Mari baca cerita merdeka dari blog abg aku pula. Merdeka dia dan merdeka aku sama tak serupa:----
Cerita Merdeka dulu dulu
1. Sewaktu aku kecil yang kuingat merdeka adalah hari tak sekolah. Cuti. Boleh tengok tv. Ada siaran langsung perarakan di KL. Seronok tengok askar berbaris bawa senapang. Rasa nak jadi solja (soldier) time tu. Tapi nak jadi V. Morrow. askar Amerika!
2. Sewaktu assembly kat sekolah. Cikgu laungkan merdeka, aku dan kawan-kawan sama, 'merdeka! merdeka! merdeka!' kerana lepas itu kami cuti sekolah.
3. Seumur hidup aku tak pernah pergi ke perbarisan merdeka. Tak patut betul! Tetapi aku selalu berbaris panjang nak beli borang Universiti di Pejabat Pos Teluk Intan dulu. Semangat nak masuk universiti. Dah masuk, tak bersemangat pula! Memang belum merdeka.
4. Agak rasa dah bijak sikit, mula gatal tangan nak tulis. Mula tulis artikel kat Harakah. Tajuknya, `Harga Sebuah Kemerdekaan', itulah yang menjadikan Zul Sulong kenal sikit kat muka aku. Lepas tu rajinlah menulis di Harakah hinggalah aku tulis artikel yang bertajuk, `Tiada Lagi Derhaka, Berakhirkah Daulat', habis kena soal siasat oleh Polis Kota Bharu hampir 5 jam. Kesian Dato Hishamuddin Yahya tak pasal-pasal dia kena jawab dengan polis tu. Lepas tu, aku macam takut-takut je nak tulis. Ciss macam mana nak merdeka?
5. Masuk lokap, malam-malam yang panjang terus mengharapkan belas ihsan untuk dibebaskan. Merdeka?
6. Sekarang. Aku sedang berfikir-fikir untuk memperjuangkan kemerdekaan diri sendiri. Yang dijajah oleh rasa takut dan bimbang. Rasa bergantung harap pada makhluk. Tiada senapang yang boleh kuhalakan, tiada pedang yang boleh kuhunuskan. Yang ada adalah sejarah lalu yang mengajar.
www.muhaiminsulam.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment