Inilah Aku
Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa
Renungan untuk aku
يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير
Sempena hijarh ini, maka bermacam kisah-kisah yang kadang kala boleh dijadikan sejarah Malaysia sepanjang bulan hijarah ini. Untuk lebih menarik, aku ketegorikan mengikut tajuk..:-
1. Politik
18/12/2009 adalah tarikah bersejarah dimana buat politik Malaysia dimana wujudnya konvensyen khas pertama Parti Pembangkang terbesar di Malaysia iaitu PAS, PKR dan DAP. Dari sudut politiknya konvensyen ini adalah satu titik permulaan untuk mengwujudkan sebuah pasti yang tunggal dibawah satu bendera yang menyamai Barisan Nasional. Kapal Singah dulunya tidak boleh lihat muka nik aziz tetapi hari ini bukan sekadar boleh duduk bersebelahan dengan nik aziz tetapi juga bersebelahan dengan hadi awang. Tok Guru kata dihati Kapal Singah ada bulan. Bagi aku tak kisahlah bulan itu bulan mengambang atau anak bulan tapi selagi mana bulan itu dibawa bersama-sama empunya diri maka akhirnya empunya diri faham apa makna islam. Inilah hadiah Maal Hijrah buat penyokongan Pakatan Rakyat, namun inilah ujian juga buat penyokong pakatan rakyat kerana berpetik daripada kata-kata Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mengekalkan kemenangan adalah lebih sukar dari mendapatkan kemenangan. Maka jangan ada muka poyo dan berlagak sombong bila dah berkuasa.
Politik Malaysia tidak sama dengan politik di Indonesia, Thailand, Jepun mahupun Perancis. Kuasa politik terletak kepada mereka yang pandai bermuafakat. Di Indonesia, Thailand mahupun Jepun mereka tidak memerlukan sokongan atau pemuafakatan dengan golongan yang berlainan bangsa, agama mahupun budaya untuk mencapai kuasa politik. Tetapi di Malaysia PAS tidak akan mencapai kemenangan sekiranya buat kerja sorang-sorang begitu juga DAP dan PKR. Kuasa ditentukan dengan pemuafakatan. Pemufakatan ini juga yang telah membawa kepada Hegemoni UMNO/BN yang melampaui akidah dan iman dalam pemikiran rakyat Malaysia.
2. Sukan
Buat pertama kalinya dalam tempoh 20 tahun Malaysia baru merasa kemenagan bola sepak selepas mengalahkan vietnam dalam sukat sea di Loas. Aku pun tumpang bangga sekali dan berjuta rakyat Malaysia menonton tanpa mengalihkan punggung dan mengklipkan mata takut terlepas setiap babak atau aksi bola sepak. Di sebabkan start bola sepak tu waktu hampir masuk magrib dan berakhir hampir masuk waktu isaq maka waktu itu ramailah rakyat Malaysia tak kira laki dan perempaun menyambut kemenangan Malaysia dengan tidak solat dan mencabar kekuasaan tuhan. Ramai yang berpesta tepi jalan atau di kedai mamak meraikan kejayaan ini...soal tuhan tolak ketepi...walaupun tak habis mengucapkan alhamdulilah tetapi solat tak payah..... Waktu itu entah berapa juta yang tak solaty magrib...tapi aku rasa kalau hari hari lain pun tak ada bezanya bagi mereka yang takut dengan tuhan tahu dosa dan pahala mereka tetap akan sembahyang tapi bagi mereka yang suka jadi ejen-ejen syaitan dah biasa tak solat cuma hari tu ejen-ejen keluar dikhalayak ramai maka nampak ramailah yang tak solat.... apapun Malaysia menyambut kemenangan penuh dengan rasa kekufuran....huhuhuhu
3. Agama
Pertama kalinya aku dapat melihat wajah Yusuf Qordawi. Sebelum ini aku tgk kat gambar dan kat tv jek... kali ni aku tgk live.. walaupun aku hanya dapat tgk songkok merah jek tetapi hati aku cukup puas hati. Terharu rasanya bila tgk ulamak di sambut bagaikan artis Hollywood, ramai yang mahu mengkap gambarnya apa lagi dapat bersalam yer maybe inilah kali pertama dan kali terakhir utk lihat wajah Yusuf Qordawi. Aku datang pun sebenarnya bukan nak dgr ceramahnya cuma sekadar utk ambil keberkatan dan mahu menatap wajahnya. Kebetulan ceramahnya dalam bahasa arab yang sememangnya aku tak faham, mujur ada Tok Guru Abdul Ghani Samsudin yang terjemahkan dalam bahasa melayu. Esoknya aku jumpa kawan aku, aku cerita ttg Yusuf Qordawi, eh dia tak kenal siapa tu Yusuf Qordawi..kemudian aku jumpa seorg Pak Cik aku cerita ttg Yusuf Qordawi.... dia pun tak kenal siapa Yusuf Qordawi. Alahai kesiannya mereka-mereka ini. Najib jek yang ko kenal yek... bagi aku siapa yang tidak kenal Yusuf Qordawi seolah-olah dia tidak tahu perjuangan utk islam siapakah pejuang siapakah yang penentang.
4. Hiburan
Hebat bercakap di Parliman, kalau bercakap menjerit jerit memekik melolong umpama hero tamil nadhu kat sri lanka. Maybe kehebatanya juga terbukti dapat kahwin lagi satu dengan artis yang seksi meksi lagi. Tak perlulah aku kata siapa pasti semua tahu, isteri mudanya pastinya yang menonjolkan peha dan lurah buah dadanya, kalau nak dipadangkan umur dan wajah memang tak sesuai tapi kalau nak dipadangkan dengan tingkah laku dan ahlak mmg padang. Seperti dalam surah An Nur ayat 26 bermaksud wanita yang tidak baik itu untuk lelaki tidak baik dan begitu juga sebaliknya. Kalau nak bagi ayat al quran yang lebih menusuk kalbu pun ada Ayat 3 surah an nur bermaksud:-
“LELAKI yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina ataupun perempuan musyrik, dan perempuan yang berzina tidak mengahwini melainkan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan ke atas orang-orang yang beriman.”
Bagi aku UMNO mmg tak baik memang sgt sesuai kahwin dengan arits sbb sama-sama ketegori yang suka dengan fasik2 nie.... aku tak nak doakan diaorg ni bahagia atau tidak tetapi aku harap jangan jadi pasangan contoh sudah la... mmg nak muntah huhuhuhuh
2. Dalam jam 9.00 malam aku baru dapat jumpa anas, dia nampak kurus dari dulu. Aku lepak dengan anas diwarung tepi jalan sekitar seksen 6. Maka banyaklah cerita yang aku ngan anas share sama-sama. Dari soal kerja, keluarga hinggalah bab-bab yang jiwang-jiwang. Apa yang aku nak cerita ni certia cinta anas yang aku rasa menarik untuk aku kongsi. Peringatan untuk aku dan peringatan buat yang baca blog aku.
3. Bila aku bertanya soal cinta, anas agak malas nak cerita. Tapi aku tahu anas mmg banyak pengalaman dalam soal cinta. Maksud aku bukanlah anas ini pakar bercinta tapi dia ada pengalaman bagaimana dia setia dengan perempuan yang hampir menjadi separuh hidup dia. Suku tu pasti!!!. Bila aku bertanya perkembangan soal cinta dia, dia gelengkan kepala...simple saja kata dia. Hidup ini tak mudah!!!.
4. Anas bercerita bagaimana dia nak dptkan seorg perempuan iaitu first love dia. Hampir 10 tahun anas nak dapatkan dia tapi tak berjaya? Pernah sekali anas berjaya memiliki dia selepas hampir 3 tahun untuk dapatkan dia tapi sekejap saja, katanya perempuan tu sebenarnya masih ingatkan laki lain, menurut anas lagi, lelaki tu sebenarnya kekasih dia yang agak berusia juga, pada awalnya lelaki tu kata nak kahwin dengan dia tiba2 lelaki tu cari gf lain pulak. Akhirnya meranalah si dia......akhirnya anas dapat balik walaupun sekejap. Sebenarnya Anas pun tidak tahu apa sbbnya tapi apa yang anas tahu dia pernah telefon kawan ehem dia tu dia kata ehem dia ni sebenarnya tidak pernah pun ada hati dengan anas, dia terima anas sebab mak dia suka dengan anas., tapi waktu tu anas masih percaya atau tidak. Bila aku tanya mcm mana anas dapatkan no tel lekaki tu "Anas kata no tel tu sebelum ni no telefon yang maki hamun anas tiap-tiap hari sewaktu anas belajar. Aku pun baru ingat, anas pernah tunjukan msg tu kat aku... Siap ajak gado bertumbuk lagi.. ala maklumlah org tu ada seni pertahankan diri. So bila dh lama tak msg dan anas pun tukar no tel anas try call balik no tel tu.. dan tanya siapa org tu. Baru dia tau yang org tu adalah kawan baik pada ehem dia....Untuk sedapkan hati Anas kata dengan simple kata "bukan salah perempuan tu, salah aku....banyak sbb punca dari aku". Bila aku tanya apa salah ko? anas jawab perempuan ni adalah pengalaman pertama dia bercinta so dia banyak tak tahu nak handle masalah dalam bercinta. Kadang-kadang anas terlepas cakap, yang boleh bawa salah faham. Bila dah salah faham makin buruk jadinya. Ditambah lagi dengan penglibatan orang ketiga yang melaga-lagakan dia ngan perempuan tu so akhirnya putus mcm tu saja.
5. Bertahun-tahun putus, akhirnya dengan kuasa tuhan anas berjumpa dia.. Anas ingat kalau anas setia lagi dan tunggu dia, dia akan tunggu anas juga. Rupa-rupanya anas yang single dan dia pulak dh lama berkapel. Untuk elak dari malu nak tutup yang sebenarnya anas masih sayangkan dan tunggukan dia. Anas berpura-pura berlagak ada kapel. Bila aku tanya apa motif sebenar...anas kata " aku tak nak dia nampak yang aku masih sayangkan dia" huhuhuuhu.....
6. Walaupun dah bertahun berpisah, hubungan anas dan dia dh mula baik, nampak mcm tak ada dendam atau marah2 lagi. Anas kata " sbb silap dulu dia lebih matang?" so itulah hikmahnya agaknya. Satu hari anas berjaya ajak si dia nie keluar makan sama2 sbb anas mmg dh lama sangat nak ajak, anas cuba cerita dan ungkit kisah-kisah lama...niat anas time tu katanya dia nak kepastian kenapa terputus dengan tiba-tiba. Dan adakah betul semua dakwaan yang dia dapat dulu. So bila anas tanya ingat tak sewaktu bercinta dulu...tiba-tiba perempaun tu kata "pernah ker kita bercinta?" Terkejut anas dengan jawapan dia tu? Maybe kata-kata dia tu menjawab persoalan yang perempuan tu sayangkan anas kerana ibunya yang sukakan anas waktu tu. Anas kata waktu tu hanya tuhan saja tahu....walaupun dah bertahun benda tu berlalu dan sekarang baru tahu jawapanya mcm baru berlaku saja.
7. So now apa yang ko buat? tanya aku. Anas kata sejak dia jumpa balik xgf dia walaupun xgf dia tak pernah anggap yang dia pernah berkapel dengan anas. Anas cuba anggapkan xgf dia sebagai adik. Maybe itu yang dia nak...kata anas. Anas bersungguh-sungguh ambil berat tentang dia, sampai anas tak ambil peduli tentang diri dia. Bila aku tanya kenapa. Anas kata aku nak qodo' perkara yang patut aku buat untuk dia tapi tak terbuat sepanjang tempoh kehilangan dia. So bila dah jumpa anas buatlah bersungguh. Setiap kali kalau perempaun tu perlukan pertolongan Tak pernah kata idak untuk dia.....bagi anas dia masih lagi cinta terakhir anas.
8. Anas kata, walaupun dia sangat sygkan dia tapi anas kene tutup perasaan anas kat dia, anas kata selalu jek anas nampak pic bf dia kat hp dia. Anas kata setiap kali dia nampak pic bf dia anas tiba2 tak de mood. Apapun cover tetap cover.....Apapun anas akui dia tak boleh marah pd Bf perempuan tu....sbb dia tahu lelaki tu sangat baik dan jauh baik dari anas sendiri. Dan anas pernah cakap...lelaki tu jauh lebih hebat dr anas walaupun anas lebih tua dari dia.
9. Tapi sejak kebelakangan ini, anas kata dia dh jarangan call perempaun tu. Bila aku tanya kenapa. Anas jawab dia mula mcm tak berapa selesa bila anas call dia. Malah kalau nak berjumpa dengan dia perlu ada urusan tertentu saja. Kalau tak ada urusan tak perlu jumpa. Kadang-kadang bila anas call kene rijek n msg pun tak balas-balas. So anas faham apa makna semua tu.
10. Aku cakap kat anas, Aku yakin anas perempuan tu tak suka ko ambil berat tentang dia lagi.....dan ko kene tahu yang dia dh ada bf. Bf dia yg patut ambil berat ttg dia, Watpe ko ambil berat pasal dia. ko selalu tanya kabar dia? dia tak pernah tanya kabar ko, sihat ke ko? Kalau call or msg semua sbb urusan tertentu..... yang tak ada kene mengena ttg ko. Tiba-tiba anas keluar ayat yg tak boleh blah " sekurang-kurangnya kalau dia call aku, aku boleh dengar suara dia silap haribulan aku boleh jumpa dia dan dia tahu yang aku mmg selalu ada untuk dia". Dari situ aku mmg dapat bayangkan betapa besarnya sayang anas kat dia......10 tahun anas pendam dan simpan sayang dia kat org perempuan tu. Memang bukan mudah untuk anas tak lagi sayangkan dia.
11. Aku kata kat anas baik anas lepaskan dia pergi, sbb dia tak tahu apa yang anas rasa selama nie. Anas menangis kerana dia, dan dia pula menangis kerana orang lain. Dah nak masuk 10 tahun anas mengharapkan dia, tunggu dia........ kalau ko sayangkan dia biarkahlah dia pergi. Ko nak tgk dia bahagiakan.....kalau ko nak tgk dia bahagia jangan dekati dia lagi..sbb dia sekarang bahagia dengan orang lain. Ko kene korban diri ko untuk kebahagian org lain.. Dia tak rasa yang ko boleh bahagiakan dia, jadi kalau ko dapatkan dia..dia tak bahagia... ko seksa dia. Kalau ko terus buat mcm ni...kolah orang yang paling jahat tapi kalau ko lepaskan dia pergi dan ko korbankan kepentingan ko semata-mata kerana dia..kolah hero dalam cerita ini. Hero tak semestinya terkenal hari ni tapi hero akan kenal satu hari nanti. Biarlah ko jadi permata bersadurkan lumpur....... Anas dia selesa tanpa kau lagi.
12. Anas hanya anguk kan kepala dan senyap tanpa cakap sepatah pun, tangannya pula tengah tekan-tekan hp buruk dia tu. Aku tanya apa yang ko buat? anas jawab " aku buang no tel dia" Wahhh anas sekarang sudah jadi hero.....apapun sebagai kawan baik anas "sebenarnya orang perempuan tu sgt beruntung kerana anas sanggup tunggu dia hingga 10 tahun dan tak tahu sampai bila anas mampu tunggu perempuan tu.
13. Soal hati mmg susah nak cerita......dalam cerita ni bukan salah anas dan jauh sekali salah perempuan tu. Tapi ini ujian untuk anas gadaikan dan korbankan cinta dia...maybe tuhan ciptakan perempaun tu untuk uji sama ada anas setia atau tidak. Untung jadi aku.. Siapa nak kan aku yang jual nasi lemak dan laksa tepi jalan. Ada yang pandang sebelah mata dan ada pula yang jijik dengan aku. Aku hidup kais pagi makan pagi....mmg tak ada apa2. Orang tak ambil peduli kat aku pun takpe....
ps: sori lah cerita ni aku ulas lintang pukang..aku tak tau nak wat cerita sedih, tapi aku harap cerita ni menarik utk di baca....apapun akhirnya aku berjaya jadi pakar motivasi cinta huhuuhu
2. Ada yang tak sedar atau saja mmg tak mahu tahu yang hudud itu sama dengan solat, sama dengan zakat, sama dengan pergi haji dan sebagainya. Perjuangan menegakan hukum hudud adalah wajib, maka sesiapa yang menentang atau berkecuali mahupun tak nak ambil tahu mmg hukumnya berdosa. Bila berdosa masukan lah api neraka. Neraka mana? itu hak allah untuk tentukan neraka mana, tapi dengan ilmu yang ada tak seberapa nie.... aku rasa golongan ini sebelik dengan firaun, namrud dan qorun. Yelah merekakan tolak hukum tuhan. Jadi apa bezanya mereka? Namrud percayakan Allah tapi dia tetap tolak hukum Allah.....tak ke sama sekaki tu.
3. Disini bukanlah aku nak menceritakan golongan yang menolak hukum Allah. Cukup cari di internet apa hukumnya golongan yang tolak hudud pasti sudah tahu. Dan kita punya otak utk nilai siapa yang layak masuk api neraka kerana tolok hukum Allah ini.
4. Tapi apa yang nak dibincangkan bagaimana hukum hudud itu mahu dilaksanakan. Hudud ini umpama solat. Ketika kita solat kita perlu ada ilmu untuk solat, kalau kita hanya ikut-ikut saja org solat. Orang tunduk kita tunduk, orang sujud kita sujud maka sama juga seperti tidak solat. Kalau ikut dalam kitab feqah yang aku baca masa sekolah Maahad dulu, orang itu berdosa besar dan menderhaki Allah. Ha tgk, niat nak solat tapi tak pasal dapat dosa sbb ikut taklid tanpa ada ilmu. Begitu juga hudud jangan buat tanpa ada ilmu. Pastikan sebelum melaksanakan hudud itu pastikan golongan atau individu yang terlibat ada ilmu supaya hudud itu tidak dilihat kejam...
5. Di sini aku letakkan beberapa ganbar yang mengambarkan hukum hudud di laksanakan di Somalia. Info dalam pic ini,
- Nama pesalah: Mohamed Abukar Ibrahim
- Kesalahan: Berzina
- Hukuman: Rejam sampai mati
- Tempat hukuman: Afgoye 32 kilomiter dari Mogadhisu, Somalia
- Tarikh hukuman: 13 Disember 2009
6. Bila lihat gamabr ini, mmg terperanjat. Dato-dato mahupun tan sri2 yang gatal pun tak lagi mahu berzina kalau ini berlaku didepan mata mereka. Namun ada segelintir pihak mahupun yang islam hukuman ini melampau dan zalim. Lihat saja di Kosma (15/12/2009) yang menyatakan golongan yang melakasanakan hukuman ini adalah golongan militan islam. Walaupun didalam Kosmo tidak menceritakan secara terang-tearangan namun Sscara logiknya apabila kosmo cuba mengaitkan hudud ini dengan golongan militan maka hukum ini dianggap undang-undang pengganas. Maka secara ringkasnya hukum Hudud ini adalah hukum Pengganas itulah maksud tersiratnya. Persoalannya bagi aku pula adakah golongan yang melaksanakan hukuman ini benar-benar mempunyai kepakaran dan ilmu dalam melaksanakan hukuman rejam?
Dalam al-quran dan hadis dah menjelaskan hukum kepada penzina. Malah darah orang yang berzina yang sudah berkahwin antara 3 golongan yang halal dibunuh. Tapi persoalanya bagaimana untuk melaksanakan hukum itu secara hikmah dan tidak timbul skaptikal terhadap islam dan hudud.
7. Aku pernah terangankan kepada kawan aku hukum orang bezina yang belum kahwwin 100 kali sebatan. Tapi sebatannya jauh lebih baik dari sebatan yang ada dalam undang-undang sivil. Hanya sekadar menggunakan kekuatan sederhana malah yang tukang rotan tidak boleh mengangkat ketiak sewatu merotan. Lalu kawan aku bertanya " Kalo mcm tu mana sakit, makin banyakla yang berzina". So kena faham konsep hukuman dalam islam bukan untuk menyakitkan orang tetapi untuk memberi pengajaran kepada yang kene rotan dan kepada yang tengok orang kene rotan (rakyat). Sewaktu rotan perlu dilihat oleh semua orang dan muka pesalah harus ditunjukan dan aurat wajib ditutup. Jadi bila dah kene rotan depan orang ramai, budak kecik tengok, kawan-kawan tengok, mak bapak tengok, sedara mara tengok....tak malu ke? Bukanlah untuk memalukan tapi untuk menginsafkan supaya lain kali malu dengan Allah. Pendik kata konsep hukuman dalam islam adalah untuk pengajaran dan pendidikan moral.
8. Balik pada persoalan asal, cukup mampu dan berilmukah kita melaksanakan hukum hudud. Sebagai seorang yang beriman dan takutkan Allah hudud perlu disegerakan tapi jangan terburu-buru perlu memahami dengan betul bagaimana untuk melaksanakan.
9. Aku percaya malaysia lama lagi akan melaksanakan hudud sbb UMNO mmg anti hudud tapi apa salahnya kita belajar bagaimana hudud itu perlu dilaksanakan dengan bijaksana dan penuh khusyuk.
10. Aku takut melihat satu hari nanti ramai yang terburu-buru mahu hukum Allah ditegakan tapi dikukan secara semberonoh. Akhirnya imej Islam akan bertambah buruk dari kaca mata orang yang bukan islam apalagi dari golongan yang anti HUDUD seperti UMNO.
2. Al kisah bila aku tgk dlm utusan mesia, wahh lantang dan bersungguh pula si aznil ni mengkrtik Tok Guru, membayangkan Tok Guru terpesong dari ajaran Islam yang sebenar. Seolah-olah sungguh kudus lagi maksum hati si aznil nie. Boleh dikatakan Hadith bukhari dan muslim dia hafal siap dengan perawnya sekali...
3. Aku tengok respon dari pemimpin tertinggi PAS, satu pun tak ada yang respon termasuk Tok Guru. Kesian kata-kata aznil tiada yang peduli. Jadi untuk menyedapkan hati biar aku yang respon. Tak payah tok guru atau ustaz-ustaz yang respon dengan kata-kata aznil nie.. aku rasa aku pun tak layak untuk memberi respon kebangangan dia nie. Yang layak adalah budak kecik sekolah PASTI yang sudah tahu mana dosa dan pahala n bagi ceramah dgn org tua nie. Harap-harap adalah budak kecik yang boleh bagi ceramah agama masuk Tom Tom Tom Bak supaya insaf mak bapak budak yang hantar anak2 mereka menari macam baruk termasuk aznil.
4. Oh abg aznil.... aku yang kurang ilmu ni pun kadang kala tak sebulu dengan Harun Sani pun tak la kritik dia mcm tu. Ko yang baru balik mekah tiba2 terus melompat jadi ustaz berjambul kuning mengkritik tok guru tanpa muka malu...
5. Tapelah semua org tahu aznil tu sapa.... cuma kesian tgk aznil..... takpela aznil ada masa untuk bertaubat... harap umur panjang jangan mati dulu sebelum terlambat. Ohye kalau dah mati, jangan cari tok guru untuk solat n bacakan talkin... cari tok batin jek untuk baca talkin.
ps: aku taruk pic aznil pegang al quran adalah pic sesuai untuk dia. Kalau aku bagi pic dia terloncat2 berjambul kuning..tak sesuaila pulak..... sbb diakan dh jadi USTAZ HJ AZNIL!!!
2. Bapak aku ajarkan aku, jangan buat dosa, takut allah dan banyakan pahala. Buatlah apa yang allah suka dan nabi suka. Buatlah yang difikirkan baik utk keluarga dan agama. Jaga tingkah laku dan jaga maruah diri dan keluarga. Berkawanlah seribu atau sejuta atau semua yang ada dibumi tapi ada batasnya. Dan setiap hembusan nafas dijadikan baja utk menyuburkan iman dan taqwa dalam jiwa. Takutlah Allah sebelum mati yang pasti.
3. Yang pastikan aku tetap begini, setahun lebih pemergian bapak aku,sukar untuk aku pastikan yang aku dh sampai atau tidak ke matlamat yang dia mahu. Solat jemaah tiap-tiap waktu yang bapak aku tekankan pada aku dh jarang aku amalkan. Mungkin alasannya sibuk dunia ditambah sifat malas yang makin meluap-luap dalam diri.
4. Setiap kali keputusan yang diambil, pastinya keputusan yang paling bodoh dan memalukan maruah diri mahupun keluarga. Sesat di jalan yang terang, tak nampak pandangan lain melainkan pandangan nafsu dan akal. Apa yang dilihat cantik mahupun indah dijadikan buruan tanpa noktah. Tapi baru sekarang, aku tahu dimana noktah yang itu bermula. Maaf aku banyak kali buat silap kerana ikutkan hati dan perasaan.
5. Hidup diteruskan sampai mati. Selagi mana tak mati selagi itulah aku teruskan. Bila dah mati aku tetap teruskan namun berlainan matlamat dan keadaanya. Bila bercakap pasal mati, pastinya aku ngeri. Dah ramai kawan-kawan aku dah pergi tak kembali. Mmg mati tu berlegar-legar disekeliling aku tu sbb aku takut mati. Tapi bila aku pergi keluar, ramai yang tak takut mati.... dan menganggap tuhan sentiasa menyebelahi dia walaupun membuat dosa. Bila ditanya kenapa sukakan dosa. "Hidup hanya sekali dan tuhan yang tahu isi hati mereka". Wahhh hebat mereka umpama nabi yang maksum dari segala dosa. Tahniah.... kerana jadi hamba gila.
6. Bila berakhir hidup. maka ditinggalakan segala sayang, segala cinta, segala harapan dan segala kekuatan. Tinggalah sorang-sorang menantikan doa dari manusia harapan.
7. Kawan-kawan takutlah mati. cegahlah diri.
2. Kata-kata keramat dari pemimpin tertinggi mahupun pemimpin kurang tinggi dijadikan sabda-sabda yang perlu dikitabkan dan di imankan. Umpamanya 1 Malaysia, di dada akhabr, dikaca tv dicorong radio, di papan-papan ikan semuanya melambangkan 1 Malaysia. Maka hegemoni 1 Malaysia menjadi satu keimanan tak kira kecil besar, tak kira tua muda dan tak kira apa agama 1 Malaysia perlu di imani dengan penuh jiwa raga.
3. Pemimpin dilihat maksum walaupun terang terang menyokong kemungkaran. Isteri-isteri para menteri umpama isteri para nabi dahulu kala. Terdedah aurat tapi lagak komfem masuk syurga. Hebat bukan. Bukan sekadar itu, kadang kala berkata umpama ustazah, menyarankan rakyat jelata takutkan tuhan buatlah amalan kebaikan. Tapi bila bercakap jambul 6 inci terkeluar kehadapan. Makcik-makcik dikampung yang sentiasa bertahajud setaip malam dan megaji al quran pun ada yang yakin inilah ustazah mereka. Hebat bukan?
4. Kadang kala teringin juga aku berjiwa seperti mereka. Memperlekehkan ulamak mmg tak takut dengan neraka, sekadar Rabul Alamin pun mereka boleh mengidak kan larangan dan suruhannya. Hebat bukan.? tapi aku hanya terfikir bagaimana kalau aku UMNO adakah hati aku pun jadi UMNO....
5. Andai kata UMNO menjadi agama? Siapa Tuhannya? Siapa Nabinya? Apa Kitabnya? Mana Imananya? dan Siapa pengikutnya? Dari banyak soalan ini hanya satu saja yang aku boleh jawab iaitu siapa pengikutnya....tidak lain tidak bukan hanya orang Melayu saja. Dan Pastinya namanya Hadhari............
6. PAS, DAP dan Keadilan perlu belajar dari apa yang UMNO lakukan. Bagaimana Hegemoni UMNO menjadi karat dalam hati dan pemikiran rakyat Malaysia. Bayi yang baru lahirpun bisa menjadi UMNO. Kalau benar dikatakan UMNO itu buruk tapi hakikatnya UMNO hebat dalam mencipta kepercayaan orang Melayu. PAS perlu duduk kembali ke sekolah lihat bagaimana UMNO menjadi Raja Yang Kebal dari Segala Dosa.
Satu hari di Istana, datanglah dua orang musafir..
Si Musafir: Assalamualaikum. Boleh saya tumpang tidur di sini?
Pengawal Istana: Tak boleh. Ini istana raja ni bukan tempat tumpang tidur.
Musafir: Saya ni musafir..saya nak tidur sekejappp saja.
Pengawal Istana: Saya kata tak boleh. Ini istana raja.
Musafir: Kalau begitu, boleh saya jumpa raja tuan istana ni?
Pengawal Istana: Boleh. Tunggu sebentar.
.................
Musafir: Saya nak tidur malam ni disini sekejap boleh?
Raja: Tak boleh..ini beta punya rumah.
Musafir: Ye laa..nak tidur sekejap pun tak boleh? Saya ni musafir
Raja: tak boleh. tak boleh.
Musafir: Istana ni tuanku punya ke?
Raja: Ya, beta punya.
Musafir: Sebelum tuanku, siapa punya istana ni?
Raja: Ayahanda beta punya.
Musafir: Dulu?
Raja: Datuk beta punya
Musafir: Dulu lagi?
Raja: Moyang beta punya
Musafir: Dulu lagi?
Raja: bapa moyang beta punya
Musafir: Nanti tuanku mati, siapa punya istana ni?
Raja: Anak saya punya.
Musafir: Habis tu..siapa punya rumah ni tuanku?
Raja: ???
(Barulah perasan sang Raja)
Akhirnya harta itu tiada siapa yang PUNYA. PUNYA itu hanya sementara. (=
Dari anak sedara aku dari kuliah ustaz ismail kamus......sekian
2. Mungkin belum sedar mungkin sudah tertutup pintu hatinya untuk berjiwa seirama dengan irama nadi empunya cerita. Entah apa lagi kurang entah apa lagi yang dicari sehingga ada yang tak kena lagi. Semut yang kecil dah lama mati, nyamuk pun sudah lama pergi, lalat dah lama tak nampak-nampak lagi tapi masih ada yag samar-samar dihati menyebabkan melodi cinta tidak bergema.
3. Alasan dicipta untuk dijadikan jawapan. Biar nampak berjiwa dihadapan empunya cerita. Mungkin berjiwa atau mungkin tak terasa, asalkan ada yang percaya dah rasa dia berjiwa. Hakikatnya manusia tak pernah tahu apa makna berjiwa. Kalau tidak kenapa ada yang jahil menjadi pemimpin dan kenapa yang adil dianggap bagaikan Ching Peng. Dan kenapa Cinta setia sejati tidak dipeduli....... mana perginya jiwa kalau inilah definasinya.
4. Berjiwa namanya kalau disitu ada adilnya, disitu ada amannya dan disitu ada hak haknya. Tapi jiwa apa namanya kalau semua itu disangkar dalam penjara sang haloba. Tamak, dengki, Zalim sebagai ganti nilai-nilai jiwa.... namun ada yang buta tak tahu melihatnya. Sang Haloba pasti terbahak bahak dan terus berkuasa, mengeling kepala melihat rakyatnya tidak berjiwa. Tak kira muda, tua, kecil, besar, laki mahupun perempuan tidak lagi berjiwa....
3. Kadang kala aku rasa hidup aku lain dari mereka semua, hidup cukup sederhana. Walaupun adakalanya aku gagal tapi aku tak menyesal kerana aku sudah biasa gagal dalam percubaan. Dengan kegagal akan aku bawa juah kembara....untuk mencari sempurnanya hidup aku.
4. Walaupun poket sentiasa kering, yang ada hanya syiling-syiling tidak sampai pun seringit. Tidak mengapa asalkan pekerja-pekerja aku tidak kering bekerja dengan aku. Bagi aku pekerja aku adalah permata aku....susah nak cari mereka yang amanah dan berdedikasi. Aku pun kadang kala sanggup ikat perut asalkan pekerja aku ada gajinya. Cukup makannya, Cukup gembiranya dan cukup apa yang belum cukup. Bukankah itu juga nama sempurna?
5. Sempurna apa lagi yang belum sempurna.. ouh ya ya.... takut aku padaNya....dan sayang aku padaNya...
2. Lumba kali ini baru saja bermula, lumba yang dahulu aku kalah, bertahun-tahun aku berlumba untuk mendapatkan sebuah cita-cita tapi aku tetap kalah walaupun sejuta usaha aku sediakan untuk memilikinya. Aku tidak pernah terkejut rupa-rupanya ada perlumbaan kedua. Kerana aku yakin destinasi akhir perlumbaan ini adalah aku juaranya. Walaupun beribu kali terpaksa berlumba namun destinasinya tetap aku..... ermmm aku rasa jek~~~
3. Lumba kali ni mengkin begitu ramai yang pesaingnya atau mungkin 3 , 4 kerat pesaingnya. Kan bagus kalau perlumbaan kali ini bagaikan arnab dan kura-kura ada dua saja watak yang berlumba dan semua tahu yang kura-kura yang juaranya. Dan aku adalah kura-kura itu...
4. Nak dibandingkan aku dengan mereka-mereka itu, aku ini adalah anak muda yang jual laksa dan nasi lemak yang tahu berkarya di blog dengan cerita-cerita aku sendiri. Mereka? usah dibandingkan dengan aku...mereka berjaya cerah masa depannya. Aku anak muda yang kerja sendiri kesana kesini hanya menjual laksa dan nasi lemak untuk mencari sesuap rezeki namun punya cita dan impian untuk memilikinya juga....
5. Bila ditanya tentang persiapan.... aku telah lama bersiap untuk berlumba dari fizikal aku mampu, mental aku mampu, batin pun juah lebih mampu tapi dari segi meterial mmg serba kekurangan. Nak beli kasut utk berlumba pun tak mampu.... hanya berlumba dengan selipar pemberian mak aku... lagipun apalah sangat dengan kasut tu, pakai selipar aku ni pun aku boleh menang sbb perlumbaan ini diukur dari keikhlasan, kepercayaan dan kejujuran.
6. Sekiranya perlumbaan ini aku kalah juga, tidak apa biar bertahun aku berlumba dengan kekalahan tapi aku berjaya membuktikan yang aku benar-benar mengharapkan cita-cita. Biar dia tidak pandang,biar dia tidak heran, biar dia tidak hirau tapi akhirya dia pasti tahu akulah jawapan yang dicari. Teringat aku dengan kata2 faiz mlm tadi " kalau dh nama permata ditutup dengan lumpur pun tersorok dalam laut dlm pun pasti dicari juga.....".
7. ....1 2 3 aku lumba lagi.................................................