"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)

26 Tahun aku berpijak, merangkak, mengesut dan mcm2 lagi dibumi tuhan demi menuruskan hembusan nafas-nafas aku yang entah kapan akan berakhir. Entah esok, entah lusa, entah sebentar nati.. apapun mati itu sesuatu yang pasti.Seksa kubur pun pasti, azab neraka dan nikmat syurga juga pasti…. Tapi aku sendiri tak pasti sama ada aku bersedia berdepan dengan semua tu….


26 tahun aku menikmati nikmat tuhan yang perlu diayar dengan amalan ibadah, dan ada juga hamba2nya yang sombong dgn Tuhannya sendiri… hidupnya dipenuhi dengan Arak, Zina dan sebagainya….. baik yang tua mahupun yang muda semuanya sombong dengan Tuhannya sendiri. Semalam aku dengar ceramah agama oleh serog ustaz ni, Dia sebut dlm al quran lebih kurang mcm nilah maksudnya “jangan kau merasa pelik melihat orang yang kaya semakin sesat kerana allah telah membencinya dan allah memberi nikmat kepadanya lagi supaya dia terus sesat, tiada pengampunan dari Allah”. Patutlah aku tengok ada dato2 yang gatal2 dengan perempuan walhal umur dah nak mampus…

26 tahun mcm2 pengalaman aku lalui, sama saja dengan orang lain ada pengalaman yang suka mahpun yang duka. Setiap pengalaman yang aku lalui mematangkan aku dan kadang kala menyebabkan aku kurang matang namun sekurang2nya aku kenal erti hidup didunia ni. Aruwah Ayahanda dia tak wasitkan aku harta mahupun wang ringgit tapi dia wasitkan kat aku dan abg serta kakak aku dengan nasihat. Sehingga hari-hari terakhir Ayahanda dia masih lagi berpesan dengan aku tentang cara hidup didunia ini. Dia takut yang aku akan sesat dengan godaan dunia. Berkali-kali dia menasihati aku......hidup didunia tidak mudah untuk memilik syurga. Kurang 10 hari genaplah setahun pemergian Ayahanda tercinta……..

26 tahun aku bernafas umpama aku bernafas di dalam lumpur, kadang kala lega kadang kala seksa yang aku rasa…dan kadang kala sukar aku nak percaya dengan diri aku sendiri. Bagi mereka2 yang kenal aku dari kecil seperti keluarga aku dan teman-teman sekampung aku agak sukar percaya dengan diri aku, apa lagi aku!!!. Kalau dulu masa kecil2 aku duduk di sekolah budak2 lembap, dari darjah 1 hinggalah darjah 5..masuk darjah 6 aku masuk kelas budak2 pandai tapi dalam kelas tu aku lah yang paling bodoh sekali. Aku ingat lagi dalam kelas tu ada 23 pelajar dan aku dapat no ke 23…… kerana cuak bapak aku akan marah, al maklumlah bapak aku kan ketua PIBG sekolah time tu, maka aku dengan buruk perangai meniru tanda tangan aruwah ayahanda aku. Al maklumlah time tu bapak aku sibuk maka aku ambil kesempatan dari kesibukannya,…..masuk ke sekolah menengah aku berada di tahap sederhana kerana ada yang lebih bodo dari aku…Oleh kerana bapak aku pengetua aku terselamat dari masuk kelas bodoh.. namun hakikatnya aku masih lagi kurang pandai. Masih aku ingat lagi dlm kelas tu ada 31 orang pelajar, aku mendapat no 26 antara yang terbodoh dalam kelas jugalah…. Sehingga result SPM keluar aku hanya mendapat 2A tapi sayangnya BM aku dapat 7. Maka terpaksalah aku ambik PAPER JULAI untuk betulkan BM aku, Namun ternyata aku mmg lemah dalam bab bahasa kerana PAPER JULAI tu aku dapat 6 sahaja. Ok lah kira boleh bernaflah tu… dan aku terus sambung belajar aku yang hampir setahun tersadai akibat kebodohan dlm BM. Aku masuk Form 6 di Sekolah Horley Methodist. Sekolah ini hampir sama dengan sekolah aku yang dulu, dulu aku sekolah Agama dimana dalam sekolah itu satu pagar dengan Masjid. So apa yang sama ini dengan sekolah aku yang dulu ialah kedua-duanya didirikan atas nama agama, apa yang bezanya sekolah berorentasikan kristian (zaman dulu) dan satu pagar dengan Gereja Katolik serta perkuburan Kristian. Jumlah pelajar di sekolah tu ada lebih kurang 1600, tetapi bilangan pelajar melayu dari Form 1 hingga Form 6 kurang daripada 300 orang. Oleh kerana bilangan pelajar melayu kurang, maka aku di sekolah Horley itu akan menonjol satu foktor kerana popularity bapak aku dan kedua mybe aku yang paling kacak kat sekolah tu, maka ramai yang nak jadikan aku abg angkat atau pakwe… hampir setiap hari aku dapat surat dibawah meja aku. Aku rasa, aku masih lagi simpan surat2 tu di rumah aku..tupun kalau mak aku tak selongkar stor bilik aku kat kampung.

Masih bercerita ttg sekolah, Masa aku di Form 6, tahap kepandaian aku mula meningkat, jauh berbeza dengan semasa form 5 dulu. Alhamdulilah aku ketegori pelajar cemerlang daerah hilir perak malah aku pernah kalahkan result peperiksaan percubaan STPM pelajar terbaik perak iaitu classmate aku sendiri. Tapi entah kenapa, waktu STPM aku dikalahkan olehnya tapi tak mengapalah result aku masih ternyata melayakkan aku menyambung belajar ke IPTA. Secara jujurnya waktu ini aku diberi motivasi oleh seorang yang aku minat n sayang satu waktu ketika dulu, bagi aku dialah segala2nya time tu…maka aku belajar bersungguh2 untuk menutup kelemahan aku dan melihatkan aku ni bodoh…. Dia kat KL aku kat Perak so dia tak nampak betapa bodoh sebenarnya aku di sini…tapi kerana setiap kata2 hikmah yang membuatkan aku semangat berkobar2 dan bercinta dengan buku selain dia….hasilnya aku masuk UKM yang merupakan universiti yang sukar dimasuki oleh2 pelajar lain….. maklumalah time tu UKM antara universiti terbaik dunia…. First sem aku disana entah jin mana yang rasuk pointer aku gila tinggi melepasi dari apa yang aku sangkakan….. 3.70** namun masuk sem dua, pointer aku mula jatuh merundum bukan sbb aku main atau malas belajar. Waktu itu baru aku tau yang aku ini sebernarnya bertepuk sebelah tangan…..senang cerita tanpa dia aku terus hilang semangat belajar…pointer aku terus jatuh dan terus jatuh setiap sem..dari budak yang dikenali cerdik di Jabatan hinggalah budak yang paling banyak ponteng di Jabatan.. mcm2 title aku dapat…

Masih aku ingat lagi masa tahun akhir aku di UKM, oleh kerana taksud utk mendapat King Of The Night... aku pikirkan apakah baju yang paling ensem dipakai oleh aku. Tema malam tu Eligent warna Hitam, Putih dan Merah......pikir punya pikir punya pikir akhirnya aku mendapat Idea baju yang paling sesuai utk aku pakai, Nak tahu baju apa? aku pakai costum Dark Vider (Star Wars) hahaha.... siap pakai topeng, pada awalnya semua konfius mamat siapakah yang pakai baju lari Tema nie... aku bawa siap pendang lagi clip clip warnanya... Walaupun aku tak tak tercalon jauh sekali terpilih untuk jadi King Of The Night tapi sekurang-kurangnya aku menarik minat semua org yang datang...... secara tak langsung menambahkan lagi populariti aku di UKM.... Namun diakhir-akhir hayat aku di UKM, bapak aku mula mengidamkan supaya aku dapat terus sambung belajar ke tahap Master dan kalau boleh ambil PHD lepas tu, ini kerana gara-gara time tu abg aku dapat melanjutkan pelajaran ke tahap PHD di UK. Time tu pulak masih aku ingat pointer aku hanya 2.68 jek, nak masuk master kena sekurang2nya 3.00. Mak ai…. Banyak tu. Mcm mana dengan berbaki 3 sem ni aku nak tingkatkan pointer aku. Tapi ingat tuhan tu maha kuasa. Alhamdulilah aku graduate dengan pointer 3.01, mmg cukup makan tapi lepaslah syarat untuk sambung MASTER. Bapak aku suka sangat bila aku dpt sambung belajar… dalam hati pula aku ni mmg malas nak sambung tapi kerana sayangkan bapak aku lebih dari segalanya aku turutkan…..

Dalam masa belajar, bapak aku serahkan satu perniagaan kat aku, walhal time tu aku tak minat berniaga malah aku time tu ada kontrak dengan UKM di Jakarta. Bagi aku kerja makan gaji lagi rilek tak sakitkan kepala…. Masa di UKM kawan baik aku Anwar kerap kali memberi motivasi aku supaya berniaga…n mcm2 lagi lah… tapi time tu aku mmg bukan minat berniaga…. Masa menjalankan perniagaan bapak aku, aku mmg seorg boss yang malas. Aku masih ingat lagi hari-hari awal aku masuk office aku demam sbb aku tak biasa duduk di pejabat yang berairkon. Tapi alhamdulilah disamping kemalasan aku itu akhirya aku berjaya meningkatkan pernigaan bapak aku. Namun jiwa aku tak ada disitu…kerana aku masih mengidamkan kerja yang diluar peniagaan.


now umur aku dh 26, aku bekerja sendiri...kadang kala sesak duit dan kadang kala byk duit tapi apepun aku berlagak mcm da duit....dan tahun ni tahun paling ramai kawan2 sekolah aku mendirikan masjid...tak pun bertunang.. aku pula mmg tak merancang lagi sbb aku nak kumpulan wang supaya perkahwinan aku seperti yang aku angan-angankan..

Walaupun Umur aku dah 26 tahun tapi aku rasa aku masih kurang matang lagi....walaupun aku bergaul dengan orang2 yang lebih tua dari aku tapi aku rasa dlm soal pemikiran hal hal memahami perasaan orang lain..aku mmg kurang matang... apepun aku bangga menjadi diri aku sendiri...... dan aku bersyukur allah masih panjangkan nyawa aku sehingga skrg... aku ingat lagi time aku umur 8 tahun... aku masuk ICU dan koma..... hidup aku maybe paling lama 3 minggu.. kalau hidup aku cacat (itu yang diceritakan oleh kakak aku). Now aku masih hidup boleh hembus nafas segara atau nafas2 berbau.. Thanks God I Love U so Much.....

2 comments:

aiseh bro..UKM best university ke? dgr cite UKM products are among the most yang tanam anggur..

Jangan salahkan universiti...salahkan diri sendiri..kerana malas diri terbabas..UKM tetap dihatiku..Pertama Dalam Semua...ex Dato' Onn 2003.

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers