"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)














saya amat suka pada kartun n robot robotan huhuhuhuhu

1. Dulu di bukit gantang... para media hebat melaga-lagakan Hj Nizar dengan Sultan. Sehingga org melayu takut mengikuti dan menyokong Hj Nizar kerana takut akan terkena tulah dari sang Sultan. Maka orang melayu diibarat terbahagi dua.. satu puak menyokong dan satu puak menentang atas nama mempertahankan sultan tapi didalam hati orang yang tak habis sekolah boleh tahu apa dan mengapa mereka mempertahankan status qua....

2. Itu kisah dulu... skrg si jebat pun dah masuk dewan.. masuk dewan dah mula buka bunga. Terkejut bentara apa lagi bendahara mmg tercalar muka dan bibirnya yang seksi itu. Kisah skrg di Manik Urai di Urai.. kisah Si Jebat tak lagi relevan di jaja di situ sbb Jebat di Barat, korg2 di tanah Barat kasar......ini Timur, negeri cik siti wan kembang lagi.. yang berpantang ada sebulm mahu pati. Isu Jebat... kalau di ulas pun tak guna.....

3. Org2 suruhan bendahara dari putrajaya bukan main asik memperlekehkan Ulamak yang memerintah.. Tiada beza ulama dan ahli politik, Kalau dah nama org PAS pasti suka buat Hal.. keras kepala, mulut celupar.. bertopengkan Islam. Tok Guru dijadikan bentara-bentara sang bendara..... bila Tok Guru lebelkan mereka umpama Ayah Pin dan Komunis melenting mereka.. Mati-mati mereka menafikan, walaupun mereka juga menolak al-quran dan hadis sbg perlembagaan...... maka ketua pemuda negeri itu, mula mencari publisiti sehingga membuat laporan polis sbb perangai tok guru yang suka main tuduh2....... ulama tak ulama dlm politik semua sama...... ko musuh ko jahat... aku hero aku baik..itulah politik!!!

4. Teringat aku dgn pesanan nabi pada sahabatnya.... yang menyatakan bahawa umat islam akan berjumpa dengan satu zaman dimana ulama tidak lagi dihormati. Dan inilah zamanya....muka tak malu pun muncul menentang ulama............ kesian mereka .. dh la bodoh agama... tapi degil lagi tu...

5. Pilihanraya di bumi Serambi Mekkah pasti akan turut2 ulama-ulama yang tak ada kitab... dan ada juga ulama mee segera. Esok sekular hari islamik, esok yahudi, hari ini islami, esok munafik hari hari fasik..................... lihat saja. Jangan melatah .. ketawakan saja gelagat mereka yg bodo itu....

1. Awal pagi semalam terkejut aku bila dapat tahu Mikael meninggal dunia. Aku yakin bukan aku seorg saja yang terkejut dengan pemergian dia tetapi jutaan manusia di dunia. Baik yang kecil, yang serderhana mahupun yang besar. Baik yang alim mahupun yang tak alim pasti terkejut dengan pemergiaan Mikael.



2. Aku mengaku aku diantara jutaan peminat dia, aku agak mengilai lagu-lagu dia. Tapi tidaklah sampai fenatik seperti orang lain. Namun apa yang rialitinya Mikael adalah manusia yang memiliki karisma yang tinggai, malah dia berjaya membuktikan hegemoni gaya dan pemikirannya melalui gaya dia dlm minda golongan muda. Bukan senang untuk menari ala ala Mikeal itu. Hegemoni Mikael hampir sama Hegemoni yang dimiliki oleh puteri diana, buktinya hampir seluruh akhbar utama atau mungkin kesemuanya di dunia ini menceritakan kematian mikael sekaligus melenyapkan isu-isu kritikal. Istilah Hegemoni ini selalunya dikaitkan dengan pemerintahan sesebuah kerajaan yang bersifat kuku besi atau kerajaan yang dpt bertahan lama. So itulah Mikeal Hegemoninya bukan di pentas politik tetapi hegemoninya di pentas seni......berjuta tahun umur dunia ini hanya Mikael sorg saja golongan seni yang hegemoninya seakan-akan fantasi. Realitinya juga mikael dlm hayatnya bergelumang dengan kontrovesri yang hampir-hampir memusnahkan keriar dia sebagai org seni. Tetap Hegemoni mikael tetap di hati rakyat.


3. Namun disebalik realiti, ada terselit fantasianya....benar2 kan mikael baru memeluk islam dan menjadi sebagai muslim. Jawapanya kita lihat bagaimana mikael dikebumikan......... ISLAM ATAU KRISTIAN... al fatihah aku terpaksa aku pandingkan dulu sbb konfius benar atau tidak Mikael baru memeluk islam awal tahun ini...... tak sabar utk ku ssedekah al fatihah kepada Mikeal sekiranya dia juga saudara seislam ku........................



4. Ohye, kalau benar juga Mikael ini seorg muslim pasti anak-anaknya juga adalah muslim... kerana selama ini Mikael yang menjaga anak-anak mereka................. kalau benar islam pasti ada agen yang mahu memurtadkan anak-anak Mikael...



1. Lebih kurang satu minggu tuan guru haji hadi meninggalkan bumi malaysia untuk berjuang pula dinegara eropah, namun dalam tempoh yang singkat itulah bumi malaysia sentiasa dirundung malang. Seolah-olah perginya Tuan Guru hanya ke luar negara seolah-olah hilang keberkatan dibumi Malaysia...mcm keberkatan itu turut pergi bersama-sama ke luar negara...

2. Pulangnya Tuan Guru ke Malaysia sekaligus melenyapkan permasalahan ummat manusia di bumi Malaysia... Aku yang tinggal di Malaysia ni dah nak bernanah telinga aku bila di sana sini n ada saja mahluk tuhan yang sentiasa berpidato pasal Kerajaan Perpaduaan. Orang yang tak tahu apakah makna dan apakah fungi Kerajaan Perpaduaan mula bercakap seolah2 dialah segala sumber ilmu politik yang tahu sana sini...wal hal aku disini gelak dan pening kepala melihat orang2 mcm beruk tercabut ekor...

3. Pemergian tok guru juga ada hikmahnya... khususnya dalam PAS mana satu lawan dan mana satu kawan. Yang paling penting sikap pengikut2 PAS yang didalam menerima dan menyelesaikan masalah. Jujur aku katakan ramai sekali pengikut PAS masih belum bersedia dalam berjuang (tidak profesional), mereka mungkin mendokong PAS kerana PAS memperjuangkan AL-QURAN DAN HADIS. Tapi mereka tidak dilengkapi secukupnya dengan ilmu dan nilai kesabaran dalam hati untuk berjuang. TAK SABAR DAN CEPAT MELATAH itulah penyokong PAS baik dimana2 peringkat. Macam orang pergi perang, perlu ada ilmu dulu untuk merancang strategi, bukan angkat senjata pergi terus redah jek... mmg mati katak jawabnya.. itulah perumpaannya kalau kita tak sabar dlm berjuang lebih2 lagi yang kurang ilmu politiknya...pesanan aku belajar dulu dan fahami segala maknya.. baru bercakap....


4. Apapun ianya sudah berlalu. dan menjadi sejarah dalam perjuangan PAS, bukan mudah untuk menyatukan jutaan penyokong dalam satu wadah perjuangan....Bagi aku selagi mana PAS dipimpin oleh Ulama yang bertaraf tuan guru seperi mereka berdua...pasti PAS tidak akan sekali-kali lari dari wadah perjuanganya. Malaysia selagi ada ulama seperti mereka maka bumi Malaysia pasti sentiasa melimpah rahmat walaupun dipimpin oleh pemerintah yang sekular dan jahiliah....seperti UMNO.

5. Selesai selesai dan selesai.............. jangan skaptikal jangan prajudis dan jangan strotaip dalam pemikiranmu.........................



Undi BN boleh masuk syurga juga

KUALA KRAI 19 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun Pas, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam masuk syurga.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, hakikatnya kedua-dua parti memperjuangkan agama Islam namun apa yang membezakan BN dan Pas adalah BN mempunyai kekuatan untuk memaju dan menggerakkan negara.

"Keupayaan BN untuk bangunkan negara lebih kuat berbanding keupayaan (Pas) di bawah pimpinan (Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat)," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan khas dengan warga pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok, di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNOo dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein.

Muhyiddin berkata, Pas tidak mempunyai keupayaan untuk membangunkan negara termasuk merancang secara rapi aspek berkenaan.

Justeru katanya, penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai perlu memikirkan secara rasional terhadap kebolehan parti mana yang harus dipilih untuk membaiki taraf kehidupan mereka dan membangunkan kawasannya.

"Saya berpendapat kita perlu fikirkan secara rasional dan fikirkan soal masa depan," katanya.

Menurutnya, BN mampu membangunkan negara dan memacu negara ke arah masa depan yang lebih baik untuk rakyat. - Bernama


Ha yeke undi BN masuk syurga gak, jap2 aku pikir..kalau aku undi BN maknanya aku..:---


1. Tolak hukum allah (Hudud dan qisah)

2. Tolak al-quran dan hadis (sbg perlembagaan utama)

3. Murtad pun tak pe

4. Perbanyakan kilang arak kat Malaysia.. tak cukup yg ada sbb rakyat malaysia suka minum air buah2an tempatan mcm tu....

5. Judi..sumber pendapatan negara.. Malaysia Darul Judi.. Insyallah..

6. Clubing dan Pub..... belum cukup, maklumlah sekarang dh anak2 muda perlu bersenam dan mengeluarkan peluh di tempat2 mcm tu... baik utk kesihatan.. menjaga kesihatan juga satu ibadah..

7. Sokong ISA.... tahan tanpa bicara .. banyak bicara buat habis duit negara jek..

8. Runtuhkan masjid, surau..rumah2 rakyat..... hemmm... runtuh2

9. Mufti kalau betul ke salah ke tetap didapati bersalah kalau melarang org islam masuk ratu cantik mcm ke bekas mufti selongor ( allahyarham shohibur samahah Tuan Guru Ishak Baharom) dulu dulu tu.. ingat tak...

dan dan dan dan dan dan dan....


hemmm banyak lagi nie...

betul gak yek.. hem patutlah undi BN leh masuk syurga.......tp .syurga mana tu yek..? ohye ohye syurga islam had-had hari....... ok.. blh diterima ar tu huhuhuhuhuhuhu


saya sayanga BN. anda pula bagaimana????? tak sayang BN tak dpt masuk syurga had-had hari tau

1. Hari ini kawan aku si ayu buat pertama kalinya dlm sejarah dia telah berjumpa dengan ibu kandung dia yang telah terpisah lebih 20 tahun.. ayu kata time dia berpisah dengan ibu dia tu.. umur dia baru 3 tahun. Alhamdulilah atas keperihatinan faiz ayu dah jumpa balik ibu dia.. dulu aku dh mmg cakap dgn ayu, aku akan tolong dia carikan mak dia... yelah jauh mana pun mak kita tu. syurga kita masih dibawa tapak kaki dia... tp di sbbkan aku busy dgn kerja aku, dan ayu pun dah ada pakwe yang ambil berat ttg dia.. so aku pesan kat faiz tolong cari ibu ayu....

2. Tanpa dirancang ayu ngan faiz n hapis.. gi ke balai polis kat area2 seremban yang telah dikenal pasti kat situlah mak ayu tinggal. Aku terkilan juga tak dpt join walaupun faiz dan ayu beria2 ajak sekali aku utk ke serambam... tapi apepun aku ttp hapi bila kawan aku dpt berjumpa dgn ibu dia... apalagi ibu yang lama dah terpisah...mcm jejak kasih jek..



(tgk kasut aku...gila kontroversi langgar protokol... org konvo pakai kasut hitam, aku lak pakai kasut sport warna putih....hahaha gila2 zaman remaja)

3. Tiba2 aku rasakan rindu kat mak aku kat kg.. hemmmmm aku nak balik ar awal2 subuh ni... balik ari pun jadilah.. aku sygkan mak aku........... rindu kat dia di kg ni... mak aku balik esok k.. tunggu!!!!!! i love u mak........muah muah muah.

ps:- tahniah ye ayu n faiz.....


SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.

Insya-Allah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi semuanya ini. Kalau Umno-BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada "qarun-qarun" yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi.

Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok.

Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya.

Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.

Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno-BN dalam apa suasana sekalipun.

Media cuba memainkan isu bahawa PAS hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa PAS hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Setiausaha Agung pada 17 Jun lalu telah menjelaskan kekeliruan ini.

Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden PAS. Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat akan dibincang terlebih dahulu dalam parti.

Insya-Allah, segala keputusan yang diputuskan itu akan kita sampaikan kepada semua pihak sehingga ke peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas.

Yakinlah firman Allah SWT, yang bermaksud: "Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu." Dan maksud sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Berjamaah itu rahmat."

Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat sahih melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih, maka bolehlah kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.

Bersandarkan nas syara'

Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara' dan fiqh siasi.

Kita bertahalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.

Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini. Ini kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah-belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.

Dapatkan maklumat rasmi daripada akhbar rasmi Harakah, laman web Harakahdaily dan akhbar Siasah supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Tunggu dan sabarlah untuk mendapatkan penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita.

Ustaz Idris ialah Ketua Penerangan PAS Pusat_


aku ambik dr harakah




1. Kali ini aku bercerita tentang seorg kawan yang aku baru kenal tak berapa lama dan tak berapa kejap namun tempoh perkenalan aku dengan kawan aku seorg ini menghasilkan ukhwah yang sangat rapat. Pertemuaan pertama dengan kawan aku seorg ini, aku dh bayangkan siapa orgnya dan insyallah apa yang aku bayangkan tentang kawan aku seorg ini tak jauh beza dari sifat dia yang sebenar.....

2. siapa kawan aku tu, sori yek dia bukan perempuan yang kadang kala menjadi racun pemikiran aku tapi dia adalah manusia yang sama jenis alat seks atau jantina dengan aku iaitu lelaki la. Nama dia faiz dan umur dia adalah lebih muda dari aku tapi mukanya jauh dari usianya maksud aku muka dia nampak mcm org tua ar. Aku pula mmg sentiasa awek muda sbb tembam di pipi sepanjang zaman yang tak mampu aku elakan.... so pic dibawa inilah adalah faiz org yang aku maksudkan.....



3. huh tak nampak muka dia.?? oh kecik sgt dia.. aku rasa dia tak lah kecik sgt maybe jarak dia dengan org yang tangkap pic ni jauh... ok aku bagi pic yang lagi dekat....



4. Amacam puas retina mata kamu memandang dia? ada apa2 sebarang2 komen............... terpulanglah orang nak kata dia besar ke gemuk ke, cute ke ensem ke.. tapi hati dia jauh lebih dr itu insyallah. Tapi apa yang penting faiz dapat seorg awek yang bakal menjadi cinderala Melayu dia hati dia yang sangat cantik dan menjadi pujaan ramai peminat..... nak tau mcm ne rupa awek dia....

5. Ini lah dia..nampak mcm cina tapi dia adalah melayu, nama dia ayu dan dia adalah kawan kampung aku di Perak. Ayu yang kenalkan aku kat Faiz.. tanpa ayu maybe aku tak kenal si faiz ni.... Huh apa, tak caya ni awek faiz...? meh aku bagi pic yang menunjukan kemesraan mereka.....



6. Aku tau apa yang korang rasa bila melihat pic ini, tapi itulah cinta mmg hebat dan kadang kala menjadi lebih hebat dari segalanya. Bagi aku sebagai kawan baik aku doakan mereka bahagia hingga akhir usia diaorg.....

7. Now.. faiz dah jadi rakan kongsi aku dlm bisnes.... insyallah kitaorg akan pastikan kamilah anak melayu yang bakal menjadi contoh kepada anak melayu lain temasuk jawa, banjar dan sebagainya untuk berjaya dlm perniagaan. Alhamdulilah faiz telah memberi aku peluang dlm pernigaan yang bernilai nilai ringgit. Mudah-mudahan wang itu nanti akan membela aku dan membela umat islam seluruhnya...

8. buat faiz.. aku doakan ko hepi selalu... dan pastikan kita sama2 berjaya.. dan jangan tanya lagi kapan lagi aku nak buat blog utk ko .. hahahahaha

Undang-undang Seluruh Dunia

THAILAND :

* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.

SWISS :

* Dilarang berkebun di hari minggu.

SWEDIA :

* Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.

KOREA SELATAN :

* polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan.

SINGAPURA :

* Dilarang berjalan (bogel)
* Tidak flusk jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.

UNITED KINGDOM :

* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.

MEXICO :

* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat “memprovokasi� rakan kerja selama jam kerja.
* Dilarang memaki di tempat umum.

AUSTRALIA :

* Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
* Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.

YUNANI :

* Dilarang mengenakan topi di stadium , kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

KANADA :

* Dilarang menempel plester luka di tempat umum.
* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.

PERANCIS :

* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

ISRAEL :

* Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.

AMERIKA :-
- ARIZONA :

* Dilarang memandu tanpa kasut.
* Dilarang bermain domino di hari Minggu.
* Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup.

- ALASKA :

* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

- ARKANSAS :

* suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
* wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.

- CALIFORNIA :

* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

- COLORADO :

* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan Anda ditahan olehnya.

- CONNECTICUT

* Dilarang mencium istrinya di hari Minggu.

- FLORIDA :

* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

- WASHINGTON :

* Dilarang menyusui anak di tempat awam.

MALAYSIA

* Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang

aku petik dr... http://isuhangat.blogspot.com/


Tak cukup di negeri si Jebat mengamuk, kali ini jebat si penderhaka merantau jauh ke dewan yang lebih tinggi darjatnya, tidak lagi membawa kerisnya cukuplah sekadar badan dan sehelai kain hitam yang tertulis "Bubarkan Dun" telah mengamit kecut perut si golongan elit yang berada disinghasa. Bukan jebat tidak tahu impian dia untuk bubarkan Dun akan jadi angan-angan tahi ayam kerana kerajaan lanun perak pun bukan calang-calang cerdiknya. Tapi inilah jebat anak jantan...berani kerana benar dan takut kerana salah....


Jebat oh jebat....pedulilkan apa yang mereka kata kerana mereka adalah musuh kamu jebat... tuah sudah berkurun tiada tapi org yang seperti tuah masih banyak di singhasana ayuh jebat....... bawa kerismu kemana saja..tak perlu dihunus usah di tikam... cukup sekadar menayang saja pasti terkencing-kencing mereka semua. Mereta tiada senjata hanya sejata asli berbiji dua saja yang mereka ada....... jabat lawan jebat!!!!

ps: aku dengo pasal si nizar ni tuan speaker nak pikir cara beretika berpakaian di dewab rakyat...kesian aku, kesian rakyat malaysia.. dpt tuan speakir yg suka fikri benda2 bodo..... walhal banyak isu dan dasar2 tak disentuh dan belum disetelkan di dewan rakyat... tuan speaker yang mulia tlg jgn jadi bapuk yg bodoh boleh tak... plss ar


1. Media tempatan apalagi media barat seperti BBC dan CNN dan tidak juga terkecuali al-jazera yang dikatakan media sebenar suara umat islam tidak terpelas daripada mengambarkan satu kebangkitan reformasi di Iran khususnya di Utara Iran untuk menjatuhkan kerajaan yang berasaskan fundamentalism dan konservatif yang di pimpin Ahamadinijab. Tempoh hari aku ingat ada demontrasi orang PAS or keadialan yang buat, di wisma UN, di Damansara, rupa-rupanya rakyat Iran yang tinggal di Malaysia melaungkan rasa tidak puas hati atas kemenangan puak radikal yang konservatif. (pic kat atas)

2. Kemenangan Ahamadinijab untuk penggal seterusnya mendapat riakisi yang sangat negatif khususnya negara yang terkenali anti islam seperti Isreal, Menteri Pertahanannya Ehud Olmert tanpa rasa segan silu dan bersalah menyatakan kemenangan Ahamdinijab membawa bencana besar buat Israel dan dunia. Dan dia yakin kemenangan Ahamdinijab bukanlah melambangkan suara rakyat Iran ( membenci Israel) kerana pilihanraya kali ini penuh dengan penipuan. Di Amerika Syarikat walaupun Tuan Presidan sendiri tidak memberi riaksi negatif kepada kemenangan Ahamdinijab tetapi Naib Presidannya Joe Biden menyatakan pilihanraya di Iran sesuatu yang tidak boleh diterima, malah mengambarkan Amerika Syarikat cuba mahu masuk campur rumah tangga rakyat Iran. Begitu juga negara-negara di Eropah seperti di Jerman menyelar tindakan pihak keselamatan yang menghalang perhimpunan golongan pro reformasi di Iran. Bagi aku setelah habis disedut madu dan manisnya di bumi Afghanistan dan Iraq, negara-negara salib ini mahu menyedut manisan di bumi Iran pula.....

3. Media barat melaporkan golongan belia, pelajar dan moden tidak menyokong lagi kepimpinan konservatif ahmadinijab, Ahmadiniab hanya di sokong oleh golongan2 yang ortodok dan fundamentalism sahaja, Pendik kata golongan yang memakai purdah sahaja menyokong ahmadinijab.... nak di tambahkan enak ceritanya diselitkan lah gambar2 golongan belia dan wanita-wanita cantik ala moden2 gitu yang menentang ahmadinijab.................... mmg hebat propoganda barat. Jangan kata rakyat dunia luar seperti Malaysia boleh terpengaruh, rakyat Iran yang tinggal dibumi sendiri pun boleh terpengaruh.....

4. Pemikiran politik islam khususnya di Malaysia rata2 dlm blognya menyahut kesyukuran kemenangan Ahamdinijab.... namun ianya tidak di Iran....soalnya mengapa mengapa dan mengapa mereka menentang Ahmadinijab.. apasalahnya dan apa dosanya..... Bagi aku yang tidak kenal apa itu Ahmadiniab dialah satu satunya pemimpin yang berkelayakan menentang musuh Islam yang utama Israel dan Amerika. Tiada satu lagi pemimpin yang mampu menandingi keupayaan sekecil molek itu...... orang islam yang di seluruh dunia yang merasakan dirinia dizalimi dan agamanya di cabar pastinya berasa bangga dan bersyukur diatas kemenangan ini. Tetapi apa yang pasti negara-negara pro yahudi sangat2 membenci kemenangan Ahamdininaj ini.. dan anda pula berada di bahagian mana?

Inilah cinta...................................... siapa yang mampu menandingi cinta perempuan ini?

PORT DICKSON: Akibat terlalu panik, seorang gadis yang terkejut dan terlalu takut ditangkap basah oleh pegawai penguat kuasa agama, maut selepas bertarung nyawa selama 10 jam akibat terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel bajet di Teluk Kemang, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa yang memakai baju-T dan kain, dipercayai terjatuh dari tembok tingkap di bilik berkenaan sebelum kepalanya dipercayai terhempas pada bucu longkang menyebabkannya cedera parah.

Sebelum itu, mangsa berusia 20-an yang dipercayai bekerja di sebuah institusi kewangan di Lembah Klang, dipercayai datang ke bandar pelancongan ini bersama pasangan lelakinya berusia 30-an sebelum menginap di hotel terbabit.

Berikutan kejadian itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) Seremban, tetapi disahkan meninggal dunia jam 3 petang hari sama.

Sumber berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila sepasukan lapan pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) melakukan pemeriksaan di bilik berkenaan selepas menerima aduan berhubung kegiatan khalwat.Menurutnya, sebelum itu, pegawai penguat kuasa mengetuk pintu bilik berkenaan selama 10 minit sebelum seorang gadis membuka pintu dan mangsa mempamerkan riak wajah terkejut apabila pegawai terbabit menunjukkan kad kuasa untuk melakukan pemeriksaan.

“Secara tiba-tiba gadis itu terus berlari ke dalam bilik lalu memanjat tingkap, tetapi dia (mangsa) hilang imbangan ketika berdiri di tembok birai tingkap berikutan hotel terbabit tidak mempunyai balkoni lalu jatuh.

“Gadis berkenaan ditemui dalam keadaan berlumuran darah di bawah hotel apabila kepalanya dipercayai terhantuk pada longkang, manakala pasangan lelakinya ditemui berada di atas katil dalam bilik yang diperiksa itu.

“Pegawai penguat kuasa yang menyedari kejadian itu menghubungi pihak polis dan HPD bagi mendapatkan bantuan sebelum mangsa dikejarkan ke hospital berkenaan dengan menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya di sini, semalam.

Sumber itu berkata, mangsa terpaksa dirujuk ke HTJS jam 5 pagi kerana mengalami kecederaan serius di kepala dan anggota badan sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menurutnya, gadis itu, bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 3 petang selepas 10 jam bertarung nyawa dan jenazahnya dituntut ahli keluarganya pada hari sama bagi urusan pengebumian.

Katanya, pasangan lelakinya ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana kesalahan berkhalwat, yang mana sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.

Sementara itu, Pemangku Pengarah JHEAINS, Selamat Paigo, ketika dihubungi semalam, mengesahkan mengenai kejadian yang menimpa mangsa, tetapi enggan mengulas lanjut kerana insiden itu sudah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson

sumber: harian metro


ambil iktibar.................................k





1. Ahamadinijab terus mengekalkan kerusi manusia utama di Iran sebagai Presidan. Kemenangan 62.63% jauh meninggalkan pencabar dia iaitu Mir Hossein Mousavi yang sekadar mendapat undian 33.75% terlalu jauh tinggal kebelakang. Peratus ini tak salah kalau ada dikalangan penduduk Iran mengatakan pilihanraya kali ini menipu kerana kadang kala-kala peratusan ini diluar logik pun ada.
2. Teringat aku semasa pilihanraya 2004 di Tanah Air aku sendiri. UMNO mendapat peratus undi yang diluar jangkaan, malah peratusan yang keluar mengundi pun meningkat. Kalau sebelum ini peratusan yang keluar mengundi sekitar 80% tetapi buat kali pertama dalam sejarah pilihanraya Malaysia peratusan keluar mengundi ada yang hampir 100% walhal nama org yang mati belum sempat dipadam......
3. Pernah sekali aku bersembang dgn org Iran semasa aku menuntut ilmu di UKM, org Iran ini tinggal disebelah bilik aku, dan selalu pinjam dvd aku... maka dengan DVD itulah hubungan aku dgn org Iran ini jadi baik.... Satu hari, dia ajak aku ke bilik dia, dia ada buat makan2....maka aku pergilah sbb bilik dia sebelah bilik aku, tak pergi melampau lah pulak. Rupa2nya aku sorg saja org melayu yang lain2nya hidung mancung badan berbulu.. sambil makan sambil aku sembang.Oleh kerana aku ini diajarkan dlm ilmu sains politik, maka perbualan aku tidak lari dengan bercakap politik. Aku bercakap dengan kawan aku.. apa pandangan dia ttg Ahamadinijib.... Belum pon habis soalan aku, dia terus memberikan jawapan yang aku sendiri terkejut. Jawapan dia adalah "Ahamadinijab, Mother Fucker....." beberapa kali dia menyebut Mother Fucker, bukan dia sorg saja disitu.. hampir yang hadir disitu cukup anti dengan Ahamadinijab... aku tanya mengapa? Jawapannya hanya org Iran saja yang tahu..... adehhh.. Apepun mujur aku tak memuji si Ahmadijijab tu kalau tau aku kompen kene campak ke luar...

4. Bagi aku dan rata-rata umat islam yang penganutnya melebihi satu bilion aku percaya hampir kesemua mengharapkan kemenangan Ahmadijiab sebagai Presiden negara nukler itu. Tak ada sorg pun pemimpin islam yang lantang seperti dia malahan berkali-kali dia melaungkan diseluruh dunia bahawa negara Israel akan terhapus di peta dunia satu hari nanti. Nak mengharapkan pemimpin islam cakap mcm tu jauh sekali.. kalau cakap pun ada yang tak berani apa pula nak ambil tindakan terhadap Israel... termasuk Malaysia.

5. Dasar Ahmadijiab dengan Amerika Syarikat agak agresif kerana Amerika Syarikat adalah sekutu kuat Israel manakala Mir Hossein Mousavi adalah cenderung kepada rundingan dengan Amerika Syarikat. Walaupun sekiranya Mir Hosseim Mausavi ditakdirkan menang sebagai Presiden, dasar luar Iran tetap tidak berubah kerana dasar luar adalah dibawah bidang kuasa pemimpin agung tertinggi Iran iaitu Ayatulollah Ali Khoimeni. Namun sekurang-kurangnya pilihanraya kali ini, Amerika sudah kenal siapa yang boleh dijadikan boneka dan sahabat baik di Iran satu hari nanti.........













6. Keperibadian Ahmadinjiab adalah sukar dicari dikalangan pemimpin negara islam.....aku tak tahu gambar yang aku tunjukan ni adalah propoganda pro Ahmadijiab tapi gambar ini sudah lama di tayangkan di internet sejak dia mula2 dilantik sbg presiden Iran...


7. Kesimpulanya, hanya org Iran saja yang tahu mengapa ada dikalangan mereka membenci Ahamdinijab, seperti sirah para sahabat.... mengapakah golongan yang menyokong muawiyah (sahabat nabi & org yg dipercayai oleh nabi utk menulis al-quran) dan Aishah R.A (isteri nabi) memerangi Saidina Ali (9 manusia yang dijanjikan syurga oleh Nabi & kanak2 pertama memeluk islam). Perbalahan ini mencetuskan perang besar yang pertama diantara umat islam sesama sendiri iaitu Perang Jamal......................... peperangan ini tercetus kerana umat islam ketika itu dilanda Fitnah sesama sendiri..... maka tak heran kalau sejarah ini berulang kembali kerana Fitnah itu sentiasa ada dikalangan umat islam....

KISAH Luqman yang bijaksana ada termaktub dalam surah al-Luqman dalam al-Quran. Pengarang kitab Al-Kasyaf menjelaskan, dia adalah Luqman bin Baa'ura'. Hidup selama 1000 tahun, sehingga berjumpa dengan Daud a.s belajar ilmu dan pengetahuan daripadanya. Ibnu Abbas berkata bahawa Luqman bukan Nabi, juga bukan Raja, namun seorang penggembala, berkulit hitam, yang kemudian diberi kurnia kemerdekaan dan ilmu pengetahuan.

Diriwayatkan oleh Sai'id bin Amir, ia berkata: " Telah bercerita kepada kami, Abu Ja'far, 'Luqman Al-Habasy' adalah seorang budak milik seorang lelaki. Suatu ketika dia dibawa ke pasar untuk di jual kepada seorang lelaki yang hendak membelinya, Luqman berkata:"Apa yang akan kamu lakukan terhadap diriku (setelah kamu beli nanti)?" Jawab lelaki itu, "Kamu akan ku suruh melakukan ini dan itu." "Aku mohon kepadamu agar mengurungkan niatmu untuk membeliku!" pinta Luqman. Sikap ini selalu diperlihatkan oleh Luqman kepada para calon pembelinya hingga datanglah calon pembeli lainnya. "Apa yang hendak kamu lakukan terhadap diriku (setelah kamu membeliku nanti)?" kata Luqman. "Kamu akan kuberi tugas sebagai penjaga rumahku," jawab lelaki calon pembelinya itu. "Jika demikian, aku mahu kamu beli!" kata Luqman.

Laki-laki tersebut kemudian membayar dan mengajak Luqman pulang ke rumahnya. Majikan Luqman mempunyai tiga orang anak gadis yang menjadi pelacur di desa itu. Pada suatu ketika majikannya ingin pergi ke kebunnya. Sebelum berangkat dia berpesan kepada Luqman: "Aku telah menyiapkan makanan dan semua keperluan mereka di dalam bilik. Sepeninggalanku, kuncilah pintu ini dan kamu harus berjaga di sini pula. Dan janganlah sekali-kali kamu membuka pintunya sebelum aku kembali ke rumah!"

Sejenak kemudian ketiga-tiga puteri majikannya datang dan berkata kepada Luqman, "Bukalah pintu ini!" Kerana telah menerima pesan dari majikan dan diamanahi untuk tidak membuka pintu dan namanya amanah akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak, maka Luqman pun menolak untuk membukanya. Akhirnya ketiga-tiga gadis itu marah dan mencederainya. Luqman kemudian membersihkan darah yang membasahi tubuhnya dan kembali berjaga di depan pintu. Ketika majikan pulang dia tetap merahsiakan perilaku ketiga puteri majikan terhadapnya.

Pada hari berikutnya majikannya sekali pergi ke kebunnya. Sebagaimana sebelumnya dia berpesan kepada Luqman: "Aku telah menyiapkan makanan dan semua keperluan. Oleh kerana itu jangan membolehkan mereka membuka pintu ini!" Demikianlah, selepas pemergian ayahnya, ketiga puteri majikannya itu bergegas menemui Luqman dan berkata kepadanya: "Bukalah pintu ini!" Sementara itu Luqman masih tetap memegang amanah yang dibebankan kepadanya tetap tidak bersedia membukakanya sebagaimana pesan dari majikannya. Akan tetapi, ketiga gadis itu kembali menyerang dan melukai Luqman yang tetap duduk di tempatnya. Si majikan telah pulang ke rumah, Luqman sekali lagi tidak mahu menceritakan perihal perilaku ketiga puterinya.

Melihat keteguhan hati Luqman, puteri tertua majikannya kemudian rasa simpatinya datang dan berkata: "Mengapa budak Habasyi ini lebih mengutamakan ketaatan kepada Allah S.W.T berbanding aku? Demi Allah, aku akan bertaubat!" Dan puteri sulung majikan Luqman itu pun bertaubat kepada Allah S.W.T. Si bungsu berkata, "Mengapa budak Habasyi dan kakak sulungku lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T? Demi Allah, aku juga akan bertaubat." Demikianlah si bongsu akhirnya mengikuti jejak kakak sulung dan keduanya dengan bertaubat. Setelah mengetahui bahawa kakak mahupun adiknya telah bertaubat, puteri kedua majikannya berkata "Mengapa dua orang saudaraku dan budak Habasyi ini lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T berbanding aku? Demi aku, aku akan bertaubat juga!" Akhirnya dia pun bertaubat.

Setelah ketiga puterinya yang berkerja sebagai wanita penghibur itu bertaubat, maka rakan yang sama bekerja denganya di desa berkata,"Mengapa budak Habasyi dan ketiga gadis itu lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T berbanding kami?" Hal tersebut mendorong mereka untuk bertaubat sebagaimana ketiga-tiga rakannya sehingga jadilah mereka sebagai orang yang beribadat di desa itu.

Demikianlah bahawa hidayah datangnya bukan lewat, dakwah berupa ucapan tapi juga tindakan, atau amalan yang ditunjukkan oleh Luqman al-Hakim dalam memegang teguh amanah yang sudah menjadi tugasnya. Sehingga fitrah seorang manusia untuk selalu beribadah kepadaNya menjadi terpukul tatkala melihat seorang yang mampu menjalankan ibadah itu dengan baik.

1. Dari kecil aku diajar tentang nabi, lebih2 lagi tentang sirah nabi, bapak aku adalah tuan guru yang terkenal tak pernah lengkang mengajar aku dan mendidik aku tentang sifat nabi. Malah sehingga akhir hayat dia, dia masih menceritakan aku pasal nabi muhammad. Iman aku mmg jauh beza dengan iman ayahanda aku...... kalau org kenal aku dengan perwatakan aku mesti ada yang terkejut beruk bila tahu aku ini adalah seorang anak tuan guru. Iman mmg tak boleh diwarisi mybe itu alasan yang aku boleh bagi pada mereka-mereka yang suka bertanya. Tapi dalam hati aku sendiri itu bukanlah jawapan dari hati aku sendiri...kenapa aku tidak seperti ayahanda aku... susah untuk aku katakan tapi terlintas dlm otak aku.. Patutlah nabi risau dengan umat-umatnya walaupun pada waktu itu iman para sahabat nabi tak ada tolak bandinganya. Kalau nabi dh bimbang dengan umat2 dia yang hidup sezamannya apa lagi aku yang hidup selepas 1400 lebih kewafatan baginda............ ada rasioanlnya mengapa dia risau ttg umatnya.

2. Tak perlu jauh2 aku menceritakan buruk baik perangai org lain, cukuplah sekadar perangai aku yang kadangkala imannya surut naik pendik kata tiada istiqomah dalam ibadah dan perbuatan....di dalam hati mahu memimpin perjuangan nabi tapi perbuatanya jauh tersasar dari apa yang aku mahu. Kalaulah aku boleh diperlihatkan betapa besarnya dosa aku selama hayat aku hidup didunia ni pasti aku tak akan berhenti menangis tapi disebabkan dosa itu aku tak nampak maka aku terus dan terus melakukan dosa tanpa rasa takut dan segan pada tuhan dan rasullulah.

3. Bukan aku cintakan dosa, tapi maybe dosa itu sangat asik dan memberi nikmat yang boleh mengembirakan dan melalaikan aku. Kadang-kala terfikir aku, adakah perbuatan aku ini turut ditonton oleh ayahanda aku tercinta dialam barzah sana. Ya Allah janganlah kau seksa dia atas perbuatan aku.... dia tidak berdosa, Ayahanda aku telah memberi tunjuk ajar dan didikan secukupnya kepada aku dan anak-anaknya. Tapi diri aku sendiri yang gagal mengawal nafsu amarah aku...ya Allah kasihanilah Ayahanda ku...... dia telah mengadaikan sepenuh jiwa dan hartanya di jalanmu. Jangan kau sakiti dan dukacitakan dia... peliharaya dia dan tempatkan dia di tempat orng2 yang kau kasihi dan mulia... amin...


4. Buatmu Nabiku...aku minta maaf kerana aku tidak menjadi umatmu yang kau kehendaki, Tapi hati aku jauh mengingikan jalan yang kau susuri. Jangan kau berpaling mukamu kepada aku diakhirat nanti. Berikanlah aku syafaat untuk menemanimu di surga nanti.....

5. Buatmu tuhanku, ampunkahlah aku... aku hamba yang kau ciptakan sebaiknya dan secukupnya tapi aku tetap lemah dlm ujian yang kau beri. Kau bimbing aku dan kau peliharanyakan iman aku.. Harapan aku terhadapmu agar satu hari nanti aku juga mampu menjadi pejuang kalimahmu....

1. Belum isu PPSMI diselesaikan tiba2 menteri pelajaran yang baru merangkap Timbalan Menteri Malaysia Mahyudin Yassin membuat gimik buat anak-anak bangsaku iaitu menjadikan Bahasa Ingelish sebagai mata pelajaran wajib lulus (sama taraf dgn BM) kemudiaan menghapuskan sistem SPM terbuka yang sejak diamalkan pada tahun 2000 lagi.


2. Dulu masa mula2 aku dengar Pak Najib Monggolia mengumumkan barisan kabinet yang baru khususnya yang menyandang kementerian pelajaran Malaysia aku mengahapkan bahawa isu PPSMI akan dapat diselesaikan dengan kadar segara. Asasnya kenapa aku mengharapkan mcm tu sbb timbalan menteri pelajaran Dr Fuad (Parlimen Batu Pahat) antara org umno yang kuat menentang PPSMI ni. Tiba2 bila dh disuapkan jawatan timb menteri..senyap seribu bahasa malah isu lain pulak dimainkan..skrh org tua tu dh tak sebut2 isu PPSMI. Najib yang dulu mula2 jd PM nak selesaikan isu PPSMI pun dah senyap.....


(gamba hiasan jek)

3. Aku pun tak faham, mcm dah jadi satu trend, setiap kali bertukar menteri pelajaran mesti setiap dasar pendidikan negara akan berubah. Budak-budak sekolah pulah yang tak tahu erti dan istilah dasar hanya dijadikan bagai lembu mengikut telunjuk. Bagi guru disekolah pula sentiasa terkial-kial untuk merialisasikan dasar-dasar baru walaupun dasar yang telah lama dan sedia ada belum tercapai lagi. Aku tak tahu kenapa boleh jadi mcm nie, tapi aku rasa mungkin setiap menteri nak menunjukan kebolah masing2 hingga mengadaikan masa depan anak bangsa tetapi dengan alasan untuk meningkatkan mutu pendidikan negara agar ianya nampak halal dikaca mata rakyat lebih2 lagi rakyat yang jahil otaknya.....

4. Kenapa perlu dihadkan subjek pelajaran yang ambil utk SPM kalau dulu negara berbangga dengan pencapaian anak-anak bangsa dengan memperolehi puluhan A dalam setiap mata pelajaran, malahan didada akhbar arus perdana beria-ia menceritakan setiap peratusan semua subjek meningkat setiap tahun, tak pernah berkurangan. Tapi kenapa tiba2 skrg mula nak ubah dasar yang sedia ada. Adakah dasar yang sedia ada gagal melahirkan pelajar yang cemerlang dan adakah maklumat2 yang diberi kepada rakyat yang sebelum ini ( peratusan cemerlang SPM meningkat) adalah sekadar penipuan yang dilakukan sang penguasa untuk melanjokan nama menteri tertentu.

5. Apapun kisahnya Malaysia tidak ambil iktibar apa yang terjadi dinegara-negara mundur apabila kerajaan yang memerintah sentiasa menukar dasar dan hala tuju pendidikan dengan alasan meningkatkan mutu pendidikan walhal dasar yang dipratikan telah menghancurkan masa depan rakyat. Filiphina antara beberapa buah negara yang sering kali mengubah dasar pendidikannya. Jauh sekali negara maju seperti UK, Amerika Syarikat dan Perancis masih mengekalkan status qua dlm pendidikan. Cthnya di UK masih mengekalkan dasar pendidikan dan sistem pendidikan yang berusia ratusan tahun. Malaysia pula.........sentiasa tidak yakin dengan dasar dan keupayaan nilai bangsa sendiri.. sentiasa menciplak dan meniru dari bangsa lain.... malu tak malu.. Malaysia adalah negara yang tidak yakin dengan nilai bangsa sendiri. Akhirnya bangsa akan menjadi bangsat dinegara sendiri...........

6. Tidak perlu penjajah melakukan imprailsma buat kali kedua, cukuplah menghantar nilai budaya mereka dan moral mereka untuk diikuti dinegara2 seperti Malaysia.... Malaysia terus dijajah dengan nilai bangsa asing.......nilai bangsa sendiri mati tanpa kuburnya dibumi sendiri..

1. Setiap kali habis muktamar PAS pasti ada beberapa isu sensasi yang dimainkan oleh pihak media massa. Kalau dulu isu kumpulan erdogan sekarang pula isu kerajaan perpaduaan. Bukan sekadar orang-orang DAP dan PKR kecut perut dengan kenyataan Presiden Pas Tok Guru Hadi Awang tapi jugak org kuat2 dalam Pas tu sendiri. Orang yang lebih menonjol menentang adalah Tok Guru Nik Aziz. Isu ini dh mcm mengambarkan perbalahan didalam PAS tapi itu apa yang diceritakan oleh media massa yang pro kepada UMNO....(maybe ada agenda nak laga2kan org dlm pas n dlm pakatan rakyat) cuba try tengok Harakah Daily dan seangkatan denganya sikit pun tak sentuh, tak tahulah sama ada diaorg malas nak mainkan isu ini atau diaorg sendiri lembap nak update berita2 terkini....



2. Hari tu aku jumpa Pak Cik aku, dia ni org kuat PAS sejak PAS ditubuhkan lagi. Dia cakap ngan aku dia menyampah tengok muka Hadi Awang ni, lebih suka tengok muka Mahatir. Huh hebat sekali kenyampahan dia terhadap Tok Guru Hadi Awang pasal isu kerajaan perpaduaan ini. Tanpa aku menyoal kitab apakah yang dia menjadi rujukan dalam menerima informasi politik Malaysia ini.. dia menyebut utusan melayu dan berita harian... so tak mustahil lah dia pun boleh goyah......

3. Sebenarnya pemikiran rakyat malaysia tidak sampai setahap tahap pemikiran rakyat negara-negara maju dan kayaya khsusunya dieropah. Baik yang dh lama berpolitik mahupun yang baru berjinak-jinak dengan politik. Pemikiran rakyat malaysia banyak dibayangi oleh kepentingan peribadi, ideologi dan juga sejarah. Maka dengan ketiga-tiga angkubah ini menyebabkan apabila sesuatu benda baru yang muncul dalam kontek politik malaysia mesti akan menerima kesan negatif dulu. Aku masih ingat lagi semasa kerajaan Malaysia nak buat lebuh raya Plus, org2 politik yang tak sealiran dengan kerajaan fuh bukan main semangat mengkritik projek lebuh raya tu. Ada yang kata akan projek membazir, jalan raya utk org kaya (sbb time ramai pakai basikal), menghapuskan pekan-pekan baru dan lama di jalan2 biasa. Waktu itu mereka melihat keperluaan rakyat pada masa itu saja mereka tidak melihat kepentingan 10, 20 atau 50 tahun akan datang. Now lebuh raya dh jadi satu kepentingan asas dalam mengerakan ekonomi negara. Semua org dah pakai lebuh raya.... so tak mustahil idea kerajaan perpaduaan ini jugak menerima kritikan sbb ianya sangat baru di Malaysia. (Aku tak dpt bayangkan betapa malunya mereka yg dulu kritik2 projek lebuh raya ni....itu pun kalau diaorg hidup lagi, kalau tak dok malu dlm kubur jek ar).

4. Actly kalau dlm kontek antarabangsa kerajaan perpaduaan ni dh lama pun di praktikkan di negara-negara maju dan tak menjadi satu isu pun, malahan kerajaan perpaduaan ini dialu-alukan oleh rakyat-rakyat dengara maju dan kaya. German, Swedan, Poland dan banyak lagi sejak dulu lagi (After World War 2) memperaktikan sistem kerajaan perpaduaan. Malahan antara faktor mengapakah Israel begitu pesat membangun, dan kaya walhal isreal adalah negara yang baru ditubuhkan adalah disebabkan sistem pemerintahannya berterasan kerajaan perpaduaan. Jepun juga turut mengamalkan kerajaan perpaduaan sejak kalah dalam perang dunia ke2. Malahan negara jiran kita indonesia turut mempratikan kerajaan perpaduaan, ternyata kerjaan perpaduan yang diamalkan di Indonesia telah mengurangkan indeks rasuah yang satu ketika dulu terkenal negara perasuah di Dunia. Negara-negara lain dah membuktikan kerajaan perpaduaan mampu memberikan anjakan paradigma sesebuah negara, cuma di Malaysia yang aku telah katakan lagi ianya sesuatu yang baru dan was was utk di terima...........

5. Kerajaan perpaduaan sebenarnya boleh dikenali juga dengan kerajaan campuran. Walaupun ada dikalangan ahli akademik dan ahli politik membezakan maksud antara kerajaan perpaduaan dan kerajaan campuran tetapi fungsi dan peranannya tetap sama. So tak salah kalo aku nak samakan maksud kerajaan campuran dan kerajaan perpaduaan. Sebenarnya terdapat banyak kebaikan yang wujud dlm kerjaan perpaduaan, iaitu kerajaan dianggotai oleg golongan-golongan yang benar-benar berkelayakan dan berilmu dari kalangan parti pemerintah dan parti kerajaan. Dengan kata lain, ahli-ahli politik yang tak berguna dan tak berjiwa rayat serta bangang otaknya tidak akan menjawat jawatan dlm kabinat, jawatan dlm kabinet akan dianggotai oleh orang2 yang benar2 kudus dan profesional dlm bidangnya. Tidak lagi timbul persoalan menteri tak buat kerja, menteri bodo dan banyak lagi. Dan yang paling penting tak akan wujud lagi dasar yang membuta tuli seperti Dasar PPSMI yang membunuh nilai bahasa dan budaya bangsa.......

6. Namun persoalanya bersediakan kerajaan perpaduaan yang dilontarkan oleh Tok Guru Hadi Awang diterima sekelian umat Malaysia. Tok Guru Nik Aziz awal2 lagi dah tolak dan mengatakan mengarut. Kapal Singh pula nak tambah popularitinya panggil media dan mengeluarkan kenyataan mengkritik Tok Guru dan PAS. Bagi aku, tak salah untuk mengeluarkan apa yang terbuku dihati tapi jangan cepat melatah dengan sesuatu yang baru timbul. Bagi aku, Tok Guru Hj Hadi antara pemimpin PAS yang fundamentalism namun ada berpegang kepada leberialisasi dlm berpolitik. Tengok saja kalau ada demontarsi atau sebagainya Tok Guru Hj Hadi Awang pasti turun dan mengalakan Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz pula mungkin faktor kesihatan tidak mengizikan dia nak turun utk setiap kali demontarsi. Tetapi sedikit sebanyak aku boleh faham cara pemikiran kedua-dua Tok Guru ni.

7. Bagi aku Tok Guru Nik Aziz seorg yang kuat mengekalkan status qua dlm PAS dan cara pemikiranya banyak dibayangi oleh faktor sejarah. Manakala Tok Guru Hadi Awang seorang yang idealis dan rasionalis. Nak melakukan perubahan dalam PAS dan politik Malaysia itu sendiri. Tapi pesanan aku sebagai hamba rakyat yang kurang ilmunya kepada Tok Guru Hadi Awang, pemikiran rakyat Malaysia belum sampai tahap pemikiran rakyat dinegara-negara maju. Tok Guru perlu kuat dan mengambil tindakan berhikmah, jangan terlalu tergesa-gesa dan membuta tuli. Nabi Muhammad S.A.W pun berdakwah secara berperingkat-peringkat. Nabi mengharamkan arak pun tidak mendadak tetapi berperingkat-peringkat. So tok guru kene sabar k...........

8. Yang terakhir sekali. persoalanya kalau PAS dan benar2 bersedia mendirikan kerajaan perpaduaan, UMNO pula bagaimana............... UMNO ada sejarah menikam PAS dari belakang satu kita dahulu.. UMNO nak ulang kembali sejarah lampau. Bagi aku cabaran yang paling besar untuk Tok Guru Hadi Awang bukan untuk menyakinkan penyokong PAS dan Pakatan Rakayt tetapi untuk bekerjasama dengan UMNO yang aku gambarkan bagai Harimau yang kelaparan.......dan PAS jangan jadi Ayam Jantan yang tiba2 nak terbang dlm sangkar Harimau.. tak pasal2 nati PAS berkubur dlm politik Malaysia.

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat



hehehhe babi dah tukar nama baru tau.....yang lebih hot dan lebih meletup ngeh ngeh ngeh





ha apa kata hamba rakyat yang kerdil ini memberi idea kepada Tan Sri Musa Muhammad ketua polis negara pakai jek motor bila tarik kereta2 yang bermasalah nie.. lebih jimat, lebih anggun dan lebih menawan... Jepun dah buat.. bila lagi Malaysia.. kan Malaysia suka ikut cara Jepun...

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers