Menjangkau usia yang baru saja mencecah 26 tahun ini, beratpa syukurnya aku kepada kebesaran Allah yang masih menuruskan jantungku berdegup tanpa tercacatnya akal mahupun fizikal yang telah dikurniakan oleh Allah yang Maha Pengasih.
Entah berapa jutaanya dosa aku kepadamu Ya Allah dan entah berapa halusnya pahalaku yang telah kau terima selama hayatku. Ya Allah bukan aku tidak menyintaimu sepanjang hidupku, dan bukan juga aku tidak merindui kekasihamu Rasullulah dalam syahdu ku....tiap detik waktu hidupku, kusembahkan hanya padamu..namun aku hanya manusia yang lemah, imanku tidak sekuat iman yang telah kau berikan kepada Ayahandaku sewaktu ketika hayatnya dahulu. Hidup matinya berjuang atas namamu, bibirnya sentiasa dibasihi dengan zikir zikirmu. Iman itu mmg tidak mampu diwarisi tapi mampu difahami dan dihayati bagi anak-anak yang ingin kasihani ibu dan ayahnya apatah lagi sekiranya ibu dan ayahnya tiada. Tiada siapa yang mampu menyelamatkan mereka dari Azab seksa kubur dan neraka melainkan doa anak yang soleh dan solehah yang tidak membutakan dirinya dengan dosa dan pahala.
Maka tiada gunanya cinta menggunung kepada ayah dan ibu namun setelah pemergiannya kita menjadi hamba dunia. Mereka disana ternati-nati akan doa dari anak yang soleh dan solehah bukan doa dari anak-anak yang menjadi batu bara api nereka mereka di neraka kelak. Ya Allah kau jadikanlah aku anak yang soleh.
Kadang kala, bila aku ingin menasihati kawan-kawan aku, tiba-tiba tertanya diri aku pada diri sendiri, benarkah layak untuk aku menegurnya. Bila aku rasa diriku tidak layak, maka akhirnya aku membiarkan mereka tersesat dengan kebodohan diriku sendiri..
Mungkin disini untuk aku luahkan dan memberi peringatan buat diriku dan buat kawan-kawan yang cintai dan sayangi. Seperti dalam hadis Rasullullah yang bermaksud ‘berikanlah peringiatan, sesungguhnya peringatan itu amat berguna pada orang beriman/mukmin”. Ingat Islam itu terbahagi dua iaitu ISLAM YANG BERIMAN dan ISLAM YANG TIDAK BERIMAN. Tepuklah mana yang mahu ditepuk lalu tanya iman masing2 sejauh manakah takutnya pada AZAB ALLAH yang sedang melambai-lambai menanti kehadiran kita!!!
Sempena kehadiran RAMADHAN AL MUBARAK ini yang diciptakan oleh ALLAH SWT khas buat hamba-hambanya yang benar-benar ada iman di dada..marilah kita memperbanyakan ibadah tambahkan saham akhirat dengan meningkat iman, amal dan ikhsan
0 comments:
Post a Comment