ps: berkasih biar satu berkawan biar beribu.......................winkkkkkkkkkkkkkkkkkkk :)
Inilah Aku
Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa
Renungan untuk aku
يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير
3. Tuhan sudah menciptakan malam itu utk hambanya bermadu kasih dalam mampi di bilik tidur tapi aku terlanggar fitrah itu kerana mata aku tak mampu melelapkan... aku harap hari ini akan menjanjikan kebaikan kepada aku dan aku dan aku dan aku dan semua,.
2. Selama ini pak menteri yang dulu-dulu, asik membohong rakyat sahaja.. setiap kali keputusan SPM, PMR mahupun UPSR beria-ianya menyatakan bahawa PPSMI ini berjaya..tandanya peratusan setiap tahun meningkat. Pelik juga aku...setiap tahun asik meningkat, tak ada yang menurun....walhal ramai yang terkandai di Universiti.. hemm mungkin waktu itu 40% boleh dapat A.
3. Pada rakyat yang dahulu syok sendiri dan muka tak malu tak habuis2 menyokong dasar PPSMI ini...sedarlah bahawa dasar ini mmg gagal.. maka jangan syok sendiri. Atau dengan kata lain orang lain sehabat seperti kamu...kamu hebat, tapi mereka diluar sana belum tentu hebat seperti kamu.................. hebat yg aku maksudkan ini ada makna.
4. Thanks Kerajaan. Thaniah rakyat di jalan-jalan raya...
2. Untuk lebih lanjut kisah natrah ni, boleh ar cari kat google n yahoo terlalu banyak cerita tentang dirinya dan semuanya hampir sama atau sama. Kisah Natrah ini sebenarnya ramai yang tidak disedari dan ketahui lebih2 lagi generasi muda yang mabuk dengan asmara dunia. Namun bagi orang mcm aku yang peka tentang dunia aku, tentang sejarah dunia aku dan tentang agama aku. Pemergian Natrah sesuatu yang cukup menhibakan.........................
3. Kematian Natrah dalam islam atau krstian aku belum pasti, umpama kematian michael Jackson yang aku pun tak pasti sama ada islam atau sebaliknya. Mudah-mudan Natrah dan Michael Jecksin bersemadi dengan aman...................... Hanya allah menentukan hak hak mereka.
You and I must make a pact, we must bring salvation back
Where there is love, I'll be there
I'll reach out my hand to you, I'll have faith in all you do
Just call my name and I'll be there
Chorus:
And oh - I'll be there to comfort you,
Build my world of dreams around you, I'm so glad that I found you
I'll be there with a love that's strong
I'll be your strength, I'll keep holding on - yes I will, yes I will
Let me fill your heart with joy and laughter
Togetherness, well that's all I'm after
Whenever you need me, I'll be there
I'll be there to protect you, with an unselfish love I respect you
Just call my name and I'll be there
(chorus)
If you should ever find someone new, I know he'd better be good to you
'Cos if he doesn't, I'll be there
Don't you know, baby, yeah yeah
I'll be there, I'll be there, just call my name, I'll be there
(Just look over your shoulders, honey - ooh)
I'll be there, I'll be there, whenever you need me, I'll be there
Don't you know, baby, yeah yeah
I'll be there, I'll be there, just call my name, I'll be there...
2. Empayer peniagaan beliau bukan calang-calang perniagaan iaitu merangkumi MEASAT, ASTRO, Hartanah, Tenaga dan Perkapalan. Namun perniagaan yang paling hebat ialah Perjudiaan melalui syarikatnya Tanjung Public Ltd dimana anak syarikatnya Pan Malaysian Pool Sdn Bhd menguruskan perjudian lumba kuda. Kekayaan yang ada pada beliau tidak akan habis 7 keturunan, namun dah adat orang berniaga bekerja umpama hidup selama-lamanya dan kumpullah duit mahupun rampas lah duit setiap sen yang ada di dunia ini mahupun wang itu kepunyaan si miskin papa kedana...
3. So apa motif aku cerita mamat penganut hindu ni? Hari ni bukan main rancak surat kabar perdana menkabarkan kununya berita gembira iaitu Malaysia akan berbangga sekiranya kabar angin yang mengatakan Tan Sri Anandan Krishanan akan membeli pasukan bola sepak di Eropah iaitu Newcastle yang terkeluar dari liga english yang lalu. Kekayaan Tan Sri ini diterjemahkan melalui kesanggupan beliau membida jumlah yang tinggi untuk mendapatkan kelab pasukan bola sepak tersebut iaitu sebanyak 95 juta paund starling atau RM547 juta. Maka kepala menteri yang terlibat pun turut respon dan menyeru agar rakyat Malaysia berbangga dengan perkara ini. Malahan entah apa kaitanya pak menteri mengaitkan dengan pembelian Kelab Newcastle ini mutu bola sepak tanah air akan turut meningkatkan. Maka marilah bersama-sama kita berbangga akan perkabaran dari wahyu manusia ini. Bangga bangga bangga bangga... tapi aku serba salah mahu berbangga....
4. Bukan tidak pernah rakyat malaysia atau syarikat Malaysia membeli sesebuah syarikat mahupun organisasi luar negara. Proton pernah juga membeli Agusta dalam industri automobil, namun kebodohan yang ada pada pengurusan Proton mahupun pak menteri yang terlibat menyebabkan Agusta dijual kembali dengan harga yang begitu rendah. Wal hal Agusta begitu hebat teknologi permotoran khususnya dlm bidang teknbologi enjin bersaiz kecil. Selain itu juga, Proton turut mengadakan perpindahan teknologi secara usaha sama dengan berberapa buah syarikat besar dunia seperti Lotus dan Mitsubishi sebelum bercerai talak tiga hingga menjanda seperti sekarang. Namun hingga kini mutu proton masih dipertikaikan...entah salah siapa dan entah mengapa proton gagal dalam insudtrinya. Buktinya proton gagal memasuki pasaran eropah, dan paling malang pihak polis pun terpaksa mengimport kerera luar untuk menutup kelamahan kerera proton yang mereka gunakan. Aku pun pakai perdana mcm2 hal......namun aku masih mampu berbangga dengan proton, kerana sekrg proton 100% milik negaraku yang tercinta.
5. So apa kaitan proton dengan pembelian kelab bola sepak tu? Sebenarnya pak menteri tak usah begitu yakin atau konfiden kalau membeli kelab gergasi eropah ini mutu bola sepak negara akan turut meningkat. Mutu bola sepak di eropah dan dinegara-negara lain meningkat bukan lah disebabkan pembelian seperti ini tapi disebabkan mutu yang ada pada diri mereka sendiri. Mutu bola sepak Eropah meningkat disebabkan sikap komitmen mereka dan sikap profesional dikalangan pemain dan pengurus. Berbeza di Malaysia, bolah sepak negara dihantui oleh politik dan istana... maka mcm2 hal berlaku dalam bola sepak negara...tak caya tengok sejarah kejatuhan bola sepak malaysia, Sejak bila malaysia jatuh dan mengapa ia terus jatuh..............
6. Maybe ni hak si Arnandan tu nak beli, duit dia, dia punya suka lah..cuma terfikirkan aku, dari ko beli Kelab bola sepak tu....baik ko taja Liga Malaysia yang kian lesu ni takpun ko gunakan duit ko tu..bantu orang2 yang sebangsa dengan ko yang banyak hidup melarat. Orang yang sebangsa ko yang hidup di Malaysia ni bukanlah ramai pun kira-kita 2 juta....pendatang asing lagi ramai....Maka apa salahnya gunalah duit ko tu bantu sebangsa ko.. Ha sekarang ni di Penang, orang india di Kampung Buah Pala dah tak ada tanah.... ha bantu lah.... apa lagi., bantulah beli tanah untuk mereka.. dapat sekangkang kera pun jadilah...... Jangan title dewa ko tu hilang sudah la...........
7. Arnandan ko jangan jadi umpama kacang lupakan kulit pada sebangsa ko sudahlah...sian mereka... kalo ko beriman pada Allah pasti ko akan faham... tapi syg ko bukan islam dan orang islam pun tak tentu boleh faham sbb ada diantara mereka tak pun beriman.............
2. Seronok bila merenung kisah-kisah silam aku, namun tidak semua perlu aku teruskan dan ingat kerana kalau lama-lama ingat pon bisa jadi barah yang menyakitkan otak dan hati aku. Boleh bawa mati kalau tak pandai handle tau...
3. Tapi masalanya kenapa aku sukar utk melupakan kenangan-kenagan yang pernah menjadi angan-angan aku. Bukan aku tak cuba.. sudah berkali aku membuka buku baru dalam hidup aku, tapi masih belum cukup duit untuk membuka buku baru dalam hidup aku.
4. Tak payah berlapik, sebenarnya baru aku sedar siapa yang menghantui diri aku. Aku ingat sudah sekian lama tak bersua dan cuba membuka ruang pada orang lain fikiran aku dan hati aku boleh lupakan. Tiba-tiba kenapa aku rasa menyampah, marah, meluat, cemburu....bla bla..bla.. Rupanya-rupanya baru aku tau yang dia masih ada lagi dihati aku...... masih hidup dan masih bernyawa dalam pemikiran aku. Pendik kata baru tau yang aku SAYANG dan CINTA kan dia lagi....
5. Tapi tak apa lah..........biar aku terus begini sbb bukan takdir untuk dia memahami dan menjadi seperti aku yang sepenuh hati memikirkan dia.. kerana dia tidak akan pernah memahami walaupun bibirnya yakin menuturkan bahawa dia seorang yang memahami............. " kau tak akan pernah faham selagi kau begini"
6. Dia siapa......? dialah dialah dialah...dialah org nya.....
Dakwa UMNO tolak Islam fitnah besar pembangkang - Mustapa
KUALA KRAI 4 Julai — Dakwaan pemimpin pembangkang bahawa Umno menolak Islam adalah fitnah besar dan amat tidak bertanggungjawab, kata Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Datuk Mustapa Mohamed.
Menyifatkan apa yang berlaku sesuatu yang amat mendukacitakan, Mustapa berkata beliau kesal dengan tindakan pemimpin pembangkang yang membawa ’cerita’ kononnya Umno menolak Islam, menyeleweng dan membawa ajaran sesat dalam lawatan rumah ke rumah dan ceramah agama di kawasan itu.
“Kita telah berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan Islam dalam kehidupan seharian. Apatah lagi dalam perbankan Islam, pendidikan Islam dan ekonomi Islam.
Kita mengakui ada sedikit sebanyak kelemahan, tetapi kelemahan ini sentiasa kita perbaiki. Kita harap rakyat tidak mudah terpedaya dengan dakyah dan fitnah seperti ini,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis khatam Al-Quran Parlimen Kuala Krai anjuran Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan di Dewan Utama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laloh, Manik Urai, di sini, hari ini.
Sebagai sebuah parti yang mendokong Islam, beliau berkata Umno bertanggungjawab menegakkan perkara yang benar dan menangkis segala fitnah yang dilemparkan terhadapnya.
“Kenapa ini boleh berlaku? Saya hairan juga, saya solat di masjid, kiri kanan saya daripada macam-macam fahaman politik. Kita bersama sembah Tuhan yang sama, dalam masjid yang sama, (tetapi) keluar saja masjid, macam-macam fitnah ditaburkan. Ini amat mendukacitakan,” katanya.
Mustapa turut membidas Penasihat Pilihan Raya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang mendakwa parti itu sengaja membuka ruang untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) menyerang pimpinan mereka terutama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana itu akan memberi kelebihan kepada PAS.
“Tengok muka dapat pahala? Ini kira ajaran sesat. Pahala itu bergantung pada amal maaruf, pahala itu kita buat kebaikan, kita sembahyang dan buat kebajikan ihsan, itu pahala. Tapi tengok gambar... tidak ada nas dalam Al-Quran atau Hadis, saya tidak tahulah, saya bukan ulama besar dalam Malaysia.
“Saya tidak baca mana-mana kitab yang kata, tengok gambar dapat pahala. Ini macam puja, kira tidak betullah pada pandangan atau ilmu yang ada pada saya.
Saya tidak pernah dengar tengok gambar tokoh dapat pahala.” Penamaan calon pilihan raya kecil Manik Urai akan diadakan pada 6 Julai dan jika ada pertandingan hari pengundian ditetapkan pada 14 Julai.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas akibat serangan jantung.
— BERNAMA
:- Minda aku:-2. UMNO mmg tidak menolak ISLAM tapi UMNO mahu membuat acuan sendiri ISLAM dalam perpektif mereka. Maka lahirlah ISLAM HADAHRI yang mana ISLAM diamalkan umpama Had Had Hari saja. UMNO mendidik dan mengajar rakyatnya cintakan Allah, malah sujud pada Allah namun UMNO tidak mengajar rakyatnya TAKUTKAN AZAB ALLAH, TAKUTKAN NERAKA.. malah UMNO menyuapkan rayat-rakyatnya dengan dosa-dosa khususnya belia-belia seusia aku.
3. UMNO tidak menolak Islam sebenarnya, sbb pemimpin mereka diajar oleh mak bapak mereka menerima Islam tanpa mempersoalkan apakah itu Islam sebenarnya. Oleh itu apabila mak bapak mereka mati maka mereka anggap mereka sudah cukup ilmu Islamnya. Bila ada golongan Islam yang mahu membetulkan ISLAM yang dibawa oleh UMNO.. UMNO menyatakan "ouh mereka menggunakan agama utk kepentingan mereka" Padahal mereka tidak sedar islam yang diamalkan mereka itu tidak betul.
3. UMNO tidak menolak ISLAM sebenarnya, seperti Kamal Artatub ... hingga hayatnya dia mengaku dia Islam, walaupun dia pernah ngaku dia bergembira bila rakyatnya meanggap dirinya tuhan. Jamal Abdul Nasir yang menyeksa dan membenuh jutaan ulama dan pejuang Islam di Mesir turut mati dalam Islam. Malahan Korun yang hidup sezaman nabi Musa pun masih mengakui kekuasaan tuhan dan kewujudan Allah. Tapi mereka tidak takut pada Allah S.W.T. Takut pada Allah itu adalah sebahagian dari iman. Hasilnya hingga sekarang sudah lama merdeka UMNO masih tidak lagi meletakan AL-QURAN DAN HADIS SEBAGAI PERLEMBAGAAN, UMNO MASIH MENGHALALKAN SEGALA-SEGALA YANG HARAM DISISI ISLAM.
4. Aku CABAR MANA-MANA KEPALA UMNO... BAGI HUJAH KENAPA UMNO MASIH GAGAL DALAM MENDAULATKAN AL-QURAN & HADIS SEBAGAI PERLEMBAGAAN UTAMA. .... tapi aku pasti kalau ada yang jawab, pasti jawapanya memperlihatkan mereka tak faham ISLAM kerana mereka tidak takutkan ALLAH.....
5. Dalam rukun iman:-
- Percaya kepada Allah
- Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
- Percaya kepada Malaikat-Malaikat
- Percaya kepada Kitab-Kitab ( agak-agaknya rukun ini umno ada tak, sbb diaorg tak faham2 islam lagi sendiri fikirlah yek)
- Percaya kepada Hari Akhirat
- Percaya kepada Qada' dan Qadar
7. Pesanan aku terakhir, PAS kalau nak kutuk UMNO perlulah jelas dan senang ayat utk difahami. Jangan banyak berkias-kias... SBB UMNO ni tak faham bahasa Melayu.. dan pulak tu bahasa Melayu mula diancama dan diperkecilan penggunaannya oleh UMNO.. maka PAS perlu kenal musuh supaya apa yang PAS cakap UMNO faham....
8. UMNO.. kamu ada masa utk perbaiki, jangan dah mati baru tahu takutkan ALLAH...
2. Siapa pelik siapa bukan persoalanya, ini blog aku sudah pasti aku mau cerita apa yang aku fikiran di benak otak aku. Asalkan otak aku tidak membengkak mata aku tidak terkeluar melihat kebodohan dan kebangangan orang disana sini.
3. Aku tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi di Pulau Pinang apabila kerajaan yang dipimpin oleh Guan Eng yang dikatakan mencontohi kepimpinan Saidina Umar menghalau keluar satu-satunya perkampungan orang india yang sudah berusia 100 tahun semata-mata mahu meluluskan projek perumahan disitu. Aku akui sumber yang aku dapat ini adalah dari media yang kadang - kala menjadi momok rasmi pemerintah tapi kerajaan DAP pula masih senyap tak ada respon lagi ttg hal ini (tak tahu pulak kalau Lim Guan Eng dah respon). Penghuni mecabar Lim Guan Eng untuk face to face.. dan masa inilah mahu buktikan siapa anak jantan. Bagi aku Lim Guan Eng tetap anak jantan kerana dia sanggup di masukan ISA semata-mata mempertahankan gadis melayu yang dicabul oleh sang menteri. Tapi ini kisah masa dia jadi ikan bilis, sekrang dia sudah menjadi jerung.... masihkan anak jantan atau tidak? Apapun mmg sudah jadi asam garam dlm menjadi sang penguasa utk berhadapan dengan semua ini. Jangan menindas rakyat dan jangan malukan rakyat itu sudah pasti...
(inilah wajah pejuang pusat penyembelihan babi atas nama keadilan dunia, satu2nya wakil DAP dalam pakatan rakyat di KEDAH ( Lee Guan Aik))
5. Bagi aku ini bukanlah salah DAP, tapi sikap pemimpin DAP itu sendiri. Mau jadi publisiti, buat kecoh2 sikit supaya lensa kamera tertumpu kepada lubang-lubang hidung mereka. Peliknya mereka-mereka ini mencaci memboikot media namun akhirnya kembali juga kepada media. Kalau kisah bandang, badang mencaci sang jin lalu akhirnya memakan muntah sang jin itu saja. Tetapi dalam kes ini, wakil DAP ini bukan makan muntah Jin yang dicaci maki, tetapi muntah-muntah orang lain jua dia sekali sedut.....................
6. Kes di pulau pinang melibatkan insan dan kes di Kedah melibatkan babi.. mana DAP lebih sayang.. manusia atau babi? Mungkin Pakatan Rakayt belum berpengalaman untuk memerintah seperti BN, BN kelihatan hebat pun setelah lebih 50 tahun memerintah, jadi usia pakatan rakyat ini umpama budak belum masuk sekolah tadika lagi, masih hisap susu botol atau tetek emak. Jadi tak hairanlah kadang kala ada pemimpin dalam pakatan rakyat masih kabur atau sudah buta mencari perkara yang utama yang menjadi kanser dalam negara.
7. Media-media masa pula tak habis2 mencari ruang untuk memecah belahkan pakatan rakyat, yang aku pelik lagi sejak Najib jadi PM tak sampai setahun ini, begitu hebat media menghentuk hentuk kepala pemimpin pakatan rakyat, dan malangnya ada juga pemimpin pakatan rakyat yang bodoh dan tuli... bagi kepala mereka di hentuk2 kan oleh mereka ini. Kerana apa terjadi... kerana ada diantara mereka juga tergila-gilakan publisiti umpama sang artis yang berlumba2 untuk menjadi tumpuan. Bodoh atau bangang mmg dah pasti.. tapi masih belum terlambat utk mengubatinya.....
Ini bukan cerita seram tetapi cerita geram!
Ini adalah surat yang datang dari seorg penzina....
Indonesia lancar roket ciptaan tempatan
JAKARTA – Indonesia semalam berjaya melancarkan roket buatan tempatan ke angkasa sebelum merancang untuk melancarkan satelit ke orbit menjelang 2014, kata para pegawai.
Roket RX-420 dilancarkan dari tapak pelancar di Garut, Jawa Barat pada pukul 8 pagi waktu tempatan.
Jurucakap Agensi Aeronautik dan Angkasa, Elly Kuntjahyowati berkata, sebuah roket daripada jenis sama yang melepasi ujian tahun lalu akan digabungkan bersama RX-420 untuk membawa satelit ke orbit pada 2014. – AFP
Respon aku
2. Kali ini Indonesia sudah mencipta sesuatu yang hebat dalam teknologi angkasa mahupun ketenteraan. Malaysia kapan lagi, cakap berapai-berapai tapi mercun roket pun import dari China.
3. Apa saja yang tak kene dengan negara aku, adeh malu aku dengan pekerja-pekerja aku bila negara mereka rupa rupa lebih hebat dari negara aku sendiri...
4. Pemimpin kita banyak bercakap, melihat isu-isu jijik tetapi tiada terdetik utk melahirkan generasi yang berwibawa... apa jadi 50 tahun akan datang? maybe Malaysia masih lagi berbangga dengan KLCC walaupun Indonesia, Thailand malahan kemboja, Lous sudah memiliki bangun yang jauh lebih tinggi.....
5. Kesian rakyat-rakyat aku dan kesian Malaysia
2. Itu cerita pasal selsema babi dan bukanlah motif aku untuk menceritakan selsema babi ini tetapi mengenai babi itu sendiri. Percaya atau tidak, kelakar atai tidak, bangang atau tidak, bodoh atau tidak ikatan politik pakatan rakyat seakan-akan diukur berdasarkan mahluk bernama babi ini itulah yang terjadi di Kedah.
3. Dua hari lepas DAP kedah istihar untuk keluar dari kerajaan pakatan rakyat yang dipimpin oleh PAS. Berpunca hanya tindakan PAS merobohkan pusat penyembelihan babi di Kedah. Dan semalam, DAP Kedah beria-ria lagi mengatakan tindakan mereka tidak main-main untuk keluar pakatan rakyat semata-mata kerana babi. Sangat melucukan dan memalukan politik malaysia...
Kali ini tercatat sejarah Malaysia apabila babi menjadi punca kepada pergolakan dalaman pakatan rakyat.
4. Orang-orang politik baik yang lama mahu yang veteran maybe dia boleh menipu aku tetapi orang seperti aku kau jangan tipu, bukan nak berbangga dan master sains politik yang ada tetapi segala penipuan dan mainan layar oleh orang politik dah tercatat dibuku-buku aku. Menjadi ahli politik perlulah terkenal dan harus mencari publisiti supaya ahli politik itu terkenal sekurang-kurangnya tak dapat title dato masuk surat khabar pun jadi lah. Ada yang terjerit-jerit macam anjing di dewan rakyat pun ada semata-mata untuk memperlihatkan ... ohh inilah pemimpin berjiwa rakyat, sangup bersusah payah kerana rakyat. Itulah modal pemimpin cetus kontroversi dan buat perangai pelik pasti terkenal walaupun tindakan mereka tersasar dari etika profesional. Aku tgk mcm binatang peliharaan pun ada....
5. Begitu jugalah di Kedah, maybe popularati PAS Kedah yang tinggi ditambah pula DAP Perak sudah terkenal siapa tokoh-tokohnya maka, DAP kedah juga mahu terkenal seperti mereka. Mungkin sudah tiada isu untuk dimainkan yang boleh menjadi modal utk glamor maka isu -isu seperti babi ini pula dijadikan sebagai batu loncatan untuk menjadi terkenal akhirnya muka mereka masuk TV1. TV2, TV3, ASTRO dan yang paling best mengharap masuk CNN or BBC agar setanding dengan barak obama...
6. Kalau dahulu, DAP keluar dari barisan Alternatif disbbkan dasar yang diperjuangkan PAS aku boleh terima kerana ia melibatkan soal dasar yang cukup besar. Tetapi kalau mereka mahu keluar Pakatan Rakyat kerana Babi......... aku rasa baik org2 itu keluar dari Malaysia aku tidak mahu orang-orang seperti ini menjadi kanser di dalam masyarakat Malaysia. Cukuplah dah kebodohan yang ada ditambahkan lagi dengan media yang cuba memperbodohkan rakyat jangan pula ada pemimpin baik Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional mahupun bebas ada pemimpin yang berfikiran cetik... babi pun lebih pandai dari ko!!!!
7. Inilah kesan sekiranya orang yang benar2 terlatih dan layak tidak dipilih untuk menjadi pemimpin. Itulah terjadi pada DAP Kedah apabila mereka dipimpinb oleh manusia yang tidak tinggi akal perjuangannya dan langsung tiada wawasan. Hal ini aku sedar sudah lama wujud dalam pakatan rakyat baik PKR, DAP dan PAS mereka melantik ketua-ketua mereka secara terdesak dan tidak mengira latar belakang atau kecerdikan pemimpin itu. Orang yang tak lulus SPM maybe boleh memegang jawatan dalam politik. Kesannya ada yang lompat parti bila disogok dan ada pula yang suka perbesar2kan isu bodoh seperti babi ini....
8. Cukuplah...Malaysia perlu maju, Indonesia sudah buat roket kita kapan lagi!!!!
2. Ok inilah dia kawan aku, dia adalah satu bilik dengan aku, bangga gila aku ngan dia.. mana tak bangga kawan sebilik dan sekatil menjadi pilot. Sebenarnya aku nak taruk pic dia yang first tapi dah tak boleh ... nak buat mcm ne.. dh rezeki lin.. Ok nama dia Hairol, tapi mamat ni ada nama manjanya.. dan nama manjanya tak ada org lain yg sebut kecuali aku iaitu Mr Kumbang, sampai sekrg aku panggil dia kumbang, susah lidah aku nak sebut nama dia Hairol. Dia seorg yang sangat smart dan rambut dia sentiasa bersinar2 seperti kulit kumbang badak yang disuluh cayaha rembulan. Masa di ukm dia tersangatlah aktif, oleh kerana aku ini satu bilik dengan dia maka cara tak langsung aku pun terikut aktif lah juga, walaupun aku ini agak pemalas orgnya. Masa dia ukm akulah paling banyak mendajal dia, banyak benda yang aku buat dia marah tapi dia seorg yang baik dan bagus tak pernah marah aku dan sentiasa menerima segala tindak tanduk aku keatas diri beliau. Kumbang janji ngan aku dia nak kasi first class kalau dia bawa aku kapal terbang.. hemm aku harap aku dpt duduk sebelah dia satu hari nati.. hehehehe.. syg ko kumbang huhuhuhu.
3. Ini kawan aku nama dia Amir Zaidi, dia manusia satu satunya kawan aku yg jadi pilot yang tak habiskan study kat UKM, oleh kerana offer utk menjadi pilot masa dia tahun satu, dia tinggalkan aku keseorgan cewah.,... bilik dia berdepan dengan bilik aku walaupun berlainan blok, aku selalu menjerit2 penggil nama dia. Amir seorg yang sangat sangat lah skema, dan suka pada alat-alat muzik.. msih segar dlm ingatan kepala otak aku time minggu mesra mahasiswa masa aku mula2 masuk UKM, amir dengan poyonya bertanyakan soalan yang sangat poyo gila pada abg n kakak2 fc time tu... dia cakap "bagaimanakah mahu menjadi MPP ?" gila poyo...konon nak jadi MMP, time tu aku duduk sebelah dia terasa malu benor melihat wawasan dia itu...tapi skrg baru aku tau dia benar2 hebat.. Antara ketiga2 ni Amir lah paling lama jadi Pilot dah berapa benua dia gi aku pun tak pasti tapi dia mmg kawan yang baik..aku pun syg ko gak amir,,
dan aku pu turut bangga dengan kawan2 aku yg lain.. NOMAD dan MEOR sbb diaorg pun kerja best2 gak.......
(gambar hiasan jek.....tak pasti siapa dlm pic nie.. maybe pic diaorg habis bersenam kot, yah senaman itu satu ibadah)
2. Namun sejak hampir sedekad aku perlihatkan media ini tak ubah seperti dajjal yang menghayutkan pemikiran manusia, kalau yang pandai boleh terhanyut apa lagi yang bodoh. Cuma binatang saja yang tak terhanyut dengan media-media bodoh itu. Rakyat dihidangkan dengan hiburan sehingga rancangan hiburan diletakkan diwaktu2 solat...alamatnya ada yang tak solat lebih2 lagi mmg kaki ponteng solat....... aku tak sembah tuhan pun aku tetap hidup... maybe itulah ungkapan mereka yang sumbung dgn tuhan. Tertanya2 aku juga, konsert2 yang diadakan dlm waktu magrib dan isak, kapan penghuni2 dunia itu solat... aku lihat pandang2 tak pernah kosong..terjoget2 tetek dan bontot org yang menari dan org yang menyanyi...maybe itulah senaman anak-anak muda seperti aku sekarang ini... aku patut turut serta huhuhuhu....
3. Mula2 akedemik fantasi, lepas tu Malaysia idol, lepas tu One In Millon... lepas tu beranak2 lagi sampailah sekarang muncul lah rancangan baru Anak Wayang di Astro. Impiannya hanya satu mengasah bakat2 belia2 muda di Malaysia yang terpandam untuk menjadi ahli kelab neraka atau menjadi ahli jawatan kuasa tertinggi neraka.... mahupun ahli syurga. Para penontot pula ada yang sedih dan ada juga yang menangis sampai tak boleh tidur berminggu2 kerana idolo mereka terkeluar dari pentas neraka.....entah apa yang difikirkan oleh mereka.. Tuhan memberi takdir untuk selamatkan mereka dari noda dosa tetapi ada pula mereka yang banggap dgn agama mengeluh dan marah2 kerana takdir tuhan itu...
4. Semua orang tahu, realiti TV yang ada di Malaysia ini adalah diciplak dari luar negara.. sukar untuk mencari rancangan yang benar2 100% buatan Malaysia.. aku pun sukar untuk senarai apakah rancangan 100% buatan Malaysia..... bagi aku tidak kisahlah Malaysia ini negara kuat menciplak idea orang atau tidak.. China dan Thailand antara negara yang paling kuat ciplak-ciplak idea dan barangan org terus maju ekonominya so idea ciplak2 ini bagi aku mmg bagus.. Namun kenapa hiburan yang membabikan rakyat aku ini sentiasa diciplak.. padahal banyak lagi boleh diambil di luar negara...
5.Biar aku yang daif ilmu ini memberi candangan yang lebih bermaruah supaya bangsa aku tak menjadi bangsa yang bangsat segala-galanya... dan jangan salahkan bangsa lain kalau mereka lebih berjaya dan kita banga meLAYU terus membangsat.....
6. Di Qatar terdapat satu rancangan rialiti TV yang berasaskan ilmu pengetahuan Star of Science? Huh pelik? di Qatar mahupun dunia lain tidak lah pelik..cuma di Malaysia ianya pelik kerana rakyat-rakyatnya semuanya pelik belaka, baik pemimpin mahupun hamba rakyatnya. Star of Science ada satu rancangan yang dianjurkan oleh Qatar Foundation for Education, Science and Community Development. Dimana dalam program ini mengumpulkan segala belia2 yang cerdik pandai dalam pelbagai bidang berasaskan teknologi dan sains untuk menunjukan bakat bagi menghasilkan satu teknologi yang baru untuk dimenafaatkan oleh dunia.... hebatnya rancangan ini disiarkan di 15 buah negara arab yang bertutur bahasa arab. Hebat bukan.. bukan sahaja belia kita makin pandai malah kepandaiannya mampu memberi kebaikan kepada masa depan dunia.... lebih lanjut masuk web ini:-
http://www.thepeninsulaqatar.com/Display_news.asp?section=Local_News&subsection=Qatar+News&month=June2009&file=Local_News200906222051.xml
7, Bermaruhkan bukan? kenapa masih mahu melahirkan rakyat seperti beruk di atas pentas... tidak malukah malaysia asik mengeluarkan penghibur namun tidak mampu berkualiti... alangkah bermaruhnya malaysia manjadi negara pembekal belia yang cerdik pandai... di mana wawasan 2020....lagi sedekad kita mahu kecapi negara maju.. kalau macam inilah.. Malaysia tetapi Malaysia yang kenal skrg...
8. Jadi media ini apa, Dajjal? Media malaysia perlu bermaruah jangan memperbabikan rakyat Malaysia...............
9. Pesanan aku:- Pada yang tua tunjuk lah jalan yang benar bagi anak2 muda mu.. mereka muda dan mereka belia, ada diantara mereka tidak tahu apa itu dosa dan apa iu pahala, Apa itu neraka dan Apa itu syurga. Jangan lah kau sesatkan lagi mereka.....lumrah jiwa muda ada kala mau menjadi jebat, ada kala mau menjadi tuah dan ada kala mau menjadi luncai.. Maka kamu-kamu yang tua hentikan kebodohan yang ada................
2. Siapalah aku, untuk blog aku di baca oleh pemimpin utama negara mahupun dunia. Namun sekurang-kurang blog aku ini dibaca oleh pemimpin-pemimpin masa depan dunia akan datang, Pemimpin yang mencorakan dunia anak-anak aku masa hadapan. Namun pesanan jangan lupa daratan tetap sama dan tidak berubah kepada mereka yang akan menjadi pemimpin atau yang dipimpin....
3. Jangan lupa daratan.......... tetapi sesakali perlu ke lautan biar mata ini membengkak dengan pengetahuan ilmu tuhan.