Orang kata, bila kita berkereta besar ramai yang akan datang, semua mahu cuba cuba kenal. Ada yang ingin berkawan ada juga yang ingin berkenalan dengan harapan mau jadi pasangan. Orang-orang diluar sana juga ada kata bila kereta besar pasti ramai anak dara atau anak yg pecah dara akan cuba menawan kerana dihati mereka sudah pun tertawan.
Tapi aku tidak seperti itu, yang datang bukan kawan tapi lawan. Aku tidak sehebat lelaki yang diluar sana. Berikan apa saja yang ada pasti ada yang mahu seakan sujud padanya. Ikut segala kemahuannya, ikut segala kehendaknya dan ikut segala citrasanya. Bagaikan tuhan amat patut dan taat setia seumpama tiada tuhan yang berkuasa melainkannya. Kerana wang dan harta menyamaratakan mereka dengan Tuhan yang Maha kuasa.
Pengalaman aku tidak seindah yang aku mahu ciptakan dulu, aku gagal berkawan dan gagal juga memburu cinta. Bagi aku keluarga adalah segalanya. selamat tinggal kawan dan selamat tinggal sayang. (Sayangku dihati ini masih mengharapkanmu)
Inilah Aku
Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa
Renungan untuk aku
يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير
Posted by
WaLi KhAIR SuLaM
0 comments:
Post a Comment