1. Bila dihintung antara dosa dan pahala pastinya dosa tak terkata banyaknya. Bila direnung-renung mana perginya pahala alahai malu dengan title anak tok guru. Siapa lagi kalau bukan aku. Berdoa dengan tuhan ampunkan dosa mak bapak aku, keluarga aku dan dosa aku tapi aku tak pernah nak hentikan dosa-dosa dari terus wujud dalam hidup aku. Dosa itu umpama nikmat, nikmat yang tak terkira rasanya maka dosa itu menjadi kemestian bagaikan makanan dalam kehidupan.
2. Bapak aku ajarkan aku, jangan buat dosa, takut allah dan banyakan pahala. Buatlah apa yang allah suka dan nabi suka. Buatlah yang difikirkan baik utk keluarga dan agama. Jaga tingkah laku dan jaga maruah diri dan keluarga. Berkawanlah seribu atau sejuta atau semua yang ada dibumi tapi ada batasnya. Dan setiap hembusan nafas dijadikan baja utk menyuburkan iman dan taqwa dalam jiwa. Takutlah Allah sebelum mati yang pasti.
3. Yang pastikan aku tetap begini, setahun lebih pemergian bapak aku,sukar untuk aku pastikan yang aku dh sampai atau tidak ke matlamat yang dia mahu. Solat jemaah tiap-tiap waktu yang bapak aku tekankan pada aku dh jarang aku amalkan. Mungkin alasannya sibuk dunia ditambah sifat malas yang makin meluap-luap dalam diri.
4. Setiap kali keputusan yang diambil, pastinya keputusan yang paling bodoh dan memalukan maruah diri mahupun keluarga. Sesat di jalan yang terang, tak nampak pandangan lain melainkan pandangan nafsu dan akal. Apa yang dilihat cantik mahupun indah dijadikan buruan tanpa noktah. Tapi baru sekarang, aku tahu dimana noktah yang itu bermula. Maaf aku banyak kali buat silap kerana ikutkan hati dan perasaan.
5. Hidup diteruskan sampai mati. Selagi mana tak mati selagi itulah aku teruskan. Bila dah mati aku tetap teruskan namun berlainan matlamat dan keadaanya. Bila bercakap pasal mati, pastinya aku ngeri. Dah ramai kawan-kawan aku dah pergi tak kembali. Mmg mati tu berlegar-legar disekeliling aku tu sbb aku takut mati. Tapi bila aku pergi keluar, ramai yang tak takut mati.... dan menganggap tuhan sentiasa menyebelahi dia walaupun membuat dosa. Bila ditanya kenapa sukakan dosa. "Hidup hanya sekali dan tuhan yang tahu isi hati mereka". Wahhh hebat mereka umpama nabi yang maksum dari segala dosa. Tahniah.... kerana jadi hamba gila.
6. Bila berakhir hidup. maka ditinggalakan segala sayang, segala cinta, segala harapan dan segala kekuatan. Tinggalah sorang-sorang menantikan doa dari manusia harapan.
7. Kawan-kawan takutlah mati. cegahlah diri.

0 comments:
Post a Comment