Selamat hari jadi sayangku..
(aku dh buang pic dia)... pelik aku dlm byk2 entry..entry kat sini korang nak kecoh2....
يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير
1. Masuk malam ini dah 3 malam aku tak dapat tidur disebabkan otak aku berfikir dengan hal hal dunia saja...jauh sekali berfikir soal akhirat mahupun soal mati. dunia dunia dunia dunia. Walaupun aku tak dapat tidur tapi alhamdulilah setaip kerja yang aku buat aku tetap lakukan yang terbaik walaupun masih wujud budaya malas dalam otak aku.
You and I must make a pact, we must bring salvation back
Where there is love, I'll be there
I'll reach out my hand to you, I'll have faith in all you do
Just call my name and I'll be there
Chorus:
And oh - I'll be there to comfort you,
Build my world of dreams around you, I'm so glad that I found you
I'll be there with a love that's strong
I'll be your strength, I'll keep holding on - yes I will, yes I will
Let me fill your heart with joy and laughter
Togetherness, well that's all I'm after
Whenever you need me, I'll be there
I'll be there to protect you, with an unselfish love I respect you
Just call my name and I'll be there
(chorus)
If you should ever find someone new, I know he'd better be good to you
'Cos if he doesn't, I'll be there
Don't you know, baby, yeah yeah
I'll be there, I'll be there, just call my name, I'll be there
(Just look over your shoulders, honey - ooh)
I'll be there, I'll be there, whenever you need me, I'll be there
Don't you know, baby, yeah yeah
I'll be there, I'll be there, just call my name, I'll be there...
KUALA KRAI 4 Julai — Dakwaan pemimpin pembangkang bahawa Umno menolak Islam adalah fitnah besar dan amat tidak bertanggungjawab, kata Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Datuk Mustapa Mohamed.
Menyifatkan apa yang berlaku sesuatu yang amat mendukacitakan, Mustapa berkata beliau kesal dengan tindakan pemimpin pembangkang yang membawa ’cerita’ kononnya Umno menolak Islam, menyeleweng dan membawa ajaran sesat dalam lawatan rumah ke rumah dan ceramah agama di kawasan itu.
“Kita telah berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan Islam dalam kehidupan seharian. Apatah lagi dalam perbankan Islam, pendidikan Islam dan ekonomi Islam.
Kita mengakui ada sedikit sebanyak kelemahan, tetapi kelemahan ini sentiasa kita perbaiki. Kita harap rakyat tidak mudah terpedaya dengan dakyah dan fitnah seperti ini,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis khatam Al-Quran Parlimen Kuala Krai anjuran Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan di Dewan Utama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laloh, Manik Urai, di sini, hari ini.
Sebagai sebuah parti yang mendokong Islam, beliau berkata Umno bertanggungjawab menegakkan perkara yang benar dan menangkis segala fitnah yang dilemparkan terhadapnya.
“Kenapa ini boleh berlaku? Saya hairan juga, saya solat di masjid, kiri kanan saya daripada macam-macam fahaman politik. Kita bersama sembah Tuhan yang sama, dalam masjid yang sama, (tetapi) keluar saja masjid, macam-macam fitnah ditaburkan. Ini amat mendukacitakan,” katanya.
Mustapa turut membidas Penasihat Pilihan Raya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang mendakwa parti itu sengaja membuka ruang untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) menyerang pimpinan mereka terutama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana itu akan memberi kelebihan kepada PAS.
“Tengok muka dapat pahala? Ini kira ajaran sesat. Pahala itu bergantung pada amal maaruf, pahala itu kita buat kebaikan, kita sembahyang dan buat kebajikan ihsan, itu pahala. Tapi tengok gambar... tidak ada nas dalam Al-Quran atau Hadis, saya tidak tahulah, saya bukan ulama besar dalam Malaysia.
“Saya tidak baca mana-mana kitab yang kata, tengok gambar dapat pahala. Ini macam puja, kira tidak betullah pada pandangan atau ilmu yang ada pada saya.
Saya tidak pernah dengar tengok gambar tokoh dapat pahala.” Penamaan calon pilihan raya kecil Manik Urai akan diadakan pada 6 Julai dan jika ada pertandingan hari pengundian ditetapkan pada 14 Julai.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas akibat serangan jantung.
— BERNAMA
:- Minda aku:-



JAKARTA – Indonesia semalam berjaya melancarkan roket buatan tempatan ke angkasa sebelum merancang untuk melancarkan satelit ke orbit menjelang 2014, kata para pegawai.
Roket RX-420 dilancarkan dari tapak pelancar di Garut, Jawa Barat pada pukul 8 pagi waktu tempatan.
Jurucakap Agensi Aeronautik dan Angkasa, Elly Kuntjahyowati berkata, sebuah roket daripada jenis sama yang melepasi ujian tahun lalu akan digabungkan bersama RX-420 untuk membawa satelit ke orbit pada 2014. – AFP
Respon aku
ngan lin sejak aku tahun satu di UKM, dia ambil geologi aku pula ambil sains politik. Tapi disebabkan kolej kediaman kitaorg sama so aku salu ar kaco n jumpa dia. Pada asalnya dia sangat tak suka aku, sb aku kutuk rambut (time rambut dia kerinting2 mcm kene karen) tapi mana boleh org tak suka aku...semua mesti suka aku. So lin tak terkecuali lama-lama kita jadi best frenz. Baru-baru ni lin balik ke Tanah Air dia marah aku sbb aku tak jumpa dia sbb dia sibuk. Tapi insyallah ada masa kita jumpa lagi. Apepun dialah satu-satunya kawan aku yang berlainan jantina menjadi pilot...so aku berbangga dengan dia. Ohye lupa nak bagi tau, Lin skrg dah single,... so sapa2 yang berminat aku dah buka warung pertanyaan utk pendaftaran dan intervew hehehe...jangan lambat2 nati terlepas k. .
nak buat mcm ne.. dh rezeki lin.. Ok nama dia Hairol, tapi mamat ni ada nama manjanya.. dan nama manjanya tak ada org lain yg sebut kecuali aku iaitu Mr Kumbang, sampai sekrg aku panggil dia kumbang, susah lidah aku nak sebut nama dia Hairol. Dia seorg yang sangat smart dan rambut dia sentiasa bersinar2 seperti kulit kumbang badak yang disuluh cayaha rembulan. Masa di ukm dia tersangatlah aktif, oleh kerana aku ini satu bilik dengan dia maka cara tak langsung aku pun terikut aktif lah juga, walaupun aku ini agak pemalas orgnya. Masa dia ukm akulah paling banyak mendajal dia, banyak benda yang aku buat dia marah tapi dia seorg yang baik dan bagus tak pernah marah aku dan sentiasa menerima segala tindak tanduk aku keatas diri beliau. Kumbang janji ngan aku dia nak kasi first class kalau dia bawa aku kapal terbang.. hemm aku harap aku dpt duduk sebelah dia satu hari nati.. hehehehe.. syg ko kumbang huhuhuhu.
rana offer utk menjadi pilot masa dia tahun satu, dia tinggalkan aku keseorgan cewah.,... bilik dia berdepan dengan bilik aku walaupun berlainan blok, aku selalu menjerit2 penggil nama dia. Amir seorg yang sangat sangat lah skema, dan suka pada alat-alat muzik.. msih segar dlm ingatan kepala otak aku time minggu mesra mahasiswa masa aku mula2 masuk UKM, amir dengan poyonya bertanyakan soalan yang sangat poyo gila pada abg n kakak2 fc time tu... dia cakap "bagaimanakah mahu menjadi MPP ?" gila poyo...konon nak jadi MMP, time tu aku duduk sebelah dia terasa malu benor melihat wawasan dia itu...tapi skrg baru aku tau dia benar2 hebat.. Antara ketiga2 ni Amir lah paling lama jadi Pilot dah berapa benua dia gi aku pun tak pasti tapi dia mmg kawan yang baik..aku pun syg ko gak amir,,




KUALA KRAI 19 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun Pas, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam masuk syurga.
Timbalan Presiden UMNO itu berkata, perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, hakikatnya kedua-dua parti memperjuangkan agama Islam namun apa yang membezakan BN dan Pas adalah BN mempunyai kekuatan untuk memaju dan menggerakkan negara.
"Keupayaan BN untuk bangunkan negara lebih kuat berbanding keupayaan (Pas) di bawah pimpinan (Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat)," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan khas dengan warga pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok, di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNOo dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein.
Muhyiddin berkata, Pas tidak mempunyai keupayaan untuk membangunkan negara termasuk merancang secara rapi aspek berkenaan.
Justeru katanya, penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai perlu memikirkan secara rasional terhadap kebolehan parti mana yang harus dipilih untuk membaiki taraf kehidupan mereka dan membangunkan kawasannya.
"Saya berpendapat kita perlu fikirkan secara rasional dan fikirkan soal masa depan," katanya.
Menurutnya, BN mampu membangunkan negara dan memacu negara ke arah masa depan yang lebih baik untuk rakyat. - Bernama
Ha yeke undi BN masuk syurga gak, jap2 aku pikir..kalau aku undi BN maknanya aku..:---
1. Tolak hukum allah (Hudud dan qisah)
2. Tolak al-quran dan hadis (sbg perlembagaan utama)
3. Murtad pun tak pe
4. Perbanyakan kilang arak kat Malaysia.. tak cukup yg ada sbb rakyat malaysia suka minum air buah2an tempatan mcm tu....
5. Judi..sumber pendapatan negara.. Malaysia Darul Judi.. Insyallah..
6. Clubing dan Pub..... belum cukup, maklumlah sekarang dh anak2 muda perlu bersenam dan mengeluarkan peluh di tempat2 mcm tu... baik utk kesihatan.. menjaga kesihatan juga satu ibadah..
7. Sokong ISA.... tahan tanpa bicara .. banyak bicara buat habis duit negara jek..
8. Runtuhkan masjid, surau..rumah2 rakyat..... hemmm... runtuh2
9. Mufti kalau betul ke salah ke tetap didapati bersalah kalau melarang org islam masuk ratu cantik mcm ke bekas mufti selongor ( allahyarham shohibur samahah Tuan Guru Ishak Baharom) dulu dulu tu.. ingat tak...
dan dan dan dan dan dan dan....
hemmm banyak lagi nie...
betul gak yek.. hem patutlah undi BN leh masuk syurga.......tp .syurga mana tu yek..? ohye ohye syurga islam had-had hari....... ok.. blh diterima ar tu huhuhuhuhuhuhu
saya sayanga BN. anda pula bagaimana????? tak sayang BN tak dpt masuk syurga had-had hari tau
1. Hari ini kawan aku si ayu buat pertama kalinya dlm sejarah dia telah berjumpa dengan ibu kandung dia yang telah terpisah lebih 20 tahun.. ayu kata time dia berpisah dengan ibu dia tu.. umur dia baru 3 tahun. Alhamdulilah atas keperihatinan faiz ayu dah jumpa balik ibu dia.. dulu aku dh mmg cakap dgn ayu, aku akan tolong dia carikan mak dia... yelah jauh mana pun mak kita tu. syurga kita masih dibawa tapak kaki dia... tp di sbbkan aku busy dgn kerja aku, dan ayu pun dah ada pakwe yang ambil berat ttg dia.. so aku pesan kat faiz tolong cari ibu ayu....
2. Tanpa dirancang ayu ngan faiz n hapis.. gi ke balai polis kat area2 seremban yang telah dikenal pasti kat situlah mak ayu tinggal. Aku terkilan juga tak dpt join walaupun faiz dan ayu beria2 ajak sekali aku utk ke serambam... tapi apepun aku ttp hapi bila kawan aku dpt berjumpa dgn ibu dia... apalagi ibu yang lama dah terpisah...mcm jejak kasih jek..

SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.
Insya-Allah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi semuanya ini. Kalau Umno-BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada "qarun-qarun" yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi.
Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok.
Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya.
Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.
Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno-BN dalam apa suasana sekalipun.
Media cuba memainkan isu bahawa PAS hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa PAS hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Setiausaha Agung pada 17 Jun lalu telah menjelaskan kekeliruan ini.
Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden PAS. Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat akan dibincang terlebih dahulu dalam parti.
Insya-Allah, segala keputusan yang diputuskan itu akan kita sampaikan kepada semua pihak sehingga ke peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas.
Yakinlah firman Allah SWT, yang bermaksud: "Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu." Dan maksud sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Berjamaah itu rahmat."
Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat sahih melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih, maka bolehlah kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.
Bersandarkan nas syara'
Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara' dan fiqh siasi.
Kita bertahalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.
Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini. Ini kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah-belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.
Dapatkan maklumat rasmi daripada akhbar rasmi Harakah, laman web Harakahdaily dan akhbar Siasah supaya tidak menimbulkan kekeliruan.
Tunggu dan sabarlah untuk mendapatkan penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita.
Ustaz Idris ialah Ketua Penerangan PAS Pusat_
aku ambik dr harakah
Copyright 2009 - "Anak Jawa Di Kota Melayu"
Blogspot Theme designed by: Ray Creations, Ray Hosting.