1. Sedih aku bila terbaca didada akhbar yang kumpulan pertama nasyid Malaysia Raihan akan dibubarkan kerana mengalami masalah penaja di Malaysia. Aku sebagai peminat Raihan hanya mampu bersimpati dan berberdoa tapi tak mampu untuk mempertahankan Raihan. Kalau aku punya wang yang berkoyan-koyan pasti aku bantu dakwah Raihan.
2. Isu Raihan ni, aku dah cerita dh lama dh...kenapa masyarakat dan dunia koperat di Malaysia seolah-olah tidak menyedadi kewujudan Raihan. Tetapi masyarakat di luar negara mmg kagum dengan kehebatan Raihan. Pernah aku melihat dokumenteri Raihan sepanjang jelajahnya di Eropah, Russia, dan Afrika. Bangga aku melihat penerimaan masyarakat disana dengan artis tempatan kita. Poster kehadiran Raihan umpama poster pasti-parti politik berkempen. Sebulan sebelum kedatang Raihan pasti lagu lagu raihan dimainkan di corong-corong radio dan sebagainya. Ada tempat di Afrika Selatan , banduan-banduan menjadi lagi Raihan sebagai lagu tema mereka. Begitulah hebatnya Raihan dikaca mata penduduk Islam yang tinggal di negara-negara kafir. Tapi penduduk Islam di Malaysia , yang kononnya sebuah negara Islam tidak berbangga dengan apa yang dilakukan Raihan walaupun usahanya merentasi sempedan. Lain lah mcm Siti, baru buat show kat London itupun sebahagian besarnya org melayu yang tinggal di sana menontotnya di sambut bagaikan wira negara dalam bidang Industri. Walhal satu album dia pun tak terjual di sana.
3. Aku, ingat lagi ada seorg kawan aku bernama Yusuf. aku kenal Yusuf semasa sama-sama menuntut di UKM. Yusuf orang Kanada yang masuk Islam pada usia 18 tahun (kalo tak silap aku). Satu hari aku masuk bilik dia, aku melihat album Raihan, yang peliknya tanda harga disitu bukan RM tapi dalam bentuk Euro. Aku tanya bila dan dimana Yusuf beli? Jawab dia..dia beli semasa dia di France time dia bercuti tahun lepas (2006). Wahh pastinya aku bangga album Raihan terjual di Perancis...Yusuf cerita dekat aku, semasa dia tinggal di Perancis nama Raihan begitu popular dan ramai yang boleh menyanyikan. Pada awalnya Yusuf tak tahu apa makna lagu Raihan tu (lagu dalam bahasa melayu) tapi bila dia tgk kamus maknyanya sungguh menakjubkan (itu kata yusuf kat aku la). Jadi apa yang aku dapat disini..usaha dakwah Raihan, bukan saja memperkenalkan artis malaysia di mata dunia dan usaha mendidik rohani tetapi memperkanal bahasa Melayu di Mata dunia. Aku suruh Yusuf nyanyi lagu Raihan, Yusuf bersungguh nyanyi lagu Raihan dalam bahasa Melayu walaupun sebutan Yusuf agak kelakar tapi aku bangga bila orang putih mampu menyanyi dalam bahasa melayu. Perkataan yang aku tak pernah lupakan dari Yusuf dia menyebut Insan tu adalah Ingsang......
4. Itulah nasib malang yang menimpa artis-artis nasyid tempatan. Diskriminasi lagu nasyid lebih-lebih lagi lagu nasyid yang berbentuk mendidik Rohani akan dipandang tanpa mata oleh rakyat Malaysia...

1 comments:
2 la..raihan mmg best
Post a Comment