"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)

malam satu muharam tu aku plan nak postkan ucapan maal hijrah tapi entah kenapa internet di rumah aku tiba2 jadi slow...wimax nipo aku!!!. Apapun masih belum terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat Maal Hijrah pada meraka yang rasa beriman pada tuhan yang satu (ALLAH). Memang semangat menyambut tahun baru hijrah tak sama dengan tahun baru masihi. Memang sepatutnya kita yang beriman pada ALLAH, lebih memberatkan pengertian hijrah dan meraikan namun masihi yang dicipta bangsa nasrani juga menjadi pilihan bagi rakyat mahupun pemimpin negara (sekali lagi pemimpin dipersalahkan huhuhu).

Sempena hijarh ini, maka bermacam kisah-kisah yang kadang kala boleh dijadikan sejarah Malaysia sepanjang bulan hijarah ini. Untuk lebih menarik, aku ketegorikan mengikut tajuk..:-






1. Politik

18/12/2009 adalah tarikah bersejarah dimana buat politik Malaysia dimana wujudnya konvensyen khas pertama Parti Pembangkang terbesar di Malaysia iaitu PAS, PKR dan DAP. Dari sudut politiknya konvensyen ini adalah satu titik permulaan untuk mengwujudkan sebuah pasti yang tunggal dibawah satu bendera yang menyamai Barisan Nasional. Kapal Singah dulunya tidak boleh lihat muka nik aziz tetapi hari ini bukan sekadar boleh duduk bersebelahan dengan nik aziz tetapi juga bersebelahan dengan hadi awang. Tok Guru kata dihati Kapal Singah ada bulan. Bagi aku tak kisahlah bulan itu bulan mengambang atau anak bulan tapi selagi mana bulan itu dibawa bersama-sama empunya diri maka akhirnya empunya diri faham apa makna islam. Inilah hadiah Maal Hijrah buat penyokongan Pakatan Rakyat, namun inilah ujian juga buat penyokong pakatan rakyat kerana berpetik daripada kata-kata Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mengekalkan kemenangan adalah lebih sukar dari mendapatkan kemenangan. Maka jangan ada muka poyo dan berlagak sombong bila dah berkuasa.

Politik Malaysia tidak sama dengan politik di Indonesia, Thailand, Jepun mahupun Perancis. Kuasa politik terletak kepada mereka yang pandai bermuafakat. Di Indonesia, Thailand mahupun Jepun mereka tidak memerlukan sokongan atau pemuafakatan dengan golongan yang berlainan bangsa, agama mahupun budaya untuk mencapai kuasa politik. Tetapi di Malaysia PAS tidak akan mencapai kemenangan sekiranya buat kerja sorang-sorang begitu juga DAP dan PKR. Kuasa ditentukan dengan pemuafakatan. Pemufakatan ini juga yang telah membawa kepada Hegemoni UMNO/BN yang melampaui akidah dan iman dalam pemikiran rakyat Malaysia.



2. Sukan

Buat pertama kalinya dalam tempoh 20 tahun Malaysia baru merasa kemenagan bola sepak selepas mengalahkan vietnam dalam sukat sea di Loas. Aku pun tumpang bangga sekali dan berjuta rakyat Malaysia menonton tanpa mengalihkan punggung dan mengklipkan mata takut terlepas setiap babak atau aksi bola sepak. Di sebabkan start bola sepak tu waktu hampir masuk magrib dan berakhir hampir masuk waktu isaq maka waktu itu ramailah rakyat Malaysia tak kira laki dan perempaun menyambut kemenangan Malaysia dengan tidak solat dan mencabar kekuasaan tuhan. Ramai yang berpesta tepi jalan atau di kedai mamak meraikan kejayaan ini...soal tuhan tolak ketepi...walaupun tak habis mengucapkan alhamdulilah tetapi solat tak payah..... Waktu itu entah berapa juta yang tak solaty magrib...tapi aku rasa kalau hari hari lain pun tak ada bezanya bagi mereka yang takut dengan tuhan tahu dosa dan pahala mereka tetap akan sembahyang tapi bagi mereka yang suka jadi ejen-ejen syaitan dah biasa tak solat cuma hari tu ejen-ejen keluar dikhalayak ramai maka nampak ramailah yang tak solat.... apapun Malaysia menyambut kemenangan penuh dengan rasa kekufuran....huhuhuhu




3. Agama

Pertama kalinya aku dapat melihat wajah Yusuf Qordawi. Sebelum ini aku tgk kat gambar dan kat tv jek... kali ni aku tgk live.. walaupun aku hanya dapat tgk songkok merah jek tetapi hati aku cukup puas hati. Terharu rasanya bila tgk ulamak di sambut bagaikan artis Hollywood, ramai yang mahu mengkap gambarnya apa lagi dapat bersalam yer maybe inilah kali pertama dan kali terakhir utk lihat wajah Yusuf Qordawi. Aku datang pun sebenarnya bukan nak dgr ceramahnya cuma sekadar utk ambil keberkatan dan mahu menatap wajahnya. Kebetulan ceramahnya dalam bahasa arab yang sememangnya aku tak faham, mujur ada Tok Guru Abdul Ghani Samsudin yang terjemahkan dalam bahasa melayu. Esoknya aku jumpa kawan aku, aku cerita ttg Yusuf Qordawi, eh dia tak kenal siapa tu Yusuf Qordawi..kemudian aku jumpa seorg Pak Cik aku cerita ttg Yusuf Qordawi.... dia pun tak kenal siapa Yusuf Qordawi. Alahai kesiannya mereka-mereka ini. Najib jek yang ko kenal yek... bagi aku siapa yang tidak kenal Yusuf Qordawi seolah-olah dia tidak tahu perjuangan utk islam siapakah pejuang siapakah yang penentang.







4. Hiburan

Hebat bercakap di Parliman, kalau bercakap menjerit jerit memekik melolong umpama hero tamil nadhu kat sri lanka. Maybe kehebatanya juga terbukti dapat kahwin lagi satu dengan artis yang seksi meksi lagi. Tak perlulah aku kata siapa pasti semua tahu, isteri mudanya pastinya yang menonjolkan peha dan lurah buah dadanya, kalau nak dipadangkan umur dan wajah memang tak sesuai tapi kalau nak dipadangkan dengan tingkah laku dan ahlak mmg padang. Seperti dalam surah An Nur ayat 26 bermaksud wanita yang tidak baik itu untuk lelaki tidak baik dan begitu juga sebaliknya. Kalau nak bagi ayat al quran yang lebih menusuk kalbu pun ada Ayat 3 surah an nur bermaksud:-

“LELAKI yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina ataupun perempuan musyrik, dan perempuan yang berzina tidak mengahwini melainkan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan ke atas orang-orang yang beriman.”

Bagi aku UMNO mmg tak baik memang sgt sesuai kahwin dengan arits sbb sama-sama ketegori yang suka dengan fasik2 nie.... aku tak nak doakan diaorg ni bahagia atau tidak tetapi aku harap jangan jadi pasangan contoh sudah la... mmg nak muntah huhuhuhuh



0 comments:

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers