"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)


1. Kota sekuat mana pun pastinya akan runtuh akhirnya, walaupun memakan masa beratus tahun untuk ditakluk. Seperti Kota Konstantinapole yang menjadi ibu negara kepada kerajaan Bizantain yang bertahan ratusan tahun akhirnya tewas ditangan Khalifah Muhamad Al Fatih.. 800 tahun lamanya tentera islam menanti kejatuhan kota itu. Jatuhnya kota itu lambang kemegahan dan kemenagan ISLAM sebagai agama yang benar. Itu kota yang dibina dari batu dan konkrit, apa lagi kota hati aku yang dibina dari tanah yang dihunus pisau pasti tertimbus jua...akhirnya kota aku itu runtuh jua...runtuh yang membunuh penghuni-penghuninya. Tiada generasi lagi yang mampu menyambung kemegahan kota itu pada masa masa mendatang.

2. Awalnya kota itu aku sediakan dengan hulu balang negara yang gagah yang aku ambil dari pelusuk dunia, agar kota indah aku ini tidak ditawan dan gagah seperti Kota Nabi Allah Sulaiman. Aku hiasi lagi kota aku dengan segala kecantikan dan kemewahan, agar kota aku secantik Kota Kaca Puteri Balqis.. jauh sekali aku ingin melihat kota aku umpama istana firaun yang bermegah2 diatas darah manusia yang tak berdosa....Kota aku dibina atas dasar-dasar rialistik aku sendiri, cinta, sayang, iman, maruah, pahala, kejujuran, agama, dosa, syurga, neraka, angan-angan, impian dan cinta..itulah yang asas tiang sri di kota aku.


3. Kota Aku jangan disamakan dengan Taj Mahal yang dibina Shah Jihan, atas dasar cinta membuta tuli lupakan tuhan ingatkan dunia itulah cinta menggila namanya. kota aku, kota suci, kota aku adalah lambang impian aku, kerana aku bermegah dengan kota ini kerana adanya kau sebagai sang permaisuri....kau permaisuri yang aku banggakan di kota kota lain. Kerana kota mereka tidak sehabat kota aku yang memiliki kau sebagai lambang kemanan , kasih sayang, dan kesetiaan di Kota itu. Kota ini juga ada lemahnya, walaupun kota ini dibina dengan harapan dan pengorbanan menggunug, namun kota ini dibina tanpa ditunjangi ikatan janji hanya sekadar ayat-ayat syok sendiri.


4. Kota yang lama aku bina dan pertahankan akhirnya aku sendiri yang runtuhkan kerana kota yang aku bina itu tiada harapan untuk aku pertahankan. Dari dia dimusnahkan oleh manusia yang tak guna biar aku sendiri yang musnahkan kota yang aku bina itu..kerana itu lebih bermaruah. Walaupun pada hakikat sebenarnya kota ini sudah terlalu lama runtuh dan sudah berkulat. Cuma hari ini adalah hari rasmi acara runtuhnya sebuah Kota itu. Dan bukan salah kamu ini semua salah aku kerana membina kota di tanah yang tidak subur dan kering kontang.


5. Akhirnya aku bebas dari hegomoni sesiapa, baik dirimu mahupun dirinya. walaupun dalam hati teringin sekali menghidupkan dirimu yang dulu yang menjadi sumber inspirasi disetiap detik nafas nafas aku......tapi aku bukan tuhan yang berkuasa menghidupkan dan mematikan hambanya. Apa yang aku buat, layan saja segala apa yang ada..........................dengan irama da da da~~~~

6. Teringin melihat masa depan kota yang bakal aku bina dan kota yang telah kau bina sekarang. Siapa yang ditawan dan siapa pula yang menawan kota kota itu satu hari nanti....sudah terlambat jika peluang kota di bina itu tidak digunakan sebaiknya.

7. Kini. Kota yang diilhamkan seindah-indahnya sudah musnah terbakar....ambilah abu-abu yang ada untuk kau hintungkan kembali kenangan kau di dalam kota itu...itu kalau kau mahu dan punya hati utk menghintungnya. Tiada paksaan lagi buatmu. Untuk pengetahuan kau, aku tiada lagi dikota itu. Jauh dari kota itu dan sangat sangat jauh dari kau.... Aku sekarang membina empayer aku sendiri. Empayer yang yang jauh dari dirimu tetapi apabila empayer aku sudah megah dan berkuasa, tak perlu kau risau aku tetap tidak manakluk kota kecilmu lagi. Kerana kota kecilmu terlalu istimewa buat dirimu sendiri....namun pada hakikatnya kota kecilmu itu tiada nilai apa apa pun bagi aku.. kota lama yang aku bina dulu itu tetap menjadi kenangan walaupun kosong sebenarnya. Inilah kota yang aku panggi "Kota Skaptikal"!!

8. Sujud aku dan lalu berkata "Laila anta, subahanaka in'ni kuntum minal zolimin".

2 comments:

huyooo....aku ingat cerita ttg sejrah islam ke apa? rupaya2 cerita psl awek ko yek? aku suka ayat ko beb...aku nak copy la...huhuhuhuhu

ermm.. pandai ko berpuitis ek.. hmmm"jatuhnya sebuah kota" cam x sesuai jek... bettr tukar cikit "Runtuhnya sebuah kota" sesuai sikit kot... hehehh...sori komen ckit... wtevr ayat2 ko wat aku sedey... mcm nk nangis jer... huhuhuhu!!!!!

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers