1. Baik kamu, aku dan orang lain. tak kira benua mana pun, tak kira bangsa apa pun dan agama mana pun. Alasan adalah jawapan kepada segala persoalan. Sama ada alasan yang dicipta itu bodoh atau sebaliknya bergantung sang pencipta alasan itu. Kalau yang mencipta alasan itu sorg yang bijak maka alasannya umpama sajak puri pujangga. Tapi kalau yang beri alasan itu otaknya sekecil otak burung unta maka alasan bodoh sajalah yang dicipta.
2. Siapakah golongan yang banyak mencipta alasan, sudah pastinya golongan yang mahu mengekalkan kuasa. Orang politik tak lari dari mencipta alasan. Baik alasan bodoh mahupun alasan bijak. Tapi ada diantara rakyat menganggap alasan itu umpama wahyu yang perlu percaya bulat-bulat tanpa asal usul periksa. Maka rakyat terus didodoikan dengan alasan-alasan yang bodoh lagi tuli dari sang penguasa yang buta mata dan buta hati.
3. Yang kekasih bercinta, alasan itu pun satu senjata kenapa cinta itu harus dikekalkan dan kenapa cinta itu harus dileraikan mahupun dihancurkan. Tanpa rasa simpati dan peduli, maka alasan pun di cipta untuk mencapai cita cita yang mungkin mementingkan diri sendiri. Tak kira perempuan atau laki, dan tak kira suami atau isteri semuanya mencipta alasan untuk kepentingan yang di mimpi-mimpi.
4. Tapi kira siapapun yang mencipta alasan, tapi alasan itulah jawapan bagi dunia melayu kini. Melayu terkenal dengan alasan yang buta tuli entah bila mata nak celik dengan fakta dan dunia rialiti. Malaysa merdeka sudah 52 kali, tapi rakyat masih buta hati. Tiba-tiba muncul one malaysia konon nak kan jadi rakyat yang terpuji. Silap haribulan rakyat Malaysia ni semua jadi macam hamba abdi.

0 comments:
Post a Comment