"Anak Jawa Di Kota Melayu"

Ini adalah karya dari anak muda yang menjaul nasi lemak dan laksa di Shah Alam. Ini cerita tentang skaptikal dunia...

lagu utk kaseh


Inilah Aku


Blog ini adalah Lambang Skaptikal Jasad & Nyawa

Renungan untuk aku


يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير


Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)

1. Dah lama aku tak berjumpa dengan Anas, entah macam mana masa aku turun dari kereta pulang dari kerja telefon aku berbunyi. Terpampang dengan nombor yang aku tak kenali. Kalau ikutkan aku mmg malas nak angkat nombor yang aku tak kenali. Bila aku angkat telefon tu, rupa-rupanya Anas muncul dalam rialiti aku. Atas rasa rindu dan kawan, aku ajak anas datang ke Shah Alam.


2. Dalam jam 9.00 malam aku baru dapat jumpa anas, dia nampak kurus dari dulu. Aku lepak dengan anas diwarung tepi jalan sekitar seksen 6. Maka banyaklah cerita yang aku ngan anas share sama-sama. Dari soal kerja, keluarga hinggalah bab-bab yang jiwang-jiwang. Apa yang aku nak cerita ni certia cinta anas yang aku rasa menarik untuk aku kongsi. Peringatan untuk aku dan peringatan buat yang baca blog aku.

3. Bila aku bertanya soal cinta, anas agak malas nak cerita. Tapi aku tahu anas mmg banyak pengalaman dalam soal cinta. Maksud aku bukanlah anas ini pakar bercinta tapi dia ada pengalaman bagaimana dia setia dengan perempuan yang hampir menjadi separuh hidup dia. Suku tu pasti!!!. Bila aku bertanya perkembangan soal cinta dia, dia gelengkan kepala...simple saja kata dia. Hidup ini tak mudah!!!.

4. Anas bercerita bagaimana dia nak dptkan seorg perempuan iaitu first love dia. Hampir 10 tahun anas nak dapatkan dia tapi tak berjaya? Pernah sekali anas berjaya memiliki dia selepas hampir 3 tahun untuk dapatkan dia tapi sekejap saja, katanya perempuan tu sebenarnya masih ingatkan laki lain, menurut anas lagi, lelaki tu sebenarnya kekasih dia yang agak berusia juga, pada awalnya lelaki tu kata nak kahwin dengan dia tiba2 lelaki tu cari gf lain pulak. Akhirnya meranalah si dia......akhirnya anas dapat balik walaupun sekejap. Sebenarnya Anas pun tidak tahu apa sbbnya tapi apa yang anas tahu dia pernah telefon kawan ehem dia tu dia kata ehem dia ni sebenarnya tidak pernah pun ada hati dengan anas, dia terima anas sebab mak dia suka dengan anas., tapi waktu tu anas masih percaya atau tidak. Bila aku tanya mcm mana anas dapatkan no tel lekaki tu "Anas kata no tel tu sebelum ni no telefon yang maki hamun anas tiap-tiap hari sewaktu anas belajar. Aku pun baru ingat, anas pernah tunjukan msg tu kat aku... Siap ajak gado bertumbuk lagi.. ala maklumlah org tu ada seni pertahankan diri. So bila dh lama tak msg dan anas pun tukar no tel anas try call balik no tel tu.. dan tanya siapa org tu. Baru dia tau yang org tu adalah kawan baik pada ehem dia....Untuk sedapkan hati Anas kata dengan simple kata "bukan salah perempuan tu, salah aku....banyak sbb punca dari aku". Bila aku tanya apa salah ko? anas jawab perempuan ni adalah pengalaman pertama dia bercinta so dia banyak tak tahu nak handle masalah dalam bercinta. Kadang-kadang anas terlepas cakap, yang boleh bawa salah faham. Bila dah salah faham makin buruk jadinya. Ditambah lagi dengan penglibatan orang ketiga yang melaga-lagakan dia ngan perempuan tu so akhirnya putus mcm tu saja.

5. Bertahun-tahun putus, akhirnya dengan kuasa tuhan anas berjumpa dia.. Anas ingat kalau anas setia lagi dan tunggu dia, dia akan tunggu anas juga. Rupa-rupanya anas yang single dan dia pulak dh lama berkapel. Untuk elak dari malu nak tutup yang sebenarnya anas masih sayangkan dan tunggukan dia. Anas berpura-pura berlagak ada kapel. Bila aku tanya apa motif sebenar...anas kata " aku tak nak dia nampak yang aku masih sayangkan dia" huhuhuuhu.....


6. Walaupun dah bertahun berpisah, hubungan anas dan dia dh mula baik, nampak mcm tak ada dendam atau marah2 lagi. Anas kata " sbb silap dulu dia lebih matang?" so itulah hikmahnya agaknya. Satu hari anas berjaya ajak si dia nie keluar makan sama2 sbb anas mmg dh lama sangat nak ajak, anas cuba cerita dan ungkit kisah-kisah lama...niat anas time tu katanya dia nak kepastian kenapa terputus dengan tiba-tiba. Dan adakah betul semua dakwaan yang dia dapat dulu. So bila anas tanya ingat tak sewaktu bercinta dulu...tiba-tiba perempaun tu kata "pernah ker kita bercinta?" Terkejut anas dengan jawapan dia tu? Maybe kata-kata dia tu menjawab persoalan yang perempuan tu sayangkan anas kerana ibunya yang sukakan anas waktu tu. Anas kata waktu tu hanya tuhan saja tahu....walaupun dah bertahun benda tu berlalu dan sekarang baru tahu jawapanya mcm baru berlaku saja.

7. So now apa yang ko buat? tanya aku. Anas kata sejak dia jumpa balik xgf dia walaupun xgf dia tak pernah anggap yang dia pernah berkapel dengan anas. Anas cuba anggapkan xgf dia sebagai adik. Maybe itu yang dia nak...kata anas. Anas bersungguh-sungguh ambil berat tentang dia, sampai anas tak ambil peduli tentang diri dia. Bila aku tanya kenapa. Anas kata aku nak qodo' perkara yang patut aku buat untuk dia tapi tak terbuat sepanjang tempoh kehilangan dia. So bila dah jumpa anas buatlah bersungguh. Setiap kali kalau perempaun tu perlukan pertolongan Tak pernah kata idak untuk dia.....bagi anas dia masih lagi cinta terakhir anas.

8. Anas kata, walaupun dia sangat sygkan dia tapi anas kene tutup perasaan anas kat dia, anas kata selalu jek anas nampak pic bf dia kat hp dia. Anas kata setiap kali dia nampak pic bf dia anas tiba2 tak de mood. Apapun cover tetap cover.....Apapun anas akui dia tak boleh marah pd Bf perempuan tu....sbb dia tahu lelaki tu sangat baik dan jauh baik dari anas sendiri. Dan anas pernah cakap...lelaki tu jauh lebih hebat dr anas walaupun anas lebih tua dari dia.

9. Tapi sejak kebelakangan ini, anas kata dia dh jarangan call perempaun tu. Bila aku tanya kenapa. Anas jawab dia mula mcm tak berapa selesa bila anas call dia. Malah kalau nak berjumpa dengan dia perlu ada urusan tertentu saja. Kalau tak ada urusan tak perlu jumpa. Kadang-kadang bila anas call kene rijek n msg pun tak balas-balas. So anas faham apa makna semua tu.

10. Aku cakap kat anas, Aku yakin anas perempuan tu tak suka ko ambil berat tentang dia lagi.....dan ko kene tahu yang dia dh ada bf. Bf dia yg patut ambil berat ttg dia, Watpe ko ambil berat pasal dia. ko selalu tanya kabar dia? dia tak pernah tanya kabar ko, sihat ke ko? Kalau call or msg semua sbb urusan tertentu..... yang tak ada kene mengena ttg ko. Tiba-tiba anas keluar ayat yg tak boleh blah " sekurang-kurangnya kalau dia call aku, aku boleh dengar suara dia silap haribulan aku boleh jumpa dia dan dia tahu yang aku mmg selalu ada untuk dia". Dari situ aku mmg dapat bayangkan betapa besarnya sayang anas kat dia......10 tahun anas pendam dan simpan sayang dia kat org perempuan tu. Memang bukan mudah untuk anas tak lagi sayangkan dia.

11. Aku kata kat anas baik anas lepaskan dia pergi, sbb dia tak tahu apa yang anas rasa selama nie. Anas menangis kerana dia, dan dia pula menangis kerana orang lain. Dah nak masuk 10 tahun anas mengharapkan dia, tunggu dia........ kalau ko sayangkan dia biarkahlah dia pergi. Ko nak tgk dia bahagiakan.....kalau ko nak tgk dia bahagia jangan dekati dia lagi..sbb dia sekarang bahagia dengan orang lain. Ko kene korban diri ko untuk kebahagian org lain.. Dia tak rasa yang ko boleh bahagiakan dia, jadi kalau ko dapatkan dia..dia tak bahagia... ko seksa dia. Kalau ko terus buat mcm ni...kolah orang yang paling jahat tapi kalau ko lepaskan dia pergi dan ko korbankan kepentingan ko semata-mata kerana dia..kolah hero dalam cerita ini. Hero tak semestinya terkenal hari ni tapi hero akan kenal satu hari nanti. Biarlah ko jadi permata bersadurkan lumpur....... Anas dia selesa tanpa kau lagi.

12. Anas hanya anguk kan kepala dan senyap tanpa cakap sepatah pun, tangannya pula tengah tekan-tekan hp buruk dia tu. Aku tanya apa yang ko buat? anas jawab " aku buang no tel dia" Wahhh anas sekarang sudah jadi hero.....apapun sebagai kawan baik anas "sebenarnya orang perempuan tu sgt beruntung kerana anas sanggup tunggu dia hingga 10 tahun dan tak tahu sampai bila anas mampu tunggu perempuan tu.

13. Soal hati mmg susah nak cerita......dalam cerita ni bukan salah anas dan jauh sekali salah perempuan tu. Tapi ini ujian untuk anas gadaikan dan korbankan cinta dia...maybe tuhan ciptakan perempaun tu untuk uji sama ada anas setia atau tidak. Untung jadi aku.. Siapa nak kan aku yang jual nasi lemak dan laksa tepi jalan. Ada yang pandang sebelah mata dan ada pula yang jijik dengan aku. Aku hidup kais pagi makan pagi....mmg tak ada apa2. Orang tak ambil peduli kat aku pun takpe....

ps: sori lah cerita ni aku ulas lintang pukang..aku tak tau nak wat cerita sedih, tapi aku harap cerita ni menarik utk di baca....apapun akhirnya aku berjaya jadi pakar motivasi cinta huhuuhu

14 comments:

betul tu kata u, dalam bab hati ni mmg susah nak terangkan dan bukan mudah untuk kita menuding jari siapa yang betul dan siapa yang salah. Tapi kalau ikut carita u nie.. i rasa tak salah i letakkan sedikit kesalahan pada perempuan. Sbb 10 tahun anas tunggu dia... sekurang2nya dia boleh tahu nilai anas tu mcm mana.... boleh dpt 2 Phd kalau perempuan tu nilai anas sepanjang 10 tahun. Itu pun sekiaranya dia mahu....

kedua, i pun pernah bercinta dan penah putus cinta bukan sekali bukan 2 kali. Banyak kali. Tapi i dah kahwin i bercinta dengan husban i. So bila i terjumpa dgn xbf i still akui dia xbf i... sbb itu fakta sbb i pernah bercinta dg dia tapi kalau tak pernah akui xbf tu...agak memalukan. Nampak sangat dia langsung tak pernah nilai anas. Tak salah kalau i kata dia tipu kawan u.

I setuju dengan idea u supaya anas pergi dari dia. Nak lupakan mmg susah tetapi sekurang-kurangnya anas dah boleh jauh dari perempuan tu.

i perempaun i tahu hati perempuan mcm mana. Kadang kala pertimbangan perempuan ada yang tak wajarnya, Tapi hati perempuan lama-lama akan lembut dan tahu untuk nilai.

i boleh kata perempau itu mmg seorg yang setia tapi untuk anas dia tak akan setia. dia setia pada orang lain. Jadi jawapanya sekiranya anas dapatkan dia sejarah tetap akan berulang. dan kalau perempuan itu masih dgn bf dgn sekrang maknya sejarah akan terhenti. Dia perempaun tu menjadi seorg yg setia.

thanks dgn cerita yang menarik, i salu ambil tahu dlm cerita u nie.. cuma next time betulkan tulis yang agak kelam kabut.

wassalam bro

lor ingat cerita yana tadi wei.... apa kes yana???

bagi aku, cerita ini memang ada kesedihannya, dan jika ia dihayati betul-betul maka kita akan tahu apa jawapannya. Aku juga bersetju dengan komen kak mala tu, "bab hati ni mmg susah nak terangkan" biarpun seribu kali kita cuba terangkan jika hatinya tidak dapat menerimanya, maka dia tetap tak akan faham sampai bila-bila, sedangkan kita melontarkan satu harapan yang tinggi untuk bersama dengannya.

Apa-apa pun cerita ini memang menarik dan aku tertarik membacanya dan memang kelam kabut penceritaannya sama macam aku gak.. heee...

terima kasih untuk artikel itu :-)

jawapan apanye en rashid oi...?cakap biarlah terang menderang sikit....tertanya2 lak aku..

ok la aku pernah dgr org setia tuanggu setahun paling hebat 2 tahun tapi aku tak pernah dgr orang tunggu sampai 10 tahun.

kalau aku fikir tak baik aku rasa budak pompuan tu suka ambil kesempatan tapi kalau aku fikir baik ini ujian lah sama mcm kair kata tadi....

tapi aku betul2 tak puas hati dgn pompuan nie....geram betul!!!

10 TAHUN TU BEB, MMG TAK ADIL UNTUK ANAS. SEDIH SIOT AKU BACA KO PUNYA BLOG... TAK DAPAT AKU BAYANGKAN KALAU AKU ADA KAT TMPT ANAS BEB. KENAPALAH PEREMPUAN AKHIR ZAMAN NI MAKIN DEGIL.

salam semua.

thanks to all pasal komen2 ni... tujuan aku cerit abukan untuk cari simpati atau apa, cuma aku nak share mcm mana perasaan kawan aku yang setia cinta selama 10 tahun walaupun cinta dia bertepuk sebelah tangan,

Kawan aku anas, dah buktikan yang dia mampu setia sayang pada perempuan tu walaupun perempuan tu tidak pudulikan anas 10 tahun lamanya. Yang aku tahu adakalanya anas dicari sebagai penyelesai masalah. Selepas itu anas dibiarkan mcm tu saja...

betul tu dalam bab hati kita tak ada hak nak hukum org tu salah atau orang tu betul. Apa yang terjadi pada anas ni adalah sebahagian kecil pengalaman hidup buat kita semua.

rupa-rupanya cerita mcm ni mmg betul2 wujud. aku ingat dalam drama atau filem hindustan jek. 10 tahun tu.....

cinta luar biasa!!

penantian 10thn yg sia-sia.tujuan nk tunjukkn kesetiaan?xperlulah..buang ms..buat sakit hati.dlm dunia ni bukn sorg je perempuan.sy pn ade gak kes member mcm ni.tp kat tempat yg perempuan la.sy pnh tnye npe dia xpilih mamat yg hmpir 7thn tunggu dia.mcm2 pengorbanan yg mamat tu wat.blh kate mcm si anas ni la..sentiasa ada bila memerlukan.kwn sy kata,'mamat tu mmg fikir dia dh wt abis baik..dh berkorban..snggup tipu dgn berlakon bercinta dgn org lain.tp hati takkan menipu.klu sy cintakn sorg laki,sy xkn bcinta dgn mana2 laki lain wpun hnya berlakon.tgkp gmbr mngalahkn org bcinta.dlm computer pnuh dgn 'heroin' br.xyahla..'.dlm hal ni sy xslhkn mana2 pihak.dua-dua ada btul dan slhnya.so pd anas,carilah makwe lain.jgnla nk knangkn awek lame tu.nk wat pngorbanan tu biarla ikhlas agar blsnnya setimpal dgn pengorbanan

tiada manusia yang sempurna.hati manusia tak boleh dipaksa.janganlah salahkan sesiapa.apa yang berlaku pasti ada sebabnya.mungkin kita lihat dari penceritaan perempuan tu yang bersalah.tapi tak mustahil mungkin pembawakan lelaki tumenyebabkan perempuan tu tak pilih dia sebagai teman istimewa.apa-apa pun,muhasabah diri.perempuan baik utk lelaki yang baik.perempuan jahat untuk lelaki yang jahat.fikirkan dimana diri kita..-Kak Ema

bila nk kat org,bgi mcm2.utkmu sgalanya aku sanggup.bila cinta xberbalas,mula nk complaint.gunakn sbg pnyelesai mslh??klu btul baik ati,syg,setia sgt..ikhlaskn hati tu.jgn mnunjuk2.org pn xmnyampah.

ye cinta tu satu subjektif, kadang kala susah nak kata cinta itu ikhlas atau tidak tapi selagi mana kita nama manusia yang ada hati ada perasaan dan nafsu, cinta kita sesama manusia adalah hampir sama. Cinta itu bukan ada nafsu, mustahil cinta tanpa nahfsu kalau cinta itu cinta kepada manusia. Apabila kita bercinta lumrah alam dan sesuatu yg normal mengharapkan kan balasan bukan tidak iklhas tapi itulah nama cinta manusia. Contohnya Isteri mencintai suami adakah tidak mengharap apa2.,..hanya harapkan pahala dari tuhan? bagaimana orng yg tak tahu apa itu dosa dan pahala... apa yang diharapkan kalau dia mencintai pada suaminya? jawapan mudah dia mengharapkan cinta.... kan simple...

adakah kita solat semata-mata tanggungjawab dan mahukan pahala? Pastinya rata2 kita mengharapkan syurga....

Kenapa kalau terputus cinta, sebelah pihak akan rasa sedih atau kecewa gila kenapa? kalau cinta itu nama iklas tentu dia tak akan kecewa malah tabah,, tapi kenapa dia kecewa...? sbb cinta itu perlu dibalas....

so selagi mana nama manusia..apabila dia bercinta dia mengharap cinta itu dibalas....... ikhlas atau tidak itu hak tuhan tentukan cuma kita nama mnusia yang diberikan ilmu mampu menilai maksud cinta tu....

ps:- sejak akhir2 ini aku dh mula jadi pakar motivasi cinta cinta...

eh kejap... aku tak salahkan pompuan ni k. aku pun tak kenal pompuan ni. Kan aku dah kata awal2 anas gak yang salah.. bila masa aku kata pompuan ni salah secara zahir mahupun batin, atau secara tersirat mahupun tersurat. Comeon ar aku tak de lak nak bela kwn aku nie... aku rasa korang yang baca kurang teliti maksud yang aku nak sampaikan.

Maybe pembawaan cerita aku yang agak kelamkabut ada yang salah faham. Apapun bila masuk soal hati susah nak kata siapa betul atau salah... hati itu subjektif bukan objektif

jangan pandai katakan cinta jika tak pandai memelihara cinta

"Wasiat ayahku untuk semua"

1. Don't miss the prayers
2. Recite Al-quran frequently
3. Respect parents and teachers
4. Be friends with well mannered people
5. Always practice good manners

Aku

My photo
Dilahirkan di bumi yang penuh mitos dan lagenda. Membayangkan penduduknya bagaikan Jebat melawan sang penguasa.

Jumlah Yang Melihat dan Membaca

SHOUT OUT


ShoutMix chat widget

Followers