"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)

Senyumlah


Ku petik Bintang-bintang
Biar pun banyak halangan
Rela tempuhi segalanya
Onak yang ku pijak bagai tak terasa

Ku sedar sejak mula
Tiada jalan yang mudah
Tapi ku yakin
Di dalam hati
Akhirnya terkota jua sumpah dan janji

Walau sukarnya bagimu sayang
Perjalanan menyakitkan
Tapi hadapilah dengan kesabaran
Kan tiba kebahagiaan

Tiada batasanya
Usia ataupun rupa
Kita bersama memulakanya
Sehingga akhir kita terus berdua

Lagu ini dicipta pada tahun 1983, tahun kelahiran aku.............

1. Semalam genaplah 40 tahun peristiwa berdarah di Malayisa iaitu Peristiwa 13 Mei 1969. Ahli politik, ahli akademik dan tak kira pun ahli apa pun, bila bercakap mengenai perpaduan, tentang dasar ekonomi baru dan sebagainya maka secara lazimnya akan mengaitkan peristiwa ini untuk mengukuhkan hujah2nya.

2. Generasi muda pasca 13 Mei seperti aku yang hidup selepas puluhan tahun dari peristiwa itu turut dibayangkan dengan kedahsyatan peristiwa tersebut. Dari sekolah di didik supaya peristiwa tersebut jangan berulang lagi. Sama-samalah menjaga keharmonian dan perpaduan di dalam negara. Sang penguasa yang ingin terus mengekalkan kerusi panasnya di singhasana juga turut menakut2kan rakyat dengan peristiwa tersebut, agar rakyat bersatu padu dan kekal harmoni demi menja periuk nasi perut mereka.

3. Bagi aku yg suka lari dari adat dan tradisi bangsa aku sendiri, kerelevanan mengingati peristiwa 13 Mei ini adalah satu makanisma hegemoni pemerintah secara halus dalam minda masyarakat. Usah dicanang-canang lagi peristiwa ini buat generasi muda seperti aku kira isu ini sudah muak n tepu telinga aku mendengarnya. Bukan aku tak mahu ambil pengajaran. Tapi dengan sentiasa mengati isu inilah bangsa aku sentiasa menjadi haprak dan dungu dipermain-main oleh mereka di atas sana.


Gambar seperti inilah yang sentiasa dicanang-canang oleh mereka yang taksub dengan bangsa sendiri agar berasa was-was dengan bangsa lain sehingga ke hari ini

4. Biar aku dan generasi aku yang tentukan "Malaysia Kita"



1. Ada satu malam aku tak ingat berapa haribulannya aku bermimpi yang aku berjumpa dan bersembang dengan aruwah ayahanda tercinta di bawah pohon yang rendah. Masih aku ingat lagi, tempat yang aku berjumpa Ayahanda tercinta dipuncak bukit yang tidak terlalu tinggi.. Tapi seakan lembah yang penuh dengan rumput dan pohon2 hijau......
2. Bila berjumpa dengan Ayahanda tercinta, aku terus memeluknya. Lalu aku bertanyakan khabar pada Ayahanda tercinta. "Bapak sihat?" tanya aku pada Ayahanda tercinta. Balas Ayahandaku "Alhamdulilah sihat....kamu sihat, mak sihat mcm mana dengan maahad (sekolah agama yang ayah aku dirikan sendiri). Aku katakan semuanya sihat dan baik sama seperti dulu.
3. Hati aku penuh rasa syukur, bila dapat menatap wajah Ayahanda tercinta yang aku, air mata aku menangis tanda aku rindu dan sayangkan Ayahanda aku yang terlalu jauh tinggalkan aku. Namun Ayahandaku hanya senyum dan dia membalas rasa rindu dengan memeluk aku. Pakaian Ayahanda sama seperti pakaian kegemaran dia sepanjang hidupnya iaitu jubah putih dan berserban putih serta minya wangi yang harum bau nya. Wajahnya berseri-seri dan sentiasa terukir senyuman melihat wajah aku.


Ribuan yang sembahyangkan ayanda tercinta

4. Lalu aku bertanya. "Bapak mcm mana kat dlm kubur tu?" dia senyum lalu dia menjawab "Kalau bapak cerita kamu akan mati". Aku tanya lagi soalan yang sama. Dan jawapan yang diberi pun tetapi sama. Kali ketiga aku tanya lagi soalan yang sama. Lalu Ayahanda aku menjawab " Kalau bapak cerita kamu pun mahu mati". Ayahanda aku tersenyum dan memeluk aku sekali lagi. Namun pelukan ini diakhir dengan salam kepada aku. Aku terus terjaga dari mimpi, bau wangi seluruh badan aku dan katil aku. Malam itu aku tak dapat tidur hingga ke subuh. Sukar untuk aku percaya adakah mimpi tadi benar2 aku berjumpa dengan Ayahanda aku yang tercinta.....

5. Selang beberapa hari, aku berkenalan dengan seorang ustaz yang agak mashur namanya. Lalu aku ceritakan mimpi aku tadi kepada ustaz tersebut. Ustaz itu tersenyum lalu berkata "itulah kuasa Allah. Orang yang mati dijalan Allah iainya sebenarnya tidak mati tetapi ianya hidup disisi Allah". Aku tak faham apa yang dimaksudkan ustaz tersebut. Tapi aku tanya kat ustaz tu. Kenapa Ayahanda aku kata kalau dia menceritakan kabar dia di kubur itu aku pasti dan mahukan mati".

6. Balas ustaz tersebut dengan nada bersahaja. "Kalau kamu tahu kabar ayahanda kamu dialam barzakh maka kamu juga rindukan untuk mati, kerana nikmat dan tenangnya kubur itu untuk orang-orang yang beriman".

7. Aku tersenyum. Ya Allah kau Maha Agung, Maha Pengasih dan Maha Adil. Kau telah tempatkan Ayahanda aku ditempat yang mulia kerana cintanya terhadapmu sepanjang hayatnya. Alhamdulillah.

8. Tiba-tiba hari ini, tersentak hati aku bila melihat lukisan wajah ayah aku tersenyum dalam sebuah majalah (keluarga edisi Mei). Walaupun ceritanya tidak ada kaitan dengan Ayahanda aku dan gambar itu sekadar hiasan namun tajuknya topik yang dibincangan dalam majalah itu sangat2 menarik. Iaitu. Senyumlah-senyumlah..........itulah sifat ayahanda aku sepanjang hayatnya......



9. ALLAH MAHA AGUNG


1. Bodoh itu sinonim dengan mereka yang otaknya tidak mampu berfikiran seperti manusia yang bertamdun dan berahlak. Bodoh itu bukan ditafsirkan untuk golongan yang tidak bersekolah atau tidak layak melanjutkan pelajaran di Universiti yang hebat tetapi bodoh itu merujuk kepada tingkah laku dan pemikiran seseorang.

2. Kadang-kala ada yang berpendidikan hingga ke tahap PHD tapi masih bodoh, dan ada juga orang yang buta tak bersekolah tapi cerdik dari yang bersekolah. Tak perlu pandang jauh2 nabi junjungan kita pun adalah buta huruf tapi seorang yang genius dalam segala aspek baik politik, ekonomi, sosial mahupun pertahanan.

3. Sejarah membuktikan negara yang mempunyai pemimpin yang bodoh dan gilakan dunia negara itulah yang tumbang dan dijajah oleh kuasa asing. Tapi sejarah belum membuktikan sesebuah negara jatuh dan dijajah kerana rakyatnya bodoh. Lihat saja sejarah kejatuahan Melaka dan hilangnya Pulau Pinang di tangan penjajah adalah atas tangan-tangan sang penguasa yang cetek ilmunya. Mana tidaknya kalau ada yang pandai orang itu yang dibunuh. Lihat saja Hang Nadim kanak-kanak kecik yang bijak pandai yang menyelamatkan S.pore dari todak dibunuh oleh sang penguasa yang otaknya lebih kecil dari mata burung unta.

4. Kini tercatat sekali lagi sejarah kebodohan orang Melayu di Perak. Yang bodohnya adalah 2-3 kerat Lanuan yang berpengkalan di Pangkor tapi seantero Melayu digelar bodoh. Lanun yang dianggap gagah dan kuat yang beraspirasikan rakyat tetapi takut berdepan dengan rakyat. Sukar untuk kembalikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan kembali kuasa negeri. Kenapalah Lanun2 ini takut? takut kerana rakyat sebenarnya tidak akan memilih mereka atau takut rakyat salah pilih disebabkan rakyat ini bodoh. Kalau rakyat bodoh siapakah yang memperbodohkan rakyat?

5. Sejak dari dulu hingga kini negara dipimpin oleh golongan elit yang bebal otaknya. Rakyat dikampung pun lebih bijak dari pemimpin mereka. Bagi aku bila negara ini dah dipimpin oleh Lanun yang bodoh sudah tentu negara akan jadi mcm kartun. Kejap ada kejap tak ada.....kesian negeriku gantung tak bertali.

1. Kerajaan Lanun dari Pulau Pangkor hanya dapat bertahan tidak sampai 3 bulan apabila tiba2 mahkamah telah melanggar tradisi kuno melayu dengan membuat keputusan yang tidak memihat kepada lanun2 yang berkepala hitam tersebut. Keputusan yang diambil adalah lambang kepada kemenangan rakyat-rakyat di kelas bahawaan.

2. Bapak lanun yang sedang membina empayer seakan majapahit di Putrajaya terduduk, lalu mengira wang yang perlu ditambah untuk membina kembali kerajaan Lanun di Perak. Kerajaan Lanun yang tidak lagi berkaki satu, bermata satu dan bertangan cangkuk ini bertukar imej dengan memakai kopiah, berserban dan berjubah namun di dalamnya tersembunyi beribu-ribu senjata pemusnah bangsa, bahasa dan agama.

3. Namun bagi aku kekelahan kerjaan Lanun yang diketuai manusia berkulit hitam dan bermata empat ini bukanlah untuk selamanya. Kerana mereka sempat berak cirit berbunyi di Dewan Undangan Negeri dengan meninggal Najis di kerusi Speaker Dewan. Bahayanya najis ini boleh membernarkan usul gila babi didewan tersebut untuk mengadakan undi tidak percaya kepada laksamana rakyat.

4. Keputusan Mahkamah ini, dari sudut yang lain melambangkan ketidak kepintaran atau dengan kata lain, melambangkan ketidak adilan oleh golongan elit melayu kuno membuat keputusan yang adil untuk rakyat.

5. Wahai orang melayu, tak kira apa jua pun latar belakangnya janganlah hati kamu benak sehingga hati kamu buta dan fikiran kamu bebal di dalam membuat keputusan yang adil kepada rakyat. Bagi aku, sehingga kiamat dan akhirat aku tak akan redho dengan mereka yang zalim. Malah aku akan tuntut diatas kezalimana yang mereka lakukan keatas rakyatku, negaraku, dan agamaku di hadapan Allah S.W.T nanti.........................

6. Perak perlu bubar dun,,,kembalikan kuasa ditangan rakyat, bukan ditangan elit kuno melayu yang tanganya tidak pernah rasa erti busuk dan jijik menjadi rakyat yang ditindas.


1. Pernah aku dengar satu puisi lebih kurang begini bunyinya:-

Cintakan bunga, bunga akan layu
Cintakan manusia, manusia akan mati
Cintakan dunia, dunia akan kau tinggalkan pergi
Cintakan Allah itu yang abadi.

2. Kalau dikumpulan 1000 orang dan aku bertanyakan siapakah diantara kamu cintakan Allah pasti semua angkat tangan. Mereka yang tidak pernah sembahyang atau ingatkan Allah pun megah mengangkat tangan tanpa rasa segan dengan Maha Pencipta. Kerana apa? kerana itulah sifat manusia....senang bercinta tetapi tidak pernah memelihara cinta itu.

3. Cintakan Allah? Jawabnya Ya!. Dah solat, Pernah berzakat, Sudah Pergi Haji belum tentu jawapanya Ya. Kemungkinan besar semua jawapanya belum atau tidak pernah langsung. Bila bercerita menegenai manusia. Tak akan habis sampai bila-bila, pada saat ini manusia yang hidup dimuka bumi tuhan ini ada 6.7 bilion orang. Maka ada 6.7 bilion pemikiran dan tingkah laku manusia didunia ini.

4. Bercinta dengan ALLAH mmg sesuatu yang sukar tapi wajib dilakukan. Tapi bercinta dengan manusia wah indah bagaikan mendapat perkabaran dari langit yang mereka telah dilantik menjadi AJK syurga.... bercinta sesama manusia mmg indah. Dunia ini dianggap bukan milik tuhan tapi melik mereka berdua. Itu sbb ada sesetengah kekasih beromen bawah pokok. atas motor, dalam semak dan sebagainya kerana mereka anggap dunia ini mereka yang punya suka hati merekalah mahu campakan air mani berdarah mereka dimana...janji bil air bulan ni aku dh bayar masuk dlm ATM segera.

5. Kembali pada cerita cinta. Selalu aku dengar "cinta itu tidak semestinya dimiliki tp cinta itu adalah pengorbanan." Oleh itu kalau kita nak tahu siapakah yang benar-benar mencintai kita dengan seadanya kita. Mereka yang sanggup korbankan diri dia dan cintanya kepada orang yang dicinta. Mudah bukan.........................? Jadi sesiapa yang bercinta dengan seseorang, bersedialah untuk melepaskan orang yang dicintai kalau orang tersebut dah ada yang pengganti lebih baik dari kamu....berkorbanlah untuk kebahagian dia pada masa akan dtg.

6. Putus cinta mmg mcm putus nyawa beb.....................Apa lagi Jom cintakan ALLAH & RASUL-winkkkkkkk


1. Isu Perak senang aku katakan pertembungan antara rakyat dan golongan elit yang didokong oleh bangsawan-bangsawan feudal. Apa yang terjadi di Perak teringat aku ttg sejarah zaman gelap di Eropah. Dimana golongan tuan tanah dan golonagan Pendita telah memperbodohkan rakyat dengan menjual surat pengampunan supaya rakyat taat setia membuta tuli dengan mereka. Dengan kata lain, derhaka kepada pendita dan tuan tanah bermakna derhaka kepada jesus.

2. Semasa Firaun memerintah, Nabi Musa A.S, turut menderhaka dengan mengajak seluruh bani israel turut menderhaka dengan Firaun. Bermakna derhaka Nabi Musa A.S adalah derhaka kepada tuhan Amon Re (Tuhan Matahari). Begitu juga kisah Nabi Muhammad S.A.W apabila membawa ajaran yang bertentangan dengan kepercayaan dan amalan masyarakat arab jahilaih di Mekkah, Abu Jahal, Abu Lahab bapa saudara nabi mendakwa Rasullulah membawa ajaran yang sesat dan menderhakai roh nenek moyang mereka.

3. Kisah derhaka di yang mengaitkan agama sehingga agama itu dijadikan bahan atau alasan untuk menghalal sesuatu tindakan telah lama bermula dan amalan ini sangat biasa diamalkan di kalangan umat Islam, Kejatuhan kerjaan Islam seperti Umayyah, Abasiyah dan Fatimiyah adalah disebabkan apabila rakyat mula menderhaka pemerintah akan mengaitkan mereka ini adalah menderhaka kepada tuhan. Itulah alasan sang pemerintah untuk mengukuhkan kedudukan mereka dengan manjadikan agama sebagai alasan walhai suruh terjemahkan surah Fatihah pun tak mampu.

4. Kini kisah derhaka sudah terjadi di negeri kelaharian aku, siapa yang menderhaka perintah sultan bermaka mereka turut menderhaka perintah Allah. Mala golongan elit yang jahil tentang al-quran dan malah menolak hadis tiba-tiba menjadi alim dan mula pandai bercakap tentang Al-quran dan Hadis.

5. Bagi aku...derhaka itu adalah sunnah nabi.... malah itulah title yang diperolehi para nabi dan para rasul dalam berdakwah.....apepun jangan jadi rakyat yg bodoh dan bangang setiap zaman...

1. Dah lama aku tak cakap pasal isu tanah air aku, baik dari isu politik, ekonomi mahupun sosial. Maka dalam masa itu jugalah otak aku agak benak tentang perkembangan isu semasa di tanah air aku sendiri. Kesibukan menguruskan hal duniawi membuatkan aku terlupa ttg manusia yang pendik akalnya yg sedang berkuasa.

2. Org Malaysia tak kira apa jua bangsa melayu, india, cina, kadazan ,murud, iban mahupun orang asli terlalu tak asub dengan bangsa mereka sendiri. Pedulikan bangsa lain yang pasti bangsa sendiri diperjuangkan. Bagi mahluk manusia yang keparat kerana mahu menggilakan kuasa akan berlakon sebagai laksamana tuah di depan rakyat utk mempertahankan bangsa, walhal dihatinya adalah utk kekayaan dan nafsu sarakahnya sahaja. Mereka inilah yang sebenarnya najis laknat yang hidup dan menjadi hidangan rakyat yang bodoh dan tuli otaknya....akhirnya menjahanamkan bangsa.

3. Islam dah ajar umatnya utk memilih pemimpin, jangan memilih kerana ianya sebangsa dengan kita, tetapi setauhid dengan kita. Bagi aku yang skaptikal dari alama universiti melihat melayu itu bukanlah islam walaupun secara terang terang didalam perlembagaan persekutuan menafsirkan melayu itu adalah penganut islam yang mengamalkan budaya melayu. Tapi sekarang tak perlu aku tunjuk sana sini, lihatlah kadang2 aku sukar nak bezakan orng melayu itu islam ke kafir laknat atau dah murtad......

4. Bagi mereka yang terlalu taksud dengan bangsa, panjanglah akalmu kerana mereka yang berdiri atas nama bangsa itulah yang menjatuhkan bangsanya sendiri.....

1. Bila orang tanya, mcm mana aku mula niaga... susah aku nak ceritakan. Bukan kedekut ilmu atau tak mahu melihat orang lain berjaya tetapi aku tak tahu bagaimana hendak mulakanya dulu. Lagipun aku bukan usahawan yang wangnya berjuta-juta dan berkoyan-koyan.. kadang2 ikat perut untuk bayar hutang yang berkoyan-koyan banyaknye...

2. Dalam berniaga ini, selangkah kita masuk bermakna kita telah berjumpa dengan 10 musuh kita, apatah lagi kalau berlangkah-langkah dah cukup banyak untuk dijadikan koleksi musuh. Khususnya mentali orang melayu yang sebangsa dengan aku....dilihat terlalu sopan dan mudah menghulurkan salam tanda berkawan tetapi tangan dibelakangnya terselit pisau untuk menikam kwn.... bangsa yang lain aku tak tahu bagaimana tetapi bangsa yahudi amat memuliakan sebangsa dengannya.....

3. Pengalaman aku bermula berniaga, baru aja aku nak mula niaga mula ada bibit2 cemburu, memperli dan memperlekehkan yang aku sendiri kurang pasti apa puncanya. Tapi gerak hati aku mengatakan mereka ini lebih kepada cemburu dan iri hati apa yang ada pada aku. Walhal aku belum jadi kaya.....kalau aku kaya maybe diaorg mula membodek aku hingga sanggup mencium kentut aku......

4. Alhamdulilah, yang beri kekuatan kpd aku adalah mak n keluarga aku. 2 hari sebelum aruwah ayah aku meninggal dia pesan kepada aku 4 perkara dlm bisnes:-

1. Jangan menipu
2. Jangan kene tipu
3. Jangan sombong
4. Jangan ambil rasuah..

Aruwah ayah aku tak tinggal harta satu sen pun dekat aku, walaupun dia mampu berikan berjuta ringgit utk aku. Tetapi bagi aku wasiat dia itulah modal segalanya untuk aku berjaya dlm kerjaya aku.............

5. Bagi mereka yang mahu mula niaga satu tips aja yang aku nak bagi tahu............... kalau nak berniaga untk jadi kaya kena tahan sabar untuk jadi susah...kadang-kadang susah itu diluar jangkaan dan kemampuan kita. Tiada bisnes yang dlm masa kurang 6 bulan menjanjikan kesenanngan...................bisnes yang betul2 hebat dan berjaya itu makan masa setahun lamanya... senang kata bisnes yang senang naik, bisnes itulah yang senang jatuh................ so jangan terpedaya dengan bisnes yang karut marut tu lagi......

assalammualaikum

dh dekat 2 bulan atau lebih aku pun tak pasti... aku berhenti dari mengaktifkan diri untuk updatekan blog aku... kerana kesibukan kerja dan urusan perniagaan yang tak boleh di elakkan maka aku terhenti sekita untuk menyatakan pandangan dan luahan skaptikal aku terhadap dunia aku....

selama ni org berdiri dari ilmu yang mereka terima bulat-bulat tanpa menyoalkan dari mana datangnya ilmu itu, siapa yang cipta ilmu itu dan apakah tujuan ilmu itu. Dari kecil kita didik di sekolah agar taat kepada segala kebaikan dan menentang segala kejahatan. Namun minda kita ditutup dengan hegemoni yang berkuasa hingga sukar kita tentutkan siapa yang berkuasa dan siapa yang maha kuasa.

bodoh, bongok, biul, sanggap dan sebagainya adalah lontaran kepada mereka yang dianggap salah dan gagal. Namun apa yang aku katakan tadi....apa yang terjadi didunia ini berdiri diatas satu fakta yang aku melihatnya satu skaptikal yang mampu memperbodohkan bangsa ku sendiri.

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers