"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)

1. Bila aku tengok satu rancangan silap mata kat astro baru-baru ini mmg menakjubkan, bagaimana ahli silap mata yang bertaraf sifu menghilangkan kereta hummer dengan sekelip mata dan awek2 yang seksi meksi yang dalam kereta tu pun turut hilang juga. "Mana pergi kereta Hummer n awek2 seksi meksi tu," kata aku kepada aku. Tiba-tiba kereta tu muncul dekat tempat lain (kat area2 situ jugak) tapi awek kat situ bertambah..mula-mula 3 orang dah jadi lebih 7 orang. Wah hebatnya....!!!!. Tapi tak perlu nak heran sbb mmg ahli silap mata mmg dh pakar membuat silap mata kalau tak terel tentu diaorg tak keje jadi ahli silap mata, maybe jadi ahli persatuan bulan sabit merah atau ahli gusti saja. Maka nak rasa sungguh kagum tak lah sangat..



2. Tapi silap mata di Malaysia mmg betul2 aku kagum, kalau nak dibandingkan dengan silap mata yang aku cerita tadi apalah sangat takat menghilangkan hummer benda kecil jek. Tu pun bukan hilangkan Hummer just aliahkan tempat lain yang hanya beberapa kangkang kera jek dari tempat asal. Ini di Malaysia bukan ahili silap mata atau ahli sihir tetapi orang-orang biasa saja yang mampu membuat magik lebih hebat dari tu....bukan Hummer yang hilang tapi 2 enjin jet pejuang yang hilang yang bernilai 100 juta malah bukan sekdara enjin saja ada jugak spare part2 yang turut hilang hasil magik dari orang2 ni...

3. Hilang dan jumpa balik bukan setakat 10000 kangkang kera tetapi berjuta-juta kangkang gajah. Satu enjin dipercayai dikesan di Amerika dan satu lagi dikesan di eropah. Yang lagi hebat hilangnya tahun 2007 tapi dikesan 2008 lepas tu terkantoi dengan rakyat akhir 2009. Apa kes...??? Boleh pulak benda besar2 mcm tu boleh main hilang silap mata...2 kali pulak tu, itu baru enjin benda-benda lain belum dikira lagi...... Kalau enjin itu sebesar kotak mancis ada munasabah boleh hilang tetapi enjin ini besar macam mana nak sorak siap boleh lepas kastam dan imgresan lagi utk dibawa keluar ke luar negara....

4. Siapa mereka ini, ahli silap mata atau ahli sihir...? Tak kisahah apa pun.. jangan ingat orang TUDM saja yang terlibat, jangan ada kes kambing hitam lagi seperi kes altantuya. Yang bunuhnya masih berkuasa dan berpuaka tapi yang ditangkap sekadar budak hingusan yang diupah. Carilah siapa Menteri Pertahanan ketika itu (2007) mungkin dia ahli sihir nya....




0 comments:

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers