"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)

1. Agak lama juga aku tidak membuka internat di rumah aku, guruh yang datang tanpa diundang malah tanpa tanda awal mahu datang menyebabkan housamte aku si Meor tidak sempat menyelamatkan peralatan elekterik di rumah aku. Akhirnya banyak peralatan di rumah ini rosak termasuklah modem yang aku beli tak sampai seminggu.

2. Esok umat islam berpuasa kecuali umat islam yang tak ada iman di hatinya mmg tak akan puasa. Semua orang tahu puasa bukan menahan lapar dan dahaga tetapi melawan nafsu, mengawal tingkah laku sebagai contoh tak boleh mengumpat, tak boleh korek hidung, tak boleh korek korek telinga dan mcm2 lagi. Tapi kalau ada orang tanya korek cekam batal tak? huh... aku pun blur korek cekam tu apa hukum yek....al maklumlah korek cekam ni dah ketegori sama best dengan korek hidung dan telinga...huhuhu

3. Waktu internet aku rosak, maka alternatif aku untuk mendapatkan maklumat tentang dunia aku ini tak lah tak bukan adalah Televisyen. Tapi bila aku tengok berita nak termuntah aku, kalo pose mahu terbatal pose aku nanti tengok gelagat si pemberita yang jahil dan orang-orang yang di dalam itu pun jahil. Isunya pasal sokong UMNO tak masuk syurga.


4. Usah kata pada Nik Aziz, kalo korang tanya budak 3 tahun yang faham ilmu agama pun dia akan cakap sokong UMNO adalah salah cara kita mendekati dengan api neraka. Memang bukan hak kita sebagai Hamba Allah untuk menuduh seseorang itu ahli syurga mahupun ahli neraka. Tapi apa gunanya Allah ciptakan peraturan yang wajid diikuti oleh Hambanya di muka bumi. Kalau ada Hambanya yang melanggar peraturan tu pasti hukumannya adalah neraka. Sebagai contoh kalau kita dah selalu langgar lampu isyarat pastinya kita menghampir hukuman kena saman atau silap hari bulan masuk jil. Begitu juga dengan hukum Allah....Allah memberi 2 pilihan pada hambanya nikmat syurga atau azab neraka. Tak kan orang yang jahat, yang tak mahu ikut peraturan Allah masuk syurga. Kalau macam tu, orang yang berzina, yang minum arak, yang berjudi tetap akan masuk syurga. Apa lagi kalau orang itu menentang dan tidak melaksanakan hukum Allah... tak ke sama perangai macam firaun?

5. Jadi lihat UMNO tu sendiri, macam mana pemimpinannya...tak perlu tengok apa yang dibuat. Cukuplah lihat dari segi pemakaian pemimpin UMNO.......? Jarang sekali aku lihat pemimpin UMNO memakai pakaian yang ikut tuntutan Islam. Bila ditanya kenapa tak pakai tudung labuh, tak tutup aurat dan sebagainya. Pasti jawapanya, kami tak mahu jadi munafik, kami tidak mahu mempergunakan agama dalam politik dan banyak lagi. Tapi itulah jawapan orang yang mempermudahkan agama islam itu sendiri....

6. Nabi dah ajar, golongan mana yang dapat syafat dia dan golongan mana yang langsung tercicir dari syafatnya. Kalau bodoh juga.. mmg tak heran benda2 kecil ini akan jadi besar. Oh UMNO elok korang masuk kelas KAFA balik, dah tak betul lepas tu degil terima kebenaran.

7. Ok lah esok dah nak pose nie.....tak sabar2 aku nak sahur dan malam solat terawikh. Alhamdulilah Allah sampaikan aku di dalam bulan pose nie...




1 comments:

apa nak heran suadara, UMNO mmg tak betul dari dia tubuhkan sampailah nak dikuburkan masih tak betul2...

apapun saudara, ikhlas di hati saya, saya cukup kagum dengan pendirian saudara terutama sekali dalam isu PPSMI. Saudara perlu lebih bersungguh dalam berdakwah fi sabililah..

wassalam

Bukan Hamba Dunia

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers