"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)

...... puasa hari mmg sikit pun tk terasa lapar dahaga apa lagi rasa nak korek idung atau telinga. tup tup dah nak azan magirb. Walaupun hari ni kedai aku tak ramai yang datang, maybe ramai yang berbuka puasa di rumah aku tetap bersyukur dengan apa yang tuhan bagi kat aku di bulan ramadhan ni. Sekurang-kurang hikmahnya aku dpt tgk anak mama si kuhaza kat hspitl. Alhamdulilah aku tgk dh sembuh dari sakit tu.

Tadi aku gi terawikh kat masjid yang sama iaitu Masjid Bukit Jelutong, aku kali ni gi sorang2....seronok aku solat kat masjid tu sbb nak ramai yang berebut nak dptkan keberkatan bulan ramadhan ni. Suasana mcm nilah yang sebenarnya aku rindukan di bulan ramadhan, bila ramadhan dah nak habis aku rasa mcm tak best lak...kang aku cakap lebih2 orang kata aku poyo lak. Btw aku mmg rindukan ramadhan.

Akhirnya sempat juga aku ambil borang tahlih aruwah sempena bulan ramadhan ni. Hemmm... nama orang yang aku nak taruk, dah tentu nama aruwah ayah aku. kemudian, nama atok aku walaupun aku tak pernah jumpa dia tp sekurang2nya dia kenal aku ni cucu dia yang sedekah atas nama dia. Seterusnya nama mak Yana....setiuasinya adalah sama mak yana mmg tak kenal aku, n yana pun pernah cakap keluarga dia tak kenal aku. So dengan cara ni, insyallah mak dia akan kenal aku, walaupun aku tak kenal dia..tapi aku sayang pada mak dia.. Dan terakhir sekali sahabat baik aku Khamzah, yang meninggal nak jumpa aku. Dah 2 tahun dia pergi.....


Mmg kalau kita ibadah tu perlulah istiqomah dengan kata lain, perlu berterusan jangan hangat2 tahi ayam. So di Ramadhan ni bukan aku sahaja tetapi org2 lain pun terut pertingkatkan amal ibadah dia. sbb time2 mcm nilah rajin, time2 lain jujur aku cakap yang aku ni agar malas hehehehe...maksud aku buat bab2 yang sunat ni mmg malas kecuali bulan pose. Tapi sayangnya ada juga kawan2 aku yang tak pernah hargai bulan ramadhan ni. Hemm biarlah dia dengan dunia dia., sb nanti mati pun dia dalam perut dunia jugak......

last sekali aku bagi hadis yang anak sedara aku bagi kat aku...:-


" Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini." >> Selamat Menjalani Ibadah di Bulan Ramadhan ppl! ^_^ "

0 comments:

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers