1. Selagi bernafas aku bertemu dengan mereka yang berdrama lagi. Apa drama kali ni dan hari ni pastinya berbeza dari hari-hari sebelumnya. Drama yang dibawa oleh mereka drama yang boleh menipu daya aku dan sesiapa sahaja. Kalau drama ini tak bagus pastinya aku juga tak tertipu dan terpukau dengan kehebatannya.
2. Ada drama yang kononnya pemurah dan tak kisah tapi di hatinya kedekut tak bertempat, Pegang sikit, lihat sikit barangnya pasti bagi amaran tak tentu pasal yang tak masuk akal. Bukan nak pinjam cuma kagum kerana mereka memiliki apa yang aku tak miliki. Tapi kalau dah gaya tak bagi tu...aku tak kisah dan tak ambil peduli.
3. Ada drama yang lagi sakit hati, ambil duit org berkoyan koyan sampai kering poket kawan di ambil wang nya kononnya atas dasar mencipta kekayaan bersama tapi wang pergi kawan pula bertambah miskin. Bila di tanya mana wangnya. Maki hamun dapat seolah-olah kita berhutang dengannya pula. Mencipta asalan yang menyalahkan kita pula. Walhal wangnya mereka berjoli, bersakan bukan kita. Kita hanya menunggu kapan wangnya di pulangkan. Mudah benar meminta tapi nak kembali mmg payah.... Inilah drama bangsa melayu satu malaysia..
4. Ada lagi drama, yang berlagak bagaikan kaya, bergebang-gebang cerita mcm malaysia ini dia yang punya. Bangunan sana bangunan sini, projek sana projek sini itu semua ada saham ke poket dia. Tunjuk duit di poket seincin tebal wang rm 100 nya. Tapi ingat ini lagi satu drama melayu nak gigit melayu,
5. Drama akan terus hidup tanpa ada noktah, selagi manusia itu hidup selagi itulah drama itu akan berjalan. Drama yang hebar adalag drama yang pandai menggoda sesiapa sahaja, kawan, lawan mahupun mangsanya. Tapi aku hidup dalam dunia yang penuh drama sudah lali kerana acap kali aku berdepan dengan mereka yang menjadi pengarah drama. Boleh tahu dimana drama dan dimana yang realiti hidup ini.
6. Ingat drama itu adalah kelangsungan tamadun kita. Sesiapa yang boleh menghentikan drama itu. Dialah yang hebat............
0 comments:
Post a Comment