angan-angan, impian dan cinta..itulah yang asas tiang sri di kota aku.


3. Kota Aku jangan disamakan dengan Taj Mahal yang dibina Shah Jihan, atas dasar cinta membuta tuli lupakan tuhan ingatkan dunia itulah cinta menggila namanya. kota aku, kota suci, kota aku adalah lambang impian aku, kerana aku bermegah dengan kota ini kerana adanya kau sebagai sang permaisuri....kau permaisuri yang aku banggakan di kota kota lain. Kerana kota mereka tidak sehabat kota aku yang memiliki kau sebagai lambang kemanan , kasih sayang, dan kesetiaan di Kota itu. Kota ini juga ada lemahnya, walaupun kota ini dibina dengan harapan dan pengorbanan menggunug, namun kota ini dibina tanpa ditunjangi ikatan janji hanya sekadar ayat-ayat syok sendiri.


4. Kota yang lama aku bina dan pertahankan akhirnya aku sendiri yang runtuhkan kerana kota yang aku bina itu tiada harapan untuk aku pertahankan. Dari dia dimusnahkan oleh manusia yang tak guna biar aku sendiri yang musnahkan kota yang aku bina itu..kerana itu lebih bermaruah. Walaupun pada hakikat sebenarnya kota ini sudah terlalu lama runtuh dan sudah berkulat. Cuma hari ini adalah hari rasmi acara runtuhnya sebuah Kota itu. Dan bukan salah kamu ini semua salah aku kerana membina kota di tanah yang tidak subur dan kering kontang.


5. Akhirnya aku bebas dari hegomoni sesiapa, baik dirimu mahupun dirinya. walaupun dalam hati teringin sekali menghidupkan dirimu yang dulu yang menjadi sumber inspirasi disetiap detik nafas nafas aku......tapi aku bukan tuhan yang berkuasa menghidupkan dan mematikan hambanya. Apa yang aku buat, layan saja segala apa yang ada..........................dengan irama da da da~~~~

6. Teringin melihat masa depan kota yang bakal aku bina dan kota yang telah kau bina sekarang. Siapa yang ditawan dan siapa pula yang menawan kota kota itu satu hari nanti....sudah terlambat jika peluang kota di bina itu tidak digunakan sebaiknya.

7. Kini. Kota yang diilhamkan seindah-indahnya sudah musnah terbakar....ambilah abu-abu yang ada untuk kau hintungkan kembali kenangan kau di dalam kota itu...itu kalau kau mahu dan punya hati utk menghintungnya. Tiada paksaan lagi buatmu. Untuk pengetahuan kau, aku tiada lagi dikota itu. Jauh dari kota itu dan sangat sangat jauh dari kau.... Aku sekarang membina empayer aku sendiri. Empayer yang yang jauh dari dirimu tetapi apabila empayer aku sudah megah dan berkuasa, tak perlu kau risau aku tetap tidak manakluk kota kecilmu lagi. Kerana kota kecilmu terlalu istimewa buat dirimu sendiri....namun pada hakikatnya kota kecilmu itu tiada nilai apa apa pun bagi aku.. kota lama yang aku bina dulu itu tetap menjadi kenangan walaupun kosong sebenarnya. Inilah kota yang aku panggi "Kota Skaptikal"!!

8. Sujud aku dan lalu berkata "Laila anta, subahanaka in'ni kuntum minal zolimin".

...... puasa hari mmg sikit pun tk terasa lapar dahaga apa lagi rasa nak korek idung atau telinga. tup tup dah nak azan magirb. Walaupun hari ni kedai aku tak ramai yang datang, maybe ramai yang berbuka puasa di rumah aku tetap bersyukur dengan apa yang tuhan bagi kat aku di bulan ramadhan ni. Sekurang-kurang hikmahnya aku dpt tgk anak mama si kuhaza kat hspitl. Alhamdulilah aku tgk dh sembuh dari sakit tu.

Tadi aku gi terawikh kat masjid yang sama iaitu Masjid Bukit Jelutong, aku kali ni gi sorang2....seronok aku solat kat masjid tu sbb nak ramai yang berebut nak dptkan keberkatan bulan ramadhan ni. Suasana mcm nilah yang sebenarnya aku rindukan di bulan ramadhan, bila ramadhan dah nak habis aku rasa mcm tak best lak...kang aku cakap lebih2 orang kata aku poyo lak. Btw aku mmg rindukan ramadhan.

Akhirnya sempat juga aku ambil borang tahlih aruwah sempena bulan ramadhan ni. Hemmm... nama orang yang aku nak taruk, dah tentu nama aruwah ayah aku. kemudian, nama atok aku walaupun aku tak pernah jumpa dia tp sekurang2nya dia kenal aku ni cucu dia yang sedekah atas nama dia. Seterusnya nama mak Yana....setiuasinya adalah sama mak yana mmg tak kenal aku, n yana pun pernah cakap keluarga dia tak kenal aku. So dengan cara ni, insyallah mak dia akan kenal aku, walaupun aku tak kenal dia..tapi aku sayang pada mak dia.. Dan terakhir sekali sahabat baik aku Khamzah, yang meninggal nak jumpa aku. Dah 2 tahun dia pergi.....


Mmg kalau kita ibadah tu perlulah istiqomah dengan kata lain, perlu berterusan jangan hangat2 tahi ayam. So di Ramadhan ni bukan aku sahaja tetapi org2 lain pun terut pertingkatkan amal ibadah dia. sbb time2 mcm nilah rajin, time2 lain jujur aku cakap yang aku ni agar malas hehehehe...maksud aku buat bab2 yang sunat ni mmg malas kecuali bulan pose. Tapi sayangnya ada juga kawan2 aku yang tak pernah hargai bulan ramadhan ni. Hemm biarlah dia dengan dunia dia., sb nanti mati pun dia dalam perut dunia jugak......

last sekali aku bagi hadis yang anak sedara aku bagi kat aku...:-


" Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini." >> Selamat Menjalani Ibadah di Bulan Ramadhan ppl! ^_^ "




Penyanyi nombor 1 negara Datuk Siti Nurhaliza mesti berkecil hati apabila duit dermanya/sumbangan ikhlasnya kepada salah sebuah masjid di Pahang tidak menggunakan duit (hasil) dari penyanyi berkenaan. Ini kerana Masjid di sana tersangat-sangat ukhrawi dengan tidak menggunakan hasil duit nyayian sebagai pembangunan (aktiviti) masjid berkenaan, lebih-lebih lagi lagu bukan berunsur nasyid dan islamic. Masih ada juga masjid yang prihatin seperti ini erk. Info lain duit berkenaan ke mana hala tujunya kureng dipastikan lagi. Jangan berkecil hati lah Siti Nurhaliza, anda masih boleh mendermanya di tempat-tempat lain lagi...mcm konsert ke, makan malam ke, pertandingan nyanyian ke...Ngeh3.

ohye berita ni aku tau dari blog2..korang cari lah yek. Ohye siti yang anda pakai itu bukan tudung tau...so jangan konfisukan peminat2 anda...sbb sister kristian pun pakai tudung jugak. tp tudung diaorg lain dengan tudung orang islam yang beriman. cukuplah anda saja yang konfius ttg tundung org beriman tak baik sebar2kan fasyen anda atas nama tudung huhuhuhuhu...

1. Panjang juga umur aku, sampai aku kat ramadhan. macam-macam plan yang aku nak buat sempena ramadhan ni. Nak itulah nak ini la huhuhuhu..mmg seronok bulan pose nie? Semalam aku terawikh ngan papa, tok ki, farhan dan nan. Actly mereka ini adalah keluarga angkat aku tapi aku dh anggap mcm keluarga aku sendiri.. First Terawikh aku di masjid Bukit Jelutong. Wahhh ramai sungguh, meriah macam dah rupa sembahyang raya. Pak imam kat masjid tu cakap kat mic, kehadarian yang datang pada malam tu di luar jangkaan. Tapi didalam hati aku, biasalah tu first terawikh mmg penuh, cuba tengok lima hari lepas tu..surau atau masjid sekankang kera depan rumah pun ada yang tak pergi. Sekurang-kurang mereka ada iman utk takut allah dan rasa kehadiran ramadhan tu. Tapi kalau bagi mereka yang jauh dari kasih sayang Allah, berfoya-foya sana sini..mmg hampeh gila... Ada yang puasa tapi tak solat, ada yang pose tak tak jaga tinglah laku, apa kes? tanyalah mereka2 yang menghamba diri mereka dengan dunia..pasti ada jawapan bodoh yang mereka berikan. Malam ni maybe aku akan solat ngan Papa, tok ki, farhan dan nan. sbb aku nak isi borang tadarus utk aruwah ayahanda aku yang tercinta. Dan dalam masa yang sama aku nak masukan nama bonda kepada Yana. Walaupun mak yana tak kenal aku semasa hayatnya, tapi dia akan kenal aku juga di alam lain. Mudah-mudahan Ayah aku, mak yana dan orang2 yang aku sayang yang dah ada ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.,..


1. Agak lama juga aku tidak membuka internat di rumah aku, guruh yang datang tanpa diundang malah tanpa tanda awal mahu datang menyebabkan housamte aku si Meor tidak sempat menyelamatkan peralatan elekterik di rumah aku. Akhirnya banyak peralatan di rumah ini rosak termasuklah modem yang aku beli tak sampai seminggu.

2. Esok umat islam berpuasa kecuali umat islam yang tak ada iman di hatinya mmg tak akan puasa. Semua orang tahu puasa bukan menahan lapar dan dahaga tetapi melawan nafsu, mengawal tingkah laku sebagai contoh tak boleh mengumpat, tak boleh korek hidung, tak boleh korek korek telinga dan mcm2 lagi. Tapi kalau ada orang tanya korek cekam batal tak? huh... aku pun blur korek cekam tu apa hukum yek....al maklumlah korek cekam ni dah ketegori sama best dengan korek hidung dan telinga...huhuhu

3. Waktu internet aku rosak, maka alternatif aku untuk mendapatkan maklumat tentang dunia aku ini tak lah tak bukan adalah Televisyen. Tapi bila aku tengok berita nak termuntah aku, kalo pose mahu terbatal pose aku nanti tengok gelagat si pemberita yang jahil dan orang-orang yang di dalam itu pun jahil. Isunya pasal sokong UMNO tak masuk syurga.


4. Usah kata pada Nik Aziz, kalo korang tanya budak 3 tahun yang faham ilmu agama pun dia akan cakap sokong UMNO adalah salah cara kita mendekati dengan api neraka. Memang bukan hak kita sebagai Hamba Allah untuk menuduh seseorang itu ahli syurga mahupun ahli neraka. Tapi apa gunanya Allah ciptakan peraturan yang wajid diikuti oleh Hambanya di muka bumi. Kalau ada Hambanya yang melanggar peraturan tu pasti hukumannya adalah neraka. Sebagai contoh kalau kita dah selalu langgar lampu isyarat pastinya kita menghampir hukuman kena saman atau silap hari bulan masuk jil. Begitu juga dengan hukum Allah....Allah memberi 2 pilihan pada hambanya nikmat syurga atau azab neraka. Tak kan orang yang jahat, yang tak mahu ikut peraturan Allah masuk syurga. Kalau macam tu, orang yang berzina, yang minum arak, yang berjudi tetap akan masuk syurga. Apa lagi kalau orang itu menentang dan tidak melaksanakan hukum Allah... tak ke sama perangai macam firaun?

5. Jadi lihat UMNO tu sendiri, macam mana pemimpinannya...tak perlu tengok apa yang dibuat. Cukuplah lihat dari segi pemakaian pemimpin UMNO.......? Jarang sekali aku lihat pemimpin UMNO memakai pakaian yang ikut tuntutan Islam. Bila ditanya kenapa tak pakai tudung labuh, tak tutup aurat dan sebagainya. Pasti jawapanya, kami tak mahu jadi munafik, kami tidak mahu mempergunakan agama dalam politik dan banyak lagi. Tapi itulah jawapan orang yang mempermudahkan agama islam itu sendiri....

6. Nabi dah ajar, golongan mana yang dapat syafat dia dan golongan mana yang langsung tercicir dari syafatnya. Kalau bodoh juga.. mmg tak heran benda2 kecil ini akan jadi besar. Oh UMNO elok korang masuk kelas KAFA balik, dah tak betul lepas tu degil terima kebenaran.

7. Ok lah esok dah nak pose nie.....tak sabar2 aku nak sahur dan malam solat terawikh. Alhamdulilah Allah sampaikan aku di dalam bulan pose nie...




Menjangkau usia yang baru saja mencecah 26 tahun ini, beratpa syukurnya aku kepada kebesaran Allah yang masih menuruskan jantungku berdegup tanpa tercacatnya akal mahupun fizikal yang telah dikurniakan oleh Allah yang Maha Pengasih.


Entah berapa jutaanya dosa aku kepadamu Ya Allah dan entah berapa halusnya pahalaku yang telah kau terima selama hayatku. Ya Allah bukan aku tidak menyintaimu sepanjang hidupku, dan bukan juga aku tidak merindui kekasihamu Rasullulah dalam syahdu ku....tiap detik waktu hidupku, kusembahkan hanya padamu..namun aku hanya manusia yang lemah, imanku tidak sekuat iman yang telah kau berikan kepada Ayahandaku sewaktu ketika hayatnya dahulu. Hidup matinya berjuang atas namamu, bibirnya sentiasa dibasihi dengan zikir zikirmu. Iman itu mmg tidak mampu diwarisi tapi mampu difahami dan dihayati bagi anak-anak yang ingin kasihani ibu dan ayahnya apatah lagi sekiranya ibu dan ayahnya tiada. Tiada siapa yang mampu menyelamatkan mereka dari Azab seksa kubur dan neraka melainkan doa anak yang soleh dan solehah yang tidak membutakan dirinya dengan dosa dan pahala.


Maka tiada gunanya cinta menggunung kepada ayah dan ibu namun setelah pemergiannya kita menjadi hamba dunia. Mereka disana ternati-nati akan doa dari anak yang soleh dan solehah bukan doa dari anak-anak yang menjadi batu bara api nereka mereka di neraka kelak. Ya Allah kau jadikanlah aku anak yang soleh.

Kadang kala, bila aku ingin menasihati kawan-kawan aku, tiba-tiba tertanya diri aku pada diri sendiri, benarkah layak untuk aku menegurnya. Bila aku rasa diriku tidak layak, maka akhirnya aku membiarkan mereka tersesat dengan kebodohan diriku sendiri..


Mungkin disini untuk aku luahkan dan memberi peringatan buat diriku dan buat kawan-kawan yang cintai dan sayangi. Seperti dalam hadis Rasullullah yang bermaksud ‘berikanlah peringiatan, sesungguhnya peringatan itu amat berguna pada orang beriman/mukmin”. Ingat Islam itu terbahagi dua iaitu ISLAM YANG BERIMAN dan ISLAM YANG TIDAK BERIMAN. Tepuklah mana yang mahu ditepuk lalu tanya iman masing2 sejauh manakah takutnya pada AZAB ALLAH yang sedang melambai-lambai menanti kehadiran kita!!!


Sempena kehadiran RAMADHAN AL MUBARAK ini yang diciptakan oleh ALLAH SWT khas buat hamba-hambanya yang benar-benar ada iman di dada..marilah kita memperbanyakan ibadah tambahkan saham akhirat dengan meningkat iman, amal dan ikhsan

YA ALLAH KAU TELAH SAMPAIKAN AKU DI BULAN SYAABAN INI, MAKA KAU SAMPAIKANLAH AKU JUGA DI BULAN RAMADHAN NANTI...AKU RINDUKAN RAMADAHAN MU YA ALLAH..AMIN

1. Aku mencipta blog ini sememangnya mempunyai pelbagai tujuan dan maksud. Ada kalanya apa yang aku tulis diterima dan dipuji. Namun juga begitu ada juga yang mengkritik lembut atau pun keras agar aku lebih menjadi seorang yang manusia yang baik segala fungsi mental dan fizikalnya. Sejak aku mencipta blog sendiri atas nasihat anak sedara aku yang tercinta iaitu NAJIHAH dan NABILAH yang ada di benua orang, sedar atau tidak rupa-rupanya dah beribu yang melihatnya walaupun usianya hanya berbulan bulan sahaja...Ohya teringin aku bercerita mengenai anak sedara aku nie.. salunya aku bercerita ttg hal orang lain, kali ni teringin juga aku nak bercerita dgn orang yang menjadi bintang malam malam aku...


2. Anak sedara aku NABILAH bercita-cita mahu menjadi Doktor, maybe dia layak bercita seperti itu sbb di sekolahnya dia antara pelajar terbaik dan cemerlang hingga mengalahkan anak-anak si kaki impialisma di bumi aku satu masa dulu. Teringat masa kawan aku, cerita mengenai anak sedara aku ini, muka dia kelihatan mcm anak orang Arab..gelak hingga nak koma aku bila mendengarnya, maybe mukanya agak mcm Arab tapi aku kata ini Muka anak Jawa, Cucu Jawa...Apapaun anak saudara aku ini mmg banyak mulut orangnya..bila berchating mahupun bercakap poyo rasanya aku melihat dia, yelah dh lama duduk negara orang berkulit putih maka cakapnya pada awal-awal menjejek kaki ke tanah melayu ini umpama J.W.W Birch bercakap bahasa melayu...apapun aku sgt sayang kan NABILAH MUHAIMIN SULAM.

3. NAJIHAH adalah kakak kepada NABILAH, orangnya mmg sangat pandai berkata-kata, lihat saja pada blognya mmg seorang yang hebatberbicara. Ada ketokohan seperti Ayahandanya dan Aruwah Embahnya. Seorang yang hebat, berani dan tak terlepas juga dari poyo yang sangat songsang. Apa yang aku banggakan pada anak saudara aku ini, dia antara jutaan penduduk bumi yang berani melayu sang penguasa yang gila gilakan kuasa. Percaya atau tidak dia dengan beraninya menyaman Kerajaan Malaysia atas dasar cintakan dan sayangkan Bahasa Melayu. Walaupun dia diasuk dan dan dibesarkan dalam pendidikan Inggeris namun jiwanya tetap Melayu..opsss... dalam kurungan Jawa hehehehe.. Dialah yang berani menentang Dasar PPSMI waktu kecil lagi, dan dia jugalah yang lantang mengatakan PPSMI ini adalah dasar yang mematikan anak-anak masa depan. Namun ternyata apa yang anak saudara aku perjuangkan walaupun usianya ketika itu hanyalah 13 tahun, telah terbukti kebenaranya...yang PPSMI ini satu dasar yang GILAKAN ANAK MALAYSIA. Siapa pandai Kerajaan Malaysia atau NURNAJIHAH MUHAIMIN SULAM? Korang boleh rujuk kisah dia dimana2 dada akhabr yang berani menyaman kerajaan Malaysia satu masa dulu. Aku pernah bertanya pada NAJIHAH bangga tak kamu mendapat ayah seperti MUHAMAI SULAM, Jawapan dia bangga kerana ayah dia manusia yang perjuang islamkan yang berambut panjang. Dan alasan itu jugalah yang aku banggakan kepada abg aku DR MUHAIMIN SULAM ;)

4. Seronok juga rasanya bila kita memblog nie, apa yang aku rasa, apa yang aku fikir dan apa yang aku lihat pasti aku dapat luahkan di blog ini....pastinya memuaskan. Kalau tension, kalau sedih, kalau apa saja pun pasti di blog ini akan aku curahkan segala-galanya... Bagi yang mereka suka membaca blog haruslah berhati-hati didalam menilai dan memahami apa yang tersurat dan tersirat di dalam blog. Jangan ingat blog ini umpama wahyu tuhan yang terus dipercayai sudah la... Di zaman yang moden ini mcm2 fitnah yang ada maka berhati hatilah...


5. Apabila sudah sembuh dari segala sakit nie....rasa bersemangat untuk aku lakukan kerja-kerja dunia nie.. ohye tengah hari tadi aku pergi lunch di rumah keluarga angkat aku yang tersayang di bukit Jelutung. Sangat sedap masakan yang dimasak oleh MAMA dan FARAH walaupun aku terlewat sejam dari tempoh yang aku janjikan tapi mereka tetap setia menunggu aku untuk menghabiskan nasi lauk di rumah aku. Aku makan sekali dengan PAPA yang baru pulang dari gotong royong membersihkan kubur di KL. Bila melihat wajah PAPA jujur aku terasa yang aku sangat rindukan aruwah ayahanda aku, rasa mahu menangis betapa rindunya aku pada ayahanda aku. Hanya doa yang aku kirimkan............ walaupun sekarang aku tak ada ayah nama aku masih ada PAPA yang berikan nasihat aku untuk hidup dimuka bumi tuhan ini. Mungkin PAPA tidak boleh mengantikan tempak BAPAK tapi PAPA tetap mampu membimbing aku seperti anaknya yang lain. Sayangnya aku dengan keluarga angkat aku susah untuk aku luahkan, tetapi sesiapa yang melukakan hati ahli keluarga angkat aku walaupun secuit maka ia samalah meleburkan seluruh hati aku. Namun aku masih ada lagi keluraga aku di Kampung Sungai Lampam yang sangat sangat aku rindu dan cinta, KAK MADAH, KAK AMI, KAK WA, KAK AINI, ABG FAZIR, ABG HISHAM, ABG SHAARI, ABG MAN, JANATI, ATIKAH, IRFAH, IZAT, MUHAMAD, AZAH, NADIAH, NASRAH, NAQIAH dan semuanya-semuanya hanya cinta sejati yang aku berikan kepada mereka semua....

6. Esok PAPA janji nak datang ke kedai aku untuk luncah sama MAMA dan mungkin juga FARAH join sekali. Oleh kerana esok MAK aku yang tercinta akan datang juga ke kedai aku bersama-sama ABG MAN...aku sudah plan mahu sambut Birtday MAK aku dengan FARAH sekali di kedai aku, pastinya meriah. Sudah lama aku tak meraikan hari jadi orang... Hari jadi aku sendiri aku tidak pernah raikan apa tah lagi orang lain utk mengingati mahupun meraikan hari jadi aku.....mmg tak akan kenang. Maka biarlah kali ini aku membahagiakan mereka semua...alhamdulilah aku masih ada MAK yang sangat sangat aku cinta di dunia dan akhirat.


al fatihah buat Ustaz Asri yang baru meninggal pagi tadi akibat serangan jantung. Terkejut bila aku dapat tahu Ustaz Asri meninggal tapi itulah hukum alam yang kadang kala kita sukar untuk menduga. Kebetulan kawan sekerja aku ada ditepi aku dia berkata "kenapa orang yang baik macam ni meninggal cpt" jawapannya itu maknya Allah sayangkan orang ini, Allah nak pelihara dia dari seksa kubur dan hari akhirat. Dalam al quran pun ada sebut lebih kurang begini maksudnya... Orang yang lalai dengan agama tu, Allah saja panjangkan umurnya dan Allah tambahkan rezeki didunia ini bukan tanda Allah sayangkan dia, tapi tanda tiada lagi pengampunan dari dia. Allah sudah membencinya...malahan rezeki yang diberi tak putus2 tu..supaya orang tu terus lalai dengan dunia".

Apapun Allah telah membuktikan Ustaz Asri mati dalam keadaan husul khotimah, apabila beria-ria untuk menjayakan program agama di RTM. Terkenang pula mati aku mcm mana nanti...............al fatithah






1. Baru sikit dari ratusan koleksi aku...........inilah warna-warni cinta aku....









1. Hari ini, genaplah setahun pemergian ayahanda tercinta....taka waktu masih aku ingat lagi, ayah aku dlm keadaan tenat. baru malam tadi doc menasihatkan aku sekeluarga bawa dia pulang kerana keadaan ayah aku tenat akibat kanser usus yang dh kian merebak hingga ke paru paru.....sukar nak mempercayai bila aku perlu berdepan dengan ujian allah ni. Tapi mati iti sesuatu yang pasti. Setelah pemergian ayah aku..aku sudah tidak takut lagi mengenai mati..biarlah mati itu datang waktu dia suka..cuma amalan ibadah saja yang aku risaukan, entah bagaimana besarnya dosa aku dan sekecil manakah pahala aku berdepan dengan tuhan nanti.

2. Setahun rupa-rupanya aku sudah tidak lagi mendengar nasihat dan teguran ayah aku. dan setahun jugalah aku sudah tidak menyentuh dan memandang senyuman manisnya. Namun nasihat dia tetap lagi segar dalam ingatan aku.......

3. Hilangnya kamu, terpadamlah satu bintang di angkasa......................perginya ulama tiada pengganti


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Assalamu'alaikum. "


Nak bandingkan 3 - 4 hari lepas mmg jauh beza aku....... minggu lepas nak bangun pun tak larat.. tak pasal2 berat badan aku dh makin susut.... hari ni buat pertama kalinya aku dh mampu makan nasi........ syukur ya allah kau berikan aku sihat... amin.. i love u, i love u, i love u.......miss u so much~~~

1. Alhamdulilah akhirnya aku boleh juga berdepan dengan PC setelah seminggu demam taruk.... Doc siap suruh aku gi Hospital Sg Buluh suruh check kot2 H1N1 dah menghinggap ke aku. Tapi mujurlah Virus tu masih belum melekat kat badan aku.... Tak ramai yang tahu aku sakit, kecuali kawan2 yang rapat dan ambil berat ttg aku jek..bagi mereka yang tak ambil tau pasal aku mmg tak akan tau....lagipun buat apa aku kasi tau. Apapun aku ucapkan terima kasih pada kawan2 aku yang sudi datang ziarah aku walaupun dlm keadaan sibuk dan jauh..mudah2an allah membalas jasa baik korang.......

2. Kebetulan jumaat lepas ada bacaan yasin di Masjid yang ayah aku didirikan sempena setahun pemergian ayah aku ke rahmatullah. Walaupun badan aku tak larat tapi aku kuatkan lah juga balik ke kampung...mujur sekarang aku dah pakai driver, maka driver aku yang bawa aku balik kg. Sampai jek kat Kampung aku....aku rasa mcm dh sihat jek, walaupun badan aku masih tak larat.... mak aku bila tgk muka aku pucat dia mula peluk aku dan risaukan pasal aku. Tapi aku terangkan kat mak aku yang aku tak apa2 cuma letih jek.. dan seminggu aku tak gi kerja...

3. Alhamdulilah aku diberikan tenaga untuk solat jumaat dan baca yasin di Masjid kampung aku. Mujur masjid ni satu laman dengan rumah aku.....bila aku masuk Masjid dengan memakai topeng, maka rakyat2 kat situ melihat aku bagaikan artis yang macho pulak. yelah aku pakai mask untuk keselamatan dari H1N1.....


4. Petang tu, aku cakap ngan mak aku... aku teringin nak lihat makam aruwah ayah aku, jadi aku minta drive aku bawakan aku ngan mak aku ke tanah perkuburan. Agak senja aku sampai kat situ...tapi sempatlah aku bersihkan makam ayah aku....bila aku duduk melihat makam ayah aku..... teringat sewaktu begini ketika hayat ayah aku....dia berpesan dengan aku agar aku tidak lupa diri dan Allah bila berjaya dalam berniaga nanti. Terlalu banyak yang dikatakan kepada aku........sayu hati aku bila mengenangkan kembali segala pesanan ayah aku... secara jujurnya aruwah ayah aku tidak meninggalkan wang kepada aku melainkan nasihat.......

5. Bapak, aku rindu kat bapak.....

26 Tahun aku berpijak, merangkak, mengesut dan mcm2 lagi dibumi tuhan demi menuruskan hembusan nafas-nafas aku yang entah kapan akan berakhir. Entah esok, entah lusa, entah sebentar nati.. apapun mati itu sesuatu yang pasti.Seksa kubur pun pasti, azab neraka dan nikmat syurga juga pasti…. Tapi aku sendiri tak pasti sama ada aku bersedia berdepan dengan semua tu….


26 tahun aku menikmati nikmat tuhan yang perlu diayar dengan amalan ibadah, dan ada juga hamba2nya yang sombong dgn Tuhannya sendiri… hidupnya dipenuhi dengan Arak, Zina dan sebagainya….. baik yang tua mahupun yang muda semuanya sombong dengan Tuhannya sendiri. Semalam aku dengar ceramah agama oleh serog ustaz ni, Dia sebut dlm al quran lebih kurang mcm nilah maksudnya “jangan kau merasa pelik melihat orang yang kaya semakin sesat kerana allah telah membencinya dan allah memberi nikmat kepadanya lagi supaya dia terus sesat, tiada pengampunan dari Allah”. Patutlah aku tengok ada dato2 yang gatal2 dengan perempuan walhal umur dah nak mampus…

26 tahun mcm2 pengalaman aku lalui, sama saja dengan orang lain ada pengalaman yang suka mahpun yang duka. Setiap pengalaman yang aku lalui mematangkan aku dan kadang kala menyebabkan aku kurang matang namun sekurang2nya aku kenal erti hidup didunia ni. Aruwah Ayahanda dia tak wasitkan aku harta mahupun wang ringgit tapi dia wasitkan kat aku dan abg serta kakak aku dengan nasihat. Sehingga hari-hari terakhir Ayahanda dia masih lagi berpesan dengan aku tentang cara hidup didunia ini. Dia takut yang aku akan sesat dengan godaan dunia. Berkali-kali dia menasihati aku......hidup didunia tidak mudah untuk memilik syurga. Kurang 10 hari genaplah setahun pemergian Ayahanda tercinta……..

26 tahun aku bernafas umpama aku bernafas di dalam lumpur, kadang kala lega kadang kala seksa yang aku rasa…dan kadang kala sukar aku nak percaya dengan diri aku sendiri. Bagi mereka2 yang kenal aku dari kecil seperti keluarga aku dan teman-teman sekampung aku agak sukar percaya dengan diri aku, apa lagi aku!!!. Kalau dulu masa kecil2 aku duduk di sekolah budak2 lembap, dari darjah 1 hinggalah darjah 5..masuk darjah 6 aku masuk kelas budak2 pandai tapi dalam kelas tu aku lah yang paling bodoh sekali. Aku ingat lagi dalam kelas tu ada 23 pelajar dan aku dapat no ke 23…… kerana cuak bapak aku akan marah, al maklumlah bapak aku kan ketua PIBG sekolah time tu, maka aku dengan buruk perangai meniru tanda tangan aruwah ayahanda aku. Al maklumlah time tu bapak aku sibuk maka aku ambil kesempatan dari kesibukannya,…..masuk ke sekolah menengah aku berada di tahap sederhana kerana ada yang lebih bodo dari aku…Oleh kerana bapak aku pengetua aku terselamat dari masuk kelas bodoh.. namun hakikatnya aku masih lagi kurang pandai. Masih aku ingat lagi dlm kelas tu ada 31 orang pelajar, aku mendapat no 26 antara yang terbodoh dalam kelas jugalah…. Sehingga result SPM keluar aku hanya mendapat 2A tapi sayangnya BM aku dapat 7. Maka terpaksalah aku ambik PAPER JULAI untuk betulkan BM aku, Namun ternyata aku mmg lemah dalam bab bahasa kerana PAPER JULAI tu aku dapat 6 sahaja. Ok lah kira boleh bernaflah tu… dan aku terus sambung belajar aku yang hampir setahun tersadai akibat kebodohan dlm BM. Aku masuk Form 6 di Sekolah Horley Methodist. Sekolah ini hampir sama dengan sekolah aku yang dulu, dulu aku sekolah Agama dimana dalam sekolah itu satu pagar dengan Masjid. So apa yang sama ini dengan sekolah aku yang dulu ialah kedua-duanya didirikan atas nama agama, apa yang bezanya sekolah berorentasikan kristian (zaman dulu) dan satu pagar dengan Gereja Katolik serta perkuburan Kristian. Jumlah pelajar di sekolah tu ada lebih kurang 1600, tetapi bilangan pelajar melayu dari Form 1 hingga Form 6 kurang daripada 300 orang. Oleh kerana bilangan pelajar melayu kurang, maka aku di sekolah Horley itu akan menonjol satu foktor kerana popularity bapak aku dan kedua mybe aku yang paling kacak kat sekolah tu, maka ramai yang nak jadikan aku abg angkat atau pakwe… hampir setiap hari aku dapat surat dibawah meja aku. Aku rasa, aku masih lagi simpan surat2 tu di rumah aku..tupun kalau mak aku tak selongkar stor bilik aku kat kampung.

Masih bercerita ttg sekolah, Masa aku di Form 6, tahap kepandaian aku mula meningkat, jauh berbeza dengan semasa form 5 dulu. Alhamdulilah aku ketegori pelajar cemerlang daerah hilir perak malah aku pernah kalahkan result peperiksaan percubaan STPM pelajar terbaik perak iaitu classmate aku sendiri. Tapi entah kenapa, waktu STPM aku dikalahkan olehnya tapi tak mengapalah result aku masih ternyata melayakkan aku menyambung belajar ke IPTA. Secara jujurnya waktu ini aku diberi motivasi oleh seorang yang aku minat n sayang satu waktu ketika dulu, bagi aku dialah segala2nya time tu…maka aku belajar bersungguh2 untuk menutup kelemahan aku dan melihatkan aku ni bodoh…. Dia kat KL aku kat Perak so dia tak nampak betapa bodoh sebenarnya aku di sini…tapi kerana setiap kata2 hikmah yang membuatkan aku semangat berkobar2 dan bercinta dengan buku selain dia….hasilnya aku masuk UKM yang merupakan universiti yang sukar dimasuki oleh2 pelajar lain….. maklumalah time tu UKM antara universiti terbaik dunia…. First sem aku disana entah jin mana yang rasuk pointer aku gila tinggi melepasi dari apa yang aku sangkakan….. 3.70** namun masuk sem dua, pointer aku mula jatuh merundum bukan sbb aku main atau malas belajar. Waktu itu baru aku tau yang aku ini sebernarnya bertepuk sebelah tangan…..senang cerita tanpa dia aku terus hilang semangat belajar…pointer aku terus jatuh dan terus jatuh setiap sem..dari budak yang dikenali cerdik di Jabatan hinggalah budak yang paling banyak ponteng di Jabatan.. mcm2 title aku dapat…

Masih aku ingat lagi masa tahun akhir aku di UKM, oleh kerana taksud utk mendapat King Of The Night... aku pikirkan apakah baju yang paling ensem dipakai oleh aku. Tema malam tu Eligent warna Hitam, Putih dan Merah......pikir punya pikir punya pikir akhirnya aku mendapat Idea baju yang paling sesuai utk aku pakai, Nak tahu baju apa? aku pakai costum Dark Vider (Star Wars) hahaha.... siap pakai topeng, pada awalnya semua konfius mamat siapakah yang pakai baju lari Tema nie... aku bawa siap pendang lagi clip clip warnanya... Walaupun aku tak tak tercalon jauh sekali terpilih untuk jadi King Of The Night tapi sekurang-kurangnya aku menarik minat semua org yang datang...... secara tak langsung menambahkan lagi populariti aku di UKM.... Namun diakhir-akhir hayat aku di UKM, bapak aku mula mengidamkan supaya aku dapat terus sambung belajar ke tahap Master dan kalau boleh ambil PHD lepas tu, ini kerana gara-gara time tu abg aku dapat melanjutkan pelajaran ke tahap PHD di UK. Time tu pulak masih aku ingat pointer aku hanya 2.68 jek, nak masuk master kena sekurang2nya 3.00. Mak ai…. Banyak tu. Mcm mana dengan berbaki 3 sem ni aku nak tingkatkan pointer aku. Tapi ingat tuhan tu maha kuasa. Alhamdulilah aku graduate dengan pointer 3.01, mmg cukup makan tapi lepaslah syarat untuk sambung MASTER. Bapak aku suka sangat bila aku dpt sambung belajar… dalam hati pula aku ni mmg malas nak sambung tapi kerana sayangkan bapak aku lebih dari segalanya aku turutkan…..

Dalam masa belajar, bapak aku serahkan satu perniagaan kat aku, walhal time tu aku tak minat berniaga malah aku time tu ada kontrak dengan UKM di Jakarta. Bagi aku kerja makan gaji lagi rilek tak sakitkan kepala…. Masa di UKM kawan baik aku Anwar kerap kali memberi motivasi aku supaya berniaga…n mcm2 lagi lah… tapi time tu aku mmg bukan minat berniaga…. Masa menjalankan perniagaan bapak aku, aku mmg seorg boss yang malas. Aku masih ingat lagi hari-hari awal aku masuk office aku demam sbb aku tak biasa duduk di pejabat yang berairkon. Tapi alhamdulilah disamping kemalasan aku itu akhirya aku berjaya meningkatkan pernigaan bapak aku. Namun jiwa aku tak ada disitu…kerana aku masih mengidamkan kerja yang diluar peniagaan.


now umur aku dh 26, aku bekerja sendiri...kadang kala sesak duit dan kadang kala byk duit tapi apepun aku berlagak mcm da duit....dan tahun ni tahun paling ramai kawan2 sekolah aku mendirikan masjid...tak pun bertunang.. aku pula mmg tak merancang lagi sbb aku nak kumpulan wang supaya perkahwinan aku seperti yang aku angan-angankan..

Walaupun Umur aku dah 26 tahun tapi aku rasa aku masih kurang matang lagi....walaupun aku bergaul dengan orang2 yang lebih tua dari aku tapi aku rasa dlm soal pemikiran hal hal memahami perasaan orang lain..aku mmg kurang matang... apepun aku bangga menjadi diri aku sendiri...... dan aku bersyukur allah masih panjangkan nyawa aku sehingga skrg... aku ingat lagi time aku umur 8 tahun... aku masuk ICU dan koma..... hidup aku maybe paling lama 3 minggu.. kalau hidup aku cacat (itu yang diceritakan oleh kakak aku). Now aku masih hidup boleh hembus nafas segara atau nafas2 berbau.. Thanks God I Love U so Much.....

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers