"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)


1. Cadangan PM utk memberi kerakyatan kepada wargaasing yang tinggal di Malaysia lebih dari 5 tahun apakah motifnya. Cukup terbelakah rakyat di negara sendiri hingga sanggup membela rakyat luar. Jangan jadi "Anak dirumah mati kelaparan, beruk dihutan kenyang di susukan".

2. Hari ini kita kita menyalahkan kenapa atuk moyang kita memberi kerakyatan kepada cina dan india. Hingga Melayu sekarang seakan merempat dibumi sendiri. Namun satu hari nanti anak cucu kita pula menyalahkan kita kenapa kita mudah memberi kerakyatan kepada orang burma, napel, indon, kemboja dan bangla hingga orang melayu kini sudah menjadi tiada jati diri malah menjadi hamba di tanah sendiri. Satu hari nanti bila orang kata mana satu Melayu. Semua angkat tangan.. Bangla ngaku melayu, napel ngaku melayu, burma nganku melayu orang pakistan pun ngaku melayu. Akhirnya melayu hilang dari segi rupa, bahasa dan budaya. Bila semua ini pasti hak melayu juga dirampas. Jadi hilangkan warisan melayu di Tanah Melayu. Yang ada mungkin Sultan-sultan melayu tapi berwajah Mat Saleh atau pun berwajah Bangla..(mana tau kan)

3. Ini idea datang dari UMNO, malah datang dari bibir Presiden UMNO. Bukan kah UMNO itu pembela Melayu. UMNO terdiri dari orang-orang yang bijak pandai, kalau tidak bijak bagaimana mereka hingga kini masih mampu mengekalkan kuasa. Mana mungkin UMNO menghalalkan hak melayu digadai dengan percuma tanpa bayaran mahupun imbuhan. Apa yang ada pada bangla, indon,napel dll.. apa hebat mereka???

4. Kalau aku kata mereka2 ini hebat, percayakah? Ya mereka mmg hebat hebat utk meneruskan legistimasi UMNO untuk terus berkuasa hingga ke hari kiamat.

5. UMNO sedar bahawa mereka mengalamai masalah untuk mendapatkan sokongan pengundi Muda. Yang ada skrg dalam UMNO ada warga2 pencen yang separuh abad usianya. Yang tak lama lagi meninggalkan UMNO dan dunia. Jadi kalau golongan separuh abad ini sudah tiada siapa lagi yang mau mengganti UMNO.. UMNO perlu berkuasa!!! itu kata org2 UMNO

6. UMNO menyebarkan dan menyedarkan kepada golongan muda betapa besarnya JASA UMNO kepada mereka. Itu la satu-satunya senjata yang ada utk menarik golongan muda cintakan kepada UMNO..Hiburan telah diberi, Pesta2 maksiat juga telah diberi. Parti-parti liar juga pun telah diberi.. apa orang MUDA ini mau lagi, masih tidak menyokong UMNO dan BN. Mengapa ?

7. Mmg tidak dinafikan jasa perjuangan UMNO utk Malaysia. Namun jasa-jasa tersebut hanya tinggal sejarah. Orang Muda-muda tidak lagi menoleh belakang segala jasa UMNO. Bagi mereka yang berjasa itu ada UMNO dahulu bukan UMNO sekarang. Namun bagi mereka yang terhutang budi dengan UMNO pasti tidak keruan utk meninggalakn UMNO walaupun sesaat.

8. Ini lah yang terjadi pada UMNO pada masa kini dan pada masa akan datang. Orang muda-muda kini sudah mula menentang UMNO tapi tak bermakna mereka menyokong PAS atau PKR. Mereka menentang mungkin mereka sudah mula rasa besar kepala atau ada alasan yang munasabah utk mereka menentang. Jadi bagi UMNO membuang masa utk membela orang muda yang tak kenang budi seperti mereka. Maka di sinilah mulanya peranan hebat warga2 bangla, nepal, myamar mencorakan landskap politik malaysia.

9. Secara teorinya, Apabila golongan-golongan ini diberi tarah hak penduduk tetap iaitu menjadi sebahagian rakyat di Malaysia. Maka mereka sudah tentunya berterima kasih dan terhutang budi dengan kerajaan UMNO. Kerana Malaysia ini adalah lubuk duit bagi meraka. dan apatah lagi diberikan taraf kerakyatan secara mudah tidak seperti mana sebelum ini. Maka pemikiran mereka akan mengatakan UMNO adalah satu-satu kerajaan yang berbudi bagi mereka.

10. Hegemoni pemikiran yang melekat diotak mereka yang UMNO telah berjaya akan diwarisi oleh anak-anak mereka yang secara automatik menjadi warganegara Malaysia. maka apabila anak-anak ini membesar dan ibubapa pula mengajar yang UMNO itu bagaikan agama.. maka sokongan UMNO akan kembali bertambah dan kuat. Secara tidak langsung undi UMNO juga terus bertambah...

11. Keadaan ini sama berlaku sewaktu mula2 TM merdeka. orang cina dan orang india berterima kasih kepada UMNO kerana memberi kerakyatan kepada mereka. Maka perasaan termakan budi itu akan berlaku sekurang2nya 2-3 geneari.. Maka UMNO akan bertahan dalam tempah 50-100 tahun lagi..

12. Pemberian kerakyatan pada warga asing adalah satu perlaburan yang lumayah buat UMNO.. walaupun perlaburan ini tidak serta merta mendatangkan hasil tapi cukup untuk menyatakan UMNO itu kuat..

13. Kesannya pada UMNO sendiri. UMNO bukan dilihat parti yang dianuti oleh orang melayu sahaja. malah pelbagai kaum pun akan turut menyokong UMNO.. selagi mana kulit seakan serupa akan diterima UMNO.. Baru-baru ini juga Presiden UMNO ckp, mamak itu melayu, arab pakitan itu melayu, cina itu pun melayu.. so UMNO bukan jadi UMNO seperti dulu lagi.. UMNO bukan Melayu.. tapi UMNO adalah parti yang merasakan mereka melayu,.. kalau orang korea meanggap dirinya melayu.. maka dia juga adalah UMNO...

14. Baru-baru ini persatuan india-india muslim juga turut menyokong UMNO...tak silap aku turut masuk ahli UMNO.. maka UMNO itu bukan lagi utk melayu.//

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers