"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)


1. 28 Mac ni adalah kampen untuk mengatasi kepanasan global yang dianjurkan WWF. Motif utama kampen ini, kalau tak silap aku memberi kesedaran kepada masyarakat baik yang cerdik mahupun yang bodoh atau mmg sentiasa diperbodohkan supaya sedar bahawa pengunaan dan pembaziran tenaga yang berlebihan selama ini secara tidak langsung telah memberi kesan terhadap kenaikan suhu dunia. 60 minit tanpa lampu , diharapkan dapat memberi impak. Tentang bagaimana kita menilai sumber tenaga yang sedia ada. Begitulah objektifnya....

2. Sebenarnya bukan Malaysia negara pertama yang startkan benda ni tetapi adalah bermula di bandaraya metropolitan Sydney pada tahun 2007. Kempen ini telah mendapat sambutan baik apabila seramai 2.2 juta penguhi Sydney menutup lampu baik di rumah mahupun di permis perniagaan. Kemudian pada tahun 2008 sebanyak 35 buah negara turut terlibat menjayakan program ini dengan penglibatan sebanyak 50 juta penduduk dunia. So kali ini adalah kali ketiga kempen ini dilancarkan dan Malaysia buat pertama kali melibatkan diri dalam program ini. Kempen tahun ini, melibatkan 75 buat negara dengan penglibatan 538 kotaraya seluruh dunia termasuk Kuala Lumpur. Malaysia menggunakan arits-arits sbgi ejen dlm kempen ini...walhal mereka pun bukanlah betul sangat dalam menjaga alam sekitar.


3. Aku sokongan kampen ini, dan aku pun akan terlibat dalam kampen ini. Cuma bagi aku kepanasan global yang berpunca daripada lampu ini adalah satu masalah yang sebesar ANAK IKAN BILIS. Walhal punca yang sebenar atau sebesar ikan jurang atau paus masih lagi berleluasa. Sebenarnya salah satu punca terbesar kepanasan global ini adalah berpunca dari sikap masyarakat yang merokok. Walaupun asapnya tidak sebesar asap kemenyean atau asap kereta namun sekiranya 10 000 perokok menghisap rokok secara serentak dalam kawasan yang sama cukup untuk meningkatkan suhu kepanasan dalam kawasan tersebut. Namun jumlah perokok yang dianggar diseluruh dunia menhampiri satu bilion.

4. Nak suruh berhenti merokok, adalah sukar kerana rokok ini umpama dadah yang HALAL.. Tapi cukur sekadar kampen berhenti merokok 60 minit, komfem bukan suhu kepanasan global akan rendah dengan mendadak malah mengembalikan kesihatan seluruh penduduk dunia.

5. Tapi kenapa kampen seperti ini tidak dilancarkan? Jawapanya sbb orang yang terlibat dalam kampen ini pun turut kaki rokok. Lihat saja artis Malaysia yang beria-ia untuk kampen ini. Kebanyakan semuanya kaki perokok baik perempuan mahupun lelaki. So kalau kampen merokok ini dilancar komfem mereka tak join. Mungkin bagi mereka tinggalkan solat tak apa tapi rokok jangan sekali kali...

6. Itulah pemikiran rakyat ku...sentiasa melihat benda yang sebesar ranting-ranting, Walhal dahan yang besar yang menjadi asas kepada permasalahan ini langsung tidak terfikir....

7. Tolonglah jangan tambah manusia bodoh di MALAYSIA ini lagi!!!!!

ps: dengan kata lain dr dok beria-ria kampen tutup lampu selama sejam apa kata korang kampen jangan merokok selama sejam.. lagi bagus... udara pun segara kesihatan ko dan kitaorn pun terjamin.. korang punya pasal la... kitaorg yg tak merokok nie mati cpt.. korang mati lambat,... bodoh!!!!!

- hehehe kwn aku yg merokok jgn marah yek. Ini idea aku.. nk kutuk aku boleh jek-

1. Malam semalam haji Nizar diumumkan sebagai calon PAS utk Parliman Bukit Gantang yang pernah menjadi antara kubu terkuat UMNO. Mana tidaknya pada pilihanraya 2004 buat pertama kalinya Bukit Gantang diwakili oleh orang Cina walhal sebelum ini diwakili oleh orang Melayu, walaupun dari segi jumlah penduduk dikawasan itu Malayu lah yang paling ramai sekali.

2. Aku percaya bukan aku saja yang dapat menduga Hj Nizar yang menjadi calon pilihan PAS tetapi juga UMNO dan mereka-mereka yang faham tentang dunia politik. UMNO dari awal telah mengumumkan calon mereka, UMNO sudah menghintung kekurangan dan kelebihan yang ada pada calon mereka. Bagi mereka inilah yang terbaik untuk mengalahkan Hj Nizar yang dianggap penderhaka terbilang.

3. UMNO perlu menang untuk membuktikan sokongan rakyat terhadap rampasan kuasa di Perak dan yang paling penting sokongan padu terhadap Najib yang akan dilantik sbb PM (itupan kalau jadi). Sudah 2 kali pilihanraya kecil UMNO kalah dibawah pimpinan Najib so kali ini Najib perlu menang, kalau tak buat malu jek!!!

4. PAS perlu menang, 1. Kerana ini mmg wilayah PAS, 2. Membuktikan rakyat benci dgn rampasan yang ada. 3. Rakyat mmg tak sokong dengan Sultan dan 4. Jangan kasi Najib yang dikaitkan dengan altantuya itu menjadi PM. Malu Malaysia.....

5. Apepun terpulang pada rakyat untuk menilai, apa jua keputusan pilihan raya ini bukan sekadar memberi kesan kepada dalaman Malaysia tetapi juga politik antarabangsa. Aku pun nak nilai sama ada ramai rakyat bukit gantang ini masih bodoh atau sudah cerdik akal nya............

ps: pilihanraya kali ni menarik sbb 2 BUKIT 1 BATANG bertarung dalam masa yang sama hahahaha

jgn slh fhm

1. bukit selembau
2. bukit gantang
3. batang ai

pilihanraya adalah serentak.. jauhi daripada otak kuning

Maka dengan hari ini aku istiharkan cukuplah 2000 yang view blog aku yg baru berusia 3 bulan..... huhuhuhu aku start buat time gaza kene bom oleh YAHUDI bodoh....

Thanks kepada yang memberi sokongan pada blog aku. dan tak lupa juga terima kasih buat yang segala pengkritik idea aku.. Aku mmg suka blog aku di kunjungi dan berkongsi idea...

Aku pun aku nak ucapkan Thanks khusus buat ALITOSFERA, AMEERA,CDA, NORM,NURUL,DIN (BUDAK BARU) dan AYANG TERSAYANG yang entah dimana kerana telah memberi respon yang cukup baik untuk aku....thanks byk2

Tak lupa juga buat anak2 sedara aku NAJIHAH n NABILAH.. Kepada nama2 yang aku tak sebut tu..aku pun ucapkan terima kasih byk2..

Dalam blog ni juga aku minta maaf buat mereka yang pernah tersinggung apa yang aku katakan atau mungkin dari respon-respon orang lain dalam blog aku. Bagi aku setiap manusia berhak bersuara tanpa suara kita sukar menunjukan rasa diri kita btw bila bersuara perlu ada cara dan etikanya agar yang dusta tidak menjadi benar dan yang benar tidak menjadi dusta.

Apepun aku gembira blog aku ini dikunjungi oleh pelbagai jenis dan ragam manusia... aku harap setiap yang masuk berikan kan komen..tak kisah komen apapun janji komen....

pesanan buat semua "tunjuk ajar ku sifu!!!!!"

1. Semua orang tahu baru-baru ini Najib telah membentangkan badget mini 2009 untuk mengatasi krisis ekonomi. Berapa jumlahnya? RM60 bilion atau dengan kata lain RM 60 ribu juta. Dalam bentuk angka pula....... RM 60 000,000,000.00. Tanpa membuktikan wang ini sebenarnya ada atau tidak, namun segelintir pemimpin dan sebilangan rakyat menyabut dengan penuh kesyukuran tanpa berfikir berpanjang.
2. Secara tidak langsung indeks sokongan terhadap Najib khususnya masyarakat di Felda dan kampung-kampung meningkat dengan mendadak. RM 60 Bilion juga seakan-akan telah menutupi isu pembunuhan altantuya yang dikaitkan dengan beliau.
3. Namun terfikir aku, kalau betulan ada wang RM60 Bilion untuk untuk membangunkan ekonomi dan taraf kehidupan rakyat kan bagus RM Bilion itu diagih-agihkan kepada rakyat Malaysia yang mempunyai penduduk terkini sekitar 28 juta orang.
4. Kalau lah RM60 Bilion itu diagihkan setiap penduduk Malaysia yang berjumlah 24 juta...nascaya setiap penduduk Malaysia ini termasuk yang baru lahir dan akan menunggu ajal akan menjadi jutawan. Maka Malaysia akan digelar negara jutawan. Kalau dikirakan sekiranya diagihkan secara adil dan saksama tanpa ada unsur2 penipuan maka setiap rakyat Malaysia sekurang-kuarangnya mempunyai RM 2.1 juta di dalam bank. Kalau tak caya kira sendiri tapi sila guna kakulator canggih sikit.. kalau setakat kakulator yang dapat free siap ada logo BN komfem tak dpt jawapayn yang betul.. manalah tau kot2 BN ada bagi kakulator free sempena pilihanraya ni......
6. Kalau benar wang ini ada, kena tidak terus dimasukan ke dalam akuan rakyat, pasti tiada rakyat yang hidup yang melarat dan taraf hidup rakyat akan lebih meningkat. Namun juga wang ini untuk menjaga dan menyelamatkan anak-anak ikan (kroni) yang bertarung antara hidup dan mati sbb krisis ekonomi. Mereka hutang dan rugi berpuluh-puluh juta maka wang rakyat yang menjadi penyelamat....... maybe kot. Setiap orang mampu berfikir, so korang pun tahukan kemana sebenarnya akan pergi RM60 bilion ini.........................
5. Negara dh lama masuk alaf baru, tahun 2020 pun sudah hampir kita capai tp rakyat perlulah cerdik supaya mereka tidak mudah diperbodohkan dengan kata-kata yang indah. Janganlah otak kita ini seperti otak burang unta yang lebih kecil dari matanya. Setiap maklumat yang kita perolehi perlulan difikir dan dinilai semasak-masaknya agar diri kita tidak diperguna dan diperbodokan oleh orang lain...
6. Cukuplah, janganlah tambah manusia bodoh di Malaysia ini lagi. susah hati aku tgk muka-muka manusia bodoh ni!!!!!

Why Malaysian Government insists on using English for math and science?

This is because the whole world uses the language as an information and/or technology language. How dangerous it will be if we try to use Bahasa, especially in school.

See example below:-

1. Hardware = barangkeras
2. Software = baranglembut
3. Joystick = batang gembira
4. Plug and Play = cucuk dan main
5. Port = lubang
6. Server = pelayan
7. Client = pelanggan


Try to translate this:

ENGLISH:

That server gives a plug and play service to the client using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client.

Now in BAHASA:

Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu akan dimasukkan ke dalam lubang pelanggan. Now you know...WHY... wakakakaka! booongok!


- tq din-

1. Terkejut aku bila, aku dimaklumkan bahawa gaji Pengerusi Syabas iaitu Tan Sri Razali Ismail sejumlah RM5.1 juta setahun. Ini bermakna gaji beliau RM425,000 sebulan dengan kata lain satu hari, gaji dia RM14,166... Satu jam gaji dia RM1,770. Satu minit, dia dibayar RM29.51. Dari sudut yang lain pula, beliau boleh membayar gaji 34 Ahli Parlimen sebulan ataupun boleh membayar 425 anggota polis dengan gaji RM1,000 sebulan. "Bermakna lima unit FRU boleh ditanggung dengan gaji beliau... ataupun kalau bil air... RM100 sebulan, boleh membayar 4,250 rumah atau kalau bil air itu RM50, boleh bayar 8,500 sebulan. Tapi ingat ini adalah gaji pokok belum campur elaun elaun yang lain.

2. Persoalanya disini, mengapakah syarikat-syarikat milik kerajaan yang mengutamakan kepentingan rakyat memberi gaji kepada individu-individu tertentu dengan kadar yang melampau batas. Ini bermakna rakyat banyak menghabiskan pembayaran bil-bil kepada kerajaan namun sebagai besar perolehan pembayaran itu di agigahkan kepada mereka-mereka yang di atas dan mempunyai kuasa sahaja. Kalau syarikat itu MAK BAPAK dia yang punya aku boleh terima, namun syarikat itu RAKYAT yang punya.........

3. Kesian rakyat aku.... yang miskin semakin miskin yang kaya semakin kaya. Tapi ada dikalangan yang miskin tidak sedar yang mereka diperbodohkan oleh si kaya. Baru bagi gula -gula sebiji, gembira si miskin bagaikan mendapat syurga di akhirat sana.

4. Ini baru sekadar kekayaan mereka-mereka yang berdamping dengan sang penguasa, belum lagi kekayaan sang penguasa. Mahu ada yang tercirit bila melihat aset dan harta-harta mereka.



ps:- aku ambil fakta ini dari Dewan Rakyat yang bersidang pada 13 Mac yang lalu. Ada ayat yang aku copy dari harakah sbb aku malas nak taip sgt.


1. Siapa sangka rumah yang tinggal masa untuk roboh ini tersimpanya satu permata yang cukup bernilai yang bakal mengegarkan sejarah pendidikan Tanah Air. Inilah rumah adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, yang mendapat 20A dalam peperiksaan SPM. Kejayaan ini telah membuktikan bahawa orang Melayu lebih hebat dari orang lain namun belum cukup membuktikan bahawa dasar PPSMI ini terbukti berjaya. Kalau ada yang kata dasar PPSMI ini telah berjaya maknyanya mereka itu silap dan mudah diperbodohkan oleh politik dalam pendidikan. Tapi kali ni aku bukan nak cerita mengenai dasar PPSMI tapi cerita mengenai Tun Teja alaf baru yang hebat dan warak keperibadiannya.

2. Sememangnya jauh sekali ada astro mahupun streamyx. Tapi adik Nik Nur Madihah telah membuktikan yang dia mampu berjaya melebihi mereka yang dilimpahkah kekayaan. Bagi mereka yang diselimutkan dengan kekayaan sudah dapat 10A bagaikan hebat seperti Tuah membunuh Jebat. Namun ramai lagi golongan ini mengalami sindirom "otak burung unta lebih kecil dari matanya".

3. Adik Nir Nur Madihah dapat 20A alahai jauh sekali dengan result SPM aku dulu hanya sekadar dapat 2A. Teringin aku nak lihat result adik Adi Putra yang cerdik tu. Kalau dia ambik SPM entah berapa A lah dia dapat yek.....

4. Ohye baru aku ingat.. Diana Danieall, berapa result SPM dia yek, mesti lebih hebatkan. Kerana apa aku kata hebat? Kerana dulu seingat aku ada seorang artis ni (dah dapat dato pun) result SPM nya sekadar pangkat 2 saja, tapi media massa mengambarkan bagaikan digelar pelajar terbaik Malaysia semata-mata kerana dia cantik dan manis rupanya...

1. Hari ini, semua exco negeri selongor telah mengistiharkan harta mereka di lawan web rasmi kerajaan negeri selongor kecuali MB Selongor. Pengistiharaan ini ada disbbkan permintaan daripada Sultan Selangor dan sebagai menunaikan janji pakatan rakyat semasa mula membentuk kerajaan. Mari kita tgk kekayaan mereka:-


2. Exco pelaburan dan perdagangan Teresa Kok mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM32,830.67, sementara jumlah tanggungannya RM2,246.92 sebulan.

3. Exco hal-ehwal agama Dr Hassan Ali pula RM17,722.08 (pendapatan) dan RM12,781 (tanggungan).

4. Exco pelancongan Elizabeth Wong, yang sedang bercuti susulan isu foto bogel, mendapat RM17,722.08 dan membayar hutang kad kredit RM2,000 sebulan.

5. Exco perumahan Iskandar Abdul Samad RM17,722.08 (pendapatan) dan RM2,527 (tanggungan).

6. Rodziah Ismail, exco kebajikan, RM18,122.08 (pendapatan) dan RM3,830.25 (tanggungan).

7. Ronnie Liu Tian Khiew, exco kerajaan tempatan, RM20,722.08 (pendapatan) dan RM4,657 (tanggungan).

8. Exco pertanian Yaakob Sapari mendapat RM17,722.08 dan menanggung RM1,598.99.

9. Exco kesihatan Dr Xavier Jayakumar RM17,722.08 (pendapatan) dan RM2,270 (tanggungan).

10.Exco pendidikan Dr Halimah Ali mendapat RM17,722.08 dan menanggung RM7,238.50.

Semua maklumat pendapatan barisan exco ini tidak termasuk perolehan pasangan masing-masing.

11. Teringin aku nak lihat aset pak lah dan menteri2 dlm BN ni... yang semamgnya merekalah antara orang terkaya dan jutawan negara. Btw Tahniah di atas keberanian pemimpinan negeri selongor tapi aku muskil kenapa MB lambat sangat nak wartakan aset dia...

12. Sekarang aku tunggu menteri2 UMNO dan BN. Kapan mau jadi anak jantan depan rakyat!!!

1. Sejak kebelakangan ini banyak kwn-kwn minta tlg aku ajar mereka buat blog, ada yang kata untuk promosi bisnes dia dan ada juga buat blog yang saja untuk mengeluarkan idea dia. Bagi aku pula, lagi mengalakan sesiapa yang nak buat blog. Tak kisah lah tak ada orang lihat blog kita tapi blog ini bagaikan satu diari yang menceritakan segala apa yang kita rasa dan fikirkan. Sekiranya kita mati, blog kita akan terus hidup dan akan terus di baca oleh sesiapa yang masih hidup. Dengan kata lain selagi dunia teknologi ini hidup maka blog kita akan terus hidup.

2. Semalam, entah kenapa aku membaca lebih dari 50 blog dalam masa satu hari. Bila aku membaca blog tersebut secara tidak langsung aku membaca pemikiran dan fikrah mereka. Bagi mereka yang agak redikal dalam memperjuangkan sesuatu isu ayatnya agak begitu semangat namun belum pasti diluar dia menjadi anak jantan. Namun bagi yang membaca blog ini harus berhati-hati jangan menganggap apa yang disampaikan umpama wahyu tuhan hingga minda kita dikuasi oleh pemikiran orang lain. Nasihat aku selagi kita masih hidup kita yang tentukan pemikiran kita.... jadi lah seseorang yang berdiri atas kakinya sendiri bukan dengan bantuan orang lain.

3. Bagi mereka yang diambang percintaan, blog ini umpama ruang untuk meluahkan rasa yang ada pada yang tersayang. Gambar kenangan bersama di letak disetiap penjuru blog lagi banyak gambar mereka berdua lagi hebat tanda sayangnya. Walaupun aku melihat bagaikan nak muntah kerana dah serabut sbb banyak gamba namun ianya tetap menarik sbb susunan ayatnya bagai puisi yang indah dan secara tidak langsung memberikan aku idea untuk bercerita. Namun orang bercinta bagaikan dunia ini tinggal mereka berdua sahaja.. mereka tidak memperdulikan orang lain apa tah lagi masalah yang besar dan ancaman yang makin hampir bagi mereka. Bagi mereka apa nak jadi dengan dunia ini jadilah asalkan cinta mereka berdua jangan dicegah jangan dihalang, biarkan kami mati bersama tinggal dalam liang lahad yang sama.

4. Bagi aku, apa yang aku tulis membawa satu masej suara anak muda yang mahukan sesuatu yang terbaik untuk diri aku dan rakyat aku... Bagi aku sayang aku bukan untuk keluarga dan kawan-kawan aku saja. Tapi sayang aku untuk seluruh dunia.........................


1. Pertama sekali, tahniah buat adik Nik Nur Madihah yang memperoleh 19 1A dan 1 2A dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan. Sememanganya sejak dari dulu lagi Kelantan mencatatkan rekod penyumbang kepada pelajar-pelajar cemerlang di Malaysia berbanding negeri-negeri lain.

2. Aku pun turut bangga kerana aku juga berasal dari sekolah agama Maahad. Walaupun sekolah-sekolah agama telah membuktikan kehebatan mereka namun masih ada segelintir pihak yang menganak tirikan sekolah agama ini. Dan ada yang berpandangan bahawa sekolah agama melahirkan golongan ekstrim dan redikal. Tapi mereka lupa bahawa golongan-golongan ini lah yang akan membawa kemulian kepada mereka satu hari nanti.

3. Bantulah sekolah agama dan hentikan skaptikal bodoh tu!!!!

1. Thanks kepada sesiapa yang prihatin yang baca dan beri komen-komen pasal blog aku dan tentang aku. Tapi satu benda yang aku nak, tolong jangan nak komen-komen orang di sekeliling aku terutamanya orang yang penting dalam hidup aku. Aku tak nak ruang SHOUT MIX ni cerita pasal keburukan orang-orang yang dikeliling aku. Mentang-mentang aku tak boleh delete apa yang korang komen ada pihak yang cuba salah gunakan... pls pls pls.. aku tak nak benda-benda mcm ni diperbesarkan lagi sbb banyak benda lagi yang perlu kita fikirkan dan laksanakan.

2. Kadang kala aku tak tahu siapa yang bagi komen-komen mcm nie.. sama ada kawan aku atau bukan kwn aku kerana kebanyakannya pakai nama samaran..bukan hak aku nak halang korang pakai nama samaran btw jangan salah gunakan ruang ini untuk memperkecilkan orang disekeliling aku. Setiap orang ada kelebihan dan ada kekurangan...Namun dengan kekurangan mereka semualah menyebabkan aku sayang pada mereka.

3. Kita khalifah bumi kita ada tanggungjawab kita untuk pelihara bumi kita..
Btw thanks..atas sokongan korang semua ttg blog aku..

ps: dulu masa aku sek men, aku dpt surat dari budak perempuan.. dia tulis pakai pen merah.. dia cakap Merah itu tanda Marah. So kali ini aku guna tulisan merah sebagai tanda aku marah.

1. Hari ini teringin sekali aku nak mengajar sejarah kepada mereka yang masih menyokong dasar PPSMI ini agar meraka sedar barah atau kanser yang wujud dalam bangsa kita perlu dicegah sebelum menjadi semakin parah. Kanser PPSMI ini bukan wujud dengan sendirinya tetapi hasil ciptaan sang penguasa. Aku harap post aku kali ini akan dibaca oleh sang penguasa di atas sana khususnya Dato Sri Hishammudin yang lemah gemalai itu. Walaupun dia Menteri Pendidikan tetapi dia juga perlu didik oleh rakyat supaya tidak menjahanamkan pendidikan generasi kita. Dengan kata lain, dia tetap manusia, aku juga manusia, dan kamu yang membaca pun adalah manusia. Manusia tidak dapat lari dari kesilapan dan kesalahan. Nabi pun pernah bersabda "berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu amat berguna kepada orang yang mukmin". So bila org dah bagi peringatan dan nasihat janganlah degil dan keras kepala.. Seperti kata bidalan nasihat itu adalah tanda sayang. So maknya aku sayang Hishammudian dan aku sayangkan seluruh rakyat Malaysia..muah muah muah...

2. Telah aku katakan sebelum ini, malah sering aku ingatkan bahawa sejak bermulanya tamadun manusia di dunia ini sehingga ke zaman ini masih belum terdapat mana-mana negara yang maju dengan mengambil bahasa asing ke negaranya untuk dijadikan bahasa pengantaraan. Perancis, Jerman, Britain, Itali, Russia, Korean Utara, Korea Selatan, Taiwan, China, Jepun dan banyak negara lain membuktikan kemajuan mereka adalah berasaskan bahasa mereka sendiri. Thailand yang merupakan negara di Asia Tenggara yang mempunyai kadar penciptaan inovasi pertanian tertinggi sekali di gugusan Asia Tenggara turut menggunakan bahasa ibuanda mereka sendiri. Israel yang kita sedia maklumat kejahatanya, namun Israel sanggup mempertahankan bahasa ibuanda mereka iaitu Hebrew dalam dasar pemerintahan dan pendidikan mereka. Kerana Isreal percaya untuk terus mempertahankan bumi Israel, Israel perlu mempertahankan jati diri bangsa mereka seperti kata bidalan bahasa itu melambangkan bangsa. Israel juga adalah antara negara yang mempunyai kadar inovasi dan reka cipta tertinggi

3. Malahan dasar ini terbukti gagal dalam melahirkan rakyat yang berilmu dan negara yang maju. Ternyata india mengamalkan sistem pendidikan dalam Bahasa Inggeris sehingga bahasa Inggeris menjadi bahasa kedua terpenting yang termaktub di dalam perlembagaan di dalam negaranya gagal dalam menaik taraf hidup penduduknya. Oleh itu untuk bagi memahami betapa pentingnya bahasa ibuanda dipertahankan di dalam pendidikan, aku akan membincingakan satu persatu berdasarkan fakta sejarah. Jadi bagi mereka yang menyokong dasar PPSMI ini aku harap mereka dapat membuktikan yang dasar ini mampu melahirkan masyarakat yang berilmu dan negara yang maju. Jangan cakap berdasarkan hati dan perasaan, seolah-olah bila melihat budaya asing dari negara yang maju masuk ke negara umpama wahyu yang baru turun dari langit untuk kita pegang dan percaya sampai mati sehingga kita buang dan lupa jati diri dan budaya kita sendiri. Aku tidak salahkan rakyat malaysia kerana mereka tidak tahu fakta yang sebenarnya atau hakikat yang sebenar kerana budaya di Malaysia masyarakatnya sememangnya malas membaca dan mencari ilmu, itu memang tak boleh dipertikaikan lagi. Kalau mereka mahu ilmu dan maklumat cukuplah sekadar bertonggek di depan tv atau membaca akhbar yang kadang kala menipu dan memperbodohkan mereka.


INDIA

4. Negara Pertama yang aku mahu ceritakan adalah India. Kebetulan India adalah negara yang sering aku kaji tentang politik dan ekonominya. India memperolehi kemerdekaan dari British pada tahun 1947. Pada akhir tahun 2008 dicatatkan bahawa penduduk India yang berdaftar adalah seramai 1,147,995,904, kadar peningkatan penduduk India adalah yang terpesat sekali di dunia, kerana semasa tahun 2001 India mempunyai penduduk seramai 1,027,015,248 . Ini bermakna dalam masa kurang 8 tahun penduduk India bertambah melebihi 100 juta orang. India mempunyai dua bahasa rasmi iaitu bahasa Hindi dan Inggeris, walau bagaimanapun bahasa Inggeris lebih menonjol khususnya dalam urusan rasmi kerajaan dan pendidikan. India terkenal kehebatan pendidikanya dalam bidang perubatan. Penggunaan bahasa Inggeris hanya tertumpu di kawasan bandar manakala di kawasan luar bandar lebih cenderung penggunaan bahasa ibuanda. Dari sudut ekonomi India mempunyai kadar pertumbuhan ekonomi antara yang paling pantas di dunia, ini kerana India mempunyai tenaga buruh kedua terbesar di dunia iaitu seramai 516.3 juta orang. Malahan KDNK India adalah USD 1.089 trilion yang menjadikanya negara kedua belas terbasar ekonomi dunia. Pendapatan perkapita India pula adalah sebanyak USD 977 iaitu ke 128 di dunia. Menurut Goldman Sachs dari tahun 2007 hingga 2020 pendapatan KDNK India akan meninggak 4 kali ganda, ini bermakna India akan menjadi kuasa besar ekonomi sehingga mengatasi Amerika Syarikat pada tahun 2043.

5. Itu tadi cerita ttg kehebatan India. Namun disebalik kehebatan tersebut, India masih kekal menjadi antara negara termiskin di dunia. Ini adalah disebabkan sebahagian besar penduduk India hidup dibawah garis kemiskinan. Percaya atau tidak pada tahun 2005 seramai 85.7% penduduk India hidup dibawah paras kemiskinan iaitu lebih tinggi dari kemiskinan di negara-negara Afrika iaitu 80.5%. Kekayaan di India hanya berlegar-legar di kalangan mereka yang berkasta atasan dan golongan-golongan elit, manakala golongan bawahan terus merempat di bumi sendiri.

6. Persoalanya mengapakah keadaan begini boleh berlaku, salah satu faktor adalah kegagalan dasar pendidikan negara tersebut. Walaupun mereka dilihat berjaya dalam pendidikannya dalam bahasa Inggeris namun ianya berjaya di kawasan-kawasan bandar, keadaan ini jauh berbeza sekali dikawasan pendalaman dimana pelajar jauh tercicir dan akhirnya tidak layak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Keadaan ini akan menyebabkan jurang kemiskinan rakyat khususnya kawasan bandar semakin kaya dan kawasan pendalaman semakin miskin. Selain itu juga dasar ini ternyata telah membeza-bezakan antara masyarakat bandar dan luar bandar, siapa yang lebih fasih bertutur inggeris maknanya dia lebih moden dan begitu juga sebaliknya.

7. Bagi aku keadaan ini sudah sama seperti di Malaysia, yang gila bertutur siang malam dalam bahasa Inggeris ini adalah mereka yang berada di kedudukan yang lebih tinggi seperti sang penguasa dan orang-orang kaya sehingga lupa akan asal usul jati dirinya. Oleh kerana dasar ini telah diamalkan sejak sebelum merdeka lagi India mencatatkan kadar inovasi dan reka cipta antara terendah sekiranya hendak dibanding dengan negara-negara yang menggunakan bahasa ibuanda dalam pendidikannya seperti Korea Selatan, Taiwan dan Jepun. Selain itu dasar ini telah menyebabkan sebahagian golongan elit di India sukar menulis dalam bahasa ibuanda mereka iaitu Hindi malah terdapat diantara mereka sudah tidak tahu bertutur dalam bahasa Hindi. Bagi aku pula, mentaliti orang Malaysia adalah sama dengan orang India kerana budaya mengkagumi budaya asing sangat menebal sehingga mereka berasa was was dan malu dengan budaya sendiri. Alasanya budaya asing itu adalah jauh lebih baik dan moden, kononya tak mahu digelar katak di bawah tempurung yang jumud dan ketinggalan zaman. Akhirnya disbbkan dasar ini India sehingga hari ini tidak mampu mengembalikan kegemilangan mereka seperti Tamadun Indus yang pernah mengegarkan dunia satu ketika dahulu.

JEPUN

8. Pertumbuhan ekonomi yang terlalu pesat selepas Perang Dunia II telah menjadikan Jepun sebuah negara yang terkaya di dunia dalam masa kurang 20 tahun. Sejak pembaharuan yang dilakukan oleh Maharaja Meji untuk menjadikan Jepun keluar dari negara feudal dan tradisional maka beliau telah menghantar golongan muda ke negara-negara luar khususnya eropah yang ketika itu eropah mengalami kepesatan teknologi dan kejuteraan. Pelajar-pelajar yang dihantar ke eropah mempunyai tanggungjawab yang besar dimana mereka perlu kembali dan mendidik rakyat Jepun serta mencipta teknologi berasaskan bahasa mereka. Golongan yang belajar ke luar negara berperanan menterjemahkan kembali teknologi dari bahasa inggeris atau bahasa asing kepada bahasa Jepun. Jepun menjadikan bahasa ibuanda mereka sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan mereka seleari dengan sistem pendidikan di Jerman, Perancis dan British dimana pendidikan mereka berasaskan bahasa ibuanda mereka.

9. Hasilnya kadar literasi di Jepun meningkat 99.8% pada tahun 1990 dan 100.0% pada tahun 2000. Seramai 96% golongan pelajar di Jepun berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Dasar pendidikan Jepun ini telah membawa kepada perubahan Jepun dari negara berasaskan pertanian kepada negara berasaskan industri. Selepas Perang Dunia I, Jepun mempunyai kadar inovasi dan ciptaan yang tertinggi khususnya dalam sektor automobil dimana Jepun dalam masa setahun berjaya lebih 100 jenis ciptaan baik untuk ketenteraan mahupun awam. Sehingga ke hari ini Jepun masih mengekalkan bahasa ibuanda senagai bahasa pengantar malah mana-mana syarikat multinasional jepun yang melabur di luar negara contohnya Sony dan Canon turut menjadikan bahasa Jepun sebagai bahasa utama mereka berbanding bahasa Inggeris. Lebih separuh rakyat Jepun tidak mampu bertutur dalam bahasa Inggeris namun mereka mampu membuktikan tanpa bergantungnya bahasa asing mereka menjadi antara kuasa utama ekonomi dunia. Sehingga negara kita sendiri telah memperkenalkan dasar pandang timur untuk mengambil Jepun dan Korea sebagai model untuk menjadi negara maju pada tahun 1983.

10. Bukan sekadar India yang gagal membuktikan dasar seakan PPSMI ini berjaya dalam membawa kepada kemajuan negara. Malahan sejarah telah membuktikan banyak negara yang telah gagal dengan dasar pendidikan yang mengambil bahasa asing sebagai bahasa pengantar. Persoalanya kenapa kita perlu ikut perkara yang terbukti kegagalangan sedangkan ada jalan lain yang ternyata dan terbukti berkesan dalam membawa kemajuan kepada negara. Kenapa pemimpin kita sanggup memperjudikan generasi kita semata-mata mengikut akal dan pemikiran mereka tanpa merujuk dan fakta yang sebenar. Aku lihat sekarang ni pun orang melayu mula rasa jijik dengan bahasa sendiri. Bila kata nak jom dengar lagu melayu atau filem melayu... tanpa rasa segan silu.. mereka akan berkata sori sikit.. melayu2 ni aku tak layan... walhal dia sendiri pun melayu. Ini lah melayu yang lupa daratan kerana pemimpinya pun juga turut lupa daratan.

11. Bahasa itu melambangkan bangsa

Senarai terbaru 20 terkaya di dunia


NEW YORK: Berikut senarai 20 orang terkaya di dunia 2009 yang dikeluarkan Majalah Forbes hari ini:


1. Bill Gates (AS$40 bilion - Microsoft - Amerika Syarikat)

2. Warren Buffett (AS$37 bilion - Berkshire Hathaway - AS)


3. Carlos Slim dan keluarga (AS$35 bilion - Telecoms - Mexico)


4. Lawrence Ellison (AS$22.5 bilion) - Oracle - AS)

5. Ingvar Kamprad dan keluarga (AS$22 bilion - Ikea - Sweden)

6. Karl Albrecht (AS$21.5 bilion) - Aldi - Jerman)

7. Mukesh Ambani (AS$19.5 bilion) - petrokamia - India)

8. Lakshmi Mittal (AS$19.3 bilion) - besi - India

9. Theo Albrecht (AS$18.8 bilion) - Aldi - Trader Joe's - Jerman

10. Amancio Ortega (AS$18.3 bilion) - Zara - Sepanyol)

11. Jim Walton (AS$17.8 bilion) - Wal-Mart, AS)

12. Alice Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart - AS)

13. Christy Walton dan keluarga (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart, AS)

14. S. Robson Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart AS)

15. Bernard Arnault (AS$16.5 bilion) - LVMH - Perancis.

16. Li Ka-shing (AS$16.2 bilion) - Hong Kong.

17. Michael Bloomberg (AS$16 bilion) - Bloomberg, AS)

18. Stefan Persson (AS$14.5 bilion) - Hennes and Mauritz, Sweden)

19. Charles Koch, AS$14 bilion - pembuatan, tenaga - AS)

20 David Koch (AS$14 bilion) - pembuatan, tenaga - AS) - AFP


- Bagi aku, sebenarnya terdapat lagi orang yang kaya yang mengatasi mereka. Iaitu pemipin yang gilakan kuasa dan tamaka harta. Semua senarai di atas adalah golongan bisnesman tetapi kalau dibandingan mereka dengan harta-harta golongan-golongan sang penguasa berganda-ganda bezanya. Walaubagaimana pun tak terdapat 1 pun org Islam tersenarai apa lagi orang melayu. Maybe aku?

1. Percayakah, kita sebenarnya mampu kembali pada zaman silam atau dengan kata lain "back to future". Kalau soalan ini ditanya dikalangan ahli sains atau mereka yang belajar dalam aliran sebilang besar akan berkata mustahil. Namun bagi aku yang sememangnya bukanlah seorang yang tahu tentang ilmu sains tulen atau kejuteraan tapi aku yakin kita mampu kembali pada masa silam. Sudah akan cakapkan sebelum ini, kalau golongan yang berpendidikan falsafah bercakap tentang sains sememangnya diluar ke akalan manusia atau benda yang tidak logik. Aku suka dengan cara pemikirian golongan-golongan falsafah terdahulu seperti Socrates, Aristotle, Plato, Lenardo De Vinci dan ramai lagi mereka bukan sekadar memikirkan soal manusia dan kehidupan tetapi mereka turut memikirkan tentang teknologi dan sains. Begitu juga dengan cendiakawan-cendikawan Islam seperti Ibnu Sina, Ibn Jabbar, Ibnu Rush, Ibnu Khaldun dan sebagainya bukan sekadar tebal ilmu agamanya seperti al-quran dan hadis namun hebat dari sudut ilmu sains dan teknologi. Malahan cendiakan-cendikawan ini turut mencipta pelbagai ilmu yang kita pelajar sehingga ke hari ini.

2. Lenardo De Vinci, pernah bercakap lebih kurang beginilah "aku adalah ahli seni dan falsafah, aku hanya menciptakan idea untuk manusia, tetapi yang menrialisasikan idea itu bukan aku, tetapi manusia yang berada dalam bidangnya". Dengan kata lain, ahli falsafah memberi idea tetapi ahli sains yang menrialisasikan idea tersebut. Sebagai contoh, Lenardo de Vinci adalah manusia pertama yang mengilhamkan manusia mampu terbang melalui lakaran lukisanya. Menurut Lenardo De Vinci, asas untuk manusia boleh terbang adalah perlunya adanya kepak. Maka sehingga hari ini kita dapat lihat semua jenis kapal terbang termasuk kapal terbang kertas mampunya kepak. Pada ketika zaman Lenardo De Vinci, masyarakat mengatakan tidak logik malahan idea gila kerana ketika itu manusia belum dapat melihat kebenaran sesuatu idea tersebut. Namun setelah berkurun lakaran Lenardo De Vinci itu tersimpan, maka terdapat ahli-ahli sains cuba menralisasikan idea tersebut sehingga berjaya mencipta kapal terbang. Malah kapal terbang yang dicpta pada hari ini mampu terbang ke ruang angkasa so tak mustahil satu hari nanti kapal terbang atau kenderaan lain mampu menjadi seperti dalam cerita "Transformers". Bagi aku teknologi tiada noktah dan tiada yang mustahil!!!

3. Kembali kepada perbincangan kenapa aku percaya yang kita mampu kembali pada zaman silam. Asasnya senang saja iaitu Cahaya matahari yang kita rasakan itu adalah cahaya pada 8.5 minit yang lepas. Maksudnya kita mampu merasa sesuatu benda yang berbentuk fizikal atau nyata walaupun benda tersebut sudah lama berlalu. Oleh itu bagi aku untuk kembali kepada masa silam kita perlu mempunyai kelajuan yang mampu mengatasi kelajuan cahaya. Pada hari ini mmg tiada satu teknologi pun yang mampu mengatasi kelajuan cahaya, namun tidak mustahil untuk kita capai teknologi tersebut. Sekiranya cahaya dari matahari untuk sampai ke bumi dalam masa 8.5 minit dengan jarak antara keduanya ialah 149 juta kilomiter maka perlu adanya teknologi kejuteraan yang mampu menandingi kelajuan cahaya tersebut untuk kembali pada masa silam. Sekiranya kita dapat menyamai dan menandingi kelajuan cahaya maka kita boleh kembali ke masa belakang sekurang-kurangnya 8.5 minit yang lepas, tetapi kalau kita lebih laju dari cahaya maka kita mampu pergi lebih jauh lagi ke zaman silam.


4. Persoalanya sekarang mampukah kita mencipta teknologi yang dapat menyamai atau menandingi kelajuan cahaya. Bagi aku lambat laun manusia pasti akan mencipta teknologi seperti itu. Mungkin bagi sebagahagian besar masyarakat akan mengatakan idea aku ini tidak logik atau mustahil, malahan ada yang mengatakan ini idea org gila dan terpengaruh dengan Doraemon. Bagi aku pula, masyarakat yang berkata seperti itu adalah masyarakat yang pikirannya hanya terikat pada apa yang mereka lihat dan mereka tahu. Mereka sekadar menilai teknologi yang ada pada masa ini, namun pada masa akan datang..maksud aku 50 tahun akan datang pasti teknologi kita juah dari luar biasa malah diluar jangkaan kita. Contohnya seperti kisah Nabi Nuh dengan bahteranya, kaum-kaumnya malahan anak dan isterinya mempersendakan dan mengatakan baginda orang gila kerana membina bahtera di tengah-tengah padang pasir walhal tiada laut atau sungai dikawasan berdekatan, malahan jauh sekali untuk banjir di tengah-tengah padang pasir. Namun dengan kuasa Allah telah menenggelamkan seluruh dunia, maka mati sia-sia lah bagi yang menolak ajaran dan arahanya. Kerana apa kaum nabi nuh menolak seruan nabi nuh untuk menaiki bahtera tersebut. Kerana mereka melihat mustahil pada keadaan sekarang akan berlakunya banjir kerana kawasan mereka terletak dikawasan padang pasir dan pergunungan serta juah dar laut dan sungai. Moralnya dari cerita ini, janganlah kita mudah menolak sesuatu perkara kerana tiada yang mustahil didalam dunia ini kecuali mati hidup semula dan tua menjadi muda.

5. Gelung Hitan atau lebih dikenali sebagai Black Hole yang terdapat diruang angkasa adalah satu-satunya kuasa yang mampu menandingi kelajuan cahaya. Black Hole berfungsi menyerap segala apa yang ada disekitarnya yang akhirnya hilang entah kemana. termasuk cahaya Terdapat ahli astronomi yang percaya bahawa dengan adanya gelung hitam ini kita mampu lari dari masa sekarang. Namun sanggup kah kita mendekati Black Hole tersebut, tak pasal2 kita disedut dan mati tiada berkubur..Namun bagi aku kita mampu mengambil ciri-ciri yang ada pada black hole tersebut untuk kita kembali pada masa silam. Natilah ada masa aku cerita apa itu Black Hole..

Black Hole

6. Bagi aku terdapat 2 asas utama untuk kita kembali ke zaman silam, Pertama kita perlu adanya teknologi yang lebih pantas atau sekurang-kuranya menyamai kelajuan cahaya. Kedua kita perlukan unsur-unsur kegelapan kerana dengan kegelapan memudahkan lagi pergerakan kerana cahaya mampu diserap oleh warna hitam, lagipun Black Hole adalah berwarna hitam.

7. Okla sebenarnya banyak lagi yang aku nak ceritakan pasal mengembara ke zaman silam, insyalalh aku akan memberikan bukti-bukti dan fakta yang sebenarnya kita mampu kembali ke zaman silam. Ohya sebelum itu bagi mereka yang berfikir bahawa sekiranya kita kembali ke zaman silam kita akan mengubah sejarah...bagi aku itu kata-kata itu boleh dipertikaikan kebenaranya. Bagi aku sejarah tetap sejarah dan sejarah tidak boleh diubah..walaupun kita mampu kembali ke zaman silam, namun sejarah tak akan mampu kita ubah.

8. Jom kembali ke zaman silam...


1. Kagum, bangga, dan bersemangat bila aku melihat saudara sebangsa ku turun ke jalan raya atau dalam bahasa ekstrimnya medan pertempuran. Kali ini misinya bukan untuk politik tetapi untuk mempertahankan bangsa dan bahasa yang kian di ancam oleh mereka yang sebangsa dengan mereka sendiri. Namun disebalik kebanggan yang ada dalam diri aku melihat jebat-jebat mengangkat sepanduk dan merelakan diri ditembak dengan peluru-peluru gas. Terselit rasa kesal, sedih dan marah aku kepada penjilat-penjilat najis ini.

2. Setiap kali ada demontrasi pasti aku turun, namun kali ini demontrasi ini aku tidak dapat turut serta kerana badan aku masih belum sihat sepenuhnya dan kadang kala aku rasa pening kalau aku berdiri terlalu lama. Kesal pun ada kerana aku sudah lama mau turut serta mempertahankan satu-satunya bahasa aku. Di dada akhbar dan tv, budak kecil yang baru tahu dunia pun bisa menganggak apa yang akan dicerita oleh mereka. Pasti mereka mengecam dan mengutuk jebat-jebat yang derhaka ini.

3. Pada post bulan yang lalu, aku dh cakap betapa pentingnya bahasa melayu ini kita pertahankan, kalau bukan kita siapa lagi mau pertahankan....nak harap org cina atau org india? Seharusnya kepada mereka yang bersungguh2 mempertahankan dasar PPSMI perlu muhasbah diri, perlu kah dikorbankan bahasa melayu ini demi sebuah kemodenan. Aku tak nak lihat orang melayu pada masa akan datang tidak fasih bercakap melayu lagi. Kerana sekarang aku lihat orang India dan Cina pun sudah ada yang tidak pandai bercakap bahasa ibuandanya sendiri kerana menerima didikan yang mengagungkan bahasa asing.

4. Perlu diingat bahawa sikap masyarakat di nagara-negara membangun termasuk Malaysia sangat mudah dipengaruhi oleh budaya yang datang dari negara maju. Malahan budaya yang di import dari luar ini dianggap kitab yang perlu diikuti dan dipegang sampai mati. Kalau tidak dipegang akan dianggap ketinggalan zama seperti katak bawah tempurung. Maka pemimpin perlu faham mentaliti masyarakat di negara membangun khususnya Malaysia yang masih mudah dipengaruhi atau pendik kata tak matang dlm berfikir. So bila menjadi pemimpin perlulah cerdik dan pandai. Jangan lebih bodoh daripada rakyat.

5. Belum ada lagi sejarah dunia mencatatkan negara-negara maju yang ada sekarang ini menjadi hebat kerana pendidikannya berasaskan bahasa asing. Kalau Malaysia menjadi negara maju, maka Malaysialah negara pertama di dunia yang berjaya menggunakan dasar PPSMI ini sbb negara-negara lain sepeti India dan Pakistan telah gagal dalam mempratikkan dasar ini. Dan lebih hebat lagi kalau Malaysia menjadi negara maju kerana dasar PPSMI ini maka Malaysia mampu mendabik dada kerana sejak zaman tamadun awal dunia lagi iaitu Mesopotamia tidak terdapat satu pun kerajaan yang membangun dan maju hasil daripada pendidikanya berasaskan bahasa asing atau bahasa yang dipinjamkan dari luar untuk pendidikan.

6. Malaysiaku mmg hebat.....


1. Dulu sewaktu aku tahun 1 di ukm, pernah aku berkata kepada kawan-kawan aku yang rata-ratanya budak enginear dan sains tulen. Aku katakan bahawa satu hari nanti air kencing kita akan menjadi satu sumber tenaga yang penting untuk mengerakan teknologi seperti kereta, jam dan sebagainya. Aku bukan sekadar diketawakan oleh mereka yang berlatar belakang sains dan enginearing tetapi aku ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan yang gelap gelita di tepi hutan kerana aku berkeras mempertahankan pandangan aku. Yelah aku ini berlatar belakang pendidikan sains politik maka bagi mereka yang berpendidikan sains dan kejuteraan sukar menerima pandangan aku. Bagi mereka hanya mereka yang bodoh dan kuat berangan akan berkata-kata seperti itu.

Count Alessandro Volta


2. Namun itu kisah dulu, masa aku mula-mula rasa cintakan ilmu. Setahun masa berlalu tiba2 di dada akhbar menyatakan satu teknologi baru dimana satu bateri yang mampu mengerakan jam diperbuat dari air kumbahan tak silap aku di Taiwan atau Korea. Walaupun diperbuat daripada air kumbahan namun ia tetap ada campuran daripada air kencing. Maka apa yang aku katakan dulu mmg betul2 telah berlaku. Bagi aku teknologi ini tiada yang mustahil, manusia mampu mencipta klon manusia namun apapun kita masih belum mampu menandingi kuasa yang maha esa. Count Alessandro Volta adalah manusia yang pertama mencipta bateri pada abad ke 18 pada ketika itu beliau sendiri masih mengakui bahawa air kumbahan mampu menghasil tenaga seperti bateri namun beliau tidak pernah memberi formula untuk mencipta air kencing yang bertenaga dan power. Begitu juga dengan George Leclanche yang telah mencipta bateri sel kering asas kepada bateri zaman moden yang kita pakai hari ini. Pada tahun 1860 beliau turut membayangkan bahawa bahan sisa yang dihasilkan oleh manusia mempunyai sejenis gas yang mampu menghasilkan tenaga. Namun Leclanche hanya memberi sekadar gambaran tidak memberi mekanismanya.


George Leclanche


3. Pernah aku membaca sejarah tamadun awal dunia. Dimana air kencing ini sangat penting digunakan dalam kehidupan masyarakat. Sebagai contohnya semasa di zaman Rome air kencing menjadi rebutan kerana air kencing digunakan sebagai pewarna rambut dan ada segelintir masyarakat mengunakannya untuk membasuh gigi. Anda geli? sabar beb... apa nak herankan zaman sekarang ini bukan orang mengunakan lagi air kencing manusia untuk membasuh gigi..malah air najis syaitan pun turut diminum dan ditayang penuh kebanggaan serta air ini menjadi darah daging mereka sendiri. Baik yang muda mahupun yang tua bangga disamping air najis syaitan kerana mereka merasa sempurana dan lebih dekat dengan makna kemodenan bersama air-air najis itu. Mungkin satu hari nanti keturunan mereka pula akan meminum air najis mereka sendiri...sbb ibu bapak mereka dulu leka dengan air kencing syaitan. Bagi mereka yang tidak minum dan hanya duduk disampiang mereka yang menogak air kencing syaitan itu, tidak mahu digelar bahalol atau ketinggalan zaman....sekadar duduk pun cukuplah tidak mahu dicop seperti katah bawah tempurung atau anti sosial. Zaman dh berubah beb....neraka dan syurga jek tak berubah...

4. Bagi aku, golongan yang tidak berpendidikan sains dan teknologi tidak semestinya jahil dan tidak mampu meramalkan teknologi pada masa akan datang. Bagi aku mereka yang berpendidikan aliran kemanusian kadang kala lebih peka dan faham makna kehidupan daripada mereka yang berpendidikan aliran sains dan teknologi. Seperti aku, sedikit sebanyak aku tahu sejarah bermulanya perkembangan sains itu walaupun aku tidak tahu dan jahil segala formula sains namun aku boleh memahami sains itu dari kaca mata aku. Seperti Lenoardo De Vinci adalah seorang ahli falsafah. Daripada beratusan hasil karya dan ciptaanya..tidak terdapat satu pun yang beliau cipta sendiri, kerana dia melakar atas dasar sifat imiginasi kemanusiaan dan ketika itu apa yang dilakarnya adalah tidak masuk akal langsung. Namun pada zaman sekarang apa yang dilakar oleh beliau telah menjadi kenyataan..seperti ciptaan kapal terbang adalah bermula ilham beliau yang menyatakan bahawa manusia satu hari nanti mampu terbang seperti burung.


Lakaran Lenardo De Vinci manusia pun boleh terbang

5. Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap. Oleh itu pastikan apa yang kita bercakap dalam masa satu hari itu adalah benar-benar berfaedah dan yang mampu mengubah dunia kita kepada yang lebih bermakna.

ps:-bila ahli falsafah berbicara soal sains dan teknologi pastinya ada yang tidak senang. Gila apa org ini!!!!


ps: aku mmg laki yang kalah dengan dia jek......................... (restkan otak jap)





1. Bagi mereka yang ilmunya bersumberkan tv dan surat khabar tanpa merujuk terlebih dahulu mana bukti dan fakta yang benar, maka kata-kata mereka mudah untuk kita faham apakah pengisian jiwa mereka. Pihak media hanya menyebarkan berita yang sensasi sahaja tanpa merujuk mana-mana kitab. Bagi mereka yang sensasi itulah duit dan menambah kekayaan mereka. Disamping menambah karung guni kekayaan pihak media juga turut menjadi penglipur lara agar berita yang disampaikan memenuhi kehendak bagi sang sang penguasa. Kalau tak permit kene tarik, projek pun tak dapat..so mana nak cari duit utk perut yang kian membuncit..


2. Berita yang disampaikan oleh media hanyalah apa yang mereka nampak dan tahu, walhal banyak lagi perkara yang mereka tidak tahu atau buat-buat tak tahu. Berita disampaikan kepada rakyat umpama orang buta melihat badut di pentas sarkes.


3. Yb yb dari negeri pasir dua butir (Filem Do Ra Mi) terpaksa bersidang dibawa pokok apabila Dato Menteri Fasola (MB Perak) mengarahkan pencacai bontotnya mengunci DUN yang berada di dalam Bangunan Setiausaha Krjn Ngri Perak. Walhal pada asalnya masih belum ada mana-mana arahan termasuk dari mahkamah untuk menghalang persidangan DUN pada pagi Selasa tersebut. Arahan yang melarang sidang DUN itu hanya dikeluarkan selepas DUN habis bersidang dan dibuat dalam keadaan tergesa-gesa. Proses perundangan yang biasanya makan masa berminggu, namun dalam kes ini hanya beberapa minit sudah diperolehi keputusanya.





4. Bagi aku sebagai rakyat yang tak mudah diperbodohkan oleh sang penguasa yang mengila babi ini. Adalah satu pendekatan yang bodoh dan bangap oleh pak-pak menteri ini. Kalau dah dikunci Dewan Undangan Negeri tersebut, bagaimana hendak berlangsung yang sidang tersebut nak tak nak kene lah mencari kawasan yang redup untuk meneruskan persidangan tersebut. Lebih malang lagi arahan mengunci Dewan Undangan Negeri yang semamangnya dibawah tangan speaker DUN bertukar tangan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri. Dah tak ade kerja kot Dato Setiausaha ni.... walhal mcm aku katakan tadi belum mana2 arahan dikeluarkan baik dari Istana mahupun Mahkamah yang menghalang persidangan tersebut.


5. Maka nak tak nak, tiada pilihan apabila ada orang yang membabi buta dan mengila babi untuk dapatkan kuasa dunia. Maka persidangan terpaksa dilakukan diatas tanah, berdindingkan angin dan beratapkan daun pokok.


6. Umpama sebuah rumah yang didiami oleh sebuah keluarga. Lalu rumah tersebut dimasuki oleh perompak2 yang tamak haloba di bengis wajahnya. Perompak-perempak yang mengila itu menghalau penghuni rumah tersebut dan mengambil rumah itu sebagai rumah kediaman perompak. Untuk keselamatan agar rumah tersebut tidak dicerobohi oleh tuan rumah yang asal maka ketua perompak mengarahkan pencuci bontotnya mengunci rumah tersebut. Ketua kampung dan orang-orang kampung pula mengiktiraf rampasan rumah itu adalah yang murni dan terpuji. Maka perompak diiktiraf sebagai penghuni yang shah. Disebabkan tuan rumah dan ahli keluarganya tidak tempat berteduh maka mereka menjadikan pokok besar disebelah rumah mereka sebagai tempat berteduh merekea sekeluarga. Orang kampung yang lihat dan lalu disitu menuduh mereka muka tak tahu malu, pengemis dan pengotor. Dah hilang rumah buatlah cara hilang rumah jangan nak memalukan kampung dengan menjadi pengemis.


Petunjuk:-


Rumah: Dewan Undangan Negeri Perak yang dikunci


Keluarga: Pakatan Rakyat


Perompak: UMNO dan geng


Kampung: Perak Darul Ridzuan


Ketua Kampung: Sultan dan para golongan elit yang kaya raya


Orang Kampung: Rakyat Perak


Hilang Rumah: Hilang Kuasa


7. Justeru, pihak media yang umpama menjilat najis-najis manusia ini, cukuplah memperbodohkan rakyat. Kamu bangga dengan memperbodohkan rakyat kerana mereka tidak membaca undang-undang tubuh negeri. Tapi jangan kau ingat kamu mampu memperbodohkan semua rakyat. Kerana tak semua mau mengikut kamu untuk menjilat najis-najis mereka. Bagi aku akhirnya hidup kita ini 2 tempat yang kita tuju neraka atausyurga. Bagi mereka yang selesa menuju neraka silakan...tapi jangan kau ajak sekali mereka yang masih tercari-cari jalan menuju ke syurga....biarlah syurga menjadi milik mereka dan neraka itu menjadi milik kamu dan keterunan kamu. Cukup cukup cukup!!!


SEORANG pelacur berusia 29 (baju biru) dan pelanggannya seorang lelaki berusia 66 tahun (tidak berbaju) berjaya ditahan oleh sekumpulan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah dalam operasi di kawasan pelacuran di Lorong Petani di Alor Setar, hari ini. Ketika ditahan pasangan itu dalam keadaaan berbogel dalam khemah yang didirikan untuk tujuan aktiviti pelacuran. (B.Harian online)
1. Bila aku tengok org tua yang ada didalam gambar ini, entah berapa hari lagi lah nyawa dia yang tinggal tapi masih bersemangat untuk menempak pelacur yang aku kira mcm pendatang haram. Kalau orang tua yang nyawanya boleh dihintung dan boleh dicongak tinggal beberapa hari, maka tidak pelik lah generasi baru sekarang lagi terbiar seks mereka. Seks umpama pakai baju, esok pakai baju lain hari ni pakai baju lain...
2. Kadang kala aku terfikir adakah aku ni baik sangat atau mereka itu yang terlalu lupakan tentang seksa neraka dan kubur, sehingga mereka seolah-olah meraikan untuk memasuki apa neraka itu. Aku ini semamngnya tidaklah sesumpurna mana pun, seperti kata Rabiatul Adawiyah "Aku ini tidak lah layak untuk syurgamu, tetapi aku ini tak sanggup masuk api neraka mu".
3. Bila aku, imbas pengalaman aku yang lalu usah dikatakan muda-mudi yang sudah lupakan tahun dan mencabar kekuasaan tuhan mereka yang bergelar atuk lebih2 lagi yang mempunyai title dan jawatan turut mencabar kuasa tuhan. Mereka bukan lupa tapi mereka sombong dan kalau boleh biarlah aku mati dalam gaya hidup kristian atau yahudi. Mereka tak kata begitu tapi gaya dan naluri mereka mmg ke arah situ.
4. Teringat aku, bila seorg tua (Dato') mengatakan hidup ini mesti ade BMW. Aku kira kereta mulanya. Rupa-rupanya BMW itu ialah Bisnes, Money dan Women. Entah mana perginya al-quran mana perginya hadis. Mau atau tidak, BMW inilah asas kepada kemajuan dan kemodena negara aku. Aku kene terima hakikat bahawa masyarakat aku bukannya lupa akan seksaan yang mununggu mereka nanti. Mereka sedar seksaan tersebut tetapi mereka tidak berdaya untuk menghindar seksaan tersebut jadi apa yang mereka buat..alang-alang aku ni komfem jadi ahli neraka baik aku jadi jahat betul2.
5. Maka air kencing setan ditayang2 dan dipameran...tanpa rasa hina dan jijik dilaknat sekian alam.....Dalam hatinya, inilah aku yang sebenarnya..aku tak munafik dan berlagak alim... Tuhan sygkan org2 seperti aku kerana jujur dan tidak menipu..
6. Kawan2 ku....kau segala2nya bagi aku...tanpa kamu hidup aku tak seperti ini. Kamulah yang mencorakan hidupku dan duniaku.... aku sayangkan mu.. maka jangan marah atau rendah diri dengan apa yang aku kata....kau dan aku tetap setia bersama

1. Tiba-tiba geng bas sekolah telah mengegarkan lobi parliman untuk beradu dengan si cacat sakti. Nak beradu tenaga mungkin si cacat itu akan karam di atas darat, mungkin kedatangan geng bas sekolah ini sekadar beradu suara mana yang lebih lantang mana yang lebih busuk nafasnya.
2. Memang kawasan yang strategik, bukan sekadar diluar dewan rakyat dan tempat berkumpulnya YB-YB pakatan rakyat tetapi juga tempat berkumpulnya para media tempatan dan asing. Maka setiap aksi pasti mendapat liputan. Bagi mereka yang nak menjadi popular dan teringin dinobatkan sebagai jaguh melayu..cukup sekadar menjerit-jerit mcm beruk dan terhinjit-henjit mcm badut maka dia itulah hero yang perlu dijulang-julang.
3. Bagi aku tindakan Pemuda UMNO menyerang karpal itu adalah sesuatu yang lojik. Walaupun ada yang mengatakan ianya bagaikan tindakan manusia yang tidak bertamadun dan tidak berakal namun kalau sarang tabun dh dijolok-jolok mana tak mengamuk tabuan-tabuan tu.
4. Bagi aku kan bagus kalau ada adegan bertumbuk dan menarik2 baju...baru lah nama pendekar melayu. Hang Tuah dalam kubur pun tersenyum.....

1. Dalam masa 1 minggu, 3 cerita pasal tol tiba2 meletup...bermula dengan penetupan 2 tol di lembah klang dengan alasan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat akibat kemelesetan ekonomi dan mengurangkan kesesakan dijalan raya khususnya di Federal Higway.
2. Tapi sayangnya baru 2-3 hari rakyat lembah klang senyum lebar dan baru memanaskan punggung, penutupan itu rupanya ada bayaranya iaitu tutup 2 tol maka 5 tol akan naik harganya dengan kenaikan 5% bagi setiap kilomiter (plus). Kalau minyak naik, kita boleh berpusu-pusu ke stesen minyak buat stok tapi kalau tol naik...mentongek depan pintulah rakyat,
3. Jawab menteri, kenaikan ini adalah begitu sedikit nak dibandingkan dengan kuasa beli rakyat. Ada pula YB di Parlimen (lupa namanya) kenaikan ini wajar kerana kenaikan ini sebenarnya akan memberi keuntungan kepada KSWP dan tabung haji dan rakyat yang mempunyai wang dalam institusi tersebut turut mendapat faedah daripada kenaikan harga tol ini. Alternatif lain, kerajaan akan menaik taraf jalan-jalan negeri untuk sebagai alternatif rakyat untuk lari dari highway. Maka peruntukan ratusan juta mula disebut2 untuk menampung kos tersebut.
4. Mujur adalah hero tersayang paklah yang budiman, menarik balik kenaikan tersebut tp ingat bukan untuk selamanya tapi untuk sementara waktu. Yelah pilihanraya kecil kan dah dekat so paling cepat pun habis pilihanraya kecik di Perak, Kedah dan Selangor. Mungkin selepas itu baru kerajaan akan naik tanduk untuk naik kan kembali tol tersebut. Sekarang ni tanduk kene simpan dalam songkok supaya tiada siapa yang tengok.
5. Namun bagi aku, kenaikan ini walaupun tidak dijadi dlm tempoh ini ia tetap zalim kepada rakyat. Setiap kali pak-pak menteri membentangkan kewajaran kenaikan tol ini, maka rakyat sekali lagi diperbodohkan dan digula-gula..yang sayangnya ada yang percaya perlunya kenaikan tol tersebut. Walaupun hati berat nak terima tapi dah anggap pak-pak menteri itu umpama nabi, maka apa yang dikata oleh pak-pak menteri diterima umpama wahyu yang baru turun dari langit. Rakyat dibawah setiap hari menghitung wang saki baki dalam poket, entah cukup entah idak untuk tangung anak-bini sampai bulan depan.
6. Selagi nama itu menteri mereka kebal dari membayar tol, apa lagi kalau dia itu raja atau sultan sampai mati pun tol tak akan lekat pada dirinya. Wang-wang mereka hanya itu dijadikan koleksi saja. Hilang RM1K pun tak kan perasan.....
7. Tidak apalah, rakyat ku mmg kaya..bagi gaji kat pak menteri kemudian bagi lagi saguhati kat pak pak menteri...walaupun rakyat ku tinggal kain dan gigi, dia tetap teguh bersama-sama pak-pak menteri yang gila babi.....

1. Dari aku belum demam sehinggalah aku sudah baik dari demam krisis perak masih belum sampai ke penghujungnya. Kalau ada yang tanya kapan mau berakhir senetron ini, aku akan jawab..kembalikan saja kuasa kepada tangan rakyat, biar rakyat yang tentutukan sbb yang bising-bising dan bikin hura hara adalah rakyat. Di tambah dengan pencium-pemcium bontot pak pak menteri yang cuba menyiram minyak ke dada rakyat. Jangan kata perak je akan terbakar lama-lama satu malaysia akan terbakar.




2. Mungkin aku belum cukup baca dan ilmu dalam sejarah malaysia. Tapi aku yakin, hari ini telah mencatatkan sejarah tamadun melayu dimana buat pertama kalinya Sidang Dun bersidang dibawa pokok. Tiba-tiba aku teringat dalam filem Do Ra Mi, bila sang raja hilang istana ankara Dato Menteri Fasola. Maka Sang Raja dan dato-dato menteri yang lain bersidang dibawa pokok ditengah-tengah padang pasir. Kalau dalam filem tu, akhirnya muncul 3 ekor hero tapi dlm filem Perak ini entah kapan hero-hero ini akan muncul.




3. Sivakumar beria-ia mengantung MB dan 6 Exco UMNO dari memasuki Dun, tapi last-last bukan mereka yang tidak masuk DUN, tapi kesemua 28 Adun pakatan Rakyat pula tidak dibenarkan masuk DUN. Alasannya tiada perkenan sultan, walaupun secara terang-terang tiada satu seksen pun memperuntukan perlunya ada perkenan sultan untuk sidang Dun biasa. Kalau aku ada distu, akan ku katakan ini DUN dan ini Negeri Sultan yang punya bukan rakyat yang punya...




4. Seperti biasa senetron ini, akan dihiasi dengan ros-ros merah berduri yang ditanganya ada cotar, rifel dan bom gas untuk dihadiahkan kepada rakyat yang hanya bersenjata senjata asli sahaja. Sultan dan para dato-dato menteri mereka tidak pernah merasakan derita dan pedihnya menjadi mangsa ros-ros ini, apa yang mereka tau, sapa suruh lawan aku.....rasakan la korang.




5. Aku di rumah yang baru baik dari demam...tak mampu nak pergi berperang. Tapi bagi mereka yang berani melawan penjilat-penjilat bontot ini..TAHNIAH!!!!

1. Tak sangka aku dpt demam pertama dalam tahun nie....boleh tahan gak demam aku.. bukan setakat sakit2 badan n lemah badan...mulut, gigi, mata n telinga pun aku sakit..hemm dekat 1 minggu badan aku mengigil. Doktor kata aku kurang rest n stress..yeke? ha betul agaknye tu sejak dua menjak ni aku stress..banyak benda yg aku pikir n kenangkan...... Tapi yang penting sakit ni penghapus dosa-dosa kecil. Lagi banyak dosa lagi kuat lah sakit aku huhuhuhuhu.....

2. Time sakit ni terharu aku, bila tgk mak aku bersusah payah care pasal aku...malam2 tgk aku. selimutkan aku.siap tido sebelah aku lagi..alahai anak kesayang tul aku. Bagi aku mak aku adalah wanita yang terbaik dalam dunia dan dialah antara tiket utk aku masuk ke syurga.....aku rasa kalau nak kumpulan wang yg mak aku bagi kat aku sejak aku kecil sampai lah aku beso.....hem aku rasa dh boleh buat 5 bijik klcc. Mak aku bukan kaya...just peniaga kecil2 lan.....tapi alhamdulilah dgn rezeki tu lah mak aku dpt anak mcm aku yg kacak lagi baik wakakakakaka.........

3. Time deman ni...aku tak de lah call sape2 sbb aku dh tak larat, kepala aku pun mcm dah kene seman..nak sembahyang pun terpaksa duduk (ambik kesempatan)...tapi bila kwn2 aku call n msg aku sbb aku dh seminggu tak call dia org...semua tanya kabar aku... so aku cakap lah aku demam... wahh tak sangka dekat seminggu aku demam ni....aku dpt lebih 50 msg (bagi aku 50 msg tu dah kira byk bagi aku)..... terharu2...ada yg dari kl nak dtg tgk aku.. tapi aku kata tak usah beria2... aku bukan nye nazak nak mati..

4. sebenarnya skrg ni aku bukan lah sembung sgt, cuma aku terpaksa kuatkan diri aku balik ke s.alam sbb byk kerja aku tertunggak. Aku balik naik bas dari teluk intan...kereta aku abg aku pakai dia kata dia nak tunggu aku kat pudu. so plan awalnya sampai jek pudu nati aku terus ambik kereta balik ke s.alam... Dalam bas tu aku duduk sebelah apek tua, sepanjang perjalanan tu aku tak leh nak tido sbb apek tua tu tido menyendel kat badan aku...eee geram aku.nak aku ketuk kepala dia ...dia ni org tua..mmg aku maki dlm hati jek.....

5. Tiba2 abg aku msg aku, dia tak jadi ambik aku kat pudu..dia suruh ambik kater aku kat umah dia kat wangsamaju...............perghhhhhhhhhhh ni mmg nak kene abg aku nie. Ko tau tak yg aku ni demam!!!!.. maka dgn paksa rela aku gi lah umah abg kat ngan lrt n teksi....tp mujur abg aku bagi rm50, dia kata ni duit utk tambah teksi n lrt yg aku naik tadi...eh aku kata ..banyak nie..aku tadi naik tak sampai pun rm10. tapi aku kata ambik la....wahhh bagus gak abg aku ambik hati aku....................bila aku masuk kereta aku, baru aku tau kenapa abg aku bagi rm50....rupa2nya minyak kereta aku dh kering gila dia pakai..patut ar dia bagi aku rm50...ceh...takpelah ...aku tetap sygko....kitakan adik beradik...

6. Disebabkan demam yang panjang ni ...maka esok aku banyak gila kerja nak setelkan. Pagi2 aku kene gi bank islam, lepas tu gi MBSA, kemudian gi Kelana Jaya...abis kat situ aku ke PWTC...lepas tu gi Damansara ..dan pukul 4 aku kene gi ukm,,ade kelas master...kali ni aku kene wajib dtg sbb 4 kali berturut aku xdtg kelas...rindu aku ngan lecture aku....

Calon pertama: CHEF WAN
"Tolonglah! ia sebuah kelab tarian dan sudah tentu niat saya pergi ke
sana untuk menari. Bagi saya itu tidak salah kerana niat saya untuk
berhibur sambil bersenam. Bukankah menari satu daripada riadah
seperti aerobik?",

Calon kedua: MISHA OMAR
"Misha rasa gembira menyambut kemerdekaan negara kali ini kerana kali
ini, dapat berduet ngan abang jamal".

Calon ketiga: SYANIE
"Syanie...apakah niat anda apabila anda berjaya mengurangkan berat badan"...
Jawapan dari Syanie.."Niat saya yg pertama..ingin memakai bikini di tepi pantai.....".

Calon keempat: AHLI KUMPULAN X FACTOR (tak tau sapa)
"Saya gembira menyambut hari kemerdekaan kita bila negara kita
berjaya mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos, 1956," jawab salah
seorang ahli kump X-Factor apabila ditemubual dalam satu rancangan
khas mengenai kemerdekaan tahun lalu dalam siri "Bersama Norman" yang
disiarkan di TV1.

Calon kelima: FIZA
"Fiza pakai seksi sebab bersyukur dengan penberian tuhan"

Calon ke enam: anita sarawak
"Petua kecantikan saya baca selawat setiap kali basuh muka"

Calon ke tujuh: IFA RAZIAH
"Tak ade lah.. amik air sembayang je" - menjawap soalan kenapa muka nampak berseri-seri

Calon ke lapan: JESLINA
saya pakai baju seksi2 kerana malaysia ni panas...hehehehe!

Calon ke sembilan: ARTIS2 BARU
"saya masuk dunia seni bukan carik glamor"

Calon ke sepuluh: INA NAIM
"saya buat buku ni untuk menjelaskan segala fitnah yang melanda saya"
"cinta ptama bang...susah nak lupa".... dan "Jaga mak, jaga mak, jaga mak....."

huwek

huwek

nak muntah aku


ps: aku ambik dr jiwang

Mutakhir 20/2/2009

Menderhaka dosa besar: Mufti WP



KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata sebarang perbuatan tunjuk perasaan bertujuan mencabar pemerintah adalah haram seperti dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah Sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari Kiamat."

Beliau berkata dengan demikian berhubung kenyataan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria baru-baru ini mengenai kewajipan rakyat mentaati titah sultan.

Harussani membuat kenyataan itu berikutan tindakan penyokong parti pembangkang yang biadab, mencela dan menderhaka Sultan Perak Sultan Azlan Shah ketika berdemonstrasi di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar sebelum itu. - Bernama


-respon aku-


1. aku sedih bila ini terjadi, nak bandingkan ilmu aku dengan ilmu mereka mmg jauh. ... tapi aku sedih bila mereka yang sepatutnya menegak yang mak aruf dan mencegah yang mungkar telah dibeli imannya....................undang-undang kanun melaka yang dh 600 tidak tahun di gunakan , tiba2 muncul lagi digunakan untuk mengukur berdosa ada tidak, bersalah atau tidak yang menderhaka sultan. Sunguh feudal mereka-mereka ini.

2. Aku tak boleh salahkan, kenapa generasi aku makin sesat kerana mereka yang diatas sana telah mensesatkan dan tidak lagi mempercayai ulama....

3. Pesanan aku, lain kali bacalah al-quran dan faham akan maknya dulu.....MANA PEMERINTAH YANG PERLU DIIKUTI DAN MANA PEMIMPIN YANG PERLU DISANGAHI jangan membabi buta dlm mengeluarkan fatwa... Kalau kamu nak sesat pergi sesat sorang2 jangan ajak seluruh rakyat Malaysia sesat bersama kamu. Kesianlah kepada mereka yang tidak tahu apa-apa...dengan kata lain, nak masuk neraka, masuk sorang2 jangan nak ajak kitaorg pulak..banyak cantik!!!!

4. Akhir kalam:- Pakcik pakcik, anak nak bagi tau...berdosa tau menipu atas nama Allah dan Rasullulah. Dilaknat dunia akhirat...pakcik pakcik semua tak takut ke..masuk nereka... saya takut tu sbb saya bagi tau pakcik ..saya tak nak bersubahat dgn pakcik-pakcik semua nie....

1. Aku sebenarnya malas nak pikir pasal politik atau pun pasal tanah air aku sekarang nie. Sekarang ni aku mmg tak ada mood nak beri komen atau apa2 pendapat tentang semua tu. Letih, sakit, sedih, kecewa dan banyak lagi perasaan negatif semua lekat dikat hati dan kepala otak aku sekarang nie.

2. Tapi disebabkan rasa tanggungjawab dan semamngnya aku ni suka memberi respon dengan apa yang berlaku jadi aku cuba lawan perasaan aku tu. Masa kecil2 dulu aku teringat lagi, ada orang tua pernah pesan dekat aku. Kalau kita sentiasa kecewa dan sedih maka syaitan mudah lekat dihati kita. Dalam hadis Nabi S.A.W "Kurang iman seseorang itu selagi ianya tidak diuji". So aku kene cuba buat2 cool walaupun hati aku dh mmg beku.

3. Ali dan bising, budak2 lain pun dh bising..asal aku cakap kisah cinta2 ni..meh aku bagi jawapannye. Ini blog aku. aku punye suka la....!!! tapi tak kisahlah ada benda ilmiah aku nak kongsi bersama iaitu respon aku mengenai isu-isu yang berlaku di tanah air ku. Aku tinggalkan sekejap soal sayang aku kat dia nie...

4. Kisah skandal gambar bogel exco selangor yang masih belum kahiwn. Di katakan bekas kekasihnya (tak sangka melayu rupanya xbf dia) menangkap gambar separuh bogel dia semasa dia nyenyak tidur. Bagi aku kisah ini sama jek cerita kisah skandal video sex Chai Soi Lek dengan kawan dia di hotel. Kedua-duanya adalah melibatkan moral.....

5. Walaupun Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar, bersungguh-sungguh membezakan isu Eli dan Soi Lek dengan alasan Eli melibatkan privace manakala Soi Lek melibatkan moral sex. Bagi aku PAS jangan mengadaikan prinsip demi menjaga kepentingan politik. PAS seharusnya lebih faham bahawa isu ini melibatkan moral. Persoalanya, bagaimana pic bogel itu boleh ditangkap bekas kekasihnya? Bagaimana bekas kekasih Eli boleh berada didalam rumah didalam keadaan Eli begitu SEXY? Dan tak kisah ke Eli berbogel di dalam rumah sedangkan dia tahu didalam rumahnya itu ada teman lakinya? Tak perlu memberi alasan yang panjang, semua orang boleh menduga sejauhmanakah hubunagn mereka. Budak sek rendah pun boleh tau...so PAS jangan buat macam rakyat Malaysia ini bodoh sgt. Jangan meniru gaya UMNO yang selama ini telah memperbodohkan rakyat Malaysia.

6. Mungkin bagi agama Eli ini tinggal berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang belum berkahwin tak salah. Tapi dari sudut moral Eli telah memberi signal atau contoh sebagai pemimpin malahan di negara Islam bahawa dia sendiri juga tidak kisah sekiranya anak-anak muda dan generasi akan datang tinggal bersekedudukan. Secara ringkasnya bila dah berdua-duan komfem akan berzina. Bahaya remaja Islam turut mengikut jejak langkah ini. Kerajaan telah bersusah payah membenteras pembuangan bayi dan hamil diluar nikah...tapi pemimpian-peminpin di dalam kerajaan pula membuat perangai yang sama... Seharusnya mereka ini bila bercakap tengok cermin dahulu.

7. Tindakan seorang pemimpin yang bertudung labung dibelakang Eli kerana menunjukan sokongan kepada Eli ada sesuatu yang jijik dan menghinakan mereka yang bertudung labuh. Dulu semasa Soi Lek membuat pengakuan dibelakangnya terdapat 3 orang melayu bersongkok. Maka PAS dengan lantas mengutuk mereka, malahan pengikut-pengikut PAS juga turut menyumpah mereka. Tapi apa jadi dengan kes Eli ini...mana hilangnya semangat itu. Sbb satu bendera maka prinsip pun digadaikan.

7. PAS perlu sedar bahawa mereka bukan membuat pakatan dengan golongan yang mempunyai fikrah yang sama. PAS didalam menunbangkan kerajaan munafik, PAS telah bekerjasama dengan golongan yang Fasik dan Kafir. Secara ringkasnya PAS perlu berhati-hati bila memberi sokongan agar PAS tidak mengadaikan prinsip perjuangan amal makruf wa nahi mungkar " menegak yang kebaikan dan mencegah kemungkaran". Sekali lagi Pakatan Rakyat jangan membezakan soal mangsa pengannayaan atau sebagainya kerana ini adalah soal moral. Rakyat perlukan pemimpin yang bersih bukan sekadar berwawasan. Pemimpin perlu mempunyai aspirasi rakyat bukan bertopengkan manusia tapi berhati lain.

8. Aku juga tak nafikan bahawa mungkin ini adalah salah satu tektik Najip, kerana sejak kebelakangan ini Najip dilihat begitu hebat dalam mencatur suasana politik Malaysia. Tapi PAS sesekali perlu cermin diri sendiri dulu, mana datang kelemahan itu. Tidak adik lahj kalau asik menuding jari terhadap UMNO. Asik tuduh-tuduh UMNO akhirnya yang untungnya UMNO sendiri bukannya PAS. Maka sudah tibanya PAS muhasaba diri kembali...malahan bagi aku, PKR tidak layak memimpin pakatan rakyat kerana mereka terdiri dari golongan-golongan yang Fasik. PAS jangan terperangkap dengan keadaan. Jangan aku umpamakan PAS "beruk dan badut" ..insyalalh kita ada masa untuk memperbaiki kesilapan yang ada....ingat mempertahankan kemenangan adalah lebih sukar dari memperolehi kemenagan.

9. Akhir kata...aku sayang Kamu dan Malaysia

INSYALLAH APA YANG AKU NAMPAK DAN AKU RASAKAN AKU RASA AKU LEH SABAR DAN AKU FAHAM, HIDUP INI MMG KADANG-KADANG SAKIT DAN KADANG-KADANG MEMBUAT KITA LEBIH SEMANGAT.

ALHAMDULILAH AKU DH BERIKAN MASA YANG SINGKAT UNTUK BUKTIKAN YANG TERBAIK SETAKAT MANA YANG AKU MAMPU LAKUKAN. AKU TAK LEH NAK UBAH TAKDIR. LEPAS NI HIDUP MESTI TERUSKAN SAKIT KE TAK SAKIT KE KENE SABAR DAN TABAH.

SENTIASA GEMBIRA WALAUPUN DLM KEADAAN SAKIT.

1. Alhamdulilah tahun lepas, hanya sekali saja aku tertinggal solat jumaat...tak silap aku, sbb aku sakit perut rasanya. Alhamdulilah jugak, sbb hari ini aku sempat solat jumaat lagi, aku ingat aku tak sempat sampai sbb badan aku satu malamn tak rest sbb drive dari teluk intan ke KL...kemudian pada malamnya balik ke ipoh dan pagi2nya balik ke kl balik.. Pergh perjalanan aku mmg cukup letih sbb sebutir nasi pun belum lagi aku telan dari pagi semalam tapi aku bangga sbb perjalanan aku ke ipoh itu ada sebahagian kecil tanggungjawab yang perlu aku lakukan utk seseorg.....kalau nak dikira apalah sgt tapi sekurang2nya aku dh membuktikan aku "care" pasal dia...
2. Sampai jek kat KL, mmg dh masuk waktu..so aku terus jek lah ke masjid utk solat jumaat. Dengan perut yang lapo dan mata yang tercabut sbb kurang tido aku harap pak imam akan membaca khutbah yang boleh memberi semangat untuk aku dengar. Tapi sayangnya khutbah pak imam kali ni sangat-sangat diluar jangkaan aku. Bila pak imam memberi tahu apakah tajuk khutabah dia rasa nak tergelak pun ada..tapi melampau lak pulak kalau aku gelak di tgh2 jemaah tu, cuma yang aku mampu sekadar mengelingkan kepala saja... Tajuk khutbah solat jumaat itu adalah "kempen buah-buahan tempatan" alahai ingat ini ceramah pejabat kesihatan ke?
3. Tak perlu aku ulas panjang-panjang pasal khutabah tu....cuma aku nak katakan pada pak iman pak iman seluruh malaysia dan seluruh dunia kot2 ada yg faham bahasa melayu. Sedarlah bahawa isu akidah dan iman adalah jauh lebih utama berbanding isu buah-buahan tempatan.
4. Habis solat jek..aku terus ke PWTC utk meeting yang memenatkan lagi otak gua..lepas meting ni aku nak balik ke teluk intan.....

1. Wah lari topik aku skrg nie....dr politik terus bab cintan2 hehehehehe.. ini kalau nik aziz baca blog aku dr awal mau demam dia hehehehe..entahlah.. saja nak tukar angin.. yelah dh ar si amera tu msg2 aku tak habis2 cerita politik, habis aku nak cerita ape...dh aku belajr politik.. tak akan aku nak cerita masak -masak pulak (eh tiba2 teringat masakan dia, dulu dia janji nak buat kek utk aku). Ok la amera, kekandak mu ini telah tukar topiknya... tapi sementara waktu jek hehehhe...bagi aku politik adalah sebahagian dari hidup aku, dengan politik juga aku insyallah akan tertubuhnya daulah islamiah. eh ape hal aku nie..tiba2 semangat pulak...sori2 telah membawa anda ke tajuk yang lain...

2. sebenarnya aku masih tak leh nak tido...haih nyesal aku tinggal hp dlm rumah tu.dh ar aku lupa letak....entah2 ada org msg ke call ke aku tak tau...haih ape punya bisnesman tul aku nie...hemm.. ok la kali ni aku nak cerita pasal kalau aku ditakdirkan kawin tahun ni...anggap jek aku dh ada calon k...hemm apa yg aku nak kene buat.....ha mari sama2 kita fikirkan...huhuhuhu

3. Pagi2 semalam lepas subuh biasanya aku terus tido balik. Tapi kali aku lain sikit....siap sembahyang jemaah saf depan pulak tu mujur tak jadi imam....n balik2 aku ambik mesin kira2, pen dan kertas. Jangan terkejut entah maikat mana masuk dalam badan aku, solat subuh tu aku siap pakai jubah putih wahhh sungguh suci murni jiwa aku padahal tak mandi lagi hehehehehe. Mak aku mcm biasa tentulah kompius dengan perangai aku ..tiba2 pelik salunya mmg terkangkang kat bilik time2 nie...kali ni pelik. Maybe mak aku sejuk hatinya tgk keadaan aku mcm tu......

4. Ha apa aku nak buat dgn pen, kertas dan mesin kira2 tu....ha jangan korang kata aku nak buat kapal terbang ketas sudah...sebenarnya aku nak buat plan masa depan aku...sekiramya aku ditakdirkan kawin dlm masa setahun..apa perlu aku buat.wah tiba2 aku jadi mcm ahli ekonomi huhuhuhu.....

5. Aku terpaksa memikirkan benda2 mcm ni sbb pada malam semalamnya..aku dapat tahu aku kene berusaha dan perlu plan kawin dlm masa setahun. Terus terang aku katakan aku plan kawin 5 tahun lagi,.....haih sbb aku rasa aku tak matang lagi.. tapi di sbbkan faktor tertentu maka aku terpaksa membatalkan dahulu plan aku.....

6. Kalau dulu aku plan b4 kawin aku nak beli rumah banglo depan rumah makcik aku kat bangi tu..rumah tu best tak lah beso tapi lamannya beso...boleh buat swiming pool..ape lagi yek ha..leh buat tempt leanding halikopter...kot2 nati aku dah kaya aku nak beli...so ni kira rancangan awal ar... Selain rumah, aku plan nak besarkan rumah pusaka aruwah ayah aku...nak tahu kat bahagian mana aku nak besarkan jeng jeng jeng.............aku nak besarkan kat ruang bilik pengantin jek.....lagipun bilik yg ada kecik dan kemudian aku nak buat tandas dlm bilik pengantin..baru senang tak de lah aku nak berebut2 tandas kat umah aku n privace...hehehehe... Plan yang ketiga pulak dh tentu aku nak beli kereta idaman aku, nak tahu apa kereta idaman aku...Ferrari dan Hummer. Perghhh nafsu gajah afrika selatan betul aku nie....... dan last sekali aku plan sebelum kawin aku nak bawa mak aku gi umrah..ade duit lebih aku belanja kakak aku....n tgk sekali abg aku kat uk.....murni sungguh niat aku ni.alhamduliah.amin................

7. Masa kwin tu aku tak kisah ar nak konsep apa, konsep padang pasir ke, padang bola ke, padang golf ke....lantak lah janji aku ada majlis kawin...tp yg aku nak...aku nak panggil kump idam aku..nak tau kumpulan apa.................... kumpulan UNGU...kekasih gelap ku huhuhuhu..tapi oleh kerana aku ni anak tuan guru, maka aku suruh kumpulan UNGU nayanyi lagu nasyid jek...tak apa lah nasyid pun nasyid lah janji UNGU dtg.... akhir sekali tmpt honey moon. Dah tentu aku nak gi spain n turki...sbb apa, entahlah aku pun tak sure tp aku mmg teringin nak gi tmpt tu.....

8. Tapi itu rancangan kalau aku kawin 5 tahun akn dtg, tapi kalau setahun dari sekarang apa aku kene buat n plan.........................haih kene kerja lebih kuat nampaknya..kalau sehari tu ada 24 jam, aku akan kerja 26 jam sehari....takpela bagi aku, kahwin biarlah sekali sampai mati.....so kene lah buat paling bermakna...membazir? ye la kot tapi tak lah sgt sbb aku sedakah makan gak sapa yg dtg huhuhuhuhuhu

1. Kali ni biarlah aku lari dari topik yang sebelum-sebelum ni, asik sembang politik tak best gak...betul tak? nak cerita apa yek? hemm aku ada benda nak cerita tapi tak tau nak start dr mana...tapi aku nak bagi tau malam nie aku rasa aku mcm orang yang bodo dan bangang....kalau korang nak tambah pun boleh...aku rasa diri aku mmg betul2 bodo...kalau kepala aku ni leh cabut nak jek aku sepak2....fuhhh gila imiginasi aku....

2. Elok jek aku rasa diri aku ni mcm org bodo lagi bangang mcm rasa kene hina jek..... maka bermula episod bodo aku pada malam nie..selepas aku bergayut dan menganggu diner seseorg aku letak telefon dan termenung sebentar. Kebetulan depan tel rumah aku ni ada cermin maka aku menatap cermin ..dan melihat wajah aku yang kadang2 aku rasa ensem, kadang aku rasa comel dan selalunya aku rasa diri aku ni mmg bodoh.......kenapalah aku xfaham2, kenapa dia wat mcm tu!!!...Eh, ade jerawat baru tumbuh kat muka aku..iss tambah bengang aku!! Tiba2 aku terdengar suara "Dik makan dik!!" rupa2nya mak aku panggil aku., dik tu nama manja aku kat kat rumah, walaupun pun aku dh umur 26 tapi keluarga aku tetap panggil dik, tapi yang lagi malang satu kampung sg lampam panggil aku "adik khir" sampai skrg..tension aku..... lagi tension budak2 kecik panggil aku adik gak...eee mmg bapak diaorg tak ajar pendidikan sivil kat rumah2....hemm takpelah aku wat dono jek..siap ari bulan mmg kene sekeh kepala budak2 nie.... ok balik pada cerita aku mlm nie....

3. Entahlah tiba2 aku tak de mood nak makan padahal akak aku beli sate punyalah banyak,..kalau kat KL aku dh melantak tapi skrg disebbkan sedih hati punya pasal aku terus kenyang...dalam hati aku pun berkata "patutlah orang sakit2 ni tak makan sbb dia sedih pikir pasal sakit dia terus jadi kenyang" boleh jadi petua untuk kurus badan nie..so sakitlah selalu huhuhuh...eh hepi pulak aku... aku tgh sedih skrg ni....kene wat rasa sedih balik wahh wahh wahh sedih sedih...ok dh sedih.

4. Aku cakap kat mak aku, "mak bila komp ni abg azhar nak betulkan, aku nak main tenet" mak aku kata lagi 2-3 ari abg azhar akan betulkan....badigol betul abg azhar...aku rasa dh 2 minggu aku cakap suruh betulkan...hemm takpelah.. so aku sedap kan hati aku... mybe abg azhar sibuk, almaklumlah pangantin baru sebulan..mesti byk hal. So jalan penyelesaiannya aku pinjam laptop akak aku, so aku pergi ar rumah dia kira2 setengah jam dari rumah aku...aku pinjam sekali broadbane celcom. Tapi sebelum tu Aku cakap kat mak aku, "Mak aku nak gi khemah malam ni" entah idea mana dtg aku terus cakap mcm tu..mak aku kata, "Apa kene dgn ko nie, malam2 nak khemah..nak khemah ngan sapa.." aku cakap kat mak aku, aku nak khemah sambil kiamulai kononya ar...padahal tahun lepas langsung tak bangung kiamulai.bangun nak kecing ada arr.... mak aku tak bagi tapi aku nak jugak sbb malam tu aku sedih dan rasa bengang sangat sangat...dh ar baru balik ipoh..... last2 aku berjaya yeyeyeyeye...eh suka pulak aku.. kembali pada emosi sedih..

5. Aku tak bawak hp, aku tgk hp pun rasa nak pijak2..tapi tak jadi sbb hp tu byk kenangan..so aku tinggal jek..(eh mana aku letak yek?).. aku start kereta dan terus pergi rumah akak aku sambil bawa peralatan perkhemahan.....sampai rumah akak aku..aku ketuk pintu, aku ckp "sowi kaco tido korang, aku dtg nak ada hajat..nak pinjam pc n broadbane celcom ko boleh tak? tak boleh pun kene boleh gak!!!....."tanpa byk soal kakak aku bagi dengan muka yg blur.....terus aku blah dr rumah akak aku.....sambil tu aku pikir kat mana aku nak khemah nie...ngan sapa aku nak khemah.. ha baru aku ingat kwn2 kampung aku...

6. Rumah pertama aku pergi rumah anjang, kat chenderong balai. "Semekom....semekom..." salam aku pada anjang...n anjang pun keluar.."wahh rindu aku kat ko anjang"..sambil cakap sambil peluk...dipendik kan cerita "aku ajak anjang temankan aku gi khemah malam ni kat sg perak" anjang jawab..."tak leh ar khir, napa tak ckp2 awal2 esok aku nak gi kait sawit"..so aku blah...aku pikir sapa lagi kawan aku yg ada yek..aku ramai kawan tapi kawan yg betul2 kawan sikit jek... Tiba2 aku terfikir jamal..terus aku pergi rumah jamal, 30 minit sampai rumah jamal kat teluk intan... Malangnya Jamal pun tak dapat nak join plan aku....aku dh lah tgh sedih nie..haih kwn2 aku pulak busy.,.yelah aku pun satu buat plan mengejut..so pengajarannya dr apa yg berlaku janganlah buat plan last2 minit tapi kalau study last2 minit kompen berjaya malah cemerlang lagi..... tapi kalau buat kerja last2 minit mmg hampeh...ingat tu~~~ (gaya upin dan ipin)
7. Akhirnya aku batalkan saja niat aku nak berkhemah kat sg perak....nak gi sorg2 aku ni penakut...maka aku pulang, sambil bawa kereta sambil aku kenangankan diri aku..mcm2 aku fikir yang pastinya sayang aku asik menambah....kalau dulu satu tapi skrg dh berjuta2 tan sayang yang aku tanggung. huh sayang, apa yang aku merepek nie.. sori2. Tapi aku betul2 sedih dan mengelamun sambil membawa kereta dengan keadaan tawaduk dan berhati2. Tapi betul gak kempen keselamatan jalan raya "ingatlah org tersayang semasa memandu" maka sepanjang perjalanan tak ada muka lain yang aku nampak....hanyalah muka org yg aku syg dia dia dia dia dan dia....muka aku pun aku kata muka dia....
8. Tiba2 aku haus, aku singgah kedai kak timah gemuk...alahai ramai pulak budak2 kampung lepak situ. Turun dari kereta semua terkejut tgk aku n sambut aku bagaikan Presiden Amerika yang dtg...yelah aku dh lah lama tak balik kg,Sebenarnya diaorg ni semua suka kat aruwah ayah aku...maka aku ni dpt lah tempias sikit...Lepak situ, banyak pulak tanya soalan org kampung nie..letih aku jawab, tak habis jawab soalan tadi, soalan lain pulak dtg.....bengang aku!!! diaorg tak tau ke yg aku ni tgh sedih, tengah bengang, tengah rindu, tengah sayang, tengah mengharap, tengah cintakan seseorg, tengah rasa bodo, tengah rasa hina, tengah rasa sayang, tengah rasa cinta yang sgt2..(eh ulang ayat pulak..),....tangah rasa panas, tengah rasa haus dan banyak tengah lah..dh lah aku kat tengah2 depa semua ni panas tau tak....tak kene kipas aku..suh suh suh jauh jauh!!!!..
9. Tapi tu dalam hati jek..dr luar aku sekadar senyum kambing yg mcm nak kene sembelih..... entah malaikat mana yang hasut aku...tiba2 punyalah baik aku..belanja satu warung tu...perghh aku mmg tak sedar apa yg aku buat, mybe sbb aku dh geram dan sedih........... malam tu jek zakat aku kat diaorg sebanyak RM 200...bodo betul budak2 ni ... tau jek aku belanja terus minta benda yang mahal2.....adeh2..dh lah tak baik ungkit....hilang pahala..........
10. Start kereta utk pulang rumah aku.....sampai rumah, haih segan pulak dgn mak aku yelah tadi beria2 nak khemah kat luar...dh lah jam dekat pukul 1, lampu rumah aku pun dh gelap...kesian nak gerak kan mak aku..... so nampaknya matlamat nak berkhemah tercapai...aku pasang khemah depan rumah aku.... tak jadi khemah kat sg perak pun takpelah janji aku khemah........sambil membawa hati yang sedih dan rindukan seseorg aku pun rest dan mengenangkan nasib aku......sebelum aku tido aku baca doa, bukan doa tido tapi doa lain, ini doa org dalam keadaan sedih sbb rindu kat seseorg "Ya Allah kalau dia diciptakan untuk aku, kau tetapkanlah sayang aku dan tabahkan hati. Kau bukalah hati dia untuk aku. Tapi kalau dia bukan tercipta untuk aku kau lupakan dia dalam ingatan aku....bla bla bla". Panjang doa aku sebenarnya....tapi dalam doa tu aku berulang kali menyebut "ya allah kau selamatkanlah dan peliharalah dia dan jauhkanlah sifat dukacita." Sbb apa aku sebut benda tu berulang2 kali, sbbnya kalau ikutkan hati aku, aku nak jaga dia selalu, kalau dia ada depan mata aku,aku akan salu care pasal dia n buat dia hepi selalu tp masalanya aku jauh..so aku harap pada Allah saja yang menjaga keselamatan dia..nak harap kat orang lain, mmg aku tak percaya langsung, .....apepun aku sgt risaukan dia sbb aku sgt sygkan dia.....sampai aku kdg2 lupa pasal diri aku sendiri. Habis doa tu, aku pun mula nak lelap.. Tapi dh dekat sejam aku tak lelap....sbb aku mmg asik fikirkan kan dia.............Ya Allah kenapalah aku jadi mcm nie...aku betul2 sygkan dia.....apalah dosa aku smpi susah sgt aku nak dptkan dia. kadang2 antara diri aku dan diri dia aku pun konfius mana aku lebih syg..............kalau ko tanya skrg ni jawapan aku..aku lebih sayangkan diri dia.... haih.,,rasa nak pergi Palestin jek...nak gi tembak yahudi bodo semua tu..puas hati aku....kalau mati, mati syahid (insyallah).. bila mati tak lah aku pikir pasal dia...cuma aku pikir apa yang aku nak jawab kat malaikat mukar dan nakir...salah jawab kene tibai...betul jawab alahai..bahagia aku.....................
11. Sbb aku tak leh tido..aku duduk dan tgk persekitaran aku...."Ha ada laptop pun!!" aku tekan butang on...lepas tu terus buka blog aku...dan akhirnya aku taip lah blog ni...untuk luahkan apa yang rasa..................................yeke? eh tak tak...tak de siapa pun tahu apa yang aku rasa. hanya aku dan Allah jek yg tau aku rasa..... Aku kadang2 rasa apa yang aku buat mcm memaksa dia, tak baik aku ni!!! (sambil ketuk kepala)... aku tak tau mana yang terbaik untuk diri aku dan diri dia tapi aku semamgnya akan terus setia syg dga dia.....wahh jiwang siut(dlm hati)..lantak la!!! (tiba2 aku menjerit).......................... haih rasa mcm nak nyanyi lah pulak..hemmmmmmm. Ha ada lagu best.. lagu ni betul2 kene dgn dia so sila nyanyi beramai2 mengikut irama dan melodi yg dibenarkan k.... 1 2 3........
"Kau begitu sempurna, dimata ku kau begitu indah, kau membuat diriku akan selalu memujamu, disetiap langkahku, ku kan selalu memikirkan dirimu tak bisa ku bayangkan hidupku tanpa cintamu, janganlah kau tinggalkan diriku, tak akan mampu menghadapi semua, hanya bersamamu ku akan bisa, kau adalah darahku, kau adalah jantungku, kau adalah hidup, lengkapi diriku. oh sayangku kau begitu sempurna................sempurna..owh ouwh."
Mmg tepat sekali...aku pernah nyanyikan untuk dia, suara aku yang tak sedap ni dia bagi bintang 4.8.9 bintang..... hemm aku pun tak faham..apa jenis bintang tu... tapi bagi aku dia tetap sempurna..cewah!!!
12. Korang tau apa yg aku rasa skrg? hemm...............baik aku terus terang....sebenarnya aku rasa dh nak ngantok dh...............................aku harap malam ni aku mimpi yang indah2....akhir kalam...ayg kalau ko baca blog aku nie..aku nak ckp kat ko..ayg aku cintakan ko, jom kita kawin....(akulah orang yang paling beruntung kat dunia nie...eh tak tak silap2...yang betulnye aku lah orang yang paling beruntung seluruh carkawala dan alam semesta...itu pun kalau aku dpt ko)

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers